CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Belon Sayang-[U]

[Copy link]
Post time 12-9-2012 07:55 AM | Show all posts
NEXTTTTTT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 09:48 PM | Show all posts
xdak lg ka....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 08:58 AM | Show all posts
dah lama xda entry ni... TT cepat2 ler masukkan entry...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 09:23 AM | Show all posts
kalu dah jodoh x kemanakan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 03:21 PM | Show all posts
nak lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 12:45 PM | Show all posts

herba....sambung lah lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2012 09:57 PM | Show all posts
mana izhar dan mai ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 04:49 PM | Show all posts
cepat tt.. best cite... menarik tertarik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 04:19 PM | Show all posts
izhar dan mai hilang ke mana ye?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 09:02 PM | Show all posts
redsentra posted on 11-10-2012 04:19 PM
izhar dan mai hilang ke mana ye?????

pergi kawin kot

bila mau update nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 08:56 AM | Show all posts
baru habiskan menelaah cite ni... rupanya tak habispun lg citenya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:09 AM | Show all posts
Deringan telefon bimbitnya mengalihkan tumpuan Maimuna yang sedang sibuk menyemak permohonan bantuan kewangan daripada NGO wanita.  Dipandangnya jam dinding yang baru menunjukkan tepat 9.00 pagi lantas terdetik rasa hairan namun dijawabnya panggilan tersebut.  

“Assalamualaikum” ujar Maimuna tanpa melihat terlebih dahulu nama si pemanggil kerana yakin hanya Mak Nab yang menelefonnya pada waktu begitu.

“Waalaikumussalam” sahut si pemanggil dengan suara yang jelas keriangan.

Maimuna rasa pelik mendengarkan lelaki yang tidak dikenalinya menjawab salam dengan nada riang.  Siapa pula ni? fikirnya.  Mesti kes salah nombor, nak telefon awek tertekan nombor aku.

“Hmm... baru sehari dua dah lupa?” soal lelaki tersebut mengusik.

“Hmm... saya rasa encik salah nombor ni.” balas Maimuna yang yakin si pemanggil telah tersalah dail nombornya.

“Papa Aina takkan silap dail nombor mama Aina” jawab lelaki tersebut bersahaja namun masih dalam nada mengusik.

Jawapan romantis dari Izhar membuatkan Maimuna terdiam.  Namun ia hanya seketika bila Maimuna sedar kedudukan janda di mata masyarakat dan mungkin Izhar salah seorang dari mereka yang mempunyai niat tidak berapa elok terhadapnya.

“Cik Izhar? awalnya telefon, ada apa ya?” soal Maimuna sambil tangan mengambil fail Persatuan Ibu Tunggal Tampin tersesusun bersama fail-fail pemohon yang lain.

“Teringatkan mama Aina, tu yang papa call ni”

Ok, relaks Muna, ni confirm ayat buaya tembaga.  Samada mamat ni jual insurans atau nak kepak duit kau.  

“Sebenarnya saya call ni ada hajat.” tutur Izhar perlahan bila dirasakan Maimuna mula syak yang bukan-bukan terhadapnya.

“Hmm... cik Izhar ni insurance agent ke? atau nak jual apa2 kat saya?” soal Maimuna tanpa bertangguh memandangkan banyak permohonan NGO yang perlu ditelitinya.

Tergelak Izhar mendengar jawapan Maimuna dan mendengarkan bunyi kertas diselak, dia sedar yang dirinya menganggu kerja yang sedang dilakukan Maimuna.

“Bukan insurance agent. Papa Aina ni nak teringin nak makan sambal tempoyak masak.  Boleh tolong masakkan?” pinta Izhar.

Pulak dah... sambal tempoyak masak dimintanya.  Lucu pula Maimuna mendengarnya.

“Sambal tempoyak masak?” soal Maimuna kurang percaya dengan apa yang didengarnya.  Sambil itu, ingatan Maimuna terarah kepada sebalang tempoyak yang diberi Mak Nab sekembalinya dari kampung.

“Ya sayang” jawab Izhar sambil ketawa kecil untuk menutup malu kerana mulutnya laju aja menyebut sayang.  

Sementera itu, panggilan sayang menimbulkan rasa sayu di hati Maimuna yang tidak pernah menerima panggilan seumpama itu walaupun semasa menjadi isteri Imran.  Enggan melayan rasa, Maimuna beristighfar dalam hati.

“Cik Izhar betul nakkan sambal tempoyak masak? Saya boleh buatkan tapi saya caj ya.  Biasanya 100g dlm RM5.  Nak bila tu?” Laju aja mulut Maimuna bertanya untuk menghentikan Izhar dari terus-terusan menjentik hatinya.  Sengaja dia berdalih untuk mengenakan bayaran walhal tidak pernah dia menjual sambal tempoyak masak.

