CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66101|Reply: 682

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 12-11-2012 08:45 AM | Show all posts |Read mode
sakura ada cerita bru tp baru suku je yg siap... selamat membaca yer

Sinopsis:
Shazrina  seorang gadis remaja yang rupawan, pandai dan dari keluarga yang berada. Memiliki semua itu menyebabkan gadis cantik itu bongkak... diusia 17 tahun dia mula mengenali Aliff pelajar sebaya dengannya. Aliff merupakan pelajar yang miskin dan hanya mempunyai ibunya sahaja. Kerana faktor itu, Aliff menjadi seorang yang nakal disekolahnya tetapi tidak dirumah.Pertama kali bertemu Shazrina hati Aliff terus terpikat.

Pelbagai cubaan dibuat untuk menggoda Shazrina namun semuanya tidak berhasil. Namun, kerana satu kejadian yang memalukan menimpa Shazrina akhirnya buat gadis itu mula belajar merindu Aliff. Namun, saat mereka saling mencintai, datang musibah lain pula.  Dan kerana itu, Shazrina terpaksa meninggalkan Aliff. 10 tahun berlalu......  Shazrina dan Aliff bertemu kembali namun dalam situasi yang berbeza. Masing-masing sudah punya kerjaya. Aliff mara ke bidang keusahawanan dan kini mempunyai kedai kek sendiri. Shazrina pula sudah bergelar guru. Mampukah segala kekusutan silam diuraikan dan masih adakah cinta yang tersimpan?

Last edited by misssakura on 31-1-2013 11:27 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2012 08:50 AM | Show all posts
Shazrina menilik beberapa buah majalah kesihatan yang tersusun elok didepannya. Sebagai waniita yang sudah bekerjaya, kesihatan dan kecantikan merupakan satu aset yang penting dalam hidupnya malah kadangkala menjadi keutamaan baginya. Setelah ditilik beberapa muka surat, majalah itu diambil dan dibawa ke kaunter pembayaran.

“ini je ke kak?” soal gadis belasan tahun yang menjaga kaunter pembayaran setelah memasukkan semua barangan yang dibeli kedalam beg plastik. Pertanyaan gadis itu hanya dibalas dengan anggukan kecil. Shazrina mengeluarkan dompet yang tersimpan didalam beg tangannya.

“semua sekali RM 46.70...” .Shazlin menghulurkan not RM 50. Wang bertukar tangan. Shazrina mengucapkan terima kasih setelah mendapatkan baki wang yang mencukupi.


****


Majalah kesihatan yang dibeli petang tadi ditarik dan diletakkan diatas katil. Shazrina mengubah postur kedudukan untuk mendapatkan lebih kenikmatan ketika membaca majalah tersebut. Dibelek satu persatu muka surat yang ada. Namun matanya sempat membaca satu resepi pada majalah bekenaan.

“ resepi pudding karamel...” baca Shazrina perlahan sambil membaca satu persatu cara yang diberi. Sekadar menambah ilmu didada. Kalau rajin boleh juga dia mencuba. Lagi pon, dia memang gemar dengan makanan yang berasaskan puding nih.

“Telur 3 biji, susu segar......”baca Shazrina dengan teliti. Kepalanya sedikit terangguk-angguk seolah-olah faham dan menyokong setiap kenyataan yang ditulis didalam majalah yang diletak diribaanya.  Hmm tak adalah susah sangat.

“hmm eh ada kedai rupanya... kat mana ek macam sedap je...” Shazrina terus bermonolog sendirian.

“ eh dekat sekolah aku jer ni...sapa ek pemilik Cake house nih.”

“ Muhammad Aliff  Iskandar bin Mahmood...” sambung Shazrina lagi dengan wajah yang sedikit berkerut. Ada rasa debar memenuhi ruang dadanya. Nama lelaki yang cukup familiar dalam ingatannya. Mustahil lelaki itu dengan lelaki yang memiliki Cake House ini adalah orang yang sama. Mungkin mereka hanya berkongsi satu nama yang sama... tak ada apa-apa yang pelik pun di zaman kini. Shazrina menarik nafas perlahan demi membetulkan segala perasaan kacau bilau yang tiba-tiba menjengah.

