CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 28-11-2012 10:47 AM | Show all posts
Ketika Shazrina dan Farah tiba dipapan kenyataan pada waktu rehat kelihatan beberapa pelajar turut ada untuk melihat keputusan masing-masing.. terselit Aliff dari salah seorang pelajar berkenaan... lelaki itu kelihatan tidak sedar dengan kehadiran Shazrina dan Farah.

“dah tengok result macam mana?” tegur Shazrina sambil berdiri disebelah Aliff.. Aliff sedikit tesentak dengan sapaan tanpa salam. Kelihatan Farah turut serta berada disebelah Shazrina dan seperti biasa gadis itu menghadiahkan senyuman manis menggula kepadanya.

“belum...awak?” balas Aliff bersama soalan yang ringkas.. hatinya cukup berdebar-debar untuk mengetahui keputusan percubaan SPM.

“belum...”jawab Shazrina pendek.. sama-sama berdebar untuk melihat keputusan dia dan Aliff.

“jangan risau lah Aliff... mesti result awak okey punya...” Farah memberi kata semangat. Senyuman bertenaga dihadiahkan kepada Aliff agar lelaki itu lebih kuat.

“harap-haraplah...” Aliff mara ke papan kenyataan setelah tiada lagi pelajar menanti giliran untuk melihat keputusan. Aliff melihat satu persatu keputusan yang ada.. dilihat dahulu keputusan kelas 5 Perdagangan... alhamdullilah dia masih kekal nombor satu. Kemudian matanya beralih pula pada keputusan keseluruhan tingkatan 5...mencari satu persatu namanya...

“Shaz....” panggil Aliff lembut. Shazrina segera menghampiri Aliff lalu melihat apa yang ditunjukkan Aliff kepadanya.

“10. Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood...” baca Shazrina perlahan... matanya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.. digosok matanya berkali-kali untuk mengesahkan kebenaran apa yang dilihat..

“tahniah....” ucap Shazrina gembira.. dia tumpang senang dengan kejayaan Aliff yang cukup membanggakan.. hanya dengan 4 bulan sahaja Aliff berjaya membawa dirinya masuk dalam lingkungan pelajar terbaik sekolah.

“terima kasih....” balas Aliff gembira.. masih belum percaya yang dia mampu buat sebegini baik.. patutlah orang kata usaha tangga kejayaan.. kalau tak usaha memang tak tahu macam keputusan yang bakal diperolehi.

“awak kekasih sayakan....” tambah Aliff lagi sambil merenung dalam mata Shazrina..Shazrina mengangguk dengan senyuman mesra.. dua hati yang saling menyukai antara satu sama lain telah pon bersatu... supaya hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin meski pon masih awal untuk bincangkan perkara itu. Namun tanpa mereka sedar, Farah yang melihat babak cinta yang mula memekar menjeling penuh rasa marah dan dengki.. terasa tidak adil apabila Shazrina berjaya merebut cinta Aliff sedangkan dia mempunyai pakej yang lebih baik daripada Shazrina.

Last edited by misssakura on 28-11-2012 10:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2012 10:52 AM | Show all posts
“nah.....” hulur Aliff semasa dia dan Shazrina sama-sama menikmati hidangan pada waktu rehat... bilangan pelajar mulai berkurang di kantin apabila masa rehat tinggal lagi 10 minit. Shazrina teruja dengan pemberian dari Aliff.. meski pon tidak mahal tetapi asalkan datangnya dari Aliff buat hatinya gembira.

“apa ni...” soal Shazrina sekadar berbasa-basi. Cuba menutup perangai gelojoh meski pon dia sangat excited dengan barang yang diberikan oleh Aliff.

“awak tengok lah...” suruh Aliff. Beg kertas pemberian Aliff ditilik dan dikeluarkan sesuatu dari beg bekenaan.

“kek? Kek apa ni?”

“kek keju.. cubalah rasa.. sedap tak...” suruh Aliff lagi. Shazrina memotong kecil kek keju itu lalu dimasukkan kedalam mulutnya... hmmm... sedapnya. Lembut dan cukup rasanya.. apabila terkena lidah terus cair kek yang dimakan..

“sangat sedap... awak beli kat mana ni?” balas Shazrina dengan wajah yang berseri-seri. Kalo bab makan jarang wajahnya menjadi kelat... dia memang suka aktiviti makan-makan tetapi sayang dia tidak pandai memasak... kalau tak pasti dicuba semua resepi makanan yang ada didunia ini.

“beli? Saya yang buat kek tu.... okey?” jawapan dari Aliff yang selamba buat Shazrina terkejut... gila pandai mamat ni bab masak memasak.. patut dia marah benar kalau orang perlekehkan bidang masakan.

“ni bukan okey... sangat okey!!” puji Shazrina melambung-lambung.. bukan kerana Aliff kekasihnya tetapi kerana memang dia sukakan kek pemberian Aliff.. teramat sedap pada deria rasanya.

“iye la tu... pandai ek bodek..” usik Aliff.

“mana ada bodek... memang sedap pon... pandai awak buat.. memang boleh buka kedailah kalau dah macam ni..”