“Insyaallah, hari Sabtu nanti.” jawab Izhar.

“Insyaallah, hari Sabtu siap nanti saya beritahu ya.  Saya nak sambung kerja saya ni.  Assalamualaikum cik Izhar.” Usai menamatkan perbualan, Maimuna menyambung kembali kerjanya dengan perasaan yang tidak begitu tenang dan sebak yang bertandang.

Sementara itu, Izhar menerukan plan yang telah dirancang untuk program hari Sabtu... menemukan emak dengan bakal menantu dan... bakal cucu.  Seronoknya hati tidak terkira mengenangkan keluarga kecilnya, terbayang pula cik mai sayang yang sarat mengandung dan aina dalam dukungannya.  

Last edited by produkherba on 27-6-2014 11:17 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:12 AM | Show all posts
mahap la ya... nak masuk ramadhan baru dpt idea nak menulis semula.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 12:21 PM | Show all posts
produkherba posted on 27-6-2014 11:12 AM
mahap la ya... nak masuk ramadhan baru dpt idea nak menulis semula.

asal ada sambungannya... bila2 pun ok... tp kalu dpt habiskan sebelum raya menjelma lg ok... hihihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 01:19 PM | Show all posts
“Har, mak tanya ni jgn la kecik hati pula ya.” Mak Pah memulakan sesi soal jawab sambil tangannya lincah melipat cadar dan sarung bantal yang diangkat petang tadi.  Dalam hat berkira-kira macam mana nak bertanya soalan yang lebih sensitif.

“Mak nak tanya pasal menantu mak tu ke?” soal Izhar sambil memperkemaskan sila di sebelah Mak Pah.

“Har betul-betul ke nak kahwin ni? Selama ni takde lak bercakap pasal nikah kahwin dengan mak”

“Betul mak, anak mak ni dah sedia nak jadi suami dan ayah” laju jawab Izhar sambil tersenyum-senyum

“Amboi, terus nak jadi ayah.” Usik Mak Pah melihatkan muka si anak yang berseri-seri.

“Mak, sebenarnya Maimuna tu ibu tunggal anak satu.” jelas Izhar perlahan, risaukan reaksi si ibu yang mungkin mengharapkan anak dara sebagai menantu.

“Mak tak kisahkan pasal dia tu anak dara atau janda.  Cuma... dia tahu pasal Har?” soal Mak Pah penuh simpati kepada anak tunggalnya.  Izhar diam seketika dan buat pertama kalinya keadaan dirinya tidak menjadi isu besar padanya.  Walhal, sebelum ini keadaan dirinya itu yang menyebabkan Izhar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan atau mengorat mana-mana perempuan.  

“Mak, jujurnya ni kali pertama Har tak fikirkan tentang keadaan Har.  Pada Har, kalau dah jodoh Har mesti dia akan terima Har seadanya.” tenang Izhar menjawab soalan Mak Pah.

“Kalau gitu kata Har, kiranya esok kita berbuka di rumah bakal menantu mak ya?” soal Mak Pah cuba mengelak dari Izhar memikirkan kekurangan dirinya.

“Ya mak, Har dah order masakan kegemaran mak” riang bunyi jawapan Izhar.

“Ish... Har ni. Mak taknak la dikatakan mertua yang cerewet pula.  Malu mak” bebelan Mak Pah hanya disambut dengan seyuman yang tidak putus dari bibir Izhar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 01:22 PM | Show all posts
produkherba posted on 27-6-2014 11:12 AM
mahap la ya... nak masuk ramadhan baru dpt idea nak menulis semula.

Ramadhan setahun kemudian pulak tu....



Sila teruskan...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2014 02:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-6-2014 01:22 PM
Ramadhan setahun kemudian pulak tu....

ala nicki... nak buat mcm mana idea dtg waktu nak puasa aja...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 02:29 PM | Show all posts
produkherba posted on 27-6-2014 01:19 PM
“Har, mak tanya ni jgn la kecik hati pula ya.” Mak Pah memulakan sesi soal jawab sambil tangannya  ...

yeayyy..dh smbung....

apekah masalahnya tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 02:33 PM | Show all posts
awanjingga posted on 27-6-2014 02:29 PM
yeayyy..dh smbung....

apekah masalahnya tu..

insyaallah, esok lusa boleh la awan tahu keadaan si izhar....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 03:23 PM | Show all posts
masalah apa yg ditanggung izhar ni ya....hhhmmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.118633 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list