CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2013 10:52 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            “ Hah dik! Ada apa-apa lagi ke yang adik nak?  Meh Paklong belikan. Janganlah malu dengan Paklong dik. Ko jangan segan nak beritahu apa-apa yang kurang nanti.  Insya Allah, Paklong akan bantu.” Sebak beb bila dengar Paklong kata macam tu. Terasa macam di awang-awangan pula. Macam dalam mimpi pula sebabnya jarang dapat perhatian begini dari Paklongku. Alangkah bagusnya kalau Maklong aku berperangai seperti Paklong.  Aku akan sentiasa doakan moga Maklong akan berubah satu hari nanti. Sejahat-jahat dia, dia tetap Maklongku juga.

             “ Ish…abah tanya kau dik. Sempat lagi kau sengih, macam kerang busuk daa….  Adik..adik..” Aku tersedar dari lamunan terhenti…eh tuh tajuk lagu Aris Ariwatanlah. Mmm….aku ada sengih ke?  Kepala yang tak gatal aku garu.

             “ Takpelah paklong. Rasanya semua dah cukup.  Apa pun terima kasih banyak pada Paklong sekeluarga sebab sudi menemani kami kat sini.”

             “ Janganlah kata macam tu dik. Kitakan bersaudara. Walaupun abang Eddy jarang sembang dengan korang, arwah Makngah sebenarnya agak rapat dengan abang dan kak Ika tau. Kalau adik nak tahu, Makngah banyak bagi nasihat pada kami. Dia suruh kami belajar rajin-rajin. Katanya hanya ilmulah harta yang paling berharga. Jadi abang nak, adik dan kakak akan belajar bersungguh-sungguh. Abang Eddy sayang kat korang.” Tak tahu pula aku rupanya arwah mak agak rapat dengan anak Maklong.  Nasihat yang sangat berharga nilainya. Emak memang betul.

             “ Insya Allah abang Eddy. Akan adik sematkan pesanan abang tuh dalam sini.”  Aku melekapkan tangan ke dada yang berlapikkan tudung. Ya, aku berazam ingin menjadi yang terbaik seperti yang arwah mak harapkan.  Kak Ika lantas memelukku.

             “ Nah, ambillah buat belanja.  Jangan segan dengan Paklong kalau adik dan kakak mahu kan apa-apa ye.  Hari pun dah petang, Paklong beransur dululah.  Kebetulan Kak Ika kamu belajar kat UiTM Segamat, jadi senanglah Paklong nak jenguk korang nanti.  Jaga diri baik-baik. Ni, nombor telefon Paklong. Jangan lupa bagitau kalau nak apa-apa ye!” Kemudian dihulurkan sedikit wang dan kad namanya padaku. Aku menyambutnya sambil menundukkan sedikit kepala tanda berterima kasih padanya. Apa yang aku tahu, Paklong merupakan seorang usahawan IKS.  Dia menjual pelbagai jenis kerepek.

             “ Insya Allah Paklong. Terima kasih ye Paklong.” Aku menyambutnya.

Last edited by wipers81 on 17-5-2013 10:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2013 10:54 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             “ Ingat adik, kakak! Jaga diri korang. Kalau ada apa-apa masalah, bagitau Pak Uda ye. Kami pun nak minta diri ni.  Ni, ada duit belanja dari Pak Uda dan Mak Uda ko. Ambillah. Dekat nak raya nanti, Pak Uda datang jemput korang ye!” Pesannya pada kami. Aku menyambut wang yang dihulurkannya lantas memasukkan ke dalam poket baju kurungku. Ku raih tangannya dan Mak Uda lantas menundukkan muka lalu mencium tangan mereka.  

             Dengan selambanya, abang  Iman juga menghulurkan tangannya padaku. Serba salah aku, nak sambut atau tidak dan pada waktu itu, dibelakangnya kak Ika mengenyitkan matanya padaku.  Abang Eddy hanya menggeleng kepalanya dan menepuk lembut bahu abang Iman yang sedang tersengih. Mereka bertiga memang rapat. Aku terpaksa juga menyambut lalu dengan pantas menarik kembali tanganku dan berdiri menjauh sedikit darinya. Mana taknya aku buat macam tu, ringan saja tangannya membawa tanganku ke bibir gatalnya. Tak malu sungguh. Sempat Mak Uda mencubit lengan anaknya sebaik menyedari kemiangan anak bujangnya itu.  Padan muka kau ulat bulu!!!!  Rasakan penangan Mak Uda.

            “ Auch…sakitlah mak. Bukan Iman buat apa pun. Salam je, salah ke?”  Ish…tak salah kata dia! Tak tau ke dia ni, kami ni halal bernikah…erk….bermaksud aku dan dia boleh kahwin…KAHWIN!!! Tiba-tiba terasa meremang bulu roma aku. Orang kata kalau meremang macam tu, ada  H.A.N.T.U……hantu ulat bulu….euw……

            “ Banyaklah ko punya tak salah. Merenyam je yang ko tahu. Eii…geramnya mak dengan ko nih. Dahlah dik! Ko jangan ambil hati dengan abang Iman ko nih. Nanti Mak Uda kahwinkan dia cepat-cepat. Biar merenyam dia tuh kurang sikit.” Tajam jelingan yang Mak Uda berikan pada anak bujangnya tu. Yang ni memang aku setuju sangat. Dalam hati aku sedang gelak besar. Padan muka kau wahai ulat bulu oi…hahaha.

            “ Biar betul mak ni? Iman muda lagilah. Enjoy pun tak puas lagi. Buat apa penat-penat nak cari calon untuk Iman kan depan mak dah ada, cuma calon menantu mak tak cukup umur lagilah. Bawak-bawak bersabar sikitlah mak. Tak lari gunung yang dikejar.  Kalau dia lari, kita tawan terus gunung tuh mak.” Selamba badak air betul mamat ni. Uwek….nak termuntah aku dibuatnya. Aku tahu dia tuju kat aku sebab sambil dia bercakap matanya merenung ke arahku. Geramnya aku, ada juga yang kena cepuk nanti.


Last edited by wipers81 on 17-5-2013 11:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 11:04 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

               Selepas menghantar kepulangan mereka, kami menuju ke bilik yang disediakan untuk kami huni selama dua tahun kami di sini nanti. Terdapat tiga blok bangunan disini.  Blok di hadapan adalah asrama lelaki, di bahagian tengah pula adalah pejabat di tingkat atas manakala  bahagian bawah adalah dapur dan kantin. Blok berdekatan dengan hutan iaitu blok di belakang merupakan asrama kami. Di tingkat bawah pula merupakan bilik mesyuarat dan perpustakaan. Bilik asrama kami agak luas. Tujuh katil berkembar menghadap sesama sendiri boleh dimuatkan. Sebanyak tujuh deretan bilik air disediakan dalam bilik itu. Inilah kediaman kami sekarang. Suka atau tidak, di sini akan aku lalui suka duka kehidupan sehinggalah tamat belajar nanti.

