CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: punkerzoe

Gua Kota Gelanggi di Jerantut Pahang

  [Copy link]
 Author| Post time 27-6-2012 01:47 PM | Show all posts
Reply 17# lalunagujiwa

aiyoo.. skeri nye...
itulah kite ni kalo pegi tempat2 camtu kene jage adab kan..
mulut jangan cabul.. sebab nye tempat yang kite pegi tu
pun tempat tinggal mahkluk 'lain' jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2012 04:48 PM | Show all posts
sambungan...

3.2 Sinopsis Mitos Kota Gelanggi versi Tuan Haji Mat Taib bin Saman

Menurut informan, pada suatu masa dahulu, Mukim Pulau Tawar ini adalah sebuah pulau yang besar. Rajanya, Raja Gelanggi bersemayam di Kota Gelanggi. Raja Gelanggi ini mempunyai seorang puteri yang cantik dan ditunangkan dengan seorang anak raja di Rembau, bernama Raja Usul.

Puteri Raja Gelanggi ini terkenal dengan kecantikan dan kebaikan budi pekertinya. Sekiranya rakyat jelata yang mahu meminjam pinggan mangkuk, periuk belanga, kawah dan sebagainya untuk kenduri dibenarkan meminjam di istana Kota Gelanggi.

Kecantikan dan kebaikan puteri itu turut diketahui oleh Raja Mambang di kayangan. Raja
Mambang ingin memperisterikan puteri Raja Gelanggi, lalu meminangnya. Oleh kerana takut, Raja Gelanggi terpaksa menerima pinangan itu, dan mengahwinkan puterinya dengan Raja Mambang. Apabila tiba hari perkahwinan, Raja Usul sampai di Kota Gelanggi. Tujuannya untuk menghantar hadiah kepada tunangnya. Lancangnya ditinggalkan di suatu tempat yang sekarang ini digelar Lanchang, dekat Kampung Masjid, Pulau Tawar. Dia naik ke darat dengan perahu lalu ke kota.

Alangkah terkejutnya bila majlis pernikahan sedang dijalankan. Peperangan berlaku antara angkatan Raja Usul dan Raja Mambang. Oleh kerana sama gagah dan sama sakti, tiada yang kalah atau menang. Pada ketika inilah Sang Kelembai muncul dan menegur tentang perangai dua jenis makhluk ini berperang kerana seorang perempuan. Akhirnya semua yang ada di situ menjadi batu, lancangnya menjadi tanah, laut menjadi padang, sungai menjadi lembah dan segalanya musnah begitu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 12:33 PM | Show all posts
ade sedare penah gitau, yg gua kota gelangi tu ramai org dok gi bertapa kt situ...kota yg mane idok le taunye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 12:51 PM | Show all posts
Reply 23# edoraixora

iye ? tapi memang kalo orang dulu2 hak blajo silat kan kalo nak menamatkan
kene gi bertapa kat gua2 ke gunung ke bukit ke kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 12:54 PM | Show all posts
sambungan mitos ke 3...

3.3 Sinopsis Mitos Kota Gelanggi versi Cameron.

Pada zaman dahulu ada seorang raja bernama Raja Gelanggi yang mempunyai seorang anak perempuan cantik dan menjadi idaman putera Raja Mambang di Lipis. Putera itu meminta ayahandanya berbincang dengan Raja Gelanggi supaya puteri itu dapat disuntingnya. Raja Gelanggi tidak menolak tetapi puterinya tidak berkenan dengan putera Raja Mambang.

Pada suatu ketika, seorang putera raja anakanda kepada Raja Usul dari Bera telah keluar
berburu bersama orang-orangnya berdekatan dengan Gelanggi. Putera itu telah terpandang kepada puteri Raja Gelanggi lalu jatuh hati. Putera itu merayau-rayau di hutan Gelanggi berhari-hari lamanya dengan harapan akan bertemu semula dengan puteri itu. Nasibnya baik, kerana puteri itu muncul lagi. Putera Raja Usul dan orang-orangnya menculik puteri itu dan membawanya pulang ke Bera. Puteri Gelanggi tidak membantah kerana bencikan tunangnya, lalu bersetuju mengahwini putera Raja Usul.
Raja Gelanggi diberitahu melalui utusan Raja Usul untuk mendapatkan restu tetapi baginda tidak merestuinya. Bagaimana pun putera dan puteri ini hidup bahagia kerana mereka sudah saling mencintai.

