CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28662|Reply: 21

Kartun 80an Dan Awal 90an Di Zaman Kanak-kanak

[Copy link]
Post time 26-10-2012 01:16 AM | Show all posts |Read mode
Kids today are really blessed indeed. Everytime I dine outside, most of the kids are either playing with their tablets or checking their Facebook with the smartphones. Back to my childhood, the only digital thing on my hand was the black and white Game Boy and Tamagutchi (digital petting).

I wonder since the kids today are so preoccupied with the advanced digital gadgets, do they really have their childhood? Do they go outside and play those childhood games like hide and seek, Blind Man’s Bluff, board games, marbles, Lego and the list goes on.

Everytime I reminisce my childhood memories, definitely those 80s and 90s cartoons will come across my mind. I know if I show the kids today with those days cartoons, they will deem it funny but those cartoons and kids shows had given me the most beautiful childhood memories. Let’s reminisce one more time on our valuable and innocent childhood TV cartoon series amidst the cruel and realistic world today.

Read more

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2012 09:21 AM | Show all posts
one of my fav



mospeada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2012 10:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2012 07:16 PM | Show all posts
Usop Sontorian

Kluang Man
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 11:30 PM | Show all posts
rentak104 posted on 26-10-2012 07:16 PM
Usop Sontorian

Kluang Man

usop sontorian


Keluang man

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 10:55 AM | Show all posts
sailor moon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2012 03:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 03:21 PM | Show all posts
suke btul dgn power rangers dulu...semua benda aku kumpul...huhuh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2013 07:50 AM | Show all posts
somesop berpusing
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 05:23 PM | Show all posts
suka sailormoon (hafal lirik lagu, tiru aksi dan dialog dan jugak watak2), doraemon (bila terlepas 1 episode boleh mengamuk weyh!) transformers (suka tiru bunyi2 robot tu bercakap! lol!) power rangers, (Dulu cop power rangers pink konon2nya yg pink tu aku. berangan!) zaman budak2... tggi sgguh imaginasinya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 01:31 AM | Show all posts
banyak...tak ingt dah..skang ni download dvdrip...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 12:24 AM | Show all posts
Mazinger Z



Captain Planet(kartun omputih sekarang hampeh)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 04:02 PM | Show all posts
Keterujaan Pemilik Kereta Mini Tamiya






MINAT Asril terhadap kereta mini Tamiya membawa kepada penubuhan Geng Tamiya Angkuh.


SIRI kartun anime, Dash Yonkuro yang ditayangkan pada tahun 1990 di kaca televisyen ternyata telah memberi pengaruh besar kepada Asril Hafiz Sabri.

Ketika itu, Asril berusia 12 tahun dan meminati siri kartun terbitan sebuah syarikat produksi dari Jepun. Pada usia kanak-kanak, dia sememangnya terpengaruh dengan apa yang ditonton di kaca televisyen.

Siri kartun itu memaparkan kisah lima sahabat yang diketuai oleh seorang kanak-kanak, Yonkuro Hinomaru dalam pasukan lumba kereta mini Dash Warrior.

Selain anime, kereta mini yang digunakan oleh setiap watak dalam siri kartun tersebut juga merupakan alat permainan popular untuk kanak-kanak pada waktu itu. Model kereta yang digunakan oleh Yonkuro iaitu Emperor menjadi kegilaan kanak-kanak.

" Ketika itu, saya dan rakan-rakan amat terpengaruh dengan cerita Dash Yonkuro dan saya mempunyai barang permainan berupa sebuah kereta mini skala 1/32 seperti dalam siri kartun itu.

" Pada awal 1990-an, kereta mini jenama dari Jepun iaitu Tamiya mudah didapati di pusat beli-belah di negara ini. Pertandingan perlumbaan kereta mini di litar berskala kecil sering diadakan di situ. Tanpa modifikasi yang lengkap pada kereta mini ini, saya hanya mampu melihat kanak-kanak lain berlumba," ujarnya yang bertugas sebagai pramugara di salah sebuah syarikat penerbangan negara.

Cerita Asril, ketika itu, Hankyu Jaya, Sogo dan Kerry's merupakan antara pusat beli-belah yang menjual kereta mini Tamiya dan sering mengadakan perlumbaan untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa di ibu negara.

Tamiya merupakan jenama alat permainan, kit model, kereta kawalan radio dan alat ganti dari Jepun. Ketika permainan tersebut popular sekitar awal 1990-an, Daisheng (M) Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya pembekal permainan jenama Tamiya di Malaysia.





