CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

[SENTIASA UPDATE]Jejak Kasih Artis2 '80an (dah jumpa gambar Nadia Kasim m/s 28)

  [Copy link]
Post time 24-1-2013 10:00 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-1-2013 12:23 PM
owh cenggitu
tak ku sangka jugak kan si suami cenggitu perangainya

tp ada dua event yg disertai oleh asbenku rahmat ni bwk ainina..aku pon ada ambik gambo dgn anak rahmat dgn ainina yg no 2 tu...aku ambik gambo sbb geram tgk dia, debab sesangat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2013 10:11 PM | Show all posts
Aku tgk raja ema tu mcm x reti berlakon sgt sekarang. Nampak kaku skit. Baca benang satu lagi, baru teringat raja ema dan erma fatima berebutkan bada photographer. Diorang ni pernah gaduh tarik rambut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 10:19 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 24-1-2013 10:11 PM
Aku tgk raja ema tu mcm x reti berlakon sgt sekarang. Nampak kaku skit. Baca benang satu lagi, baru  ...

yup. terserlah sgt kekayuan beliau dlm setia hujung nyawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 12:07 PM | Show all posts
Kalau korang rajin baca....

Kredit Utusan Malaysia & http://cinemamalaysia.com.my/article/read/Utusan-Malaysia/Menoleh_filem_dekad_80-an_1485

Utusan Malaysia 12 Okt 2008

Filem Abang arahan Rahim Razali yang diterbitkan tahun 1981 menjadi titik tolak penting dalam sejarah perfileman tempatan yang bermula di Singapura tahun 1939. Abang menjadi filem yang membuka dekad 80-an sebagai era penting filem tempatan selepas terpisah dengan era Studio Jalan Ampas di Singapura dan Studio Merdeka di Hulu Kelang. Ini memperlihatkan filem-filem dekad 80-an yang dimulai oleh Abang mempunyai singifikan yang sangat besar dalam sejarah filem negara ini.

Kalau diperhatikan dekad 80-an telah menyediakan anjakan yang sepatutnya kepada bidang perfileman negara ini. Kalau dalam dunia teater, dekad 70-an menjadi titik tolak penting dengan penglibatan generasi muda dan warga institusi pengajian tinggi. Maka lonjakan daripada teater juga membuatkan anjakan kepada filem tempatan dekad 80-an. Sebahagian besarnya datang daripada bidang teater dan mereka tidak terikat dengan nostalgia atau pengaruh dari Singapura.

Kemunculan Rahim, Othman Hafsham, Nasir Jani, Ahmad Yatim, Ahmad Tarmimi dan banyak lagi adalah gerombolan aktivis teater dekad 70-an yang memberikan satu kesan yang besar kepada perubahan filem tempatan. Perubahan ini bukan saja daripada di segi kosmetik seperti teknologi yang lebih moden. Malah persoalan yang dikemukakan oleh filem-filem dekad 80-an jauh lebih besar berbanding dekad sebelumnya.

Dekad 80-an mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah perfileman Melayu. Biarpun filem pada dekad 80-an bukan dihasilkan oleh pengarah-pengarah besar seperti P. Ramlee atau Hussein Haniff tetapi pada dekad ini filem Melayu mencetuskan satu gelombang baru.

Studio Merdeka sebenarnya sangat mengecewakan dari segi penerbitan filem-filem hebat. Malah banyak menganggap filem terbitan Studio Merdeka jauh lebih buruk daripada filem di Shaw Brothers dan Cathay Keris di Singapura. Keadaan ini berlarutan hingga tahun 70-an sekalipun selepas filem tempatan memasuki era filem warna. Bukan itu saja tetapi pada dekad ini juga filem diterbitkan secara independen dan bukan di bawah sistem studio. Filem tahun 70-an cuma berwarna-warni tetapi pendekatan dan persoalan masih lama.

Apa signifikannya dekad 80-an dalam konteks gelombang baru filem Melayu? Filem dekad 80-an ditandai dengan hadirnya karyawan-karyawan yang tidak ada kesan sentimental dengan filem Melayu di Singapura. Malah mereka sebahagian besar bukan “orang filem”.