“amin..”jawab Aliff pendek dengan kata-kata akhir Shazrina.. senang hatinya melihat Shazrina suka dengan kek buatannya. Semoga cita-citanya tercapai. Itulah doanya kehadrat Ilahi selama ini.

Last edited by misssakura on 28-11-2012 10:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:55 AM | Show all posts
misssakura posted on 28-11-2012 10:43 AM
demi cinta terpaksa mereka digaduhkan...

....maunya jd dendam kesumat...pastu alif lak jd mangsa keadaan dua sahabt nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 07:21 PM | Show all posts
sellie003 posted on 28-11-2012 10:55 AM
....maunya jd dendam kesumat...pastu alif lak jd mangsa keadaan dua sahabt nih...

heheh.. kesian Aliff... last2 dua-dua x dpt... org lain jugk yg dpt aliff tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 07:23 PM | Show all posts
“awak sebenarnya sangat pandai Aliff........ tak semua orang boleh buat macam awak buat.. dalam masa 4 bulan je awak dah boleh masuk top 10... saya kagum sangat dengan awak.” Puji Shazrina ikhlas. Mereka seperti biasa menghabiskan masa bersama-sama mengulangkaji pelajaran diperpustakaan selepas waktu sekolah...sebenarnya bukan berdua sahaja, Farah turut serta bersama mereka... tetapi, waktu ini Farah menghilang seketika untuk ke tandas..

“rezeki Allah...” Aliff merendah diri.. dia tidak pernah merasa dirinya pandai namun apabila dia sudah semakin berjaya dia dapat merasakan yang dia tidak sebodoh yang difikirkan.

“kalau saya tanya awak jangan marah yer Aliff... awak jarang cerita pasal keluarga awak kat saya.. saya hanya tahu awak ada mak.. mak awak kerja jual kuih... itu je. Kalau tak keberatan, boleh tak awak cerita pasal ayah awak..” Shazrina bertanya sesopan mungkin.. takut juga sekiranya pertanyaannya ini mengguriskan hati Aliff sang buah hati tersayang. Aliff tersengih cuma. Yer dia akui dia sangat berahsia tentang keluarganya malah tiada siapa yang tahu situasi keluarganya. Semua orang ingat ibunya adalah ibu tunggal, kematian suami. Tapi itu semua tipu semata-mata.

“cerita tentang keluarga saya tak semenarik keluarga awak Shaz... tak ada apa-apa yang nak dibanggakan.” Dalih Aliff demi menutup topic keluarganya. Shazrina mengeluh kecil. Sudah diagak Aliff akan berdolak-dalik dengannya.

“ada pulak macam tu... setiap keluarga ada cerita yang tersendiri. Cerita keluarga saya lain begitu juga keluarga awak. Dan semuanya ada pahit manis masing-masing.. tapi kalau awak tak nak cerita tak apa... saya bukan siapa-siapa nak paksa awakkan...” Shazrina sedikit berjauh hati... selama ini dia tidak pernah berahsia apa-apa dengan Aliff... takkan hanya pertanyaan kecil darinya Aliff tidak boleh nak beri kerjasama... Aliff menggaru kepala kecil..merajuklah pulak.

“ish awak ni.. pandai je buat saya serba salah.. ye la-ye la saya cerita... tapi cerita ni sememangnya tak menarik dan membosankan... saya anak tunggal kepada mak dan abah.. saya tinggal dengan mak je dan mak pulak jual kuih untuk sara hidup kami berdua. Abah dan mak dah lama bercerai... sejak saya berusia 7 tahun lagi. pasal bercerai tu.....” Aliff teragak-agak untuk menyambung kata. Rasa malu menebal didalam hatinya. Aliff sebolehnya mahu merahsiakan semua ini dari pengetahuan semua orang.. dan setakat ini tiada siapa pon yang tahu tentang kenyataan yang sebenar perihal bapanya.

“kalo ada perkara yang awak nak sembunyikan tak apa... tak perlu ceritakan pada saya.. saya faham. Bukan semua perkara kita boleh berkongsi dengan orangkan...”pujuk Shazrina apabila melihat Aliff yang agak sukar menceritakan perihal bapanya. Sudah cukup baik Aliff berkongsi sedikit sebanyak kisah keluarganya...dia tidak mahu terlalu menggesa Aliff.. setiap orang ada rahsia masing-masing!

“mak bercerai dengan abah sebab abah kaki dadah... hidup kami susah, abah pulak macam tu.. tak bekerja.. hari-hari mintak duit dengan mak.. kalo dengan elok tak apalah jugak... sebab tu mak bercerai dengan abah.” Cerita Aliff.. hatinya terpujuk dengan kata-kata Shazrina.. kenapa perlu menipu Shazrina dan kenapa perlu malu dengan masa silamnya yang sudah berlalu.. Shazrina yang mendengar kisah Aliff turut bersimpati.. patutlah Aliff berperangai nakal sebelum ini..rupanya, dia dari keluarga yang ada masalah..

“awak tak jijikkan dengan saya lepas dengar kisah saya ni...”

