CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haje_hbz

Semanis Puding Jagung-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2012 04:34 PM | Show all posts
chokachoki posted on 27-7-2012 03:55 PM
haha takdela. just pernah dtg
orang situ ka???

tak la...org sini je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2012 05:07 PM | Show all posts

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Mug berisi milo diletakkan  atas meja makan lalu dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

Tangannya diregangkan sedikit. Letih. Dari tadi dia hanya menyiapkan kerja sekolah yang menimbun. Mata pun dah rasa berpinar
semacam.

“Tak tidur lagi, Qila?” Terkejut dia apabila Chik Na muncul tiba-tiba. Mug dirak dicapai sebelum dipenuhkan dengan air masak.

“Belum lagi Chik Na. Homework banyak sangat. Ada satu lagi belum siap.” Kepalanya dilentokkan atas meja. “Cikgu Sejarah Qila tu memang tak nak bagi Qila tidur malam ni agaknya.” Gumamnya perlahan.

Tadi, dia ingatkan Puan Rozi mahu menderanya buat kerja-kerja amal dekat sekolah. Sekali… hmm. Betul punya dera ni. Penderaan mental!

“Cikgu tu bagi kerja banyak nak suruh Qila pandai.”

“Qila tau, tapi Qila geramlah dengan Puan Rozi tu. Tadi Qila masuk kelas lambat empat minit je pun, tapi kena marah jugak. Dah tu kena denda buat extra homework pulak. Bukannya pergi melepak, pergi tandas aje kut. Suka sangat nak cari salah orang.” Aqila mula membebel.

“Nurul Aqila. Tak baik cakap macam tu. Macam mana  buruk pun, dia tetap seorang guru yang kita kena hormat. Sebab pada dia ada ilmu yang perlu kita gali.”  

Okey, itu dia. Chik Na dah masuk mode serius.

Dia bukannya apa, nampak sangat kediskriminasian Puan Rozi tu. Kalau orang lain, tak ada pula dia mahu marah. Kalau marah tu boleh tahan lagilah. Ini sampai kena denda pulak, apa kes?

Keluhan berat dilepaskan. Macam-macam perkara juga yang berlaku kepadanya hari ini.

Waktu rehat di sekolah tadi, dia masuk ke kelas mahu ambil botol air, tiba-tiba Naqib a.k.a budak baru a.k.a mamat-MPH tu sergah dia. Entah dari mana dia muncul. Tadi macam tak ada orang dalam kelas.

“Kau ingat aku tak cam kau? Kau yang semalam cari pasal dengan aku, kan?” Naqib berdiri dihadapannya sambil bercekak pinggang

Cis. Kantoi!

“Sorry. Cari pasal bukan dalam senarai kerja saya.” Perlahan Aqila membalas. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Takkan nak cakap, “Ha’ah, sayalah orang yang awak maksudkan,” lepas tu tayang muka innocent kut?

Tangannya sibuk mencari-cari botol air dalam beg. Apasal banyak sangat khazanah dalam ni?

“Tak payah nak loyar buruk dengan aku. Dah buat salah tak reti-reti nak minta maaf? Patah tulang aku ni, kau nak bertanggungjawab ke?”

Dasar temberang. Takkanlah setakat jatuh sikit tulang boleh patah! Namun tidak terkeluar pula sebaris ayat itu.

“Okey, saya minta maaf kalau tulang awak patah, tapi seingat saya awak cuma jatuh sikit je. Tak logik kalau nak dikatakan tulang awak patah. Lagi pula awak nampak sihat je hari ni. Siap boleh berjalan lagi.” Ambil kau sedas!

“Eh, kau tak payah nak sindir-sindir akulah!” Tahu pulak sakit hati.

Isy, orang dah minta maaf pun tak puas hati lagi. Malas betul nak layan manusia tak reti Bahasa Melayu ni. Tak de pekdah!

