CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surianovember

Tika Ini, Hati Mati [U]

[Copy link]
 Author| Post time 14-12-2012 10:52 PM | Show all posts
sellie003 posted on 14-12-2012 09:55 PM
Yuhuu...sama ler no see long time...ahaks...sambung lekas ya...

suria sibuk dengan kerja yg langsung tak penting.. haha. Okiess dokieess. Nanti suria sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 11:51 AM | Show all posts
Adik manis, bila nak ada sambungan citer ni... Nx n3 kasi pjg2 blh adik manis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 12:48 PM | Show all posts
Sherasi posted on 15-12-2012 11:51 AM
Adik manis, bila nak ada sambungan citer ni... Nx n3 kasi pjg2 blh adik manis..

hiksss... nanti suria letak. Terlupa nak letak sebenarnya. haha.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 12:51 PM | Show all posts
surianovember posted on 15-12-2012 12:48 PM
hiksss... nanti suria letak. Terlupa nak letak sebenarnya. haha.

jgn lupa2 adik manis, kakak2 disini semua panas punggung duk tunggu n3 dr adik manis ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 01:07 PM | Show all posts
Sherasi posted on 15-12-2012 12:51 PM
jgn lupa2 adik manis, kakak2 disini semua panas punggung duk tunggu n3 dr adik manis ...

heee. tunggu jap suria letak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 01:09 PM | Show all posts
BAB 3

  Wajahku disembamkan ke meja. Rambut yang panjang mengurai paras pinggang milikku dibiarkan lepas dan pastilah kusut! Masih teringat renungan lelaki tampan itu. Masih teringat sentuhannya yang hangat. Siapakah lelaki ini? Malah dia cukup mengenali sebaris nama milikku. Bilqis Huraiyah. Ya. Namaku, Bilqis

  Seorang gadis yang berumur 23 tahun. Dibesarkan dalam kemewahan. Ibu dan ayahku dulu merupakan ahli perniagaan yang terkenal dan terlalu alpa dengan kemewahan dunia. Itu silapnya. Kerana kemewahan, mereka terlibat dalam kancah derita. Terlibat dalam najis dadah.

  Malah aku pernah melihat mereka menggunakan dadah yang menyuntik secara perkongsian. Aku tahu HIV boleh terjadi kerana perkongsian jarum atau syringe yang mengandungi darah yang tercemar dengan HIV, hubungan seksual dengan pembawa HIV, jangkitan daripada ibu yang dijangkiti dengan HIV dan AIDS kepada bayi, trasfusi darah dan produk darah yang mengandungi HIV, dan pemindahan organ yang dicemari HIV.

  Akhirnya, mereka meninggal dan tika itu juga aku kehilangan segalanya. Aku bukan lagi Bilqis Huraiyah yang bisa memiliki apa saja yang diinginkan. Aku mula belajar untuk hidup susah bersama nenek. Aku mula belajar untuk tegar.

  Mula belajar bahawa wang bukan segalanya.

  Namun bukan mudah untuk aku melalui hidup ini. Orang ramai tetap meminggirku. Menganggap aku juga punya HIV. Bertahun-tahun berlalu dan aku masih dipinggirkan. Tiada apa yang mampu aku lakukan.

  Aku kuat. Aku harus kuat.

  “Ai.” Terus wajahku dipalingkan. Nenek mengatur langkah mendekatiku.

  Bibirku mengoyak senyuman kelat.

  “Tadi Inayat datang,” tutur nenek perlahan.

  Lidahku kelu. Perit rasanya apabila nenek berbicara soalnya. Hanya membuatkan hatiku kian mati. Tika ini, hati mati. Mati sepertimana hatiku mati bertahun-tahun yang lalu. Ini yang aku terima atas segala rasa cinta di hatiku.

  Inayat Amin hanya masa lalu yang menyakitkan bagiku!

  “Dia datang buat apa?” soalku keras.

  “Dia minta maaf.”

  Aku melakar senyuman sinis.

  “Maaf? Selepas apa yang terjadi, dia minta maaf? Dia ingat Ai ni tunggul ke? Dia ingat Ai ni tak ada perasaan ke?”

  Jemariku menunjal-nunjal dadaku sendiri. Pedih!

