CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-6-2013 01:23 PM | Show all posts
BAB 13

             Pihak asrama telah memberikan tambang yang secukupnya untuk setiap penghuninya yang mahu pulang ke kampung dengan menaiki pengangkutan awam. Aku yang malas mahu menganggu Pak Udaku telah mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki bas sahaja. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah atuk dengan selamat walaupun atuk sangat terkejut melihat kami petang tadi. Puas juga aku kena berleter dengannya. Tiga hari lagi kami akan menyambut hari raya. Aku sedih, ingatan pada emak semakin menyesak kalbu ini. Aku mengambil kesempatan menjahit baju yang telah aku potong sebelum ini. Kebetulan, emak pernah menunjukkan kepada aku cara mencantum baju.  

********************

              “ Wah, cantiklah baju ni dik. Lebih kurang macam yang mak jahit je.  Aku…aku..” tidak dapat Liana menghabiskan ayatnya. Dia terduduk di birai katil, lalu menangis. Aku pun apa lagi, tumpang sekakilah jawabnya. Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan baju kami. Baju emak juga aku sempat jahit.  Aku hanya menggantung baju emak di dinding bilik. Aku merenungnya. Kalaulah emak dapat memakai baju ini…air mataku bercucucuran jatuh.

             “ Lah, kat sini rupanya korang berdua. Dah! Jom, kita nak ke kubur ni. Dari abang pergi sembahyang raya sampai sekarang korang kat bilik ni. Hah…jomlah, atuk panggil makan. Mari!” Terpacul mukanya di muka pintu. Lebih buat aku tersentak, selamba aje dia tarik tangan aku. Aku merentap selembut yang boleh tanganku. Lianaku lihat agak tergamam dengan aksi tadi. Dia ni memang selalu macam ni kak kalau kau nak tahu! Yelah, selama ni pun kakak mana pernah nampak kelaku merenyam dia ni. Kataku hanya dalam hati saja. Lalu bingkas bangun meninggalkan dia dengan kakak.  Malas aku nak layan!!

             “ Amboi cucu atuk ni, cantiknya. Boleh tahan jugak ko jahit baju kakak tu dik.”  Atuk memuji kakak. Hai atuk aku ni, aku yang dari tadi ada kat sini tak dipujinya…yelah..kan kakak aku memang cantik. Kalau nak tahu, aku menjahit baju kurung Kedah mengikut potongan badan untuk kami berdua. Aku mengikut pattern yang sempat emakku potong untuk kakak. Emak memilih warna pink untuk baju kakak dan aku pula berwarna ungu lembut. Kain emak pula berwarna peachl embut. Corak yang sama, taburan bunga ros kecil berwarna-warni. Maksudnya sedondon dari segi corak.

            “ Tengoklah siapa yang buat atuk. Kalau macam ni punya gaya jahit, dah boleh kahwin, kan atuk?”  Dah mula dah…si ulat bulu ni.  

           “ Orang muda lagilah! Agak-agaklah!!!” balasku geram. Aku menarik tangan kakak. Kamimelangkah ke luar, bergerak ke kubur emak.

Last edited by wipers81 on 7-6-2013 01:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2013 01:43 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia....

              Sampai sahaja di kubur, aku menghamparkan tikar mengkuang yang diberi oleh atuk dan kemudian duduk bersila di atasnya. Yang aku agak bengang, kenapa mamat sengal @ulat bulu ni pun ikut sama? Sibuk aje dia ni. Apasal lah atuk bagi dia beraya kat sini? Siap tidur di rumah atuk pula tu. Meluatlah!!!

            “ Emak, adik dan kakak datang ni. Tengok baju yang mak beli untuk kami mak.  Kami pakai hari ni bagi mak tengok. Baju mak adik sangkut kat rumah atuk. Adik dah pandai potong dan jahit baju sendiri mak.”Laju air mataku. Liana hanya menundukkan mukanya. Banyak lagi yang ingin aku beritahu pada emak. Ada air jernih kulihat di kolam mata abang Iman. Perlahan dia menyekanya dengan jari telunjuknya. Lama juga kami di kubur emak. Kami membersihkan kubur emak. Setelah selesai, kami membaca Yassin bersama. Usai semuanya, kami melangkah pulang dengan hati yang berat.  

***********************

              Tahun ini, sambutan hari raya kami terasa sangatlah hambar. Di mana-mana aku terlihat bayangan emak. Aku pelu mengawalnya. Aku juga rasa sesak di rumah atuk dengan kehadiran abang Iman. Maklong dan Paklong juga turut sama beraya di rumah atuktahun ini. Hairan, tiba-tiba sahaja Malong beraya di sini? Abang Eddy dan kak Ika juga tidak melepaskan peluang. Dapat ku rasakan bahawa hubungan kami semakin rapat. Aku dapat melihat, perangai Maklong sedikit berubah, tidak keras seperti sebelum ini. Sudah mendapat hidayahkah Maklong aku ni? Walau bagaimanapun, aku gembira dengan perubahannya. Entah apa yang telah merubah dirinya, hanya dirinya dan Allah S.W.T saja yang tahu.

             “ Korang tak teringin ke nak beraya ke rumah Maklong? Datanglah, tak pernah korang jejak ke rumah Maklong. Nanti petang, Maklong suruh abang Eddy dan kak Ika bawa korang. Nak tak?” Aku yang tengah meneguk air sirap dan secara tidak sengaja tersembur air sirap yang ku minum itu ke arah abang Iman yang duduk di hadapanku.  

               Semua orang tergamam!! Bukan kerana ajakan Maklong tetapi aku rasa ada sesuatu sedang menggesel kakiku. Aku melihat di bawah meja yang beralas labuh itu, memang sah kaki ulat bulu ni….nasib baik alas meja atuk ni labuh. Terkulat-kulat muka abang Iman. Padan muka!!  Nasib baik bukan air panas yang aku minum.

              “ Ya Allah adik!! Kot ye pun kalau kau terkejut dengan ajakan mak abang, janganlah over sangat. Tahulah mak abang ni dah jadi baik. Kesian kau Iman. Nasib kaulah Iman, mandi air sirap…hahahaha…” kata Eddy. Semua yang berada di situ sampai berair mata menggelakkan abang Iman. Aku hanya tersenyum, senyum puas.  Abang Iman pula hanya tersengih macam kerang busuk sambil menggaru kepalanya.

             “ Meh Liana tolong. Apelah kau ni dik? Naya abang Iman tau tak?” Aku mejuihkan mulutku. Kalaulah korang tahu kenapa tersemburnya air itu kat muka dia, aku tak tahulah apa yang akan Mak Uda buat nanti kat dia. Silap-silap abang Iman boleh kena pelangkunglah jawabnya. Kelihatan Liana mengambil sehelai tuala bersih, lalu dengan ayunya mengelap muka abang Iman. Sempat lagi mamat ulat bulu tu sengih kat aku. Uwek…nak muntah aku tengok ulat bulu ni. Kenapalah perlu dia ada di sini?

            “ Alah…janganlah marah adik. Dia bukan sengaja pun. Kan sayang..?” Amboi berani pulak bersayang-sayang dengan aku depan semua orang ni. Kelihatan Mak Uda menjegilkan matanya ke arah anak bujang bertuahnya itu. Bukan dia tak perasan perangai merenyam anaknya itu, dia nampak kaki anaknya menggesel kaki gadis hitam manis itu.  Ei…geram dia dengan kerenah anaknya itu. Sudah lama dia perhatikan kerenah anaknya dan juga anak saudaranya yang seorang ini.  

            “ Ha’ah, adik bukannya sengaja pun. Kalau sengaja bukan takat sembur dengan mulut tapi terus sembur saja dengan air paip. Barulah betul sengaja kan abang Iman?”  Ketawanya meletus. Aku serius, dia memain pulak!!! Mereng ke mamat ni??? Akhirnya semua tertawa dengan telatah kami.

            Dayana tidak perasan ada sepasang mata yang kurang gemar dengan suasana ini. Salmah hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Dia sudah merancang ingin menjodohkan anak bujangnya dengan Lily Hasliana. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menjauhkan anaknya dengan Lily Dayana.


Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 02:10 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia....

               Kami akhirnya pergi juga ke rumah Maklong seperti yang dia inginkan. Sejahat manapun, dia adalah kakak kepada emaku. Wajib bagi kami menghormatinya kerana dia juga darah dagingku. Maklong memeluk kedua belah kakiku, meminta ampun dariku sebaik aku melangkah masuk ke biliknya seperti yang diarahkannya. Aku terkedu dengan kelakuan Maklong. Kenapa dengan Maklong ni???