Mereka bukan saja mempunyai gaya naratif yang berbeza malah skop persoalan juga menjejak bumi di mana mereka berada. Rahim Razali cukup sinonim dengan gelombang baru dekad 80-an apabila “orang teater” diberi kepercayaan untuk mengarah filem. Abang arahan Rahim Razali menjadi penanda wujudnya gelombang baru filem Melayu yang terputus daripada kesan sentimental dan gaya pemikiran filem yang sebelumnya.

Dekad 80-an bermula dengan kegemilangan filem Rahim Razali. Abang adalah filem pertama arahan Rahim Razali. Beliau yang mempunyai nama yang besar di pentas teater membawa Ahmad Yatim dan Ahmad Tarmimi Serigar yang juga pelakon teater sebagai pelakon utama Abang.

Abang yang menyingkapkan kemunculan golongan korporat Melayu adalah ros bagi filem Melayu. Persoalannya segar tentang dilema kalangan korporat Melayu antara nilai budaya dan modenisasi yang menghiasi dunia korporat. Abang sebuah filem konvensional (bukan seperti Matinya Seorang Patriot) tetapi pendekatan dan situasi yang diangkat daripada sosiobudaya masyarakat kelihatan hidup di layar perak. Malah Abang juga sebuah melodrama tetapi bukan murahan.

Filem pertama arahan Rahim ini menunjukkan taring yang luar biasa kepada generasi veteran. Biarpun banyak yang berkata, filem arahan Rahim Razali terlalu theatrical, tetapi Rahim tidak mempedulikan. Ternyata Abang keluar secara drastik daripada ikatan konvensional filem Melayu. Isunya mengenai ancaman terhadap institusi keluarga apabila status hidup berubah menjadi mewah.

Selepas Abang yang mengerdipkan harapan, Rahim terus mengganas dengan Pemburu. Ahmad Yatim sekali lagi menjadi teraju utama filem yang penuh dendam dan menampakkan imbasan “hukuman di tangan Rahim”. Malah Pemburu juga antara tiga filem trilogi arahan Rahim yang membawa konsep Jebat. Ketiga-tiga filem itu ialah Pemburu, Matinya Seorang Patriot dan Puteri.

Dekad 80-an juga menyaksikan kehadiran pengarah muda yang pernah menjadi pasukan kreatif Rahim Razali, Nasir Jani. Nama Nasir Jani cukup kontroversi dalam kalendar filem Melayu. Dia lantang dan agak bengis. Tetapi biarkan sikap bengis dan panas baran Nasir Jani. Pengarah berambut panjang ini wajar dilihat interpretasi sosial yang dibuat di atas seluloid seperti dalam Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87. Dua filem arahan Nasir Jani ini sangat bermakna kepada sejarah filem tempatan.

Kedua-dua filem ini adalah filem remaja. Isinya bersulam cinta, marah dan idealisme mahu keluar dari vakum sosial yang lapuk dan menyeksakan. Filem Melayu sebenarnya hampir tidak ada yang bertemakan remaja. Gambaran remaja dalam filem Melayu selalu lahir dari perspektif golongan tua. Siapa ikon generasi muda yang paling menonjol selain Rahim Razali pada dekad 80-an? Ini adalah penunjuk waktu yang penting dalam profil filem Melayu yang berusia enam dekad ini.

Kehadiran orang teater sebenarnya telah memberikan satu corak dan galur pemikiran yang tersendiri kepada filem tahun 80-an. Biarpun mungkin ada benarnya mereka tidak ada pengalaman mengendalikan peralatan perfileman tetapi filem berpaksikan pemikiran.

Buktinya pemikiran generasi 80-an lebih besar daripada acuan sosiobudaya zamannya. Kehadiran mereka mengejutkan dengan stail yang berbeza dan isu yang dibawa bukan sekadar rambu ramba dekad 70-an. Maka tidak hairanlah kalau pada peringkat awalnya filem-filem angkatan 80-an ini ditolak kerana ada sedikit pertentangan dengan pemikiran dalam filem Melayu sebelumnya.