            “ Hai, nama saya Nor Aniza. Saya ketua kat sini. Saya dapat tahu yang kita sebaya. Nanti saya kenalkan yang lain pada awak….” Iza memperkenalkan dirinya kepada kami sambil menghulrkan tangannya untuk berjabat denganku.

           “ Oh…hai…saya Lily Dayana dan itu kembar saya Lily Hasliana. Panggil je saya Yana and kembar saya Liana. Nice to meet you!” Amboi tercakap omputih la pulak aku ni. Huluran tangannya ku sambut dengan senyuman. Minta-minta janganlah dia ingat aku ni berlagak pula sebab tercakap omputih tadi…ahaks.

          “ Ooo…Yana dan Liana. Marilah saya tunjukkan di mana katil awak berdua.  Kami semua memang menunggu kedatangan awak berdua. Mesti meriah asrama kita lepas ni!”  Ujarnya. Ya, aku pun mengharapkan yang sama juga.  Mereka yang lain sudah hampir dua minggu menetap di sini. Aku dan kakak sahaja yang agak terlewat sampai.  Semuanya kerana terlalu banyak urusan yang perlu aku selesaikan di JB. Mujurlah Pak Uda dan keluarganya banyak membantu kami di sana. Walaupun aku menyampah dengan anaknya, namun banyak pertolongan yang telah dihulurkan oleh dia.

           Kami kemudiannya telah diperkenalkan oleh Iza dengan yang lain. Yang sebayaku denganku ialah Nor Aniza dan Norlia. Manakala adik-adik yang lain adalah Norazlina dan Noraida pasangan kembar  juga,  Jamilah, Liza,  Mastura, Izwani, Farina, Rahimah  manakala Aishah  serta Zaharah merupakan pasangan adik beradik tidak dilupakan Shikin merangkap adik Iza, Azlina dan juga adiknya Faika yang sama nasib denganku iaitu yatim piatu. Yang lain semuanya masih ada ibu, tetapi mungkin desakan hidup yang memaksa  mereka berpisah. Yelah  seorang ibu sudah  tentu mahukan yang  terbaik untuk anak-anak mereka. Dapat ku lihat penerimaan yang agak baik dari mereka.  Walau pada mulanya agak janggal, namun aku dapat menyesuaikan diri dengan baik. Kembarku juga kelihatan gembira dengan rakan-rakan baru ini. Dia agak rapat dengan Norlia. Sememangnya itulah yang aku harapkan dari Liana. Semoga dia dapat menyesuaikan diri dan belajar berdikari.

Last edited by wipers81 on 17-5-2013 11:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 11:08 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

              Emak banyak kali berpesan padaku supaya banyak memerhatikan kembarku.  Kakak aku seorang yang agak sensitif dan dia juga agak lambat dalam sesetengah hal. Sebab itu, emak banyak bergantung padaku dalam membuat sesuatu perkaradan pandangan aku akan diminta olehnya sekiranya perlu. Aku sayangkan kakakku, sebab itu aku rela berkorban banyak perkara. Untuk Liana, aku sanggup melakukan apa sahaja andai nyawa aku sendiri tergadai. Dia kakak yang baik kerana dia tidak pernah sisihkan aku walaupun dia berikan gelaran ‘Dayang Senandung’ padaku, namun aku tak pernah berkecil hati. Kerana kasih sayang dia membuatkan aku rasa aku perlu menjaganya sekarang dan sehingga dia menemui kebahagiaan dia sendiri kelak. Aku rela walau aku terpaksa berkorban masa mudaku untuk menjadi segala-galanya untuk dia.

            Selesai menunaikan solat asar, aku dan kakak diminta ke pejabat asrama. Kami telah diperkenalkan kepada Ayah Abu selaku ketua kerani dan Ibu Sara sebagai penolongnya. Mereka sangat baik orangnya. Banyak perkara yang mereka terangkan padaku dan juga Liana. Tak kisahlah walaupun banyak peraturan, asalkan kami ikutinya sudah pasti tiada masalah yang akan timbul nanti. Jam menunjukkan hampir pukul enam setengah petang. Kami semua beratur di luar bilik, berjalan menuju ke kantin untuk berbuka puasa.  Hari ini, hari adalah hari keempat umat islam berpuasa. Ramadhan pertama tanpa emak yang kami kasihi.

            “ Itu ke budak baru yang riuh satu asrama dibuatnya? Apasal yang sorang tu cantik yang sorang lagi tu ‘berlegam’?” Amboi, tak sayang mulut sungguh budak-budak kampung ni.  Tak sedar ke sekarang bulan puasa? Ada juga mulut yang kena tonyoh dengan selipar aku ni.  Ish…...tak baik kata diorang budak kampunglah Yana, kau juga sekarang dah jadi sebahagian dari kampung ni tau tak! Eh.. suara siapa tu….itukan suara hati akulah…hehehehe.

            “ Dah jom, toksah nak ambil hati dengan diorang tuh. Jom makan dik! Aku dah ‘cop’ tempat untuk kau.” Selamatlah korang dari nak kena sembur dengan aku. Nasib baik Liana menarik tangan aku ni. Kalau tidak, orang lain makan nasi diorang makan selipar aku ni. Jangan main-main ek dengan aku. Aku dah bertukar jadi garang tau sekarang sejak mak aku meninggal ni. Cubalah cari pasal dengan aku….takut tak???

            “ Kalau kau nak tahu Liana, tu yang pakai baju melayu biru muda nama dia Farizal. Sebelah dia tu yang di sebelah dia pakai baju melayu hijau terang pula nama dia Hamdi, yang pakai..bla…bla…bla…” satu persatu diperkenalkan oleh Norlia yang aku lebih senang panggil Lia. Ah…aku malas nak layan.

              Sebenarnya aku tengah anti gila dengan mamat yang pakai baju melayu biru muda dan hijau terang tu. Dioranglah yang menuturkan dialog yang hampir membuatkan aku menonyoh mereka dengan kasutku. Kecik je aku tengok diorang ni!!!! Takpe, rahsia korang ada pada aku. Tunggu sajalah pembalasan dari aku. Peristiwa tadi bermain difikiran aku dan tunggulah akan aku ceritakan bila sampai waktunya.