  Minta maaf yang dia hulurkan tidak mampu menghilangkan atau memperbaiki segalanya. Semuanya sudah berakhir. Semuanya sudah musnah. Hatiku sudah mati. Apa lagi yang dia inginkan? Dia tidak memberi waktu untukku supaya aku boleh memberikan penjelasan.

  Mudahnya dia mempercayai lelaki yang datang merosakkan majlis akad nikah itu.

  “Ai, mungkin ini yang terbaik,” ujar nenek lembut.

  “Terbaik? Hati Ai sakit, nenek cakap ini yang terbaik?”

  “Bilqis Huraiyah, jangan lupa segalanya. Cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit di hati bukannya marah tetapi memaafkan kesalahannya.”

  Sekali lagi aku kehilangan kata.

  “Nantilah Ai fikir lain.”

  Pintu rumah diketuk bertalu-talu membuatkan aku dan nenek saling berpandangan. Aku menghela nafas lemah. Entah siapa yang datang tika ini. Yang pasti, aku tidak suka!

*****

  Dua orang lelaki yang bertubuh tegap dan seorang wanita yang aku agak dalam lingkungan pertengahan 30-an menunduk. Dahiku berkerut. Tidak aku kenali siapa mereka. Wanita itu mengoyak senyuman mekar.

  “Cik Bilqis kan?” aju wanita itu perlahan.

  Lambat-lambat aku mengangguk.

  “Tuan muda nak jumpa cik.”

  “Siapa?”

  “Tuan muda. Tak apa kalau cik tak kenal dia.”

  Aku  menggeleng. Gila! Saat aku cuba untuk menutup ambang pintu, salah seorang daripada lelaki bertubuh tegap itu menahan pintu dengan kakinya. Aku cuba untuk tidak menjerit. Tidak mahu membiarkan nenek yang berada di kamarnya risau.

  Wanita itu menolak ambang pintu dan berdiri di hadapanku. Jantungku berdetak laju. Pucat wajahku. Khuatir mereka melakukan perkara yang tidak diingini kepadaku dan nenek.

  Aku menapak ke belakang dan mula untuk mengatur langkah namun dirasakan seperti benda tajam mencucuk pinggangku. Nafasku tidak teratur. Peluh dingin mula merenik di dahiku.

  “Cik jangan takut. Kami bukannya nak buat apa pun. Kami hanya nak bawak cik jumpa tuan muda. Itu saja.” Wanita itu cuba berdiplomasi denganku.

  Terus aku menggeleng.

  “Saya tak nak.”

  Bibir wanita itu didekatkan dengan peluput telingaku yang terselindung dek tudung yang dipakai.

  “Kalau cik tak nak, mungkin nenek cik yang ada di bilik tu akan mati dalam masa beberapa saat nanti dan saya tak jamin cik pun akan hidup,” bisiknya lembut namun penuh dengan nada ugut.

  Kerongkongku terasa perit mendengar ugutannya. Aku tahu wanita ini tidak membohongiku. Tangannya sudah ketar.

  “S… saya ikut.”

  Tika itu juga benda tajam yang singgah di pinggangku diturunkan. Aku menghela nafas lega.

  “Nek, Ai keluar kejap,” laungku dalam resah.

  “Jangan balik lewat!”

  “Baik, nek.”

  Wanita itu mencapai jemariku lalu menarikku. Memaksa aku membuntuti langkahnya dan dua orang lelaki yang bertubuh tegap berjalan di belakangku. Benar-benar membuatkan rasa takut menghentak tangkai hatiku.

  Entah apa yang bakal terjadi nanti. Adakah tuan muda yang dimaksudkan ialah lelaki tampan yang merosakkan majlid akad nikahku? Entahlah. Aku hanya mampu menunggu dan melihat.