Hal penculikan itu diketahui oleh Raja Mambang, dan memaksa Raja Gelanggi mendapatkan semula puterinya. Raja Gelanggi tidak suka dituduh bacul, lalu pergi ke Bera dengan angkatannya untuk membawa balik puteri baginda. Raja Usul enggan menyerahkan puteri Raja Gelanggi, hanya kerana takutkan Raja Mambang; lagipun puteri Raja Gelanggi telah berkahwin dengan puteranya. Pertarungan antara panglima-panglima kedua belah pihak diatur. Setelah tujuh orang panglima terhandal Raja Gelanggi tewas, baginda mula tawar hati apatah lagi diketahuinya puterinya hidup bahagia.

Raja Gelanggi mengutuskan surat kepada Raja Mambang menyatakan bahawa masalah ini
adalah masalah Raja Mambang; dan jika ingin berperang, pergilah ke Bera. Raja Mambang turun ke Bera dan berperang dengan Raja Usul; malangnya baginda sendiri yang terbunuh. Raja Gelanggi berbaik semula dengan Raja Usul, mereka hidup aman bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:12 PM | Show all posts
seingat nye, uneks yg ade buat thread pasal kota gelanggi ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2012 04:32 PM | Show all posts
Reply 26# yellowprestige

oh dah ade ye yellow ? tapi mod ade kate yang itu yang di Johor dan yang saye nak ceritakan ini yang
di Pahang... tapi memang ade kaitan antara kedua-dua Kota Gelanggi ini... ini akan saye post sebentar lagi..
jikalau nak merge kan pon boleh jugak kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 04:39 PM | Show all posts
sambungan dari tesis tersebut...

4.0 Kota Gelanggi dari Sudut Sejarah

Menurut Sejarah Melayu, Raja Suran atau Rajendra Chola Ι dari Amdan Nagara (India) telah menakluki Selat Melaka dan Gangga Nagara dalam perjalanannya ke China pada tahun 1025 Masehi. Gangga Nagara yang disebutkan dalam Sejarah Melayu, terletak di darat Dinding, Perak yang disahkan sebagai tapak kerajaan purba Bruas. Selepas menakluki Gangga Nagara, Raja Suran sampai pula ke Ganggayu :

“Syahdan,dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam,
datang sekarang ada lagi kotanya itu di hulu sungai Johor. Adapun asalnya namanya
Klang Klio, iaitu bahasa Siam, ertinya ‘perbendaharaan permata’; oleh kita tiada tahu
menyebut dia, jadi Ganggayu. Ada pun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan
baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya,”

Johor telah menguasai Pahang dalam bulan September 1612, lebih kurang setahun sebelum Sejarah Melayu dihasilkan. Orang-orang Johor bukan sahaja membawa balik pampasan dan tawanan perang, malah cerita-cerita tentang Pahang, termasuk legenda Kota Gelanggi. Kemungkinan legenda ini mengilhamkan penulis Sejarah Melayu untuk mengaitkan Ganggayu dan Raja Chulan dengan keajaiban Gelanggi. Justeru itu, Klang Kio dinyatakan sebagai terletak di hulu Sungai Johor untuk menggambarkan kehebatan jajahan takluk Johor.

Winstedt menyatakan ada tiga kemungkinan mengapa Klang Kio diletakkan di hulu Sungai Johor dalam Sejarah Melayu. Pertamanya, kerana cerita tentang Klang Kio / Kota Gelanggi disampaikan kepada penulisnya dan keadaan bercampur baur dan tidak jelas. Kedua, kehebatan Ganggayu / Klang Kio dan Raja Chulan patut dihubungkan dengan Johor untuk mengangkat martabat negerinya. Ketiga, kesilapan penulis tentang lokasi Klang Kio / Gelanggi yang dikira dalam wilayah Johor.