Last edited by misssakura on 12-11-2012 08:53 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 08:54 AM | Show all posts
“ berikan saya set A dan set B.”Ujar Shazrina bagi pertanyaan pelayan yang tersenyum mesra kearahnya. Mimi didepannya turut melemparkan senyuman manis kepada pelayan muda tersebut. pelayan tersebut beredar setelah mencatat pesanan dari Shazrina.

“ harap-harap best la makanan kat sini....” bisik Mimi dengan wajah berharap...

“harap-harap lah... tengok harga pon mahal jugak. Kalo tak best tak tahu la aku.” Balas Shazrina sambil menjeling sekitar kafe Cake House. Kerana terpengaruh dengan kelazatan yang terpapar pada gambar didalam majalah yang dibaca beberapa hari lepas, terus diajak Mimi yang merupakan teman sekerja merangkap teman baiknya untuk ke restoren ini.

“tapi, kalau ikut gambar kat menu tadi macam sedap jer...” tambah Mimi yang masih terbayang set B yangdipesannya. tiramisu, ais krim keladi berkrim coklat dan minuman yogurt strawberi membuatkan tekaknya terliur. Padahal baru tengahari tadi dia dan Shazrina melantak dikantin sekolah mereka.

“kau ni.... tak adanya maknanya  makanan kita dapat nanti macam yang kat dalam gambar tu.” Ejek Shazrina dengan ketawa kecil. Macam budak kecil pulak Mimi nih terpengaruh dengan gambar kat menu makanan.

“kutuk aku konon... kau pon sama je la... kau tengok gambar kat majalah tu sedap sebab tu  ajak aku datang sini kan...” bidas Mimi selamba.  Paku dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebih Shazrina..

“mana ada... “ dalih Shazrina namun tanpa alasan. Tak ada modal nak membalas.

“ye la tu... set A tu apa?” Tanya Mimi sambil menanti pesanannya sampai.

“cheese cake, koktail buah dan ais krim... sedap kan?” balas Shazrina teruja... air liur ditelan satu persatu.Tak sabar rasanya nak mengadap minum petang mereka kali ini. dia dan Mimi memang satu kepala bab-bab makan. Pantang kalau ada kedai baru buka disekitar Seremban! Pasti dia dan Mimi menjadi orang pertama masuk dan mencuba masakan mereka.  Dah macam program jalan-jalan cari makan sahaja. Tak sedar badan masing-masing mula mengembang..

“hmmm bestnya... kalau sedap boleh kita datang sini selalu kan...” tambah Mimi gembira. Shazrina menggangguk kecil menyokong kata-kata sahabatnya.

“boleh la kau bawak abang Izham kau datang sini..”

“abang Izham aku tu bukannya macam aku nih... dah la dia tu tak suka benda-benda manis.. katanya takut kena diabetis... padahal kedekut...” kutuk Mimi terhadap tunang tersayang. Bilal agi nak mengutuk....

“yang kedekut taik hidung masin tu la yang kau terkejar-kejarkan Mimi...” sela Shazrina. Dipandang wajah Mimi dengan senyuman kecil...

“walaupun kedekut  tapi abang sayang aku romantik... tu yang buat aku sayang tu.” balas Mimi dengan senyuman manja... menggedik la tu. Shazrina tersengih mendengar balasan temannya. Namun tak dinafikan sedikit rasa cemburu menjengah dihatinya. Entah bila agaknya giliran dia pula disunting sang kekasih tersayang... ahhhh....... kekasih pon tak ada. Inikan pula nak disunting.

“bila nak langsung majlisnya?” soal Shazrina lagi. makanan yang dipesan sudah pon sampai. Kek keju dipotong dan disuapkan kedalam mulutnya. Terasa nikmat kelembutan dan kegebuan kek yang dihidang. Memang sedap!

“insyaAllah, kalau tak ada aral mungkin hujung tahun ni...”

“eh apasal lambat sangat?”

“dah duit tak cukup... nak kawin macam mana?” tokok Mimi yang kini sedang menikmati ais krim keladi berkrim coklat itu...