Last edited by surianovember on 15-12-2012 01:11 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2012 08:58 PM | Show all posts
Cik adik manis, tatak cukuplah sayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 09:04 PM | Show all posts
Sherasi posted on 15-12-2012 08:58 PM
Cik adik manis, tatak cukuplah sayam

haaa? tak faham.. hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 09:40 PM | Show all posts
Tak cukup sayang... Letaklah n3 byk2 adik manis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 09:47 PM | Show all posts
Sherasi posted on 15-12-2012 09:40 PM
Tak cukup sayang... Letaklah n3 byk2 adik manis....

wo ming bai lee.. hikss. Ya ya. Nanti cik suria letak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 09:50 AM | Show all posts
Happy Monday Cik Suria di bulan December... teruskan mengorak langkah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 12:04 PM | Show all posts
wasap posted on 17-12-2012 09:50 AM
Happy Monday Cik Suria di bulan December... teruskan mengorak langkah...

hikss.. happy monday jugak. ya ya. Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:11 AM | Show all posts
Ingt adalah sambung...time2 cuti nih rajin2 ler tepek...rotan nak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 11:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-12-2012 10:11 AM
Ingt adalah sambung...time2 cuti nih rajin2 ler tepek...rotan nak...

ampunkan tuan hamba. Tuan hamba tak nak rotan. Hikssss.. nanti suria letak. Duk sibuk buat ending sampai terlupa nak letak next entri kat sini. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 11:52 AM | Show all posts
surianovember posted on 18-12-2012 11:50 AM
ampunkan tuan hamba. Tuan hamba tak nak rotan. Hikssss.. nanti suria letak. Duk sibuk buat ending  ...

Aik...tepek baru 2 muka dah ada ending?...bagus adik akak nih...boleh letak terus sampai tamat ya....huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 12:04 PM | Show all posts
sellie003 posted on 18-12-2012 11:52 AM
Aik...tepek baru 2 muka dah ada ending?...bagus adik akak nih...boleh letak terus sampai tamat ya. ...

hehe.. Kat blog dah nak habis tapi terlupa nak tepek kat sini sama. Muahahaha.. ya ya. Tunggu jap suria letak next entri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2012 12:06 PM | Show all posts
BAB 4

  Rahangku jatuh. Sepanjang perjalanan aku ke ruang tamu banglo tiga tingkat itu, terpampang seribu satu gambarku di dinding. Gambar dari bayi hinggalah aku besar seperti ini. Hairan rasanya. Semakin pelik. Bagaimana pemilik rumah ini punya gambarku? Bulu romaku meremang. Gila agaknya. Seperti wanita dan dua orang lelaki yang mengekoriku ini.

  Wanita di hadapanku mematikan langkahnya. Aku yang membuntutinya membrek terkejut. Tercetus keluhan kecil dari bibirku.

  Seorang lelaki berdiri membelakangiku. Membuang pandang ke luar jendela yang terbuka. Langsir berwarna putih dibiarkan lepas bebas.

  “Tuan muda, Cik Bilqis dah sampai,” ujar wanita itu dingin.

  Tika itu, lelaki itu memalingkan tubuhnya. Mataku membulat. Sudah aku agak! Ini lelaki yang sama merosakkan majlis akad nikah dan mencuri cincin milikku. Terus aku memalingkan tubuhku dan berkira-kira untuk pergi namun salah seorang daripada lelaki tegap itu menghalangku. Sepucuk pistol diacukan di dahiku. Aku menelan air liur yang terasa kesat.

  Nafasku tidak teratur. Peluh dingin sekali lagi merenik di dahiku.

  “Yusuf, letak pistol tu,” arah lelaki yang dikenali sebagai tuan muda.

  “Baik, tuan muda.”

  Aku menarik nafas lega.

  Mereka sangat menakutkan. Punya pisau dan pistol. Entah-entah, mereka juga punya senapang M16. Nyawaku bagaikan berada di hujung tanduk.

  Lelaki tampan itu menggantikan tempat Yusuf. Sepasang mata bening itu melirikku nakal. Jari-jemarinya diangkat lalu dikesat peluh yang merenik di dahiku. Untuk melarang, lidahku kelu. Tambahan pula, aku khuatir akan diacukan pistol lagi. Lama sungguh jemari runcing itu singgah di dahiku. Bibirnya mengorak senyuman nipis.

  Tekun sungguh dia mengesat peluhku dengan jemarinya. Tidakkah dia berasa kotor?

  “Kesian my Bilqis. Lain kali jangan berani ugut dia,” tutur lelaki tampan itu lantang.

  “Tapi tuan muda cakap suruh kami bawak dia tak kira apa pun yang terjadi,” bangkang wanita itu tidak puas hati.

  Serta-merta jemarinya jatuh. Rahangnya turun naik. Wajahnya sudah merah.