Suatu yang paling ketara generasi pembikin filem muda 80-an cuba menjauhkan diri daripada gaya melodrama. Filem mereka tidak membuai jiwa tetapi memagut rasa. Mereka kelihatan agresif dengan jiwa dan pemikiran muda. Begitulah sikap orang muda yang mahu menongkah kebiasaan dan mencipta sesuatu yang segar biar dalam apa bidang sekalipun. Dalam konteks filem tempatan, kelantangan filem dekad 80-an hampir tidak ada pada masa kini.

Teknologi bertambah hebat sementara frasarana juga bertambah baik pada masa ini. Tetapi kenapa filem sekarang tidak berbisa dan diingati seperti dilontarkan oleh Matinya Seorang Patriot , Mekanik ( arahan Othman Hafsham), Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87 (arahan Nasir Jani)?

Adakah benar bahawa kita telah kehilangan dekad yang sangat berharga bagi filem Melayu? Filem tempatan semakin meletihkan kerana berlaku terlalu banyak pengulangan idea yang lalu. Struktur pemikiran yang dituangkan juga sekadar mengisi keperluan sebuah filem tetapi bukan keperluan filem di dunia Melayu

Pada dekad 80-an, salah seorang yang menjadi ikon segenerasi dengannya ialah Nasir Jani. Nasir pernah bekerja dengan Rahim Razali sebagai pengarah seni untuk filem Matinya Seorang Patriot. Nasir kemudian melakarkan nama sendiri dengan Kembara Seniman Jalanan. Filem ini dilakonkan oleh M. Nasir, Khaty Ibrahim dan Pyanhabib.

Kembara Seniman Jalanan adalah filem protes terhadap sistem sosial. Nasir menyingkap idealisme remaja tentunya dekad 80-an yang menjadikan muzik rock sebagai wadah ekspresi. Dunia perfileman tempatan sebenarnya ketandusan filem yang bercita rasa remaja.

Pelakonnya terdiri daripada remaja, ceritanya kisah cinta atau dunia akademik di menara gading bukanlah kriteria filem remaja. Idealisme remaja misalnya berkait rapat dengan muzik dan budaya pop harus menjadi elemen penting dalam filem remaja. Jangan lupa remaja juga sinonim dengan sikap memprotes sistem yang ada.

Nasir menanggapi watak-watak remaja di jalanan yang terbius dengan muzik pop dan rock. Mereka mahu menjadi penyanyi dan tinggal di rumah setinggan demi menggapai cita-cita. Sistem yang licik mengaut untung ke atas warga yang lemah dan lurus. Nasir ternyata antara yang memberikan satu mercu tanda filem dekad 80-an dengan perubahan yang radikal. Cuba bandingkan dengan jujur filem-filem yang ada di pawagam sekarang? Masih kita temui kekuatan pemikiran filem dekad 80-an?

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:16 PM | Show all posts
blairchuck posted on 26-1-2013 10:19 AM
yup. terserlah sgt kekayuan beliau dlm setia hujung nyawa

dah lama tak berlakon... tu yg nampak kaku kot...


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:32 PM | Show all posts

honestly ...x kenal langsung artis 80an yg diceritkan disini............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2013 12:52 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 21-1-2013 11:16 PM
Akak Ramziela kt mana ye skg?
Aku ingat dulu2 ada penyanyi/pelakon nama pelik mcm alien cthnya Xidd ...

nama wohnen pun ada..huhu
syaliati tu akak nurul depp kan..ingt lagi masa nurul baru2 nak jadi penyanyi..syaliati ni pernah reporter interbiu..dia pesan kat nurul..kalau nak jadi penyanyi , buat betul2..jgn pulak nak bcinta, kawin muda..skali betul2 dia kawin muda ngan ajai

dlu masa aku kecik2 macam pernah tengok drama tajuk Topeng Marah..drama ni ada 3 cerita kot dalam dia..semua cita seram..sampai sekrg aku mcm teringat2
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:53 PM | Show all posts
bluecrystal posted on 28-1-2013 12:52 PM
nama wohnen pun ada..huhu
syaliati tu akak nurul depp kan..ingt lagi masa nurul baru2 nak jadi pe ...

