CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 16-11-2012 03:15 PM | Show all posts

Aliff meninjau-ninjau buku rujukan Matematik yang tersusun elok di dalam almari. Ada pelbagai jenis buku rujukan. Ada tingkatan 4 sahaja, ada tingkatan 5 sahaja dan ada juga campuran tingkatan 4 dan 5. Aliff mengambil dan meniliknya satu persatu. Dia mahu mencari bahan rujukan yang paling lengkap memandangkan buku teks tingkatan 4 sudah pon dihantar pada tahun lepas.

Aliff sedar  dan perasan ada beberapa mata memandangnya penuh aneh semenjak kakinya melangkah masuk ke dalam perut perpustakaan namun dia sedikit pon tidak menghiraukan pandangan tersebut. Apa diorang ingat perpustakaan ni hak milik mutlak diorang ke? Sedang enak dia menilik buku matematik sambil menyandarkan badannya yang tinggi lampai pada rak buku,seorang gadis yang sangat cantik rupawan tersilap langkah lalu melanggarnya. Semua buku yang dibawa jatuh menghempap kaki Aliff... terjerit juga Aliff waktu itu namun sempat dikawal suara... memalukan je menjerit macam perempuan!

“sorry....”minta Farah sambil mengutip semula buku rujukan matematik tambahan yang dibawa sebentar tadi. Badannya yang tinggi lampai kembali menatap wajah Aliff yang kelihatan berkerut menahan sakit dengan kesalahannya. Tak sengaja okey... lama ditenung wajah Aliff... lelaki yang menggilai teman baiknya..

“tak apa... tak sengaja kan..” balas Aliff perlahan. Cuba mengawal suara bagi menghormati situasi di dalam perpustakaan.

“Aliffkan?” tegur Farah walaupun hatinya memang mengenali jejaka didepannya kini. Hati dan perasaannya seolah-olah terbuai dengan kekacakkan yang ada pada Aliff... Cuma pemakaian Aliff yang selekeh itu sahaja agak memudarkan rupa parasnya yang tampan itu.

“yupp...glamour jugak saya kalau orang cantik macam awak boleh kenal... awak?” balas Aliff ramah. Giler ke apa tak nak beramah mesra dengan gadis cantik ni..gay atau pondan je yang tak pandang awek cun melecun macam nih. cantiknya mengalahkan gadis yang aku jumpa di tangga beberapa minggu yang lepas.

“saya Farah... kawan Shazrina.” Farah membalas pendek... senyuman manis menggula dihadiahkan buat Aliff yang merenung wajahnya.

“Shazrina?? Sapa?” soal Aliff bodoh... seriously dia tidak tahu siapa Shazrina. Pertama kali nama itu mencecah ke gegendang telinganya.

“jangan awak cakap awak tak tahu nama perempuan yang awak sibuk mengayat!” Farah seolah-olah tidak percaya dengan jawapan dari Aliff... Aliff mengerutkan dahi mendengar balasan dari Farah. Siapa pulak yang aku sibuk mengayat... macam mana pulak minah ni tahu awek mana aku sibuk mengayat. Namun terus wajah gadis tangga yang sering di kacau semenjak dua menjak ini muncul dibenaknya. Jangan kata dia ni kawan gadis tangga!

“awak budak kelas 5 sains 1? Kawan dengan perempuan yang rambut panjang beralun tu?”teka Aliff seolah-olah tidak percaya. Farah mengangguk perlahan. Mengiakan segala tekaan Aliff.

“apa nama dia tadi?” soal Aliff gembira... akhirnya tahu jugak aku nama perempuan tu... kalau tak asyik panggil gadis tangga aje. Satu perkembangan yang baik...

“Shazrina..” ulang Farah lagi. jawapan dari Farah membuahkan senyuman dari Aliff... terasa jurang antaranya dan Shazrina semakin pendek!
Last edited by misssakura on 16-11-2012 03:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 04:05 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-11-2012 03:09 PM
ooo... kekasih lama la ni

x sampai lg tahap kekasih sbb masa tue masih berhingus
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:06 PM | Show all posts
Aliff dah terbuai2 bila tahu nama shazrina, kelakar sungguh bila si aliff sibuk ngayat tp x tahu nama
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:39 PM | Show all posts
misssakura posted on 16-11-2012 10:06 AM
ye ke beng pandai masak ni..
avatar tu mmg yg belakon citer cinderella sister tu pon... beng pon  ...

eh ...beng mmg layan citer korea ni...tapi since tahun ni mmg tak sempat nak layan movies/dramas yg penuh satu harddisk tu...sibuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:41 PM | Show all posts
aliff....tak dapat rotan..akar pun berguna jua....amik je farah tu...heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 04:40 AM | Show all posts
Yayyy! Ade cerita baru!!!! Tq miss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2012 04:50 AM | Show all posts
misssakura posted on 12-11-2012 02:18 PM
Aliff termenung ditikar sejadah yang dihadapkan ke arah kiblat. Dia baru sahaja selesai menunaikan s ...