             “ Maklong, janganlah macam ni. Maklong tak buat salah apa pun dengan kami.  Yang dah berlalu tu, biarkanlah. Tak salah kalau kita buka buku baru Maklong. Janganlah bagi adik rasa serba salah Maklong.” Rayuku yang sayu dengan perbuatannya.

            " Maklong menyesal sangat adik. Banyak salah Maklong pada mak ko. Maklong janji akan berubah. Maklong janji akan jaga korang.” Bersungguh-sungguh dia lafazkan kalimah itu sampai naik lemas aku dipeluknya. Kakak hanya berdiam diri di sebelah aku.  Lalu Maklong menceritakan segala-galanya padaku tentang peristiwa yang mengeruhkan hubungannya dengan emak. Barulah aku tahu, rupanya Maklong berdendam dengan emak kerana menyangkakan emak ada menaruh hati pada Paklong.

              Pada mulanya, Paklong telah masuk meminang emak kerana dia telah jatuh hati pandang pertama pada emak. Tetapi oleh kerana tok aki aku sangat mementingkan adat, maka terpaksalah Paklong menikahi Maklong. Mana taknya, Maklongku masa itu sudah mencecah usia dua puluh tahun dan masih lagi membujang. Orang kampung mula mengata pada tok kaki bahawa Maklongku itu anak dara tak laku. Apa lagi, menyiraplah darah orang tua itu.

             Selepas tok aki berjaya memujuk Paklong, dengan berat hati dia terpaksa bersetuju. Tambahan pula, emak aku langsung tidak berminat untuk berkahwin dan dia memang tiada hati pada Paklong. Tak silap aku, umur emak baru enam belas tahun masa itu. Paklong pada mulanya rasa tercabar dengan tindakan emak yang selamba itu. Kerana itu, terus sahaja setuju dia dengan perkahwinan ini kononnya ingin menyakiti hati emakku. Tapi, semakin lama egonya tertewas kerana emak hanya beriak bersahaja dan akhirnya Paklong mulai belajar untuk menyintai Maklong. Alhamdulillah, Paklong berjaya memadamkan segala perasaannya pada emak.

           Lama juga cemburu buta Maklong berlarutan. Yelah, baru sekarang Maklong menyesal. Kiralah berapa puluh tahun dah. Maklong kata, sejak akhir-akhir ini dia dapat mimpi yang aneh. Boleh dikatakan dia mimpi di azab dengan seksaan yang amat dahsyat.  Hampir setiap malam dia mimpi begitu dan ia seakan benar terjadi kerana setiap kali terjaga, dia rasa kesakitannya seolah-olah benar-benar terjadi.

           Maklong juga yang merancang perkahwinan pertama emak. Dia yang mengusulkan calon kepada tok aki sedangkan dia tahu bagaimana perangai bekas suami emak itu. Pada aku, biarlah, itu adalah antara emak dan maklong. Aku tahu, emak pasti sudah mengampunkan kakaknya. Aku bersyukur kerana doaku dimakbulkan oleh Allah. Setiap malam aku membaca surah Yassin ayat 57. Ustazah Faizah guru agama semasa aku sekolah rendah yang mengesyorkan membaca ayat ini sebanyak 44 kali dan disertakan apa yang kita niatkan. Alhamdulillah, sesungguhnya kuasa Allah S.W.T tiada tolok bandingnya asalkan apa yang kita niatkan adalah untuk kebaikan.


Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:15 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 02:17 PM | Show all posts

maniskah derita, Pahitkah bahagia...

             Kini, cuti sekolah sempena hari raya telah tamat. Paklong telah menghantar kami pulang ke asrama bersama Maklong. Penghuni asrama kian memenuhi ruang bilik ini.  Bermacam jenis kuih raya di bawa mereka. Masing-masing riuh menceritakan suasana sambutan raya mereka. Terhibur juga hati dengan telatah mereka ini. Kakak, dari awal lagi sudah hilang bersama Lia. Adalah cerita mereka tu. Aku mula menggosok pakaian seragam sekolahku. Esok bermulanya hari persekolahan kami setelah bercuti selama seminggu.  Keesokan harinya semasa di sekolah….

            “ Hai, Yana! Macam mana dengan sambutan raya kau?” Tapi lain pula jadinya…..

            “ Opocot kau hantu raya…hesy…apa ni Rathi!! Pantang keturunan aku tau orang sergah-sergah aku. Kena hempuk karang baru tahu!!” Dia lapar nak kena penangan aku agaknya.

           “ Alah…so sorry lah Yana. Aku lupalah yang kau ni minah latah. Ingatkan lepas bertapa kat kampung kau tu, latah kau dah hilang. Rupanya lagi teruk. Yana….Yana”  balasnya sambil tersenyum dan menggeleng kepala.

           “ Banyaklah kau punya bertapa, bukan dengan bertapa saja kes aku ni akan selesai, rasanya aku ni kenalah berkubang dalam kubang kerbau agaknya baru boleh hilang. Hahahahaha…..” eh…suara siapakah yang ketawa deras gila ni? Aku menoleh…humangaih…..mamat perasan macho  ni rupanya. Bila dia ada kat belakang aku ni?  Mengekek-ngekek dia dengan Ramesh gelakkan aku. Muka aku rasa panas…panas beb……aku ada buat lawak ke??

           “ Korang ni dah takde kerja lain ke selain kerja yang tak menyumbangkan faedah dengan gelakkan orang ni hah!” Marahku!! Entah apa yang aku tuturkan pun aku tak faham…hehehehe.

           “ Eh…apa pula takde faedahnya kerja kami ni. Sekurang-kurangnya awak dah bantu kami membuat senaman muka pagi-pagi buta ni. Kan Ramesh?” Balas Ammar lalu menyambung semula gelaknya. Seronok dapat lihat wajah gadis yang dirinduinya setelah hampir seminggu tidak dilihatnya. Tak sangka pula hari di pertama ini gadis yang dirinduinya itu telah  membuatkan dia ketawa.

           “ Ah…what ever !!!! Jomlah Rathi!! Malas aku nak layan manusia-manusia ni.”  Rathi mengikuti aku yang menarik tangannya, lalu kami bergerak menuju ke kelas. Tapi malang tidak berbau kerana tiba-tiba aku terpelecok dan aku hampir-hampir terjatuh.  Hesy…kau ni pun longkang, masa nilah kau nakmuncul depan aku.  

            Kebetulan pula kejadian itu terjadi betul-betul di sebelah Ammar. Apa lagi dengan lagak hero dia sempat memaut bahuku lalu pandangan kami bersatu. Aku terkedu!!! Hati berdebar amat kuat. Lebih hebat dari kejadian dulu bersama Fahim. Pandangan mata itu membuat aku terpukau, ish….jangan kata aku dah jatuh hati pada dia pula.  Bagaimana dengan Fahim?  Aku tersentak bila Rathi menepuk lembut bahuku.

           “ Auch….apasal kau tak beritahu aku ada longkang kecil kat sini Rathi…sakitnya kaki aku ni hah!” Bukanlah sakit sangat pun. Cuma untuk menutup kegugupan aku dengan pandangan Ammar yang menusuk kalbuku itu. Baru aku sedar dia masih memegang bahuku.  Aku berdehem…mataku diisyaratkan pada tangannya di bahuku.

           “ Opss…maaf. Awak okey ke Dayana? Sakit sangat ke kaki awak tu? Boleh jalan tak ni?” Bertubi-tubi soalannya. Dia melepaskan pautannya. Tanpa menjawab soalannya, aku hanya melangkah meninggalkannya. Terpinga-pinga Ammar.  


Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 02:25 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            “ Asal kau tak jawab soalan Ammar tu Yana? Kesian aku tengok muka dia tau!  Kalau tak kerana dia, rasanya kau dah jatuh tadi. Bukan nak ucap terima kasih pada dia.  Apa kena dengan kau ni Yana? Cubalah jangan sombong sangat boleh tak?  Tak ke mana pun kau dengan kesombongan kau tu. Ditakdirkan satu hari nanti kau jatuh hati kat dia tapi dia tak layan kau macam mana kau buat pada dia sekarang, baru kau nak menyesal ke masa tu hah?” Rathi agak bengang dengan perangai Dayana itu. Kesian Ammar, memang kawan dia ni dah melampau. Geram betul dia dengan perangai kawannya itu.

