CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surianovember

Novel : Sejuta Kali Kasihku - [U]

[Copy link]
Post time 19-11-2012 04:12 PM | Show all posts
yg dtg tue mak Nafi' yea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 04:25 PM | Show all posts
fatehana posted on 19-11-2012 04:12 PM
yg dtg tue mak Nafi' yea

yepz.. mak si Nafi'
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 06:34 PM | Show all posts
Sambung lg ya sayang...best...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 07:18 PM | Show all posts
mesti mak nafi' berkenan kt min kan... sambung la lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 07:35 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 06:34 PM
Sambung lg ya sayang...best...

yepz.. hanna akan sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 07:36 PM | Show all posts
misssakura posted on 19-11-2012 07:18 PM
mesti mak nafi' berkenan kt min kan... sambung la lagi..

haha.. entahlah. Kena tunggu next entri
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2012 08:13 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 6




  Banglo dua tingkat yang tersergam indah itu aku pandang. Air liur aku rasakan seperti pasir yang tersekat di kerongkong. Aku keluar dari perut Mazda 2 berwarna hitam metalik. Kelihatan seorang lelaki tua sedang menyiram bunga. Pasti pekebun!

  Ibu Nafi’ mencapai tanganku lalu membawaku masuk ke dalam rumah itu. Pekebun itu melemparkan senyuman manis kepadaku. Aku mengangguk seraya tersenyum kembali.

  Ternyata ayah Nafi’ sudah menunggu kami. Dia yang duduk membaca akhbar bangun menyambut kedatanganku. Wajah yang kosong tanpa sebarang riak wajah. Barulah aku tahu dari mana Nafi’ mewarisi wajah seperti itu.

  “Penat papa tunggu. Mama kenapa lambat sangat?”

  “Papa ni. Mana lambat pun,” ujar wanita itu. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk. Mataku mula melingas kiri dan kanan. Besarnya rumah ini.

  “Laa. Yasmin duduklah.”

  “Terima kasih.”

  Teragak-agak aku melabuhkan punggung. Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi tapi aku harap semuanya baik-baik belaka.

  Tidak lama kemudian, seorang wanita menatang dulang minuman. Diletakkan cawan berhati-hati sebelum berlalu ke dapur.

  Ibu dan ayah Nafi’ leka berbual. Aku makin gelisah.

  “Yasmin, boleh kami tahu apa hubungan Yasmin dengan Nafi’?"

  Aku membisu. Sudah! Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan ini harus ditanya? Untuk mengatakan aku perempuan simpanan Nafi’, tidak sama sekali. Namun aku pasti mereka sudah mengetahui segala-galanya.

  Tidak sukar untuk aku menafsir renungan ibu Nafi’.

  “Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Nafi’.” Aku rasa kenyataan itu sudah memadai untuk menjawab soalan ayah Nafi’.

  “Macam mana dengan enam tahun lepas?”

  “Errr..” Lidahku kelu.

  Soalan itu benar-benar menjeratku. Peluh mula merenik di dahi. Dirasakan seperti penyaman udara yang terpasang tidak mampu menyejukkan aku. Malah makin resah dan hangat! Aku tak tahu apa tujuan mereka menyuruh aku datang ke sini tapi yang pasti, aku tidak selesa.

  Bermacam-macam persepsi mula singgah di fikiranku. Boleh saja ibu dan ayah Nafi’ menengkingku. Ah! Aku terlalu banyak menonton drama.

  “Macam nilah. Kami tak nak panjangkan cerita. Kami tahu semuanya. Nafi’ dah ceritakan. Kami cuma nak Nafi’ bertanggungjawab,” tutur ibu Nafi’. Sesaat kemudian, bibirnya melemparkan senyuman.

  Mataku membulat. Dadaku sesak. Jika dia menyuruh Nafi’ bertanggungjawab, ini bermakna aku dan Nafi’ harus berkahwin. Tidak! Ini semua tidak boleh terjadi.

  “Tak. Tak boleh,” ucapku tanpa sedar.

  “Habis nak buat apa?” Aju ibu Nafi’. Suaranya naik satu oktaf.