  Dia memandang ketiga-tiga mereka dengan pandangan tajam. Mereka sudah menikus. Menekur lantai. Aku hanya mampu melihat tanpa mampu berkata apa-apa.

  “Aku tak suruh korang ugut dia. Sekali lagi korang ulang perkara macam ni, siap korang. Dah. Pergi. Buat menyemak je.”

  Laju saja mereka mengangguk. Sesaat kemudian, mereka hilang dari pandanganku. Lelaki tampan itu kembali mengorak senyuman manis. Jari-jemariku digapainya lalu dia menarikku ke sofa. Aku cuba meleraikan pautan namun genggamannya begitu kemas dan erat.

  Sofa ditepuk berkali-kali menyuruh aku melabuhkan punggung namun aku menolak. Riak wajahnya berubah.

  “My Bilqis jangan risau. I won’t hurt you.”

  “Saya takkan bunuh my Bilqis. Duduklah,” ujarnya romantis menampar gegendang telingaku.

  Dan aku bagaikan dipukau. Terus aku melabuhkan punggung di sisinya.

  Pandanganku dan dia bersabung. Lama! Ada getar di hatiku. Dia berdeham. Aku tersentak. Tawa terlepas dari bibirnya. Wajahku diserbu darah merah. Mataku jatuh pada jemariku yang masih disulamkan erat dengan jemarinya. Laju saja aku merentap jemariku.

  “Jari my Bilqis cantik.”

  “Kenapa tuan muda nak jumpa saya?” soalku tatkala aku menyedari hatiku semakin cair dengan kata-katanya.

  “Jangan panggil tuan muda. Panggil saya, Lik.”

  Lik? Pelik. Tidak pernah aku jumpa insan bernama Lik. Mungkin saja itu nama timangannya, Bilqis Huraiyah.

  “Kenapa Lik nak jumpa saya?”

  Rasanya aku memang tidak mengenali lelaki ini. Malah aku sakit hati dengannya. Dia sudah merosakkan segala-galanya dan aku tahu dia langsung tidak rasa bersalah.

  Siapakah lelaki ini sebenarnya? Kelihatan seperti orang berada. Lihat saja rumahnya mahupun para pekerjanya. Dipanggil ‘tuan muda’. Malah cara dia berpakaian juga melihatkan dia tidak kelihatan seperti orang kebanyakan.

  Semakin keliru.

  “My Bilqis, perlu ke ada sebab untuk saya jumpa my Bilqis?”

  Aku merengus kasar.

  “Encik Lik, saya rasa encik ni gila. Encik dah rosakkan majlid akad nikah. Encik dah curi cincin milik saya.”

  “My Bilqis, saya memang gila. Gilakan awak. Lagipun saya tak rasa salah untuk rosakkan majlis akad nikah tu. Jelas sekali lelaki tu tak percayakan my Bilqis. Baru tipu sikit dah percaya bulat-bulat,” ujarnya geram.

  Namun perbuatannya itu membuatkan aku terluka.

  Tiada siapa menginginkan aku. Aku hanya seorang Bilqis Huraiyah yang miskin. Hanya Inayat yang menerimaku. Hanya dia yang sanggup berteman denganku dan sekarang, dia sudah pergi. Meninggalkan secebis harapan untuk bahagia begitu saja. Terluka namun berpura-pura kuat. Itu Bilqis Huraiyah yang semakin tegar.

  Silap aku juga kerana begitu mudah mengatakan Inayat Amin untukku.

  “Tapi Encik Lik tetap tidak ada hak untuk merosakkan segala-galanya.”

  “Memang saya tak ada hak but I want to make you smile. I want to make you laugh. I want to make you love me. I want you by my side. I want to be with you, my Bilqis.” Suaranya yang mendayu menampar gegendang telingaku.

  Lututku bagaikan tidak mampu menampung tubuh badan. Kata-katanya bak kasanova terbilang. Jika aku ini wanita yang tidak kuat hatinya, pasti aku sudah mencintai lelaki ini dengan sepenuh hati. Namun aku terlalu berbeza. Sekeping hati milikku tidak mudah untuk dimenangi. Malah sebenarnya Inayat Amin belum berjaya memenangi hatiku.

  “Siapa encik sebenarnya?”

