CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surianovember

Novel : Sejuta Kali Kasihku - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2012 11:02 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 20-11-2012 10:48 AM
sweetnya nafi dgn wafi

sambung lagi ...best sgt

ya ya.. suria akn sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 11:45 AM | Show all posts
fatehana posted on 20-11-2012 10:41 AM
suka baca komen dr sellie, org yg ada seni menulis cara komen pun bernas, klu ana yg komen sure ke l ...

Alahai ana, komen saya cincai aje tuh...ikut suka aje...takde yg istimewa pun....tp apa pun TQ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 11:52 AM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 11:00 AM
muahaha.. tak matang sangat. Matang gaya form 2. Hehe.. fresh? rasanya kalau penulis yang tua lagi ...

Penulis tua?.......tak semestinya...kekadg org muda sekrg nih matang nyer tak sama macm akak masa rumaja dulu tau...lg naif jek...tak tau apa pun...huhu...

Terus menyambung citer adik ya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 12:01 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 11:52 AM
Penulis tua?.......tak semestinya...kekadg org muda sekrg nih matang nyer tak sama macm ak ...

ya ya.. nanti suri sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 02:11 PM | Show all posts
Suriiiiiiii...where r u...? dah mamam ke belum? mana sambungnnya darling?............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 02:27 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 02:11 PM
Suriiiiiiii...where r u...? dah mamam ke belum? mana sambungnnya darling?............

hehe. dah! nak sambunga,, ok ok.. tunggu jap
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2012 02:33 PM | Show all posts
SEJUTA KALI KASIHKU 8





  Aku membelek tubuhku di hadapan cermin. Ulfah dan Infazah sudah ketawa kegirangan. Tersungging senyuman manis di bibirku. Ini masanya untuk aku bertukar kepada Puan Wafi Yasmina. Tersarung baju kurung putih gading yang ringkas di tubuhku.

  “Mesti nanti Abang Nafi’ terlopong,” ujar Infazah.

  Nafi’ benar-benar gila bagi aku. Sewaktu kami keluar untuk membeli baju akad nikah, aku bertanyakan kepada dia bila kami akan berkahwin dan jawapannya cukup mudah.

  “Kita kahwin minggu depanlah, sayang. Kan masing-masing dah ambil kursus kahwin.” Terus dia ketawa kecil.

  Dan dia benar-benar menunaikan kata-katanya. Bagi aku, semua ini berlalu dengan begitu cepat. Tidak ramai yang mengetahui aku akan berkahwin. Di restoran, hanya Encik Yahya saja yang tahu aku bakal mendirikan rumah tangga.

  Hari ini, hari bahagia aku. Hari di mana syaitan-syaitan akan menangis kerana tidak berjaya membawa dua hamba Allah ke lembah maksiat. Hari di mana aku akan menjadi seorang isteri.

  “Tak menyesal dulu aku dengan Min ambik kursus kahwin.” Ulfah kemudian tersenyum. Dulu, sewaktu aku dan Ulfah berusia 22 tahun, dia mengajakku mengambil kursus kahwin. Bila aku bertanya kenapa, dia kata suka-suka saja.

  “Haha. In pun dah ambil sebenarnya.”

  Terus pecah ketawa kami bertiga. Tapi tawaku tidak lawa. Senyuman yang aku lemparkan mati begitu saja. Riak wajahku berubah. Kolam mataku sudah bertakung.

  “Hei, kenapa ni?” Soal Infazah dan Ulfah.

  “Sepatutnya hari ni ada ayah aku yang jadi wali aku. Ada mak aku yang kalut pasal perkahwinan. Ada adik-beradik yang gembira,” tuturku sebak.

  “Min, hang ada kami. Kami memang bukan ahli keluarga hang yang sebenar tapi kami kawan yang akan selalu ada untuk hang,” ucap Ulfah sambil tersenyum.

  Aku mengangguk. Terus tubuhku dirangkul Infazah dan Ulfah.

  “Dah. Cepat mekap. Pengantin apa muka masam. Senyum sikit.”

  Bibirku mengoyak senyuman manis.

  “Mesti Ungku Nafi’ Jihadi dari semalam tak tidur sebab duk teringat Wafi Yasmina,” gurau Infazah. Aku menggeleng. Ada-ada saja mereka ini.

*****

  Ulfah berada di sebelah kananku manakala Infazah berada di sebelah kiriku. Peluh dingin sudah merenik di dahi. Jantungku berdetak laju. Ibu Nafi’ melemparkan senyuman manis kepadaku. Ustazah Zainab turut mengoyak senyuman.