“laa...ni nak perli perangai saya dulu-dulu la ni kann... kenapa saya nak rasa jijik pulak.. setiap manusia ada kisah silam masing-masing... lagi pon awak tak bersalah pon. Tak perlu awak nak rasa rendah diri.” terang Shazina tenang...langsung tiada sekelumit dihatinya perasaan jijik, geli mahupun yang seangkatan dengannya apabila mendengar kisah hidup Aliff sekeluarga.. Aliff menarik nafas lega mendengar luahan hati Shazrina... takut juga kalau gadis itu mula membencinya kerana dia punya keluarga yang amat memalukan.

Last edited by misssakura on 28-11-2012 07:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 07:29 PM | Show all posts
“fuh berpinar mata aku mengadap add math ni... kita rehat dululah Farah...” ajak Shazrina setelah mata dan mindanya sudah pening mengadap nombor-nombor dan formula matematik tambahan.. dikerling kearah Farah yang turut sama kepenatan setelah hampir 3 jam mereka memerah otak menyelesaikan soalan-soalan tambahan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang tinggal lagi sebulan..

“betul tu Shaz... mahu pecah otak aku kalo kita sambung lagi buat latihan ni...”sokong Farah sambil menggeliat sepuas hatinya.. baru lega rasanya urat-urat badan. Mereka kini berada dirumah Shazrina memandangkan hari ini adalah hari ahad.... memang begitu rutin hidup Shazrina dan Farah.. kalau tak Farah yang ke rumah Shazrina, Shazrina pula yang akan menyinggah ke rumah Farah..

“jom turun bawah.. boleh jugak kita minum-minum dulu.”

“okey..mama dan papa kau kerja ke hari ni?” soal Farah apabila merasakan rumah besar milik keluarga Shazrina sunyi sepi..

“mama aku ada kat rumah.... papa aku jer keluar dengan kawan dia.. klinik tak bukak hari ni.” Jawab Shazrina.. mereka sama-sama menuruni tangga untuk menuju ke dapur.. mencari apa-apa makanan yang boleh mengenyangkan perut.. Perut memang akan cepat lapar selepas penat berperang menggunakan otak.

“hai anak dara berdua... mama baru ingat nak pergi panggil kamu berdua makan tengahari... panjang umur dah turun.” Tegur puan Rogayah yang sedang bersiap-siap menghidangkan makanan diatas meja... mak Timah turut membantunya.

“awalnya makan tengahari mama....”

“awal apa kebendanya.. dah dekat pukul 2 tu...” jawab puan Rogayah... Shazrina dan Farah sama-sama melihat jam pada dinding lalu memandang antara satu sama lain.

“lamanya kita study.. patut pening semacam je...” sampuk Farah dan akhirnya mereka tergelak antara satu sama lain...

“jom kita makan...” ajak puan Rogayah sambil duduk di meja makan... Farah dan Shazrina turut serta. Setelah mengaminkan doa makan yang dibacakan Shazrina,mereka sama-sama menikmati hidangan tengahari yang begitu lazat sekali.

Last edited by misssakura on 28-11-2012 07:32 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2012 07:33 PM | Show all posts
“auntie.....”panggil Farah dengan nada yang serba salah... duduk yang kurang selesa diperbetulkan... cuba mencari keyakinan diri yang hilang. Shazrina sudah naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat zohor.

“yer Farah... kenapa? Lain macam aje kamu panggil auntie..” tegur puan Rogayah lembut... ditenung wajah cantik kawan baik anaknya... Farah tersenyum kelat.

“saya nak cakap something dengan auntie... tapi auntie jangan salah faham kat saya pulak...” mukaddimah dari Farah buat puan Rogayah tertanya-tanya... perasaan ingin tahu menebal disanubarinya.

“apa? Beritahu auntie...” minta puan Rogayah perlahan.

“tapi saya serba-salah nak cakap... nanti auntie fikir apa pulak kat saya...” ujar Farah seolah kurang yakin... hati puan Rogayah semakin dipalu rasa ingin tahu... dihampiri teman baik anaknya.

“cakap Farah... ni mesti ada kaitan dengan Shaz kan...” tembak puan Rogayah... dan tembakannya sangat tepat.. Farah cepat-cepat memandang wajah puan Rogayah..terkejut apabila mama kawannya mengetahui segala isi hatinya..

“iye auntie... saya nak cakap ni pon pasal saya sayang kat Shaz... saya tak nak lah dia jadi macam tu...”

“jadi macam mana?” soal puan Rogayah tidak mengerti.

“auntie perasan tak perubahan Shaz dua tiga menjak ni?”soal Farah... direnung wajah puan Rogayah.. wanita yang berusia awal 40 an itu kelihatan berfikir sejenak...

“ada juga... Shaz nampak happy sangat dua tiga menjak ni... henset pulak selalu je ada mesej atau call yang masuk... kencang semacam je auntie tengok...” jelas puan Rogayah... dia memang perasan perubahan anak gadisnya itu.. namun tidak pula ditegur memandangkan pelajaran gadis itu masih okey. Tidak terganggu.

