CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 18-1-2013 11:48 AM | Show all posts
tq sakura....hhhmm mengharapkan keajaiban...hati shaz lembut kembali itupun sesudah farah ngan aliff buat pengakuan terbuka di depan mak ayah shaz....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 12:35 PM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 10:50 AM
hmm kayuh pelan2 la... mcm pnjang lg je citer tu.. tp x pe sakura akn selalu tunggu

Xpe...akan ada penamatnya jua...kalu muleh x nak ler panjg2...akak sebenarnya ada karg satu lg citer...tp nk tumpu yg saat ku kenal cinta tu dulu...ahaks..

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 01:50 PM | Show all posts
misssakura posted on 18-1-2013 10:12 AM
Shazrina menghempas kasar punggungnya diatas katil. Pelbagai perasaan meluap-luap disudut hatinya me ...

Miss....

Akak nangis baca bab nih...so touching...menghiris kalbu...harp2 shaz maafkn aje ler diorg...selagi tiada kemaafan itulh yg berlaku kat hati kita...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 09:40 AM | Show all posts
Aqil melabuhkan diri dihadapan Shazrina yang sedang tekun mengadap laptop. Mereka kini berada di perpustakaan memandangkan hanya kawasan ini sahaja mempunyai sambungan internet yang lebih pantas berbanding dikawasan lain dalam sekolah mereka.

“hai...tak ada kelas ke?” tegur Aqil sambil membuka laptop miliknya.

“ya Allah...” seru Shazrina perlahan. Dadanya diurut perlahan menandakan dirinya yang cukup terkejut dengan sapaan yang tidak semena dari Aqil.

“hish cikgu ni... tak reti nak bagi salam ke? Nasib baik saya ni tak de lemah jantung tau. Kalau tak..........”

“kalau tak dah lama saya golkan...” sambung Aqil dengan mesra. Dialog-dialog terkenal sebegitu memang sudah biasa mencecah ke halwa pendengarannya menerusi drama-drama melayu yang terpapar di kaca televisyen. Shazrina ketawa kecil namun diperlahankan memandang ada bebarapa orang lagi guru yang sibuk dengan hal masing-masing.

“dah buat salah tapi tak reti nak minta maaf.. pastu boleh pulak main-mainkan ayat kita.” Rajuk Shazrina namun bukannya serius. Sekadar bergurau. Semenjak peristiwa di majlis perkahwinan Mimi dan Izham, dia dan Aqil menjadi semakin rapat. Mereka kini boleh berbual banyak perkara.

“sorry...”mohon Aqil sambil membuat muka comel sambil ke dua belah tangannya disatukan dan diletak dihadapan muka. Matanya dikerdipkan beberapa kali untuk menarik perhatian Shazrina yang sememangnya sedang menatap wajahnya. Shazrina menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Aqil yang sebenarnya cukup menghiburkan hati. Pada pemerhatiannya Aqil seorang lelaki yang kategori cute,agak pemalu, suka mengusik dan sedikit manja.. jauh sungguh dengan sikap Aliff. Aliff? Kenapa aku mesti ingat dia waktu-waktu macam ni? Shazrina mengeluh sendiri apabila otaknya masih lagi mengingati bekas kekasih hati.

“cikgu ni... tak padan dengan umur. Macam budak-budak perangai.” Komen Shazrina selamba. Patutlah ramai peminat cikgu Aqil. Shazrina membuat kesimpulan setelah hampir sebulan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Aqil.

“laa tadi dia jugak yang suruh minta maaf.. Shaz buat apa tu?” Aqil mengubah topik yang lebih serius. Dia mendekatkan wajahnya pada skrin laptop milik Shazrina. Melihat apa yang sedang dibuat oleh gadis itu dengan begitu tekun.

“cari bahan nak buat handout... boleh jugak diorang buat nota tambahan. Tak de la depend 100 percent kat text book.” Ulas Shazrina sambil mengerling kearah wajah Aqil yang dirasakan terlalu hampir dengannya. Shazrina menjarakkan kedudukannya sedikit. Kurang selesa berada terlalu rapat dengan lelaki bukan mahramnya.

“Shaz janganlah suap sangat kat diorang tu... naik muak nanti budak-budak tu. Biar diorang usaha sendiri cari ilmu yang tak ada dalam buku teks.”

“saya bukan apa cikgu, kalau tak buat macam ni diorang tak akan cari punya maklumat lain. Lagi pon tak semua orang ada kemudahan untuk dapatkan bahan dari internet, buku rujukan atau apa-apa je la. Sekurang-kurangnya kalau buat macam ni boleh jugak bantu pelajar-pelajar yang tak mampu tu.” Shazrina mempertahankan pendapatnya. Dia tahu ada benarnya kata-kata Aqil tetapi untuk melaksanakannya agak sukar. Pelajar zaman sekarang kebanyakkannya malas berusaha lebih lagi-lagi apabila melibatkan perkara yang tidak menarik minat mereka.

“apa kata Shaz try buat quiz yang soalannya luar dari skop buku teks... macam contoh soalan yang melibatkan pendapat ke.. contoh-contoh ke... atleast diorang akan ada idea kenapa diaorang perlu tahu semua ni dan barulah ada usaha untuk mencari jawapan bagi soalan itu.. bagi saya lah Shaz, kadang-kadang kalau kita bagi nota sahaja pelajar kurang berminat. Entah baca entah tidak nota yang diberikan.” Bukanlah niat Aqil untuk berlagak pandai atau serba tahu namun dia sekadar mahu berkongsi pendapat dengan Shazrina. Melalui perkongsian idea,barulah sesuatu ilmu itu akan lebih berkembang dan segala kekurangan boleh dibaiki melalui cadangan dan pendapat orang lain. Shazrina berfikir sejenak..mengakui ada benarnya kata-kata Aqil.

“well memang saya fikir macam tu jugak cikgu. Tapi, cara saya pula saya akan beri dulu handout ni dan beri masa diorang study dan faham dulu. Then, next time saya akan berikan quiz yang meliputi perkara yang ada dalam handout dan buku teks pula.” Terang Shazrina lembut. senyuman mesra dititipkan saat matanya dan mata Aqil bertembung.

“owh gitu ke... cakap la awal-awal. Untung sekolah kita ada cikgu berdedikasi macam Shaz ni.” usik Aqil dengan sengihan nakal.

“ish cikgu ni... baru tahu ke? Lambat betul la...” gurau Shazrina pula. Mereka sama-sama tergelak akhirnya. Terasa jurang hubungan antara mereka semakin mengecil. Dalam diam Aqil tersenyum senang melihat kemesraan yang terjalin antara dia dan Shazrina.