nurul dark depp tu ngan shaliati adik badik gaduh hebat gak dulu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2013 12:54 PM | Show all posts
@bluecrystal Topeng marah tu macam cite Mask ke? Topeng tu pengaruhi orang yang pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:56 PM | Show all posts
Syd posted on 28-1-2013 12:53 PM
nurul dark depp tu ngan shaliati adik badik gaduh hebat gak dulu kan

dia gadoh psl ape ek...nurul ni adik beradik ramai jgk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:57 PM | Show all posts
bluecrystal posted on 28-1-2013 12:56 PM
dia gadoh psl ape ek...nurul ni adik beradik ramai jgk kan?

ramai..
dan dia pung takat belajar ala2 form 3 jerk gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:59 PM | Show all posts
khys posted on 24-1-2013 08:34 PM
gambar lama, 1989

..betullah orangnya yg aku ingat...yg ketara pada dia adalah giginya...tapi tetap cantik manis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 01:00 PM | Show all posts
Wohnen tu isap dadah jugak kan? Sayang, suara sedap.
Kesian ayah dia lumouh masa panjang pokok/tiang nak letak bendera/kain rentang/bendera masa nak pilihanraya. Dah lama dah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 01:01 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 28-1-2013 12:54 PM
@bluecrystal Topeng marah tu macam cite Mask ke? Topeng tu pengaruhi orang yang pakai?

aku tak berapa ingt sgt ceritanya sbb masa tu kecik lagi..kalau tak silap aku kalau topeng ni marah (pasal apa dia marah pun aku tak ingat..hehehe)..nnti org yg terlibat tu mati

cerita kedua dlm topeng marah ni, psl bunuh diri..minum racun kot..konon2 dia bunuh diri tepat kol doblas mlm, nnti kol doblas malam hari yg berikutnya dia akan bunuh diri lagi dgn cara yg sama...dan seterusnya..(aku dah lupa tapi yg aku ingt mulut yindia tu berbuih2)

cerita ketiga, yg diorang dtg satu kampung ni, rupanya orang kampung ni 'sesuatu'..pastu diorang kena kerumun, tak taula kena makan ke apa

kalau sape2 ingt cerita ni tolong imbas cerita yang sebetulnya eh..aku dah lupa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 01:09 PM | Show all posts
@bluecrystal  Aku tak taulah cite Topeng Marah ke cite apa. Pasal lelaki nak bunuh diri...tapi dia dapat pengajaran tengok orang yang bunuh diri sebelum ni...Hari2 kena buat benda sama utk bunuh diri. Akhirnya dia insaf tak jadi bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 01:32 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 21-1-2013 11:16 PM
Akak Ramziela kt mana ye skg?
Aku ingat dulu2 ada penyanyi/pelakon nama pelik mcm alien cthnya Xidd ...

pernah nmpak macik ramziela ni kat Kayu kota dsara dgn asben dia
macik ni dah nmpk tua tp aura artis tu ada lg la sb masa first time nmpak
dia nmpk mcm ala2 mak datin.. bergaya skit la walaopon mkn kdai mamak..
trdetik gak mcm artis..  recall punya recall baru trigt macik ramziela sb mak
kita suka dia hihi

ada skali azhar sulaiman pun mkn dkt sini Bagus la gak azhar ni dia tegur
macik ramziela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2013 04:38 PM | Show all posts
teringin nak tau pasal suzana awek azroy dalam gila2 remaja hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 04:42 PM | Show all posts
syliaty dgn nurul depp gaduh pasal syliaty suruh nurul insaf jangan jadi penyanyi lagi.siap bagi hadiah telekung dan al-quran.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 04:54 PM | Show all posts
oh, tu ke rupa Nadia Kassim. ada sikit-sikit macam Irma Hasmie. heh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 05:49 PM | Show all posts
tetiba teringt pelakon drama rtm asmahani husin. lama sgt dah. zaman mak2x suka benar tgk. watak sedih. time tuh x byk pelakon drama...kira conquer dek asmahani je heroinnya. orgnya kecil2x....temban2x sikit pipinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.330315 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list