PEMAIN perlu memasang sendiri kereta mini Tamiya yang berasal dari Jepun ini.


Selepas melewati usia kanak-kanak, Asril tidak lagi meneruskan hobi tersebut kerana kekangan kos yang tinggi.

Namun, kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah memupuk kembali minat Asril terhadap hobi tersebut ketika usianya telah menjengah 32 tahun.

" Saya kembali mengumpul kereta mini Tamiya dan menyertai perlumbaan kecil-kecilan sejak setahun lalu. Aksesori dan alat ganti kereta Tamiya mudah didapati menerusi rakan-rakan di laman sosial.

" Permainan kereta mini Tamiya ini merupakan satu cara untuk saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Kini, permainan ini popular dalam kalangan golongan dewasa dan kebanyakannya seusia dengan saya. Selain itu, hampir setiap minggu pertandingan perlumbaan kereta mini Tamiya dianjurkan di sekitar ibu kota, " ujar bapa kepada dua orang cahaya mata itu.



Ciri-ciri teknikal

Asril yang juga pengasas kumpulan Geng Tamiya Angkuh amat meminati ciri-ciri teknikal seperti memasang dan memadankan bahagian casis kereta mini bersama aksesori perlumbaan.

Mengenakan aksesori dan alat ganti yang sesuai dapat meningkatkan kelajuan dan keseimbangan kereta mini sewaktu di atas litar.

" Kereta mini tidak mempunyai alat kawalan. Ia bergantung kepada penalaan iaitu dengan memadankan aksesori dan alat ganti mengikut keadaan litar. Setiap perlumbaan merupakan eksperimentasi untuk melihat hasil penalaan sesebuah kereta mini, " ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak hanya menyentuh aspek teknikal, Asril juga dapat menzahirkan kreativitinya dengan mengecat dan mengubah suai rupa fizikal kereta mini.

Baginya, bajet sebanyak RM300, seseorang itu boleh mendapatkan model kereta lengkap bersama aksesori dan alat ganti.

Walaupun telah berhabis ribuan ringgit, Asril amat berpuas hati dengan hobi yang diceburinya itu. Sehingga kini, dia mempunyai lima buah kereta mini yang digunakan dalam perlumbaan.

Antara komponen asas sebuah kereta mini Tamiya ialah casis, roda, motor, bering dan bateri bersaiz AA. Kesemua komponen itu amat penting untuk menggerakkan kereta mini ketika di litar.

Walaupun kelihatan mudah, para pelumba kereta mini perlu memahami aspek teknikal dalam penalaan kereta. Selain itu, perbezaan struktur rekaan litar memerlukan modifikasi penalaan kereta mini yang berbeza.


Aerodinamik

Seorang pengumpul dan pelumba permainan kereta mini Tamiya sejak tahun 1994, Mustaqim Mohd. Azam, 26, memberitahu, kestabilan, kelajuan dan pergerakan aerodinamik sesebuah kereta mini merupakan antara faktor yang harus diambil kira oleh setiap pelumba.

Menurutnya, litar yang berliku, bergelung, pusingan tebing curam dan jambatan seharusnya mempunyai modifikasi penalaan yang berbeza.

" Kestabilan kereta mini boleh dilihat daripada aspek cengkaman tayar dan pergerakan di litar. Komponen penting iaitu pemberat membantu menstabilkan kereta mini. Selain itu, gegelung pada fiber resin polikarbonat (Frp) bahagian casis juga dapat mengurangkan geseran kereta mini di litar.

" Frp merupakan komponen yang harus ada pada bahagian casis kereta terutamanya dalam perlumbaan. Saiz dan bentuk Frp juga mempunyai peranan yang berbeza. Selain itu, bahan polikarbonat itu juga membantu menguatkan bahagian casis agar tidak mudah patah atau pecah sewaktu perlumbaan, " ujar ahli perniagaan muda itu.

Setiap komponen seperti casis, tayar dan motor perlu dicantumkan bagi membentuk sebuah kereta mini Tamiya. Melalui kaedah itu, pengumpul dan pelumba boleh mengeksperimentasi aksesori dan alat ganti untuk dicantum pada kereta mereka.




MUSTAQIM (kiri) dan Che Fahimy Che Mohd. menunjukkan kereta mini milik mereka.