  Ayah Nafi’ menggosok bahu wanita itu berkali-kali. Pasti cuba menyabarkan dia. Wanita itu melepaskan keluhan kecil. Tangannya memicit dahi.

  Jika aku mampu, aku akan lari sejauh-jauhnya. Meninggalkan masalah yang datang bertubi-tubi. Tapi untuk apa? Jika difikirkan kembali, sudah puas aku lari dari masalah. Enam tahun aku lari dari kenyataan yang menyakitkan.

  “Lupakan saja semuanya,”gumamku rendah tapi masih cukup kuat untuk mereka mendengar.


  “Lupakan semuanya? Mana boleh!”

  “Tuan, puan. Saya tak boleh berkahwin dengan lelaki yang telah merosakkan diri saya meskipun dia nak bertanggungjawab. Saya tak boleh nak terima dia. Lagipun, Infazah nak letak mana? Saya bukan perampas!”

  “Mak cik tak kira. Walau apa pun yang terjadi, Yasmin kena kahwin dengan Nafi’. Hal Infazah boleh dibincang. Ini untuk kebaikan kita semua,” ucap ibu Nafi’ lagi.


*****


  Tersengguk-sengguk aku menahan esak. Pelbagai rasa menghentak hatiku. Kebaikan? Haha. Itu semua hanya penghancur hidupku. Berkahwin dengan lelaki yang merosakkan aku benar-benar perkara tak masuk akal.

  Ada satu tangan menyapa bahuku. Aku tidak berpaling. Pasti Ulfah!

  Telahanku benar. Dia memandangku sekilas sebelum duduk di sebelahku. Keluhan kecil tercetus di bibirnya.

  Kata-katanya tempoh hari bermain di fikiranku. Beritahu dia jika aku ada masalah.

  “Ulfah, aku…” Belum sempat aku meneruskan kata, dia sudah memotong.

  “Hari tu, aku tak paksa hang ceritakan masalah hang tapi sekarang, aku nak tau jugak apa yang terjadi,” ucapnya keras.

  Bibirku melemparkan senyuman kelat.

  “Kalau aku ceritakan kat kau, kau tak pandang hina kat aku ke?”

  “Wafi Yasmina, setiap manusia pernah lakukan kesilapan termasuk hang dan aku.”

  Aku terdiam seketika. Benar juga kata-katanya. Dan saat itu, aku membuka hikayatku. Tersingkap semua cerita suka dan duka yang telah aku simpan berkurun lamanya. Lega di hatiku hanya DIA yang tahu. Mungkin kadang-kadang kita perlu berkongsi masalah kita.

  Sekarang, masih ada seribu satu liku-liku perjalanan yang perlu aku tempuh. Ya Allah, permudahkanlah urusanku di atas muka bumi-Mu ini.

*****

  Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Kelopak mataku yang tertutup terus terbuka. Perlahan-lahan aku bangun dari katil dan menapak ke arah pintu. Dengan malas aku memulas tombol pintu. Tersembul wajah Ulfah. Tersungging senyuman di bibirnya.

  “Dia datang,” tutur Ulfah ceria.

  Mataku yang layu terus segar-bugar. Keningku bertaut seketika. Jantungku berdegup kencang. Aku masih pegun di ambang pintu.

  Ulfah menghulurkan tudung kepadaku. Teragak-agak aku mencapai tudung itu.

  “Pergi jumpa dia. Selesaikan semuanya,” arah Ulfah lagi.

  Aku mengangguk lemah. Aku menghela nafas sebelum memakai tudung dan menapak ke luar rumah. Aku tahu lelaki itu ingin berbincang soal perkahwinan yang dibangkitkan ibu Nafi’ kelmarin.

  Kakiku berhenti melangkah. Lelaki itu bersandar pada Porshe Cayenne miliknya. Memakai kemeja Giorgio Armani berwarna putih berjalur biru dan slack hitam. Tangannya diselukkan ke dalam kocek slack. Rambutnya kemas terpacak.

  Bibirnya melemparkan senyuman manis. Matanya jatuh pada wajahku.

  “Abang ingat sayang tak keluar,” tuturnya saat aku berdiri di hadapan lelaki itu.