“laa... abang sayang kau yang haji bakhil tu takkan tak boleh nak support sikit kot?” pelbagai gelaran yang diberikan kepada Izham tunang sahabatnya. Namun semua tu sekadar gurauan lagipon itu semua Mimi yang mulakan dahulu. Jadi tak salah rasanya dia turut serta dalam sesi gelar menggelar tunang Mimi.

“ikutkan dia memang la nak jer...tapi aku tak nak laa... nak kawin tapi pakai duit orang baik tak payah... kalau duit sendiri nak buat grand-grand pon tak ada orang nak larang.. dah duit aku suka hati aku la kan...” terang Mimi bersungguh-sungguh. Itulah prinsipnya selama ini. selagi belum berkahwin, duitnya adalah duitnya dan duit Izham adalah duit Izham... tak ada istillah kongsi berkongsi...

“ye jugak tu... aku pon kalau nak kawin nanti tak naklah bakal suami sponsor ke apa? Nanti banyak je bajet nak kena cut... maklumlah pakai duit orang.”

“kau lain la Shaz... kaukan orang senang... tak adanya istillah pinjam meminjam duit nanti...”

“yang senangnya mak bapak aku...aku ni kerja cikgu je sayang oii... macam kau la...” sangkal Shazrina..walaupun kurang senang dengan kata-kata Mimi namun dia tidak mengambil hati. Memang itu kenyataannya dan suatu ketika dahulu memang dia seorang yang sangat berbangga dengan kemewahan keluarganya. Dia anak tunggal kepada encik Mustafa dan Puan Rogayah yang merupakan seorang doctor malah kedua ibubapanya mempunyai klinik sendiri.

Last edited by misssakura on 12-11-2012 09:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 09:03 AM | Show all posts
“sedapkan makanan kat kedai tadi tu...” puji Mimi lagi disamping Shazrina ketika mereka mula beredar meninggal Cake House.

“yer... aku suka sangat cheese cake dia tu.. punyalah gebu. masuk mulut terus cair.” Sokong Shazrina pula... tak sia-sia dia habiskan duit untuk kedai ni. Memang puas hati lagipon ni kedai orang melayu. lebih terjamin kehalalannya dan siapa lagi yang nak menolong sesama kaum melayu kalau bukan orang melayu sendiri.

“next time kita datang lagi ek?”ajak Mimi bersungguh-sungguh... suasana tiba-tiba menjadi sunyi.. ajakannya tadi tidak diendahkan Shazrina. Mimi mengerut dahinya yang agak luas itu sejenak sebelum memusingkan badannya apabila mula menyedari Shazrina kini sudah tertinggal dibelakang. Dihampiri sahabat baiknya lalu ditegur lembut...

“Shaz kau dah kenapa?”sapa Mimi sambil menepuk perlahan bahu temannya yang kelihatan terkejut... Shazrina tidak mengendahkan sapaan temannya namun terus menuju beberapa langkah ke hadapan dengan bukaan langkah yang perlahan.

“Aliff.” Tegur Shazrina ragu-ragu. Perpisahan yang memakan masa hampir 10 tahun membuatkan dia kurang yakin lelaki yang tegak berdiri didepannya adalah Aliff. Namun air muka jejaka itu cukup dikenalinya walaupun sudah sekian lama mereka berpisah.

“ yer... saya Aliff.. cik ni siapa yer?” persoalan dari Aliff buat hati Shazrina sedikit kecewa. Mudahnya lelaki itu melupakan dia... tapi siapa dia untuk mengharapkan yang istimewa dihati Aliff setelah apa yang dah dilakukan 10 tahun yang lalu...

“saya Shazrina... kita satu sekolah dulukan...” jawab Shazrina cuba menutupkan rasa tidak enak dihati.

“Shazrina mana ek?? Sorry la ramai sangat kawan nama Shazrina.”

“eh tak apa... lagi pon kita dah lama tak jumpa. Tak pelik kalau awak dah tak ingat saya.” ujar Shazrina demi menghilangkan rasa bersalah yang terpamer pada wajah Aliff.. entah betul entah tidak jejaka ini rasa bersalah. Entah-entah sekadar mengambil hatinya.

“hmm... saya minta maaf sekali lagi sebab saya kejar masa sebenarnya.” Minta Aliff sopan bagi menjaga hati gadis bernama Shazrina didepannya. Karang tak memasal kecil hati gadis cantik ini.

