CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2952|Reply: 1

ANDAI ITU TAKDIRNYA by pena_pena

[Copy link]
Post time 11-3-2013 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Nurkilan ini telah diciptakan dalam bentuk penceritaan dan tidak mengambil berat tentang format penulisan itu sendiri dan dihasilkan secara spontan . Segala komen dan pandangan boleh suarakan disini. Dan akan di updated setiap hari pada pukul 8 malam untuk keesokannya. Sekian,

BAB 1

Pid yang merupakan seorang jejaka yang  tidak beberapa tampan dan seorangyang sangat pemalu apabila melibatkan soal hati dan perasaan terhadap wanita.Dia langsung tidak pernah keluar dan mengenali wanita secara berhadapan. Dia hanya pandai mengurat perempuan melalui media social yang ada pada ketika itu,bermula dengan era myspace pid telah berhubungan dengan seorang gadis yang bernama anne yang asalnya hanya menjadi friend dengan pid dan hubungan itu telah berputik menjadi sepasang kekasih.

Pid yang pada ketika itu hanya sebagai seorang pelajar sekolah menengah hanya melepaskan rindu terhadap kekasihnya hanya melalui myspace, anne yang  tinggal beratus kilometer di utara tanah airdan pid yang  tinggal di Selangor menyebabkan pasangan kekasih ini memilih myspace sebagai medium untuk melepaskan ayat-ayat rindu antara satu sama lain. Latar belakang pid yang lahir dari keluarga yang agak kekurangan membuatkan dia tidak bertemu kekasih hatinya untuk bersua muka secara berhadapan kerana duit yang ibubapanya bagi hanya cukup untuk perbelanjaan harian.

Mereka menjalinkan cinta bertahun-tahun tanpa berjumpa secara berhadapan, berbeza dengan anne yang lahir dari keluarga agak berada, keluarganya yang mempunyai bisnes hotel penginapandi Pulau Langkawi. Tapi itu tidak menghalang cinta mereka bersatu. Apabila tamat persekolahan pid  telah bekerja disebuah kilang automotif yang berdekatan dengan rumahnya untuk meringankan beban kedua orang  tuanya yang juga bekerja kilang. Walaupun niat di hati pid  untuk menyambung belajar ke peringkat seterusnya kedua ibubapanya hanya akan membenarkan pid  menyambung belajar sekiranya dapat tawaran dari IPTA.

Pid yang hanya pelajar pada tahap sederhana amat mengharapkan panggilan UPU yang telah dia isi ketika mendapat keputusan percubaan akan merubah nasibnya. Setelah mendapat keputusan SPM yangtidak cemerlang, hatinya seolah langit yang mendung menanti basahnya bumi. Diatahu setelah result SPM yang dia terima pada hari ini tidak akan ada tawaran dari mana-mana IPTA untuknya lagi. Dunia seolah amat kejam untuk dirinya, diayang hanya termenung untuk memikir masa depan yang bakal dia lalui, berbeza dengan kekasih hatinya yang merupakan pelajar pintar di sekolah dan mendapat result yang cemerlang.

Dia bertekad untuk memasuki IPTS untuk merubah nasib dirinya. Dia yang ketika itu bekerja sebagai seorang operator machine telah mengambil inisiatif untuk mengumpul wang gajinya untukmembayar yuran pendaftaran untuk memasuki IPTS kelak, berbeza dengan kekasihnya yang mendapat tawaran UPU tetapi dia telah menolak untuk memasuki IPTS oleh kerana rumahnya lebih dekat dengan IPTS tersebut, tetapi anne sering memberi dorongan kepada pid untuk menyambung pelajaran. Anne yang memberi cadangan untuk mengambil SPM Julai untuk memperbaiki keputusan SPM buah hatinya, dan pid telah bersetuju atas cadangan yang anneberikan.

Dorongan yang anne berikan seolah memberi oksigen baru terhadap pid yang sebelum ini seolah hanya menyedut gas karbon dioksida. Anne  telah mengajar dan memberi tips kepada pid  melalui yahoo messenger untuk melalui SPM julai itu nanti. Banyak tips yang telah diberikanoleh anne kepada pid. Pid amat gembira atas sokongan yang ditunjukkan olehkekasih hatinya itu, dan beberapa bulan sebelum SPM Julai anne tidak lagi memberikan lagi tips untuk pid oleh kerana sibuk dengan assignment yang diberikan olehpensyarah tempat dia  belajar.

Pid  telah meminta tolong dari beberapa kawan sekelasnya yang mempunyai result yang cemerlang. Penat yang ditanggung badan pid tidak terperi seolah tiada lagi masa untuk tidur dan berehat untuk dirinya oleh kerana siangnya dia akan bekerja di kilang dan malamnya dia akan ke rumah kawannya untuk mengulangkaji oleh kerana SPM Julai sudah pun hampir. Demi untuk mengejar cita-cita untuk mempertingkatkan taraf hidup dan ingin memperisterikan anne, pid tempuhinya dengan redha atas segala cabaran dihadapi dan bakal dihadapinya.   