            Selesai makan, kami dikehendaki membasuh tray makanan dan gelas sendiri. Aku sempat berkenalan dengan tukang masak kami yang dipanggil Kak Long dan seorang lagi Kak Ngah. Kak Ngah sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak manakala Kak Long masih membujang lagi. Aku difahamkan bahawa Kak Long merupakan anak Ayah Abu, dia hanya menolong Kak Ngah. Rumah Kak Ngah juga terletak tidak jauh dari asrama. Sebenarnya di sini, kami dikehendaki memanggil pekerja di sini dengan panggilan Ayah dan Ibu. Selesai semuanya, aku kembali ke bilik, menyiapkan segala keperluan untuk ke sekolah esok.  Sekolah baru!  Hati aku terusik, tiba-tiba aku teringat akan rakan-rakanku di Johor Bahru. Aku menangis….Fahim…apa agaknya yang awak sedang buat sekarang? Azreena, Sofia,Fara, Ecah, Enab, Fiza tak lupa juga kau Zaki…..aku rindukan kalian………

Last edited by wipers81 on 17-5-2013 11:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 11:30 PM | Show all posts
nampaknya nak rehat sekejap....huhuhu...banyak pula tempahan menjahit....customer dah marah....Insya Allah....kita akan bersambung lagi.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 06:02 PM | Show all posts
kalau sesiapa sudi jenguk blog saya.....besar hati saya ini. www.zaharina81.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2013 10:26 PM | Show all posts
Kehidupan umpama sehelai kain putih. Warna apa yang akan kita gunakan untuk mencorakkannya bergantung pada diri kita. Jika ia merah, tempuhilah dengan berani. Jika ia biru hadapi dengan tenang, jika hijau hadapi dengan penuh keredhaan dan jika ia hitam....ingatlah kehidupan tidak berakhir selagi pantang ajal sebelum maut. Bangkitlah darinya dan teruskanlah kehidupan...ingat jangan sesekali melupakan Yang Maha Esa. Kerana Dialah penentu segalanya......Lily Dayana Last edited by wipers81 on 21-5-2013 10:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 12:54 PM | Show all posts
KEHIDUPAN umpama sebuah pelayaran jauh yang seolah tiada penghujungnya. Lagi lama kita belayar, maka lagi banyaklah cabaran yang akan kita tempuhi. Ombak, badai, ribut, taufan, laut bergelora seiring dengan perjalanan hidup kita yang penuh liku. Tiada liku dalam kehidupan, ia tidak akan menjadikan kita manusia yang sempurna. Jika tiada salah yang kita lakukan, makan tidak sempurnalah manusia biasa itu.....kita hanya mampu merancang...segalannya ditentukan oleh Yang Maha Esa...dan siapalah kita tanpaNya.....

Last edited by wipers81 on 22-5-2013 12:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2013 04:28 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

BAB 11



           Seawal empat setengah pagi kami bangun dan aku difahamkan sepanjang Ramadhan ini memang kami perlu bangun awal untuk bersahur. Rupa-rupanya adik-adik yang lain juga dilatih untuk bangun awal. Liana ku lihat masih lagi menahan kantuknya. Letih dengan perjalanan semalam agaknya. Setelah hampir setengah jam, kami semua bersiap untuk turun bersahur. Selesai sahur, kami menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Rakanku Nor Aniza menjadi imam hari ini.  Katanya yang dewasa akan bergilir-gilir menjadi imam. Yang pasti esok lusa akan tiba giliranku.  Satu pengalaman baru dan menyeronokkan.

           Selesai solat, kami bergegas bersiap untuk ke sekolah. Ku lihat semua sudah siap berpakaian seragam, lalu kami turun dari asrama menuju ke tapak perhimpunan asrama yang terletak di pintu pagar hadapan asrama. Semua beratur dan bagi kami yang dah besar ni, terus sahaja berjalan menuju ke sekolah. Manakala bagi adik-adik sekolah rendah, mereka berjalan macam orang tengah kawad kerana Ayah Azam akan menghantar mereka.

           Aku sedikit sebanyak masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. Nampaknya perjalanan ke sekolah baruku ini tidak banyak perbezaannya dengan sekolah lamaku. Kenalah naik bukit sikit dan melalui taman perumahan. Kelihatan juga pelajar-pelajar lain berjalan bersama kami.

          “ Hai! Saya Rathi. Awak ni budak barukan?” Siapa pula ni? Tegur seorang pelajar perempuan berketurunan India yang terserempak dengan kumpulan kami semasa kami sedang berjalan berdekatan taman perumahan di situ. Lalu ku menyambut huluran tangannya yang mahu bersalam denganku. Kenapa uniform dia lain warnanya? Kemeja berwarna putih dengan skirt hijau muda separas lutut dan neck tie hijau muda. Aku mengerutkan keningku.

Last edited by wipers81 on 25-5-2013 04:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:26 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


          “ Oh…Yana, ni Rathi Pillai. Kalau kau nak tahu, dia pun ada kembar lelaki nama dia Ramesh Pillai. Diorang ni sekelas dengan aku.” Terang Iza. Aku senyum padanya dan kami kembali melangkah bersama. Hmm..becok juga mulut Rathi ni dan yang penting dia sangat fasih berbahasa melayu. Tidaklah kekok sangat aku dengan dia.


           Dari kejauhan, aku nampak pintu pagar sekolah. Semakin hampir langkah kami, tersergam indah bangunan sekolah baruku ini. Besar juga. Semuanya merupakan bangunan baru sebab sekolah ni baru saja di buka tahun ini. Hanya yang ada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja di sini. Pelajarnya juga hanya lebih kurang dua ratus lebih sahaja. Hanya dua orang pelajar berbangsa India siapa lagi kalau bukan si kembar tu dan seorang pelajar berbangsa cina di tingkatan 1. Memang sangat ketara perbezaannya dengan sekolah aku di bandar.  Sekolah baruku ini terletak di kawasan luar bandar.

          Rupanya setiap hari ada perhimpunan. Cuma hari Isnin adalah perhimpunan sebenar.Selesai perhimpunan, aku dan kakak ke bilik guru. Aku masih tidak tahu kelas mana yang akan kami duduki. Di bilik guru, pengetua sekolah kami Encik Ayob Bin Jantan namanya sedang menunggu kami. Di sisinya, dua orang guru turut menanti kami.  Seronok juga sekolah baru ni. Nampak sangat kedatangan kami dialu-alukan. Yelah, pelajarnya tidaklah ramai sangat. Tapi bahaya juga dengan keadaan ini, kalau buat silap pasti satu sekolah akan tahu.