            Aku hanya mendiamkan diri. Ya, aku tahu Rathi, aku memang bersalah. Kau tak faham Rathi. Kerana kejadian tadi, aku teringatkan seseorang. Seseorang yang masih menunggu jawapan dari aku hingga ke hari ini dan masih setia menunggu. Tapi kejadian tadi, membuatkan perasaan aku keliru. Aku tidak mahu memberinya harapan. Biarlah aku menyakitinya, moga dia tidak akan cuba merapati aku.  

          “ Saya minta maaf atas kejadian tadi. Sungguh saya tak sengaja, Dayana. Saya harap awak tidak menganggap saya mengambil kesempatan. Niat saya ikhlas mahu menolong awak tadi.” Rayunya.  Aduh…macam nak cair hati aku ini.  Namun takkan kau nak mengalah Dayana. Ego juga aku ni.

          “ Saya malas nak bincangkan hal itu okay! Lupakan saja. Anggap macam tak pernah berlaku. Fullstop!!!!” Kejamnya kau ni Yana.


            Aku tahu dia terasa dengan aku. Biarlah!! Hati ini meronta-ronta nak bercakap dengan dia sebenarnya. Tapi ego aku mengatasi segala-galanya. Aku tahu, Rathi dan si Ramesh juga sedang lancarkan mogok terhadap aku. Dari tadi mereka berdua hanya diam sahaja. Soalan aku hanya dijawab dengan anggukan atau gelengan. Sehati sejiwa sungguh kembar ni.  

***********************

              Sudah dua hari ianya berlarutan. Hari ini merupakan hari pemilihan pelakon untuk sketsa tingkatan 4 yang akan dipersembahkan sempena jamuan hari raya sekolah dua minggu dari sekarang. Aku tidak berminat langsung untuk menyertainya. Dengar-dengar macam-macam watak yang ada. Ada watak ayah dan ibu, watak anak-anak yang dah berkahwin dan watak sampingan yang lain.  

             “ Yana, nama kau terpilih untuk skesta tu. Cikgu Wahid yang masukkan nama kau.  Kau akan berpasangan dengan Ammar.” Ringkas saja pesanan Rathi. Protes lagilah tu. Ni yang aku malas, suka-suki aje cikgu Wahid masukkan nama aku. Nasib baiklah aku ni jenis yang menghormati orang tau. Rilekslah Yana, kau kenalah professional sikit.

            “ Okay, no problem. Lepas ni, tamatkanlah mogok kau dengan aku. Pesan sekali pada kembar bertuah kau tuh. Aku mengaku aku salah. So, tahulah aku apa nak buat.” Balasku yang hanya menunjukkan muka slumber saja.  Kalau dah itu yang cikgu Wahid nak, aku kenalah tunaikannya. Lagipun cikgu Wahid adalah seorang guru yang baik padaku. Aku senang dengan dia. Eh…janganlah salah faham, dia dah kahwinlah.  Perhatian yang dia berikan seperti layanan seorang abang dan adik aje tau.

            “ Really Yana. I love you my friend. Miss you so much!!” Hesy…boleh mati lemas aku kena peluk dengan minah ni. Aku mengangguk. Aku perasan Ammar mengukir senyuman. Saja aku tekankan ayat aku tadi. Pasti Rathi dan Ramesh meluahkan rasa tidak puas hati mereka padanya. Mereka sudah berkawan dari Form 1 lagi. Nampaknya, aku terpaksa jugalah mengalah. Demi sahabat baikku yang bertuah ini.  Tak habis-habis dengan mogok mereka.

           “ Bila latihannya? Watak apa yang aku dapat? Kau join tak Rathi?” aku menyoal bertalu-talu padanya. Aku memandang muka Rathi di sebelah kananku sambil ekor mataku menjeling sedikit ke arah wajah Ammar yang kebetulan berdiri di sebelah Rathi. Padahal soalanku merupakan soalan serampang dua mata. Adakah Ammar perasan akan semua ini? Tapi nampak macam dia menyembunyikan senyuman machonya itu….

           “ Petang ni Yana, pukul tiga tau dekat dewan sekolah. Kau dapat watak isteri pada Ammar dan aku of courselah join sekali. Watak aku jiran sekampung lagi. Jangan lupa, petang ni tau. Kembar kau dengan Iza pun ada juga.” Hmmm….bunyi macam menarik.




Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 02:34 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

BAB 14


              Sedar tak sedar terlalu pantas masa berlalu. Hari ini, hari di mana kami akan mempersembahkan sketsa kami. Hampir dua minggu kami berlatih. Hubungan aku dengan Ammar sekarang agak rapat. Cuma hati aku belum terbuka sepenuhnya untukmenerima Ammar lebih dari seorang kawan. Aku lebih selesa begini walaupun aku perasan dia cuba memikatku atau aku yang perasan sebenarnya? Aku terkenangkan Fahim kerana dalam hati aku masih menyukainya. Fahim adalah cinta pertamaku. Menurut Azreena, Fahim sehingga kini masih begitu. Berjanji akan mengotakan janjinya padaku. Mengapa kau menyeksa dirimu Fahim?

*********************

              Sketsa kami akhirnya dipersembahkan dengan jayanya. Sambutan yang amat menggalakkan kami terima. Ramai yang memuji lakonan mantap kami. Kami mendendangkan lagu Suara Takbir nyanyian asal oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tanpa dirancang, aku mendendangkannya secara solo, kemudian diiringi oleh sahabat yang lain sebagai back up singer. Sememangnya aku memang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian juga sedari sekolah rendah lagi. Aku banyak menyanyikan lagu melayu asli masa itu mewakili rumah sukanku. Bukan setakat lawan sukan saja, macam-macam aktiviti antara rumah pasukan kami masa sekolah rendah dulu. Menyanyilah, menarilah semuanya yang tradisional tau. Seronoknya, kalaulah masa boleh diputarkan…….

            “ Sedap suara awak Dayana. Tak sangka pula awak ada bakat menyanyi.”  Janganlah puji lebih-lebih cikgu Wahid.  Aduhai malunya aku. Rasa macam nak sorokkan saja muka aku ni kat mana-mana.

           “ Dia memang suka menyanyi cikgu dari dulu lagi. Masa sekolah rendah dulu dia dah aktif, cuma bila dah sekolah menengah dia slow sikit, sebab arwah mak tak bagi.” Sampuk kakakku. Aku hanya tersenyum. Berpada-padalah kau kakak oi kalau nak puji aku. Aku takut kak, puji memuji lama-lama menjadi keji. Nau’zubillah……

          Ammar hanya diam sedari tadi. Banyak misteri tentang gadis ini mula terungkai.  Dia dapat tahu bahawa gadis ini pandai memasak, menjahit malah dia tahu membuat karipap pusing yang kebetulan meupakan kuih kegemarannya. Hatinya berbunga-bunga bila Rathi menceritakan tentang kebolehan gadis itu yang dikorek dari kembarnya.  Bagus juga Liana ni. Habis semua diceritakan pada Rathi tentang adik dia yang seorang ini. Akan dia rancangkan bagaimana hendak menyuruh gadis ini membuat karipap pusing.  Kecur air liurnya dirasakan bila nama kuih itu terlintas di fikirannya. Lagilah dia suka bila tahu gadis idamannya pakar dalam membuat kuih itu. Azamnya semakin tinggi untuk memiliki gadis itu.

Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:39 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2013 02:41 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

              “ Tahniah Yana! Nampaknya sejak awak masuk ke sekolah ni, kami ni dah macam takde ‘fungsi’ pula. Asyik-asyik Lily Dayana..Lily Dayana. Sikit-sikit sudahlah awak nak tunjuk belang!! Takkanlah tak bagi peluang langsung pada kami untuk tunjuk bakat.” Aku hanya tergelak dengan pujian yang sebenarnya lebih kepada amaran sinis oleh Salina and the gang, gelaran Rathi pada mereka. Apasal pula nak tergugat dengan aku? Dikhabarkan bahawa dia ni ratu sekolah dan dia juga pernah berpasangan dengan Ammar sebelum aku masuk ke sekolah ini. So, aku ni serba kekurangan, ibarat langit dan bumi dengannya. Apalah yang ada pada aku untuk dia cemburu?

