CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

[SENTIASA UPDATE]Jejak Kasih Artis2 '80an (dah jumpa gambar Nadia Kasim m/s 28)

  [Copy link]
Post time 10-1-2013 03:33 PM | Show all posts
DIA TENGAH BETULKAN HIDUNG.....HEHE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 03:39 PM | Show all posts
ruffleen posted on 10-1-2013 03:29 PM
Ada, tajuknya Kita Masih Cinta. aku ada mp3 lagu tu. sape nak boleh pm aku. aku collector lagu2 70 ...

haaa...btul la tu..thx ruff..lupa haku tjuk lagu tu..time tu haku jelez dia duet dgn hatta
sbb aku suka hatta wpun sore hatta huk alorr...

sori TT..off topic..nadia kassim aku xleh ingt rupe dia..tp klu norjie ali (spt forumer mention td),
bole plk aku hingat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 03:45 PM | Show all posts
bougainvillaea posted on 10-1-2013 03:39 PM
haaa...btul la tu..thx ruff..lupa haku tjuk lagu tu..time tu haku jelez dia duet dgn hatta
sbb ak ...

muda2 dulu hatta ni termasuk antara rockers yg jambu gaklaa



ni FB hatta https://www.facebook.com/hatta.junction
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:09 PM | Show all posts
azie.dz posted on 10-1-2013 02:17 PM
izaidah khairan tu mcm tau jugak..tp nadia ni tak leh recall muka dia la

izzadah ni bukan ke bini ahmad yatim? duduk serdang katanya skarang
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:11 PM | Show all posts
bluecrystal posted on 10-1-2013 03:00 PM
off topic jap...ingt tak penyanyi Lyana yg popular lagu hangatnya cinta....aku skodeng fb dia aritu. ...

lyana ni budan dh mninggal ke? anak kecik ramai ..... zarina punya adik
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:16 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 10-1-2013 04:09 PM
izzadah ni bukan ke bini ahmad yatim? duduk serdang katanya skarang

rasa nya bini ahmad yatim..depa gang2 pelakon teater kan dedulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 04:17 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 10-1-2013 04:11 PM
lyana ni budan dh mninggal ke? anak kecik ramai ..... zarina punya adik

tu lyana pelakon kan..ni lyana penyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:17 PM | Show all posts
ruffleen posted on 10-1-2013 03:15 PM
hehehe  kalo tak silap nadia jadi kakak lily patra dlm citer tu

yg jadi hantu tu shila lam ...

cite ni one of my faveret movie!
da xde ulang tayang lagi kan???
best kot cite ni..
walau pon hantu die hantu bodoh2...
tp tkut jugak last2 tu
hantu betul2 kua...serammmm....hahahahaa..
pelakon2 dlm cite ni pon sume seksi2...
sume mane ntah skrgg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 04:29 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 12:09 PM
Antara drama lakonannya - Drama Swasta Kalung - RTM1
Kredit: http://www.nisanworld.com/drama%20swa ...


haa... ai paling ingat Izaidah Khairan, slalu blakon jadik lawyer... muka tegas jah.
Diaorg ni seangkatan zaman2 drama siri Opah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:33 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 10-1-2013 04:09 PM
izzadah ni bukan ke bini ahmad yatim? duduk serdang katanya skarang

Izzaidah Khairan bukan isteri Ahmad Yatim la....Izzaidah Khairan tu isteri kepada Mior Hashim Manap..