“macam mana ek saya nak cakap...” Farah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.. cuba mencari idea untuk bercerita kepada puan Rogayah...

“kamu cerita satu persatu Farah... cerita apa yang Farah tahu.” Gesa puan Rogayah..sesekali dia memandang ke tingkat atas.. takut anak gadisnya muncul secara mengejut atau mencuri dengar perbualannya dan Farah.

“auntie jangan terkejut tau apa yang saya nak cakap ni... sebenarnya Shaz ada bercinta dengan sorang student kat sekolah kitorang...” luah Farah setenang mungkin...raut wajah puan Rogayah langsung tidak berubah riak.. seolah-olah tidak terkejut dengan perkhabaran yang dibawa.

“okey...auntie pon rasa macam tu... tapi auntie tak laranglah selagi Shaz pandai bahagikan masa bercinta dia dengan pelajaran.. tengok dia punya result pon still okey... auntie percayakan Shaz... dia tahu batas-batas orang bercinta ni...” terang puan Rogayah dengan selamba...

“Shaz tu memang okey auntie.. tapi yang saya risaukan sekarang ni pasal kekasih dia tu...”

“kenapa dengan kekasih dia? dia ada pukul atau buat benda yang tak elok kat Shaz ke?” laju sahaja puan Rogayah bertanya.. risau dia memikirkan kalau ada perkara yang tak elok terjadi kepada anak daranya..

“tak adalah sampai tahap tu auntie... tapi kemungkinan tu ada kot...” Farah mencucuk jarum lagi.. puan Rogayah hilang kesabaran... dikepal kuat tangannya untuk menahan rasa kurang senang...

“maksud Farah? Lelaki itu jenis yang macam tu? Farah kenal lelaki tu?” bertubi-tubi mulut puan Rogayah mengeluarkan soalan. nada suaranya bertukar menjadi lebih keras...

“saya kenal Aliff tu auntie... dia student paling nakal kat sekolah kitorang dan yang paling penting Shaz pernah ponteng kelas sebab Aliff... auntie tahu je lah kan perangai budak kelas corot ni macam mana... ponteng tu perkara biasa je bagi diorang... saya dengar cerita Aliff ni memang dah dua kali dapat surat amaran..kalau kali ketiga memang kena buang sekolahlah dia... Aliff ni kira macam otai la kat sekolah tu... kaki buli, ponteng, hisap rokok, kaki gaduh semua tu dia lah ketua...” cerita Farah..

“kalau auntie tak nak percaya tak apa... tapi saya cakap ni sebab saya tak nak perkara tak elok berlaku kat Shaz... saya tak nak lah sebab bercinta dia hilang focus dalam pelajaran... auntie tahu je lah kan SPM lagi sebulan...” sambung Farah lagi.. wajah puan Rogayah yang sudah berubah kelat dipandangnya. Hatinya tersenyum riang.. kau tak akan dapat Aliff ye Shazrina walaupun kau kawan baik aku!

“terima kasih ye Farah sebab beritahu auntie pasal ni... auntie faham perasaan Farah.”Ucap puan Rogayah lembut... dipegang erat jemari halus milik Farah.

“sama-sama...kita semua sayangkan Shaz... sebab tu kita nak yang terbaik untuk dia kan auntie... tapi auntie janji jangan bagitau Shaz yang saya cerita semua ni...nanti takut dia marahkan saya pulak sebab pandai-pandai bawak cerita padahal niat saya baik. untuk selamatkan dia dari Aliff..” minta Farah... puan Rogayah terangguk-angguk tanda faham... dia faham situasi yang melanda teman baik Shazrina... Farah dalam diam tersenyum sinis... gembira kerana gerakan pertamanya telah berjaya dilaksanakan. Tak lama lagi checkmate!

Last edited by misssakura on 28-11-2012 07:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:32 PM | Show all posts
Ish...FARAH...FARAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2012 10:53 PM | Show all posts
misssakura posted on 28-11-2012 07:21 PM
heheh.. kesian Aliff... last2 dua-dua x dpt... org lain jugk yg dpt aliff tu

Huhu...mana taukan...jodoh ngan org lain pulak ya...

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 08:43 AM | Show all posts
misssakura posted on 28-11-2012 07:21 PM
heheh.. kesian Aliff... last2 dua-dua x dpt... org lain jugk yg dpt aliff tu

ending yg frustrated yea
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 08:44 AM | Show all posts
Farah dah menjalankan misi
siaplah shaz dgn aliff lps nie, sapa lak yg bakal dilaga2kan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 09:40 AM | Show all posts
Farah, Farah...awat ler busuk sgt...kalu tak nak shaz ngan alif...napa mesti alif pula diburuk2kn....nnt citer alif pasal bapa dia penagih pun tersebr gak ni...gara2 farah wat kabar angin..itu sbb shaz ngan alif .......