Apoooooooooo dendam kesumat ape ni?
Tapi hutang kasih dibayar kasih kan miss... Peaceeee!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 07:19 AM | Show all posts
khaizarina posted on 17-11-2012 04:40 AM
Yayyy! Ade cerita baru!!!! Tq miss

hi rina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2012 07:22 AM | Show all posts
“Shazrina.............”panggil Aliff manja... langkah Shazrina yang baru keluar dari bilik guru disekat. Di pandang wajah gadis itu penuh mesra... senyuman manis lagi menggula dihadiahkan istimewa buat Shazrina. Shazrina buat-buat tidak mendengar dan nampak kehadiran Aliff meskipon jejaka itu sudah terpacak didepannya kini. Dia mahu segera beredar dari situ sebelum mulutnya memuntahkan segala isi perut... geli dan jijik lagi memualkan bila melihat wajah Aliff.

“sombongnya....”sela Aliff sambil berjalan seiring dengan Shazrina. Waktu rehat begini sahaja dia ada masa terluang untuk mengayat Shazrina... kini, jadual hidupnya penuh dengan pelajaran. Misi yang dibuat perlu dicapai... dia tak mahu jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja.

“awak ni cantik tapi sombong sangatlah... orang nak berkenalan pon tak sudi... tak cukup kacak ke saya ni untuk berkawan dengan awak...” Aliff masih belum berputus asa mengganggu hidup Shazrina. Selagi Shazrina tidak memberi sebarang respon kepadanya, selagi itu hidup gadis ini akan diganggu... kalau ikutkan bukan lah dia suka sangat dengan Shazrina tetapi sikap Shazrina yang keras itu buat dia tidak mahu mengaku kalah...

selama ni mana ada perempuan menolak untuk berkawan dengannya. Shazrina berhenti mengejut lalu memusingkan badannya mengadap Aliff yang masih lagi tersenyum-senyum kearahnya. Matanya di bulatkan untuk menunjukkan dia tidak senang dengan kewujudan Aliff... jatuhlah imej aku berjalan dengan mamat sengal nih.

“awak bukan sahaja tak cukup kacak, malah awak tu tak cukup kaya, tak cukup cerdik dan tak cukup bersih untuk berkawan dengan saya... saya geli dan jijik lah nak berkawan dengan orang bodoh macam awak ni... pergi cari perempuan lain boleh?”maki Shazrina tanpa was-was... fuh bahagia rasanya dapat memaki hamun Aliff yang terasa dirinya terlalu hebat untuk digandingkan dengan dirinya ni!

“wow!! Hebat sangat ke awak sampai saya nak kena penuhkan kriteria tu semua untuk berkawan dengan awak?” soal Aliff seperti memperlekehkan kata-kata Shazrina yang baginya terlalu bongkak... giler berlagak minah ni.. jauh sangat dengan kawannya Farah yang baik dan lembut tu..

“of course la... saya ni anak doctor.. mak bapak saya dua-duanya doctor... saya ni best student kat sekolah ni dan saya juga cantik, bersih dan wangi... awak ada?Hei pergi tilik la muka awak tu dulu sebelum nak berkenalan dengan saya.” marah Shazrina namun masih sempat mengangkat diri. kembang kempis hidungnya memuji diri sendiri.

“yang doktornya mak bapak awak... awak tu pelajar je.. macam saya... so tak ada bezanya kita!”

“stop it! Jangan nak samakan saya dengan awak yang menjijikkan ni... saya tak hingin nak berada satu level dengan awak...” tinggi suara Shazrina... mual tekaknya apabila Aliff dengan selamba menyamakan dirinya dengan Aliff. Oh my god!

“awak ni perasan sangat ke apa sebenarnya...” kata-kata sinis dari Aliff buat darah Shazrina mula menggelegak...  dia kata aku perasan! Dia tu yang tak tilik muka betol-betol sekarang tuduh aku perasan pulak... tak guna!