Last edited by misssakura on 21-1-2013 09:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 09:47 AM | Show all posts
“Shaz....kalau saya tanya sesuatu boleh?” Aqil memecahkan kesunyian diantara mereka. Setelah hampir 15 minit membisu dan membuat kerja masing-masing, akhirnya Aqil mula mendapat kekuatan untuk membicarakan sesuatu yang bakal mengubah hala tuju hubungan dia dan Shazrina.

“hmmmm?” kerutan jelas terpamer pada dahi Shazrina. Matanya menyorot kearah Aqil yang berada disebelahnya. Aqil menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara. Wajah Shazrina ditenung dengan mimik muka yang serius.

“Shaz dah ada kekasih?” soal Aqil dalam satu lafaz... fuh keluar juga soalan yang agak memalukan itu dari mulut Aqil. Shazrina memandang pelik kearah Aqil.. dahinya kembali berlapis.

“kenapa cikgu tanya macam tu?” Shazrina main tarik tali. Namun perasaan tidak senang mula menapak di sanubari. Dia tidak gemar berbincang soal hati dan perasaan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“sebab saya sukakan Shaz... Shaz tak ada boyfriendkan...” Aqil mengakui perasaannya. Wajahnya masih lagi serius menatap Shazrina yang kelihatan terkesima dengan jawapannya.

“hah?? Cikgu janganlah gurau benda-benda macam ni.”

“muka saya macam bergurau ke Shaz? Saya serius sukakan awak... saya cintakan awak...sebab tu saya tanya awak dah ada kekasih ke belum? Kalau tak ada sudikah awak terima cinta saya?” luah Aqil dengan riak yang tenang.. namun jauh disudut hatinya getaran jantung cukup hebat dirasa. Shazrina terkebil-kebil dengan luahan perasaan dari Aqil yang dia tidak pasti ikhlas atau tidak. Aqil sering sahaja bergurau dengannya dan tak mustahil untuk kali ini lelaki ini sekadar mengusiknya. Dipandang sekeliling supaya tiada siapa mendengar perbualan mereka yang agak peribadi.

“maafkan saya cikgu tapi kita ni kawan sekerja dan saya sangat hormatkan cikgu sebagai senior saya... jadi saya rasa tak patut kita bercakap mahu pun bergurau pasal perkara macam ni...” balas Shazrina setelah hampir seminit mendiamkan diri..wajahnya mula merintik merah menahan malu apabila dia dan Aqil berbincang tentang soal hati dan perasaan.

“kenapa kita tak boleh cakap tentang perkara ni Shaz? Salah ke hubungan kita sebagai rakan sekerja untuk bincang pasal hati dan perasaan? Saya ikhlas dengan kata-kata tadi dan saya ulang sekali lagi saya cintakan awak.. saya betul-betul sayangkan awak, Shaz...”

“tapi cikgu tahukan saya dah ada boyf.....” belum habis lagi kata-kata Shazrina, Aqil sudah pon memotong ayatnya.

“Shaz dah putuskan dengan dia? saya tahu Shaz dengan dia dah tak bersama.. jadi tak salah kalau Shaz terima saya sebagai kekasih..”

“macam mana cikgu tahu saya dah putus dengan Aliff?” soal Shazrina pelik. setahunya tiada siapa pon yang tahu tentang hubungan tak jadi antara dia dan Aliff melainkan Mimi dan Mimi bukanlah manusia yang suka membawa mulut.. habis tu macam mana Aqil tahu pasal ni?

“semua tu tak penting Shaz... tapi yang penting sekarang ni saya sukakan Shaz dan saya harap sangat Shaz dapat terima cinta saya...” ucap Aqil lagi... Shazrina menelan liur mendengar bicara dari Aqil. Tidak tahu bagaimana untuk menghadapi situasi sebegini kerana baginya semua ini terlalu mendadak....

“kringggggggggg.” Loceng berbunyi nyaring menandakan tibanya waktu pertukaran guru. Shazrina tersentak lalu dipandang jam tangan yang melilit kemas pada pergelangan tangannya.

“ermmm saya ada kelas cikgu... saya pergi dululah.” Mohon Shazrina sambil mengemas buku dan laptopnya. Dia bergegas meninggalkan Aqil yang masih menanti jawapan..Aqil menghantar pemergian Shazrina dengan keluhan berat. Rasa kecewa mula bertakhta dihati namun memikirkan itu baru percubaan pertama buat semangatnya kembali berkobar-kobar.

Last edited by misssakura on 21-1-2013 09:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 09:53 AM | Show all posts
Shazrina menghempaskan badannya di atas katil dengan perasaan yang berserabut...terngiang-ngiang bisikan cinta dari Aqil pada gegendang telinganya. Wajahnya diraup perlahan untuk mencari sumber ketenangan. Shazrina merengus perlahan. Kalau ditanya pada hati sememangnya tiada cinta buat Aqil.. mana mungkin cintanya begitu mudah beralih arah. Hatinya masih lagi dalam mood berkabung setelah menemui kegagalan dalam episod cinta antara dia dan Aliff. Lamunan Shazrina pecah berkecai apabila telinga menangkap bunyi henset yang diletakkan disebelahnya. Shazrina pantas mencapai telefon tersebut dan menatapnya lama.

‘cikgu Aqil’ desis hati Shazrina setelah membaca sepotong nama yang muncul didada skrin telefon bimbitnya. Panggilan yang diterima tidak disambut. Dia belum lagi bersedia untuk menghadapi Aqil. Setelah beberapa minit berlalu sekali lagi telefonnya mengalunkan lagu kau yang terindah nyanyian Alyah. Shazrina melihat lagi skrin yang terdapat pada telefonnya.

‘cikgu Aqil lagi.. apa mamat ni nak?” bebel Shazrina sendiri.. panggilan itu juga mendapat nasib yang sama seperti panggilan sebelumnya. Henset itu diletakkan semula disebelah.. nyanyian Alyah terhenti sekali lagi.

‘apa lagi masalah cikgu Aqil ni.......” bisik Shazrina yang mula rimas dengan bunyi bingit telefonnya yang tidak henti-henti berdering. Kali ini masuk kali ke tiga Aqil menelefonnya. Dicapai telefon itu dan ditekan punat hijau.. mungkin Aqil ada hal mustahak untuk dibincangkan dengannya.

“Assalamualaikum cikgu Aqil.. kenapa?” sapa Shazrina nak tak nak sahaja. Badannya yang asal terbaring mula bingkas bangun untuk mendapat keselesaan ketika melayan panggilan dari Aqil.