Baru nak suka Farah...cantik dimata tp kejam dihati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 10:38 AM | Show all posts
fatehana posted on 29-11-2012 08:43 AM
ending yg frustrated yea

mungkin... x de mknanya nk tmbah watak baru... watak sedia ada pon x larat nak karang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 10:40 AM | Show all posts
sellie003 posted on 29-11-2012 09:40 AM
Farah, Farah...awat ler busuk sgt...kalu tak nak shaz ngan alif...napa mesti alif pula diburuk2kn... ...

itu la... farah ni harap muka je cantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 10:42 AM | Show all posts

Encik Tarmizi dan puan Rogayah bercekak pinggang diruang tamu... setelah mendengar cerita dari isterinya, hati encik Tarmizi menjadi meluap-luap dengan perasaan marah.. nama Shazrina dilaungkan supaya segera menemuinya dan puan Rogayah...ada perkara mustahak bakal dibincangkan sekejap lagi.

“Shazrina...”jerit suara encik Tarmizi keras... mahu menyedarkan anaknya yang berada didalam bilik tentang kewujudannya di ruang tamu. Shazrina bergegas mendapatkan papanya yang berada diruang tamu. Namun langkahnya terhenti apabila papanya bersuara.

“bawak henset Shaz sekali...” tegas encik Tarmizi.. Shazrina kecut perut.. dia tahu ayahnya jarang mengamuk tetapi kalau dah mengamuk sangat bahaya... Shazrina masuk kembali ke dalam biliknya dan mengambil handset seperti arahan papanya.

“ye papa kenapa?” soal Shazrina sopan... hatinya mula gemuruh apabila melihat wajah papa dan mamanya yang teramat kelat.. seolah-olah dia telah melakukan sesuatu kesalahan yang amat teruk dan kesalahan itu tidak layak untuk diberikan kemaafan.

“bagi henset kat papa...” arah encik Tarmizi.. Shazrina teragak-agak untuk memberikan hensetnya kepada papa... mahunya papa check segala inbox.. tak ke mampus aku dibuatnya.

“bagi henset kat papa sekarang!” tekan encik Tarmizi lagi.. matanya mencerlung kearah anaknya.

“tapi papa...”

“kenapa degil sangat ni... faham tak apa papa cakap.. bagi papa henset tu...” jerkah encik Tarmizi kuat... Shazrina terkulat-kulat dimarahi tanpa sebab.. dengan perasaan takut-takut henset miliknya bertukar tangan... encik Tarmizi segera masuk ke inbox lalu ditilik satu persatu mesej yang ada... nama yang paling banyak terdapat didalam inbox itu ialah ‘Aliff’. Dibuka setiap mesej yang terdapat nama Aliff... dibaca satu persatu mesej yang ada... setiap mesej ada kata-kata motivasi untuk meneruskan pelajaran disamping kata-kata cinta yang mengasyikkan... encik Tarmizi menghempas kuat telefon bimbit itu... Shazrina terpaku... terkejut apabila barang kepunyaannya dibaling dan dicampak sesuka hati... cepat-cepat Shazrina mengutip telefon bimbit yang sudah terburai itu.

“papa....apa ni?” marah Shazrina.. hatinya sakit melihat sikap papanya malam ini.. mamanya pula sekadar melihat dan mendiamkan diri dengan wajah yang masam..langsung tidak menasihati papa supaya bersabar.

“kau tanya aku apa? Siapa Aliff tu?” tengking encik Tarmizi kuat.. bergegar rumah mereka dek kelantangan suara encik Tarmizi. Shazrina tersentak... papanya dah berbahasa kau aku... nampaknya perkara ini amat serius...

“kawan..” jawab Shazrina sepatah.

“pang”...melekat lima jari kasar milik encik Tarmizi pada pipi Shazrina. Pantang dalam hidupnya ada orang cuba menipu.. Shazrina terpaku begitu juga puan Rogayah.. cepat-cepat mama Shazrina menghampiri suaminya.

“abang...janganlah sampai naik tangan. Kita tegur dulu mana yang patut..” nasihat puan Rogayah lembut.. dia marah juga dengan sikap anaknya namun tak adalah sampai pukul memukul. Shazrina mula menangis dengan memegang pipinya yang perit ditampar papanya. Besar sangat ke kesalahan aku berkawan dengan Aliff sampai ini yang aku dapat...

“awak nak saya biar je budak ni macam tu... nak tunggu sampai esok-esok perut dia dah kembung bawak anak haram, nak tunggu sampai dia sakit kena pukul dengan jantan tu atau bila dia gagal dalam pelajaran baru nak ajar dia ni? Macam tu? Masa tu dah tak guna dah Yah...” bebel encik Tarmizi keras... dia kembali memberi tumpuan kepada anak tunggalnya yang sorang.

“aku tanya sekali lagi.. siapa Aliff tu? Kalo kau tipu aku memang dapat penampar kau sekali lagi..” keras suara encik Tarmizi... puan Rogayah diam dan melihat..anaknya memang perlu diajar agar tidak memalukan dia dan suaminya.. mana nak letak mukanya kalau anaknya menconteng arang suatu hari nanti..

