CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

  [Copy link]
Post time 23-11-2012 12:08 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 11:52 PM
BAB 9

        Tengku Dennis menekan punat lif untuk ke VIP floor, dimana bilik mewahnya terletak. Jam Ro ...

Huhu...best sgt...kusyuk baca...dah terbayg2 babak watak tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2012 12:30 AM | Show all posts
sellie003 posted on 23-11-2012 12:08 AM
Huhu...best sgt...kusyuk baca...dah terbayg2 babak watak tuh....

tido termimpi2 lak jap lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:45 AM | Show all posts
bagi imaginasi korang real sikit..hehe







bilik hotel tengku dennis...gambar hiasan sajork..heheh



f430 tengku dennis..hehe

kuat berangan betol aku nih..ahak













Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:10 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 23-11-2012 12:45 AM
bagi imaginasi korang real sikit..hehe

Huhu....superb...mmg itu yg dibaygkn suite bilik hotel mewah milik tg. dennis...high taste yo...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:11 AM | Show all posts


Perghhh...tak menahn ...patutlah lisa jatuh rahang melihatnya......
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:12 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 11:13 PM
hamboi...kemain ana ngan sellie berspeku yerrrr...sampai tuan tanah pun kena tempias, sabor2..panjan ...

hari nie ana tumpang baca aje, nak komen otak tengah tepu, ada urgent agreement nak buat, deal pulak dgn org arab yg panas baran jadi takat leh baca aje

namun nak kata gak yg setiap penceritaan biasanya ada pengajaran yg cuba disampaikan


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2012 11:41 AM | Show all posts
fatehana posted on 23-11-2012 10:12 AM
hari nie ana tumpang baca aje, nak komen otak tengah tepu, ada urgent agreement nak buat, deal pul ...

tak pe..enjoy your day, btw arabs mmg agak baran..kurang ajar sikit n banyak degilnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 11:43 AM | Show all posts
sellie003 posted on 23-11-2012 08:11 AM
Perghhh...tak menahn ...patutlah lisa jatuh rahang melihatnya......

u ols pun jatuh rahang jugak khennnn? kalau tengku dennis betol2 wujud...adoyaiiii..pitammm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 11:49 AM | Show all posts
sellie003 posted on 23-11-2012 08:11 AM
Perghhh...tak menahn ...patutlah lisa jatuh rahang melihatnya......

ana pernah naik keta nie, nasib baiks edar diri cuma menumpang klu x sure malu ya hamats
sbb bila naik tue cam terbuai kejap, terlufer nak turun bila dah tiba buat malu betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 11:52 AM | Show all posts
BAB 10

        “Tak nak! Tak nak! Tak nak!” Lisa menghempaskan badannya ke sofa yang disediakan di butik tersebut. Apa si ‘Tengkujuh’ ni ingat aku ni anak patung, semua baju yang dipilihnya tak cukup inci. Lengan panjang, pendek kat bawah pulak. Panjang kat bawah tapi terdedah kat atas pulak. Rimas.
       
          Tengku Dennis hanya duduk tenang disebelah Lisa yang masam mukanya. Bob dan Adam setia berdiri di belakang sofa tempat duduk Tengku Dennis. Sekali sekala hampir terlepas juga gelak yang ditahan, mana tidaknya. Tidak pernah-pernah bosnya teman perempuan shopping, alih-alih hari ni buang tebiat nak temankan perempuan shopping. Pulak tu shopping dengan perempuan pelik, ada saja yang tidak berkenan dihatinya.
       
           Pendek sangatla, singkat sangatlah, mahal sangatlah. Naik pening kepala Bob dan Adam melihatnya. Kalau perempuan lain, dapat keluar dengan bosnya yang jutawan ni mau satu shopping complex diorang borong, tapi yang ini kena tarik dan paksa baru nak masuk mana-mana butik.
       