“waalaikummussalam...saya Aliff.. bukan cikgu Aqil!” terpancul suara garau yang amat familiar pada halwa telinga Shazrina. Shazrina tertelan air liur mendengar suara Aliff yang kedengaran dicorong telefon. Pantas skrin telefon dipandang semula. yer! Memang Aliff yang menelefonnya. Itulah pandai-pandai jawab call tanpa tengok nama pemanggil... bebel hati Shazrina.

“Shaz..dengar dulu apa yang saya nak cakap...” luah Aliff disaat Shazrina berura-ura mahu memutuskan panggilan. Shazrina tersentak.. macam tahu-tahu je Aliff yang dia tidak ingin bercakap dengan jejaka itu.. Shazrina tidak jadi memutuskan talian. Suasana bisu mula menguasai diri mereka.

“Shaz... tolong dengar apa yang saya nak cakap... saya minta maaf sangat-sangat dengan apa yang dah saya buat terhadap awak sebelum ni. saya tahu saya silap kerana dah malukan awak dan keluarga dan saya tahu saya memang tak layak untuk mohon kemaafan dari awak... tapi saya betul-betul dah menyesal sekarang. Saya memang tak ada niat pon untuk lukai hati awak..” luah Aliff bersungguh-sungguh. Shazrina dihujung talian mendiamkan diri namun bagi Aliff itu sudah cukup baik. sekurang-kurangnya Shazrina masih mahu mendengar luahan hatinya.

“saya cintakan awak Shaz... walaupun agak terlambat untuk saya luahkan perasaan ini tetapi saya tetap nak beritahu yang saya sayangkan awak. Sayang sangat-sangat..”

“kalau awak sayang kenapa tak datang masa majlis hari tu? Kenapa awak sanggup nak malukan saya dan keluarga?” desis Shazrina bersama perasaan sebak yang menebal. Matanya mula kabur menahan air mata daripada melimpah.

“sebab saya bodoh.. saya berdendam dengan apa yang tiada.. saya sangka awak pernah hina emak saya, hina saya kerana saya anak penagih dadah.. tapi rupanya tidak. Itu semua salah Farah yang pandai-pandai bawak cerita tak betul. Malah ada seorang pelajar beritahu saya awaklah orang menyebarkan tentang saya anak penagih dadah. Itu yang buat saya marah sangat... tapi sekarang saya sedar semua tu bukan salah awak.. semuanya salah Farah yang nak pisahkan kita berdua.” Jelas Aliff perlahan. Berharap dengan penerangannya ini hati Shazrina akan lembut untuk memaafkan kesilapannya.

“kenapa awak masih nak salahkan Farah? Siapa yang salah kerana tak hadir majlis bertunang hari tu? Farah ke? Sebenarnya semua ni salah awak Aliff... awak yang tidak percayakan saya! kalau awak betul percayakan saya awak pasti tak akan mudah terpengaruh dengan fitnah Farah.. dan kalau awak betul cintakan saya, awak akan siasat dulu semua ni.. bukan main terima bulat-bulat je..” balas Shazrina yang sudah mula teresak-esak. Aliff meraup mukanya perlahan. Rasa sebak turut menjerut hatinya. Memang dia tahu ini semua silapnya. Kesilapannya yang tidak pernah kenal hati budi Shazrina selama ini.

“macam mana saya tak percayakan kata-kata Farah sedangkan memang awak pernah layan saya dengan teruk dulu Shaz... awak sendiri yang selalu hina saya kerana saya miskin, selekeh, bodoh dan jahat.. awak sendiri pernah kata saya tak layak untuk berkawan dengan awak kerana kita tak setaraf... dan bila Farah buat cerita macam tu apa awak ingat senang ke untuk saya tak percaya fitnah tu?”

“jadi sekarang awak nak salahkan saya pulak? Awak nak tuduh sikap saya yang buruk tu dulu yang menyebabkan awak buat macam ni? kat mana otak awak Aliff? Kalau betul awak tak layak untuk berkawan dengan saya buat apa saya terima cinta awak 10 tahun yang lepas? Buat apa saya nak berkawan dengan awak?” jerkah Shazrina kasar. Geram pula hatinya apabila Aliff memandai mahu meletakkan kesalahan dibahunya.

“bukan macam tu maksud saya Shaz... saya cuma terangkan kenapa saya terlalu mudah percayakan kata-kata fitnah Farah.. dan sekarang saya tahu saya salah.. saya tahu saya silap kerana tak percayakan awak.. saya tahu salah saya yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa... maafkan saya Shaz.. saya benar-benar menyesal dengan apa yang dah berlaku.” Pujuk Aliff lembut.. Shazrina diam membisu... yang kedengaran kini hanyalah helaan nafas turun dan naik.

“kalau awak jadi saya, adakah awak akan maafkan saya?” Tanya Shazrina mudah. Tanpa menunggu lama talian dimatikan. Dia tidak betah untuk bersembang dengan Aliff lebihl ama.. dia takut dirinya terlalu mudah termakan pujukan lelaki itu. Baginya cukup sekali Aliff melukai hatinya dan penyesalan yang Aliff rasakan kini tiada makna lagi kerana rasa malu yang ditanggung dia sekeluarga tetap tidak dapat dipadamkan. Malah kerana sikap Aliff itu buat dia sudah hilang kepercayaan terhadap lelaki itu lagi. Aliff ditalian sana mengeluh lemah.. dia faham perasaan Shazrina yang sukar untuk memaafkannya dengan apa yang telah berlaku.

Last edited by misssakura on 21-1-2013 10:03 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2013 10:04 AM | Show all posts
Shazrina terintai-intai pintu masuk bilik guru yang tertutup rapat. Nafasnya dilepaskan perlahan apabila tiada sesiapa yang menjengah masuk. Meja Aqil masih lagi kosong menandakan jejaka itu mempunyai kelas pada waktu ini. Cepat-cepat Shazrina mencapai semua pekakas untuk digunakan ketika kelas yang bakal berlangsung lagi 30 minit lalu dikumpulkan setempat.

“kau kenapa tergopoh-gapah semacam je aku tengok? Kejar masa ke? Rasanya kelas kau pukul 9 kan.” Tegur Mimi yang berada dimejanya. Meja Shazrina dan Mimi tidak jauh, hanya sebelah menyebelah sahaja. Shazrina cepat-cepat mara kearah Mimi dan  menekup mulut wanita itu supaya tidak bercakap terlalu kuat. Takut sikapnya yang aneh diketahui umum.

“kau kenapa?” soal Mimi lagi sambil menepis tangan Shazrina yang melekap pada mulutnya. Sesak nafas aku!