“opp sorry kacau masa awak.... kalau ada jodoh kita jumpa lagi masa akan datang.” Balas Shazrina penuh makna. Wajah tampan milik Aliff dipandang sekilas sebelum mengangkat kaki menuju ke hala tuju masing-masing.

Last edited by misssakura on 12-11-2012 09:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:35 AM | Show all posts
buah tangan br dr sakura

ada kisah lama yg berlaku
x sabar menunggu next N3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 02:07 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-11-2012 10:35 AM
buah tangan br dr sakura

ada kisah lama yg berlaku

time kasih sudi bce...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2012 02:09 PM | Show all posts
“wei giler hensem mamat tu....sapa tu Shaz?” soal Mimi penuh berminat. Nasib baik aku dah bertunang kalo tak mahunya jatuh cinta!

“kawan masa sekolah menengah dulu...” balas Shazrina ringkas. Matanya difokuskan kepada pemanduan.

“budak kelas kau la ek?”

“tak de la... kelas lain.”

“tapi asal dia tak kenal kau ek? Ke dulu-dulu kau pernah jadi secret admire dia?” usik Mimi sambil ketawa kecil. Macam logik je serkap jarang aku ni. kalau tak masakan Shazrina sahaja yang boleh mengecam Aliff sedangkan jejaka itu langsung tak mengenalinya...

“hish tak adalah kau ni... ke situ pulak... mungkin aku dah banyak sangat berubah kot. Ye la dulu-dulu aku free hair and sexy... sebab tu dia tak cam kot.” Jelas Shazrina salah satu kemungkinan yang ada. Atau pun Aliff sengaja buat-buat tak kenal dia. mungkin masih berdendam dengannya.

“ooo... kau free hair ke dulu Shaz... alhamdullilah sebab dah kembali ke pangkal jalan.” Ucap Mimi ikhlas walaupun perkara itu mungkin sudah lama berlalu.

“thank...” Shazrina ketawa kecil. Kelakar pula mendapat ucapan begitu setelah hampir 8 tahun dia membuat perubahan untuk lebih dekat dengan Allah...

“sekarang nak pergi mana? Awal lagi ni...” Shazrina mula mengalih topik.

“balik rumah je la... banyak lagi paper tak tanda... hujung minggu ni dah nak kena key in data.” Balas Mimi tatkala memikirkan masih banyak kertas peperiksaan Matematik yang belum ditanda. Shazrina sekadar mengangguk tanpa sebarang bantahan. Turut sedar masih banyak kertas peperikasaan Kimia yang belum disentuhnya!

Last edited by misssakura on 12-11-2012 02:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 02:14 PM | Show all posts

“mak nak pergi surau ke?” soal Aliff yang sedang mencabut stoking yang tersarung pada kakinya. Azan Maghrib bakal berkumandang tidak lama lagi.

“a’ah.... ni pon dah lambat. Aliff tahu je la mak ni macam mana... kalau pergi lambat kenalah jalan cepat-cepat sikit. Pastu mulalah mengah kat surau tu karang... baiklah pergi awal-awal sikit. sampai sana boleh rehat dulu.” Jelas puan Aini yang sudah lengkap memakai telekung. Ditangannya dibawa satu beg kecil.. mungkin kain sembahyang yang diisi didalamnya.

“Aliff nak hantar pergi surau tak nak.... kalau Aliff hantarkan tak adalah mak penat macam tu.” Cadang Aliff.

“tunggu Aliff hantarkan lambat sangat... Aliff tu, waktu isyak je selalu nampak muka kat surau...”sela puan Aini. Wajah anak terunanya dipandang.

“dah tak sempat nak buat macam mana...” dalih Aliff.

“macam mana nak sempat kalau dekat-dekat maghrib baru nampak muka kat rumah... cubalah balik awal sikit. Kerja Aliff kat restoren tu bukannya reti nak habis.” Puan Aini sudah memulakan operasi membebel. Aliff buat muka tidak bersalah... bukannya dia tak nak pulang awal tetapi kerana kesibukkannya menguruskan restoren Cake House miliknya membuatkan masa berlari begitu pantas.. pejam celik pejam celik dah nak malam...