“say what??” keras suara Shazrina bersama-sama matanya yang hampir tersembul keluar. Hilang rupa paras ayu lagi cantik!

“saya nak berkenalan je dengan awak... kenapa awak tolak macam saya ajak awak jadi girlfriend saya... saya nak kawan je dengan awak. Tak ada niat lain pon.. ke awak bajet saya nak tackle awak sekarang ni?” Bidas Aliff... sengaja dia berkata begitu.. dia suka melihat wajah marah Shazrina yang sungguh buruk sekali. Sekali-sekala mengusik pelajar pandai ni pon apa salahnya.

“hello...awak bukan je tak layak nak kawan dengan saya, nak lalu tepi  saya pon awak tak layak okey!! Buang masa je saya cakap dengan orang macam awak ni... jatuhkan standard saya je!” balas Shazrina. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Aliff yang sangat menyakitkan hatinya. Malu pon ada bila dituduh perasan! Ingat aku bodoh macam kau ke Aliff! Masa ni memang lah cakap nak kawan lama-lama karang kau ajak aku couple pulak..

“Shazrina...Shazrina...”jerit Aliff lantang sambil mengejar langkah Shazrina yang sudah meninggalkannya. Shazrina terpaksa berhenti melangkah memikirkan dirinya akan lebih malu apabila jantan seperti Aliff terpekik terlolong memanggil namanya. Menambahkan lagi kepopularan namanya yang sudah sedia popular.

“yer Aliff???” soal Shazrina dengan mata yang dibesarkan dan nada rendah yang dibuat-buat. Cuba menahan sabar yang sememangnya sangatlah menipis. Senipis kulit bawang!

“apa yang saya boleh buat untuk jadi kawan awak?” Aliff masih belum menyerah kalah. Shazrina rimas dan geram melihat sikap Aliff yang tak reti-reti mengalah. Dia tahu selagi dia tidak membuat sesuatu lelaki ini akan terus mengejarnya. Dipanjangkan sikit otak geniusnya demi memikirkan cara yang terbaik untuk menghentikan perangai gila Aliff.

“pastikan awak dapat nombor 1 dalam ujian OTI 2 ni... nombor 1 dalam kelas awak pon dah cukup!” balas Shazrina dengan senyuman sinis... dia yakin lelaki bodoh macam Aliff tak akan berjaya mendapatkan apa yang dia mahu...

“okey set! Jangan lupa janji awak yer Shazrina..” setuju Aliff tanpa banyak soal...meski pon ujian OTI 2 bakal tiba lagi satu minggu namun itu semua tidak mematahkan semangat dan keyakinan Aliff untuk berjaya... we will wait and see ya Shazrina.

Last edited by misssakura on 18-11-2012 07:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 07:32 AM | Show all posts
Shazrina membuat latihan Kimia yang merupakan mata pelajaran kegemarannya dengan tekun..tidak sedar masa sudah menginjak ke 11 malam. Dia perlu berjaya supaya tidak memalukan dan menghancurkan harapan ibubapanya. Dia tak nak digelar anak doktor yang bodoh... mak ayah doktor tapi anak bodoh tak boleh diajar...

Tiba-tiba sahaja mindanya teringatkan Aliff.. tersenyum sendiri dia. Penuh makna. Padan muka kau Aliff.. Kau belajar sampai kiamat pon kau tak akan dapat nombor 1... orang bodoh macam kau tak akan berjaya punya... bisik hati Shazrina yang cukup geli hati apabila memikirkan janji antara dia dan Aliff.

“tak tidur lagi Shaz?” sapa puan Rogayah sambil melabuhkan diri diatas katil anak tunggalnya. Dia dan suami baru pulang dari klinik.

“belum lagi mama... banyak lagi latihan tak siap.” Balas Shazrina lembut.

“belajar..belajar jugak Shaz... tapi kesihatan tu pon kena utamakan.... nanti bila SPM ilmu penuh didada tapi tak boleh buat jugak sebab tak sihat... mama tak nak la macam tu.. jangan tidur lambat sangat yer sayang..” nasihat puan Rogayah lembut.

“insyaAllah mama... kejap lagi Shaz tido... ni nak siapkan sikit je lagi kerja... papa mana? Dah tido ke mama?” Tanya Shazrina pula.

“papa mandi... penat kot. Hari ni banyak jugak orang datang klinik.. musim sakit agaknya..” jawab puan Rogayah perlahan.