“shuhhh...”Shazrina membuat isyarat jari ke mulut... dia tidak mahu Mimi kecoh-kecoh tentang kehadirannya saat ini. Mimi mengerutkan dahinya.. pelik dengan sikap Shazrina yang misteri.

“kenapa?” bisik Mimi perlahan pada cuping telinga Shazrina yang berada disebalik tudung yang dipakai.

“nanti aku citer kat kau...”

“kau nak pergi mana sekarang?”desis Mimi lagi.

“aku nak masuk makmal kimia.. nak bertapa kat sana... apa-apa hal kau pergi jumpa aku kat sanalah. Tak pon mesej je.” Ujar Shazrina lagi sambil mengambil segala keperluannya untuk dibawa ke makmal kimia.

“okey okey... jangan lupa citer kat aku nanti.. dah pergi sekarang.” Arah Mimi perlahan. Shazrina mengangguk dan bergerak pantas untuk ke makmal Kimia.



“bukk...” Shazrina terlanggar seseorang ketika dirinya sedang kalut melarikan diri daripada terserempak dengan Aqil. Barang-barang yang digunakan untuk mengajar terjatuh menghempap lantai.

“sorry cikgu.................” kata-kata Shazrina tergantung apabila wajah Aqil terbentang pada penglihatannya. Gluppp! Air liur ditelan laju. Degupan jantung Shazrina menjadi semakin pantas.

“cikgu Aqil....” sambung Shazrina dengan senyuman terpaksa... aduiii apesal aku mesti langgar mamat ni...

“Shaz nak kemana kelam kabut sangat ni?” soal Aqil sambil membantu mengutip buku-buku yang bertaburan dilantai.

“erm..erm saya nak ke toilet...” tergagap-gagap Shazrina menipu. Takkan dia mahu memberitahu sarang persembunyiannya. Aqil memandang aneh dengan jawapan yang terpancul dari mulut Shazrina.

“pergi toilet bawak buku ni semua?” Tanya Aliff bagaikan tidak percaya. Matanya memandang wajah Shazrina yang kelihatan kalut semacam.

“tak... ermm maksud saya on the way nak pergi kelas tapi nak singgah toilet dulu..” jawab Shazrina tanpa memandang wajah Aqil yang sedang membantu mengutip barang-barangnya. Dirinya teramat malu lagi segan untuk menatap wajah Aqil.

“nah...” Aqil memberi buku-buku yang dikutip sebentar tadi. Shazrina mengambil tanpa banyak songeh.

“terima kasih cikgu... saya pergi dululah..” minta Shazrina dan mahu cepat-cepat beredar meninggalkan Aqil yang masih lagi terpacak di tempat pelanggaran mereka.

“Shaz....” panggil Aqil perlahan.. langkah Shazrina yang tergesa-gesa mahu meninggalkan Aqil terhenti. Aqil meluru menghampiri Shazrina yang tidak memalingkan wajah kearahnya.

“saya minta maaf...” ucap Aqil tenang. Dipandang wajah Shazrina yang kini berada didepannya.

“kenapa?”

“saya tahu luahan perasaan saya semalam buat awak jadi macam ni... saya tak patut buat Shaz terkejut sampai takut-takut nak jumpa saya sekarang. Tetapi percayalah apa yang saya cakap semalam datangnya dari hati yang betul-betul ikhlas. Saya tak main-main apabila melibatkan perasaan.” Luah Aqil lembut. Shazrina diam tak berkutik malah wajahnya langsung tidak diangkat untuk membalas pandang wajah cikgu Aqil. Malu dan segan itu sahaja yang bertakhta dihatinya saat ini.

“jadi Shaz tak payahlah nak mengelak daripada saya... walau apa pon kita tetap mengajar disekolah yang sama.. kalau hari ni kita tak terserempak esok lusa pasti akan terserempak juga. Jadi tak payahlah Shaz nak larikan diri.. pasal perasaan saya tu, saya tak akan paksa Shaz terima saya sekarang tetapi saya akan terus berusaha untuk dapatkan cinta daripada Shaz...” jelas Aqil lagi. Shazrina mendongak untuk memandang wajah Aqil yang tersengih kearahnya.

“saya minta maaf cikgu tapi saya terpaksa menolak perasaan cikgu tu.. saya tak bersedia lagi untuk mencari cinta baru. Saya harap cikgu faham.” Jawab Shazrina akhirnya.

“saya akan usahakan sampai suatu hari nanti Shaz sudi terima cinta saya... dan buat masa ni kita berkawan macam biasa je. Boleh?” minta Aqil pula.

“ cikgu... tak payah la tunggu saya.. saya tak nak bagi cikgu harapan palsu. Saya betul-betul tak ada hati nak bercinta semula sekarang ni.” Shazrina kurang senang apabila melihat Aqil tetap berkeras dengan keputusannya. Dia sendiri tidak pasti bila lagi hatinya akan terbuka untuk bercinta lagi sedangkan perasaan cinta terhadap Aliff belum pon berjaya dilupuskan.

“it’s okey Shaz... kalau nakkan sesuatu mesti kena ada pengorbanankan... Shaz tak payah nak berat-berat kan kepala fikir pasal perkara ni.. sekarang apa Shaz perlu buat ialah layan saya macam biasa.. buat macam Shaz tak pernah dengar pon luahan dari hati saya.. boleh?”

“hmmm.....baiklah.” Shazrina menyatakan persetujuannya walaupun jauh disudut hatinya tidak mahu melakukan semua ini. tapi apa boleh buat, Aqil tetap berkeras dan dia tiada hak untuk melarang Aqil dari membuat semua itu. Lagi pon Aqil bukanlah meminta dia untuk menerima cintanya... jadi dia tidak perlu terlalu pening kepala dengan memikirkan perkara ini.

Last edited by misssakura on 21-1-2013 10:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 10:07 AM | Show all posts
so touching....sedihnya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 11:46 AM | Show all posts
shaz berada di persimpangan anatara 2 A
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 10:22 AM | Show all posts
blh x fazss nak aqil khwn ngan shaz....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:38 PM | Show all posts
fatehana posted on 21-1-2013 11:46 AM
shaz berada di persimpangan anatara 2 A

2a: azwan ali atau aaron aziz..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:39 PM | Show all posts
fazss posted on 22-1-2013 10:22 AM
blh x fazss nak aqil khwn ngan shaz....

kalo ade jodoh ade lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:40 PM | Show all posts
Farah menolak pintu pejabat restoren Cake House.. dia melangkah laju menghampiri meja Suzana yang merangkap setiausaha Aliff.

