CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4458|Reply: 19

CERPEN : Lambaian Kaabah

[Copy link]
Post time 24-10-2012 04:47 PM | Show all posts |Read mode
   CERPEN : Lambaian Kaabah


               “Fitri…..Adha….mari tolong ummi…”pintaShafiah .


Kedua-dua anak kembarnya yang baruberusia empat tahun berlari ke dapur …


“Ummi  masak apa ?”ujar Fitri dan Adha serentak.


“Ummi masak Nasi Kerabu…”balasShafiah.


           Shafiah adalah ibu tunggal  dan membesarkan kedua-dua anak tanpa suamitersayang.Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika Shafiahmengandungkan anak kembar.Mengikut wasiat suaminya ,Amirul Fitri dan AmirulAdha adalah nama yang mahu diberikan kepada  anak-anak.Shafiah hanya tahu nama yangdiinginkan suaminya apabila membaca diari arwah suaminya.

            “Sue…..mengapa tak nak kahwin?dah empattahun  Affan  meninggal ..”Tanya ibunya  Hajjah Aisyah pada  satu petang.
“Entahlah mak….Sue masih tidakdapat melupakan abang…”jawab Shafiah yang membahasakan diri Sue
kerana dia adalah anakbongsu.Itulah nama panggilannya sejak kecil.


“Sue..yang pergi  biarlah pergi….kita bina hidup  baru bersama suami baru” balas ibunya.
Shafiah tidak menjawab,matanyaberkaca…


              “Sue….boleh tak kita jadi suami dunia dan akhirat?”Affan bertanya pada satu malam.
“Abang…itulah doa Sue setiap hari….Sue mahu kita bahagia dunia dan akhirat..”balas Shafiah.
“Tapi….jika abang meninggaldahulu,kemudian Sue kahwin lain…adakah kita akan bertemu di
akhirat?”Tanya suaminya.


            Shafiah  masih teringat  ayat-ayat tersebut dan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.Amat
sukar untuk membuat keputusan.Usiayang masih muda,masih bergetah kata orang.Shafiah juga  
memikirkan kedua-dua anak  tiada kasih  sayang seorang ayah…Jika berkahwinlagi,sekurang-kurangnya
anak-anak mendapat kasih sayang seorangayah walaupun bergelar ayah tiri…



            Bergelar seorang  usahawan dan sentiasa ke sana sini amatmemenatkan.Mujurlah ibunya
tinggal bersama dan  menguruskan Fitri dan Adha dengan baik.Hanyahujung minggu  dapat memasak,
membawa kedua-dua anakberjalan-jalan.



          Setiap  bulan Shafiah akan membawa Fitri dan Adhamenziarai pusara ayahanda mereka.Kedua-dua anak sering bertanya persoalan sejakkecil  “Mengapa ayah duduk dalam ni?” ,Shafiahhanya mengalirkan air mata dan tidak mampu menjawabnya…

               “Nama apa?”ujar seorang  doktor  ketika  membuat pemeriksaan di  wad Hospital Besar Melaka.


“Shafiah…..”jawabnya lemah.Shafiahdimasukkan ke hospital akibat  stressmelampau,tidak menjaga

pemakanan dan kurang tidur.Beratbadannya hanya 38 kg berbanding 50 kg sebelumnya.



           Tiga bulan  Shafiah  terlantar di hospital dan masa dihabiskandengan membaca dan berbual  
dengan juru rawat.



           Shafiah  mengalami tekanan perasaan yang amat beratakibat dikecewakan tunangnya.Ketika  kadperkahwinan sudah diedarkan,tunangnya mengambil keputusan memutuskanpertunangan dan berkahwin dengan orang lain setelah ditangkap khalwat di sebuahhotel.Keputusan drastik  tersebut telahmenyebabkan  Shafiah mengalami tekananperasaan,berasa malu dan amat sakit hati.



           “Doktor…….”Shafiah menyapa ketika  menunggu giliran mengambil paspot.


“Ha…….kita pernah bertemu ke?”jawabAffan.