Oleh itu, dengan hipotesis dan jumpaan bukti; benarlah bahawa Kota Gelanggi merupakan sebuah negara kota yang menjadi tempat bersemayam raja-raja dahulu kala; hingga menarik penulis Sejarah Melayu mengaitkan dengan warisan kerajaan Melayu Melaka di Johor. Seperti yang dicatatkan oleh Haji Buyong Adil dalam Sejarah Pahang :

“Di antara ahli kaji purba yang telah menjalankan penyiasatan mengenai
barang peninggalan zaman dahulu kala di Pahang itu, antara yang terkenal ialah I.H.H.
Ivans, G.W. Thomson, Dr. W. Linehan, H.D. Noone dan Federick L. Dunn.
Dalam penyiasatan yang telah dibuat, mereka telah menjumpai banyak
benda dan perkakas yang tertentu dan diperbuat daripada batu, tembikar, gangsa dan
besi kuno buatan orang zaman purba kala, dan di beberapa buah tempat di Pahang
terutamanya di gua batu yang disebut Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Pulau
Tawar……..”

Tambahan pula penerokaan-penerokaan arkeologi yang terkini telah menemukan artifak-artifak zaman batu Hoabinhian seumpama serpihan tembikar zaman Batu Baru atau Neolitik, tinggalan makanan berupa siput-siput moluska, bertaburan di dalam gua di Kota Gelanggi.

Dalam perkembangan terkini, beberapa fakta baru telah ditemui. Raimy Che Ross, seorang
arkeologis berpangkalan di Canberra menamakan Kota Gelanggi sebagai Perbendaharaan Permata; dengan yakin menyatakan Kota Gelanggi terletak di jajahan Johor; dengan nama Lo-Yeu ibu kota perdagangan Sri Vijaya, dan berusia lebih daripada 1,000 tahun. Lebih awal daripada kewujudan Angkor Wat dan Candi Borobudur. Catatan rasmi Putera Mahkota Jepun, Putera Takaoka Shinnyo Hosshinno yang melawat Lo-Yeu mencatatkan putera itu mangkat diserang harimau di situ, namun sehingga hari ini belum diumpai makamnya. Tulisan Raimy Che Ross yang lebih lanjut dimuatkan dalam Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 2004.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan Kota Gelanggi merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu Hindu Sri Vijaya (650M-900M). R.C Jameson dari University of Cambridge, Britain mengatakan ilustrasi Dipamkara Buddha pada manuskrip Sanskrit Astasahasrikaprajnaparamita bertarikh 1015M, di universiti itu berkemungkinan besar menunjukkan suatu lokasi di Kota Gelanggi kerana istilah Jawa di situ termasuk juga Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 04:44 PM | Show all posts
Reply 27# punkerzoe


    oh, yg thread uneks pasal kota gelanggi kat johor. yg kat pahang tu gua gelanggi kan? tk ingtla..dh lame jugak pasal gelanggi tu. yg ingt sikit dlm thread uneks ade pasal gunung panti, pasal kota batu hitam.

and ade blog pasal kota gelanggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 04:52 PM | Show all posts
Reply  punkerzoe


    oh, yg thread uneks pasal kota gelanggi kat johor.  yg kat pahang tu gu ...
yellowprestige Post at 28-6-2012 16:44


yep.. saye da search ade 3 tajuk termasuk ni berkaitan pasal kota gelanggi ni dan satu daripadanye thread ni lah..
yang dua lagi tu kat johor... yang kat Pahang ni Gua Kota Gelanggi... cube yellow bace post yang baru saye letak tu...
sebenarnye ade kaitan antara kedua-dua Kota Gelanggi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:53 PM | Show all posts
Reply 30# punkerzoe

anyway, thanks for sharing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 04:56 PM | Show all posts
Reply 31# yellowprestige

thanks jugak kat yellow sebab sudi singgah thread ni.. hehee
saye pun share berdasarkan tesis yang saye jumpe kat google tu je..
kalau yellow ade info jugak boleh lah tambah2 kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 08:36 AM | Show all posts
continue lagi...

5. Perbandingan antara versi-versi Mitos Kota Gelanggi dan Fakta Sejarah

Berdasarkan kepada tiga versi mitos dan satu sorotan dari sudut sejarah, dapatlah dibuat suatu perbandingan cerita-cerita tentang Kota Gelanggi. Versi pertama dinamakan versi Mohamad Angkut; versi kedua dinamakan versi Haji Mat Taib dan versi ketiga versi Cameron.