Aqila pura-pura tak nampak manusia di hadapannya itu. Laci bawah meja dijenguk sedikit. Ceh! Kat sini rupanya. Botol air ditarik keluar dan terus berlalu dari kelas. Dahlah berdua aje dalam kelas ni. Mananya dia tak cuak?

“Woi! Aku tak habis cakap lagi!” Aqila buat pekak. Ingat aku dah tak ada kerja lain nak dengar kau membebel?

“Nurul Aqila!” Tersentak dia.

Chik Na geleng kepala. “Apa yang duk termenung tu. Berbuih mulut Chik Na ni cakap sorang-sorang.”

Dia sengih. “Hehehe… Tak de apalah.” Kepala yang tidak gatal digaru. Isy, apasallah mamat ni jugak yang menyemak dalam kepala otak aku?

Matanya menyorot pada Chik Na yang sedang membilas mug.

“Chik Na…”

“Apa dia?”

“Kalau…” Dia diam sekejap. Nak cakap ke tak?

“Apanya yang cakap kejap-kejap pause ni?”

Aqila menarik senyum segaris. “Emm… Tak de apalah.” Lain kali ajelah. Nanti tak tidur pulak dia kalau bukak topik ni.

“Hai…. Macam-macam kamu ni. Chik Na nak naik tidur dah. Kamu tu jangan  tidur lambat sangat. Kalau tak larat, kerja tu buat esok pagi. Bangun awal sikit. Boleh tahajud sekali.” Pesannya.

“Okey, Chik Na. Night. Assalamualaikum.” Tangan Chik Na dia salam. Memang sejak Chik Na tinggal di sini, dia diajar dengan adab yang satu ni.

Salam dijawab dan Chik Na berlalu ke tingkat atas. Aqila kembali menyembamkan kepala atas meja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 05:09 PM | Show all posts

Soalan terakhir itu disudahkan cepat-cepat. Tulisannya, kalah cakar ayam!

Okey, selesai!

Pen, pembaris dan liquid paper dimasukkan ke dalam pencil case sebelum disimpan dalam beg sekolah. Buku-buku sudah dimasukkan awal-awal ikut jadual hari Selasa. Senang, esok tak payah kelam kabut.

Naqib meregangkan otot-ototnya yang tegang kerana terlalu lama dalam posisi yang sama sejak tadi. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Lega dapat meluruskan pinggang. Dia menoleh ke kiri. Zairul sudah  lama belayar. Awal pula sepupunya itu tidur.

Siling berwarna putih itu ditenung lama. Peristiwa pagi tadi terlayar di ruang mata. Tak sangka pula dia boleh berjumpa dengan gadis itu. Siap jadi rakan sekelas lagi. Memang kecil betul dunia ni!

Awalnya dia tak perasan sewaktu gadis itu dimarahi Puan Rozi, tapi semasa mahu bergerak ke tempat duduk sebelah Akmal baru dia perasan disebabkan jarak yang agak dekat.

Bebola mata Naqib masih melekat pada siling. Dua ekor cicak yang sedang berkejaran di situ langsung tidak mampu mengusik lamunannya.

Kerek betul minah tu. Sombong nak mampus! Aku suruh minta maaf je pun, bukan suruh dia bagi novel tu kat aku.

Tapi siapa nama dia eh?

Arila? Asila? Aqila?

Rasanya Aqila kut. Dia macam perasan ada huruf ‘Q’ pada name tag gadis itu. Ah, apa-apa je la. Ada aku kisah nama dia Aqila ke gorilla?

Yang penting, minah tu kena bertanggungjawab atas rasa malu aku ni masa terlentang kat tengah-tengah kedai buku tu.
Heh, aku tak habis lagi dengan kau, minah kerek! You’ll pay!