“kekasih Shaz...” balas Shazrina lambat-lambat... tersedu sedan dia dilantai. Perit terkena penampar dicampur pula bebanan perasaan dimarahi bapanya buat airmatanya mudah gugur. Takut! Itu sahaja perasaannya kini.

“aku hantar kau sekolah belajar.. yang kau gatal-gatal cari jantan buat apa? Dah la perangai lelaki tu tak semenggah.. dengan pelajar nakal macam tu kau nak bercinta Shaz?”

“dia baik papa....”

“baik apanya kalau dah pandai ajar kau memonteng? Tak lama lagi kau pon ikut sama perangai macam dia kan... kaki ponteng, kaki buli, hisap rokok.. last-last pelajaran entah ke mana cita-cita kau entah ke mana..  baiklah sangat jantan macam tu? Bentak encik Tarmizi.

“mama dengan papa bukan nak kongkong sangat kehidupan Shaz... mama faham perasaan orang muda mudi, orang remaja yang nak berkasih sayang, nak bercinta... mama pon pernah muda... memang mama kurang senang bila anak mama bercinta tapi mama mungkin boleh terima kalau lelaki tu baik... budak yang senonoh... tapi kalau perangai macam anak hantu macam ni, mama pon tak berkenan... nanti dengan Shaz sekali jadi hantu.” Tambah puan Rogayah pula.. lebih lembut berbanding encik Tarmizi namun tegas.

“mama,papa... Aliff tak macam tu.. dulu je dia macam tu..........”

“jadi kau memang tahu perangainya yang tak senonoh tu... ya Allah Shaz... papa ingat bila kau dah jadi best student kat sekolah tu otak kau tu pandai... tapi perkara macam ni pon tak boleh nak fikir? Tak reti nak bezakan baik buruk...apa nak jadi kau ni?” potong encik Tarmizi disaat anaknya mahu menerangkan duduk perkara sebenar.. air mata Shazrina berjujuran... sedih dan takut bercampur gaul didalam dirinya.

“Aliff budak baik papa... dia bukan macam tu...”

“ya Allah Shaz... otak kau kat mana sekarang? Kat lutut? Orang bercinta macam kau ni memang semua benda nampak baik... nampak manis jer.. kalau kau nampak dia tu jahat memang lah kau tak bercinta dengan dia... tapi Aliff tu budak tak senonoh.. budak jahat.. kau tahu tak??” jerit encik Tarmizi lagi... apa lagi bahasa yang sesuai untuk digunakan supaya anaknya faham jantan seperti Aliff itu manusia yang tak berguna.

“kalo dia baik tak adanya dia ajar Shaz memonteng... mula-mula ponteng, lepas ni apa pulak dia ajar Shaz buat... Shaz pulak macam orang bodoh ikut perangai tak semenggah budak Aliff tu.” Sambung puan Rogayah.. langsung tiada perasaan simpati buat anaknya yang tersedu sedan di lantai... kalo dimanjakan sangat Shazrina, pasti anak gadisnya itu akan membusukkan namanya dan suami suatu hari nanti.. baiklah dia dan suami ajar dulu anak gadisnya ini. lagi pon ini semua untuk kebaikan Shazrina juga.

“dia tak pernah ajar..........” kata-kata Shazrina tergantung apabila papanya telah memotong percakapannya sekali lagi.

“papa tak nak dengar apa-apa alasan dari Shaz... yang papa tahu sekarang, mulai malam ni henset dan laptop Shaz papa akan tarik balik.. selagi Shaz tak masuk U selagi tu barang-barang ni papa tak akan pulangkan.. dan yang paling penting papa nak Shaz berpisah sekarang dengan Aliff. Kalau papa dapat tahu Shaz dengan Aliff masih berkawan siap Shaz termasuk Aliff sekali..” arah encik Tarmizi bersama ugutan..

“papa..apa salah Shaz... salah ke Shaz berkawan dengan Aliff..” soal Shaz demi membangkang arahan papanya... dia masih belum nampak kesilapannya dalam berkawan dengan Aliff.. salah ke? Aliff dah banyak berubah.. Aliff bukan budak nakal seperti dulu lagi.. apa salahnya dia berkawan dengan Aliff yang baru?

“kau faham tak apa aku cakap??.. aku tak suka kau kawan dengan jantan tak guna macam Aliff tu.. kalau kau degil sangat nak jugak bercinta dengan Aliff tu kau jangan panggil aku papa lagi.. kau bukan anak aku!” tengking encik Tarmizi lagi..habis sahaja ayat itu terus papa Shazrina menonong masuk kebilik.. menandakan perbincangan mereka malam ini telah tamat.. puan Rogayah ikut serta jejak langkah suaminya.. tinggal Shazrina yang masih belum berhenti menangis ditepi tangga rumahnya.