Last edited by pena_pena on 11-3-2013 12:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2013 09:10 PM | Show all posts
BAB 2

Pid telah mengambil SPM Julai di sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya berbekalkan slip peperiksaan yang telah dia ambil di Pejabat Pelajaran Negeri, dia pun melangkah ke pusat peperiksaan berbekal kalimah Allah di dada supaya hati yang lebih tenang untuk menjawab soalan yang bakal dia hadapi. Petang itu peperiksaan pun dapat, dia melangkah keluar dari pusat peperiksaan dan hatinya telah tertanam harapan untuk Berjaya melangkah ke menara gading pada suatu hari kelak. Pid boleh merehatkan diri lebih lama sedikit oleh kerana ia telah meminta cuti pada Supervisornya.

Hati yang sebelum ini ibarat awan mendung menanti bumi yang basah kini berubah seperti sedang baru menanam benih dan suatu hari benih ini akan bercambah , membesar dan membuahkan hasil untuk tuannya . Pid segera ke dalam bilik untuk membaringkan diri dan sedang dari pada itu dia memerhatikan skrin telefon bimbitnya mengharapkan anne kekasih hatinya meninggalkan mesej kepadanya, perasaan rindu kepada anne tidak dapat ditahan lagi oleh kerana sejak anne menyambungkan pelajarannya dia amat jarang meluangkan masa kepada kekasih hatinya dengan  pid.

Namun tiada mesej yang ditinggalkan oleh anne untuk pid, pid hanya senyum sumbing dan mengeluh didalam hati
“Mungkin dia terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.’ Sambil dia menghelakan nafas yang panjang dia pun memejamkan mata untuk merehatkan badan setelah sejak kebelakangan ini dia tidak cukup tidur.
Setelah suasana bilik keadaan gelap pid terjaga dan melihat jam yang menunjukkan pukul 7 petang. Pid segera mencapai tuala dan bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri untuk mempersiapkan diri solat maghrib di surau berdekatan dengan rumahnya. Setelah hampir 6 minit berjalan kaki menuju ke surau pid bertemu dengan kawan sekolahnya . dan sambil tersenyum pid melepaskan sepotong ayat bertapis

“Dah lama kau sampai Zul ?” Zul tengok aku dalam keadaan senyum juga sambil

“Tuh bising lau sampai lambat.” Sambil memuncungkan bibirnya kearah bapanya.

Aku menepuk bahu zul dan terus masuk ke dalam surau yang sebentar tadi zul hanya tercegat kat pintu surau.
Setelah tamat solat maghrib secara berjemaah aku pun panjatkan doa kepada Allah yang Maha Esa untuk memberkati hidup aku dunia akhirat dan permudahkan jalan dalam hidupku ini.
Setelah jam yang melekat di dinding rumah tepat menunjukkan pukul 9.00 malam aku mencari handphone yang sebelum ni aku selitkan dibawah bantal dan menekan keypad untuk menghantar SMS ke buah hati aku

Salam. Tengah buat apa ? – Syafiq Mustafa

Selepas 5 minit handphone yang berada didalam pegangan ku berbunyi tanda handphone ku menerima SMS yang tak tahu dari siapa. Apabila aku View

Baru lepas siapkan assignment dengan kawan-kawan tadi dekat café. Pid sehat ? – Anis Farah

Aku membaca dalam keadaan senyum mana taknya setelah lama tidak berhubung anne masih mengambil berat pasal aku.  Belum sempat aku membalas mesej anne aku terima lagi satu SMS

Sorry pid, anne ada meeting persatuan pada malam ni melibatkan aktiviti yang bakal persatuan anne anjurkan nanti. Salam sayang  to pidd – Anis Farah

Aku membalas SMS tersebut dengan perasaan sedikit hampa kerana ingatkan aku dan anne akan sms agak lame seperti kebiasaannya .

Takpe anne. Awak jgn risau pid dekat sini sentiasa sihat. Awak jage diri dan takmau mengatal. Salam – Syafiq Mustafa

Sempat aku melepaskan sedas peringatan kepada kekasih hatiku. Malam itu aku tidur lebih awal untuk kembali bekerja keesokanya sekiranya kilang ada OT aku sentiasa tidak menolak kerana buat masa ini aku ini menyimpan sedikit wang sekiranya aku dapat tawaran sambung belajar supaya dapat mempersiapkan keperluan yang perlu.
Last edited by pena_pena on 12-3-2013 09:12 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.285930 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list