CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 20-2-2013 03:25 PM | Show all posts
Hari ni terlebih rajin, tepek 1 bab lagikk...


BAB 3

Rumah sewa, Kampung Baru.

“Semalam Jiha bermalam di rumah Dona?” Kak Syirah menanyakan aku kenapa aku tak balik ke rumah sewa kami semalam.

“Ya, Dona beria-ia ajak Jiha bermalam kat rumah dia. Lagi pun emak Dona pun teringin sangat nak jumpa Jiha.” Aku menerangkan kepada Kak Syirah.

“Semangat muhibbah dengan berlainan bangsa ni bagus Jiha tapi bukanlah sampai kita nak menjalinkan semangat muhibbah dalam agama juga. Kita tak boleh ikut pandangan orang tentang kesamaan agama tu Jiha. Seolah-olah kita mengiktiraf agama batil. Boleh jatuh kepada syirik! Berdosa besar.” Kutelan liur yang tersekat di kerongkongku dalam kepayahan. Bila Kak Syirah sudah mula berceramah, aku hanya diam sahaja.

“Jiha tahu kan, agama Hindu menyembah berhala yang merupakan pemujaan kepada syaitan? Jiha sendiri cakap, bapa Dona penganut Hindu yang sangat kuat dalam kepercayaannya. Jiha nak bersubahat dengan kemaksiatan itu?”

Fuhhh! Jenuh aku nak menjawab soalan dari Kak Syirah. Aku berfikir sejenak bagaimana mahu memahamkan Kak Syirah tentang tindakan aku bermalam di rumah Dona.

“Berhala dia diletakkan dalam bilik khas. Jiha tak nampak pun berhala tu, Kak Syirah.” Aku menjawab perlahan.

“Tapi satu rumah dia dipenuhi dengan kemungkaran. Walau pun fizikalnya berhala tu Jiha tak nampak, tapi Jiha tahu berhala itu wujud dalam hati dia orang. Dia orang telah mensyirikkan Allah yang Esa. Jiha tak boleh bersekongkol dengan dia orang.” Aku mengetap bibir mendengarkan kata-kata Kak Syirah. Aku tak puas hati dengan hujahnya. Ingin aku membalasnya tapi aku tak mampu menyertakan dalil-dalil bagi menjustifikasikan perbuatan aku bermalam di rumah Dona.

“Demi Allah! Jiha tak bersekongkol dengan kemungkaran yang dia orang lakukan kak. Dalam hati Jiha ini tak pernah meredakan perbuatan dia orang. Tapi apa yang boleh Jiha buat? Tak kanlah Jiha nak marah dia orang pula?” Kuajukan soalan kepada Kak Syirah pula.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2013 03:27 PM | Show all posts
Atau... perlu ke Jiha pecahkan berhala yang berada di rumah Dona? Umpama Nabi Ibrahim yang memecahkan hampir kesemua berhala yang ditempatkan di dalam Kaabah...

Namun, kata-kata itu hanya bicara hatiku sahaja. Tak mampu untuk aku perdengarkan kepada wanita berilmu yang bernama Insyirah ini. Pasti dia berkecil hati jika aku menjawab tegurannya. Aku memilih untuk berdiam sebagai tanda menghormatinya yang empat tahun lebih berusia dariku.

Walau pun aku bermalam di rumah orang musyrik tapi itu tak menghalang untuk aku menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Aku masih lagi menjaga auratku dan aku tak lupa menunaikan solatku. Aku tahu di mana arah kiblat kerana aku membawa kompas bersamaku. Malah Dona sendiri bertanyakan jirannya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam arah kiblat.

“Kalau Jiha benar-benar tak reda dengan pegangan Dona, Jiha jangan berkunjung lagi ke rumah dia. Akak cuma risaukan Jiha. Akak takut syaitan berhala tu masuk ke dalam hati Jiha pula. Perkara-perkara ghaib ni, kita wajib percaya, Jiha.” Mataku berkejip laju.