“Ya….doktor yang merawat danmemeriksa saya ketika di Hospital Besar Melaka”.balas  Shafiah.


“Ooo….maafkan saya..ramai sangatpesakit di hospital..saya pun tak ingat…”balas Affan.


            Setelah selesai  urusan di pejabat Imigresen,Shafiah dan Affanmenjamu selera di restoran berhampiran.


        “Doktor anak berapa?” Shafiah  memulakan bicara.


“Hah?isteri pun belum ada,bagaimanaboleh ada anak?anak tekak adala…”balas Affan selamba.


“Maaf..saya ingatkan doktor dahberkahwin…”kata  Shafiah.



           Perbualan ringkas tersebut  adalah  sejarah awal hubungan  Shafiah dan Affan.Shafiah yang masih
kecewa  dan sedih kerana perkahwinannya batal akibat  perbuatan tunangnya  masih belum dapat
menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.Setelah keluar hospital,Shafiah  banyakmelancong  dalam
dan luar negara menenangkan fikiran.


        Shafiah menganggap Affan  sebagai seorang teman dan seorang yang banyak  berjasa dalam hidupnya.Ketika Shafiah enggan makan ubat ketika dihospital,Affan memujuk “Saya bagi kamu dua pilihan,makan ubat atau saya tukar  dengan taik kucing….”.Jururawat yang berada di sisi  Shafiah tersenyum mengejek.Shafiah yang amat malu dengan pujukan doktor  tersebut terus menelan ubat.



   “Doktor…..boleh…?”ujar Shafiah di Tasik Titiwangsa.


“Boleh tak jangan panggil saya doktor…panggil  Affan je…”pinta Affan.


“ok..ok….Affan…I nak tanya u sikitboleh tak?”tanya Shafiah.


“erm….apa ?”balas Affan


“Why u still not married?”Shafiah  menduga.


“Long story………….i want to forget thepast……”jawab Affan ringkas.


          Shafiah pun menceritakan segalanya.Kisah manis bersama tunang tersayang dan  bagaimana dia
boleh masuk ke hospital.Affan  mendengar dengan penuh minat.Tiba-tiba mata Affan berkaca.


       “Why u  are  crying?”Tanya   Shafiah  kehairanan.


“Sebenarnya……sebenarnya…..”Affan  menghentikan bicara,lantas masuk ke dalam  kereta  dan
meninggalkan Shafiah termangu-mangu kehairanan.


              Selepas pertemuan di  Tasik  Titiwangsa ,Affan tidak menjawab panggilan dan sms dari Shafiah.Setahun berlalu  dan Shafiah mencari  Affan di tempat kerjanya,namun pihak Hospital memberitahu Affan sudah berhenti dan telahmembuka klinik sendiri di Kuala Lumpur.


            Pada satu malam di tengah malam ,Shafiah mendapat sms berbunyi “ Sue…adakah Sue percaya dengan jodoh?”.Shafiah agak  terperanjat kerana ia sms dari Affan.


         Shafiah membalas “Ya..kerana jodoh itu  ketentuan Allah…”balas Shafiah.Telefon tidak berbunyi lagi dengan sms…..Shafiah menutup telefon bimbit dan tidur.


        “Assalamualaikum…………Assalamualaikum……….”terdengar  ucapan salam dari luar rumah.


Hajjah  Aisyah ibu Shafiah menjawab salam dan membuka pintu.Affan bersama adik beradik,ibu bapa
masuk ke rumah dan memberitahu  hajat mereka  datang merisik  Shafiah.


           “Sekejap…..anak bongsu saya masih dikatilnya..maklumlah  hari minggu…”jawab  Hajjah Aisyah.
Setelah mandi dan bersiap,Shafiah  agak terperanjat dengan kehadiran  Affan dan keluarga untuk
merisik.


        “La….mengapa Sue tak beritahu Mama yang  Sue dah lama kenal Affan…”kata ibunya.


“Sue …Sue……….”Shafiah menjawab danmenarik nafas panjang.