  Dari jauh, aku memandang Nafi’ yang segak memakai baju melayu putih gading lengkap bersamping songket hitam keemasan dan memakai songkok. Wajahnya tetap tidak beriak namun terpancar ketenangan dan kegembiraan.

   “Aku nikahkan akan dikau Ungku Nafi’ Jihadi bin Ungku Lutfil Hadi dengan Wafi Yasmina binti Abdullah dengan mas kahwin enam puluh ringgit tunai.”

  “Aku terima nikahnya Wafi Yasmina binti Abdullah dengan mas kahwin enam puluh ringgit tunai.”

  Kelopak mataku tertutup seketika. Ada rasa sayu menghentak hatiku. Ini balasan untuk enam tahun yang aku lalui dengan perit dan jerih.

  Terima kasih, Ya Allah.

  Selepas doa kesyukuran dibaca, lelaki itu membawa diri di satu sudut dan mengerjakan solat dua rakaat. Aku mengukirkan senyuman. Ungku Nafi’ Jihadi sudah banyak berubah. Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke arahku usai solat. Langkah yang teratur dan ada senyuman di bibirnya.

  Redup mata bening itu memandangku. Dan dia duduk berhadapan denganku. Saat itu, bagaikan hanya aku dan dia saja.

  “Eheemm! Sampai bila nak tengok hang-aku,” tegur Ulfah.

  Wajahku merah. Nafi’ ketawa kecil.

  “Sayang cantik sangat,” bisiknya perlahan.

  Sebentuk cincin platinum yang bertatahkan belian disarungkan ke jari manisku. Aku menundukkan wajah lalu mencapai  tangan kanannya dan disalam pernuh hormat. Kemudian, jari-jemari itu memaut hujung daguku. Anak mata bening yang bercahaya itu menerobos dalam anak mataku.

  Dan bibirnya dilekapkan ke dahiku. Air mataku menitis juga detik itu. Seribu satu rasa bertamu di hati. Rasa selamat berada di sisinya.

  “Jangan menangis. Abang tak suka tengok sayang menangis,” ucapnya sebelum jari-jemari itu mengesat untaian hangat yang menodai pipi.

  Bibirku mengukirkan senyuman nipis. Sekarang, dia suamiku. Syurgaku di bawah telapak kakinya. Sudah termeterai satu ikatan. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga-Mu, Ya Rahman.

*****

  Ibu mentuaku tersenyum. Tangannya mengeluarkan kotak panjang yang dibaluti baldu dari beg tangan. Dahiku berkerut. Dia membuka kotak itu. Rantai tangan!

  “Apa ni?”

  “Ni hadiah mama untuk Yasmin.”

  “Tapi kan Yasmin dah ada cincin,”tolakku sopan.

  Dia menggeleng.

  “Yang tu Nafi’ bagi. Yang ni hadiah dari mama dengan Kak Lidiya.”

  Kak Lidiya? Siapakah dia? Aku tidak pernah dengar namanya apatah lagi melihat wajahnya.

  Seorang wanita awal 30-an mendekatiku. Dia melabuhkan punggung di sebelah mama. Ya. Dia punya wajah mirip mama. Malah punya senyuman yang sama. Matanya jatuh pada wajahku.

  “Ni Lidiya. Ungku Nayli Lidiya. Anak sulung mama.”

  Aku mengangguk. Terus aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

  “Cantiknya Yasmin. Patutlah si Nafi’ sanggup tunggu sampai enam tahun.” Kemudian dia ketawa kecil.

  “Lidiya duduk di Brazil dengan suami sebab suami dia kerja kat sana.”

  Selama ini, Nafi’ tidak pernah memberitahuku soal ahli keluarganya. Aku hanya tahu Nafi’ seorang. Dia terlalu berahsia. Kalau ibu mentuaku tidak memperkenalkan aku dengan adik-beradik Nafi’ pasti aku tidak tahu.

  Ah! Nafi’, Nafi’. Selalu begini.

  “Kak Yasmin…” Ada suara girang menyeru namaku. Aku berpaling. Seorang gadis yang aku agak berusia 20 tahun merangkul erat tubuhku. Aku tersentak.

  “Ni adik Nafi’. Laili. Ungku Nurin Laili. Dia belajar kat Universiti Malaya. Buat medic.” Terang mama lagi.

  “Err. Memangnya Nafi’ ada berapa orang adik-beradik?”

  “Haha. Tiga. Akak yang pertama, dia yang kedua dan si Laili yang bongsu. Dia tak pernah beritahu Yasmin eh?”

  Aku menggeleng malu sebelum menekur lantai.

  “Akak ni. Kan Abang Nafi’ dah cakap yang dia suka berahsia dengan Kak Yasmin.”