“Mesti rumah Dona berbau dengan bahan-bahan pemujaan. Jiha tak rimas? Macam mana Jiha boleh tahan?” Soalan Kak Syirah menambahkan kelu lidahku. Aku terus membungkam. Memang ada bau yang agak menyucuk hidung. Namun semua itu terpaksa kutahan demi persahabatan aku dengan Dona. Niat aku cuma satu.... aku cuma mahu menjalinkan persahabatan dengan Dona. Membantu Dona mendekati Fahmi, mudah-mudahan Dona terbuka hati untuk menerima Islam.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 03:33 PM | Show all posts
Dalam bilik, rumah sewa.

“Para sahabat pun pernah bersolat dalam gereja. Jadi ustazah tak nampak apa masalahnya Jiha bermalam di rumah Dona. Solat Jiha tetap sah. Yang pentingnya Jiha pastikan betul arah kiblatnya dan tempat solat itu bersih dari najis.”

“Terima kasih ustazah.” Meleret senyumanku selepas berbual dengan Ustazah Wardah di telefon. Hati aku benar-benar lega kini. Kemudian aku keluarkan buku nota dari laci mejaku.

Berakhlak mulia adalah salah satu dari cabang dakwah.

Nota dalam buku catatanku aku baca berkali-kali. Kata-kata ini aku salin dari Forum Bicara Kita. Ia adalah dari tulisan Mujahid. Sebaik mungkin aku cuba mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Penerangan Mujahid tentang dakwah membuka sedikit mindaku. Menjadi seorang dai adalah tugas semua orang. Walau pun tak punya ilmu agama yang mendalam, itu bukan alasan untuk mengelak dari memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.

Ada kalanya pertolongan yang kecil boleh menjadi sumber hidayah. Dan ada kalanya sebaris kata lebih bernilai dari seribu hujah. Hidayah itu milik Allah SWT.

Satu lagi tulisan Mujahid yang aku salin dalam buku nota. Tulisan Mujahid di forum benar-benar memberi kesan di hatiku. Patutlah Nabi bersabda, sampaikanlah walau pun satu ayat. Hanya dengan satu ayat sahaja pun, Allah bisa mencampakkan hidayah-Nya jika Dia berkehendakkan begitu. Kata Mujahid lagi, yang penting kita sudah menyampaikan. Baik melalui lisan mahupun perbuatan, semuanya dikira dakwah.

Aku tak mampu memberi hujah untuk meyakinkan Dona dan keluarganya tentang Islam. Malah aku tidak pernah cuba pun untuk berbicara soal agama dengan mereka. Yang aku mampu hanya dengan menunjukkan akhlak yang baik. Walaupun aku tak mampu berdakwah dengan kata-kata, aku cuba berdakwah dengan perlakuan. Tapi... Kak Syirah tak faham tentang ini.

Aku menghela nafas panjang apabila teringatkan syarahan percuma dari Kak Syirah tentang akidah. Benar, berhala itu berada dalam hati mereka tapi aku tak bersekongkol dengan mereka dalam mensyirikkan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui....

**********

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 03:40 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 20-2-2013 03:33 PM
Dalam bilik, rumah sewa.

“Para sahabat pun pernah bersolat dalam gereja. Jadi ustazah tak nampak ...

Si kak Syirah ni skeptikal betul laa.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 03:49 PM | Show all posts
Bilik pejabat, Kuala Lumpur.

Bekerja shif malam agak membosankan kerana selalunya di waktu malam, agak kurang pesakit yang menelefon. Yang menelefon pun kurang, apatah lagi yang datang sendiri secara personal. Pesakit tidak digalakkan datang berjumpa para kaunselor di waktu malam demi keselamatan. Manahlah tahu pesakit yang datang mempunyai masalah mental. Tak ke haru? Bagaimana pun jika mereka ingin datang juga, mereka dikehendaki membuat temu janji terlebih dahulu. Maklumat tentang mereka akan direkodkan.

