CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

  [Copy link]
Post time 27-11-2012 09:34 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 26-11-2012 11:48 PM
mesti ada reason punya...heheh... cer citer speku yg ada dalam otak tuh..hehe

kena tunggu lps pak aran tue balik sana nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2012 09:44 AM | Show all posts
fatehana posted on 27-11-2012 09:34 AM
kena tunggu lps pak aran tue balik sana nnt

haha..stress sangat dgn pak arab tu nampaknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 09:44 AM | Show all posts
shahrinas posted on 27-11-2012 08:57 AM
kelakolah LISA nie...

haha...agaklah,
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:44 AM | Show all posts
lagi...sambungan...heheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 09:45 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-11-2012 08:46 AM
Tulah pasal...nasib adik saya...ikutkn dia dah macm2 dugaan kena kt dia...tp tabh gaklah...cuma ke ...

tak pe...jadikan as a pengalaman hidup..tak semua orang berpeluang merasainya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 09:46 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-11-2012 08:27 AM
Kejam sikit.....! adkh lisa kena pukui ka...

kih kih..sabar sellie, bawak2 bertendang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2012 09:47 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 27-11-2012 09:44 AM
lagi...sambungan...heheheheh

hehe..tu diaaaa...sabo..sabo..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:48 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 27-11-2012 09:44 AM
haha..stress sangat dgn pak arab tu nampaknya...

mmg stress rasa cam nak liga
btw ana nak tanya si lisa tue pakai baju TD sbb dia nak solat yea
but lisa is so cute
dan sian kat amran
adakah lisa akan bertemu amran
hanya penulis yg tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 09:55 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 27-11-2012 09:46 AM
kih kih..sabar sellie, bawak2 bertendang..

x sabo dah nih...ahahahah....taklah saja bikin havoc aje lebih...sila sambung ya...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:57 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-11-2012 08:27 AM
Kejam sikit.....! adkh lisa kena pukui ka...

kena pukul, kena jual, kena apa lagi sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:57 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 27-11-2012 09:45 AM
tak pe...jadikan as a pengalaman hidup..tak semua orang berpeluang merasainya..

Yup, betui tuh...pengalm idup mengajr manusia lebih baik...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 10:03 AM | Show all posts
fatehana posted on 27-11-2012 09:57 AM
kena pukul, kena jual, kena apa lagi sila sambung

kena ketuk ketampi....muleh gitu...ahaks...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 10:13 AM | Show all posts
fatehana posted on 27-11-2012 09:48 AM
mmg stress rasa cam nak liga
btw ana nak tanya si lisa tue pakai baju TD sbb dia nak solat yea
...

aah..dia pakai baju TD sebab nak solat, bilik hotel mana nak ada telekung, tambah pulak si TD tu lelaki khennnn... btw kalau ada yang tak logic tu buat tak nampaklah ye...
ana sepak je la pak arab tu, tapi kalau sepak jap lagi buatnya dia lagi bertambah suka, naya...arabs kan suka kasor2 sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 10:13 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-11-2012 10:03 AM
kena ketuk ketampi....muleh gitu...ahaks...

wakaka aduhai sellie xde ke nak bagi yg lebih mantops dr itu
sbb farah kata kita akan jadi benci kat TD lps kita dok puji sekrg
so kenalah teruk ya hamats
dalam pala ana nie cam2 speku antaranya
si TD nie ketua mafia, ketua samseng ala2 kat hong kong/mexico
ketua sindiket dadah pun yea jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 10:14 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-11-2012 09:55 AM
x sabo dah nih...ahahahah....taklah saja bikin havoc aje lebih...sila sambung ya...

haha..sat lg sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 10:15 AM | Show all posts
fatehana posted on 27-11-2012 09:57 AM
kena pukul, kena jual, kena apa lagi sila sambung

jap lg la sambung, buat korg panas hati dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 10:17 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 27-11-2012 10:15 AM
jap lg la sambung, buat korg panas hati dulu..

suka taw nak wat panas hati
sambung cepat sbb jap lagi nak kuar gi meeting
nak tunggu mlm lambat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 10:23 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 27-11-2012 10:13 AM
aah..dia pakai baju TD sebab nak solat, bilik hotel mana nak ada telekung, tambah pulak si TD tu l ...

sbb apa yg Lisa buat tue lbh kurang mcm ana buat masa x bawak telkung
alah yg kurang sana sini tue lbh kurang halal ajelah
mmg rasa nak buat mcm tue tp takutlah
nnt dia ikut balik cara senyap2 mcm mana
pak arab tue ada bodyguard lg
mlm semlm bos ana kata dia terpaksa layan pak arab sampai kul 1 pagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 10:31 AM | Show all posts
BAB 13.