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:34 PM | Show all posts



ADA kalanya kita beranggapan seorang ayah itu tidak menyayangi anak-anak berbanding seorang ibu. Barangkali kerana karektor seorang ayah yang lebih pendiam dan ibu pula kuat membebel.
Tetapi hakikat sebenar, kasih sayang seorang ayah tidak pernah diluahkan dengan kata-kata. Golongan ayah memiliki caranya tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.
Namun sesekali perasaan itu diluahkan, kesannya menusuk hingga ke lubuk hati. Ungkapan kata pengarah prolifik, Mior Hashim Manap untuk isteri dan anak-anak tersayang sudah menggambarkan apa yang tersemat di jiwanya.
"Mereka adalah harta saya yang paling bernilai di dunia ini. Saya tidak ada harta lain. Rumah yang kami duduki ini pun, saya masih menyewa," tuturnya bersahaja pada lewat pertemuan di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berdepan realiti, relung hidup Mior Hashim berbeza dengan golongan ayah yang lain. Lelaki berusia 55 tahun itu itu berhadapan dengan masalah tiga daripada tujuh anak mereka mengidap penyakit myopathy, sejenis penyakit otot.
Namun jauh sekali dia menyesali apa yang terjadi. Warna hidup yang dilalui hanya satu, bersyukur dan jangan berduka dengan kurniaan Allah S.W.T.
Tiada langsung sekelumit perasaan tertekan, mahu pun rendah diri dan rasa tidak sempurna apabila dikurniakan anak tidak seperti anak orang lain.
Katanya berterus-terang, penghargaan erti sebuah pengorbanan sepatutnya didedikasikan kepada isteri yang dikasihi, Izzaidah Khairan.
"Isteri saya yang banyak berkorban dalam keluarga. Syukur alhamdulillah, saya mendapat isteri dan anak-anak yang baik dan bertaraf A. Mereka tidak minta itu ini, biar kami susah sama susah.
"Kalau mereka tahu ayah mereka tidak ada wang waktu itu, mereka tidak akan minta. Mereka sebenarnya yang berkorban untuk saya selama ini," ujarnya sambil mengerling mata ke arah anak-anak tersayang.
Mendasari perasaannya lagi, Mior Hashim berkongsi pengalaman yang dilalui sejak 18 tahun lalu selepas dikurniakan anak kedua yang tidak sempurna, diikuti anak ketiga dan keempat.
Bagi dirinya, dugaan dan cabaran yang diterima dianggap sebagai satu hikmah apabila dapat berkenalan dengan ramai kawan baru.
"Ramai kenalan baru yang saya jumpa dan ada pula yang menawarkan diri untuk mengubati penyakit anak-anak saya ini.
"Sebenarnya ramai orang Melayu yang baik di negara ini kerana mereka tidak pernah meminta bayaran atas bantuan yang diberikan," katanya memberitahu anak-anaknya itu masih mendapat rawatan di hospital selain menggunakan kaedah tradisional berurut.
Jelas lelaki kelahiran Malim Nawar, Perak itu, dia juga tidak pernah memikirkan yang bukan-bukan sebaliknya apa yang menimpa dirinya kehendak Allah S.W.T.
"Saya tidak boleh fikir sama ada saya ada buat dosa ke selama ini hingga mendapat mendapat anak yang kurang sempurna.
"Ada juga orang kata, apa yang terjadi ini adalah untuk menyuci dosa saya. Bagi saya ia bukan ujian. Siapalah kita yang kecil ini, Allah S.W.T hendak uji? Saya yakin apa yang saya lalui ini kerana Allah S.W.T ingin memberi sesuatu di kemudian hari," katanya dalam nada yang sedikit serius.
Katanya, cukuplah sekali dia melakukan kesilapan apabila sering memberi jawapan tiada rezeki di awal perkahwinan hingga terpaksa menunggu sembilan tahun untuk mendapat anak pertama.
Mior Hashim dan Izzaidah mendirikan rumah tangga pada 23 September 1983. Mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu, Nuraihan, 19, Mior Muhamad Imran, 18, Mior Muhamad Syafiq, 17, Siti Nur Kamelia, 15, Mior Muhamad Firdaus, 14, Siti Nur Aishah, 11, dan Siti Nur Aqilah,9.
Airmata IzzaidahMelihat semangat tinggi seorang ayah dan ketabahan seorang ibu, hari-hari dilalui mereka ibarat satu perjuangan yang tidak pernah sampai ke garisan penamat.
Segala-galanya dilakukan atas nama curahan kasih dan sayang terhadap permata hati agar mereka dapat bernafas tanpa dapat merasa secubit derita.
Jika manusia lain, kita ada waktu gembira dan waktu berduka. Ketawa atau pun asyik tersenyum meleret, tandanya kita sedang bergembira dan bahagia.
Bagi yang berwajah sugul dan kelopak mata berkaca, itulah kedukaan di hati yang sudah dapat dibaca.
Namun pada sesi fotografi ini yang terlajak waktu Maghrib itu, Izzaidah tiba-tiba mengalirkan air matanya. Laju berderai air mata itu turun ketika dia, Mior Hashim dan enam daripada tujuh anaknya diminta mengambil gambar bersama.
"Dah lama tak ambil gambar keluar suratkhabar, ada ke orang nak tengok," usiknya dalam nada ceria, barangkali menyembunyi perasaan sedih yang bersarang di dada.
Tanpa mahu memanaskan emosi lagi, pantas soalan beralih kepada topik persaraan Izzaidah daripada dunia seni.
Wanita penuh sifat keibuan ini mengakui sudah hampir 20 tahun meninggalkan pentas yang pernah mempopularkan namanya.
Ceritanya, kali terakhir dia muncul di kaca televisyen menerusi drama Opah pada tahun 1990 selepas mengumpul koleksi drama sebanyak 10 buah dan dua buah filem, Perempuan dan Rozanna Cinta 87.
"Saya terus berhenti berlakon selepas disahkan mengandung anak pertama selepas sembilan tahun berkahwin.
"Nak kata rindu berlakon itu, mungkin tidak kerana saya menceburi industri lakonan secara kebetulan melainkan saya mempunyai minat yang serius," katanya yang merupakan Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 1985 menerusi drama Nazirah.
Ditanya rutin harian bergelar suri rumah sepenuh masa, Izzaidah memberitahu apa yang dilakukan sama seperti ibu-ibu lain yang tidak bekerja.
"Aktiviti seperti biasa apabila waktu pagi, tengahari dan petang ambil anak di sekolah," katanya yang masih mendapat tawaran berlakon tetapi ditolak dengan baik.
Menyentuh sedikit tentang pengalaman menjadi ibu kepada anak-anak yang kurang sempurna, dia mengakui susah hati pada peringkat awalnya kerana dimaklumkan tiada ubat untuk tiga anaknya itu.
Namun wanita berusia 47 tahun itu bersyukur kerana Allah S.W.T memakbulkan doanya dan sumai agar ketiga-tiga anaknya itu diberikan kesihatan baik dari hari ke hari.
"Alhamdulillah, mereka sekarang sudah boleh mengurus diri sendiri selepas kami tidak pernah kenal putus asa untuk berubat.
"Saya cakap dengan mereka, diri sendiri mesti rela untuk berubat kerana mana tahu esok-esok ayah dan ibu mungkin tidak ada lagi di dunia ini," katanya yang melayan tiga anaknya itu sama seperti anak lain.
Harapan Wayang PondokBercakap tentang kredibiliti Mior Hashim dalam dunia pengarahan, dia yang juga seorang pelakon merupakan tenaga penting yang bekerja di belakang sesebuah filem dan drama.
Menyingkap penglibatan dalam dunia teater, lelaki bertubuh rendang ini pernah bergelar pengarah dalam Syy, Wira Bukit, Anak Kerbau Mati Emak dan Muzikal Putra pada 2007.
Drama-drama televisyen yang diarahkan oleh Mior Hashim pula telah lama diakui kehebatannya sebelum muncul mengarah filem pertama, Kemarau Cinta pada 2005.
Hampir lima tahun menghilang diri, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu kini memiliki perancangan besar untuk kembali mewarnai dunia perfileman.
Langkah pertama dengan menubuhkan syarikat produksi, Wayang Pondok Sdn. Bhd. bertujuan menerbit bukannya sebuah filem, tetapi dua buah filem sekali gus.
"Filem pertama bertajuk Puteri Ghazal hanya menunggu waktu untuk mengadakan majlis pelancaran dan kami bersyukur kerana mendapat kerjasama sebuah syarikat yang sanggup mengeluarkan dana.
"Manakala filem kedua akan diadaptasi daripada novel percintaan berciri Islamik berjudul Warkah Cinta Berbau Syurga (WCBS).
"Ketika ini, saya sedang mencari dana sebanyak RM2.2 juta untuk filem tersebut dalam usaha mengangkat penulis novel itu yang merupakan seorang imam muda," katanya yang begitu teruja bercakap tentang WCBS.
Jelas Mior Hashim lagi, dia tertarik untuk mengarah WCBS kerana filem itu bukan sekadar menampilkan imej wanita Islam bertudung yang bercinta dengan seorang tahfiz.
Sebaliknya jalan cerita yang kuat mengenai sikap yang orang Melayu yang mengaku Islam tetapi cara hidup tidak berlandas agama Islam.
"Kisah WCBS bermula di sekolah pondok di Pulai Chondong, Kelantan sebelum seorang tahfiz ini melanjutkan pelajaran di Kaherah, Mesir.
"Justeru, penggambaran filem ini akan dilakukan di sana bagi menggambarkan konflik percintaan dalam Islam yang tidak berjanji dan beremosi serta mematuhi batas dan etika seorang Muslim yang beriman," katanya yang menjanjikan WCBS sebagai sebuah nashkah hebat dan mencetus fenomena seperti filem dari Indonesia, Ayat-Ayat Cinta.