            “ Terima kasihlah Salina. Insya Allah, lain kali saya kena beritahu pada yang cuba nak calonkan saya untuk apa-apa pertandingan selepas ini supaya melupakan hasrat mereka. Saya akan syorkan nama awak pula selepas ini.” Aku ikhlas tau menuturkannya.  

             Aku pun bukannya suka sangat menonjolkan diri. Nak buat macam mana, cikgu Wahidlah yang nak sangat melihat penglibatan aku di sekolah ni. Sampaikan tuan
pengetua juga mengenali aku. Banggalah juga dengan diri ini. Kalau nak tahu, aku juga dilantik sebagai pengerusi Kelab Koperasi sekolah, Pengerusi Kelab Mural yang dilantik sendiri oleh tuan pengetua tau, Setiausaha Rumah Merah dan AJKPustakawan. Aku agak sibuk sebenarnya dan tak sangka pula aku walaupun baru sahaja masuk ke sekolah ini macam-macam jawatan yang aku jawat. Ini betul-betul bukan olok-olok…..hahahahaha.

           “ Kau janganlah nak tunjuk bagus sangat Yana. Sejak kau ada di sekolah ni, Ammar dah jarang cakap dengan aku. Aku rasa elok kau jauhkan diri dari Ammar.  Aku nak kau tahu yang aku couple dengan dia okey.” Dia memberi amaran. Amboi makcik ni, ini dah lebih!! Ingat aku hadap sangat ke dengan Ammar tu?

           “ Ekeleh Salina, itu pun awak nak kecoh? Soal awak couple dengan dia ke, apa ke itu semua tiada kaitan dengan saya. Tak payahlah awak nak bersusah payah nak beri saya amaran okey. Jagalah kekasih hati awak tu elok-elok iya.” Selesai membalas kata-katanya, aku berlalu pergi. Malas aku nak layan. Buat malu saja kalau bergaduh sesama kaum hanya kerana seorang lelaki.

******************

             Sejak pertelagahan kecil antara aku dan Salina tempoh hari, Ammar mula memberi perhatian yang lebih padaku. Menurut Rathi, Ammar dan Salina sebenarnya sudah lama berpisah sebelum aku masuk ke sekolah itu lagi. Ada aku kisah!!  Kadangkala aku agak rimas dengan perhatian yang diberikan oleh Ammar.  Nak juga aku sound  si Ammar, nanti Rathi dan Ramesh akan pulaukan aku pula. Jadi, aku layankan sajalah sedang dalam hati rasa tidak selesa yang amat sangat.

Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 02:49 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             “ Iza, aku rasa kau jalan dengan diorang dululah ya. Aku kena patah balik ke asrama ni. Buku latihan sastera aku tertinggal pula.” kataku suatu pagi bila menyedari akan ketiadaan buku latihanku di dalam beg. Rasa macam aku dah letak dalam beg aku tadi. Entah macam mana sambil berjalan ke sekolah ni tergerakhati aku nak periksa beg aku semula.

            “ Janganlah lambat sangat, karang tak pasal-pasal kau kena berdiri kat belakang pula.” Dia cuba memberi amaran padaku. Selalunya, mana-mana pelajar yang lambat akan didenda dengan berdiri di belakang sepanjang perhimpunan. Selesai perhimpunan, mereka akan di suruh mengutip sampah satu sekolah. Tak kisahlah, janji aku sempat ambil buku sastera aku tu. Gerun aku bila terkenangkan kegarangan dan ketegasan cikgu sastera aku tu.

            “ Kau jangan risaulah.” Terus saja aku melangkah pergi. Dari tadi aku mencari buku latihan sasteraku. Dahlah hari ni kena hantar buku tu pada cikgu Saad, cikgu matapelajaran sastera yang terkenal dengan kegarangannya. Kecut perut aku bila teringatkan bagaimana dia merotan pelajar lelaki yang membuat salah tempoh hari.  Kena rotan di punggung, cikgu  Saad siap buat pusingan 360 darjah lagi. Huish…takutnya.

             Nasib aku agak malang, aku terlewat dua minit. Sekolah ni akan ditutup pintu pagar jam tujuh suku pagi. Dahlah pengawas langsung tak boleh tolak ansur dengan aku. Sabar sajalah. Tak pasal-pasal aku kena berdiri di belakang. Apa yang Ustazah Zahirah merangkap guru yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perpustakaan sekolah cakap di depan pun aku tak ambil pusing. Sedang aku leka….

            “ Saya akan umumkan Pustakawan Contoh pada tahun ini ialah..Lily Dayana Binti Hamid.” Aku tersentak bila Rathi melaung namaku dan dengan isyarat tangannya dia menyuruh aku ke depan. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Deras langkah ku atur ke pentas. Sebaik sahaja menyalam Ustazah Zahirah dan sijil mula bertukar tangan, aku melangkah menuruni tangga lalu menuju semula ke tempat ku berdiri tadi.  

             Malunya, pustakawan contoh kena denda lewat hari ini. Manalah aku nak sorokkan muka aku ni. Guru-guru yang ada di hadapan hanya tersenyum penuh makna pada aku. Tambahan pula cikgu Wahid, siap sengih kat aku sambil menggelengkan kepala. Perlilah tu…pelajar-pelajar lain jangan cakaplah, siap bisik sesama sendiri lagi tau. Tambahan pula Farizal and the gang dan Salina and the gang, sinis saja pandangan diorang pada aku. Nak buat macam mana, bukan aku yang undi diri aku sendiri? Manalah aku tahu nama aku tercalon untuk anugerah ni?

Last edited by wipers81 on 7-6-2013 02:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2013 03:00 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            “ Kita menjemput sekali lagi Pustakawan Contoh kita untuk tampil menyampaikan sebuah sajak. Memandangkan beliau memegang gelaran Pustakawan contoh maka sudah tentulah beliau merupakan seorang yang suka membaca. Jadi tanpa membuang masa saya persilakan Lily Dayana untuk menyampaikan sebuah sajak.” Alamak, sajaklah pula ustazah ni suruh aku sampaikan. Habislah, sajak apa yang aku nak deklamasikan ni.  Otakku bekerja keras, mengarang bait-bait untuk sajakku.

           “ Terima kasih ustazah. Saya harap agar sajak yang ingin saya sampaikan ini memberi manfaat pada kita, dan semoga kita lebih menghargai orang yang kita sayangi sebelum terlambat. Sayangilah ibu bapa kita kerana tanpa mereka kita tiada di sini.  Hargailah setiap jasa dan pengorbanan mereka dan janganlah sesekali derhaka pada mereka. Begitu juga kepada guru kita. Sajak ini saya dedikasikan buat semua. Renungkanlah setiap bait-bait yang saya ciptakan dalam sajak yang saya karang secara spontan ini. Apabila kita kehilangan insan yang kita sayangi, masa itulah penyesalan akan datang. Sedarlah wahai teman, sebelum ianya terlambat. Hargailah peluang yang masih ada ini. Terimalah sajak dari saya ini.

Wahai teman, tahukah kau betapa dalamnya kasih ibumu?
Tahukah kau betapa lebarnya kasih ayahmu?
Sejauh mana kalian ketahui kasihnya mereka padamu?
Perlukah diukur kasih mereka kepadamu?


Wahai teman, sedarkah kau betapa banyaknya khilafmu?
Andai disukat, berapa beratnya?
Andai dihitung berapa jumlahnya?
Andai diukur, berapa pula jaraknya?


Oh teman, masih belum terlambat untuk kalian perbaiki
Menyedari khilaf sendiri selama ini
Menyedari betapa ruginya diri
Menginsafi sebelum sesal menjerut diri


Sayangilah mereka teman, selagi hayatmu dikandung badan
Tiada yang berharga selain mereka
Jangan dikesal andai nyawa mereka bercerai badan
Taatlah mereka seperti yang dituntut olehYang Maha Esa.


            Usai sahaja aku mendeklamasikan sajak itu, kedengaran tepukan gemuruh. Air mata ku mula bergenang, ku tahan dengan sedaya upaya. Kepada yang masih ada ibubapa, kalian sememangnya beruntung. Janganlah mensia-siakan peluang berbakti pada mereka selagi mereka masih bernyawa.  Kakak memelukku sejurus aku turun dari pentas.  Aku tersenyum padanya. Takkan bagus sangat sajak aku sampai guru-guru pun merah mata mereka. Aku dapat membaca gerak bibir Ammar yang mengatakan I LOVE YOU  sebaik pandangan kami bersatu. Aku terkedu!! Biar betul dia ni. Seram sejuk aku dibuatnya.  Sepanjang hari dalam kelas, aku banyak mendiamkan diri.