        “Macamana boleh jadi macam ni Raz?! Kita buat kerja ni bukan baru hari ni tau tapi kenapa benda bodoh macam ni boleh berlaku?” marah Tengku Dennis. Panas hatinya bukan kepalang. Dia tidak suka apa-apa urusan bisnes yang di lakukannya tergendala atau terbabit dengan masalah.
       
         “Benda ni bukan salah kita Denz. Tangan kita dah terlepas bagi urusan kali ni. Kita dah dapat payment kita dan diorang dah dapat barang. Sekarang ni diorang yang cuai dan lalai sehinggakan kapal diorang dirampas. Kita dah tak ada apa-apa kaitan Denz.” Razman bersungguh-sungguh meyakinkan Tengku Dennis. Baginya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Segalanya sudah selesai. Itu semua sudah menjadi urusan pihak pembeli. Bukan pihak penjual, iaitu mereka.
       
        Satu tumbukan dilepaskan pada meja kerjanya. Tengku Dennis bertambah naik darah apabila mendengar alasan sahabatnya Razman.
       
        “Kau jangan jadi bodoh Raz! Kalau mereka susah, kita juga akan susah! Kau jangan nak buat-buat tak tahu pulak.”
       
        “Tapi Denz…” Razman masih mahu membela diri tapi Tengku Dennis lebih cepat memangkah kata-kata lelaki itu.
       
         “Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Sekali lagi benda ni terjadi, aku harap kau tahu apa yang patut kau lakukan. Faham?!” jerkah Tengku Dennis. Razman hanya mengangguk dan berlalu keluar dari ruang pejabat Tengku Dennis. Kata-kata lelaki itu tidak boleh dan tidak mungkin akan mampu dibahas lagi. Kalau hitam katanya maka hitamlah, kalau putih katanya maka putihlah.
       
          Tengku Dennis mendengus kasar. tali lehernya dilonggarkan. Rimas! Mukanya masam mencuka sambil melabuhkan duduk dikerusi kulit mewah miliknya. Tangan kirinya dibawa ke dahi dan di urut perlahan. Berdenyut kepalanya dengan masalah yang menimpa. Kalau silap percaturan, semuanya boleh lingkup.
       
           “Bodoh! Kerja senang pun tak boleh nak buat,” bebel Tengku Dennis. Dia tiada mood untuk menyiapkan kerjanya. Jam ditangan baru menunjukkan ke angka 1.30 petang, agak awal untuk di pulang ke hotel. Lantas dia teringatkan Lisa, pasti gadis itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke hotel. Sekarang dia ada alasan untuk pulang. Masih awal atau tidak, itu tidak menjadi hal. Lagipun, dia kan bos. Siapa berani menghalang dan marah.
       
         Kunci kereta mewahnya dicapai, sudah dipastikan hala tujunya. Terasa ingin menjamu selera bertemankan gadis itu. Pelik sungguh. Sebelum ini tak ada pula hatinya buat perangai nak makan berteman, elok saja makan berseorangan atau dengan client. Kali ni buang tebiat pula. Kereta dipecut laju, tidak sabar mahu sampai ke hotel dengan cepat.


           “Stop! Stop! Berhenti Abang Bob! Berhenti…!” jerit Lisa sambil menepuk bahu Bob. Segera lelaki itu beri signal dan memberhentikan kereta di bahu jalan. Bersinar-sinar mata Lisa melihat payung-payung dan lori yang diparkir disatu sudut ditepi jalan itu. Tanpa berlengah dia segera mengajak Bob dan Adam untuk keluar dari kereta. Tergopoh-gopoh mereka berdua membontoti langkah Lisa.
       
          “Kita lunch kat sinilah Abang Bob, Abang Adam. Okay tak?” usul Lisa tersenyum-senyum. Sudah dapat membayangkan keenakan laksa dan cendol yang akan melalui tekaknya sebentar lagi. Nyaman…
       
         “Hah? Sini? Nak makan apa kat sini Lisa?” tanya Adam.
       
         “Abang Adam tak pernah makan kat tempat macam ni ke?” soal Lisa kembali.
       
         “memang harapanlah nak dapat makan tempat macam ni lisa oiii…Tengku Dennis tu jaga status. Mana kelas nak makan tepi jalan,” sampuk Abang Bob. Lisa hanya mengangguk.
       