         “ Saya Cikgu Ayob, pengetua di sini. Baiklah, saya difahamkan yang awak berdua baru bertukar ke sini. Awak berdua dari sekolah yang terletak di Johor Bahru kan. Untuk pengetahuan kamu, di sini hanya terdapat dua kelas untuk tingkatan 4 buat sementara waktu ini. Hanya ada aliran sastera dan perakaunan sahaja di sini.  Kelas 4 Perakaunan di mana subjek elektifnya adalah Prinsip Akaun, Sastera, Pendidikan Seni dan Perdagangan. Manakala kelas 4 Ekonomi pula subjek elektifnya ialah Ekonomi Asas, Perdagangan, Sastera dan Pendidikan Seni.  Saya dah lihat keputusan PMR kamu, tapi macam sayang juga kerana kita tiada aliran sains di sini. Siapa Lily Dayana?” Tanya Cikgu Ayob.  Aku mengangkat tanganku.

Last edited by wipers81 on 26-5-2013 11:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:31 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

           “ Sayang sedikit Dayana. Dengan keputusan cemerlang kamu, sepatutnya kamu ambil aliran Sains, tetapi memandangkan sekolah ini baru di buka dan jumlah pelajar juga tidak ramai kami hanya mampu menyediakan dua aliran ini sahaja. Saya harap kamu dapat membuat pilihan yang baik. Di kiri saya, Cikgu Zarina guru kelas 4 Perakaunan dan di kanan saya Cikgu Wahid, guru kelas 4 Ekonomi.” Kata cikgu Ayob lagi.

            Otakku ligat bekerja untuk membuat pilihan. Aku kurang minat akan akaun, rasanya aku akan pilih kelas ekonomilah. Kakak, memilih kelas akaun. Setelah selesai membuat pilihan, kami kemudiannya berpecah mengikut guru ke kelas masing-masing.  Kelas kami hanya bersebelahan. Aku melangkah masuk dengan debaran yang penuh di dada.  Aku sudah biasa tidak sekelas dengan kakak,jadi aku memang tidak kekok.


          “ Kelas… bangun semua!! Assalamua’laikum dan selamat sejahtera...cikgu!” Semua pelajar memberi salam pada Cikgu Wahid. Kebetulan waktu ini adalah untuk subjek dia. Dia mengajar Bahasa Melayu. Biar betul ketua kelas ini seorang perempuan. Perkara baru pada aku ni.  Ganas juga kaum perempuan kat sini. Bangga aku.

          “ Duduk semua. Saya nak perkenalkan pada kamu, pelajar baru di sini Lily Dayana Binti Hamid. Dia baru datang dari Johor Bahru. Saya harap awak dapat sesuaikan diri di sini ya Dayana. Rasanya…awak boleh duduk sebelah Rathi. Bolehkan Rathi?”  soal cikgu Wahid padanya. Aku mengangkat muka, mak ai…ramainya. Aku sekelas dengan Iza rupanya. Dia hanya tersenyum apabila pandangan kami bersatu. Kelihatan tiga orang budak lelaki yang seasrama denganku turut berada dalam kelas ini. Aku menelan air liurku…gulp….gugup sedikit aku.  Kalau tak silap, mereka juga sama geng dengan mamat poyo yang aku jumpa semalam.  Jadi, mamat dua orang tu sekelas dengan Lianalah. Moga kakak aku selamat.

         “ Apa pula tak bolehnya cikgu. Come  Yana…” katanya lalu bergerak ke arahku dan menarik tanganku ke arah mejanya. Tempat yang telah dipilihnya terletak di bahagian belakang sekali. Sama dengan tempataku dan Sofia semasa di sekolah lama.  Oh…Sofia….teringat pula aku padanya. Dengan siapa agaknya dia duduk sekarang? Aku melabuhkan duduk di kerusi baruku.


Last edited by wipers81 on 26-5-2013 11:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:39 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             “ Hai, saya Ramesh kembar Rathi. Sebelah saya Ammar Najjah. Selamat berkenalan.” Hesy…....macam mana ada satu lagi spesis ulat bulu boleh tersesat kat sini? Main kenyit- kenyit mata pula budak Ramesh ni. Rakan di sebelahnya hanya tersenyum tawar. Bajet macho pula mamat ni.

            “ Kau janganlah ambil hati dengan adik aku tu Yana. Dia tu memang suka mengusik. Eh, awak ada kembar kan? Kembar awak dapat kelas sebelah ke?” Aku hanya mengangguk perlahan. Dia tersenyum, dan kami kembali fokus kepada cikgu Wahid yang akan memulakan pengajarannya sebentar lagi. Aku memejamkan mata sebentar…menarik nafas sedalam-dalamnya…cuba bertenang!!


            “ Dah waktu rehat ni Yana, jom aku bawa kau ronda-ronda sekolah ni!” Ajak Rathi. Aku mulai menyenangi perwatakan gadis berketurunan India ini.  Orangnya sangat ramah dan kami juga semakin mesra. Dia juga sangat petah berbahasa melayu. Kami berjalan beriringan. Sedang kami asyik berjalan, tiba-tiba perjalanan aku di halang.

            “ Oi..orang bandar. Jangan ingat kau boleh berlagak ek datang sini. Silap banyaklah kalau kau nak buat macam tu. Ingat!! Kat sini ada peraturan dia, jangan nak buat ikut suka hati kau je ye.”  Tak sangka si Farizal berani bertindak mengugut aku.  Di belakangnya kelihatan Hamdi dan beberapa orang penghuni asrama yang sebayaku sedang tersenyum mengejek ke arahku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba menahan amarah yang sedang marak dalam hati ni. Dia ni betul-betul bikin hati aku panas. Terasa diri dia tu hebat sangat ke??

            “ Wei…apa korang ni! Tak baiklah buat kawan baru aku macam ni. Tepilah, kami nak melawat sekolah ni, karang habis pulak waktu rehat.” Rungut Rathi, lalu menolak sedikit bahu Farizal. Risau juga dia kalau mereka melakukan apa-apa pada rakan barunya itu.  

            Menyampahnya aku dengan perangai lelaki yang perasan bagus macam Farizal and the geng ni. Diorang nampaknya tak kenal lagi aku ni siapa!!! Aku tahu diorang memang tidak berpuas hati dengan aku. Tengahari  semalam, secara tak sengaja aku ternampak kumpulan mereka ini sedang enak merokok di belakang bangunan asrama mereka. Dahlah bulan puasa. Mereka juga terkejut dengan kehadiran aku. Manalah aku tahu itu kawasan larangan bagi kami orang perempuan di blok mereka itu. Aku tak sengaja masa tu.  Kebetulan semasa Ayah Abu memanggil aku dan kakak, aku berbicara tentang hal ini kepadanya. Aku yakin, Ayah Abu tidak menyebut namaku, sudah pasti mereka akan tahu aku orangnya yang mengadu. Bukannya apa, aku tak suka melihat gejala yang kurang sihat ini. Takut ia akan menjangkiti adik-adik yang lain. Tak naklah orang pandang serong pada penghuni rumah ini nanti.

