CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4271|Reply: 16

PAS dah kena gelak dah...!!! Himpuan Oren dpt perhatian DUNIA

[Copy link]
Post time 15-7-2012 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Himpunan OREN...PAS nak test market tapi...tak menjadi?Apa sudah jadik...?


Himpunan OREN yang dikatakan akan mengumpulkan 100 ribu orang rupa-rupanya seribu pun tak sampai..kebanyakannya yang dikhabarkan bukanlah peneroka felda tetapi juak-juak PAS yang hadir...apa ni bro Mazlan,lu ingat peneroka ni semuanya mangkuk tingkat macam lu ke?Sudah-sudah la tu bro lu nak sabotaj Felda, gua tau lu ni pun spesis gila kuasa jugak.Mana lu belajar?ooo...gua tau lu belajar ngan @*#% bengkok le ni...lu amal kan le bro..chimpenzi pun gelak kat lu...lu tau tak....




Himpunan Oren dapat sambutan di seluruh dunia!










*Siapa kata Himpunan Oren anjuran Pas hari ini tidak berjaya? Sampai semua sami Buddha di Thailand pun turut serta berhimpun bagi mendoakan FGVH gagal. Malah, dalam berkumpul untuk jadi kufur nikmat, sempat lagi orang lain jatuh kafir. Tahniah Pas!

Sejak bila Mat Sabu dan Datuk Ibrahim Man jadi peneroka Felda???





Himpunan oren jadi pasar jual oren


Cuba tengok gambar ni betul2.....nampak tak diorang tengah punggah buah oren dari lori tu? Haahhh...itu lah dia Himpunan Oren di Istana. Tak dapat sambutan jugak! Dah jadi macam pasar malam aje....banyak gerai2 jual baju. Ni lah masanya orang2 PR nak buat duit. Eh..eh...cuba tengok sape datang tu?

Inilah dia tauke ladang oren....atau kata P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok - ladang rimau!



Dan seperti mana juga Himpunan Hijau, Himpunan Oren juga disertai oleh anak2 kecil yang tak berdosa tetapi terpaksa menanggung dosa mak bapak yang tak berhati perut!




Nampak meriah tak pasar jual oren ni? Sayangnya Pak Lah, tetamu kehormat yang mereka sebut2kan tak nampak batang hidung pun... Memanglah diorang ni kaki temberang je!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2012 09:13 AM | Show all posts
Himpunan Oren terdesak lalu jual nama Pak Lah, Ku Li



Macam-macam cara dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menarik perhatian ramai terhadap program mengarut anjuran mereka termasuklah yang terbaru gambar Tun Abdullah dan Tengku Razaleigh Hamzah digunakan oleh PAS untuk mempromosikan Himpunan Oren Anti FGV dengan tujuan mengabui mata khalayak.

Si empunya diri langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir, memandai-mandai pula dimanipulasi gambar kedua-dua tokoh tersebut demi untuk meramaikan hadirin dalam majlis anjuran PAS itu.

Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap penganjur himpunan tersebut sepatutnya berasa malu bila program anjurannya terpaksa menumpang nama dan gambar orang lain.


Alasan kononnya penggunaan gambar Pak lah dan Ku Li sebagai daya tarikan langsung tak boleh diterima akal. Itu namanya alasan yang kebudak-budakan dan menipu.

Kita tahulah tabiat menipu dan membohong sambil lidah berbelit-belit sudah jadi amalan pemimpin PAS sejak tahun 1950-an lagi, tapi kot kalau terdesak sangat pun janganlah sampai ditarik sekali nama orang lain untuk bergelumang dengan penipuan.

Dahlah menipu dan memanipulasi nama dan gambar pemimpin UMNO, himpunan yang kononnya untuk kumpulkan peneroka kini dah jadi himpunan ahli PAS pula bila surat pekeliling dihantar mengarahkan kehadiran ahli dari seluruh peringkat untuk ramaikan majlis.

Nampak sangat majoriti golongan peneroka memboikot himpunan sia-sia tersebut, itu pasal terpaksa dikerah ahli sendiri untuk mengelakkan dari menjadi bahan gelak tawa orang ramai.


Dua kali menipu bermakna bab-bab menipu ini sudah sebati dalam sanubari pemimpin PAS. Satu menipu orang ramai dengan memanipulasi gambar pemimpin UMNO dan kedua menipu masyarakat dengan mengatakan ahli PAS yang akan hadir semuanya peneroka.