Last edited by wipers81 on 15-6-2013 10:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 01:52 PM | Show all posts
nantikan bab 15....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 08:39 PM | Show all posts

NOVEL BERSIRI : Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)..up

BAB 15



            Diam tak diam hanya sebulan sahaja lagi yang tinggal untuk aku menduduki peperiksaan SPM. Masing-masing berdebar. Selama hampir setahun lebih ini, hubungan aku dengan Ammar semakin rapat. Hati aku sebenarnya masih berbelah bagi. Antara dia dan Fahim. Aku tersepit. Kata Azreena, hingga sekarang Fahim masih menungguku. Pernah sahabatku hampir terlepas cakap tentang di mana aku berada sekarang. Mujurlah dia sempat cover line. Dia sangat kasihankan Fahim. Aku juga Azreena. Kenapa dia masih enggan melepaskan aku seperti mana aku sedang cuba melakukannya? Aku tidak mahu dia mengharapkan aku lagi. Biarlah orang nak kata aku kejam. Argh…malas nak fikir pasal hal ni. Fokus Yana pada SPM kau!!!



            Semua telah tertulis untukku. Semasa peperiksaan SPM berlangsung, aku telah di serang demam panas. Agak teruk keadaanku pada masa itu. Namun, aku gagahkan diri untuk menduduki peperiksaan itu dengan tabah. Ujian Allah S.W.T kali ini agak berat.  Aku tidak mahu merungut kerana menurut ustaz semasa aku menghadiri ceramah dahulu berkata, bahawa barang siapa yang sering diuji oleh Allah S.W.T samada dengan ujian yang berat atau sebaliknya, Insya Allah orang itu disayangi oleh Allah S.W.T kerana bersyukurlah bahawa Allah S.W.T itu ingat akan hambaNya. Semua itu, kusematkan dalam hati untuk dijadikan kekuatan bagi aku meneruskan perjuanganku ini. Aku perlu kuat untuk menerusan perjuanganku ini!!

************************



Last edited by wipers81 on 15-6-2013 08:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 08:42 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             “ Yana, memandangkan dah habis periksa, kitorangcadang nak buat jamuan perpisahan. Adarequestlah untuk kau, ada orang mintakau buatkan karipap pusing.  So, macammana Yana, kau setuju tak?” Soal Rathi. Musykiljuga aku, siapa pula yang minta ni? Siap buat request lagi. Lamanya aku tinggalkan bidang buat kuih ni.

            “ Aku tak kisah Rathi. Tapi kat manaaku nak uli karipap aku tu? Kau ada cadangan tak?” Soalku kembali. Yelah, akumana ada rumah.

            “ Ya tak ya jugak kan! Kejap aku fikir.” Serius nakmpaknyacara dia fikir, jari telunjuknya diketuk-ketuk pada pipi kanannya.

            “ Hah!! Aku tahu kat mana kau bolehbuat Yana”  Aku pun apa lagi………..

            “ Opocot kau Fahim..eh..” laju sajatangan aku menampar bahu Rathi. Ish..nak kena minah ni dengan aku. Takpasal-pasal aku tersebut nama Fahim. Apasalah nama dia yang aku sebut? Kenapaharus nama kau Fahim????? Hai..jenuh mengatur ayatlah aku lepas ni nak jawabsoalan Rathi ni nanti.

            “ Eh..nama sape kau sebut tadi Yana? Fahim….wow sape tu? Boyfriend  lama kau ek..?”  Kan dah jadi masalah besar. Apa aku nak jawab kat Rathi ni?

            “ Kot ye pun Rathi, perlahanlah sikit suara kau tuh! Nak bagi satu sekolah dengar ke?” Sudahlah kuat dia sebut nama jejaka tu tadi. Ammar pandang aku semacam sahaja.  Aku menundukkan wajah. Aku agak bengang dengan tindakan Rathi tadi. Nak marah dia pun macam tak patut, aku juga yang salah.

            “ Upss…sorry Yana. Aku tak sengaja. Mau aku tak terkejut, tak pernah kau sebut nama lelaki lain selain si Ammar sepanjang aku kenal kau. Takkan taknak cerita kat aku kot?” Hesy…tak malu betullah minah ni. Sibuk je…

            “ Jangan nak mengada! Takde maknanya, cerita dah lama. Eh…cepatlah, kau dapat fikir tak kat mana aku nak buat karipap aku tu? Kat rumah siapa hah?” Saja aku mengubah topik, tak mau dia terus mengasakku dengan soalan mengenai Fahim. Siapa suruh kau berangan Yana, hah…bila jadi macam ni, kan ke penat nak menjawab.

            “ Tak boleh ke kau tanya mak angkat kau tu? Minta izin buat kat rumah dia. Macam mana? Setuju tak dengan cadangan aku ni?”  Mmm….bagus jugak cadangan dia.  Asal aku tak terfikir tadi. Sebenarnya mak angkat aku adalah tukang masak di asrama yang kami panggil Kak Ngah.  


            “ Cadangan diterima. No hallah dengan mak angkat aku tu. Nanti siapa yang nak ambil karipap tu? Aku bukan ada transport nak bawa….”  Kemudian Ammar mencelah…

            “ Yang itu, saya akan ambil Dayana. Awak jangan risau, takkan saya nak biar awak angkut sendiri nanti. Saya jemput awak sekali lusa. Pukul sepuluh pagi ye, di rumah mak angkat awak tu.” Sempat dia mengenyitkan mata padaku. Aduh…boleh luruh jantung aku ni. Sepanjang berkenalan dengannya, sebenarnya aku agak kurang senang dengan sikap caring yang dia tunjukkan. Kadang-kadang caring dia tuh macam melampau. Aku selalu mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu hanyut melayan perasaan padanya. Biarlah ia berpada-pada.

            “ Okey, saya tunggu awak. Jangan lupa pula.” Aku senyum padanya. Nak buat macam mana, kena setuju jugalah. Lagipun, kami berkawan. Apa salahnya dia nak menolongku?

            “ Saya takkan lupa kalau untuk ‘sayang’ saya ni. Rugilah saya kalau saya terlupa.” Sengaja dia tekankan perkataan sayang pada gadis itu. Dia berharap semoga rancangannya berjaya. Gadis ini telah mencuri hatinya. Sampaikan ayahnya pernah mengatakan bahawa dia gila bayang bila ayah terbaca diarinya yang penuh dengan gambar gadis itu yang diambil secara sembunyi. Dia bertekad, gadis itu akan menjadi miliknya satu hari nanti. Ammar tersenyum nakal. Hajatnya untuk merasa karipap pusing gadis itu akan tercapai. Tak lama lagi…..dia harus bersabar. Tak ke mana gunung yang dikejar. Betul ke perumpamaan tu? Hantam sajalah.

Last edited by wipers81 on 15-6-2013 08:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 08:48 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

              Seperti yang dijanjikan beberapa hari lepas, karipap pusingku telah siap. Aku tumpang tidur di rumah Kak Ngah. Liana, tinggal di asrama dengan Lia dan Iza. Mereka  akan ke lokasi jamuan di sekolahku kemudian. Sekarang sedang cuti sekolah, jadi adik-adik yang lain masih bercuti lagi di kampung halaman masing-masing. Beberapa hari lagi kami akan pulang ke kampung dan hanya bertemu semula untuk mengambil keputusan SPM tahun hadapan. Setelah selesai berpakaian, akumenatang bakul karipap ke ruang tamu. Menanti Ammar tiba untuk membawanya.

            “ Amboi…cantiknya anak aku ni. Bertuah badanlah siapa yang dapat kau ni Yana? Pandai serba-serbi pula tu. Takde apa yang tinggal ke Yana? Kau nak pergi dengan siapa tu? Jomlah Kak Ngah hantarkan. Kebetulan, Kak Ngah nak keluar ni, bolehlah hantarkan kau kat sekolah tu.” Kata mak angkatku yang hanya ku panggil Kak Ngah.  Dah biasa aku dengan panggilan itu. Aku kalau bab kena puji ni yang lemah sikit.

            “ Eh, ada-adalah Kak Ngah ni. Takpe kot Kak Ngah, ada orang datang ambil karipap ni nanti. Janganlah risau.” Yang Ammar ni pun satu, batang hidung pun tak nampak lagi sekarang. Kata pukul sepuluh, ni lebih sepuluh minit dah.  