            Hari bahagia  muncul.Shafiah dan Affan disatukan dan  berbulan madu di Singapura.


“Sue…Sue tahu tak mengapa  Affan menangis  ketika pertemuan terakhir  kita di Tasik  Titiwangsa?”ujar


Affan pembuka malam pertama dihotel  Raffles.Sue hanya tersenyum sambil menjeling manja.


“Sebenarnya  Abang tidak sangka,yang kita berada dalam titian yang sama..”Affan memulakan kisah.


“Apa?Sue tak faham…..”balasShafiah.


“Jika Sue dikecewakan kerana tunang  tersayang ,begitu juga Abang…dan gadis  yang merampas tunang Sue adalah bekas

tunang  Abang…”Affan  menjelaskan diiringi airmata….


              Affan dan Shafiah saling  berpelukan dan menangis.Itulah ketentuan Allah…


Malam pertama disulami air mata,namun ia bukan  penghalang suami isteri  berasmara  dana sebagai
pengantin baru…



    “Amirul  Fitri..Amirul Adha..ummi  pergi jauh tau..jangan nakal-nakal ..tolong nenek kat rumah”


Ujar Shafiah di KLIA ketika mahubertolak  untuk mengerjakan ibadathaji.Walaupun masih muda,Shafiah


mahu  menunaikan ibadat  tersebut kerana sudah layak dan mampu.Fitri dan Adha yang baru empat


tahun  hanya mengangguk-angguk apabila ibu mereka meninggalkan pesanan.



               “Sue…kau ni muda lagi dah nakpergi haji?”ujar teman baiknya Rosnah.


“Ros….kita tidak tahu umurkita..bila dah wajib,tunaikan…sekarang  i umur 32 tahun,masih muda dan
kuat..kalau umur 80 tahun baru nakpergi..nak jalan pun dah tak larat..”panjang lebar  Shafiah
menjelaskan..Rosnah hanya tersenyum…     


          Shafiah mengalirkan air mata ketika menjejakkan kaki kali pertama di bumi Mekah.Doa dipanjatkan “YaAllah..jadikanku dan  Affan  suami isteri dunia dan akhirat..aku amat mencintainya..”


Itulah doa yang sentiasa  dipanjatkan kepada Rabb…



    “Berita terkini……10 jemaah haji dari Malaysia maut apabila berlaku rempuhan besar ketika umat Islammenunaikan tawaf di Mekah.Menurut  Ketua Jemaah Tabung Haji,senarai  dan  gambar  mereka yang terkorban adalah…”Berita  Terkini TV3 sedang bersiaran.


  “Nek…nek……..gambar  ummi dalam tv  ”Adha  dan Fitri memanggil neneknya di dapur.


“Ya Allah!Ya Allah! Innalillahwainna rajiun……………………ummi dah tiada lagi….anakku Shafiah....Ya Allah..Ya Allah.....”Hajjah Aisyah memeluk kedua-dua cucunya ilimpahi air mata kesedihan….


                     Setelah Shafiah dikebumikan di Mekah selama 6 bulan,mayatnya dipindahkan sebelah suaminya...ini adalah mengikut wasiatnya mahu kuburnya di sebelah arwah suami agar memudahkan anak-anak menziarahi kubur ibu bapa .


“Nek..mengapa ummi tidur sebelah rumah ayah?”Tanya Fitri dan Adha serentak di tanah perkuburan Islam Masjid  Tanah Melaka.

“Ummi sayangkan Ayah…”balas Hajjah Aisyah sambil merembes…



                                           ~~  TAMAT ~~


                     HAKCIPTATERPELIHARA SAAT SULAIMAN AL-HAJJ 2012.      