  Bibirku mengoyak senyuman. Memang Nafi’ suka berahsia denganku. Dia hanya memberitahu apa yang dia rasa perlu untuk aku tahu. Selebihnya, hanya menyimpan di hati.

  Ulfah dan Infazah sudah lama meminta diri untuk pulang. Aku tak mampu menghalang mereka kerana hari sudah lewat petang meskipun hati terasa berat. Namun aku selesa di sini. Mama dan papa baik denganku. Malah aku rasa makin selesa dengan kehadiran Kak Lidiya dan Laili ini.

  “Kak Yasmin kena tengok muka Abang Nafi’ selama enam tahun. Mengalahkan muka penjenayah. Muram memanjang. Tahun ni baru tengok dia tersenyum,” ucap Laili ceria.

  Benarkah? Hurmm. Rupanya cinta dia selama ini bukan palsu semata.

  “Haa. Mengumpat abang. Dah. Laili tepi sikit. Abang nak duduk sebelah Kak Yasmin.” Tegur satu suara.

  Nafi’ yang tampan memakai baju melayu ungu muda serta berkain pelekat melabuhkan punggung di sebelahku. Dan kemudian dia merebahkan diri di atas sofa. Kepalanya diletakkan di atas ribaku. Mama, Kak Lidiya dan Laili sudah tersengih. Wajahku diserbu darah merah. Malu!

  Jari-jemarinya mula mengelus lembut pipiku.

  “Sayang abang makin cantik,” ujarnya tanpa rasa segan.

  “Sweetnya abang!”

  “Well. Sebab tu nama abang Ungku Nafi’ Jihadi. Betul tak sayang?”

  Aku tidak menjawab sebaliknya ketawa. Dia dan semua yang berada di situ turut tertawa.

  Masih panjang perjalananku di atas muka bumi ini tapi aku harap aku mampu melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Puan Wafi Yasmina, good luck!




Last edited by surianovember on 20-11-2012 02:36 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 02:34 PM | Show all posts
Sabar menanti nih...(sambil hentak2 kaki...tak sabor sebenarnya...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2012 02:38 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 02:34 PM
Sabar menanti nih...(sambil hentak2 kaki...tak sabor sebenarnya...)

dah letak dah.. atas dari komen akak
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 03:06 PM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 02:38 PM
dah letak dah.. atas dari komen akak

Aiseh...awat komen kendian dr citer suria ye...caishhh....

Dah tamat ke suria...?atau ada lg liku2 buat rumh tangga yasmin dan nafi....?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 03:11 PM | Show all posts
sweetnya diorg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 03:13 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 03:06 PM
Aiseh...awat komen kendian dr citer suria ye...caishhh....

Dah tamat ke suria...?atau ada lg li ...

muahaha.. selagi tak ada perkataan tamat, selagi tu tak habis kak.. mesti ada konflik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 03:14 PM | Show all posts
shahrinas posted on 20-11-2012 03:11 PM
sweetnya diorg...

nasib baik sweett...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 03:48 PM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 03:13 PM
muahaha.. selagi tak ada perkataan tamat, selagi tu tak habis kak.. mesti ada konflik

Huhu...nk speku tentu ada org ke-3 nih...tetiba ada lak pompuan mana ntah minat giler kat nafi nih...betui tak?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 03:51 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 03:48 PM
Huhu...nk speku tentu ada org ke-3 nih...tetiba ada lak pompuan mana ntah minat giler kat nafi nih ...

naaa.. tak dak perempuan yang akan kacau. Nafi' tu kan setia gila
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 04:00 PM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 03:51 PM
naaa.. tak dak perempuan yang akan kacau. Nafi' tu kan setia gila

Kesetiaan tuh diuji tau....tak kira belah suami atau isteri...hahah....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2012 04:14 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 04:00 PM
Kesetiaan tuh diuji tau....tak kira belah suami atau isteri...hahah....

ye lorr.. haha tapi dalam ni kesetiaan nafi' takkan diuji kerana dah cukup kesetiaan dia diuji selama enam tahun
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 04:26 PM | Show all posts
surianovember posted on 20-11-2012 04:14 PM
ye lorr.. haha tapi dalam ni kesetiaan nafi' takkan diuji kerana dah cukup kesetiaan dia diuji sel ...

kalu gitu konflik apakah yg melanda diorg?...adakah kejujuran & kepercayaan...kiranya ada lelaki lain yg akan memikat yasmin....? adakh, adakh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 04:33 PM | Show all posts
sellie003 posted on 20-11-2012 04:26 PM
kalu gitu konflik apakah yg melanda diorg?...adakah kejujuran & kepercayaan...kiranya ada lelaki l ...

muahaha.. kalau akak nak tahu, kena baca next entri dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 06:37 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.102396 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list