Last edited by wipers81 on 26-5-2013 11:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2013 11:50 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

          “ Tiada istilah berlagak di sini okay. Ianya lebih kepada etika kita sebagai pelajar dan manusia serta hamba Allah S.W.T yang boleh mematuhi peraturan yang pada saya sangat mudah untuk diikuti. Hanya insan-insan yang cetek akal dan iman di dadanya serta dalam egonya tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa yang salah itu tetap salah dan yang benar itu sememangnya benar. Terserah pada iman di dada masing-masing untuk membuat pilihan. Kita ada akal yang Allah S.W.T kurniakan untuk berfikir,  tambahan  pula akal lelaki macam anda semua ini ada sembilan,  jadi gunakanlah ia ke arah yang boleh memberi manfaat pada diri sendiri malah janganlah sesekali mensia-siakan masa remaja anda ini.” Aku terus melangkah meninggalkan mereka menuju ke kelas semula. Mood aku  mati!!!


          “ Fuhh…penatlah kejar kau Yana. Apa kes tadi tu?  Serius je aku tengok! Yana, janganlah selalu cari pasal dengan diorang tu. Aku bimbanglah, kalau apa-apa jadi kat kau nanti. Diorang tu boleh tahan gak gangster!!” Rathi cuba memberi amaran padaku.

            “ Rilekslah Rathi. Diorang ingat diorang punya gangster je ke, aku punya gangster diorang tak tahu lagi? Biarlah, lagipun negara ni ada undang-undang!!! Aku tahulah apa aku buat! Janganlah risau ye, aku tahu jaga diri aku.” Aku memberi jaminan padanya. Mustahil tidak terselit langsung rasa risau dalam hati aku. Nasib baik aku boleh kawal. Sedaya upaya aku cuba mengawal rasa takut dalam diri aku tadi. Moga hari-hariku seterusnya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T  Aminnnn….


            Sebenarnya, kejadian tadi turut disaksikan oleh Ammar dan Ramesh. Mereka berdua sebenarnya terkedu dengan respon yang diberikan oleh pelajar baru itu. Hati Ammar rasa tercuit. Tak pernah dia rasakan begitu. Gadis berkulit gelap itu hanya banyak mendiamkan diri sepanjang dalam kelas tadi. Susah mahu mendengar suaranya. Sepatah Rathi tanya, sepatah dia jawab. Paling tidak pun hanya mengangguk dan menggeleng sahaja.  Senyuman juga susah nak terukir pada wajah itu. Dia kagum dengan setiap ayat yang keluar dari mulut comel gadis itu. Sungguh dia terpesona dengan kepetahan hujah gadis itu. Dia perlu mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Dia juga berazam akan melindungi gadis itu dari ancaman Farizal dan rakannya yang lain. Manalah tahu jika Farizal akan membuat perkara yang bukan-bukan untuk melunaskan dendamnya pada gadis itu.

            “ Oit…Ammar, dah gila bayang ke kau ni?  Kot ye pun, janganlah ketara sangat kau tunjuk angau kau tuh. Fuh…aku pun tak sangka budak baru tu berani sampai macam tu. Tabik springlah beb aku kat dia.” Lantas Ramesh menyiku Ammar. Ammar tersentak.  Sungguh budak Ramesh ni nak kena agaknya.

            “ Sakit ar Ramesh!!! Siku kau tu dahlah tajam! Aku bukan apa Ramesh, kalau kau terkejut aku lagilah. Tak pernah lagi aku jumpa awek lembut tapi ganas ayu macam ni. Kau perasan tak, sepanjang hari ini, aku payah nak tengok dia senyum, hati batu ke apa dia ni? Masa cikgu Wahid kenalkan dia tadi, langsung dia tak senyum pada kita semua. Aku tengok kembar dia tu lain sangat dengan dia. Asyik tersenyum saja bila si Suhana kenalkan dia pada kita. Kalau kata bukan kembar pun orang percaya. Tapi kembar dia cantik kan?” Puji Ammar. Ramesh menggaru kepala, dia ni nak yang mana, si adik ke kakak?

            “ Ermm….aku pun perasan jugak. Takpe Ammar, masa panjang lagi. Nanti aku suruh Rathi korek sikit hal diri dia.  Tapi aku confuselah, kau ni berkenan yang mana satu? Aku tahu, sahabat aku ni lebih berkenan dengan budak kelas kita tu kan?” Amboi, pandai pula si Ramesh ni serkap jarang. Ammar hanya tersengih lalu ditampar lembut bahu Ramesh. Mereka berlalu menuju ke kelas. Ye, Lily Dayana…gadis misteri. Aku perlu dekatinya……


            “ Macam yang kau katakanlah Ramesh, banyak lagi masa untuk aku kenal diorang dengan lebih dekat lagi. Tapikan aku rasa macam dah jatuh cinta pada kawan kembar kau tulah. Rasa macam ada sesuatu pada dia.  Jangan lupa suruh Rathi soal siasat kawan baru dia tu tau Ramesh?” Meronta-ronta hatinya untuk mengenali gadis itu.

            “ Itu sudah semestinya kawan. Jomlah masuk kelas” ajak Ramesh sebaik mendengar loceng berbunyi. Mereka berdua melangkah pergi.


Last edited by wipers81 on 27-5-2013 12:04 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 06:17 PM | Show all posts
mcm slow sahaja thread saya kat sini....
tapi terima kasih sebab ramai yang sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 10:52 AM | Show all posts

NOVEL BERSIRI : Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia

BAB 12



Kini telah hampir dua minggu aku menjalani kehidupan di tempat baru ini. Selang empat hari aku saling berutus surat dengan Azreena. Aku gembira dengan perkembangan rakan-rakan yang lain. Har i ini, surat ketiga darinya ku baca.