“hmm...Shaz belajar la.. mama keluar dulu... tak nak kacau Shaz study... nanti makin lambat siap latihan.. lewat pulak anak mama ni tido karang. Good night sayang!”ucap puan Rogayah sambil mencium pipi anaknya lembut. Shazrina tersenyum manja kearah mamanya...

“good night mama... assalamualaikum.” Jawab Shazrina bersama salam. Senyuman mesra dihadiahkan kepada mamanya sebelum mamanya keluar dari biliknya. Latihan yang tertangguh disambung semula.

Last edited by misssakura on 18-11-2012 07:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:30 AM | Show all posts
sombong dan bongkak giler si shazrina nie, sure si Aliff akan dpt menepati apa yg shazrina syaratkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 07:20 PM | Show all posts
fatehana posted on 19-11-2012 10:30 AM
sombong dan bongkak giler si shazrina nie, sure si Aliff akan dpt menepati apa yg shazrina syaratkan ...

hehe... org sombong mcm ni mesti dpt balasan cukup2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 07:23 PM | Show all posts
Aliff mengulangkaji mata pelajaran agama Islam malam ini... banyak ilmu baru yang diperolehi. Sepatutnya ilmu agama begini bukanlah dihafal untuk peperiksaan sahaja tetapi dipraktikkan dalam kehidupan seharian. setelah membaca dan memahami sirah beberapa imam besar dalam Islam Aliff mula membuat latihan mengenainya. Cuba menguji kefahaman diri.

“tak tido lagi Aliff...” sapa puan Aini yang baru selesai urusannya di dapur.. dia hanya bergantung seratus peratus dengan hasil jualan kuih muih untuk menyara hidup dia dan Aliff. Sebab itu kalau boleh dia nak Aliff belajar bersungguh-sungguh. Ubah nasib hidup mereka sekeluarga.

“kejap lagi mak.... dah siap kerja mak kat dapur?” soal Aliff sambil mengerling kearah ibunya disisi. Dia meneruskan latihan yang sudah hampir disiapkan.

“dah...tinggal lagi kerja yang nak kena siapkan esok pagi... kukus mengukus tu esok pagi baru mak buat.” Terang puan Aini lembut. Dihampiri anaknya tunggalnya dan dilihat apa yang dibuat jejaka itu. Sejuk hatinya melihat perubahan besar yang dilakukan Aliff... anak terunanya nampak semakin serius dengan hidupnya. Digosok-gosok lembut kepala anaknya. Bertakung kolam matanya lalu melimpahkan mutiara yang tak ternilai mahalnya.

“mak...kenapa ni mak...” tegur Aliff apabila menyedari emaknya mula teresak-esak kecil disebelahnya. Dipaut bahu ibunya mesra... air mata wanita yang banyak berjasa dalam hidupnya disapu perlahan.

“mak gembira tengok anak mak dah banyak berubah... mak terharu sangat... doa mak selama ni Allah dah makbulkan.” Balas puan Aini lembut. tubir mata dikesat.

“mak...jangan macam ni... Aliff tak boleh la tengok mak sedih-sedih macam ni... Aliff tahu Aliff banyak menyusahkan mak... Aliff selalu malukan mak... Aliff buat perangai tak senonoh kat sekolah... mak pulak kena merayu sebab tak nak Aliff kena buang sekolah.... Aliff degil, malas belajar, selalu lawan cakap mak selama ni... Aliff tahu Aliff banyak buat mak sedih... Aliff janji lepas ni Aliff akan buat yang terbaik untuk mak... untuk kita... “ janji Aliff bersungguh-sungguh... hatinya tak betah melihat ibu tersayang menangis hiba begini walaupun dia sedar air mata itu adalah air mata kegembiraan.

“mak harap anak mak selalu dapat yang terbaik... dan mak selalu doakan yang terbaik untuk Aliff..” ujar puan Aini. Aliff mengangguk tanda memahami kata-kata ibunya. Dipeluk erat ibunya. Dalam dunia ni hanya ibunya sahaja yang dia ada dan tiada seorang pon boleh merampas takhta ibunya dihati.

Last edited by misssakura on 19-11-2012 07:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 07:29 PM | Show all posts
“kau buat janji macam tu?” ulang Farah seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya. Matanya menatap lama wajah temannya yang tersenyum penuh makna..mungkin berbangga dengan apa yang dilakukan kini.

“yup...biar padan muka dia tu!” balas Shazrina tenang.. langsung tidak merasa takut dengan janji yang telah dibuat.

