CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28376|Reply: 71

[Penerbit] PENULISAN ENTERPRISE

[Copy link]
Post time 9-8-2012 01:14 PM | Show all posts |Read mode


PENULISAN ENTERPRISE
merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010. Bermula daripada sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah syarikat penerbitan novel yang mengunakan logo Penulisan2u sebagai identiti syarikat Penulisan Enterprise. Sebelum kewujudan Penerbitan Penulisan2u, kami mempunyai sebuah syarikat penerbitan lain iaitu Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd. Kami juga turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan membantu dari segi promosi.
Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006 inilah yang kami gunakan untuk membangunkan sebuah lagi syarikat penerbitan iaitu Penulisan2u.
Dengan kekuatan nama Blog Penulisan2u melalui laman sesawang www.penulisan2u.my, kami mengambil inisiatif dengan membina sebuah lagi syarikat penerbitan novel iaitu syarikat Penulisan Enterprise dengan beridentitikan logo Penulisan2u. Nama inilah yang dirasakan sewajarnya dan sesuai bagi sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel alam maya.
PENULISAN2U ditubuhkan bagi memeriahkan lagi industri penulisan novel tanah air. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca.
SALAM PERKENALAN dari warga PENULISAN2U, selamat membaca dan semoga terhibur.

PENULISAN ENTERPRISE ( MP0000053-W )
41-1, Jalan Temenggung 9/9,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Selangor.
Malaysia
Tel: (+6) 03 9010 4779
Fax: (+6) 03 9010 4511
Sms: (+6) 019


website: http://www.p2u.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2012 01:15 PM | Show all posts


PROJEK MEMIKAT SUAMI
HANINA ABDULLAH
TERBITAN : P2U ENTERPRISE

Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 01:15 PM | Show all posts



Tajuk: Protect The Boss
Penulis: Ellyne Alyana
Harga: RM18.00
Terbitan: Penulisan2U

Sinopsis:

Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla ? Gadis yang brutal . Hobi utama , ‘melipat’ orang . Jika diberi pilihan , dia lebih rela digelar ‘teruna tidak laku’ daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci !

Nurafifah Alia Aqilla. - Tengku Hafifi Hafiz ? Meskipun semua lelaki meninggal akibat kepupusan , otaknya dan hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz ! Muktamad !

Tengku Adam Haizrill . Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia , adik angkatnya sendiri . Fif seolah –olah pantulan Alia . Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti ‘cukup’ dalam hidupnya .

Tetapi dapatkah mereka menolak takdir ? Kehidupan rumahtangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari …

“Jet’aime!”

“Hah? Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak pergi ajak aku memancing ke sampai pergi jeti?

************************************
“I’m sorry I can’t stop loving you . And I’m promising you , I will stay by your side as long as you willing to be my Superman sayang” – Nurafifah Alia Aqilla .

“ Well I’m no superman , but I’ll always be your man …” - Tengku Hafifi Hafiz

************************************
Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara …Mereka diuji dengan dugaan yang hampir –hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina . Dapatkah mereka bersama sehingga akhirnya ? Adakah takdir bakal menyebelahi mereka ? Ikutilah kisah suka , duka , romantis dan lucu dalam .. Protect The Boss.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 01:17 PM | Show all posts


Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

ADIBAH ANIS SOFEA, orangnya memang cantik, sopan dan manja. Sayangnya dia tidak tahu apa-apa. Serbuk kunyit dan serbuk kari pun dia tidak dapat bezakan apatah lagi kalau mahu suruh dia memasak. Tetapi yang kurang itulah telah membuka pintu hati Syed Kharil Imran. Yang tidak tahu apa-apa itulah yang membuatkan Syed Khairil Imran rindu selalu.

            “Abang rindukan Dib.”
            “Yek?”
            “Serius, rindu gila.”

Bukan sekali dua Syed Khairil Imran memberi pembayang, tetapi si Adibah Anis Sofea tak mahu faham-faham. Sudahnya masing-masing menanggung seksa. Masing-masing menanggung rasa.

Namun yang manis-manis itu tak selamanya manis. ADIBAH ANIS SOFEA bukan mudah dilepaskan untuk orang sembarangan. Hajah Mona selaku nenek, hanya mahukan Adibah bersama ZACKWAN, cucu sulung Hajah Mona yang berkelulusan luar negara.

“Nenek nak kita nikah bulan depan.”  
            “No way!”
            “Yes, weh. Abang serius ni. Bukan main-main. Jadi nak tak nak, boleh tak boleh, Dib kena balik dan buat serang balas. Kalau tidak, Dib jawab sendiri dengan Khairil.”
            “Khairil tahu tentang benda ni?”
            “Ya, Khairil pun tahu benda ni.”
            “Habis apa kita nak buat?”

