CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23606|Reply: 11

Perubatan Sunnah: Lubban (Kemeyan Arab @ Kemenyan Putih)

[Copy link]
Post time 5-3-2013 07:16 AM | Show all posts |Read mode
“KEBERKATAN KHASIAT PEMAKANAN SUNNAH.”



LUBAN (Frankincense)
Pengenalan.
Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran senduk.  

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.





Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.


Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi.  Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam.  Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini
.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2013 07:17 AM | Show all posts
Sejarah
Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab  “Tib Al-Nabawi” m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.h.  Anas r.a.  Dan  Saiyidina  Ali k.w. Maksudnya :


“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”

Nabi SAW berpesan supaya beramal dengan luban untuk kecerdasan akal anak-anak dan menguatkan ingatan bermula di dalam kandungan lagi.

Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi.


Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan  dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Wahai  kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu  semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda,
أطعموا نسائكم الحوامل اللبان , فإنه يزيد في عقل الصبي
Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya. [34]

Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,
أطعموا حبالاكم اللبان , فإن يكن في بطنهنّ غلام خرج ذكي القلب عالما شجاعا , وإن يكن جارية حسن خلقها وخلقها وعظمت عجيزتها وحظيت عند زوجها
Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35]

Imam Ali Ridha (sa) berkata:


“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 07:18 AM | Show all posts
Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).

Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 07:18 AM | Show all posts
Khasiat
Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.

Meningkatkan kecerdasan Minda
Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk
Meningkatkan ketajaman daya ingatan
Memberi ketenangan (menghilangkan stress)
Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
Menambahkan keyakinan diri
Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan..
Berdasarkan tindakbalas  juga dapat merawat dan melegakan penyakit….
sakit saraf , urat, dan sengal2 badan bagi ibu selepas bersalin.
mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung
baik untuk ibu mengandung
Pertuturan kurang jelas
Pra nyanyuk
Migrain
Sakit kepala dan masalah angin
Tekanan yang melampau
Keletihan
Masalah pelajar malas belajar
Mengatasi masalah anak-anak degil
Lawas sistem perkumuhan
Lain-lain khasiat : (to be up-dated later)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 07:19 AM | Show all posts
Kini para ilmuwan telah mengamati bahwa ada kandungan dalam kemenyan yang menghentikan penyebaran kanser. Belum diketahui secara pasti kemungkinan kemenyan sebagai anti cancer.
Mengsyorkan kemenyan sebagai obat untuk tumor, bisul, muntah, disentri dan demam.Dalam perubatan tradisional Cina, kemenyan digunakan untuk mengubati masalah kulit dan pencernaan. Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk mengubati arthritis. Khasiat kemenyan sebagai obat arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika.
Kemenyan yang biasa digunakan untuk urusan mistis ternyata berdasarkan hasil penelitian juga mampu menurunkan kadar kolesterol jahat. Penyelidikan yang dilakukan oleh King Abd Al-Aziz University di Arab Saudi menemukan bahwa kemenyan bisa menurunkan kadar kolesterol jahat.
Kemenyan, menurut peneliti Nadia Saleh Al-Amoudi, boleh dipadukan dengan bahan dari tumbuhan lainnya untuk meningkatkan kesihatan jantung. Akan tetapi, masih belum ditemukan cara yang jelas agar manusia boleh menggunakannya.
"Kemenyan telah lama digunakan sebagai kaedah perubatan untuk mengatasi sakit tenggorokan, hidung mampat, bekas luka dan luka bakar," jelas Al-Amoudi, seperti diberitakan dari laman Healthday.
Kajian yang dijalankan  di International Journal of Food Safety, Nutrition and Public Health ini, peneliti memberikan kemenyan kepada tikus albino dan menemukan bahwa kadar kolesterol jahat tikus itu turun sedang kadar kolesterol baik meningkat. (fn/sc/ws) credits: suaramedia



Golongan yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan luban sebagai supplement seharian.