             Kedengaran bunyi horn kereta di laman rumah Kak Ngah. Aku bingkas bangun menuju ke pintu. Kelihatan Ammar senyum padaku sebaik sahaja keluar dari kereta.. Oh…dia rupanya. Terkejut aku sebab dia boleh bawak kereta. Aku senyum padanya, lalu masuk ke dalam mengambil bakul karipapku. Ammar terpana seketika.  Sungguh, hampir dua tahun mengenali gadis ini, hatinya benar-benar terpaut. Hari ke hari kejelitaannya makin terserlah dan dia perasan yang kulit gadis itu semakin cerah. Bukan cerita dongeng, tapi itu hakikatnya.

             Hariini, gadis itu mengenakan baju kurung dari fabrik satin berwarna ungu gelap, dipadankan dengan tudung berwarna putih menyerlahkan lagi kecantikkannya. Jantungnya bergetar hebat. Lantas teringat akan perbualannya dengan Liana tempoh hari mengenai jejaka bernama Fahim. Nama lelaki yang terkeluar dari mulut gadis itu ketika dia termelatah disakat oleh Rathi. Hatinya dipagut perasaan cemburu bila mulut gadis itu menyebut nama lelaki itu. Sebab itulah dia menyoal Liana kerana dia tahu Liana pasti ada jawapannya. Ternyata usahanya tidak sia-sia.

            “ Ehem!  Amboi jauhnya menung awak tu. Silap-silap boleh tembus tak dinding rumah mak angkat saya ni? Sudah-sudahlah tu, kita dah lewat cik abang oi…marah pula kawan-kawan yang lain nanti. Mari…” Ammar terkejut! Kuss…semangat, nasib baiklah gadis kesayangan, kalau orang lain lama dah kena cepuk dengannya.

           “ Salah ke kalau menung saya tu kerana awak Cik Dayana sayang. Nasib baik saya ni bukan kaki latah macam awak, kalau tak apalah yang keluar dari mulut sayani.”  Ammar masih tidak mahu mengaku kalah.

           “ Agak-agak awaklah, kalau awak ni betul-betul melatah, apa agaknya perkataan yang akan terkeluar dari mulut awak ya….nak tahu juga ni?” Sengaja aku mengujinya. Aku membetulkan sedikit kaca mataku yang melorot. Masih menantikan jawapan yang akan keluar dari mulutnya.

          “ Mungkin ayat ini, opocot…I LOVE YOU  Dayana. Ok tak?” Aku tergamam!!  Biar betul mamat ni? Padan muka kau Dayana. Mulut kau tu gatal sangat nak menanya!!!

          “ Dahlah, jangan nak mengada-ngada. Malas nak layan awak ni.” Terus sahaja aku masuk ke dalam kereta. Tak malu, dia tak pelawa kau masuk kereta dia lagilah Dayana.

           “ Maaf Ammar, saya duduk dalam kereta awak ni tanpa izin.”

          “ Hmm…kalau saya tak pelawa sekalipun, memang saya izinkan. Saya akan pastikan, tempat duduk sebelah saya ni hanya untuk awak sorang sahaja sampai bila-bila. Awak masih tak jawab soalan saya tadi, so macam mana kalau ayat itu yang keluardari mulut saya?” Aku hampir tercekik air liur aku sendiri. Hesy….tak pernahdia macam ni. Apaasal semacam punya romantik mamat ni? Penyakit alergik aku datang kembali..bulu roma aku dah meremang.

            “ No comment!!”  Standard  macam jawapan para artis kalau wartawan tanya pasal gosip mereka. Berangan nak jadi artis pula aku ni!!!!

            Ammar kurang berpuas hati dengan jawapan dari Dayana. Takpe Yana, kau akan jadi milik aku juga nanti. Tak mungkin aku akan lepaskan kau pada lelaki yang lain. Yang pasti aku akan memilikimu wahai gadisku….tekad Ammar. Lantas dia mengambil sebiji karipap dari dalam bakul yang dipegang Dayana dan memasukkannya ke mulut. SEDAP!!!!

**********************

Last edited by wipers81 on 15-6-2013 10:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 08:59 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

               Sampai di perkarangan sekolah, ramai yang sudah sampai. Sebaik kami turun dari kereta, semua tersengih padaku. Makan kerang busuk ke semalam kawan-kawan aku ni?  Aku buat tidak tahu dengan sengihan mereka. Pantas kakiku berjalan ke meja meletakkan bakul berisi karipap di ruangan yang kosong. Aku mencari kelibat Liana. Pandangan ku terhala ke arah pagar sekolah, kelihatan dia bersama Iza dan Lia sedang bergerak masuk.


            “ Lah, ingatkan aku yang lambat kau pun lambat juga. Ibu Sarah ada kata apa-apa ke kak?” Bimbang juga Ibu Sarah iaitu warden kami merungut dengan kedegilanku mahu tidur di rumah Kak Ngah. Setelah bagai nak rak pujuk, akhirnya dia mengalah juga.  Mujur Kak Ngah pun sudi campur tangan menjadi penjamin aku. Huh dah macam nak buat loan pula siap pakai penjamin ni. Apapun, terima kasih Kak Ngah.

            “ Tak pun. Alah, kaukan penghuni kesayangan dia. Mestilah dia okay je. Jangan risaulah, dia kata takpe. Aku pun takut juga dia marah.” Selamat aku. Aku memeluk Liana. Sayang kakak aku ni. Kerana dia aku rela berkorban apa saja.


            “ Hoi..makcik…menung apa tu hah!!” Masalah betul dengan kawan aku yang sorang ni. Suka sangat sergah aku……..

            “ Oh..mak kau Fahim!” Alamak, nama dia lagi aku sebut. Aku menampar perlahan mulutku. Rathi ni memang nak kena dengan aku nampaknya. Kecik saja aku tengok si Rathi ni walaupun tubuhnya sedikit montel.

            “ Hai..dah dua kali kau sebut nama tu. Ni yang buat aku teruja nak tahu. Tak kira, kau kena cerita juga kat aku siapa jejaka tu?” Memang Rathi ni saja nak cari nahas dengan aku.  

            “ Tiada apa yang istimewanya pasal dia. Sudahlah Rathi, lupakan saja semua ni okey! Dahlah, malas nak layan kau. Aku pergi tolong diorang lagi bagus.” Bingkas aku bangun, biasalah kaedah itu aku gunakan untuk larikan diri lagi. Rathi menggaru kepalanya. Lari lagi si Yana ni. Bila agaknya persoalan mengenai lelaki itu terjawab. Rathi pelik dengan sahabatnya itu yang sering mengelak jika diajukan pertanyaan tentang nama siapakah yang kerap dilatahkan oleh temannya akhir-akhir ini.



            Ammar merasa panas mukanya kerana menahan gelodak cemburu di hatinya ketika mendengar nama lelaki itu sekali lagi meniti dibibir gadis idamannya. Mengapa harus nama itu? Dua tahun mereka terpisah, masih utuh lagikah ingatan Dayana padanya? Apa istimewanya lelaki itu di hati kau Dayana? Persoalan itu hanya berlegar di kepala Ammar.


            “ Sedapnya karipap yang kau buat ni Dayana! Rugi dari awal tak suruh kau buat. Kalau macam ni, tak makan nasi pun aku sanggup!” Puji melangit sungguh kawan aku si Rathi ni.  Sikit-sikit, dahlah.

            “ Tak sangka pandai awak buat karipap pusing ni Yana. Kalau awak jual, hari-hari saya sanggup beli.” Cikgu Wahid pun satu. Rimas aku dengan pujian diorang ni. Aku hanya sengih sahaja.

           “ Adik saya ni memang pandai buat macam-macam cikgu. Kalau nak tahu dia pandai menjahit, memasak…..pendek kata macam-macam lagilah. Dahlah tu, pandai dalam pelajaran juga.” Hesy…nak kena gam agaknya mulut kakak aku ni. Apasal lah dia ni bendul sangat. Itulah kembar aku. Pantang kalau orang puji aku, habis semua cerita pasal aku keluar. Aku menyiku kakak yang duduk di sebelahku dari tadi.

            “ Janganlah di siku kakak awak tu Yana. Kalau dah betul apa yang dikata, buat apa nak malu. Untunglah siapa yang dapat kahwin dengan awak Yana, kan Ammar?” Aku terkedu. Apasal pula nama Ammar yang cikgu Wahid sebut? Muka aku terasa panas.