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 05:50 PM | Show all posts
bahasa best!

next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 10:10 AM | Show all posts

BAB 4

Naqib duduk menongkat dagu pada meja. Pandangannya dihalakan pada dua orang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain badminton di rumah yang bertentangan dengan rumah Mak Su. Seronok saja mereka bermain walaupun hanya bernetkan pagar.
Sewaktu ingin menangkap bulu tangkis yang dismash oleh si abang, si adik terjatuh dan menangis. Si abang menjerit memanggil ibunya. Sekejapan, ibunya muncul dari dalam rumah mendapatkan kanak-kanak yang terjatuh tadi. Naqib tersenyum. Tak luka pun. Tapi biasalah budak-budak, sakit sedikitpun mesti akan menangis, mahukan perhatian.

Pemandangan dihadapannya membuatkan Naqib mengenangkan dirinya. Seingatnya dia tidak punya pengalaman sebegitu. Dia anak tunggal, tak pernah merasa suasana adik-beradik. Lagi pula dia tidak suka bergaul dengan anak-anak jirannya. Dunianya dahulu hanya mama.

Kenangan itu terlayar lagi di ruang minda. Sungguh, dia rindukan mama. Sudah lama dia tidak merasa hangatnya pelukan mama. Kini, dia hanya menumpang kasih keluarga Mak Su biarpun dia masih ada papa. Papa yang tidak pernah memahami dirinya. Satu keluhan berat dilepaskan…




“Kamu memang memalukan papa, tahu tak?!” Bergema banglo mewah itu dengan tengkingan Dato’ Iqram.

Naqib hanya menayangkan wajah selamba dan melabuhkan punggungnya di atas sofa kulit yang di import dari Itali itu. Beg sekolah dicampak atas meja kopi. Tubuhnya masih bersalut uniform sekolah namun kemejanya sudah ditarik keluar daripada pinggang seluar.

“Apa yang papa nak malukan?” Soalnya bersahaja.

Dato’ Iqram yang sejak tadi berdiri bercekak pinggang membelakangkan Naqib, berpusing. Terserlah wajahnya yang memerah menahan amarah.

“Apa yang nak dimalukan kamu tanya?! Hei, mana papa nak letak muka ni Naqib? Pagi-pagi lagi papa dah dapat call dari balai yang kamu kena tangkap sebab belasah budak sampai pengsan.  Kamu nak jadi samseng pulak sekarang, hah?!” Lantang Dato’ Iqram menghamburkan segala kemarahannya. Sakit hatinya melihat wajah tak berperasaan Naqib.

“Pa, berapa kali Naqib nak cakap. Bukan Naqib yang belasah budak tu. Naqib just follow diorang aje.”

“Tak kiralah kamu buat apa pun, kamu tetap ada kat situ jugak. Kamu ingat papa tak malu ke bila semua orang tahu anak Dato’ Iqram masuk balai sebab terlibat dalam kes belasah budak? Mana papa nak letak muka papa ni? Sudahlah satu sekolah kamu tu semua kenal papa! Papa ni penyumbang utama dana sekolah tu, tau tak?!”

“Huh! Papa cuma mementingkan diri sendiri aje! Papa hanya risau nama papa tercemar. Tapi pernah ke papa fikir pasal perasaan Naqib? Pernah ke papa ambil berat pasal Naqib? Tak pernah kan? Papa hanya sibuk dengan kerja papa,nama baik papa, skandal papa. Lepas tu, bila dapat tahu perkara ni tahu pulak papa sibuk nak marah-marah Naqib.” Datar sahaja dia membidas kata-kata papanya.

“Hei, sejak bila kamu berani kurang ajar dengan papa ni? Itulah, berkawan dengan entah siapa-siapa, macam nilah jadinya. Kurang ajar!”

Naqib sudah malas mahu mendengar bebelan papanya. Memang selama ini dia banyak berdiam dengan papanya. Cuma kali ini dia sudah tidak dapat menyimpan rasa sakit di dalam dadanya.

Dia bangun dari sofa dan melangkah malas ke arah tangga. Dia mahu naik atas dan tidur!

“Papa belum habis cakap lagi Naqib!” Makin meninggi suaranya apabila Naqib buat endah tidak endah sahaja.