“kamu ni bila mak membebel mula la buat muka... dari mak membebel masuk telinga kanan keluar telinga kiri baiklah mak pergi surau sekarang... nanti isyak jangan lupa datang pulak...nasi dan lauk mak dah panaskan... pergilah makan dulu.”tambah puan Aini lagi. Aliff sekadar mengangguk tanda faham. Dia bergegas naik ke biliknya setelah ibunya menghilang untuk ke surau yang berdekatan.

Last edited by misssakura on 12-11-2012 02:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2012 02:18 PM | Show all posts
Aliff termenung ditikar sejadah yang dihadapkan ke arah kiblat. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib. Kini mindanya mula melayang mengingatkan tragedi petang tadi. Shazrina... mulutnya menyebut nama gadis yang cukup cantik itu perlahan. Walaupun wajah gadis cantik berseri itu sudah banyak berubah namun matanya masih mampu mengenal gadis yang pernah bertakhta dihati. Tapi itu dulu... kisah 10 tahun yang lalu ketika dia masih lagi mentah dalam erti hidup... kini dia dah banyak berubah. Shazrina, gadis yang paling dibenci kini sudah muncul kembali. Takkan pertemuan kedua ini perlu dibiarkan tanpa dimanfaatkan sebaiknya? Dia tidak bodoh! Hutang darah perlu dibayar dengan darah. Hutang budi dibayar dengan budi... dan hutang maruah juga perlu dibayar dengan maruah! Kau tak akan terlepas Shazrina... aku akan buat kau lebih merana dan menderita seperti yang kau dah buat pada aku suatu ketika dahulu.
Last edited by misssakura on 12-11-2012 02:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:18 PM | Show all posts
nak lagi sakura

sbb x sabar nak tahu apa dendam kesumat si aliff nie
Last edited by fatehana on 12-11-2012 02:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 02:21 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-11-2012 02:18 PM
nak lagi sakura

ini je yg termampu hari ni... nk g smbung mengarang
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:22 PM | Show all posts
misssakura posted on 12-11-2012 02:21 PM
ini je yg termampu hari ni... nk g smbung mengarang

yealah gie mengarang
ana ttp setia menunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 07:26 AM | Show all posts
10 tahun yang lepas

Shazrina melangkah laju menuju ke tandas perempuan yang terletak dihujung blok tingkatan 5. Kalau tidak memikirkan perutnya yang terlalu memulas pasti dia tidak akan ke tandas. Sayang rasanya untuk meninggalkan kelas disaat guru sedang memberi ilmu. Pasti banyak maklumat yang tertinggal.. tapi dia sudah tidak mampu bertahan...wajahnya sudah biru malah kakinya sudah menggigil memberi tanda yang dia perlu segera memuntahkan segala isi perut.

Hampir 10 minit melepaskan hajat ditandas,Shazrina keluar dengan perasaan lega. namun secara tak sengaja dia terserempak dengan seorang pelajar lelaki ketika sedang mendaki tangga. Apabila dia ke kanan lelaki itu turut ke kanan, bila dia ke kiri lelaki itu itu turut serta. Akhirnya Shazrina berhenti dan berdiri tegak betul-betul dihadapan lelaki itu. Jejaka itu turut mengikut rentaknya. Wajah pelajar itu dipandang lama. Lelaki itu berbadan kurus tinggi, berkulit cerah, berambut agak panjang bagi kategori pelajar, baju pula tidak diletakkan dengan kemas didalam seluar.

Shazrina boleh menganggak  lelaki yang berada didepannya kini adalah salah seorang pelajar yang bermasalah disekolahnya. Pandangan sinis dan jijik dihadiahkan kepada lelaki tersebut. Shazrina terbau asap rokok..mesti baru lepas merokok ni.. bisik hati Shazrina lagi.... dia mula meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan pelajar yang bermasalah itu. Geli, jijik dan takut mengadap wajah lelaki tersebut.

“eh awak....” suara garau memanggil Shazrina setelah Shazrina mula mengorak langkah untuk kekelasnya. Shazrina memusingkan badannya lalu mengadap pelajar tersebut. Muka bosan bercampur malas dihadiahkan kepada lelaki itu.