            “ Hah….er….ya cikgu. Memang sangat beruntung kalau saya pilihannya.  Rasanya sayalah manusia yang paling bertuah dalam dunia ni.” Aku menepuk dahiku.  Yang lain dah mula tergelak. Ei…kenapalah itu jawapan kau Ammar? Kalaulah si Ammar ni bantal, dah lama aku penyek-penyekkan bantal tu kat lantai dengan kaki aku tau!!


            Ammar tahu Dayana marah dengan jawapannya. Dia perasan wajah gadis itu merah menahan marah. Dia nampak bagaimana gadis itu menarik nafas yang dalam dengan hidung mancungnya. Ya, dia nampak gadis itu meramas tangannya. Demi cinta dan sayang pada gadis itu dia rela. Dia mahukan yang lain tahu isi hatinya pada gadis itu yang selama ini dia tidak luahkan. Dia juga mahu rakan lelakinya yang lain tahu bahawa gadis itu kepunyaannya. Melampaukah tindakan dia itu?


            “ Okey semua. Mari kita berkumpul. Karang lambat pula. Jom, kita gerak sekarang!!” Arah cikgu Wahid. Kami menurutinya. Sebenarnya, berdekatan sekolah kami terdapat air terjun. Walaupun bukanlah sebuah pusat rekreasi, tapi cukuplah bagi orang kampung ini melakukan aktiviti riadah sekali sekala. Tak dinafikan, pemandangan di situ amat mendamaikan.

            Pelajar perempuan mula mencari tempat lapang, kemudian kami bentangkan tikar yang dibawa oleh Hanim lalu menyusun makanan di atasnya. Di sudut lain, kelihatan pelajar lelaki sedang menyediakan tempat untuk membakar ayam yang di bawa oleh cikgu Wahid selaku ketua rombongan kami ini. Cikgu-cikgu yang lain tidak dapat turut serta kerana komitmen pada keluarga masing-masing. Yelah, bila dah berumah tangga terbataslah sedikit aktiviti sosial mereka. Tambahan pula cuti sekolah. Mestilah mereka mahu membawa keluarga masing-masing bercuti. Masa inilah patut digunakan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan. Hehehe…ingat tu.


            “ Yana, jomlah kita duduk kat batu tu. Seronoklah pula bila sekali sekala macam ni.” Ajak Rathi. Nak layan blueslah tu. Setelah memastikan semuanya telah siap disusun, masing-masing membawa haluan sendiri, sementara program yang telah dirancang akan berjalan sebentar lagi. Sempatlah sementara tunggu arang menjadi bara. Lama juga tu. Aku mengikut Rathi ke tempat yang dimaksudkan.

            Ku pandang sekeliling, melihat jika ada sesiapa di situ. Setelah aku pastikan keadaan selamat, aku mengangkat kain baju kurungku ke paras lutut. Argh..menyesalnya sebab tak pakai track suit aku.Kan dah jadi satu masalah ni! Satu pasal pula nak redah air ni dengan pakai baju kurung. Sudahlah cuaca panas terik. Nak tunjuk lawa pun tak bertempatlah kau ni Dayana. Nak buat macam mana, dah Kak Ngah beria-ia suruh aku pakai baju kurung ni. Aku pula jenis budak yang menurut kata. Ewah…masuk bakul angkat sendiri…yelah kena hormatkan yang lebih tua.

Last edited by wipers81 on 15-6-2013 09:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 09:11 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            Rathi tersengih apabila aku mula mendaratkan dudukku di sebelahnya. Sedang aku leka bergelak dengan Rathi, tiba-tiba tudungku terangkat sedikit apabila angin yang entah dari mana  datang  menyapa  kami. Cepat-cepat  aku  menarik  tudungku menutupi  dadaku. Salah aku juga, terlupa nak bawa tudung labuhku, terpaksa ku pinjam tudung bawal emak angkatku. Itupun sudah aku labuhkan. Fabrik jenis ringan, jadi senanglah diterbangkan angin. Jangan pula ada yang ternampak. Minta simpanglah.

            “ Rathi, Dayana!!! Sudah-sudahlahtu. Mari, tolong saya bakar ayam ni.” Laung cikgu Wahid. Punyalah ramai pelajar perempuan kat sana, kami juga yang dipanggilnya.  Memang aku dan Rathi antara pelajar yang rapat dengan cikgu Wahid.  Jadi mungkin dia lebih senang sekiranya kami yang membantu dia.

            “ Baiklah cikgu. Kami datanglah ni.” Sahut kami berdua dengan serentak. Aku memandang Rathi, sepontan kami gelak bersama.

            “ Ke tepilah Ramesh! Biar kami yang pro bab masak-memasak ni yang buat. Shuhh…pergi main jauh-jauh tau.” Ramesh menjelirkan lidahnya pada kami. Ammar hanya menggelengkan kepalanya. Rakan-rakan yang lain pula sedang sibuk dengan hal masing-masing. Yelah, esok masing-masing akan membawa haluan sendiri. Mungkin ada yang akan mula bekerja sementara menantikan keputusan peperiksaan yang akan keluar April nanti.

              Pandangan aku terarah kepada cikgu Wahid yang sedang bersembang dengan kakakku dan beberapa rakan yang lain. Aku masih ingat bagaimana satu hari tu aku sakit gigi. Sepanjang hari di kelas, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Kebetulan semasa subjek cikgu Wahid ada pembentangan secara berkumpulan. Kumpulan yang terlibat hari itu ialah kumpulan Liana yang berpasangan dengan Iza. Aku hanya mampu menuliskan soalan yang mahu ku ajukan pada kumpulan mereka lalu mewakilkan Rathi menyoal bagi pihakku. Rupa-rupanya cikgu Wahid memerhatikanku dari awal lagi. Habis sahaja waktu kelasnya, dia mendekati aku.

             “ Kenapa dengan kamu ni Dayana? Kamu tak sihat ke?” Tanyanya sambil mengerutkan keningnya. Risau juga dia dengan keadaan pelajar kesayangannya itu. Selalunya mulut dia yang becok bertanyakan soalan itu ini pada kumpulan yang membuat pembentangan.

            “ Maaf cikgu, saya sakit gigi sebenarnya.” Cuba bayangkan bagimana pertuturan orang yang tengah sakit gigi. Siap bengkak pula pipi aku. Sakitnya!!!

            “ Awak nak ubat tahan sakit tak?  Kalau nak saya ambilkan. Ada di rumah saya. Tunggu saya balik rumah sekejap.”  Hah..kat rumah dia. Biar betul?? Baiknya hati cikgu aku ni.

            “ Eh..takpelah cikgu, tak payahlah susahkan diri cikgu pula. Esok baiklah gigi saya ni.” Takkanlah kerana aku dia nak balik rumah dia lepas tu patah balik ke sekolah.  Apa pulak anggapan kawan-kawan yang lain?  Malulah!!!

           “ Kalau macam tu, takpelah. Kamu rehat. Saya datang balik tengok kamu nanti.”  Terus  sahaja  dia melangkah  keluar.  Aku  lega kerana  sangkaku  dia  tidak  berbuat demikian. Yelah, takkanlah kerana aku yang bukan sesiapa dengannya hingga sanggup dia nak bersusah payah menolong aku. Aku pun memang langsung tak fikir apa-apa lepas kelas dia hinggalah………..

             Setelahselesai waktu rehat, sedang aku dan Rathi baru sahaja duduk di tempat kami, cikgu Wahid muncul dari pintu di belakang kelas kami. Terkejut aku dengan kemunculan dia secara tiba-tiba itu.

            “ Nah, awak makan ubat ni. Sekejap lagi okeylah sakit gigi awak tu. Jangan tak makan pula, saya sanggup lari balik tadi tau ambil ubat ni. Makan ye.” Aku tergamam!!  Macam tak percaya layanan sebaik ini dari cikgu Wahid pada aku. Rasa macam nak menangis saja aku kerana rasa terharu. Untuk tidak mengecewakan perasaannya, aku mengambil juga ubat tersebut, terus sahaja menelan ubat itu di hadapannya. Kebetulan aku memang membawa bekal air ke sekolah setiap hari.