Ketiga-tiga cerita mitos tentang subjek yang sama didapati dengan cara ynag berlainan. Versi Mohamad Angkut merupakan hasil bercerita dan soal jawab. Versi Haji Mat Taib pula adalah hasil soal jawab dan versi Cameron adalah hasil catatannya berdasarkan cerita lisan seorang tua di Hulu Raub pada 26 Julai 1882.

Versi Mohamad Angkut dengan versi Haji Mat Taib Saman, tidak banyak bezanya. Jalan
ceritanya sama, melainkan Mohamad Angkut yang agak keliru dengan istilah ‘puteri’ dengan ‘permaisuri’. Kekeliruan ini mungkin disebabkan oleh faktor umur. Ini dapat dilihat apabila Mohamad Angkut lupa untuk menamatkan ceritanya dengan sempurna, melainkan setelah ditanya.

Haji Mat Taib Saman pula mengatakan dirinya tidak mampu bercerita, kerana banyak yang
terlupa. Oleh itu, cerita disampaikan dengan cara soal-jawab. Bagaimana pun, Mohamad Angkut dan Haji Mat Taib Saman sama-sama mengatakan bahawa cerita Gua Kota Gelanggi ini tidak berani dituturkan sebagaimana tukang-tukang cerita menyampaikan cerita; kerana kepercayaan tentang ‘kerasnya’ kesan rasukan orang bunian. Peperangan antara manusia dengan mambang kerana berebutkan seorang perempuan dan kemudian ditegur pula oleh Sang Kelembai sehingga menjadi batu; adalah sesuatu memalukan dan menjadi larangan kepada sesiapa yang menceritakannya.

Versi yang amat berbeza di antara ketiganya ialah versi Cameron. Walau pun temanya sama, iaitu peperangan dua buah kerajaan kerana seorang puteri, tetapi jalan ceritanya nampak lebih logik. Watak-wataknya menampakkan tentang pertikaian antara Raja Mambang dari Lipis, Raja Usul dari Bera dan Raja Gelanggi yang kita ketahui di daerah Jerantut.

Merujuk kepada perbandingan tersebut, jelaslah bahawa versi Cameron mempunyai ciri logik yang memungkinkan diterima sebagai versi asal. Manakala, versi-versi Haji Mat Taib Saman dan versi Mohamad Angkut adalah versi yang telah ditokok tambah dan pengurangan di sana-sini menurut fungsinya sebagai mitos dalam masyarakat Melayu setempat. Versi-versi ini dimitoskan dengan tujuan yang tertentu, yang akan dibincangkan kemudian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 01:52 PM | Show all posts
6. Ciri-ciri Mitos Dalam versi-versi Cerita Kota Gelanggi

Untuk menentukan sejauh mana sesuatu cerita itu dapat digolongkan dalam genre mitos, perlu juga dilihat ciri-ciri mitos yang terkandung dalam cerita berkenaan. Menurut Mustafa Mohd. Isa (1996) terdapat lima ciri umum cerita-cerita mitos. Semua ciri ini boleh dikesan dalam mitos Kota Gelanggi.

Pertama, bentuk naratif yang jelas daripada ketiga-tiga versi ini. Versi Cameron dalam “Kota Glanggi or Klanggi, Pahang,” J.S.B.R.A.S., No. IX, 1882 turut mencatatkan:

“It would not do to pass away from these caves without reciting the legend of Kota
Glanggi, as narrated to the company by one of the oldest men at the kampung, as
we rested ourselves after our labours on a rock at the foot of Kota Papan………”

Begitu juga pada cerita Mohamad Angkut dan Haji Taib Saman, amat jelas menunjukkan ciri ini apabila mereka mengatakan bahawa cerita Kota Gelanggi ini sebagai ‘surah’ (cerita) dan bukannya dapat disyairkan atau seumpamanya.

Kedua, bersifat suci; di mana dalam versi-versi Mohamad Angkut dan Haji Taib Saman,
mengisahkan bagaimana dalam masa peperangan antara angkatan mambang dengan angkatan Raja Usul / Rusul itu, Sang Kelembai telah menegur hingga semuanya menjadi batu. Dalam versi Haji Taib Saman, terus terang dinyatakan Sang Kelembai tidak senang melihat dua jenis makhluk (jin dan manusia) ini berperang kerana merebut seorang perempuan. Ketiga-tiga versi ini menggambarkan pemerintah Kota Gelanggi, amat takut untuk mempertahankan janji dan maruahnya. Terdapat pengajaran yang simbolik untuk renungan masyarakat kerana peperangan raja menyusahkan rakyat. Sang Kelembai diwujudkan sebagai jalan mudah untuk menghukum kesalahan manusia dan jin.