Naqib menghentikan langkah. Dia berpaling. “Tak ada siapa yang ajar Naqib jadi macam ni melainkan orang dalam rumah ni jugak.”

Panggg!!!

Serentak dengan itu Naqib memegang pipi kirinya. Berdengung sekejap telinganya dek tamparan padu Dato’ Iqram.

“Jaga sikit mulut kamu, Naqib!” Turun naik dada Dato’ Iqram. “Kalau macam nilah perangai kamu, biar papa hantar kamu duduk dengan Mak Su. Biar berubah sikit perangai kurang ajar kamu tu!”

“Huh! Naqib lebih rela tinggal dengan Mak Su daripada duduk dengan orang yang tak ada hati macam papa. And by the way pa, tak payah nak bising-bising pasal Naqib kena tangkap masuk balai kalau papa sendiri memang ‘mak ketam’. So, tak payah nak ajar anak ketam ni macam mana nak berjalan betul!” Serentak dengan itu, Naqib berlari menaiki tangga meninggalkan Dato’ Iqram yang sedang mencerna ayat terakhirnya.

Sesaat kemudian tengkingan Dato’ Iqram kembali bergema. “Naqib!”

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 02:24 PM | Show all posts
Haa...kan dh kn pnmpr

Next!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2012 05:52 PM | Show all posts
Chik Na pun ada? Ok,  NEXT!



ps: lady suka sgt dgn cara penceritaan dan penggunaan ayat Haje. Keep it up!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 06:44 PM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 28-7-2012 06:47 PM \n\n
ladyFinger12 posted on 28-7-2012 05:52 PM
Chik Na pun ada? Ok,  NEXT!

kekeke...tak menahan perkataan tu...siap bold lagik..ni kes pulang paku ke apa?

alamak...kembang den! tak terkuncup kang payah lak...
biasa2 aje lady..ayat budak tadika...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2012 06:50 PM | Show all posts
Last edited by Haje_hbz on 28-7-2012 06:51 PM \n\ntetiba rasa cam nak tepek gambar plak..da terkenan ngn lady ngn nicky la ni
nak godeh2 siapa yg sesuaii...tp cam susah jek nk cari gambar budak skolah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 07:05 AM | Show all posts
I dok tgmbr hero indon tuh, sapa nm ntah yg blakon 'blari ke bintang' ?
Tepu otk ni nk pk posa2 nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 09:25 AM | Show all posts
sarizu posted on 29-7-2012 07:05 AM
I dok tgmbr hero indon tuh, sapa nm ntah yg blakon 'blari ke bintang' ?
Tepu otk ni nk pk posa2 ni ...

eden tak layan cite indon

setelah menggodeh2..den dapat yg ni...




amacam??ok tak? tapi tak pakai spek la pulak..sat..cari heliza versi lain plak...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2012 09:31 AM | Show all posts
Ni je yang den jumpa...



watak2 lain hangpa cari sendiri la...tak koso den...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 10:49 AM | Show all posts
i mean watak hero = Randy Pangalila

i pun x layan cite indon...skli tgok dlm tv dok promot randy ni blakon cite mlyu/mlysia...i pun terkbetuln nengok la cte dia tuh, yg org gaji dia didie...
then...ooo, yg ni...idun kemban la plk...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 08:38 AM | Show all posts
Randy + Elfira Loy.... Hehehehe...

Haje...

NEXT! NEXT! NEXT!  (Hambekkkk kau.... )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 09:46 AM | Show all posts
sarizu posted on 29-7-2012 10:49 AM
i mean watak hero = Randy Pangalila

i pun x layan cite indon...skli tgok dlm tv dok promot randy ...

Nak buat camne..tiada manusia yg sempurna..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 09:49 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-7-2012 08:38 AM
Randy + Elfira Loy.... Hehehehe...

Haje...