            Huhuhu…sungguh aku terharu dengan keprihatinan cikgu aku itu. Tapi, gamat jugalah kelas aku masa tu. Seminggu juga aku menahan telinga aku ni dek kerana perlian rakan-rakan yang lain. Kesabaran aku nasib baik bertingkat-tingkat masa tu. Huh..sabar sajalah aku dengan diorang ni.

Last edited by wipers81 on 15-6-2013 10:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 09:22 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

                “ Hai…jauhnya berangan sampai saya kat sebelah awak pun tak perasan!” Suara siapakahitu???

               “ Oh..ubat kau Fahim!!!” Hesy…bilalah penyakit latah aku nak habis ni. Takde nama lain ke aku nak sebut? Aku melopong!!! Alamak matilah aku kali ni, rupanya si Ammarlah, aku ingatkan Rathi tadi. Aduh..macam mana ni? Aku menundukkan wajahku sambil mengetap bibirku. Dalam hati….tak tahulah macam-macam rentak ada.

               “ Emm…saya bukan Fahim. Siapa Fahim tu Dayana?” berkerut dahinya sambil memandangku. Apa alasan aku nak bagi ni?

              “ Hah…eh..takde sapelah. Dia hanya masa lalu saya. Siapa dia rasanya tiada kaitan dengan awak.” Aduh…kenapalah aku jawab macam tu pada Ammar. Janganlah dia salah faham pula nanti. Fahim adalah masa silamku dan Ammar pula…ah…entahlah. Selama ini aku hanya menganggap dia sebagai kawan. Satu-satunya kawan lelaki yang rapat denganku.  

              Ammar merengus perlahan. Dia bingkas bangun meninggalkan Dayana. Sungguh dia amat terasa dengan ayat yang dituturkan oleh gadis itu. Apa kedudukan dirinya dalam hati gadis itu? Sudahlah kejadian yang tidak disengajakan olehnya tadi sedikit menggugat keimanannya. Sebenarnya secara tidak sengaja dia ternampak betis Dayana semasa gadis itu meredah air. Dia menelan air liurnya, putih. Dia tidak berkelip mata bila menyaksikan kejadian tudung gadis itu terangkat bila ditiup angin. Dadanya bergetar hebat. Selama ini, kaki gadis itu selalu bersalut dengan stoking berwarna putih, manakala tudungnya pula selalu agak labuh  dan tebal. Hari ini, penampilan gadis itu sangat berbeza.   

             “ Dayana, kenapa dari tadi aku tengok si Ammar tu diam saja? Kalau tak, ada saja mulut becok dia tanya itu ini kat kau? Pandang kau pun semacam saja? Kau gaduh dengan dia ke?” Bukan kau saja Rathi, aku pun perasan akan perubahannya. Mungkin dia terasa hati dengan aku. Dahlah nak kena balik dengan dia, apa aku nak buat ni?!  

           “ Eh mana ada? Kitorang okey jelah.” Balasku ringkas lalu bangun mengambil seketul ayam dan karipap lalu ku letakkan ke atas pinggan kertas lalu melangkahke arah Ammar yang sedang berdiri memeluk tubuh di sebalik pohon besar sedari tadi. Hajat hati cuba nak pujuk dia.

           “ Nah Ammar, makanlah ayam ni! Saya ambilkan khas untuk awak.” Ku suakan pinggan kertas itu kepadanya. Lama juga aku menanti dia mengambil pinggan itu.   Kelihatan seperti dia teragak-agak untuk menyambutnya. Apabila pinggan sudah bertukar tangan, aku mahu sahaja melangkah pergi, aku tahu dia masih marahkan aku. Terasa tangan kananku ditarik hingga menyebabkan belakang tubuhku terdorong ke dada bidangnya. Aku terkedu!!! Dekat sangat kurasakan desahan nafasanya hingga menerjah cuping telingaku. Gulp…aku menelan air liur, menahan debaran di dada.

           “ Jangan ingat awak boleh lepaskan diri macam tu aje Dayana! Jawapan yang awak berikan tadi masih belum memuaskan hati saya. Saya mahukan penjelasan dari awak bila saya hantar awak balik nanti. Tolong jangan seksa saya macam ni!” Dibisikkan ayat itu ke telingaku. Aku memejamkan mata. Aku boleh mendengar degupan jantungnya. Sekuat degupan jantungku juga. Dia kemudiannya melepaskan tanganku, ringan sahaja langkahku hayun meninggalkannya tanpa menoleh kepadanya.  

            Aku sudah tiada pilihan lagi. Nampaknya aku terpaksa pulang juga dengan Ammar setelah dia berjaya meyakinkan cikgu Wahid. Aku harus berprasangka baik kepadanya. Mungkin aku perlu berterus-terang dengannya tentang siapa Fahim. Tapi perlukah semua itu? Kenapa pula aku perlu menjelaskan padanya sedangkan dia bukanlah sesiapa pada aku. Hanya kawan…ye ke hanya kawan????

    “ Kak, aku nak balik rumah Kak Ngah kejap. Nak ambil baju aku kat rumah dia. Petang nanti aku balik asrama. Barang aku pun banyak yang tak kemas lagi.” Kataku kepada Liana setelah membantunya dan rakan lain mengemas. Banyak juga aktiviti yang telah dirancang oleh kami. Tapi, aku langsung tidak memberi perhatian terhadap semuanya. Hati aku berdebar tiap kali bertentang mata dengan Ammar. Aduhai Ammar, mengapa kau mendera perasaan aku ni?


Last edited by wipers81 on 15-6-2013 10:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2013 12:05 AM | Show all posts
sesiapa yang sudi...jomlah komen karya saya ni. nak tahu jugalah bagaimana....dah sampai bab 15 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 02:21 PM | Show all posts
teruskan berkarya

semoga akan terus mencurah2 idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 02:45 PM | Show all posts
mat_krai posted on 17-6-2013 02:21 PM
teruskan berkarya

semoga akan terus mencurah2 idea

terima kasih mat_krai...nantikan bab 16 yang akan merubah kehidupan Lily Dayana

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2013 09:44 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia ...

BAB 16



             “ Hah Ammar, hantar Yana balik elok-elok! Jangan nak melencong ke lain pula.  Ingat tak manis kalau orang tengok awak berdua-duaan dengan dia.” Pesan cikgu Wahid kepada Ammar. Risau juga dia dengan pandangan masyarakat sekeliling nanti. Ammar hanya menganggukkan kepalanya dan terus sahaja masuk ke dalam kereta.

            “ Sebelum saya hantar awak, saya nak bawa awak ke satu tempat Dayana. Saya janji, akan hantar awak pulang selepas saya selesai berurusan dengan awak. Kalau terlepas sekarang, empat bulan lagi baru saya nak jumpa awak. Saya tak sanggup menunggu selama itu. Sehari tak tengok wajah awak, hati saya tak senang. Saya harap, awak jawab dengan jujur setiap pertanyaan yang saya ajukan pada awak nanti.” Aku hanya memandang wajahnya sekilas. Serius semacam sahaja dia ni.  Aku tak mampu merenung wajahnya lama-lama. Jiwa kacau dah jadinya aku ni


             Ammar adalah seorang lelaki yang agak segak. Gayanya yang ala-ala macho. Dia punya aura tersendiri. Kulitnya sawo matang. Matanya agak bundar dan sebab itulah pandangan matanya selalu kelihatan redup, keningnya teratur dan hitam, rambutnya lurus berwarna hitam pekat. Ketampanannya akan terserlah bila setiap kali dia menguak rambutnya ke belakang. Pendek kata pakej lengkap untuk para gadis. Kata Rathi, Ammar pernah berkawan dengan Salina, tetapi hubungan itu tidak bertahan lama, kerana Ammar rasakan mereka tidak sepadan.

            Menurut Rathi, Ammar juga adalah seorang yang cerewet bila mahu menjalinkan  hubungan dengan mana-mana gadis. Ada sahaja yang tidak kena. Rathi dan Ramesh hairan kerana bila bersama aku, karektor Ammar sangat berlainan. Mereka perasan bahawa Ammar sangat senang dengan aku dan mereka tahu Ammar memang menyimpan perasaan padaku. Dia pernah mengaku perasaannya itu pada Ramesh. Sebab itulah, Ramesh selalu menyakat aku. Mula-mula memanglah aku tidak senang dengan gurauan Ramesh, namun lama-kelamaan, aku hanya membiarkan sahaja. Setakat bergurau sahaja, bukan betul-betul pun.

**********************

Last edited by wipers81 on 19-6-2013 09:50 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075587 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list