ZACKWAN juga tidak mahu dijodohkan dengan Adibah ketika hatinya masih ada Syazira. Namun siapa yang berani membantah keputusan Hajah Mona? Apakah yang manis-manis itu akan menjadi sejarah buat insan yang baru mengenali erti rindu itu? Akurkah Adibah dengan arahan Hajah Mona dan melupakan seluruh  rasa cintanya buat Khairil? Saya Rindu Awak, akan menjawab semua persoalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 08:53 PM | Show all posts


Kami Dah Kahwinlah! ~ Lisa Muhamad
Terbitan : PENULISAN2U
Harga : SM : RM18 / S/S : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

Sinopsis :

“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.

Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?

Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar

“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie

Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!

“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka

“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan

Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 08:54 PM | Show all posts
ada sebarang review tak untuk novel2 dari penerbitan ini x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2012 07:20 PM | Show all posts
baru baca 2 bab Projek Memikat Suami.. stakat ni not bad. gaya penulisan pun kena ngan jiwa xterlalu childish cam novel karya seni sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 11:21 AM | Show all posts
Balik balik kawin paksa*sigh*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2012 05:16 PM | Show all posts


BILA NAK SAKSI ~ REHAN MAKHTAR
PENERBIT : P2U
HARGA : SM RM23 / SS RM26

Sinopsis :

YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya. Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff

“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?

Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.

“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 11:07 AM | Show all posts
chit_ana posted on 9-8-2012 01:15 PM
PROJEK MEMIKAT SUAMI
HANINA ABDULLAH
TERBITAN : P2U ENTERPRISE

dah baca Projek Memikat Suami sebab tengok kemain yang pomot kat FB..

Mak aai, daring betui plan heroin dalam citer ni, baek betui plan kakak2 dia yang expert hal ehwal dalam kain nih ek...awat tak masukkan sekali brazilian wax dalam plan tu..baru kebaboom kan.

kesimpulan kiter...memang nak pikat suami mesti bersangkutan hal ehwal seks jer ek...klise betul aar fikiran org melayu nih...chooi

Last edited by Lilach on 8-10-2012 11:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 02:29 AM | Show all posts
aku mmg fobia nak nak beli dari publisher ni.
kualiti outttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 06:03 PM | Show all posts


Tajuk: Pelakon Cinta & Mr. G (P2U)
Penulis: Anabella
Harga: RM26.00sm // RM29.00ss
Terbitan: Karya Seni

Sinopsis: Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!

Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...

Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!

“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”- Syed Zakuan Zafran.

“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.

Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran.

“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.

Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:16 PM | Show all posts
Lilach posted on 8-10-2012 11:07 AM
dah baca Projek Memikat Suami sebab tengok kemain yang pomot kat FB..

Mak aai, daring betui pla ...

tak tahulah kenapa kalau tema kawen paksa, akhirnya si suami akan terpikat dgn si isteri bila rupa si isteri dlm keadaan seksi meksi. senang cerita nak pikat suami dgn seks jer. dah takde perkara lain dah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 11:33 PM | Show all posts
mijot posted on 14-11-2012 11:16 PM
tak tahulah kenapa kalau tema kawen paksa, akhirnya si suami akan terpikat dgn si isteri bila rupa ...

bagi aku cite macam ni tak membina minda. Kunci utama pikat laki adalah seks. Itu tema cite ni. Lelaki korporat bijak pandai macammana pun akan mudah jatuh bila disogokkan dengan tarikan seks yang kebaboom. Hero ni awal macam yer yer tak suker
..pendirian awal entah ke mana. Langsung tak teguh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:32 PM | Show all posts
i dh beli tp x baca lg buku tu aduyaiii baca komen korg terui hilang rasa nk baca..better tukaq tajuk jd projek belajaq mencelop utk menawan hati suami..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 02:57 PM | Show all posts


♥ Novel Terbaru Penulisan2u Disember ♥

Tajuk: Amar Farish
Penulis: Nuraqilah Syuhaida
Harga: RM26.00sm / RM29.00ss
Penerbit : Penulisan2u

Sinopsis:

AMAR FARISH, anak angkat Dato’ Sharif dan Datin Aliah yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rupa parasnya yang sempurna menjadikannya kegilaan para gadis. Dan dia bangga apabila semua gadis berada di bawah telunjuknya hinggalah dia bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Zahra.

“Woi rumpai laut, apa pegang-pegang
ni? Aku terajang kang!”

“Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”

“Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat Korea. Macam rumpai laut je aku tengok!”

Kerana satu kesilapan, Farish dan Zahra telah disatukan. Pelbagai masalah menimpa apabila sepupunya, Eirfan Rudy turut memendam rasa terhadap Zahra. Farish yang masih mencari identiti sendiri, tidak dapat menerima kehadiran Tengku Kamal yang mengaku sebagai bapa kandungnya sekali gus mendedahkan rahsia hidupnya yang sebenar.