Casis

Produk Tamiya juga memperkenalkan 13 jenis casis dalam permainan kereta mini. Casis kereta merupakan komponen paling penting kerana ia mempunyai perbezaan modifikasi penalaan dan kedudukan motor. Antara casis yang popular ialah casis FM, Super FM, Super X, Middle Motor Speed dan TZX.

Menurut Mustaqim, setiap casis mempunyai ciri-ciri teknikal dan harga yang berbeza. Selain itu, setiap casis juga digunakan mengikut keselesaan pelumba dan kesesuaian trek sewaktu menyertai perlumbaan.

" Super 2 merupakan kategori casis yang mendapat sambutan dalam kalangan pelumba kereta mini di negara ini. Harganya lebih murah berbanding casis-casis lain. Ia merupakan casis asas kepada pelumba dalam percubaan untuk menyertai perlumbaan.

" Motor yang digunakan dalam kereta mini pula terbahagi kepada dua iaitu Dash Series dan Tune Series. Motor merupakan komponen yang menentukan kelajuan kereta mini. Kelajuan motor juga bergantung kepada daya pergerakan dalam seminit dan casis yang digunakan, " jelasnya.

Permintaan tinggi

Sementara itu, pembekal dan peniaga barangan kereta mini Tamiya, Naguib Farhan Malek, 24, memberitahu, permainan kereta mini kini semakin mendapat perhatian terutamanya daripada golongan yang berusia 20-an hingga awal 30-an.

Menurut Naguib, kebanyakan pelanggan membeli produk Tamiya yang diimport dari Jepun, Singapura dan Hong Kong di premisnya di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

" Selain membeli kereta mini Tamiya, mereka boleh berlumba di litar yang disediakan di sini. Saya dan rakan kongsi, Zaki Shaputra Sharani turut menganjurkan perlumbaan kereta mini Fun Race pada setiap hari Sabtu.

" Laman Facebook merupakan platform terbaik untuk saya mempromosikan perniagaan dan kereta Tamiya mini.

" Pelanggan utama kami adalah dari Sabah dan Sarawak, " ujarnya yang telah menjual kira-kira 1,000 buah kereta mini Tamiya dalam tempoh sebulan.

Pemilik Kedai Tamiya Mini Dash Yonkuro 4wd Original itu juga akan menambah stok kereta mini setiap bulan kerana mendapat permintaan yang tinggi terutamanya di laman Facebook.

Dia memberitahu, kereta mini Tamiya dijual pada harga RM35 hingga RM75 bergantung kepada model dan harga pasaran semasa di negara ini. Selain itu aksesori dan alat ganti tulen berjenama Tamiya juga dijual di premisnya.



- Kosmo -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 05:22 AM | Show all posts
usop sontorian memeng best...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 02:39 PM | Show all posts
aku pun suke jugak...tp mahai
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 03:06 PM | Show all posts
kawe pnggil dashankuro..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 08:05 PM | Show all posts
Me n my arwah abang suke giler transformers... ini mmg favourite kam, sbnarnya my bro. Mmg tunggu jugaklah.. kadang2 hari minggu kadang2 tayangan pukol 7.00pm -7.30.. yang mmg kami berdua suka ialah dragon ball. Mmg legend habis. I suke sailormoon. Tapi selalu miss sbb hujung minggu ahad. I tinggal kat negeri weekend jumaat sabtu. So, selalu dapat tgk dragon ball. Bila dah besar sikit kitorang suke tgk katun anime yang moden. Tapi, tak ingatlah nama katun2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 08:11 PM | Show all posts
Kalau area 80an n 90an kitorang masih sekolah rendah n menengah. Biasanya yang i inagat, ialah, thunder cats, batman, superman, spiderman, transformers, voltron, xmen. I pernah sembang2 dgn arwah pasal movie2 yg based dari katun2 ni. Masa tuh arwah n i mmg tak miss movie xmen n batman. I tanya pasal transformers sbb mmg canggih la kan kalau nak buat movie tu. Arwah ,asa tuh dah sakit leukimia. Tapi gagah lagi. Next year tu arwah meninghal n a few months later, movie transformers yg first pon keluar. Arwah mmg sgt2 minat transformers. Siap ada beli kereta kecik2 yang boleh ubah jd robot. Ada buku sticker transformers yang disimpan sampai sekolah menengah. Ada kad2 transformers.. mmm sekarang saya dah tau apa tujuan depa wat katin ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 07:23 AM | Show all posts
Captain Future




Popeye


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 02:48 PM | Show all posts
kartun yang aku suka G-force

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.125652 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list