“kenapa?” soal Shazrina dengan nada agak jelik. Matanya memandang atas dan bawah pelajar nakal itu.  Jejaka itu nampak miskin dengan pakaiannya yang sangat selekeh.

“boleh berkenalan? Saya Aliff!” jawab Aliff dengan senyuman manis. Cukup menggoda pandangan gadis-gadis muda sebaya Shazrina. Tapi tidak Shazrina... wajah kacak Aliff belum cukup untuk menutup keselekehan, kebodohan dan segala kejijikan yang ada pada lelaki tersebut. Geli pula bila ditenung lama-lama. Tak ada class dia nak berkawan dengan golongan rendah seperti Aliff.

“maaf... saya tak berminat.”Tolak Shazrina sedikit bongkak. Sombongkah dia kalau dia menolak untuk berkenalan dengan lelaki  seperti Aliff? Miskin, semestinya bodoh kalau tak sudah pasti dia sudah mengenali jejaka ini dan yang penting mamat ini semestinya pelajar yang bermasalah di sekolah. Tengok pada gaya dan baunya pon Shazrina sudah tahu!

“ala nak berkenalan pon tak boleh... orang cantik dan pandai macam awak memang sombong ek?” kutukan dari Aliff yang menyakitkan telinga Shazrina membuatkan kesabaran gadis itu mula menipis. Matanya menjengil marah kearah Aliff...

“wow... wajah awak sekarang sangat buruk!” selaan dari Ariff buat hati Shazrina makin mendidih.

“so what?? Kalau wajah saya hodoh saya ada susahkan awak ke? Sebelum saya report kat cikgu disiplin awak merokok kat sekolah, baik awak blah dari pandangan saya.” ugut Shazrina geram.  Merah padam wajahnya merenung Aliff yang tersengih-sengih seolah-oleh mentertawakannya. Tangannya dikepal kuat demi menempias perasaan marah yang menebal.

“awak ada bukti ke saya merokok?Tak adakan!”

“apa yang tak ada...nafas awak tu pon saya tahu awak baru lepas merokok... tak ada guna cakap dengan orang tak betul macam awak ni... nasihat saya, pergi masuk kelas sekarang!” marah Shazrina lagi. kali ini dia tidak lagi berdiri dihadapan Aliff.. menyakitkan hatinya sahaja. Dia terus mara ke kelasnya memikirkan sudah terlalu lama dia berada diluar kelas. Karang tak memasal dia di cop memonteng pula.
Last edited by misssakura on 13-11-2012 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 09:51 AM | Show all posts
Beng: eh, awak....

Misssakura: Kenapa?

Beng: Boleh....

MissSakura: Maaf saya tak berminat!

Beng: Uwekkk! Saya bukan nak berkenalan...orang tak abes ckp lagi...saya nak suruh tambah entry lagi. Uwekk!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 05:01 PM | Show all posts
jahat beng nie
suka sakat sakura
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 02:08 AM | Show all posts
saya suka cerita ni..x sabar tunggu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2012 06:53 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 13-11-2012 09:51 AM
Beng: eh, awak....

Misssakura: Kenapa?

amboi2... sodapnya berdialog bagai... nah n3 dh disambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 06:54 AM | Show all posts


“weh.... yang kau tersengih-sengih dari tadi ni kenapa? Cun sangat ke cikgu kita kat depan ni atau kau faham sangat apa yang cikgu ni membebel?” bisik Johan yang duduk disebelah Aliff... langsung tidak diendahkan pengajaran didepan... bosan!

“adalah... sibuk je nak tau...cubalah kau dengar apa yang cikgu Fatimah tu ajar...” balas Aliff meskipun dia sendiri tidak memberi sebarang focus dalam pengajaran sejarah. Bosan nak mampus. Dia masuk ke kelas pon atas nasihat dari gadis yang ditemui ditangga seketika tadi... cantik sungguh gadis itu... berbadan kurus tinggi, berwajah putih bersih, rambut panjang yang beralun, matanya bundar dan berhidung mancung! Siapalah gerangan gadis itu... pertama kali aku terbuai dengan kecantikan seorang perempuan.

