CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1798|Reply: 2

Anda Selalu Jalan Di MRR2 Tak? Masuk Sini...

[Copy link]
Post time 13-9-2012 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan selamat sejahtera forumers semua,

Aku tertarik dengan artikel yang aku ambik dari cursingmalay ni.

==================>

Sepanjang beberapa bulan lepas; ada satu geng perompak / penyamun yang menjadikan pengguna jalan raya di MRR2 sebagai mangsa. Modus operandi dia simple;

1. Langgar kereta dari belakang
2. Kau turun dari kereta
3. Dia acu pisau / parang
4. Dia masuk dan drive kereta kau
5. Dia tinggalkan kereta yang dia guna untuk langgar kau

Ada beberapa sifat murni dalam perompak ni;

1. Kalau ada budak atau warga emas dalam kereta, dia suruh turunkan dulu
2. Dia tinggalkan kereta sebijjik untuk kau

Jadi, kalau nasib kau baik, kau drive kereta Perodua (kereta low class berharga mahal) tapi dia tinggalkan kereta Nissan ke, Honda ke, Ford ke,... Kau bakal pulang dengan memandu kereta yang jauh lebih baik daripada kereta kau. Tapi masalahnya, kereta tu kereta curi. Kereta kau tadi pulak, dia ambik untuk buat menyamun.

Benda ni akan dia ulang banyak kali sampailah di rasa puas hidup kot... Tapi yang menariknya mengenai perompak ni... Dia tak peduli kereta apa dia dapat.. Asalkan dia dapat tukar kereta curi yang dia tengah bawak ke kereta lain. Macam kes kawan bini aku, dia ambik Honda... Dia tibai Proton. Jadi last update, penyamun ni sedang menjelajah sepanjang MRR2 dengan menggunakan kereta Proton Persona mencari mangsa.

Cuma aku rasa dia still akan aim kereta baru sebab nak mengelakkan kerosakan mekanikal ketika menyamun. Lagipun, kereta baru air cond cantik, cuaca pun tengah panas sekarang. Nak menyamun pun mesti dalam keadaan selesa.

Lalu haruslah diingatkan di sini, kalau anda dilanggar di MRR2 atau di mana-mana sajalah sekalipun, sila berhati-hati. Perompak tu masih lagi bebas ketika ini.

Sumber:- http://cursingmalay.blogspot.com/2012/09/percubaan-untuk-menakut-nakutkan.html

==================<

P/S - Mod, aku tak tahu samada ini section yang betul atau tidak, jika salah, sila pindahkan thread ini ke section yang sepatutnya. Terima kasih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 06:38 PM | Show all posts
aku hari2 lalu kat MRR2 sbb rumah aku area situ.

setakat ni belom pernah dengar kes yg ko nyatakan ni. tapi insyaAllah aku sentiasa berhati2.

tq for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:35 AM | Show all posts

Hmmm...



Jadi kesimpuilangnya kat sini... Bila kita turun keter tu kita acu jer parang kat dia worang sebelom kita kena acu... Pastu kebas keter dia pi serah kat balai polis...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.217993 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list