“Bosannya Kak Yasmin!” Aku merungut kerana sudah beberapa jam aku masuk pejabat, tiada siapa pun yang menelefon aku. Rekod para pesakit sudah aku semak dan buat follow up.

“Malam.... biasalah!” Yasmin membalas.

“Sebab tu I suka baca novel. Nak baca?” Yasmin memang penggemar novel. Banyak juga koleksi novel yang dia ada, tapi kebanyakannya kisah cinta.

Hmmm.... bukan minat aku. Penyudahnya, Forum Bicara Kita juga yang aku layari.




Bundar biji mataku membaca pernyataan Mind Teaser. Bersungguh-sungguh dia menyokong kempen seksualiti merdeka. Memang sah dia gay!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 03:53 PM | Show all posts


Pernyataan seorang forumer otai FBK pula kubaca. Hmm... aku bersetuju dengan pandangan Red Sentra. Kenapa nak iktiraf golongan sebegini? Tidakkah jika pengiktirafan itu diberi nanti akan menggalakkan lagi mereka? Akan berkuranglah lagi lelaki-lelaki perkasa. Sudahlah lelaki-lelaki perkasa yang sedia ada pun macam hampas belaka. Kaki kelentong. Tak berwawasan. Merempit ke hulu, merempit ke hilir. Curang sana sini. Tambah sadis bila makan hasil duit bini. Bak kata forumer-forumer Forum Bicara Kita...  cuma tahu mencelup sahaja!

Boleh dikatakan lelaki yang tinggal kebanyakannya cuma gred C! Gred A dan gred B hampir habis dikebas orang. Ah! Sukarnya nak dapat yang benar-benar lelaki. Adehhh...




Satu lagi pernyataan dari lelaki gay, aku meneka. Tergelak aku membaca siggynya yang menjelaskan siapa dirinya..... I'm urban, sexy and fashionable. I am a metrosexual guy.

Ku tarik skrol ke bawah skrin. Jenuh juga aku nak baca pos yang terlalu banyak itu satu persatu. Kemudian aku beralih ke mukasurat yang seterusnya. Beberapa muka surat aku langkau sehinggalah mataku tertancap kepada pos yang aku tak jangkakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2013 03:57 PM | Show all posts


Wah! Mujahid aku bersuara. Aku tersengih-sengih sendirian. Aku skrol lagi ke bawah...




Terkedu aku membaca kenyataan balas si sengal Mind Teaser. Aku segera skrol ke bawah mencari-cari apa balasan dari Mujahidku.



Aku tertawa kecil membaca balasan Mujahid. Wah! Semakin aku mengagumi lelaki itu. Bukan sahaja mengujakan aku dengan hujah-hujahnya serta penulisannya di Bicara Muslim, di Bicara Terkini pun dia berani menentang kemungkaran.

Yess! He's my man!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 04:03 PM | Show all posts
Lepas satu muka surat ke satu muka surat aku baca perdebatan di kalangan forumer Bicara Terkini mengenai isu pengiktirafan keatas kelompok yang pada aku mengalami kecelaruan gender. Apa yang aku faham dari perbincangan itu, menjadi seorang gay tidak bermakna dia melakukan hubungan seks songsang sesama jenis. Senang cerita ia hanya naluri yang menyukai kaum sejenis. Hmmm....



Suka aku dengan ulasan Mujahid tentang kecenderungan perasaan lelaki gay kepada kaum sejenis. Aku membaca pos-pos seterusnya namun tiada siapa pun yang membidas pos dari Mujahid kali ini.



Aku mahukan maklumat yang lebih jelas. Sukar untuk aku menerima bahawa gay itu hanyalah perasaan atau naluri terhadap kaum sejenis tanpa ada hubungan kelamin. Dan paling aku tak boleh terima golongan ini mendakwa ia terjadi tanpa dipinta. Keinginan dan perasaan itu datang sendiri. Oh! Mudahnya menyalahkan takdir.