“hai...Aliff ada?” sapa Farah ramah.. Suzana yang sedang menaip sesuatu dokumen sedikit tersentak dengan sapaan mengejut dari Farah.

“eh cik Farah... encik Aliff ada. Masuklah.” Suzana yang tidak tahu masalah yang melanda antara Aliff dan Farah membenarkan Farah memasuki bilik Aliff.

“k..thank.” Ucap Farah dengan senyuman mesra. Langkah diatur ke bilik Aliff yang tidak jauh dari meja Suzana. Farah masuk kebilik tersebut setelah dibenarkan oleh Aliff. Aliff memandang kearah tetamu yang baru sahaja dijemput masuk. Perasaannya terus berkobar-kobar dengan rasa amarah apabila melihat kehadiran Farah.

“ada urusan apa kau datang sini?” soal Aliff sambil bingkas bangun dari kerusi. Langkah diatur menghampiri Farah dengan riak mencuka.

“saya datang nak mengakui kesalahan yang saya dah buat pada awak dan Shaz...saya juga sedar yang saya silap kerana sesuka hati membuat fitnah tentang Shaz sehingga korang berdua bergaduh besar macam ni.” luah Farah... wajahnya cukup jelas dengan rasa bersalah atas sikapnya yang mementingkan diri sendiri.

“dah habiskan... ke ada lagi kau nak cakap apa-apa?” sinis Aliff menyoal.

“Aliff...saya minta maaf tentang semua ni... saya..”

“kalo kau minta maaf, Shaz akan terima aku semula ke?” Tanya Aliff lagi.. buat hati Farah makin pedih bagaikan disiat dengan belati tajam. Beberapa titik air mata mula merembes lalu jatuh menuruni pipinya.

“Aliff. Saya tahu salah saya yang dah pisahkan awak dan Shaz...”

“apa gunanya kalau kau tahu semua tu sekarang Farah? tak ada gunanya dah.. kau tak payah nak bazirkan air liur bercakap panjang lebar depan aku sebab aku sampai ke mati tak akan percayakan kau lagi... dan sekarang kau boleh pergi. Jangan muncul lagi kat restoren aku!” keras suara Aliff memarahi bekas sahabat baiknya. Badannya yang tadi mengadap wajah Farah di palingkan ke belakang. Dia tidak berminat untuk meneruskan perbualan dengan manusia seperti Farah.

“Aliff...saya minta maaf sebab dah hancurkan kebahagiaan awak tapi tolonglah maafkan saya untuk kali ini.. beritahu apa yang saya boleh lakukan untuk dapat kemaafan dari awak.. tolonglah Aliff. Saya betul-betul dah insaf. Saya nak berubah..saya sangat menyesal dengan apa yang saya dah buat terhadap awak dan Shaz sebelum ni..”

“kau tak payah buat apa-apa Farah sebab aku memang tak akan maafkan orang macam kau.. aku tak sangka orang yang paling aku percaya boleh buat aku macam ni...sekarang kau keluar dan jangan datang lagi pejabat aku.” arah Aliff dengan nada yang lebih rendah berbanding sebelum ini. langsung wajahnya tidak dipalingkan untuk bercakap dengan Farah yang sudah terduduk menangis demi merayu kemaafan darinya. Entah betul entah tidak gadis ini ikhlas dalam setiap tutur katanya..entah-entah Farah masih ada agenda lain. Bukankah itu kemahiran Farah selama ini.. berlagak wanita teraniaya!



Last edited by misssakura on 23-1-2013 10:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:45 PM | Show all posts
Aliff terpacak dihadapan rumah bungalow dua tingkat dengan helaan nafas panjang. Sudah tiba masanya untuk dia memikul  segala tanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Dengan iringan doa dan selawat, Aliff menekan loceng yang terletak disebelah pagar untuk  menyedarkan penghuni rumah berkenaan tentang kehadirannya.

“Assalamualaikum........” Aliff memberi salam apabila kelibat mak Timah menjamah pandangan mata. Senyuman simpul diberikan kepada mak Timah yang terkedek-kedek menghampiri pintu pagar.

“Waalaikummussalam.... eh Aliff...” Mak Timah terperanjat besar dengan kehadiran Aliff sebagai tetamu rumah besar ini.

“ pak cik dan mak cik ada?” soal Aliff sopan.. Mak Timah menolak pintu pagar untuk membenarkan Aliff masuk ke dalam halaman rumah bungalow milik majikannya. Senyuman yang dilontarkan oleh Aliff langsung tidak dibalas mak Timah.

“tuan dan puan ada kat dalam... Aliff masuklah. Tapi tunggu kat luar je.. mak Timah panggilkan diorang.” Jawab mak Timah dengan riak tidak senang.. sebagai orang lama dirumah keluarga Shazrina, rasa benci terhadap Aliff kerana memalukan keluarga itu turut dirasai olehnya.

“okey...” mak Timah masuk semula kedalam rumah besar itu setelah mendengar balasan dari Aliff. Setelah hampir 5 minit berlalu terjengul wajah encik Tarmizi dan puan Rogayah.

“assalamualaikum pak cik, mak cik.” Sapa Aliff lembut sambil meluru kearah encik Tarmizi untuk bersalam-salaman. Namun, huluran tangan dari Aliff tidak diendahkan oleh encik Tarmizi malah tangan Aliff ditepis kasar. Ikut hati encik Tarmizi mahu sahaja Aliff diparangkan! Arang yang diconteng pada mukanya belum lagi hilang.. mana mungkin dia dan keluarganya sesenang hati mahu menerima Aliff kembali.

“tak payah nak bersalam-salam.. kau datang sini nak apa?” bentak encik Tarmizi sambil menyorot marah kearah Aliff. Aliff sudah dapat mengagak reaksi dari orang tua Shazrina. Siapa tak marah apabila dimalukan sebegitu rupa.

“ saya datang nak minta maaf dari pak cik dan mak cik...” ujar Aliff lambat-lambat. Dia tahu kesilapan yang dilakukan sukar untuk di maafkan. Namun padanlah dengan mukanya yang tidak bijak dalam berfikir dan bertindak. Inilah balasan yang setimpal untuk dirinya.

“kenapa pulak kau nak datang minta maaf ni Aliff? Mana layak pak cik dan mak cik nak terima maaf dari kamu tu.” Sela puan Rogayah pula. Meluat sungguh dia melihat wajah Aliff... lelaki ini bukan sahaja dah malu kan dia dan keluarga malah telah menghancur luluhkan hati anak daranya. Mana mungkin Aliff diberi layanan baik lagi. Aliff menelan liur.. sedikit sebanyak perasaan takut dan sedih menghimpit dirinya waktu ini.