Terdesak sangat nak cari laba politik, maka langkah desperado sedemikian rupa diguna pakai, langsung tak menepati ciri-ciri sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Jenis manusia munafik dan perangai macam musyrikin Mekah saling tak tumpah macam perangai Abu Jahal dan Abu Lahab. Patutlah lebih 60 tahun PAS hidup atas muka bumi, hanya kecelakaan dan perpecahan sesama umat Islam saja yang berjaya dibawa oleh PAS.

Laknatullah punya perangai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 09:15 AM | Show all posts
PAS yang pendek akal dan bodoh macam 'mangkuk toilet'!



Suatu masa dahulu, PAS tak setuju dengan mengkritik kerajasama UMNO dan MCA. Alasannya UMNO bekerjasama dengan kafir.

Bukan kah masa itu mereka bekerjasama dengan DAP yang membenci ISlam dan kini adalah mempromosi Evangelical Christian.

Sekarang mereka bukan saja ikut UMNO untuk kerja dengan kafir yang harbi, DAP, malahan lagi teruk dari itu, PAS sampai berdoa dalam masuk kuil dan bakar lilin bersama dalam upacara kematian orang kafir.

UMNO tidak sampai ke situ tetapi sudah berpandangan jauh. MCA yang kita kerjasama boleh bertolak ansur dan hormati hak kita.

DAP tidak setuju Negara Islam PAS dan mahu hapuskan hak Bumiputera dan Islam. PAS biar saja babi dijual dengan terbuka dan rumah urut dibuka merata-rata.

Dengan DAP, mereka tak kerjasama tapi dicucuk hidung DAP.

Dulu UMNO bina Putrajaya, tapi arwah Fathil Nor kata satu pembaziran dan mahu lelong saja Putrajaya bila berkuasa.

Malah pe'el PAS hanya menentang segala usaha kerajaan untuk membangun dan memudahkan kehidupan rakyat. Putarajaya dibangunkan untuk jadi kebanggaan negara dan menyelesaikan masaalah kesesakan di Kuala Lumpur dan menahan kenaikkan harga rumah dan tanah.

Sekarang mahal harga rumah dan tanah, bayangkan kalau tak ada Putrajaya? Dah dia orang pulak terikut UMNO, nakkan Putrajaya. Tak bolehkah fikir sendiri dari ikut apa saja UMNO buat ...?

Dari dulu tak mahu Putrajaya, kini PAS pula tergila gila nak rebut dan tawan Putrajaya.

Pagi tadi dalam pukul 11:30, ada pula satu program PAS bernama Konvoi Hijau ke Putrajaya. Grp dari Selangor ini yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Ketua Pemuda PAS Wilayah dan disertai 160 orang dari mereka sampai di food court Presint 16.

Masuk-masuk saja, ketika ada seramai 30 orang awam sedang makan, mereka terus buat ucapan dan keadaan menjadi bising. Reaksi orang ramai tidak selesa.

Dah sampai begitu kemaruk nakkan Putrajaya. Muga Allah tidak sampaikan hajat mereka atau hancurlah negara kita.

PAS tak setuju dengan penglibatan kepentingan asing dalam FELDA. Lalu digunakan sebab untuk anjur Perhimpunan Oren.

Kalau tidak melibatkan negara luar dan pelaburan asing, macam mana bisnes nak berkembang.

Nama pun Felda Global dan ianya akan masuk ke negara luar dan berkembang ke negara luar untuk cari keuntungan dan peluang.

Tapi disini PAS pula tak kasi orang luar masuk. Ingat orang luar bodoh dan buta. Jika kita tahan mereka masuk, macam mana kita nak ke luar negara pula?

Pikiaq sikit la PAS Piss Puss!

Orang PAS ini tak cerdik, bodoh dan ketinggalan zaman. Logik dia orang out. Ada ke buat perhimpunan oren dan tuntut tidak senaraikan FGVH selepas dua minggu saham tersebut disenaraikan?


Tapi dalam masa itu, kenapa Kelantan nak adakah Pameran Cheng Ho. Ini pun tiru kerajaan BN.

Adakah hanya untuk pedagang Cina datang jual barang saja? Bukankah tujuan untuk menarik pelaburan ke Kelantan?

Malangnya tak berjaya. Tak pandai orang PAS mentadbir dan berniaga. Ikut UMNO dan BN dan tak payah fikir nak rancang2 pun tak berjaya!


Kami dengar pula ada angan-angan kerajaan Kelantan nak ikut kerajaan Dr Mahathir yang dikutuk kerana projek Proton dahulu.

Sekarang sudah ada rancangan besar untuk keluarkan kereta PAS pada tahun 2014.

Projek akan diketuai oleh Husam Musa dalam satu usahasama dengan suarikat dari India.

Kah kah kah ... kalau dah ada tangan dan jari jemari Husam Musa, mesti punya fail!!!