Kanak-kanak
Remaja
Dewasa
Warga emas
Orang Nyanyuk
Ibu mengandung
Ibu dalam pantang
Pesakit mental
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 07:19 AM | Show all posts
Penggunaan:
Bau dari getah tersebut dibuat minyak yang mudah meruap yang menyebarkan bau harum yang kuat bila dibakar. Luban bingga saat ini masih dipakai untuk upacara keagamaan. Minyak luban di Eropah abad pertengahan dipakai sebagai ubat untuk membersihkan luka-luka.  

Kaedah 1:
Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir balagham itu.

Kaedah 2:
Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk kanak-kanak dan remaja.
Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang tua dan yang mengalami masalah kronik.Di letakkannya di atas lidah, Isap seperti gula-gula.
Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah) juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan aIr suam, susu, teh, milo, kopi dan sebagainya.

Kaedah 3:
Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban) menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah al-‘Ujlan.
1.       Rendam kemenyan putih (luban) di dalamair pada waktu malam.
2.    Keesokannya sebelum sarapan pagi campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan nisbah 1:2
3.      Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
4.      Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2         grams kemenyan putih (luban) itu dan dicampur dengan madu lebah serta dimakan setiap hari.

Kaedah 4:
Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2013 10:44 PM | Show all posts
Kalau kat KL ni ada ke org jual lu'ban ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:30 AM | Show all posts
cakciboojaki posted on 27-6-2013 10:44 PM
Kalau kat KL ni ada ke org jual lu'ban ni?

ada...kat kedai oud/perfume arab kat bkt bintang byk....satu pek RM70 camtu.....bende ni ada fungsi bunuh kuman....so kalau sakit tekak ke,hidung berhingus ke,demam ke,bakar atas kemenyan,asapkan je bilik,sure cepat sembuh,hingus selsema cepat kering

lagi satu bende ni macam sanitize bilik la,bunuh kuman

tapi kalau stay indoor dlm bilik tu je,akan rasa dry kat tekak,kena minum air banyak2

selalu orang arab guna kemenyan luban ngan bukhoor campuran kayu gaharu untuk mewangikan rumah,dorang perasapkan sekali wardrobe untuk kasi baju2 dlm wardrobe wangi





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 08:19 PM | Show all posts
Thanks for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zaina_izwa at 26-8-2017 08:06 AM

Yang hijau hojari tu grade berkualiti dan ini yang diguna dalam 3 cara, makan, dibuat air rendaman dan dibakar . Luban ni amat bagus untuk minda dan merawat saraf

sumber : https://kemenyanarabluban.blogsp ... nkemenyan-arab.html


Sapa berminat nk beli boleh whatsapp 012-940 5699 atau follow instagram/fb permata muhibbin
https://kemenyanarabluban.blogspot.my/


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 10:46 PM | Show all posts
info yg sgt bagus.. tq!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 09:35 AM | Show all posts
Salam semua ❤ ❤ ❤
.
Ada tak kawan-kawan kat sini yang nak bantu anak-anak mengatasi salah satu daripada masalah seperti di dalam gambar di bawah?
.
Saya ada satu produk yang in shaa Allah boleh mengurangkan masalah-masalah tersebut. Anak saya sendiri dah cuba dan nampak banyak perubahan positif hari demi hari.
.
Jika berminat, pm atau klik http://luban.wasap.my/ untuk direct whatsapp saya tanpa perlu simpan nombor.
.
Doa saya semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dimudahkan segala urusan untuk menuju akhirat, disayangi penduduk bumi dan langit, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman dan faqih dalam agama.
.
Ameen!
.
.
#ctfarazila #luban #ptarluban #kecergasanminda #terapisaraf #terapiminda #sawan #terapisawan #kesihatanminda #sayaejenluban #makanansunnah #satumalaysia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.255159 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list