"Buat apa tu?" Suara Yasmin menyergah memeranjatkan aku. Lekas-lekas aku tutup laptop. Aku tak mahu sesiapa pun tahu aku suka melayari Forum Bicara Kita. Cukuplah Lili, Kak Syirah dan Ustazah Wardah sahaja yang tahu. Ustazah Wardah terkecuali sebab dia yang memperkenalkan aku dengan dunia forum. Kalaulah aku tak kantoi dengan Lili hari tu, harus sampai sekarang kedua mereka tak tahu aktiviti kegemaran aku itu. Malah dengan Dona pun tidak aku ceritakan. Tak jujur? Aku tak rasa begitu. Pada aku itu urusan peribadi.

“Jom! Pergi makan.”

Aku reling jam di tangan. Sudah pukul 9.00 malam. Patutlah perut aku berkeroncong tadi. Malam ini cuma kami bertiga bertugas malam. Zaki sudah menunggu depan pintu. Biasanya kalau bekerja shif malam, kami akan makan malam bersama. Cara begini lebih selamat. Tak kanlah nak berjalan kaki ke kedai makan sendirian di malam malam begini.



Done!

errr.... novel pesen baru.... novel bergambar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 04:10 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 20-2-2013 04:03 PM
Lepas satu muka surat ke satu muka surat aku baca perdebatan di kalangan forumer Bicara Terkini meng ...

Dengan gambar tu menggambarkan cheq glamer.

Hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:17 PM | Show all posts
opsss!! terkejut red...tetiba ada dlm ini cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:06 AM | Show all posts
redsentra posted on 20-2-2013 04:17 PM
opsss!! terkejut red...tetiba ada dlm ini cerita

Penghargaan kpd forumer otai gituuu...


BAB 4

Rumah sewa, Kampung Baru.
9:30 malam.

“Assalamualaikum.” Aku menjawab panggilan dari Fahmi dengan salam.

“Waalaikumussalam. Kau sihat Jiha?”

“Alhamdulillah. Kau pulak?”

“Fizikal aku sihat cuma emosi agak kureng.”

“Apa dah jadi dengan emosi kau? Kau dah serap semua emosi-emosi tak sihat klien kau, ya?” Aku dengar Fahmi tertawa dengan gurauan aku.

Aku sengaja bergurau dengan Fahmi. Aku agak rapat dengan Fahmi semenjak di universiti. Sementelah kampung atuk dan neneknya satu kampung dengan aku. Bila Fahmi menziarahi atuk dan neneknya semaa cuti semester, dia pasti menjengah ke rumah aku juga.

“Kalau aku alah dengan emosi klien aku, maknanya aku tak cukup profesional.”

“Ye lah... motivator hebat, mana boleh terkesan dengan situasi, kan?” Fahmi tertawa lagi dengan usikan aku.

“Kau tahu sebab apa emosi aku tak sihat?” Fahmi menyoal aku pula.

“Manalah aku tahu... emosi kau.... engkau sajalah yang tahu.” Sememangnya aku tak tahu.

“Betul kau tak tahu?”

Hmm... “Ya... aku tak tahu. Kau cakap dengan aku kenapa.” Aku kebam bibirku rapat rapat.

“Aku ingat dah jadi kaunselor ni, kau boleh mendalami perasaan orang.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:09 AM | Show all posts
Aku semakin musykil. Keningku bertaut dan dahi ku berkerut. Bibir ku pula berkerenyot. Hairan sungguh aku dengan sikap Fahmi. Kenapa tiba-tiba saja Fahmi nak berteka-teki? Aku diam sambil otakku berlegar-legar cuba menafsir kata-kata Fahmi.

“Kalau pesakit aku, setelah beberapa kali sesi kaunseling, insya-Allah aku akan faham.” Aku membalas kata-kata Fahmi beberapa saat kemudian.

“Aku yang kau dah kenal lama ni, kau masih tak boleh faham? Kau sememangnya tak pernah nak mendalami perasaan aku.”

