CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10994|Reply: 90

Pelakon Ismail Hudson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung - ALFATIHAH

[Copy link]
Post time 21-7-2012 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Last edited by maxim on 21-7-2012 02:19 PM \n\n


PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.

"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.

"Dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

"Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.

Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.

Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995),Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2012 01:34 PM | Show all posts
Inalilahi Wainailaihi Rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:36 PM | Show all posts
innalillahiwainnalillahirojiun......Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:41 PM | Show all posts
Inalilahiwainailaihirajiun....Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:46 PM | Show all posts
Inalilahiwainailaihirajiun .... Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:46 PM | Show all posts
Al-Fatihah
Innalillahiwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2012 01:47 PM | Show all posts
Al-Fatihah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:55 PM | Show all posts
salam takziah..
suka tgk lakonan beliau... selalu.belakon watak serius..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2012 02:02 PM | Show all posts
Inalilahiwainailaihirajiun....Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:06 PM | Show all posts
Innalillah, takziah kpd family arwah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:09 PM | Show all posts
Alfatihahhlfa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:11 PM | Show all posts
Al-Fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:11 PM | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun..

Al-fatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
ameen..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:17 PM | Show all posts
Innalillah,
takziah,
meninggal di bulan yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:18 PM | Show all posts
al-fatihah

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:21 PM | Show all posts
Al-fatihah..semoga dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2012 02:23 PM | Show all posts
Al-fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:26 PM | Show all posts
Takziah. AlFatihah, Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. Pulangnya ke Ilahi di bulan yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:33 PM | Show all posts
Tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:43 PM | Show all posts
Al fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.084528 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list