“Apa kaitannya dengan Ara? Kenapa abang macam nak hukum Ara dalam hal ni? Ara tak salah apa-apa, bang…. Ara tak buat apa-apa pun.” - Zahratul Jannah


“Awak nak tahu kenapa saya nak tinggalkan awak? Sebab mama dan papalah saya terpaksa kahwin dengan awak!” - Amar Farish

Disebabkan latar belakang dan harapan Tengku Kamal, Farish terpaksa mengambil satu keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya. Namun, bagaimanakah kisah rumah tangga Farish dan Zahra? Adakah Farish akan meninggalkan segala-galanya dan menjadi seseorang yang baru? Amar Farish akan merungkaikan kemelut persoalan ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2012 08:17 PM | Show all posts
dah baca dah amar farish.
untuk penulis baru, aku boleh baca karya dia.

kisah mengenai kehidupan seorang lelaki bernama amar farish. dia dibesarkan dalam keluarga yg baik, kaya raya. tetapi ia merupakan anak angkat sebenarnya. kemuncak karya ni adalah, apabila ayah kandung amar muncul semula dan nak amar semula untuk teruskan geng yg dia terajui skrg ni. rupanya ayah kandung amar ni adalah ketua mafia dan pengedarkan dadah. ini yang merupakan kisah utama dalam karya ni. tak banyak sgt cintan cintun tu yg menyebabkan aku boleh terima karya ni.

kisah yang lain yg mencantikkan karya ni adalah perjumpaan amar dgn zahra. mereka berdua ni mcm anjing dan kucing. asik bergaduh jer. kisah diorg ni berlanjutan dr tertumpah air hingga zahra jd pekerja di syrkt amar hingga kena kawen sebab perangkap org.

apa yang kurang adalah, penggunaan ayat. ayat perbualan kita seharian (bahasa pasar).sebab aku dah terbiasa baca karya yang menggunakan bahasa melayu baku, jadi ini agak mengganggu pembacaan juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 10:29 PM | Show all posts


CINTA SEDINGIN MINT ~ AZURA RASIDDIN

Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

“Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf kepada perempuan sombong macam awak. Fair enough!”- Halifie

Pertemuan pertama di antara Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci dalam hati mereka. Namun, jodoh mereka begitu kuat. Bermula dengan hidup berjiran sehinggalah menjadi hubungan kekeluargaan. Senang cerita, Cartaz Amani tidak dapat melarikan diri daripada Halifie.

Atas tiket hubungan kekeluargaan, Halifie cuba berbaik dengan Cartaz Amani walaupun gadis itu begitu dingin kepadanya. Persahabatan mula terjalin. Hubungan semakin akrab sehingga tahap di mana ada Cartaz Amani, di situ ada Halifie. Asyik berkepit 24 jam saja.

“Saya nak nasi goreng halia. Awak masakkan, ya… Saya lapar sangat ni. Boleh ya, Cartaz…” – Halifie

“Amboi! Suka-suka awak aje suruh saya masak untuk awak. Awak ingat saya ni tukang masak peribadi awak ke?”- Cartaz Amani

Benarkah mereka hanya teman tapi mesra?

“I do love her… I love Cartaz Amani.”

Si teruna sudah jatuh cinta. Bagaimana pula dengan si dara?

“Saya tak pernah suka awak. Saya tak pernah cintakan awak dan saya tak akan cintakan awak. Saya cintakan Zamir dari dulu, kini dan selama-lamanya. Awak jangan bermimpi untuk rampas saya daripada dia. Cinta saya tak akan beralih kepada awak sebab I am deeply in love with him.” - Cartaz Amani

Bicara angkuh Cartaz Amani menikam hati Halifie. Pemergian mama lelaki itu menambahkan lagi duka dalam hatinya lalu Halifie membawa diri untuk mengubati hati yang terluka.

Benarkah Cartaz Amani tidak mencintai Halifie? Jika benar, kenapa dia rasa kehilangan pada saat Halifie pergi daripada hidupnya? Adakah disebabkan rasa sedih kerana kehilangan seorang teman tapi mesra ataupun dia mencintai lelaki itu tanpa disedarinya? Selami kisah mereka dalam Cinta Sedingin Mint…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 10:29 PM | Show all posts


KURNIA UNTUKKU ~ LIZ HALIZA

Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )



HADFINA HAIFA dan Zain berkahwin atas dasar suka sama suka. Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga tanpa rela. Saat hatinya sudah dapat menerima hakikat perpisahan, Zain mendesak agar Fina disatukan dengan calon suami sementara yang dipilih olehnya demi kembali bersatu. Akibat keliru, Fina membawa diri dengan bercuti ke Hatyai.