Ke hadapan sahabatku Yana.  kau tahu Yana hanya Allah s.w.t  je yang tahu macam
mana aku rindukan kau. Banyak juga yang berubah sejak kau takde kat sini.
Kitorang sangatlah merindui kau.  Sunyilah rasa hidup aku dengan Sofia sekarang.
Kalau kau nak tahu, aku duduk dengan Sofia dalam kelas tau. Bosanlah sejak
kau takde ni. Rasa macam nak aje aku  ikut kau pindah.  Kau tahu, Fahim
selalu tanya aku pasal kau, kadang-kadangaku kesian sangat dengan dia.  
Nak aje aku bagi alamat kau pada dia.  Memandangkan aku ni dah berjanji
dengan kau, aku terpaksa lupakan.  Dia dah jadi pendiam macam ko pula
Yana sekarang ni.  Kalau kau nak tahu, banyak sajak yang dia cipta dan katanya
khas untuk orang yang dia sayang. Dah nama pun penyajak sekolahkan.  Dahlah tu,
semua sajak tentang cintan-cintun.  Sabar jelah. Jeles jugak kami dengan kau tau tak!

Sampai bila kau nak lari dari kenyataan Yana?  Sampai bila kau nak menidakkan
kehadiran dia dalam hati kau?  Janganlah keras hati sangat.  Aku tak tahu
sampai bila aku mampu jaga amanah kau ni.  Aku takut aku tewas dengan
pujuk rayunya Yana.  Sahabatku, janganlah kau jadi seorang yang kejam. Aku
rindu pada sahabat lama aku yang lembut hatinya.   

Aku bukan nak cerita pasal buah hati kau je.  Aku ada berita gembira nak bagitau
pada kau ni.  Abang aku yang sulung nak kahwin cuti sekolah bulan lima ni
nanti. Aku saja bagitau kau, manalah tahu kau sudi nak datang.  Aku tak dapat
bayangkan kalau kau betul-betul datang masa tu.  Apa pun, kau bagitau aku

kalau kau nak datang sini.  Aku akan jemput kau kat perhentian Larkin.  Kalau
boleh, janganlah menghampakan aku ek.  Aku kena berhenti setakat ni.   
Sebelum aku terlupa, semua kawan kita kirim salam.  Dan tak lupa buah hati
kau. Dia pesan kalau aku dapat hubungi kau dia suruh sampaikan salam rindu dia.
Dia kirim salam rindu dendam pada kau. Lepas dapat balasan dari kau,
aku tulis lain ya. Jaga diri elok-elok.  Aku rindukan kau. Sebelum aku terlupa,
SELAMAT HARI RAYA aku ucapkan pada kau.  Tak seronok raya tahun ni
tanpa kau dan mak aku.  Makan ketupat tu, jangan lupakan aku ye.

Yang benar,
Sahabatmu…Azreena   

Aku melipat helaian surat sahabatku. Panjang sungguh karangan dia. Hampir tiga muka surat semuanya. Sekurang-kurangnya, terubat rinduku pada mereka. Terselit juga  sekeping gambar  rakan-rakanku. Lama  juga  aku pandang  wajah  Fahim yang turut sama dalam gambar itu. Dialah lelaki pertama yang berjaya mengusik hatiku walaupun seketika. Maafkan saya Fahim….biarlah masa yang menentukan segalanya andai ada jodoh antara kita.

            Hubungan antara aku dengan penghuni asrama yang lain semakin baik. Nampaknya, kakak sudah dapat teman akrab. Dari awal lagi dia memang rapat dengan Lia. Aku pula lebih selesa bergaul secara terbuka dengan adik-adikyang lain. Nak kata rapat sangat dengan Iza, tak juga. Pada aku dia okey je. Bolehlah kalau nak buat peneman berbual, tapi untuk berkongsi rahsia, payah sikit rasanya. Malam kian kelam. Selesai membuat kerja rumah masing-masing, kami semua mengemas ruang tengah bilik itu, dan menuju ke katil. Katilku dan kakak bersebelahan. Kami berdua mengambil bahagian atas, kerana kasihankan adik-adik takut mereka terjatuh pula, maklumlah masing-masing tidur boleh tahan lasaknya. Setelah lampu di padam, aku mengambil kesempatan untuk menulis surat kepada sahabatku. Mujurlah lampu di blok sebelah menerangi ruang tempatku menulis. Kelihatan semua telah belayar, hanya aku sahaja yang masih menulis di sudut bilik besar itu.

Last edited by wipers81 on 31-5-2013 10:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 11:00 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

          Kepada sahabatku yang comel lagi cute.  Terima kasih sebab ingat pada aku..  
            Akubangga kerana memilih kau sebagai sahabat aku. Jangan lupa nanti
            sampaikan salam sayang dan rindu aku pada teman yang lain.  Pada Fahim,
            kau katakan pada dia semoga dia berjaya lupakan aku. Aku tak mampu
            Azreena.  Korang nak kata aku kejam ke ape ke, biarlah.  Aku tak nak seksa
            hidup dia dengan membuang masa menunggu aku. Aku tak tahu perjalanan
            hidup aku bagaimana nanti.  Aku kena pegang amanah emak aku untuk
            menjaga kembar aku.  Aku dah takde siapa dalam dunia ni Azreena.  Hanya
            dia yang aku ada sekarang.  Beritahulah pada dia, terimalah kenyataan ini.
            Aku akan doakan semoga dia dapat kebahagiaan kelak dan aku redha andainya
            bukan dengan aku.
            Tentangmajlis abang kau, Insya Allah aku akan cuba.  Aku pun rindu nak
            jumpa korang tau. Aku gembira sebab kau sudi menjadi pengganti aku duduk
            sebelah Sofia.  Dia seorang yang baik Azreena.  Aku doakan korang bahagia
tapi janganlah sampai lupakan aku pula.  Hehehehe…..Okeylah sahabat, hanya
setakat ini yang dapat aku tulis.  Aku bukan penyajak macam ‘buah hati’ aku
tu. Kau tahu, Liana kata aku dah pandai melawan balik kalau aku tak puas hati.
Dia kata, pedas juga kata-kata aku sekarang. Patutkah aku begitu sekarang?
Terima kasih wahai sahabatku, hanya Allah yang tahu bagaimana rindunya
aku dengan kalian. Insya Allah, panjang umur kita berjumpa lagi.
Selamat hari raya juga aku ucapkan.  Maaf zahir dan batin atas segala dosa
dan khilaf aku pada kau.  Sampaikan juga pada rakan yang lain.
Yang ikhlas,
Lily Dayana.