nie yg aku dpt bila tanya kat pacik gugel.. Last edited by reeny on 10-1-2013 04:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 04:38 PM | Show all posts
mohon TT tukar tajuk benang nih,...da ke laut sgt da nih...!!! tukar jadi ... kemane mghilang plakon2 80an"... ke..!! TT xmo nages k!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 05:00 PM | Show all posts
nadia kassim ni bukan ke yg pernah berlakon filem pening2 lalat dgn rozie rashid dan ar badul dulu...klu salah harap maaf ye!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 05:14 PM | Show all posts
@shahirakay
mcm tu ceritanya? Skg ni di duk malaysia lah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 05:16 PM | Show all posts
Tak boleh recall lah......
Xde clue langsung.....


Pelakon 80 an yg aku suka tantiana....muka dia iras madhuri dixit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 05:19 PM | Show all posts
Ok dah tukar tajuk ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 05:28 PM | Show all posts
kenapa iolss Tanya pakcik gugel siapa nadia kasim ni yang keluarnya nadya nissa tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 05:33 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 10-1-2013 04:09 PM
izzadah ni bukan ke bini ahmad yatim? duduk serdang katanya skarang

bukan ker izzaidah tu bini meor hasim manap yg kecik2 orgnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 05:37 PM | Show all posts
Ahmad yatim tu dh kira pangkat ayah pada izaidah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 05:39 PM | Show all posts
Nadia Kassim kasim ngan bekas pemain bolasepak kedah/selangor 80an , faridzul kassim tapi dah lama bercerai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.425252 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list