“mak cik, pak cik... saya tahu saya salah. Saya tahu silap saya yang dah malukan keluarga pakcik dan mak cik... saya salah saya dah melukakan hati Shaz... sebab tu....”

“kalau kau dah tahu kau salah kenapa datang lagi rumah kami... tak malu ke?” tinggi suara encik Tarmizi memotong ayat Aliff.. dia dan isteri sudah dikira baik apabila sekadar melayan Aliff begini, kalau mak bapak orang lain pasti sudah lunyai Aliff dikerjakan.

“saya tahu saya salah pak cik... sebab tu saya datang untuk memohon kemaafan dari pak cik sekeluarga.. salah saya yang dah malukan pak cik, mak cik dan Shaz.” Mohon Aliff lagi.

“aku tak kira lah kau sedar ke tak sedar ke kesilapan kau tu tetapi yang aku tahu sekarang ni nasi dah jadi bubur... kau insaf macam mana pon malu yang keluarga aku tanggung tetap tak berubah. Dah kau sekarang berambus dari rumah aku.. tak hingin aku nak tengok muka kau lagi.. lepas ni kau jangan nak pandai-pandai contact Shaz lagi!” keras suara encik Tarmizi.

“mak Timah, Yah jom kita masuk... jangan dilayan manusia macam dia ni!” sambung encik Tarmizi lagi sambil menarik tangan isterinya untuk masuk kerumah mereka. Aliff mengeluh kecil dihadapan rumah keluarga Shazrina.
Last edited by misssakura on 23-1-2013 10:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:50 PM | Show all posts
Aliff mengeluh kasar setelah menapak di sofa yang terdapat di ruang tamu.. wajahnya yang muram diraup perlahan. Berat rasa bahunya memikul kesilapan yang telah dilakukan..

“dari mana ni Aliff?” tegur puan Aini sambil singgah disebelah anak terunanya. Wajah tidak keruan Aliff dipandang dengan renungan lembut.. jelas pada matanya melihat Aliff yang resah dan gelisah. Sejak dua menjak ini Aliff kelihatan kurang bermaya. Entah apa yang sudah berlaku terhadap anaknya yang sorang ini.

“dari rumah kawan mak...” jawab Aliff pendek. Wajah emaknya dipandang untuk mencari sumber ketenangan dan kekuatan. Nafas yang ditarik dihembus perlahan-lahan.

“Aliff ada masalah ke? Muram je mak tengok dua tiga menjak ni... kalau ada masalah cerita kat mak..” Tanya puan Aini sambil memegang lembut tangan anaknya.

“tak ada apa-apa lah mak....” dalih Aliff yang masih lagi cuba menyimpan segala masalah yang dipikul sendiri. buat apa melibatkan emaknya.. pasti emaknya amat kecewa sekiranya tahu apa yang dah dibuat.

“jangan tipu mak... mak bukan sehari dua kenal kamu... mak dah jaga kamu sejak kamu sebesar tangan mak ni jer.” gesa puan Aini. Wajah tidak keruan milik anaknya dipandang lagi. jelas di matanya Aliff kelihatan seperti mempunyai masalah yang berat. Naluri seorang ibu biasanya tidak menipu. Aliff mengambil pendekatan mendiamkan diri. dia serba salah untuk berkongsi masalah yang dialami dengan ibu tersayang.

“Aliff..............”seru puan Aini bagi menyedarkan Aliff yang sekadar menunduk bisu. Puan Aini mengeluh lemah.

“mak mungkin tak dapat bantu kamu tapi sekurang-kurangnya Aliff boleh lepaskan bebenan masalah dengan memberitahu mak masalah Aliff tu.. besar sangat ke masalah tu? Masalah restoren ke?” soal puan Aini lagi. matanya masih menyorot ke wajah anak terunanya mengharapkan balasan dari jejaka itu. Aliff masih sama seperti sebelumnya. Diam seribu bahasa. Puan Aini mengeluh perlahan. Berkecil hati dengan sikap anaknya yang sudah pandai berahsia. Selama ini Aliff tidak pernah begini.

“kalau Aliff tak nak cakap tak apalah.. mak tahu mak tak boleh tolong selesaikan masalah Aliff..” ujar puan Aini dengan rasa jauh hati. Dia bingkas bangun untuk meninggalkan anak terunanya yang masih termenung. Namun langkahnya terhenti apabila terasa satu genggaman erat melingkar lengannya. Aliff mara dan memeluk emaknya kejap. Beberapa titik air mata mula merembes apabila tangan emaknya menggosok belakangnya perlahan.

“nangislah kalau itu boleh buat Aliff tenang.” Pujuk puan Aini bagaikan memujuk anak kecil. Ahh Aliff masih anak kecil yang sentiasa mahu bermanja dengannya.

“Aliff minta maaf mak...” minta Aliff perlahan. Masih belum terhenti esakannya dibahu emaknya.

“tak pe mak faham... Aliff tak payah rasa bersalah yer nak.” Pujuk puan Aini sambil menggosok lembut belakang anaknya. Setelah hampir 5 minit berlalu Aliff mula bertenang..malu pula menangis di saat usia sudah mencecah 28 tahun. Menangis depan mak pulak tu! Aliff menarik nafas dalam sebelum membongkarkan satu persatu episod yang melanda hubungannya dan Shazrina didepan puan Aini.. jelas riak tidak percaya terukir diwajah tua itu.

Last edited by misssakura on 23-1-2013 10:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:55 PM | Show all posts
“astarfirullahalazim......”beristighfar panjang puan Aini mendengar cerita yang dibawa Aliff. Dadanya diurut perlahan untuk melegakan rasa sesak yang menjengah.

“ya Allah Aliff.. apa Aliff dah buat kat anak dara orang?” merintih pilu puan Aini sambil menepuk keras badan anaknya. Sungguh dia tak sangka anak yang dijaga, ditatang bagaikan minyak yang penuh tegar memalukan anak dara orang.

“Aliff sedar tak apa yang dah Aliff buat? Mak tak pernah ajar anak mak berdendam macam ni kat orang.. Aliff bukan saja dah malukan keluarga Shazrina tu malah Aliff dah malukan mak. Mesti orang ingat mak ni tak pandai ajar anak!” bebel puan Aini geram. Tangannya masih belum berhenti memukul badan Aliff yang tunduk sedari tadi. Rasa bersalah barangkali dengan perbuatannya.

“Aliff menyesal sangat mak... Aliff dah cuba minta maaf kat diorang tapi mereka semua tak boleh terima kesilapan Aliff..”