Last edited by GuaAnakMelaka on 24-10-2012 06:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 05:27 PM | Show all posts
Bukan ke kalau meninggal di mekah akan dikebumikan disana? Cemana plak boleh kubur kat melaka?
Sorry...just my 2 cent....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 05:34 PM | Show all posts
khaizarina posted on 24-10-2012 05:27 PM
Bukan ke kalau meninggal di mekah akan dikebumikan disana? Cemana plak boleh kubur kat melaka?
Sorr ...

ada 3 pilihan jika meninggal di Mekah :

1.Kebumi di Mekah namun hanya 6 bulan sahaja,kemudian dipindahkan ke tempat lain (luar Mekah )

2.Kebumi di mana  keluarga / waris mahukan.Contohnya jika mahu dikebumi di Malaysia,jenazah akan dihantar ke Malaysia.

3.Kebumi di Mekah selama 6 bulan dan mohon dipindahkan ke negara asal.

Kalu mahu detail,boleh tambah dalam cerpen..

"setelah Shafiah dikebumikan di Mekah selama 6 bulan,mayatnya dipindahkan sebelah suaminya...ini adalah mengikut wasiatnya mahu kuburnya di sebelah arwah suami agar memudahkan anak-anak menziarahi kubur ibu bapa ....."

Thanks 4 question...

ini dah macam soal jawab agama la pulak ...





Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:38 PM | Show all posts
Oooooo yer ke....baru tau... Tq2 ilmu baru ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 05:42 PM | Show all posts
khaizarina posted on 24-10-2012 05:38 PM
Oooooo yer ke....baru tau... Tq2 ilmu baru ni

aku pun x taw....tp sebab aku pernah berada di Mekah dan tengok pekerja2 Bangla gali kubur di Ma'la Mekah...


so aku pun tanya depa..itulah jawapan yg depa bagi...

juta2 org meninggal di Mekah setiap tahun,mana nak muat....

yg dikekalkan cuma kubur isteri Nabi,saudara mara Nabi ,sahabat  Nabi ,pembesar dll..

org awam cam kita ni ikut cam jawapan atas tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 12:26 AM | Show all posts
70 views just one comment?

plz rate this cerpen..................like or unlike doesnt matter...here is democracy...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2012 01:25 AM | Show all posts
SAAT SULAIMAN ..cam nama kawan aku jer..SAAD SULAIMAN...adakah engko orang yang sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 01:34 AM | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 25-10-2012 01:25 AM
SAAT SULAIMAN ..cam nama kawan aku jer..SAAD SULAIMAN...adakah engko orang yang sama

ejaan pun x sama....dah tentu lain orang............


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 01:38 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 25-10-2012 01:34 AM
ejaan pun x sama....dah tentu lain orang............

heheheh..pendek nyer cerita pendek ko.......
tp oklah .. boleh tahan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 01:43 AM | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 25-10-2012 01:38 AM
heheheh..pendek nyer cerita pendek ko.......
tp oklah .. boleh tahan...

hahaha..nak panjang ,baca novel..................
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:32 AM | Show all posts
ooo baru tahu juga...

kalau perempuan kahwin lebih dr sekali kat dunia , kat akhirat dia masih boleh pilih suami dia kan..

yg terbaik sekali kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:40 AM | Show all posts
pasni tt buat cerpen panjang sikit ek... tak puas bace...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 02:59 PM | Show all posts
starbee posted on 25-10-2012 10:40 AM
pasni tt buat cerpen panjang sikit ek... tak puas bace...

cerpen mana ada panjang........

tu aku dah mula tulis novel...................selamat membaca!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 03:17 PM | Show all posts
sedih dan padu hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 10:05 PM | Show all posts
mute posted on 23-1-2013 03:17 PM
sedih dan padu hehehe

Thanks...........
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 08:16 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 31-1-2013 10:05 PM
Thanks...........

button LIKE xde ai LIKE jugak lar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2013 09:20 PM | Show all posts
mute posted on 4-2-2013 08:16 AM
button LIKE xde ai LIKE jugak lar...


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:14 AM | Show all posts
huhuhuhu... pendek tp sgt padat... sedihnya... congrats TT...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:32 PM | Show all posts
Penulis dan affan berpisah tiada....
Anyway, nice certot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 04:43 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-7-2014 12:32 PM
Penulis dan affan berpisah tiada....
Anyway, nice certot.

tQ 4 reading...............



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.083227 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list