          “I ambil semua ni, semua yang dia try tadi.” Tengku Dennis mengarah pekerja butik untuk menguruskan prosedur pembayaran. Dia menjeling Lisa yang makin masam muka tanda tidak senang dengan semua baju pilihannya. Tengku Dennis buat tak faham, menonong dia menuju ke kaunter pembayaran.
       
          “Cash atau kredit kad Tengku?” Tanya cashier.
       
           “Debit kad boleh?” soal Tengku Dennis kembali. Cashier wanita berkenaan tersenyum dan mengangguk. Tengku Dennis menghulurkan kad yang dipegangnya. Dua orang pengawal peribadinya digamit supaya membawa beg kertas berisi baju milik Lisa yang dibeli.
       
           “Banyak bos beli baju untuk dia, untuk kitorang ni tak ada ke bos?” Tanya Adam tak malu. Tengku Dennis buat muka selamba.
       
           “Gaji dah beribu pun minta orang belanja lagi?” soal Tengku Dennis kembali. Adam mencebik. Alah bos ni…dengan awek bukan main tak kedekut.
       
            Adam membimbit separuh beg kertas yang dihulur pekerja butik sebentar tadi, separuh lagi dibimbit oleh Bob. Mereka melangkah keluar diiringi pekerja butik tadi yang tidak lekang dengan senyuman. Maklumlah dapat banyak komisen. Lisa yang berjalan beriringan dengan Tengku Dennis berhenti apabila Tengku Dennis menghentikan langkah. Mata turut dihalakan ke arah pandangan Tengku Dennis. Berubah air muka Lisa saat melihatnya, La Senza! Lisa tidaklah terlalu bodoh untuk tidak mengenali butik tersebut.
       
              Tengku Dennis senyum nakal, meremang bulu roma Lisa. Dia ingin menyambung langkah namun tangan lelaki itu kejap memegang lengannya. Lisa cuba merentap tapi pegangan itu cukup kemas. Tengku Dennis mengajak Lisa untuk masuk ke dalam butik tersebut dengan menarik tangan gadis itu. Lisa menahan.
       
            “Encik tunggu kat luar, biar saya sorang je yang masuk. Nanti dah siap saya panggil encik untuk bayar, okay?” usul lisa. Dia segan jika lelaki itu turut serta. Tengku Dennis hanya angkat bahu tanda setuju. Dia bergerak menjauhi pintu masuk butik berkenaan dan bersandar pada palang besi bertentangan dengan butik menjual pakaian dalam wanita tersebut.
       
            Bob dan Adam turut setia mengekorinya. Hampir 10 minit, Lisa keluar dari butik tersebut dan mengajak Tengku Dennis untuk pulang. Tengku Dennis kerut kening.
       
           “Tadi kata nak beli sotong kering la apa la, cepatlah bagitau berapa. Aku pergi bayar.” Tengku Dennis sudah bersedia untuk melangkah ke dalam butik berkenaan sebelum Lisa menarik lengannya perlahan.
       
           “Tak jadi lah encik, mahal sangat. Sehelai dah dekat seratus. Kita cari dekat tempat yang murah-murah sudahlah ye encik,” usul Lisa.
       
            “Tempat murah? Mana? Uptown? Pasar malam? No…no…no…aku tak pergi tempat macam tu. Dah! Jangan nak banyak bunyi, pergi pilih cepat sebelum aku yang pilihkan sotong kering kau!” marah Tengku Dennis.
       
              Adam sudah terbongkok-bongkok ketawa. Sotong kering! Ha ha ha ha…Bob hanya diam tapi senyumannya tidak mati. Bob lebih serius orangnya berbanding Adam yang agak nakal dan kebudak-budakan.
       
              Mata Tengku Dennis mencerlung tajam ke arah Adam. Adam yang perasan segera berdeham membetulkan tekaknya.
       
             “Sorry bos” mata Tengku Dennis dihalakan kembali ke arah Lisa. Ditarik tangan gadis itu supaya mengekorinya. Setelah hampir dipintu masuk butik Tengku Dennis berpaling.
       
             “Both of you…tunggu kat luar.” Tegas arahan Tengku Dennis pada pengawal peribadinya. Terbantut niat Adam nak cuci mata. Dia mengeluh.
       