“macam mana diorang nak maafkan.. dah memang salah Aliff tu besar sangat.. kalo benda ni jadi kat mak pon memang mak tak akan maafkan Aliff. Mak tak kira esok Aliff bawak mak pergi jumpa keluarga Shazrina.” Arah puan Aini tegas. Tangannya yang tadi ligat memukul anaknya terhenti. Karang mati pulak budak Aliff ni kena pukul!

“mak nak buat apa? Tak payah la mak....” tolak Aliff.. dia sebolehnya tak nak melibatkan emaknya dalam hal ini. ini semua salahnya.. biar dia sendiri yang tanggung kesilapannya.

“mak nak pergi minta maaf kat diorang.. salah mak kerana tak ajar anak mak betul-betul.”

“mak...bukan salah mak.. ini semua salah Aliff.. mak tak payah masuk campur yer...”pujuk Aliff dengan perasaan sebak. Dia sedih apabila emaknya menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yang dah dilakukan. Memang dia anak yang tak guna!

“apa pulak tak payah masuk campur... perkara ini melibatkan keluarga. Mak tak kira kalau Aliff tak nak bawa mak pergi rumah Shazrina, mak sendiri akan pergi ke sana.” Putus puan Aini. Dia semestinya tak akan biarkan Aliff menanggung semua ini sendiri.. semuanya salah dia yang tidak cakna dengan tindakan anak sendiri. Memang patut dia ke sana untuk memohon kemaafan bagi pihak keluarganya.


Last edited by misssakura on 23-1-2013 10:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 10:59 PM | Show all posts
Puan Rogayah dan encik Tarmizi memandang kedua tetamunya dengan perasaan jelik dan marah. Langsung tetamu tak di undang itu tidak dijemput masuk kedalam rumah mereka..

“saya ni mak kepada Aliff... saya datang nak mohon kemaafan bagi pihak Aliff sebab dah malukan keluarga akak dan abang.” mohon puan Aini sesopan mungkin. Namun dari amatannya, dia yakin keluarga Shazrina amat membenci dia dan Aliff.Tapi, itu sudah lumrah. Mana mungkin mereka boleh terima Aliff dengan mudah setelah apa yang dah Aliff lakukan kepada anak dara mereka.

“puan,macam mana puan ajar anak puan? Tergamak mempermainkan anak kami... entah-entah puan pon sama-sama berkomplot dalam hal ni tak?” puan Rogayah berkata sinis.Dah nama anak beranak mesti sama je peel perangainya.. puan Rogayah memandang jelik kearah Aliff dan emaknya.

“makcik... kalau nak marah, marahkan saya jer... jangan nak tuduh mak saya... mak saya tak terlibat pon dalam semua hal ni. semua ni salah saya sorang jer.”Tegas Aliff. Memang dia akui dia silap namun dia tidak mungkin membiarkan orang lain sesenang hati menuduh yang bukan-bukan terhadap emaknya. Puan Aini menepuk bahu Aliff perlahan. Menyuruh anak terunanya itu diam. Biar dia sahaja yang berurusan dengan ibubapa Shazrina.

“yer memang salah saya yang tak pandai jaga anak... sampai apa yang anak saya buat pon saya tak tahu.. hari ini saya datang mohon dari akak dan abang untuk ampunkan kami sekeluarga. Cakap je apa yang nak kami lakukan untuk menebus kesalahan kami... saya dan Aliff sanggup buat apa saja untuk peroleh kemaafan dari pihak akak dan abang.” balas puan Aini sambil melutut lemah dihadapan puan Rogayah dan encik Tarmizi. Tersentak Aliff dan kedua ibubapa Shazrina melihat tingkah laku puan Aini yang drastik.

“mak...jangan macam ni.. ini semua salah Aliff.. mak tak salah.” Luah Aliff sambil memeluk erat emaknya yang melutut dihadapan puan Rogayah dan encik Tarmizi. Sama-sama dia melutut untuk memohon kemaafan dengan apa yang telah berlaku. Mula dua beranak itu teresak-esak.

“dah-dah jangan nak buat drama air mata kat sini... puan baliklah.. puan menangis air mata darah sekali pon maruah keluarga kami tetap hancur di tangan anak puan.. jiran-jiran semua dah mengumpat keji keluarga kami.. macam-macam tomahan yang Shazrina dapat kerana perangai anak puan.. puan fikir sendirilah macam mana perasaan kami kalau puan yang berada ditempat kami.” Suara puan Rogayah mula mendatar. Walaupun hatinya cukup bencikan Aliff sekeluarga namun melihat puan Aini yang sanggup melutut didepannya buat dirinya tidak senang. Lagi pon, dia dapat merasakan semua ini berlaku diluar kawalan puan Aini.

“akak...saya sanggup buat apa-apa untuk dapat kemaafan dari pihak akak. Akak beritahu je apa yang kami perlu lakukan..” rayu puan Aini lagi. walaupun lututnya sudah merasa lemah dan sakit namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk mendapatkan kemaafan dari keluarga Shazrina.

“tak payah buat apa-apa sebab kami tak terdaya nak maafkan keluarga puan...Aliff kau boleh bawak mak kau balik sekarang.. jangan datang lagi ke rumah kami!” arah encik Tarmizi pula. Makin kuat tangisan puan Aini mendengar arahan dari encik Tarmizi.. Aliff sedaya mungkin memujuk hati ibunya apatah lagi kerana dia, ibunya pula merana.

“pak cik, mak cik... maafkan saya.. saya betul-betul menyesal dengan apa yang dah saya lakukan.. saya sanggup buat apa saya untuk tebus kesilapan saya..”ujar Aliff untuk ke berapa kalinya. Dia tidak akan penat menuturkan dialog ini selagi kemaafan dari keluarga Shazrina belum diperolehi. Rayuan dari Aliff tidak diendahkan malah puan Rogayah dan suaminya meluru masuk kembali kedalam rumah mereka. Pintu ditutup rapat dan dikunci untuk membuktikan perbincangan telah tamat dan pendirian mereka yang tidak akan berubah.

Last edited by misssakura on 23-1-2013 11:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 11:04 PM | Show all posts
“Aliff....”tegur puan Aini ketika mereka anak beranak sedang menjamu selera... Aliff yang sememangnya tiada selera untuk meneruskan suapan mendongak kepala lalu memandang ibunya. wajah tua itu kelihatan muram semenjak pulang dari rumah Shazrina. Rasa bersalah dan terkilan bertebaran disudut hati Aliff.

“ye mak...” balas Aliff lembut.

“walau apa pon berlaku, mak nak Aliff mesti berusaha dapatkan semula kemaafan dari keluarga Shazrina.. memang salah kita yang dah buat mereka merana.”