               Selesai menulis, aku mengemas semua peralatanku dan kemudian, aku kembali ke katil. Perlahan aku  memanjat  katilku,  bimbang  menganggu  lena teman di bawah iaitu Rahimah. Semua sudah berlayar jauh. Penat agaknya kerana hari ini solat sunat terrawih agak panjang. Esok kena bangun awal untuk bersahur dan bersiap ke sekolah. Akhirnya, aku terlena dibuai mimpi………

              Seperti biasa, selesai perhimpunan kami berjalan menuju ke kelas. Kembarku sekarang sekelas denganku. Dia duduk bersama Iza. Aku pun tak pasti mengapa dia meminta menukar kelas selepas tiga hari di sana. Bersyukur juga aku, boleh juga aku perhatikan dia. Risau juga sekelas dengan mamat-mamat yang perasan kononnya mereka itu ‘gangster kampung dusun’. Selepas kejadian tempoh hari, mereka sering mengelak dari aku. Pelik!! Entahlah, biarlah.  Janji jangan kacau hidup aku.  
Aku dan Rathi semakin rapat begitu juga dengan Ramesh. Aku senang dengan mereka. Aku lihat Ammar juga semakin cuba untuk mendekati aku. Kekok gila aku sebab sebelum ini aku tidak rapat dengan mana-mana rakan lelaki. Baru aku tahu mengapa pakaian Rathi warnanya berlainan. Rupanya dia merupakan pengawas perpustakaan dan secara tak sengaja aku dan Liana juga dilantik menjawat jawatan yang sama dengannya begitu juga Iza. Kami memakai kain berwarna hijau muda sekarang. Seronok juga dengan jawatan baru ni. Hari ini keputusan PEKA (Peperiksaan Kemahiran Asas) akan keluar. Kelihatan cikgu Wahid bergerak masuk ke kelas.

            “ Bangun semua………..Selamat pagi cikgu….” Laung Hanim selaku ketua kelas yang berjantinakan seorang perempuan. Tak habis lagi tau rasa kagum aku dengan dia.

             “ Baiklah, duduk semua. Hari ini saya akan edarkan keputusan ujian PEKA yang lepas. Hanim! Edarkan buku penyata ni pada semua.” Hanim bingkas bangkit, lalu dia mula mengedarkan buku penyata tersebut mengikut nama masing-masing.

               Sebaik buku penyata kepunyaanku sampai di tanganku, aku lantas membukanya.  Subhanallah….aku meraup muka. Syukur Alhamdulillah, semua subjek aku lulus dan semuanya dengan markah 90 ke atas. Ini baru pemulaan, banyak lagi ujian yang menanti. Rathi mengambil buku penyataku…dia menjerit!!

              “ Woww!!!  Kau biar betul Yana.” Aku pun apa lagi…

              “ Opocot mak kau!!!” dengan nada yang kuat. Rasa panas gila muka aku ni hah. Lantas aku menutup mulutku dengan kedua belah tanganku. Mana taknya, satu kelas tengah gelakkan aku. Tambah-tambah si Ramesh dan Ammar pula dengan gaya coolnya yang tak habis-habis hanya tersenyum memandangku. Agaknya dia memang macam tu kot, terasa diri macho agaknya. Bertuah betullah kau ni Rathi. Aku membetulkan kaca mataku. Cuba menutup rasa malu yang sedang melanda padaku. Aku mula membuat muka blur.

             “ Apehal tu Yana, Rathi? Sampai melatah dibuatnya. Macam-macamlah kamu berdua ni.” ujar Wahid. Tersenyum dia dengan perangai pelajar barunya itu. Dari kaca matanya, pelajar baru itu agak pendiam orangnya. Dia tak pernah lihat lagi gadis itu mengukir senyuman. Tiba-tiba cikgu Wahid mendapat satu akal. Sebentar lagi dia akan laksanakannya.

Last edited by wipers81 on 31-5-2013 11:07 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2013 11:09 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             “ Maaf cikgu.” Akhirnya aku bersuara. Aku hadiahkan jelingan tajam pada Rathi yang dari tadi hanya tersengih sambil menggaru kepalanya.  Ada kutu agaknya kepala tu? Sekeh karang baru tau!!

             “ Sorry Yana. Aku tak tahu pula kau ada penyakit melatah.” Aku hanya berdehem sahaja. Nak buat macam mana perkara dah nak jadi. Aku menarik nafas dalam-dalam, beristighfar dalam hati.  Marah itu adalah amalan syaitan….

             “ Saya nak ucapkan tahniah pada pelajar yang baru saja masuk ke sekolah ini.  Tidak dinafikan lagi, prestasinya sangat membanggakan saya. Walaupun ini hanya permulaan, dia mampu buat dengan baik. Boleh dikatakan setiap subjek markahnya 90 ke atas. Saya harap dia dapat kekalkan prestasinya di masa akan datang. Pelajar yang saya maksudkan ialah Lily Dayana.” Erk… biar betul cikgu Wahid ni. Takkanlah aku sehebat itu.  Malulah pula aku bila semua mata memandang ke arahku. Aku menundukkan wajah.

             “ Tahniah Yana. Kalau macam ni, bolehlah kau ajar aku. Seronoknya dapat kawan yang pandai macam kau ni.” Amboi kalau bab memuji aku tak hengat minah ni.  Koyak kain aku nanti Rathi, parah pula jadinya.

             “ Baiklah semua, hari ini saya tak nak mengajar. Mari kita main satu permainan.  Sesiapa yang saya pilih, sila  tampil ke hadapan dan lakukan apa yang saya suruh.  Senang sahaja permainan ini, kamu perlu buat mimik muka mengikut situasi yang akan saya berikan nanti.” Seorang demi seorang cikgu Wahid panggil. Aku langsung tidak berminat dengan semua ni. Hanya membuat muka bosan.

              “ Sekarang, Lily Hasliana. Mari ke depan! Baiklah, sekarang cikgu mahu kamu membuat mimik muka menangis.” Arahnya kepada Liana. Apa lagi, menangislah kakak aku tu. Disuruh pula membuat mimik muka sedihlah gembiralah..kakak aku hanya menuruti sahaja.

             “ Okey, pelajar terakhir yang saya nak panggil adalah kamu Lily Dayana. Mari!” Hampir nak terkeluar mata aku terbeliak dek kerana terkejut. Alahai, asal lah cikgu pilih aku main game yang takde faedah ni. Bukannya aku nak jadi pelakon pun. Semua mata memandang ke arahku. Hesy…malunya. Dengan langkah yang longlai, aku ke hadapan.

            “ Dayana, sekarang saya nak awak lakonkan watak seorang gadis yang sedang gembira. Situasinya adalah di mana gadis itu sedang gembira kerana jejaka pujaannya meluahkan isi hati kepadanya.” Cikgu Wahid menyembunyikan senyuman nakalnya.  Saja dia hendak menduga gadis ini. Erk…biar betul cikgu Wahid ni, macam tahu-tahu aje aku ni pernah berlakon teater masa di sekolah rendah dahulu. Apasal tadi diorang hanya  kena  buat mimik  muka  sedangkan aku  pula kena berlakon?  Ini tidak adil!!  