Tengoklah berapa lama Gold Dinar boleh bertahan?

Point penting adalah kenapa nak pula bekerjasama dan cari pelaburan untuk Kelantan dan Felda tak boleh pula?

Padahal Felda jauh lagi hebat dari negeri kelantan!!! Kah kah kah ...

Macam mana nak memerintah, nanti ditipu dek DAP saja macam di Selangor dan Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 11:25 AM | Show all posts
crossfire jer ker yg post?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 11:37 AM | Show all posts
hebaKKKNYEEE himpunan oren mengumpul pulohan ribu orang



mgkin sbb anjuran PAS semata mata... maka mata sepet tak join secara beramai2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2012 11:43 AM | Show all posts
hebaKKKNYEEE himpunan oren mengumpul pulohan ribu orang



mgkin sbb anjuran PAS ...
AbukRokok Post at 15-7-2012 11:37



    Dia orang makan Limau OREN aja, takder masa nak berpeluh2, bukan ada bangsa dia orang pun kat FELDA sana....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2012 11:44 AM | Show all posts
hebaKKKNYEEE himpunan oren mengumpul pulohan ribu orang



mgkin sbb anjuran PAS ...
AbukRokok Post at 15-7-2012 11:37



   racist la statement ko... asal nk pngil cm tue... tak baek ler...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 02:30 PM | Show all posts
orang felda tak dok rasa gapo.......yang bukan felda pulak yang lelebih......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2012 03:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by sharfox at 15-7-2012 15:51

Reply 8# myseba2u

Laaa...memang la catu. Apa Peneroka boleh buat? Dapat saham pun 800 unit je. Yg baru join dapat 180 ribu. Memang orang luar la yg amik kesempatan pun. Orang luar mmg lebih2..... Selama hari ni ko pikir camne Bro?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 05:05 PM | Show all posts
biarlah Isa Samad tu dpt banyak dr peneroka2, awat hang pa dengki? :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 05:14 PM | Show all posts
tapi ak lagi sian tengok sambutan hari koperasi negara, siap orang leh bangun time P.M berucap... nie siap ada video tapi malas lak nak bukak thread...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 05:39 PM | Show all posts
Reply 7# cowey


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 08:06 PM | Show all posts
orang felda tak dok rasa gapo.......yang bukan felda pulak yang lelebih......
myseba2u Post at 15-7-2012 14:30



    orang felda dok tengok tb3 & baca utusan mmg ler dor rasa gapo....saham 800 unit tu dah tertinggi ler bagi deme................
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 10:45 PM | Show all posts
Warna oren pulak dah. Ni lah warna pakaian agamawan Hindu dan Buddha. Parti Ajaran Sesat yang tak ada jati diri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 11:24 PM | Show all posts
nih  crossfire bodoh seorang~
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 04:59 PM | Show all posts
Kemunafikan Tahap Tertinggi PAS Terhadap FGVH

Kelmarin Badan Generasi Perihatin 1Malaysia (GP1M) mendakwa kerajaan PAS Kedah turut memiliki saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 500,000 unit.

Selain pegangan diperoleh melalui anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), GP1M juga mendakwa beberapa pegawai kanan kerajaan negeri turut memiliki saham FGVH, kebanyakannya 50,000 unit setiap seorang.

Bendahari GP1M, Mansor Ahmad, sehubungan itu, meminta pihak ‘talam dua muka’ berhenti menghasut anak muda dan peneroka FELDA.

Beliau turut mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjawab persoalan itu serta menasihatkan pembangkang berhenti mempolitikkan isu FGVH.

Katanya, sikap pembangkang bertentangan dengan apa yang dilaungkan mereka ketika menentang FGVH, malah mendakwa PKNK sudah menjual 50,000 unit daripada saham itu.

“GP1M mendapat maklumat orang dalam PKNK sendiri, mereka terima dan turut berasa nikmat FGVH,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.

Apabila artikel itu disiarkan, ramai yang tidak puas hati malah menuduh ia merupakan NIAT JAHAT pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kedah khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Rata-rata blog pro-pembangkang menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah untuk memalukan Pas terutama penganjur Himpunan Oren yang diadakan Sabtu lalu.

Tetapi ternyata ia bukan gosip kosong atau sembang kedai kopi kerana rupa-rupanya apa yang didakwa GP1M memang benar dan tepat sekali.

Lebih mengejutkan, ia disahkan oleh orang kuat PKNK sendiri yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Elok kita baca apa yang beliau katakan seperti mana yang tersiar di Sinar Harian;

Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

“Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.

Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata:

“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya.

Itu kata Abdul Rahman.