“kau tak takut ke? Buatnya dia dapat nombor 1 tak memasal kau kena kawan dengan mamat tu...” Farah cuba menakut-nakutkan Shazrina.

“tak adanya dia dapat nombor 1 Farah... dia tu kan student paling bermasalah kat sekolah kita ni... student macam tu bukannya minat belajar pon... bodoh tu dah memang satu hal!” Shazrina membalas penuh yakin. Sempat lagi dia menghadiahkan Aliff satu kutukan... mustahil rancangannya yang genius ini gagal. Orang seperti Aliff tu tak akan berjaya punya.

“kalau dia berjaya macam mana? Kau tetap nak teruskan janji kau ni?” Farah masih was-was... risau pon ada.. bukan apa, dia sendiri dua tiga menjak ini sering terserempak dengan Aliff yang sibuk belajar di perpustakaan... lelaki itu kelihatan begitu bersemangat dalam menuntut ilmu. Bukankah itu satu petanda yang tidak baik kepada Shazrina. Shazrina terdiam seketika memikirkan kemungkinan yang diberitahu Farah. Ahh... tak mungkinlah. Bisik hatinya masih lagi yakin.

“dah kalau dia berjaya nak buat macam mana... kenalah tepati janji!” acuh tak acuh Shazrina menjawab... hatinya yakin lagi pasti Aliff tak akan berjaya mendapat nombor 1 dalam peperiksaan yang bakal menjengah lagi beberapa hari.

Last edited by misssakura on 19-11-2012 07:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 07:32 PM | Show all posts
Hari yang ditunggu sudah tiba... hati Shazrina berdebar-debar sendiri.. seiring dengan Farah, mereka menuju ke papan kenyataan untuk melihat keputusan peperiksaan OTI 2.. harap-harap kedudukannya sebagai pelajar terbaik tingkatan 5 masih utuh... sememangnya dia dan Farah bersaing antara satu sama lain dalam merebut gelaran pelajar terbaik. Shazrina membaca satu persatu keputusan yang terpapar pada papan kenyataan.

“keputusan kelas 5 sains 1.” Baca Shazrina dan Farah serentak...

“yes....i’m still the best.” Jerit Shazrina riang. Dipandang wajah tenang Farah disebelahnya.

“well...i already know about it..” balas Farah tenang... memang dia sukar untuk mengalahkan Shazrina dalam pelajaran. Ahh nombor 2 pon apa salahnya... bukan teruk sangat pon! Mata Shazrina dan Farah mula menuruni ke bawah... membaca keputusan yang seterusnya.

“keputusan keseluruhan tingkatan...” baca Shazrina dan Farah lagi...

“nombor 1 : Nur Shazrina binti Tarmizi...” Shazrina tersenyum meleret membaca namanya... alhamdullilah, aku masih pelajar terbaik tingkatan 5.

“nombor 2: Farah Syuhada binti Aiman.” Farah mengucap syukur didalam hati... Shazrina dan Farah sama-sama gembira dengan keputusan yang diperolehi... hasil penat dan lelah mereka menuntut ilmu selama ini.

“jom la kita masuk kelas...” Ajak Shazrina setelah puas menatap keputusan yang ada pada papan kenyataan tersebut. Farah sekadar mengangguk tanda setuju dengan ajakan temannya.

“Nur Shazrina binti Tarmizi...” panggil satu suara garau dibelakang Shazrina. Pantas Shazrina dan Farah memusingkan badan mereka yang baru berura-ura mahu meninggalkan sudut pengunguman pelajar tingkatan 5.

“Aliff...”seru Shazrina agak terkejut... tiba-tiba hatinya tidak keruan namun cepat-cepat distabilkan perasaan tidak enak yang menjelma. Baru teringat janjinya dan Aliff.. ahh mustahil Aliff berjaya menunaikan janji mereka... bisik hati Shazrina cukup yakin.