“Aliff....” panggil cikgu Fatimah tatkala melihat pelajarnya itu merenung kosong papan putih dihadapan kelas.Tiada sebarang tindak balas yang diterima dari salah seorang pelajar nakal kelas 5 Perdagangan.

“Aliff...” jerkah cikgu Fatimah geram! Johan menyiku badan Aliff bagi menyedarkan temannya yang sedang lena dibuai angan-angan... padahal baru tadi dia suruh aku focus!

“kenapa?” soal Aliff dengan nada yang rendah. Tidak faham kenapa dia disiku oleh Johan.

“tu singa betina tu panggil kau....” jawab Johan selamba. Matanya kemudian beralih semula ke wajah cikgu Fatimah yang sudah masam mencuka. Aliff yang sedar suasana kelas yang tegang mula mengangkat punggung dan berdiri.

“awak dengar tak apa yang saya ajar?” tinggi suara cikgu Fatimah dengan matanya yang terbeliak besar. Buku teks sejarah yang dipegang dihempas ke meja guru untuk melepaskan rasa marah yang menebal dalam hatinya. Pelajar-pelajar lain semua diam tidak berkutik.Takut melihat amukan dari cikgu Fatimah yang sudah diketahui amat garang!

“dengar....” jawab Aliff pendek... kepalanya sedikit tertunduk dan badannya bergerak ke kiri ke kanan..wajah garang cikgu Fatimah tidak dipandang. Mukanya dibuat-buat bosan campur menyampah...

“apa yang cikgu ajar tadi?” sinis cikgu Fatimah menyoal.. sengaja mengenakan Aliff bagi memberi pengajaran kepada lelaki itu begitu juga pelajar lain. Aliff mendiamkan diri... tiada jawapan bagi pertanyaan cikgu Fatimah. Macam mana nak menjawab kalau dia langsung tidak memberi tumpuan sepanjang pengajaran seketika tadi... fikirannya penuh dengan wajah  gadis tangga yang ditemui seketika tadi...

“apa yang cikgu ajar tadi??”ulang cikgu Fatimah dengan nada yang lebih keras dan kuat. Matanya mencerlung kembali ke arah Aliff yang memandang kearah luar kelas mereka. Hatinya makin menggelegak melihat telatah Aliff yang seolah-olah tidak mengendahkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Kurang ajar!

“apa nak jadi dengan awak ni Aliff? Awak tahu tak bila SPM?” Soalan dari cikgu Fatimah dibalas dengan anggukan kecil dari Aliff. Dia tahu SPM tidak lama lagi dan dia sendiri tidak kisah tentang itu. Alah, orang bodoh macamnya kalau belajar sekarang pon belum tentu berjaya dalam SPM tu nanti...

“kalau awak tahu habis tu kenapa macam ni? dah la masuk kelas lambat. Kerja sekolah tak buat, buku teks tak bawak. Bila cikgu mengajar awak tak dengar... habis tu awak datang sekolah buat apa? Kenapa tak berhenti sekolah je?” bebel cikgu Fatimah. Dihampiri pelajarnya yang duduk ditempat paling belakang. Aliff menayang wajah bosan dan tak bersalah.

“kalau awak bosan sangat nak mengadap cikgu awak yang tua ni, awak boleh keluar sekarang. Cikgu alu-alukan awak berambus dari kelas cikgu!” arah cikgu Fatimah dengan suara yang keras. Namun tak dinafikan sedikit perasaan sebak menghiasi perasaan guru tua ini. melihat sikap anak muda yang sorang ini cukup buat dia rasa terkilan.. Aliff tanpa perasaan bersalah mengorak langkah lalu keluar dari kelas sejarah. Macam tak biasa kena halau keluar!

Last edited by misssakura on 14-11-2012 07:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 02:49 PM | Show all posts
Huhu...citer baru miss...mana sambungnya darling?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 09:21 PM | Show all posts
sellie003 posted on 14-11-2012 02:49 PM
Huhu...citer baru miss...mana sambungnya darling?...

citer bru tp bnyk lg jln citer x siap... x kencg sngt la skrg nk ltk n3. idea pon x berapa nk ade..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.157338 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list