Fuhh! Jantungku kuat berdegup. Nafasku rasa sesak tiba-tiba. Tak mungkin. Aku cuba humban jauh-jauh penafsiran aku. Tak mungkin!

“Fahmi, aku dan Dona rindu sangat kat kau. Apa kata kita jumpa?” Aku cuba mengelak dari meneruskan penafsiran aku. Aku tak mahu tahu hal itu.

“Aku pun rindu sangat kat kau.” Aku kian sesak tapi aku cuba menganggap kata-kata Fahmi itu adalah kata-kata dari seorang kawan baik.

“Dona laaagi rindu kat kau. Aku ni kurang-kurangnya dapat juga melepaskan rindu pada kau dengan mendengar suara kau di telefon. Tapi kesian kat Dona. Bukan wajah kau saja dia dah lama tak tengok, suara kau pun dia dah lama tak dengar. Kau tak call Dona?” Segera aku mengalihkan hala tuju perbualan kami. Aku mesti menonjolkan Dona sebagai heroin yang hendak dibualkan.

“Alamak! Aku dah hilang nombor Dona. Boleh kau minta maaf pada Dona bagi pihak aku?”

“Apa susah? Nanti aku SMS nombor Dona. Lepas tu kau call dia, ya?”

“Ok...”

“Jadi tak ni?” Soalku kemudiannya.

“Jadi apa?”

“Pasal tadilah... kita jumpa. Aku, kau dan Dona.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:14 AM | Show all posts
“Boleh. Bila dan di mana?”

“Apa kata kau call Dona? Kau setkan masa dan tempat. Nanti Dona boleh beritahu aku.” Seboleh mungkin aku mahu merapatkan hubungan Fahmi dengan Dona.

“Kalau aku beritahu kau pun sama juga, kan? Lepas tu kau beritahu Dona.”

Aku menelan liur. “Tak sama!” Lekas-lekas aku bantah.

“Kenapa tak sama?”

“Dona rindukan kau, Fahmi. Dia nak dengar suara kau. Kau call dia, Fahmi. Please!” Aku merayu kepada Fahmi supaya menghubungi Dona. Dona terlalu berharap kepada aku untuk menjadi jalan penghubung antaranya dengan Fahmi.

“Ok lah... SMS aku nombor Dona.”

Alhamdulillah. Sebaik usai sahaja perbualan kami di telefon, pantas aku mengirimkan nombor telefon Dona kepada Fahmi melalui sistem pesanan ringkas. Aku tersenyum lega. Aku cuba membayangkan kegembiraan Dona apabila menerima panggilan dari Fahmi nanti.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:15 AM | Show all posts
Selepas berbual dengan Fahmi aku ke ruang tamu. Kulihat Kak Syirah sudah siap menghidangkan makanan di dapur. Sebenarnya aku rasa bertuah dapat tinggal serumah dengan Kak Syirah. Kak Syirah tak pernah merungut kerana kerap menyediakan makanan. Di antara kami bertiga, Lili lah yang selalu jarang memasak. Kalau Lili bertugas di luar kawasan berhari-hari, alamat Kak Syirahlah yang selalu ambil alih. Kadang-kadang aku rasa malu juga tapi berkali-kali Kak Syirah memberitahu yang dia tak kisah.

"Akak! Sorry. Dah la akak masak, akak juga yang hidang." Aku benar-benar malu alah dengan Kak Syirah.

"Akak pun memang nak makan Jiha. Jadi akak kenalah masak." Kata Kak Syirah bila aku seperti biasa memohon maaf kerana tak membantunya tadi.
"Tak lah... patutnya Jihalah yang hidang." Sekali lagi aku melepaskan rasa bersalah aku.

"It's ok.... Akak tahu Jiha baru balik. Mesti nak mandi, nak sembahyang."

Aku terdiam. Memang aku baru sudah mandi dan menunaikan solat isya, tapi selepas itu aku ambil masa hampir sepuluh minit berbual dengan Fahmi. Huhu.... Aku dihimpit rasa bersalah.