  Wajahku serius. Mataku memandang sekilas wajah yang kosong tanpa riak itu.

  “Ada apa encik nak jumpa saya?” Ajuku dingin.

  Dia ketawa kecil sebelum melurut rambutnya.

  “Jom masuk kereta dulu. Abang tak rasa ni tempat yang sesuai untuk kita berbincang.” Matanya menjeling rumah sebelah. Oh. Infazah!

  “Saya rasa baik kita bincang kat sini saja.”

  “Wafi Yasmina, jangan berdegil.”

Matanya membuntang. Akhirnya aku mengalah. Lelaki itu tersenyum puas. Ah! Pedulikan dia.

*****


  Elok saja Nafi’ menghentikan kereta di bawah pohon yang rendang. Mataku melingas kiri dan kanan. Taman Jubli Perak lengang. Dia menguatkan penyaman udara dan menutup radio. Tubuhnya dipalingkan menghadapku. Aku semakin tidak selesa.

  “Err. Baik kita bincang kat luar.”

  Dia mengangguk. Kami keluar dan masing-masing duduk di atas bangku. Dia meratah wajahku.

  “Sayang tahu kan kenapa abang nak jumpa sayang?”

  Aku membisu sebelum mengangguk. Terpancar kegembiraan di wajahnya.

  “Jadi? Macam mana? Apa pendapat sayang?”

  “Kita tak boleh berkahwin!” Tegas saja suaraku.

  “Apa?”

  “Kita tak boleh berkahwin.”

  Nafasnya tidak teratur. Rahangnya turun naik. Dia mengenggam penumbuk. Menahan amarah lagi. Jika diikutkan hatinya, pasti tangan itu menyinggah di pipiku. Nafi’, Nafi’. Tak pernah berubah. Ingin saja aku melepaskan tawa melihat kelakuannya.

  Macam mana nak jadi suami kalau masih panas baran dan tidak tahu bersabar.

  “Kenapa pulak?” Melengking suaranya. Aku pasti hatinya mendongkol geram.

  “Sebab saya tak nak. Lagipun encik dah ada Infazah,” dalihku.

  “Pedulikan dia! Aku tak kira. Kau kena jugak kahwin dengan aku.”

  Suaranya naik beroktaf-oktaf. Orang yang lalu memandang kami hairan. Wajahku diserbu rasa malu. Lantas aku menunduk.

  “Saya takkan kahwin dengan orang yang saya tak cinta.”

  “Aku tak peduli!”

  Bibirku melemparkan senyuman sinis. Aku bangun dan berkira-kira untuk pergi namun dia meraih lenganku.

  Bibirnya didekatkan dengan cuping telingaku.

  “Wafi Yasmina, aku ada gambar kita dulu. Betul kau tak nak kahwin dengan aku? Kalau tak nak, aku boleh sebarkan gambar tu.”

  Dia tersenyum puas tanda dia sudah menang. Mataku mencerun memandangnya. Dirasakan dunia ini semakin sempit.

  “Oh ya, minggu depan kita pergi tengok baju kahwin.”

  Terus lelaki itu meninggalkan aku yang terkulat-kulat di situ. Tangannya menunjukkan tanda peace. Aku meraup kasar wajahku. Apa lagi yang boleh aku lakukan supaya lelaki itu berputus asa?







Last edited by surianovember on 19-11-2012 08:17 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:09 PM | Show all posts
Sian yasmin, laki gitu boleh ke jd suami yg baik...maunya bila yasmin dah jd isteri dia...hmmm..makin meranalah...takkn terlepas ler kekejaman jantan tuh selamanya...

Yasmin, elok la lari jek dr jantan tak guna tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 09:12 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 09:09 PM
Sian yasmin, laki gitu boleh ke jd suami yg baik...maunya bila yasmin dah jd isteri dia...hmmm..maki ...

nasib yasmin. Kadang-kadang, apa yang kita tak jangka terjadi dalam hidup kita. Mana tahu nafi berubah.. heee
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:24 PM | Show all posts
surianovember posted on 19-11-2012 09:12 PM
nasib yasmin. Kadang-kadang, apa yang kita tak jangka terjadi dalam hidup kita. Mana tahu nafi ber ...