             Tengku Dennis melangkah laju sambil menarik tangan Lisa. Gadis itu cuba meronta untuk melepaskan tangannya tapi tidak berjaya.
       
           “Sekarang pilih…” suruh Tengku Dennis setelah berada dalam butik tersebut. Lisa malu, dia gigit bibir bawahnya. Enggan memilih dihadapan Tengku Dennis. Dia malu.
       
            “Encik keluarlah…biar saya pilih. Nanti saya panggil encik.”
       
            “Tadi aku dah bagi kau peluang untuk pilih sendiri tapi kau tak pilih. Now biar aku pilihkan. Apa saiz?” Tanya Tengku Dennis selamba. Lisa malu tak terkata. Tengku Dennis menggamit seorang pekerja di situ yang menyangkut pita pengukur dilehernya untuk datang ke arahnya. Lisa cuak.
       
            “Ukur dia, I tak tau saiz apa. Suruh bagitau saiz apa, malu.” Omel Tengku Dennis. Pekerja itu hanya tersenyum dan mengangguk.
       
            “Saiz 34 cup B, encik.” Beritahu pekerja itu setelah siap menjalankan kerja mengukur.
       
             “Ambil semua design yang ada kat sini tiap satu, sekali dengan ‘partner’ dia. Faham kan?” Tanya Tengku Dennis pada pekerja disitu. Dia mengangguk tanda faham. 31 pasang pakaian dalam sudah selamat dibeli Tengku Dennis untuk Lisa termasuk beberapa pasang pakaian tidur yang entah sanggup atau tidak Lisa memakainya. Jarang dan seksi!
       
          Lisa takut, dia tahu. Tak ada perkara yang percuma di dunia ini. Dia takut seandainya Tengku Dennis meminta yang bukan-bukan. Dia tidak mahu menjadi perempuan simpanan lelaki itu. Lisa ingatkan mereka akan terus pulang tapi dia silap, kaki Tengku Dennis sempat melencong ke arah butik kasut. Lisa menolak tapi lelaki itu bukan jenis dengar cakap. Siap dikutuknya selipar Lisa, katanya selipar sebegitu tempatnya di dalam tong sampah. Sudahnya 5 pasang kasut dibeli.
       
         Lisa, Bob dan Adam sudah penat namun Tengku Dennis kelihatan masih bertenaga. Tetapi memandangkan jam sudah menginjak ke angka 10 dan kedai pun akan ditutup sebentar lagi mereka menuju ke kenderaan masing-masing untuk pulang.
       
          Beberapa orang gadis yang berada diruang parkir vvip melemparkan pandangan cemburu melihat si gadis yang diiringi jejaka kacak dan pulang dengan penuh hasil shopping. Lisa langsung tidak berasa bangga malahan khuatir akan nasibnya. Dia sudah terlanjur menerima banyak kebaikan dan budi yang ditabur Tengku Dennis. Dia takut kerana budi tergadai body.
       
         Sewaktu di dalam kereta selepas makan malam, Tengku Dennis bertanya kepada Lisa.
       
          “Kat mana rumah? Biar aku hantar.” Lisa kaget. Apa yang patut dijawabnya. Dia hanya ada dan kenal Tengku Dennis.
       
          “Ermmm…saya…sayakan tak ada i.c, bag saya semua tu kan kena rompak siang tadi. Macamana saya nak balik,” ujar Lisa. Tengku Dennis diam.
       
          “Apa kena mengena i.c kau dengan aku nak hantar kau balik? Malam ni aku hantar kau balik, kemudian besok kau pergi Jabatan Pendaftaran Negara then buatlah ic baru. Lepas tu, kalau kita jumpa lagi selepas ni kat mana-mana anggap je kau tak kenal aku. Okay?” usul Tengku Dennis.
       