Last edited by misssakura on 29-11-2012 10:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 10:50 AM | Show all posts
Waaaa.......sepat sambung....miss...x sabo nk tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2012 10:54 AM | Show all posts
sellie003 posted on 29-11-2012 10:50 AM
Waaaa.......sepat sambung....miss...x sabo nk tau...

ye ye ye.. tngh smbung ni.. bersabar na
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 10:55 AM | Show all posts
Shazrina tersedu sedan didalam biliknya... air mata yang turun bagaikan air terjun..langsung tiada tanda-tanda untuk berhenti... sedih dan sakit hati bercampur gaul didalam hatinya.. sampai hati mama dan papa... tanpa usul periksa salahkan aku dan Aliff.. papa dan mama belum kenal lagi Aliff.. dia lelaki yang baik..dia dah banyak berubah.. sesuka hati sahaja dia tuduh itu dan ini terhadap aku dan Aliff.. apa dia fikir anaknya ini tak reti ilmu agama.. yer aku akui aku jahil dalam agama tapi aku masih tahu halal dan haram..

Masih tahu apa yang patut buat dan tidak boleh buat.. mama dan papa melampau! Hanya kerana aku bercinta dengan Aliff, papa sanggup menampar aku! Tapi bila difikir balik bagaimana papa dengan mama tahu pasal Aliff.. malah papa dan mama tahu sangat dalam tentang kisah lampau Aliff.. siapa yang bawak mulut? Siapa jer yang tahu aku bercinta dengan Aliff.. hanya Farah dan beberapa student dalam kelas aku...mustahil Farah... Farah bukan sahaja kawan aku malah kawan Aliff... takkan Farah tergamak nak memburuk-burukkan Aliff didepan mama dan papa... mesti orang yang membawa mulut ni seorang yang rapat dengan aku dan juga amat mengenali Aliff... tapi siapa?? Shazrina akhirnya terlelap setelah penat memikirkan manusia yang telah menikamnya dari belakang.

Last edited by misssakura on 29-11-2012 10:56 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 10:57 AM | Show all posts
Aliff yang sedang mengulangkaji mata pelajaran matematik secara tidak sengaja ternampak kelibat Farah.. terus digamit tangannya untuk memanggil gadis itu..Farah menuju kearah Aliff setelah terlihat lambaian dari jejaka tampan itu...

“kenapa?”soal Farah ringkas... buku rujukan matematik tambahan dan nota komsas yang berada dalam genggamannya baru sahaja ingin dihantar.. dia datang ke perpustakaan pon sebab ingin menghantar buku-buku tersebut.. hari ini moodnya untuk belajar tiada.. dia mahu pulang awal ke rumahnya.

“Shaz datang tak sekolah hari ini?” Tanya Aliff pendek... pertanyaan dari Aliff mengenai Shazrina buat hati Farah bengkak... tapi itu dalaman sahaja namun pada luaran dialah wanita paling manis dan ceria... senyuman manis menggula seperti biasa dihadiahkan khas buat Aliff.

“tak datang... papa dia call sekolah tadi.. katanya demam.” Balas Farah tenang...matanya merenung segenap wajah Aliff.. rasa sayang dan cinta buat jejaka ini bertambah-tambah.. kalaulah dia meluahkan perasaan sayangnya terdahulu kepada Aliff, pasti lelaki ini menjadi miliknya... bukan milik teman baiknya... tapi jangan risau... hanya untuk masa ini mereka bergelar kekasih, tak lama lagi Aliff pula akan bergelar kekasih aku!

“laa demam ke... teruk tak?” Aliff mula dilanda kerisauan... siapa tak panik bila mendengar buah hati tercinta demam.

“tak tahu pulak... apa kata awak try call atau mesej dia... Tanya keadaan dia macam mana?” Farah memberi idea... berlagak seperti ingin membantu pasangan itu.

“saya tak tahu kenapa... dari semalam lagi saya tak boleh call dia... mesej pon tak reply...” adu Aliff dengan wajah yang berkerut.. berfikir kenapa Shazrina langsung tidak mengangkat panggilannya mahupun membalas setiap mesej yang dihantar seperti lazimnya... nak kata mereka bergaduh, tak rasanya... ke henset Shazrina hilang? Dicuri barang kali... mungkin juga.

“eh kenapa pulak? Semalam saya ada mesej dia.. elok je dia reply...” tipu Farah..Aliff mula tidak sedap hati... kenapa dia layan mesej Farah tapi tidak aku? Dia marahkan aku ke? Ke dia mengelak dari aku? Macam ada sesuatu tak kena je...

“betul ke? Sebab saya try call semalam tak dapat... bukannya tak berangkat...”

“henset dia tak ada bateri kot...” Farah cuba menyedapkan hati Aliff.. namun dalam hatinya tersenyum puas.. sedikit demi sedikit benih keraguan ditanam kedalam hati Aliff.

“mungkin!” Aliff membalas acuh tak acuh... kalau bateri tak ada macam mana dia boleh reply mesej Farah...alang-alang dia dah balas mesej Farah kenapa tak balas mesej aku sekali? Macam ada sesuatu je ni... aku ada buat silap ke? Aliff bermonolog sendiri.. tanpa dia sedar Farah tersenyum kemenangan melihat wajahnya yang mula curiga...