Kalu gitu....akak nak speku...tang ugutan gambar tuh omong kosong si nafi nih kot?...saja nak yasmin ikut kata dia....

Agknya nafi nih nk tebus kot salah dia....tp cara tuh tak kena gaya...kasar jek..lemh lembutlah sikit....bg yasmin tak rasa salah, takut dan tak rasa cinta lelaki tuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 09:26 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 09:24 PM
Kalu gitu....akak nak speku...tang ugutan gambar tuh omong kosong si nafi nih kot?...saja nak yasm ...

muehehe.. si nafi' tak reti nak berlemah-lembut dengan si yasmin
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:31 PM | Show all posts
surianovember posted on 19-11-2012 09:26 PM
muehehe.. si nafi' tak reti nak berlemah-lembut dengan si yasmin

tu sebab dia syg yek....hanya yasmin jek yg thn perangai dia...& tahu luar dlm dia....huhu....
kiranya yasmin jd maid nafi ler dulu tuh...tp camna tuh ya.....kalu suria citer dr awal pasl yasmin boleh tetiba jd maid nafi tentu jln citer jd lebih umphhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 09:52 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 09:31 PM
tu sebab dia syg yek....hanya yasmin jek yg thn perangai dia...& tahu luar dlm dia....huhu....
ki ...

heee.. hanna mmg tak cerita pasal masa lalu sebab nak buat mini enovel.. lagipun cerita ni dah nak habis. malas pun ada.. kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:07 PM | Show all posts
surianovember posted on 19-11-2012 09:52 PM
heee.. hanna mmg tak cerita pasal masa lalu sebab nak buat mini enovel.. lagipun cerita ni dah nak ...

Oh....x pe ler....kekdg mengarang nih saja nak asah daya kreativiti menulis & nak bg kembang otak....ilang stress.....huhu....akak pun sejak dulu masa zmn remaja skool dulu....mmg teringin mengarang citer...tp apa daya...zamn tuh mana ada komputer segala...untung remaja alaf ini...semua ada...adik akak pun masa time dia cuti panjg nak masuk semester tuh dia melukis komik...pastu dia scan karya dia & hantr by emel kat kwn2 dia baca komik dia tuh...huhu....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 10:15 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 10:07 PM
Oh....x pe ler....kekdg mengarang nih saja nak asah daya kreativiti menulis & nak bg kembang otak. ...

tapi sekarang akak dah boleh menulis sbb ada laptop! weee... pandai adik akak. hanna nak lukis orang kayu pun fail = =''
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:05 PM | Show all posts
surianovember posted on 19-11-2012 10:15 PM
tapi sekarang akak dah boleh menulis sbb ada laptop! weee... pandai adik akak. hanna nak lukis ora ...

Huhu....tau takpe...boleh aje menaip citer suka2....
Tu sbb adik akak pilih senibina....course tuh mmg kena lakar ajek....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 11:24 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 11:05 PM
Huhu....tau takpe...boleh aje menaip citer suka2....
Tu sbb adik akak pilih senibina....course tu ...

tapi kalau macam hanna yang pemalas ni, tak terusik pun word.. senibina.. sangat sangat sangat hanna tak suka. Maybe sbb tak reti melukis.. kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:32 PM | Show all posts
surianovember posted on 19-11-2012 11:24 PM
tapi kalau macam hanna yang pemalas ni, tak terusik pun word.. senibina.. sangat sangat sangat han ...

Biasalah....org malas tak reti nak mengadap lukisan....kena buat garis2 tuh yg leceh...

Mana sambungnya lg suria...tgh mengarang ke atau tonton drama merlin...huhu....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 11:35 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 11:32 PM
Biasalah....org malas tak reti nak mengadap lukisan....kena buat garis2 tuh yg leceh...

Mana sa ...

nak sambungan sekarang ke? kalau nak, hanna boleh letak.. tak tengok gambar merlin
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:44 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-11-2012 09:24 PM
Kalu gitu....akak nak speku...tang ugutan gambar tuh omong kosong si nafi nih kot?...saja nak yasm ...

amboi kak sellie komen... 'tak rasa cinta lelaki itu'.. berbunga2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.135960 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list