         Lisa pucat, dia takut ditinggalkan sendirian oleh lelaki itu. Sungguh! Dia tidak tahu mana arah tujunya kalau lelaki itu campak dia kat mana-mana tepi jalan. Kejadian dikejar perompak tadi sudah cukup memberi banyak pengajaran buat Lisa bahawa Kuala Lumpur terlalu bahaya untuknya.
       
           “Rumah saya tak ada orang encik, kunci semua dalam bag tadi. Saya ni ibarat pendatang asing encik. Kalau ada i.c boleh juga saya pergi rumah makcik saya kat Kelantan,” bohong Lisa. Tengku Dennis dapat merasakan ada yang tidak kena. Tapi tidak mengapa. Sejauh mana perempuan itu mahu berbohong. Ini Tengku Dennis, punya wang dan segala-galanya. Akan disiasat siapa Lisa yang sebenarnya.
       
          Pedal minyak ditekan untuk meningkatkan kelajuan, Lisa kecut perut. Gaya pemanduan lelaki disebelahnya benar-benar menakutkan. Tahulah kereta mahal, laju pulak tu tapi ni jalan raya bukan litar sepang, karang mati katak je.
       
            “Slow sikit boleh tak encik? Saya takut…” ujar Lisa lambat-lambat. Gaya pemanduan lelaki itu macam orang hilang akal. Tengku Dennis hanya menjeling sekilas ke arah Lisa.
       
            “Nama kau Mellisa kan? So…panggil Lisa kan? Okay…listen here Lisa, kalau nak hidup dengan aku, kau kena biasakan diri dengan semua ni okay? Selepas ni lagi dahsyat perkara yang akan kau lalui,” beritahu Tengku Dennis. Tiba-tiba Lisa mula berasa takut. Bila masa pulak dia cakap nak hidup dengan Tengku Dennis. Lisa runsing, adakah keadaannya sekarang ibarat keluar mulut naga, masuk mulut harimau?
       
            Lisa hanya membatu sehinggalah sampai ke muka pintu bilik hotel. Bob dan Adam membantu meletakkan barang-barang yang dibeli di sisi katil. Selepas itu mereka terus berlalu tanpa banyak soal. Tengku Dennis merebahkan badan diatas katil.
       
           “Encik tidur kat sini ke?” Tanya Lisa. Tengku Dennis mencelikkan mata.
       
           “Habis tu nak tidur mana lagi?”
       
           “Kenapa encik tak sewa bilik lain?” Tanya Lisa lagi, dia tak nak sebilik dengan Tengku Dennis. Dia takut. Walaup apa pun Tengku Dennis tetap lelaki dan dia perempuan.
       
             Tengku Dennis berang, pantang baginya orang mengganggu dia berehat dan membantah cakapnya. Mukanya di seriuskan.
       
            “Mana aku nak tidur, itu hak aku. Kau tu menumpang buat cara menumpang. Kalau rasa tak nak sebilik dengan aku pergi tidur luar bilik atau keluar terus dari hotel ni!” tengking Tengku Dennis. Dia memang jenis manusia yang tidak fikirkan hati dan perasaan orang lain. Fikirkan hati dan perasaan orang lain pun dia tak ingin apatah lagi untuk menjaganya.
       
             Lisa benar-benar kecil hati, namun apalah yang mampu dia lakukan. Lagipun dia yakin Tengku Dennis tidak akan mengapa-apakannya sebab kalau lelaki itu sudah berniat jahat dari awal, sudah lama tubuhnya diratah.
       
             Lisa pujuk hati sendiri. Dia merebahkan tubuh diatas sofa, malam ini sofa itulah yang akan menjadi alas tidurnya. Tanpa selimut dan bantal, Lisa yang sememangnya keletihan terus terlelap. Semoga hari esok lebih baik untuknya.





p/s : may b ni post last tuk minggu ni sebab hari ni nak pg holiday day day....so bz sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:53 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 23-11-2012 11:41 AM
tak pe..enjoy your day, btw arabs mmg agak baran..kurang ajar sikit n banyak degilnya...