         “Ala…bukan tengkujuh tu tau pun kalau kita makan kat sini,”
       
          “Lisa panggil Tengku Dennis tu tengkujuh? Beraninya. Karang buatnya dia tahu, masak  nanti…” ulas Adam takut-takut. Gila…berani dia main-mainkan nama Tengku Dennis, kalau lelaki tu tahu. Masak…
       
         “Tak payah nak fikir apa-apa lagi lah…korang ni, takut sangat dengan Tengku Dennis tu kenapa?” tanya Lisa pelik. Nampak sangat kedua-duanya takut untuk ingkar arahan Tengku Dennis. Tapi, dia pun takut juga sebenarnya. Buat-buat tidak takut sebenarnya.
       
          Adam dan Bob kecur liur melihat pelanggan yang sedang asyik menghirup cendol. Cuaca panas sebegini memang indah andai dapat mentibai barang semangkuk dua.
       
         “Sebelum air liur tu meleleh baik kita duduk kat bangku sana tu. Jom!” Lisa mendahului mereka menuju ke arah salah satu meja yang kosong. Setelah Bob dan Adam melabuhkan duduk, Lisa teragak-agak untuk turut duduk.
       
         “Lah…tadi dia yang beria-ia, yang duk tercegat lagi kenapa?” tanya Bob. Gadis itu hanya mematung disebelah bangku kosong. Mukanya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu.
       
         “Pinjam kot Abang Bob kejap boleh?” pinta Lisa perlahan. Bob dan Adam saling berpandangan. Dah kenapa pulak…
        Tanpa banyak bicara Bob tetap menanggalkan kot hitam yang tersarung ditubuhnya lantas dihulurkan pada tangan Lisa yang sedari tadi sedia menanti. Kemudian barulah gadis itu melabuhkan duduk sambil tersenyum. Kot milik Bob tadi diletakkan diatas pahanya, tujuannya untuk melindungi paha yang terdedah apabila duduk. Makan tepi jalan, pakai baju paras lutut, bila duduk tentulah tersingkap. Karang tak pasal-pasal excident semua kereta yang tengok.
       
         “Okay, sekarang dah boleh order. Lisa nak cendol, laksa dengan rojak buah,” pesan gadis itu. Setelah semua pesanan tiba di atas meja, kelam kabut Bob dan Adam bangun dari kerusi sehinggakan bangku tersebut tercampak ke belakang. Lisa melemparkan pandangan kurang senang, segan dengan pelanggan lain. Tak senonoh betul diorang ni.
       
         “Apa ni Abang Bob, Abang Adam…tetiba bangun ni. Muka pucat macam nampak hantu je. Nasib baik tak terbalik meja korang buat perangai macam ni.” Lisa mengeluh. Baru nak menjamu selera dah buat perangai. Bob dan Adam yang berdiri dihadapannya terkulat-kulat sambil tersengih kelat. Belum sempat Lisa mengarahkan mereka duduk kembali, Adam sudah bersuara.
       
       “Bos…hai…buat apa kat sini?” tegur Adam takut-takut. Gila! Bagai nak melompat keluar segala isi dalam badan melihatkan Tengku Dennis yang berdiri tegak di belakang Lisa. Bob yang sudah stabil kembali buat muka serius. Sesungguhnya itulah wajah yang selalu dipamerkan Bob. Berlainan sekali dengan adam yang banyak karenah.
       
         “Buat apa? Buat apa yang korang buat kat sinilah. Apa yang korang buat kat sini, itulah yang aku buat.” Haish…berbelit sangat jawapan Tengku Dennis ni kenapa, getus Adam. Lisa yang mendengar suara itu segera berpaling, tetap menunjukkan wajah selamba. Patutlah kelam kabut bangun. Hitler dah mari daa…tapi macamana boleh muncul kat sini si tengkujuh ni.
       
         “Pelik kenapa aku kat sini?” soal Tengku Dennis ringkas dan melabuhkan duduk di bangku sebelah Lisa. Matanya tajam memandang Lisa yang selamba menghirup cendol dihadapannya. Langsung tak ada perasaan bersalah.
       
           “Abang Bob…Abang Adam…duduklah, apa tunggu lagi. Sedap ni…” pelawa Lisa. Dihadiahkan senyuman untuk tatapan Tengku Dennis disebelahnya. Adam yang melihat Tengku Dennis hanya mendiamkan diri dengan ajakan Lisa, segera melabuhkan punggungnya. Kecur liur melihat cendol dan laksa di depan mata. Tambahan pula sudah lama tidak merasai makanan tepi jalan sebegini.
       
         Bob juga  mengikut jejak langkah Adam. Tengku Dennis hanya diam memerhati pengawal peribadinya dan Lisa menjamu selera. Dia berdeham, Bob dan Adam langsung tidak angkat kepala. Hanya Lisa yang memberi respon.
       
