Salam kawan-kawan. Terharu rase sebab korang rajin drop by bg komen...paste lagu la...hehe..
so saya continue lagi hari ni...
Sejam jam kemudian, kami tiba ke Mid Valley. Aku membiarkan En Azlan berjalan di depanku. Aku hanya memerhati gerak langkahnya dari belakang. Aku tak nafikan dia memang seorang lelaki yang kacak. Dia nampak begitu santai dengan T-Shirt Polo berwarna gelap itu dan seluar slack berwarna khakis. Cap diatas kepalanya menambahkan lagi ketampanannya. Tubuhnya yang tegap dan sasa dengan tinggi 5’7 inci itu bisa memukau mana-mana perempuan yang dia mahukan.
Aku berani bet, dia mesti kaki gym. Kalau tak takkanlah badan dia macam tu. Sedang aku menganalisis identiti bosku itu, dia tiba-tiba menoleh dan menegurku.
”Kenapa awak jalan jauh dari saya? Saya takut awak hilang jer nanti,”
Aku melangkah menghampirinya supaya jarak antara kami tidak terlalu jauh.
Sebaik saja kami masuk ke Mid Valley, aku tergamam seketika. Ya-ALLAH, ramainya umat manusia hari ni. Menyesal pulak aku keluar, bisikku di dalam hati. Terlajak perahu boleh ku undur, terlajak kata inilah padahnya. Rupa-rupanya ada Matta Fair kat sini. Sebab tulah ramai sangat orang.
Aku memang kurang gemar dengan keadaan yang crowded dan sesak. Senang cakap, aku memang menyampah. Sebabnya, aku akan jadi rimas dan kurang selesa.
Di foodcourt penuh dengan orang, panggung wayang, McD, tak lupa juga di tepi escalator. Mungkin zaman aku melepak telah lama berlalu. Aku lebih sukakan keadaan yang tenang dan damai. Aku cuba menyembunyikan perasaan kurang senang itu di dalam hati. Aku berharap agar En Azlan juga berpihak kepadaku di saat ini.
Walaupun suasana di foodcourt agak sesak dengan orang ramai ketika itu, kami berjaya mendapat tempat duduk setelah 20 minit menunggu. Aku dan En Azlan terpaksa bergilir-gilir membeli makanan. Setiap kali ke Mid Valley, pasta mesti menjadi pilihan utamaku. Fettucini Carbonara di foodcourt memang terbaik. Aku amat menggemarinya sejak diperkenalkan oleh kawan travel ku suatu ketika dulu.
Sofea duduk bertentangan dengan En Azlan di meja makan. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhati mereka berdua. Matanya tajam memerhati kelibat Sofea yang kusyuk menjamah makanannya. Terbayang wajah seseorang yang pernah lekat di hatinya. Dia cuba mengamati wajah itu lama-lama. Benarkah dia yang pernah ku kenal dulu? Benarkah itu Sofea atau pelanduk dua serupa? Tapi mata itu takkan pernah menipu. Dia pernah mengagumi bulu mata Sofea yang lentik dan panjang itu. Sofea yang dilihatnya hari ini jauh lebih kurus berbanding dahulu. Dulu dia selalu mencubit pipi tembam gadis itu.
Hatinya tertanya-tanya siapa lelaki di hadapan Sofea itu. Mereka nampak begitu mesra. Ada kalanya mereka bertukar-tukar menjamah makanan. Benarkah itu Sofea? Soalnya lagi berkali-kali. Bekas kekasihnya dulu. Mata Luqman tidak lepas-lepas memandang ke arah Sofea.
Rasanya hampir 10 tahun mereka tidak bersua. Mungkin Sofea telah berumah tangga. Sofea yang dikenalinya suatu ketika dahulu nampaknya telah jauh berubah. Hampir-hampir dia tidak mengenali Sofea lagi. Kali terakhir mereka bertemu sebagai kekasih 2 minggu sebelum mereka berpisah. Selepas itu Sofea lebih banyak mengelak dari bertemu dengannya. Bukan dia tidak tahu, cuma berpura-pura tidak tahu. Desis hati seoarang lelaki bernama Luqman Mikail.
