CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3784|Reply: 17

[Jenayah] Sumbat Naza Ria dgn 2 ekor lembu

[Copy link]
Post time 25-1-2013 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Seorang janda enam anak bersama kekasihnya serta dua rakan ditahan ketika cuba mencuri lembu di sini awal pagi semalam.

  Mereka ditahan ketika cuba memasukkan ternakan itu ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria.      

       Tindakan mereka disedari seorang penduduk kira-kira jam 3.45 pagi ketika dia melalui kawasan jirat Cina di Jalan Pusara di bandar raya ini apabila melihat kelibat empat individu bersembunyi di celah kubur.      
      
      
   Lelaki berusia 25 tahun itu yang juga anak seorang anggota polis terus melaporkan perkara itu kepada polis.


  Sepasukan polis yang tiba di lokasi menahan seorang ibu tunggal berusia 30 tahun bersama kekasihnya berusia 47 tahun dan dua rakan mereka, masing-masing berumur 23 dan 48 tahun.

   “Ketika soal siasat, semua suspek mengaku mahu mencuri dua lembu milik penduduk kampung untuk dijual RM500 seekor bagi anak lembu atau RM7 sekilogram bagi dagingnya.      
   “Polis turut menemui beberapa peralatan seperti dua batang besi tajam, pisau dan tali dipercayai diguna untuk melakukan jenayah berkenaan. Malah cukai jalan Naza Ria terbabit juga sudah tamat tempoh,” kata sumber.

  Difahamkan, keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah iaitu penyalahgunaan dadah dan curi, malah semua turut positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan.

   Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.                                
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2013 09:28 AM | Show all posts

Janda 6 Anak & 3 Org Lagi Curi Lembu Guna MPV Naza Ria

nih baru betol multi purpose vehicle (MPV).. purpose guna kenderaan nih adalah utk mencuri..


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:30 AM | Show all posts
Lembu kesayangan Shahrizat yang tinggal di kondo.



http://youtu.be/oeVTCrTCYrU
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:30 AM | Show all posts
GANU? KEPELEKKANG TANGPA BATASANG
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:36 AM | Show all posts
Cemanalah ropernya??

Ni roper Maibi bwk sofa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:51 AM | Show all posts
ok la naza ria...2 ekor lembu, masuk akal..

ada i kes..1 ekor lembu masuk wira...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2013 09:56 AM | Show all posts
12 org masuk dlm 1 kereta lagi hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:58 AM | Show all posts
gilo ahhhh,lombu nak naik naza ria gok,hu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2013 09:59 AM | Show all posts
R2D2 posted on 25-1-2013 09:56 AM
12 org masuk dlm 1 kereta lagi hebat...

naza ria bleh sumbat 15 org beb
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:51 AM | Show all posts
Dahsyat.. 2 ekor masuk dlm Naza Ria.. dulu kat utara ada kes lagi lawak.. sumbat 1 ekor lembu dalam kereta wira, kepala lembu tu duk terkeluar la kat tingkap tepi tu.. kakakaka... kes curi juga la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:53 AM | Show all posts
curi lembu + janda anak enam + kekasih + hisap dadah = kegilaan yg menyebabkan kerosakan negara
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:55 AM | Show all posts
cemane laaa rupe agaknyerr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 04:15 PM | Show all posts
Huhuhu, eloknya lupuskan je terus pusat serenti nih... Aku rasa 90% graduan pusat serenti akan kembali menagih selepas kuar drpd pusat... then bila dah takde duit nak beli stok, mula ar buat jenayah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 04:24 PM | Show all posts
dlm kes ni aku 'sokong' 4 ekor malaon ni.

mrk ini ibarat biological control utk mengatasi lembu2 berkeliaran di negeri kepelikang ni bila tindakan oleh majlis daerah dah tak jalan. lembu2 ni sgt membahayakan motorists.

masalahnya majlis daerah ni lepas tangkap, bagi balik ke tuan yg sungguh tidak pandai menjaga lembu2 sendiri.... sgt tidak efektif

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2013 04:34 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 25-1-2013 04:24 PM
dlm kes ni aku 'sokong' 4 ekor malaon ni.

mrk ini ibarat biological control utk mengatasi lembu2  ...

setuju!!!...mmg byk aku tgk area terengganu lembu2 berkeliaran tepi jalan. mana la peginyer otak pemilih hewan itu, tak pikir nyawa org lain ker.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 04:44 PM | Show all posts
makin ramai gengster di kalangan perempuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.427516 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list