Errkk..Elfira Loy?? ...nak heliza gak..comel..
Ku membayangkn naqib seorng yg smart...huhu..

waahh...semua mcm nak mengenakan daku jek ni...kikiki...sat..nt letak n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 09:52 AM | Show all posts
Haje_hbz posted on 29-7-2012 09:31 AM
Ni je yang den jumpa...

Ni heliza ke? Kenapa nampak lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 11:20 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-7-2012 09:52 AM
Ni heliza ke? Kenapa nampak lain?

gambar time sakit...

sori lmbt smbg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2012 11:25 AM | Show all posts

“Qib!” Pecah berderai lamunannya saat bahunya ditepuk kuat.

“Kau buat apa duduk sorang-sorang kat sini? Siap termenung lagi.” Kerusi kayu bertentangan Naqib ditarik sebelum dia menyelesakan duduknya di situ.

Naqib berdehem sedikit. “Mana ada termenung!”

“Heh! Habis yang kau terkejut beruk tu bukan mengelamun namanya?”

“Banyaklah kau punya beruk.” Nafas dihela perlahan. “Tak ada apa. Saja tengok jiran depan ni main badminton. Macam best je. Main nak?” Ajak Naqib. Sengaja nak lari dari topik.

“Alamak. Kau silap timing la. Lepas ni aku nak pergi kedai jap. Ibu suruh beli santan.”
Naqib gelak. “Kau ni, aku ajak-ajak ayam ajelah. Kau nak pergi sekarang ke?”

“Ha’ah. Nak ikut?”

“Boleh jugak.”

“Aku ajak-ajak ayam ajelah”

Pecah tawa Naqib apabila Zairul mengenakannya.

“Sibuk tiru ayat aku!”

“Sorry sikit eh. Itu simpulan bahasa sejak azali lagi. Lagi nak claim tu ayat kau.”

Zairul bangun menuju ke arah motor yang diparkir di bawah garaj.

Dia baru saja dapat lesen motor akhir tahun lepas. Ayah yang suruh ambil. Katanya senang kalau nak ke mana-mana kalau ayah tiada di rumah, sebab ibu tak ada lesen memandu. Nak ambil lesen kereta belum berkesempatan lagi. Lepas SPM mungkin.

Enjin motor dihidupkan. Dan tanpa dipelawa, Naqib terus sahaja membonceng motor Zairul, membuatkan sepupunya itu menggeleng kepala.





Zairul memberhentikan motor di hadapan kedai runcit Sulaiman Jaya. Kunci ditarik daripada soket. Kedua-duanya turun dari motor.

“Santan siap sudah habis. Mahu mesin baru?” Tanya pekerja Bangla di situ apabila Zairul meminta sepeket santan. Berterabur Bahasa Melayunya.

“Bagi satu biji aje. Dah siap nanti saya ambil.” Lengan Naqib disebelahnya dicuit. “Lepak sana kejap jom.” Dia menuding ke arah kerusi di hadapan kedai Season.

Mereka duduk di kerusi besi itu sementara menunggu kelapa siap dimesin. Sedap aje mereka duduk di situ. Bukannya nak beli barang sebiji dua roti! Si penjual roti di dalam kedai sudah jeling semacam pada mereka.

“Rul, kau kenal Aqila tak?” Tanya Naqib tiba-tiba.

Dahi Zairul berkerut sedikit. “Aqila? Aqila mana?”

“Alah, Aqila yang satu kelas dengan aku tu. Pengawas.” Uniform kelabu rasanya macam pengawas.

“Oh, Aqila tu. Kenal.”

Apa tak kenal pulak. Sudah bertahun-tahun dia simpan hatinya pada Aqila. Sejak dia di tingkatan dua lagi.
Waktu itu keluarganya baru sahaja berpindah ke Perdana Fairways di Taman Sri Pulai Perdana. Uncle Huzair, bapa Aqilalah yang rekomenkan pada ayah beli rumah di situ. Uncle Huzair tu pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Sama macam ayah. Cuma berbeza fakulti.