Last edited by misssakura on 29-11-2012 11:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2012 11:02 AM | Show all posts
Shazrina melangkah kearah perpustakaan pada waktu rehat. Dia sekadar mahu menghantar buku rujukan yang dipinjam minggu lepas. Semenjak percintaannya terbongkar,papa dan mama sudah tidak benarkan dia pulang melebihi jam 2.30 petang..ibubapanya mengarahkannya pulang sejurus sahaja kelas terakhir tamat. Shazrina akur dengan arahan orang tuanya.

Dia tahu, dia tidak patut melawan mama dan papa hanya kerana Aliff. Dia sedar ada benarnya kata mama dan papa yang tidak mengizinkan dia bercinta. Bukan dia tidak sayangkan Aliff tetapi dia lebih sayangkan mama dan papanya. Mama dan papa yang membesarkannya dan hidup bersamanya selama 17 tahun... takkan kerana Aliff yang baru dikenali hampir 4 bulan ini dia perlu membuang ibubapanya. Namun dia tidak dapat menipu hati sendiri.. dia sedar dia sedih dan kecewa dengan perpisahan yang bakal menjelang malah dia sangat tidak puas hati sikap mama dan papa yang terlalu terburu-buru mempercayai segala keburukan Aliff sedangkan jejaka itu sudah banyak berubah... malah, dia juga turut banyak berubah kerana Aliff.

Langkah Shazrina yang seketika tadi laju tiba-tiba terhenti.. matanya menangkap kelibat Aliff yang datang dari arah yang bertentangan... cepat-cepat dia memusingkan badannya dan mahu segera beredar dari situ supaya Aliff tidak menyedari kewujudannya. Namun semestinya Aliff tidak buta dengan kewujudannya yang hanya beza beberapa langkah sahaja.

“Shaz...Shaz..” lantang Aliff memanggil.. kakinya tadi sekadar melangkah perlahan dipercepatkan..mengejar langkah Shazrina yang jelas mengelakkan diri daripadanya. Hampir 4 hari sudah dia dan Shazrina tidak bertemu muka dan dia yakin Shazrina mengelak darinya. Farah sendiri menyatakan selama beberapa hari ini Shazrina menjawab sahaja panggilan mahupun mesejnya... tapi kenapa tidak Shazrina membalas mesej dari aku? Shazrina menghentikan langkah apabila Aliff galak memanggilnya..mustahil dibiarkan sahaja Aliff terus memekik namanya... buat malu saje.

“Shaz...” panggil Aliff lagi sambil berdiri tegak didepan Shazrina. Wajah Shazrina yang memandang kearah lain direnung.

“apa salah saya... kenapa awak buat saya macam ni?” soal Aliff bertubi-tubi.. Rasanya tiada langsung pergaduhan mahu pun bunga pergaduhan pada pertemuan terakhir mereka..

“buat macam mana?” Shazrina buat-buat tidak faham.

“kenapa awak mengelak dari saya? saya ada buat silap ke?"

“mana ada saya mengelak dari awak!” Shazrina cuba menegakkan benang yang basah. Padahal baru tadi dia cuba melarikan diri dari Aliff.

“tadi tu apa? awak cepat-cepat pergi lepas nampak saya... tu bukan mengelak ke namanya? Bidas Aliff geram.. direnung wajah Shazrina yang langsung tidak memandangnya.. dia yakin ada yang tidak kena dengan hubungannya dan Shazrina.

“Shaz...jangan layan saya macam ni.. kalo saya ada silap cakap.. saya akan minta maaf. Bukan mengelak macam ni.. awak mengelak macam ni bukan selesai pon masalah.” Luah Aliff. Direnung wajah Shazrina yang masih kejung tanpa perasaan dihadapannya. Keluhan kecil ditebarkan... tidak faham dengan perangai Shazrina yang sering berubah-ubah.

“awak kata awak tak mengelak tapi kenapa bila saya cakap awak diam jer? pandang saya pon tak. Jawab Shaz!”gesa Aliff lagi.. dia tak betah melihat kebisuan yang melanda hubungannya dan Shazrina..Hubungan yang baru sahaja terbina menjadi hambar secara tiba-tiba.. tanpa sebarang ribut mahu pun petir...

“saya rasa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk kita bercinta Aliff..” jawapan dari Shazrina bagaikan halilintar membelah dada Aliff. Terpaku dengan ungkapan yang tak semena-mena dari Shazrina. Jadi betullah ada konflik dalaman yang dia tidak ketahui melanda hubungan dia dan Shazrina. Sebab itu ada rasa dingin dalam hubunganya kini. Aliff melihat wajah Shazrina yang kelihatan tenang tanpa perasaan bersalah melafaskan kata-kata yang mampu buat hatinya gugur.

“kenapa pul.....” soal Aliff bersama deringan loceng yang menanda waktu rehat telah tamat. Shazrina memandang sekilas wajah Aliff..

“saya masuk kelas dululah...” potong Shazrina sambil bergegas meninggalkan Aliff yang masih belum berpuas hati.. masih banyak yang belum dijawab dan ditanya dengan Shazrina. Aliff memandang sepi pemergian Shazrina yang sudah menghilang ke kelasnya.

Last edited by misssakura on 29-11-2012 11:08 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.078463 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list