YUSUF THAQIF CURNIA. Saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, dia tahu itulah ‘isteri untuk akhiratnya’. Entah mengapa pertemuan tanpa dialog itu membuahkan rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Dipanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka dipertemukan kembali. Lama menanti, akhirnya dia akur yang ia hanyalah fantasi. Demi mengubat hati yang terluka, dia bercuti membawa diri.

Di bumi gajah putih itu tanpa dirancang mereka dipertemukan. Harapan Fina untuk rujuk semula dengan Zain kembali menyinar saat Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami sementaranya. Janji dipatri dan ijab kabul dilafazkan. Dari itu, Fina mengenal apa itu cinta.

“Abang... kenapa muka abang jadi macam ni? Siang abang jadi manusia, malam-malam abang tukar jadi hantu ke?” – FINA

“Apa yang peliknya? Abang ingatkan Fina nak... abang tadi.” - CURNIA

“Tolong sikit, muka macam Negro, tak selera Fina nak...” - FINA

Saat cinta di antara mereka mulai mekar, Zain hadir menagih janji dan Sofia pula muncul menunggu cintanya berbalas. Akibatnya, Fina telah difitnah dek kerana cemburu.

“Kau yang dapat balasan kerana merampas Curnia daripada aku. Aku akan pastikan kau menjanda untuk kali kedua. Ini Sophie, kau yang mulakan dahulu, kau terimalah akibatnya.” - SOFIA

Dapatkah Curnia dan Fina mempertahankan perkahwinan mereka? Adakah perkahwinan itu perlu diakhiri demi janji yang telah dipatri? Siapakah pilihan hati Fina? Adakah bekas suaminya ataupun suami sementaranya? Segalanya terjawab dalam Kurnia Untukku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2013 03:22 PM | Show all posts

Sinopsi cerita IM MRS KERTU....ada dipasaran 24 feb 2013
Ainul Mardhiah Ismail seorang anak yatim piatu… kerana peristiwa hitam yang meragut kesuciannya dia dipaksa mengahwini Adam Yusuf seorang duda berusia 20 tahun lebih tua darinya…
“Ain tak nak terima kak. Dia terlalu tua buat Ain. Bukan itu impian Ain. Kalau nak kahwin pun biarlah seusia dengan Ain…Bukan sikertu itu”.
Adam Yusuf Mustafa seorang duda yang kematian isteri. Wajah Ainul yang seiras arwah isterinya membuatkan dia tertawan. Sejak bila mula jatuh hati dia pun tak tahu…kerana terlewat mengambil Ainul malam itu menyebabkan gadis itu kehilangan permata berharga...kerana rasa bersalah, Adam Yusuf rela memikul tanggungjawab itu…
“Ainul saya sedar diri. Memang saya tak layak. Tapi saya rasa bersalah. Saya yang menyebabkan Ainul jadi begini. Kalau saya cepat…kalau tayar kereta saya tak pancit…kalau Kak Biah temankan Ainul malam tu…tentu semuanya bukan begini.”
“Saya nikah dengan Ainul sebab saya mahu melindungi Ainul”.
Kerana tidak rela berkahwin dengan lelaki tua, Ainul tak pernah menerima Adam sebagai suaminya. Adam pula sentiasa bersabar dan berdoa moga satu hari nanti pintu hati Ainul terbuka untuknya.
Atas dasar tanggungjawab, dia menyara hidup Ainul sehingga ke menara gading. Pernikahan ini kekal rahsia dan akan dinoktahkan apabila Ainul berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor dan boleh berdikari.
4 tahun Adam membawa diri ke US kerana kecewa dengan sikap Ainul yang keras hati. Pertemuan yang tak dirancang selepas 4 tahun membuatkan hati Ainul berbolak balik, sedangkan kala itu Abang Hafiz yang juga pensyarahnya merangkap teman sekampung melamar dirinya. Dia keliru antara menerima Hafiz atau kembali semula pada Adam suaminya sedangkan sejak mula, lelaki itu tidak pernah bertakhta dihatinya.
Abang Hafiz bukan seperti yang disangka, nampak baik dan berbudi sedangkan dia mempunyai hutang dosa yang maha besar buat Ainul. Memiliki Ainul seolah-olah dapat melenyapkan segala hutang dosa yang disimpan kukuh dihatinya…
Siapa yang Ainul pilih…kembali pada suaminya Adam Yusuf atau menoktahkan pernikahan mereka kerana memilih Hafiz.
Berjayakah Adam Yusuf mempertahankan istana miliknya dengan Ainul…berjayakah dia melentur keegoan Ainul untuk kembali menjadi miliknya buat selamanya Last edited by chit_ana on 23-2-2013 03:24 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.089177 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list