  “Seseorang yang mencintai my Bilqis.

  Aku terdiam. Lupa untuk memarahinya. Lupa bahawa aku sedang geram dengannya.

  Setiap aksara yang menutur keluar dari bibirnya mematikan segala kata-kataku. Lembut namun tajam dalam diam.

  “Come,” ajaknya lalu bangun.

  “Nak pergi mana?” soalku hairan.

  “Ke tempat yang my Bilqis patut tengok,” tuturnya bersahaja sebelum mengoyak senyuman nipis.

*****

  Pintu kayu itu ditolak perlahan. Seorang lelaki tua yang berpapasan dengan kami menunduk hormat. Bibirnya mengorak senyuman. Entah berapa ramai orang bekerja di sini. Lelaki tampan itu tidak membalas senyuman. Hanya membeku.

  Aku menggeleng. Kelihatan seperti angkuh!

  “Masuklah,” ajaknya.

  Lambat-lambat aku menapak ke dalam bilik itu. Gelap! Terus lelaki itu menekan suis lampu. Mataku melingas kiri dan kanan.

  Mulutku terbuka. Bagaikan apa yang aku lihat tika ini hanya mimpi di siang hari. Lelaki itu kelihatannya senang sekali dengan reaksiku. Tergamam sebenarnya. Jantungku berdetak laju. Mataku membuntang. Seribu satu rasa menghentak hatiku.

  Seraut wajahku dilukis kembali. Persis sekali. Di bawah tadi, aku hanya melihat wajahku yang sebenar dan kini, aku melihat potretku. Renunganku, senyumanku, bibirku. Segalanya terlalu sama dan sangat indah. Beratur-ratus potretku dilakar dan diletakkan di sekeliling bilik itu. Ada gambar aku senang berlari. Ada gambar aku sedang menangis. Ada gambar aku sedang terjatuh.

  “Mana Lik dapat semua gambar ni dan gambar di bawah tadi?”

  “Dari hati saya, my Bilqis.”

  Jawapan yang sangat tidak diterima akal bagiku.

  “Encik Lik, saya tanya betul-betul ni.”

  “Bilqis Huraiyah, satu saat nanti my Bilqis akan tahu segalanya tapi bukan sekarang. Now, my Bilqis hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis. Itu saja. My Bilqis tak perlu tahu siapa saya. Tak perlu peduli dari mana saya datang. Hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis.”

  “Saya nak balik,” ucapku tiba-tiba.

  Keningnya terjongket.

  “Saya nak balik,” ulangku lagi.

  “Jom. Saya hantarkan.”

  Dia mempersilakan aku keluar dari bilik itu.

  Kata-katanya tadi terngiang-ngiang di telingaku. My Bilqis tak perlu tahu siapa saya. Tak perlu peduli dari mana saya datang. Hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis.

  Lik. Adakah namanya hanya Lik? Atau Malik? Lelaki ini tetap dengan teka-tekinya dan aku tidak mampu menyingkap rahsia itu.

  Tak perlu tahu siapa dia. Tak perlu peduli dari mana dia datang. Hanya perlu tahu dia cintakan aku. Benarkah begitu?







Last edited by surianovember on 18-12-2012 12:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:09 PM | Show all posts
surianovember posted on 18-12-2012 12:04 PM
hehe.. Kat blog dah nak habis tapi terlupa nak tepek kat sini sama. Muahahaha.. ya ya. Tunggu jap  ...

Oh...ada blog ke?...huhu...akak tak pi singgh blog hang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 12:11 PM | Show all posts
sellie003 posted on 18-12-2012 12:09 PM
Oh...ada blog ke?...huhu...akak tak pi singgh blog hang...

ceq ada blog. Tak singgah pun tak pa. Ceq malu.. kihkihkih.. Ceq letak dah bab 4. Atas akak punya komen
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:26 PM | Show all posts
surianovember posted on 18-12-2012 12:11 PM
ceq ada blog. Tak singgah pun tak pa. Ceq malu.. kihkihkih.. Ceq letak dah bab 4. Atas akak punya  ...

alah...malu lak dia...ada gamba hang ka kat blog tu...bak mai habaq link blog hang...akak nak jengah...

dah letak bab 4...lagi bab 5,6,7,8 dan ...seterusnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057291 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list