"Lepas ni shif Jiha. Biar Jiha kemas semuanya. Lepas makan akak boleh rehat." Aku cuba mengimbangi kesalahan aku. Kak Syirah hanya tertawa.

"Ya lah... Kalau Jiha beria-ia nak buat..." Katanya.

"Hah! Apa tercegat lagi? Meh la duduk, makan." Kak Syirah berkata lagi. Aku segera menarik kerusi dan melabuhkan duduk.

"Fulamak! Macam makan kat kampung. Mana akak dapat ni?" Aku tudingkan jari ke arah kacang botol yang berada dalam piring di atas meja makan.

"Pasar Chow Kit lah... Mana lagi?"

"Akak pergi pasar? Bila?"

"Akak half day tadi. Singgah pasar."

"Half day? Akak tak sihat ke?"

"Tak lah... Esuk akak nak ke Kuching. Ada kursus dua hari. Jadi akak balik awal untuk kemas barang."

"Ohhh.... Jiha tinggal sorang-sorang la nanti? Lili pun masih out station. Seronoknya dapat berjalan sambil bekerja. Tak macam Jiha ni... duduk aje kat office tu tunggu panggilan."

"Tak baik macam tu Jiha. Dah skop tugas masing-masing kan? Rezeki Jiha ditetapkan macam tu. Walau duduk saja terperap dalam bilik pejabat tapi akal berjalan, kan? Bukan senang nak fikir masalah orang."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:16 AM | Show all posts
Aku terharu mendengar pujian dari Kak Syirah. Apalah aku ni... tak bersyukur. Walau pun Kak Syirah ada kalanya begitu tegas dan nampak seperti tak berdiplomasi namun sebenarnya aku belajar banyak perkara dari Kak Syirah. Manusia bukan semuanya sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

"Ye lah akak... Jiha minta maaf. Jiha tak patut fikir macam tu. Kalau Jiha nak seronok-seronok berjalan, baik Jiha ambil kurus tourism kat universiti dulu, kan?" Aku kemudiannya tertawa memikirkan betapa tak matangnya pemikiran aku.

Aku dan Kak Syirah kemudiannya meneruskan makan malam kami dengan penuh berselera. Berpeluh-peluh aku makan ulam kacang botol dengan sambal belacan. Ditambah pula dengan gulai kari ikan... Memang sedap.

Kak Syirah bukan sahaja alim, warak, cantik, malah pandai memasak. Aku kadang-kadang hairan kenapa Kak Syirah tak berkahwin sedangkan umurnya sudah mencecah 28 tahun. Hendak bertanyakan hal itu kepada Kak Syirah, aku tak berani. Kak Syirah bukan macam Lili. Kak Syirah begitu tertutup dalam urusan yang melibatkan soal hati.

****************

ok fred, jgn marah kak syirah naa.... sian dia. Kak syirah ni baik tapi...

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:17 AM | Show all posts
Salam ollsss....

Lady...cheq nak speku jalan cerita boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2013 10:21 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-2-2013 10:17 AM
Salam ollsss....

Lady...cheq nak speku jalan cerita boleh?

bolehhh....

sila kan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:32 AM | Show all posts
Ni speku je taw.... tak semestinya betul....

1) Eddie tu abang Dona yang dah lama tak balik and he's gay. Nak speku gak yg he is actually Mind_Teaser

2) Mujahid is Fahmi?

More speku tu come lepas more episode di tepek....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:39 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-2-2013 10:32 AM
Ni speku je taw.... tak semestinya betul....

1) Eddie tu abang Dona yang dah lama tak balik and h ...

Wow... wow... wow....

Kita lihatlah nanti kena ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:49 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 21-2-2013 10:39 AM
Wow... wow... wow....

Kita lihatlah nanti kena ke tak.

Kalau Eddie = Abang Dona... cheq cadangkan Bernard Chandran....

Calling Cik Sarizu...calling Cik Sarizu..@sarizu ..... tetibaaaaaa   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067837 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list