Kalau betul ia tiada kaitan politik, kenapa Setiausaha Politik Menteri Besar, Sanusi Mohd. Noor ‘kelam kabut’ keluarkan kenyataan nak mempertahankan bosnya yang juga Menteri Besar Kedah sendiri, Datuk Seri Azizan Razak.

BACA DI SINI  

Lebih memalukan, dalam kenyataan balas tersebut, secara sengaja atau tidak sengaja, Sanusi ‘terlepas cakap’ yang Azizan adalah Pengerusi PKNK, daripada ramai yang tak tahu sekarang semua dah tahu yang Azizan adalah orang nombor satu PKNK.

Jadi secara tidak langsung menunjukkan kenyataan Abdul Rahman kononnya PKNK tidak terlibat dengan polisi politik itu ternyata SALAH sama sekali.

Di sini mari kita renung kembali beberapa perkara;

1) Pertama JELAS DAN NYATA sekali PKNK pun mengakui penyenaraian FGVH itu tepat!

” ….. kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,”

2) Kedua JELAS DAN NYATA PKNK ada kaitan dengan politik walaupun cuba dinafikan CEOnya sendiri

” …….MB selaku Pengerusi PKNK….,”

3) Ketiga rasanya tiada siapa yang LEBIH LAYAK nak bercakap tentang penentangan penyenaraian ini kalau bukan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sendiri, Mazlan Aliman.

Mari kita baca apa reaksi Mazlan yang lebih bersifat kepada cuba ‘control malu’;

Mazlan mahu PKNK menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.

“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor seperti yang tersiar dalam portal Free Malaysia Today.

KESIMPULAN dalam kes ini mudah saja, ini menunjukkan KEMUNAFIKAN TAHAP TERTINGGI para pemimpin Pas berhubung isu penyenarai FGVH ini, mereka bukan tak tahu yang ia memberi manfaat yang besar, tetapi terpaksa untuk TIDAK BERSETUJU semata-mata kerana tidak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat ‘mileage’ daripada keputusan kerajaan itu.

Cakap tak serupa bikin langsung!

Dalam ceramah bukan main lagi berdegar-degar kutuk saham FGVH, di belakang merekalah yang paling beriya-iya, siap beli lagi saham tu

Lepas ni confirm akan ada ‘road show’ untuk menjelaskan tindakan mereka, tetapi lepas tu tetap kutip derma daripada mereka yang datang nak dengar ceramah, tapi mereka sendiri dah GOYANG KAKI makan duit saham yang kononnya menindas dan menipu peneroka itu

SEKARANG INI SIAPA YANG TIPU SIAPA?

Mereka tahu, Najib telah membuat keputusan tepat yang akan mengukuhkan keyakinan rakyat amnya dan masyarakat Felda khususnya terhadap kepimpinan beliau.

Ini sangat bahaya kepada Pas memandangkan PRU ke 13 makin hampir.

Ternyata niat Pas bukan nak memperjuangkan nasib peneroka, tetapi lebih kepada nasib parti dan kedudukan mereka sendiri.

Akhirnya matlamat telah menghalalkan cara.

Malangnya yang menggagalkan usaha itu bukan musuh politik mereka, tetapi orang dalam parti Pas itu sendiri.

Tak sabar nak tengok macam mana Azizan nak ‘bersilat’ lagi lepas ini

Wartawan mana pula agaknya yang bakal menerima sumpah seranahnya……Pas oh! Pas.

Dan tidakkah tindakan PAS itu adalah contoh sikap munafik dalam politik? Marah peneroka jangan beli, tetapi wakil mereka hendak beli 1 juta unit.

Jangan berdalih cakap ini taktik perniagaan, ini langkah bijak apa semua. Kenapa PAS Kedah beli saham FGVH yang selama ini pihak itulah duk cakap peneroka ditipu dan sebagainya.

Jangan bagi alasan bodoh kononnya semua duit dari pusat disekat. Takda sesen pun disekat, jangan temberang ok.

Sayangnya, episod ini bukan sahaja mencerminkan sikap menipu PAS demi kuasa, mencerminkan kelemahan mentadbir dan koordinasi dalam isu penting, malah memperlihatkan mengapa pada Perhimpunan Oren Sabtu lalu, hampir kesemua yang hadir hanyalah ahli-ahli PAS, bukan peneroka.

Majoriti peneroka dah lama sedar yang PAS bukan berjuang untuk mereka, tapi berjuang untuk meraih undi dengan meracun pemikiran peneroka dan rakyat terhadap penyenaraian FGVH.

http://mynewshub.my/2012/07/16/k ... -pas-terhadap-fgvh/

Sekadar kongsi cerita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 11:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.326641 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list