“mak....jangan cakap macam tu.. ini semua salah Aliff. Mak tak payah nak salahkan diri mak dalam hal ni. salah Aliff yang terlalu berdendam.” Potong Aliff. Hatinya kian remuk apabila emaknya tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri kerana kesilapannya.

“Aliff.. kita ni sekeluarga. Mak patut sedar kalau Aliff ada buat sesuatu mahupun rancang sesuatu yang tak elok. Tapi mak tak sedar semua tu.. mak lalai dalam tanggungjawab mak.” Desis puan Aini yang mula sebak.. kolam matanya sudah dipenuhi air hangat yang hanya menanti masa untuk tumpah. Aliff mengetap bibirnya kuat.

“Aliff yang salah mak... Aliff dah besar dan Aliff patut fikir sendiri yang mana baik dan yang mana buruk.. tapi, apa yang Aliff dah buat sekarang? Malukan keluarga orang malah malukan mak sendiri.. Aliff yang silap mak..” ucap Aliff dengan suara yang bergetar. Makin di fikir makin resah hatinya. Sungguh dia menyesal dengan tindakannya yang terburu-buru.

“dah la tu Aliff.. benda dah lepas. Kalau kita bincang sampai minggu depan pon kenyataan ini tetap tak berubah.. tapi mak mintak lepas ni Aliff jangan buat lagi perkara-perkara macam ni... kalau ada masalah cerita kat mak.. kita fikir sama-sama jalan penyelesaiannya. Sekarang ni yang penting kita sama-sama dapatkan kembali kemaafan dari Shazrina dan keluarganya. Kalau diorang tak boleh maafkan kita, cuba buat sesuatu yang boleh membahagiakan mereka. Hati manusia ni tak keras mana pon Aliff. Mungkin hari ini mereka tak maafkan kita,esok-esok mungkin hati mereka terbuka.. mana kita tau kan..” pujuk puan Aini tenang. Wajah Aliff yang monyok dipandang dengan rasa kasih sayang. Kelihatan anak terunanya mengangguk kepala tanda setuju.

“dah...sekarang kita makan. Lepas ni kita buat solat sunat taubat. Mohon keampunan dari Allah S.W.T. atas kekhilafan kita.” Seru puan Aini lagi... Aliff mengangguk lagi dengan kata-kata emaknya yang sememangnya benar itu. Mereka menyambung sesi makan tengahari yang tergendala.   

Last edited by misssakura on 23-1-2013 11:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 11:09 PM | Show all posts
“budak Aliff tu sebenarnya ada baik jugakkan bang.” Terpancul satu kenyataan dari mulut puan Rogayah yang sedang menyapu losyen pada tangan dan lehernya. Dikerling wajah suaminya yang sedang membaca buku diatas katil.

“awak ni dah kenapa tetiba puji budak tu? Buat tebiat ke?” encik Tarmizi menunjukkan riak kurang senang. Pantang nama Aliff mencecah gegendang telinganya. Pasti ada rasa marah dan geram berputik di jiwanya.

“Saya bukan apa bang... tengok Aliff dengan mak dia tadi sedih jugak saya dibuatnya. Nampak Aliff tu sayang sangat kat mak dia.” ujar puan Rogayah lagi. kini dia sedang menyikat rambutnya yang agak menggerbang supaya kelihatan lebih terurus.

“mana ada anak tak sayang mak Yah oii... dah memang padanlah muka dia sebab buat perangai tak semenggah sangat. Pasal dia, emaknya tanggung malu. Kalau abanglah kat tempat emaknya tu, memang dah dihalaunya Aliff dari rumah. Memang tak mengaku anak dah.” Encik Tarmizi meluahkan rasa marah yang berkepuk-kepuk dihati. Wajah isterinya dipandang sekilas sebelum kembali mengadap buku Indahnya Hidup Bersyariat.

“entah-entah Aliff ada sebab tak buat macam tu kat kita?”

“memang la ada sebab... sebabnya adalah dia nak malukan kita sekeluarga. Itulah tujuan dia goda anak kita.” Tegas encik Tarmizi lagi. buku yang tadi dibaca dengan khusyuk ditutup kemas lalu diletakkan diatas rak yang terletak disebelah katil. Hilang tumpuannya untuk membaca apabila berbincang tentang Aliff sekeluarga.

“kalau betul dia punya rancangan nak malukan keluarga kita bang, tapi kenapa dia perlu datang minta maaf? Dia patut gembiralah kan misi dia dah tercapai. Tak gitu?”papa Shazrina kelihatan berfikir sejenak dengan bicara isterinya yang ada logik juga pada pemikirannya.

“mak dia yang suruh tak? Tengok pada gaya diorang tadi macam mak dia tak tahu menahu pasal rancangan pertunangan tu.” Encik Tarmizi membuat spekulasi. Puan Rogayah yang sudah selesai menguruskan wajahnya mara ke katil. Disandarkan badannya pada kepala katil lalu ditarik selimut menutupi separuh badannya.

“mungkin jugak... tapi, masa first time dia datang rumah kita mintak maaf tu emak dia tak ada datang pulak. Kalau betul emaknya rasa bersalah mesti awal-awal lagi dia datang rumah kita minta maafkan. Melainkan emak dia baru tahu hal ni.” ulas puan Rogayah pula. Dahinya berkerut-kerut memikirkan perkara sebenar yang meraka tidak tahu.

“awak tak tanya ke anak dara awak tu macam mana? Dia tak cerita ke kenapa Aliff tak datang masa bertunang hari tu?”

“dah berbuih mulut saya ni tanya bang.. bukannya Shaz tu nak cakap. Dia tu kan memang suka pendam perasaan sorang-sorang. Tapi....”

“tapi apa?” cepat-cepat encik Tarmizi memotong percakapan puan Rogayah. Rasa ingin tahu memekar dijiwanya.

“katanya Shaz hari tu, diorang ada salah faham sikit. Sebab tu Aliff tak datang bertunang. Pasal salah faham tu tak ada pulak dia cerita kat saya.” jelas puan Rogayah pula. Encik Tarmizi mengangguk-angguk kepalanya tanda mengerti. Segala info yang ada dicantum-cantumkan didalam benaknya. Hatinya dan isteri mula berbelah bagi. antara mahu meneruskan perasaan benci terhadap Aliff atau pun memaafkannya.

Last edited by misssakura on 23-1-2013 11:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 07:09 AM | Show all posts
misssakura posted on 23-1-2013 10:38 PM
2a: azwan ali atau aaron aziz..

mohtipppppppppppp azwana alia dan haron hajis pulak

aqil dan aliff hoccay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094670 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list