             Walaupun  nampak macam aku ni jenis yang agak pendiam tetapi aku ada bakat dalam bidang lakonan tau. Yelah, walaupun bukanlah watakyang hebat untuk aku pegang,  namun menurut cikgu teaterku waktu itu iaitu cikgu Zaiton pernah memuji lakonan mantap akusebagai pembantu Puteri Gunung Ledang tau. Tapi itu semua kenangan masa aku darjah enam lah…hehehe. Aku menarik nafas, mengambil mood.  Ingat aku tak pandai berlakon ke?  Aku akan buktikan! Ye ye o je kau ni Yana….

            “ Baik, tapi saya ada saru permintaan cikgu. Saya perlukan seorang pembantu di sini. Jadi ada tak sesiapa yang berani dalam kelas ni?”  Amboi sedikit berlagak nada aku ni. Eh…biar betul mamat perasan macho ni siapa lagi kalau bukan Ammar. Selamba saja dia bangun lalu menuju ke arahku.
Alamak…masak aku macam ni. Itulah, padan dengan muka aku pun.  Tulah, mulut ni lancang sangat cabar orang. Amik kau Yana!! Kenapa dalam ramai-ramai mesti dia. Rathi pun satu, kenapa tak kau yang bangun tadi? Ei…menyusahkan diri betullah mulut aku ni.


Last edited by wipers81 on 31-5-2013 11:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 11:14 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            “ Baiklah Yana, mulakan. Pembantu yang awak mahukan dah ada jadi jangan buang masa lagi, waktu kelas saya nak habis dah ni.” Ish….cikgu Wahid ni. Aku dahlah rasa macam nak pitam. Takpe, buat macam biasa Yana. Cool..beb. Ammar memulakan dialognya.

            “ Lily Dayana, saya sebenarnya dah lama memendam perasaan saya pada awak. Sebenarnya, sejak kali pertama kita bertemu, saya dah jatuh hati pada awak. Mungkin ini yang dinamakan cinta pandang pertama. Saya sukakan awak kerana perwatakan awak. Saya sukakan awak kerana sentiasa menjadi diri awak yang penuh misteri. Saya sukakan awak yang petah berhujah demi pendirian awak. Saya sukakan semuanya tentang awak.” Waduh….dengangaya sangat romantik dia lafazkan. Aku perlukan bantuan oksigen sekarang untuk aku bernafas. Kenapa macam serius saja mamat ni?

            “ Er…Ammar, adakah saya sehebat itu? Kalau ya, saya rasa awak salah kerana awak terlalu mengagungkan saya sedangkan saya ni hanyalah insan biasa sahaja. Ingat jangan terlalu suka memuji kerana ia akan bertukar menjadi keji. Na’uzubillah…. Saya hanyalah seorang insan yang selalu bergantung pada redha dan kasih Illahi. Saya agak kagum dengan awak kerana berani meluahkan isi hati awak pada saya. Andai saya menolak, maka saya adalah insan yang menolak tuah. Namun, saya rasa biarlah takdir yang menetukan segalanya.” Balasku, ingat senang nak susun ayat tu. Dah namanya pun kena berlakon lalu aku menghadiahkan sebuah senyuman yang semanis-manisnya pada Ammar. Konon-konon gembiralah dengan luahan hatinya. Mereka semua terpaku. Eh…dah kenapa dengan diorang semua ni? Kata orang kalau diam macam ni malaikat lalu…kaca mata yang terlorot sedikit ku tolak naik ke atas semula dengan jari telunjukku.

            Ammar terpana seketika dengan keindahan ciptaan Illahi di hadapannya begitu juga dengan cikgu Wahid dan yang lain. Betapa indahnya senyuman yang terbit dari gadis berkulit hitam manis ini. Baru mereka perasan, ada lesung pipit di pipi kiri gadis ini. Hanya di pipi kiri! Cikgu Wahid merasakan rancangannya berjaya. Mahu saja dia menyuruh gadis itu selalu melemparkan senyuman tapi mustahil pula. Tak pasal-pasal nanti orang akan kata gadis manis itu sewel pula nanti. Patutlah payah dia nak senyum, rupanya senyumannya sangatlah mahal.

            “ Awak ikhlas ke menerima saya Yana? Amaran saya, sekali saya lafazkan maksud hati saya ini pada seseorang yang saya ingini, saya takkan berpatah balik. Saya akan terus mendambakan kasih darinya.” Balas Ammar lagi, sambil rakan yang lain bersorak. Ai..parah ni…. dah macam serius saja mamat perasan macho ni. Tiba-tiba aku teingatkan Fahim, kalaulah dia yang berada dihadapanku sekarang ini….ah…alangkah bahagianya aku. Adakah dia masih setia menungguku? Toing….eh, gatalnya aku ni.

            “ Eh…chup chup…cikgu, rasanya cukup sampai sini saja kot. Dah melalut pula kami ni cikgu.” Ujarku setelah kegugupan sebentar tadi beransur hilang. Bulu roma aku dah mula meremang. Datang dah penyakit alergik aku ni hah. Cikgu Wahid mengangguk.  Lantas aku berjalan dengan cepat ke mejaku. Ammar mengikuti di belakangku. Cikgu Wahid tersenyum. Bagus Ammar! Sekurang-kurangnya secara tidak langsung awak dah tolong jayakan rancangan saya ini untuk melihat senyuman manis gadis itu.

            “ Baiklah, terima kasih pada semua yang mengambil bahagian. Saya harap awak semua bergembira dengan permainan kita hari ini. Sebenarnya, kita akan mula bercuti selama seminggu mulai minggu depan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya difahamkan  bahawa, dua minggu  selepas  raya, pelajar  tingkatan  4 diminta  membuat persembahan sebuah sketsa drama. Saya nak kamu berbincang dengan kelas sebelah.  Jangan segan untuk bertanya kepada saya. Para pelakonnya nanti, kamu pilihlah sendiri.”  Oh…patutlah cikgu Wahid beria-ia dengan permainan tadi. Rupa-rupanya nak mencari bakat lakonan yang ada. Sabar jelah.



Last edited by wipers81 on 31-5-2013 11:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 02:26 PM | Show all posts
teruskan berkarya....sy suka membacanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2013 09:36 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-6-2013 02:26 PM
teruskan berkarya....sy suka membacanya...

terima kasih missmamamia75...insya Allah dengan adanya sokongan dari pembaca macam akak...saya akan terus berkarya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072429 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list