Ketiga, bersifat ajaib; versi Mohamad Angkut dan Haji Taib Saman jelas menggambarkan dua dunia iaitu dunia manusia dan dunia mambang / jin di kayangan. Mambang digambarkan bersayap dan Raja Usul / Rusul pula mempunyai keris terbang. Kedua-dua informan ini enggan bercerita secara tukang cerita, kerana khuatir mereka diresapi oleh roh orang bunian yang dipercayai menghuni Kota Gelanggi hingga kini, malah Haji Taib Saman menamakan seorang penduduk Pulau Tawar yang telah meninggal dunia setelah dirasuk kerana melanggar pantang atau sumpahan ini.

Keempat, unsur geografi dan sejarah sentiasa dikaitkan sebagai ciri mitos. Kota Gelanggi
mempunyai gua-gua yang seolah-olah berbilik-bilik. Gua ini sememangnya terdapat arca-arca yang menyerupai gerbang, bilik, manusia, binatang dan objek-objek lain. Seperti catatan Cameron :

“ There are no idols of man’s construction, but the floor of this natural temple is
strewn with curious and weird-like forms. There is one huge block of stone about
fifteen feet square which might represent the altar of an ancient race of giant…….”

Bagaimana pun ahli georafi dan ahli sains mengatakan pembentukan gua-gua, stalagtait dan stalagmait sebenarnya disebabkan oleh proses luluhawa, hakisan dan bencana alam. Penyerupaan kepada arca-arca tertentu itu hanyalah tafsiran manusia yang memandang sahaja.

Dari sudut sejarah, Winstedt mengesahkan bahawa Klang Kio / Gelang Kiu / Linggi / Kota Glanggi / Ganggayu adalah subjek yang sama. Kerana kehebatannya, sebagai ‘Perbendaharaan Permata’ maka penulis Sejarah Melayu berusaha untuk mengaitkan Kota Gelanggi dengan warisan kerajaan Melayu Melaka di Johor.

Kelima, cerita dongeng dan aneh; yang memang menjadikan cerita Kota Gelanggi ini sebuah mitos. Kewujudan mambang, keris terbang, nuri yang berkata-kata dan Sang Kelembai telah cukup memberi rupa aneh dan dongeng dalam cerita ini. Sang Kelembai, menurut Mohamad Angkut adalah ‘guru segala guru’ seorang manusia yang dikurniakan Tuhan ilmu yang tiada tandingannya. Keistimewaannya ialah ‘mulutnya masin’ menyebabkan apa sahaja yang ditegurnya bertukar menjadi batu. Peristiwa Kota Gelanggi dan segala isinya menjadi batu, berlaku apabila Sang Kelembai yang ketika
itu sedang marah kerana anaknya, mati akibat keracunan buah perah. Anaknya mati dan ditanam di puncak Gunung Tahan, dan hingga sekarang kononnya masih ada lagi caping emas tersandar di batu nesannya di situ. Padang Kangsa yang terdapat dekat gua Kota Gelanggi itu kononnya terjadi kerana pokok-pokok di situ habis dicabut Sang Kelembai. Sang Kelembai kemudiaannya, lari ‘keluar langit’. Dengan itu, jelaslah bahawa cerita Kota Gelanggi mempunyai ‘kelayakan’ untuk berada dalam genre mitos di persada sastera rakyat Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:40 PM | Show all posts
cerita ja.... mana gambarnya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 04:10 PM | Show all posts
Reply 35# jofizo

gambar nanti up.. nak gambar cantek kene suh kak una snap la sebab die dok dekat je ngan gua ni.. hehee
nanti la curik mase carik gambar2 yang cantek2 sket kat google nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2012 08:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 08:35 PM | Show all posts
  

sumber gambar: http://kematz.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2012 08:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 08:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by sukeje at 5-7-2012 22:27

- deleted ----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.768260 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list