        “Eh…lupa pulak encik ada kat sebelah…encik pernah makan cendol? Nak try? Sedap tau…” Tengku Dennis menggeleng. Apa kelas makan makanan tepi jalan dengan habuk yang banyak macam ni.
       
         Dari pandangan Tengku Dennis, Lisa dapat mengagak Tengku Dennis tidak pernah ke tempat sebegini. Timbul niat untuk mengusik. Lisa mendekatkan mangkuk cendol dan laksa ke arah Tengku Dennis. Disudukan sedikit cendol dan disuakan ke mulut Tengku Dennis yang sudah melabuhkan duduk disebelahnya.
       
         “Nah..trylah encik…sedap ni…mehla saya suap. Bukan senang saya nak suap orang tau.” Tengku Dennis hanya membatu dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Mengelak sudu yang berisi cendol yang disuakan Lisa.
       
         “Ala…please…trylah, satu je. Saya janji kalau tak sedap encik boleh denda saya, Abang Bob dan Adam.” Terbatuk-batuk mereka berdua. Apahal kitorang terbabit sama Cik Lisa oiii…Tengku Dennis ni sudahlah lain sikit taste nya. Bala-bala…
       
           Tengku Dennis lembut hati. Lemah dengan suara Lisa yang kedengaran manja pada telinganya. Lisa yang gembira apabila suapannya bersambut tanpa sedar terus menyuakan lagi sudu yang berisi cendol ke arah Tengku Dennis sehinggakan habis semangkuk cendol itu disuap kepada Tengku Dennis.
       
          Tengku Dennis yang sememangnya tengah lapar, tanpa segan silu telah menarik mangkuk laksa milik Lisa dan memakannya. Terkebil-kebil 3 pasang mata memandang aksi Tengku Dennis. Lisa ketawa dalam hati. Lain kali jangan pandang rendah pada makanan tepi jalan. Kena sekali, nanti mesti datang lagi.
       
         Berpeluh-peluh Tengku Dennis sewaktu menjamah laksa tersebut. Sudahlah pedas, dengan keadaannya tempatnya yang terletak ditepi jalan. Ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas. Hilang malunya dek kerana kesedapan laksa dan cendol itu. Belum pernah dia merasa makan makanan sebegitu enak. Sebelum ini hanya hotel mewah dan restoren eksklusif sahaja yang mejadi pilihannya.
       
         Lisa yang kasihan melihat Tengku Dennis yang sudah berpeluh dahinya tanpa sedar telah mengambil tisu dan mengelap peluh yang terbit di dahi lelaki itu. Tengku Dennis tersentak apabila ada tangan yang bermain-main di dahinya segera menoleh. Lisa yang masih leka dengan kerjanya tidak perasankan renungan lelaki itu. Adam dan Bob yang memahami keadaan itu perlahan-lahan bangun dan menuju ke arah kereta, berniat mahu menunggu Tengku Dennis dan Lisa disitu.
       
          “Dah habis makan kan? Jom balik…” ajak Tengku Dennis. Lisa termalu sendiri dengan tindakan diluar sedarnya. Tengku Dennis membuka wallet dan meletakkan not seratus dia atas meja.
       
          “Encik tak nak ambik balance ke? Banyak tu…” soal Lisa sambil mengekori Tengku Dennis yang berjalan menuju ke arah Bob dan Adam.
       
         “Tak payah…duit aku, bukan duit kau.” Lisa mencebik. Sombong!
       
          “Adam, Bob…kau balik dulu. Lisa balik dengan aku. Malam nanti standby, apa-apa aku call. Make sure korang ada berdekatan hotel kalau nak keluar,” arah Tengku Dennis kepada pengawal peribadinya. “Kau ikut aku…” arahnya pada gadis itu.
       
           Lisa melambai ke arah Bob dan Adam yang berlalu meninggalkan mereka. Adam membalas lambaian tersebut siap dengan pakej senyuman kerang busuknya lagi.
       
         “Dah…tak payah nak lambai sangat, nanti jumpa juga kat hotel.” Naik berbulu mata Tengku Dennis dengan kemesraan Lisa dan Adam. Nak melambai bagai, bukannya dua tiga bulan lagi baru berjumpa. Takat si Adam tu, hari-hari boleh jumpa.
       
         “Lambai pun salah…dia ni kan, semua benda nak jadi isu. Entah pape…” dengus Lisa sebelum membuka pintu kereta.



p/s : untuk pengubat jiwa ana b4 g meeting   untuk sellie yang suka berspeku .... untuk semua yang membaca, harap terhibur dan dapat hilangkan stress bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 10:50 AM | Show all posts
So sweet lisa n TD...

sabar menunggu sambungan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.085493 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list