Kali pertama berjumpa dengan Aqila  dia terus jatuh suka. Waktu itu keluarga Aqila berkunjung ke rumahnya ketika baru berpindah. Aqila tinggal dekat-dekat situ juga. Tapi setelah bertahun-tahun berjiran dan bersekolah di sekolah yang sama, Zairul tidak pernah meluahkan perasaannya pada Aqila. Padanya Aqila tu budak alim. Iyalah, asal keluar rumah mesti berjubah dan bertudung labuh. Macam Chik Na juga. Pada fikirannya, sudah tentu bercinta di zaman persekolahan tidak termasuk dalam senarai impian Aqila. Atau pun perkataan bercinta langsung tak tersenarai? Oh!

Lagi pula, di sekolah memang tak dibenarkan bercouple ke, ber adik-abang-kakak angkat ke, atau apa-apa saja yang melibatkan hubungan antara pelajar lelaki dan perempuan. Nak buat macam mana, dah nama pun Sekolah Menengah Islam Annur.

Alah, islamik-islamik pun ramai je yang bercinta senyap-senyap. Dekat sekolah pandai-pandailah diorang cover! Bukannya diorang peduli peraturan nombor 5 yang terpampang besar-besar dekat papan kenyataan!

Pap!

Tersentak Zairul dengan tepukan kuat di hadapan mukanya. “Weh, termenung pulak!”

“Err… kau tanya apa tadi” Soal Zairul sedikit terpinga-pinga.

“Sah berangan! Aku tanya, Aqila tu famous ke kat sekolah?”

“Ohh… hmm… pelajar harapan SPM kut. Mestilah satu sekolah kenal.” Balas Zairul nak tak nak.

“Apasal? Kau suka dia ke? Kau jangan harap sangatlah nak tackle dia. Stok budak baik. Mana main couple-couple ni.” Hai, Rul. Over nampak menghalang. Tak nak kasi orang lain masuk line ke? Usik hatinya. Tapi dalam hati dia memang berdoa supaya Naqib tidak terrrsuka pada Aqila. Kalau tak… langkah mayat aku dulu! Err… perlu ke?

“Taklah. Tak ada maknanya aku nak suka kat dia. Sombong semacam.”

Rasa geram Zairul simpan dalam hati. Suka hati je kata ‘buah hati’ aku tu sombong! Mahu saja dia menjawab begitu, tapi nanti apa pulak kata Naqib. Tak mahulah dia Naqib tahu tentang perasaannya.

Naqib tiba-tiba memetik jari. Teringat sesuatu. “Ha, Rul. Aku rasa aku nak pergi sekolah naik baslah.”

“Laaa… Apasal pulak?  Pergi sekali dengan aku dengan Jiha ajelah naik kereta. Macam pagi tadi.”

“Tak pelah.”

“Asal? Kau segan dengan ayah ke?”

“Tak la.”

“Habis?”

Diam.

“Tak de. Saja aku nak berdikari.” Jawab Naqib lambat-lambat.

Zairul melongo sebelum dia bantai gelak guling-guling. Okey, tak. Gelak sambil pegang perut je sebenarnya.

Naqib bengang. Ini yang dia malas nak bagitahu ni. Dia menjeling pada Zairul yang masih menekan-nekan perut. Lawak sangat ke?

“Muka kau nak berdikari? Qib, malam tadi kau mimpi apa? Naik roller coaster sampai terbalik ke?” Gelaknya bersambung-sambung sampai kakak dalam kedai Season tu pandang semacam. Bukan kakak tu je, makcik yang beli sayur kat kedai sebelah tu pun dah tertoleh-toleh.

Naqib bangun dari kerusi menuju ke kedai Sulaiman Jaya. Baik aku menghadap muka Bangla tadi lagi best! Duduk lama-lama kat sini buat sakit hati je!

“Weh, Qib! Tunggulah aku. Merajuk pulak!” Terkial-kial dia bangun mengejar langkah Naqib.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 11:44 AM | Show all posts
ni mesti aqila g sekolh pun naik bas jugk eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.086416 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list