enjoy reading bolehlah nak enjoy hari ni cam harem aje lglah bila pak arab tue asyik call aje
x nyabor betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:03 PM | Show all posts
ok samat bercuti farah tp pastikan ada sambungan next week yea

nak komen gak walau otak tepu, aduhai TD nie dlm menolong tp egonya tinggi melangit
dan si Lisa nie walau terdesak tp masih nak ikut pala dia gak
jadi mmg patutlah dihantukkan pala diaorg supaya betul sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:10 PM | Show all posts
fatehana posted on 23-11-2012 11:53 AM
enjoy reading bolehlah nak enjoy hari ni cam harem aje lglah bila pak arab tue asyik call aje
x  ...

hahaha..nak share 1 story jugak lah, my uncle keje dengan satu universiti nih, lepas tu ada lecturer arab ni nak balik tempat dia sebab dah habis contract mengajar, so dia tolong uruskan penghantaran barang pakai shipping...biasanya dalm 2minggu sampai, dalam masa 2 minggu tu bayangkan hari2 dia datang office, hari2 dia call, hari2 dia bawak translator sebab dia tak boleh ckp melayu n bi, boleh cakap arab je semata-mata...my uncle terangkan benda sama tiap kali dia datang, tapi dia tetap datang dan tanya benda sama..hahahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:13 PM | Show all posts
fatehana posted on 23-11-2012 12:03 PM
ok samat bercuti farah tp pastikan ada sambungan next week yea

nak komen gak walau otak tepu, adu ...

insyaallah....aah, lisa ni memang bodoh..mentang2 TD tu hensem...hishh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:23 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 23-11-2012 11:43 AM
u ols pun jatuh rahang jugak khennnn? kalau tengku dennis betol2 wujud...adoyaiiii..pitammm... {:m ...

Kalu wujud...sama ler sy fara...sure pitam di pangkuan tg dennis...ohh...bahagianya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:26 PM | Show all posts
fatehana posted on 23-11-2012 11:49 AM
ana pernah naik keta nie, nasib baiks edar diri cuma menumpang klu x sure malu ya hamats
sbb bila ...

yeker ana...bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...mesti masa naik tuh terawang2 jek kan?...laju pun laju ...desup...jap dah sampai...ahaks...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 12:28 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 23-11-2012 12:10 PM
hahaha..nak share 1 story jugak lah, my uncle keje dengan satu universiti nih, lepas tu ada lectur ...

My Bahasa Arab teacher dulu org dr middle east gak, cam farah katalah yg dia tahu cakap BA tp BA dia pun cam nan hado, suka wat kecoh pernah lempang student kita sbb salah paham, mmg bengang dgn dia tue then sbb incident dia lempang 2 pelajar lelaki yg xleh nak diterima so ana pun guna kuasa veto paksa ayah ana yg bekerja dgn pejabat pelajaran utk wat transfer order pada cikgu tue, then kami dpt sorang lg, yg nie lak miang ya hamats dgn student pompuan, asyik2 ckp "u look so sexy in ur uniform" gila betullah dgn org arab nie diaorg nie xde lain ke nak fikir xcept bendalah tue
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:29 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 23-11-2012 12:13 PM
insyaallah....aah, lisa ni memang bodoh..mentang2 TD tu hensem...hishh

nak wat camner baik lelaki mahupun pompuan akan bereaksi yg sama juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:30 PM | Show all posts
sellie003 posted on 23-11-2012 12:26 PM
yeker ana...bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...mesti masa naik tuh terawang2 jek kan?...laju pun laju ...de ...

tahu xpe sellie
masa tue tumpang keta client nak ke Penang
bygkan dr KL x sampai 2 jam setengah kami dah sampai
masa dia cilok here and there x terasa pun
hrp2 lain kali ada peluang lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 12:31 PM | Show all posts
sellie003 posted on 23-11-2012 12:23 PM
Kalu wujud...sama ler sy fara...sure pitam di pangkuan tg dennis...ohh...bahagianya....{:mlblossom ...

pitam berkali-kali pun tak pe...asal di pangkuan dia...hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.222170 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list