Last edited by misssakura on 19-11-2012 07:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:19 PM | Show all posts
Jeng,jeng,jeng........apa jadi ngan janji alif dan shazrina?....huhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 09:07 AM | Show all posts
misssakura posted on 19-11-2012 07:20 PM
hehe... org sombong mcm ni mesti dpt balasan cukup2

betul tue dan dah terbayang apa yg akan berlaku dan sebenarnya x sanggup nak tahu apa yg bakal berlaku pabila si sombong terkena balasannya namun klu xde pengajaran dia xkan belajar, kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:25 AM | Show all posts
Miss...mana sambungan? tak sabo nak tahu janji shazrina pd aliff....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 10:36 AM | Show all posts
“awak kena pegang pada janji yang dah dibuat...” Aliff mula bersuara setelah agak lama berpandangan dengan Shazrina... Farah yang seketika tadi ada bersama dengan Shazrina terlebih dahulu meminta izin untuk pergi... katanya tidak mahu masuk campur urusan perjanjian Shazrina dan Aliff. Shazrina menelan liur perlahan lalu menarik nafas panjang... dia kembali menatap papan kenyataan untuk melihat keputusan Aliff.

“awak kelas mana?” soal Shazrina... lupa pula dia apa kelas Aliff.

“5 Perdagangan.” Balas Aliff pendek. Aliff masih berdiri tegak disisi Shazrina. Sebenarnya dia sendiri masih belum lagi melihat keputusannya. Namun dia sangat berharap usaha gigihnya beberapa minggu ini tidak menghampakan dirinya. Bukan kerana Shazrina tetapi untuk dirinya dan emaknya! Shazrina menilik satu persatu nama yang terpapar pada papan kenyataan..

“ nombor 1: Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood. Awak nama apa?” soal Shazrina setelah selesai membaca nama Aliff... langsung tidak sedar nama yang disebut itu adalah nama Aliff.

“nama yang awak sebut tu la... Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood...” jawab Aliff dengan senyuman nipis... Alhamdullilah bisik hatinya syukur. Tak sia-sia usahanya beberapa minggu ini.. nampaknya dia tak sebodoh yang difikirkan.

“awak Aliff ni?” jerit Shazrina tidak percaya. Perasaan kalut dan risau mula menyerbu hatinya. Dipandang sekali lagi keputusan yang ada pada papan kenyataan tersebut. Mungkin silap pandangan matanya tadi! Tapi jawapan yang sama diperolehi. Satu rengusan kasar dilepaskan...

“jadi kita sekarang kawankan Shazrina...” Aliff berkata dengan senyuman sinis.. rasa bahagia mula menyelinap didalam hati. Tak sabar rasanya mahu dikhabarkan kejayaan yang diperolehi kepada ibu tersayang. Dia melihat pula keputusannya secara keseluruhan tingkatan 5.. nombor 50 dari 200 pelajar tingkatan 5. Wow!! Sangat menakjubkan... selama ini dia berada di nombor 180 dan ke atas sahaja!

Shazrina menahan perasaan marah yang meluap-luap didalam hatinya... mana mungkin Aliff pelajar paling nakal disekolahnya berjaya menyahut cabaran yang diberi... dia bergegas meninggalkan Aliff sendirian dengan langkah geram. Egonya betul-betul tercalar dengan kejayaan Aliff.

Last edited by misssakura on 20-11-2012 10:40 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 10:41 AM | Show all posts
“so macam mana?” soal Farah apabila Shazrina mula melabuhkan diri dikerusinya...kelas biologi bakal bermula sebentar lagi.

“macam mana apa?” Shazrina membalas malas... keputusan Aliff yang diterima hari ini agak mengganggu moodnya... tak boleh dia bayangkan untuk bersahabat dengan Aliff yang sangat menjijikkan baginya. Sikap Aliff yang kadang-kadang mencabar kesabarannya cukup merimaskan.

“kau dengan Aliff la... dia pass ke tak?” ungkit Farah... namun dia seolah-olah sudah mendapat jawapan apabila melihat sikap Shazrina yang berubah mood tiba-tiba!

“pass...” pendek sahaja jawapan dari Shazrina.. malas dia mahu mengulas lebih-lebih tentang kejayaan Aliff... menyakitkan hati saje.

“tu la kau... kan aku dah kata tak ada apa-apa yang mustahil... si Aliff yang kau selalu kutuk bodoh dan sebagainya dah berjaya sahut cabaran kau... ” sela Farah. Dipandang wajah Shazrina yang kelihatan moody.

“kalaulah aku tahu dia tak sebodoh yang aku fikirkan, semestinya aku bagi dia task yang lagi payah... eee menyesal betul aku... tak memasal dapat kawan baru!”Shazrina menumbuk-numbuk pehanya geram. Cuba diluahkan rasa marah yang tak terbendung dalam jiwanya! Entah apa nasibnya dapat kawan yang tak sekufu.

Last edited by misssakura on 20-11-2012 10:42 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 1.055368 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list