Sedang asyik Sofea berbual dengan En Azlan, tiba-tiba dia rasa berdebar-debar. Pandangan matanya tiba-tiba bertaut pada seseorang. Lelaki bercermin mata dan berkulit hitam manis itu seolah-olah dikenalinya. Luqman Mikail kah itu? Matanya lantas melirik ke arah stroller yang terletak bersebelahan dengan lelaki itu. Jantungnya berdegup lebih kencang ketika itu. Rasanya dia tidak sanggup lagi untuk melihat drama apa yang akan terjadi selepas ini.
Sofea berpura-pura tidak perasan renungan yang dilemparkan tadi oleh Luqman Mikail. Dia cuba berlakon tenang sedangkan hatinya seolah-olah sudah dilambung ombak tsunami. Seketika kemudian, seorang wanita datang sambil membawa dulang makanan ke meja Luqman. Keadaan jadi kalut seketika kerana bayi dalam stroller itu menangis tiba-tiba. Luqman tanpa rasa kekok mengangkat bayi itu ke dalam dakapannya.
En Azlan melambai-lambai jarinya di depan Sofea yang kelihatan begitu kusyuk memerhatikan seseorang. Dia lantas menoleh melihat apa yang berlaku di belakangnya. Kelihatan sepasang suami isteri sedikit kalut menenangkan bayi mereka yang sedang menangis.
”Sofea, shall we go now?” Tegurnya setelah Sofea tersedar dari lamunannya.
”Yeahh....Sure. We should go now.” Suaraku putus-putus sambil bergegas bangun.
En Azlan tiba-tiba menarik lenganku. Aku pula hanya menurut. Luqman Mikail sempat memerhati adegan itu di depannya. Mata mereka bertentangan seketika. Sofea cepat-cepat beralih ke arah lain sambil pura-pura berbisik pada bosnya. ”Saya nak ke ladies sekejap.”
”Siapa yang angah tengok tu? Tak lepas-lepas pandang.” Kakak Luqman, Fida menegur adiknya yang tampak kusyuk memerhati seseorang. Fida pantas menyalin lampin anaknya yang menangis kerana tidurnya diganggu sebentar tadi.
”Entahlah Long. Nampak macam kawan lama. Tapi mungkin salah orang kot.” Luqman menghela nafasnya, cuba melindungi perasaan kecewa yang bertandang dalam hatinya ketika itu. Sepintas lalu Sofea hilang dari pandangan matanya, hilang di celah-celah ramai orang.
Kiranya hero yg ada belum berkembg lagi karekter...so buat masa nih vote en.azlan dulu...bila dah berkembg watk2 hero yg lain vote boleh berubah...ahaks...
Dah macm akademi fantasia lak...boleh vote turun naik....
Rasanya hampir 10 tahun mereka tidak bersua. Mungkin Sofea telah berumah tangga. Sofea yang dikenalinya suatu ketika dahulu nampaknya telah jauh berubah. Hampir-hampir dia tidak mengenali Sofea lagi. Kali terakhir mereka bertemu sebagai kekasih 2 minggu sebelum mereka berpisah. Selepas itu Sofea lebih banyak mengelak dari bertemu dengannya. Bukan dia tidak tahu, cuma berpura-pura tidak tahu. Desis hati seoarang lelaki bernama Luqman Mikail.
Sedang asyik Sofea berbual dengan En Azlan, tiba-tiba dia rasa berdebar-debar. Pandangan matanya tiba-tiba bertaut pada seseorang. Lelaki bercermin mata dan berkulit hitam manis itu seolah-olah dikenalinya. Luqman Mikail kah itu? Matanya lantas melirik ke arah stroller yang terletak bersebelahan dengan lelaki itu. Jantungnya berdegup lebih kencang ketika itu. Rasanya dia tidak sanggup lagi untuk melihat drama apa yang akan terjadi selepas ini.
Sofea berpura-pura tidak perasan renungan yang dilemparkan tadi oleh Luqman Mikail. Dia cuba berlakon tenang sedangkan hatinya seolah-olah sudah dilambung ombak tsunami. Seketika kemudian, seorang wanita datang sambil membawa dulang makanan ke meja Luqman. Keadaan jadi kalut seketika kerana bayi dalam stroller itu menangis tiba-tiba. Luqman tanpa rasa kekok mengangkat bayi itu ke dalam dakapannya.
################################
Bukankah Aku – Awi Rafael
Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya
Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti
Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh
Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu
Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh
Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu