CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 26-2-2013 04:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-2-2013 03:59 PM
Fred... ni hah..cheq cadangkan calon 'Eddie Gayah" untuk hang...

http://mforum.cari.com.my/foru ...

hahahahha.

cheq nak version Adie putra





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 04:06 PM | Show all posts
freddianza posted on 26-2-2013 03:56 PM
Hahahahahaha...
p/s: berangannn tak sudah cheq n


Watak Jiha cheq wujudkan sebagai yg kuat berangan jugak!

Mari kita lihat betul ke Jiha akan walk with the talk?

Atau... cakap tak serupa bikin?
kita kebanyakannya kan macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:08 PM | Show all posts
freddianza posted on 26-2-2013 04:01 PM
hahahahha.

cheq nak version Adie putra

Adiputra bukan Chindian la... hahahaha

-----------------------------------------------------------------
Aku cuma tersengih-sengih. Laptopku aku alihkan sedikit agar Yasmin tak nampak aku sedang melayani forum. Panas rasa pipi aku menahan malu.



Lagu di radio berkumandang tatkala Najiha beranganan.....











Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:10 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-2-2013 04:06 PM
Watak Jiha cheq wujudkan sebagai yg kuat berangan jugak!

Mari kita lihat betul ke Jiha a ...

Mula mula mesti dia macam tak boleh terima.
Tapi mesti lama lama dia okeyy.sebab hati dah sayang
*ye ye jer cheq ni*


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:11 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-2-2013 04:08 PM
Adiputra bukan Chindian la... hahahaha

-------------------------------------------------------- ...

Cheq anggap dia chindian.sebb kulit dia gelap gelap gitu.

Hahahahhaaa







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 04:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-2-2013 04:08 PM
Adiputra bukan Chindian la... hahahaha

-------------------------------------------------------- ...

Wah! Tergoyang2 kepala cheq sambil membayangkan fred sedang mengetuk jari-jemari di meja dan tersengih2 mengenangkan Mujahid
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2013 04:27 PM | Show all posts
freddianza posted on 26-2-2013 04:01 PM
hahahahha.

cheq nak version Adie putra

@freddianza , cheq dah sediakan hero utk hang..



gene appa terlebih



Kompem Jiha aka fred kougar berfikir 1000x nak walk with the talk atau tidak



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:27 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-2-2013 04:19 PM
Wah! Tergoyang2 kepala cheq sambil membayangkan fred sedang mengetuk jari-jemari di meja dan terse ...

Hahahahhahaa...


Malu Cheq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 04:29 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-2-2013 04:27 PM
@freddianza , cheq dah sediakan hero utk hang..

Ladyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy



hang menaya cheq kaaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:34 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-2-2013 04:27 PM
@freddianza , cheq dah sediakan hero utk hang..

Homaiiii...

Should put this song instead....



Gedak gedungdung....gedak gedungdung....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:38 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-2-2013 04:34 PM
Homaiiii...

Should put this song instead....

hohoooo.



mariiiii menari dalam hujannnn


p/s: Ladyyy sikit je ka letak .Nickii hang sibuk jadi MD kat sini sana bila nak sambung  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 09:44 AM | Show all posts
freddianza posted on 26-2-2013 04:38 PM
hohoooo.

Kan cheq dah habaq 1 hari 1 bab!
ok sambung...


BAB 8

Taman Tasik Titiwangsa.

"Kalau aku nak kahwin dengan Fahmi, aku kena convert kepada Islam, kan?" Soal Dona kepadaku. Aku yang sedang membasahkan tekakku dengan minuman isotonik menoleh memandang tepat ke wajah sahabatku itu.

"Kau pun tahu tentang itu sejak dulu, kan?” Nafasku agak semput kerana penat berlari. Pagi minggu ini aku dan Dona sama-sama berjoging di Taman Tasik Titiwangsa. Kebetulan hari minggu kali ini aku bercuti setelah beberapa hari shif malam.

"Dulu aku ingat bila kahwin dengan lelaki Melayu, samalah macam aku kahwin dengan lelaki bangsa lain. Kahwin, hidup gembira, dapat anak dan besarkan anak-anak. Selepas aku mengenali Fahmi, aku tahu Fahmi bukan sekadar lelaki Melayu biasa...." Kata-kata Dona terhenti. Dia menyedut minumannya. Mataku masih terpaku ke wajahnya. Aku menunggu Dona menghabiskan ayatnya.

"Fahmi... Dia lain... Dia selalu berbicara tentang agama. Malah bila dia bercerita tentang agama, dia anggap seolah-olah aku ni beragama Islam."

"Kau tak suka?" Aku menduga.

"Bukan! Maksud aku... Kau sendiri tahu kan selama ini aku anggap semua agama sama saja? Apa yang penting kita amalkan nilai-nilai murni di dalamnya. Sekarang aku sudah mula memikirkan tentang Islam. " Dona berhenti dan kembali menyedut minumannya.

"Serius.. aku suka dengar bicara Fahmi mengenai agama. Kata-katanya membuatkan aku sedar betapa kerdilnya aku sebagai makhluk Tuhan. Sedangkan migrain aku ni pun aku tak mampu nak kawal."

"Tak usah pandang jauh sangat. Tuuu...." Aku menjuihkan bibirku ke arah Dona.

"Apa?" Dona nampak kabur. Tidak mengetahui apa yang aku tunjukkan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 09:46 AM | Show all posts
"Mulut kau tu pun tak mampu nak berkata-kata tanpa izin dari-Nya, tau?" Aku ketawa. Sengaja buat Dona saspens. Akhirnya Dona tertawa juga.

"Ada orang dikurniakan mulut tapi bisu. Ada orang dikurniakan mata tapi buta." Dona mengangguk membenarkan kata-kata aku.

"Macam mana pun biar buta mata jangan buta hati. Kau patut bersyukur kerana mata hati kau sudah mula terbuka dan dapat melihat..." Aku mula berbicara perlahan. Teragak-agak untuk menghabiskan kata-kata.

"Kebenaran?" Dona menghabiskan ayat aku.

"Kau jangan kecil hati ya? Aku terpaksa cakap.... " Aku masih lagi takut takut. Ya Allah! Lemahnya iman aku. Takut untuk menyampaikan kebenaran. Aku tak segagah Fahmi dalam menyampaikan kebenaran. Walaupun aku tahu tentang firman-Nya itu... berpesan-pesan dengan kebenaran, tapi begitu berat sekali untuk aku pikul. Aku sering saja mencari ruang dan waktu yang bersesuaian. Tidak seperti Fahmi... tanpa mengira siapa dan masa, peringatan tentang akhirat pasti akan disampaikannya.

Kerana terlalu mencari kesesuaian masa, penyudahnya aku tak laksanakan tugas berpesan-pesan dengan baik. Setelah lima tahun aku bersahabat dengan Dona, baru kini hatinya terbuka kepada Islam. Itu pun disebabkan oleh Fahmi.

Dona tersengih kecil. "Aku tahu... aku pun tak pernah terima apa yang amma dan appa aku buat sebenarnya. Cara penyembahan dia orang tu... tak masuk akal aku. Tapi sebagai menghormati hak dan kebebasan seseorang, aku tak mahu campur urusan dia orang."

Baguslah kalau kau sudah mula berminat dengan Islam, Dona. Hati kecilku berkata-kata. Lama mataku terpaku ke wajah tulus Dona. Namun demikian, hatiku masih lagi bimbang akan penerimaan makcik Anu dan pakcik Bala. Aku tahu selama ini hubungan persahabatan di antara aku dan Dona tidak mendapat sebarang pertentangan, baik dari keluarga Dona mahu pun dari keluarga aku. Tapi, itu hubungan persahabatan tak sama dengan hubungan perkahwinan. Persahabatan tidak melibatkan pertukaran agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 09:54 AM | Show all posts
"Dona, macam mana nanti dengan penerimaan orang tua kau? Kau rasa dia orang boleh terima?" Aku menyoal tentang perkara yang sudah lama aku fikirkan sejak Dona melahirkan hasrat hatinya terhadap Fahmi.

Dona menunduk. Riak wajahnya yang ceria kini bertukar muram. "Entahlah... Aku sendiri tak tahu. Tapi..." Beberapa garis kerutan terpapar di dahinya. Wajah Dona aku tatap redup.

“Kau tahu Jiha? Sebenarnya sudah tiga tahun abang aku langsung tak berhubung dengan kami sekeluarga.” Aku mengangkat kening. Sedikit terkejut. Selama ini Dona tak pernah pula bercerita mengenai masalah keluarga mereka. Apa yang aku tahu abangnya itu sibuk dengan kerja dan mereka kerap berhubung melalui Skype.

“Rahul merajuk dan dia tak nak balik ke Malaysia lagi.” Aku masih tak bersuara. Aku cuma mahu menunggu bicara Dona yang seterusnya. Kemudian kedengaran bunyi tarikan nafas Dona yang berat.

"Rahul nak kahwin tapi appa aku tak bagi."

"Kenapa?" Aku mula menyoal.

"Appa aku tak benarkan Rahul berkahwin dengan perempuan yang berlainan agama." Aku membeliakkan kedua biji mataku sambil menatap tepat ke wajah Dona. Apa yang aku bimbangkan nampaknya bakal menjadi kenyataan.

“Tapi amma kau dengan appa kau berlainan agama. Apa masalahnya kalau Rahul nak convert?” Aku menyoal, namun soalan aku tak berjawab.

“Kalau begitu, macam mana kau nak kahwin dengan Fahmi, Dona?" Soalku lagi beberapa saat kemudian. Dona membungkam cuma. Wajahnya aku pandang tepat di muka. Muram sekali.

"Aku tak faham... Kalau appa kau benarkan amma kau menganut agama yang berbeza, kenapa anak-anak dia tak boleh?”

"Rahul lelaki, jadi appa mahu dia kekal dengan agama Hindu yang appa anuti."

"Maksud kau... dia macam pewaris keturunan appa kau lah?" Dona mengangguk perlahan. Last edited by ladyFinger12 on 27-2-2013 09:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:54 AM | Show all posts
freddianza posted on 26-2-2013 04:38 PM
hohoooo.

Bila dah tak sibuk jadi MD kat sini.......






Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:56 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 27-2-2013 09:54 AM
"Dona, macam mana nanti dengan penerimaan orang tua kau? Kau rasa dia orang boleh terima?" Aku menyo ...

Pstttt...Rahul ke Eddie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2013 09:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-2-2013 09:54 AM
Bila dah tak sibuk jadi MD kat sini.......

Tak sibuk kalu, cepat sambung SAK!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 09:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-2-2013 09:56 AM
Pstttt...Rahul ke Eddie?

Jeng... jeng... jeng...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 10:03 AM | Show all posts
"Appa aku sebenarnya rasa bersalah terhadap keluarga dia. Appa aku tak dapat memelihara agama keturunan kami disebabkan appa aku jatuh cinta dengan amma aku. Dari dahulu lagi appa tahu amma beragama Buddha. Tapi itu lah.... cinta tu buta, kan?" Aku terkejip-kejip. Ada sejarah duka rupanya dalam keluarga makcik Anushia dan pakcik Balachandra.

"Maksud kau.... perkahwinan antara amma dan appa kau tanpa restu keluarga?" Pantas aku menyoal. Dona angguk. Suasana menjadi hening seketika.

"Dona, kau rasa dia orang akan merestui hubungan kau dengan Fahmi? Kau pasti appa kau tak akan menghalang?" Aku memecah kebeningan yang mencengkam rasa.

"Itu yang buat aku risau...." Lemah nada suara Dona.

"Sebab ini ke kau stress sampai migrain?" Kedengaran hembusan nafas Dona yang panjang.

"Sebahagian daripada sebab. Aku mengaku..." Dona tertunduk lagi. Dan aku hilang bicara buat seketika.

"Kau tak berterus-terang dengan amma kau? Mungkin peraturan itu hanya untuk Rahul saja tidak kepada kau." Aku cuba menaruh harapan.

"Nak cakap apa? Fahmi pun belum tentu sukakan aku." Dona bersuara lemah. Aku terbungkam sejenak.

“Apa kata kau beritahu saja Fahmi tentang isi hati kau?”

“Aku tak berani.”

“Kau nak aku tolong sampaikan?”

Dona menggeleng. "Jiha.... Sejak kebelakangan ini aku semakin tertarik dengan Islam. Kata-kata Fahmi sering mengesankan hati aku ni... " Dona terhenti seketika. Memang aku pun mengharapkan perkara ini terjadi tapi rasa macam tak percaya saja telinga aku mendengarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 10:05 AM | Show all posts
"Selama kita berkawan aku tak pernah terfikir langsung soal agama Islam. Pada aku semua agama ni mahukan yang baik-baik, jadi aku ambil saja segala kebaikan yang terdapat dalam setiap agama. Tapi sejak aku mengenali Fahmi, hati aku semakin tertarik kepada Islam."

Sememangnya dari dulu lagi Dona begitu menyokong soal kesamaan agama. Sekali pun aku tak pernah membangkang kerana pada aku itu hak Dona. Lainlah kalau Dona beragama Islam, akan aku cuba perjelaskan kepadanya tentang kesalahan dalam pemahamannya itu.

"Kau serius ke ni Dona?" Aku masih was was.

"Serius lah... kau ingat aku main-main ya?" Tutur Dona. Wajahnya kutatap redup.

"Aku mengaku.... mungkin disebabkan aku cintakan Fahmi jadi aku mula tertarik dengan agama yang dia anuti iaitu Islam. Tapi serius, kata-kata Fahmi tentang Tuhan membuatkan aku semakin sukakan dia dan juga Islam." Aku benar-benar terkesima dengan pengakuan Dona. Alhamdulillah! Rasa mahu gugur air mata kegembiraan yang kutahan.

"Aku nak belajar tentang Islam dari Fahmi. Kau boleh tolong sampaikan kepada dia?" Aku melakar senyuman buat sahabat dunia dan mudah-mudahan juga sahabat akhirat aku itu.

Dona menyintai seorang lelaki Muslim yang aku pasti boleh membimbingnya. Namun Dona risaukan emak dan ayahnya menentang pilihannya. Dan dalam masa yang sama Dona masih tak pasti samada lelaki yang dicintai dan diharapkan dapat membimbingnya itu menyintainya atau tidak. Tak hairanlah dia stress. Aku berasa simpati kepadanya. Hanya Fahmi yang dapat membantu. Aku bermonolog dalam hati kecilku.

"Jiha...."

"Dona! Kau ok tak?" Aku panik apabila melihat dahi Dona merenik dengan peluh. Peluh penat berlari atau peluh menahan sakit? Dona tidak menjawab sebaliknya dia menekan-nekan kepalanya. Dan tiba-tiba Dona rebah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.254898 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list