CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
Post time 26-6-2013 12:33 PM | Show all posts
jom sambong lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2013 12:54 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia..bab 16....part 2...

            
             “ Kita dah sampai..!!.” Aku tersedar dari lamunan. Ku perhatikan sekeliling, eh…sunyi semacam sahaja. Dekat mana ni? Hanya yang aku nampak pohon-pohon getah sahaja. Sememangnya daerah ini memang terkenal dengan kebun getah dan kelapa sawit yang luas. Hati aku sudah mula rasa cuak. Apa yang dia nak buat di sini? Bukankah sepatutnya dia perlu menghantar aku pulang? Ah..sudah……Ya Allah, lindungilah hambaMu ini….

            “ Dekat mana kita ni Ammar? Awak jangan nak buat saya takut! Hantar saya balik sekarang, please hantar saya balik! Saya nak balik. Saya merayu pada awak Ammar.”  Rayuku. Aku takut!! Takut sangat..

            “ Syhhhh…..jangan takut. Sayakan ada. Sekarang saya nak penjelasan dari  awak, Dayana. Saya nak awak tahu, saya sangat..sangat cintakan awak. Saya nak tahu apa perasaan awak pada saya? Tak cukupkah dua tahun ni saya tunjuk sayang saya pada awak? Awak nak macam mana lagi Dayana? Saya tahu siapa lelaki yang selalu awak sebut bila setiap kali awak melatah kebelakangan ini. Liana dan Iza sudah ceritakan pada saya semuanya. Kenapa awak masih belum lupakan dia? Apa kurangnya saya ni? Cakap!!!” Agak tinggi nada suaranya. Aku tersentak! Terangkat kedua bahuku kerana terkejut dengan tengkingannya itu.

            “ A..apa yang Liana bagitahu awak dan apa kaitannya dengan Iza? Iza bukannya sesiapa dengan saya. Saya tak pernah ceritakan apa-apa pada dia apatah lagi Liana. Dari mana dia tahu tentang Fahim?”Aku memberanikan diri bertentang mata dengannya. Aku hairan bila nama Iza disebut.

            “ Dia kata, dia ada terbaca surat-surat awak. Liana juga kata yang awak masih simpan gambar lelaki itu kan? Dia dapat tahu melaluinya. Dia pun terkejut bila dapat tahu bahawa lelaki itu masih setia menunggu awak di sana. Dia berkongsi cerita dengan Iza dan Lia. Jadi sekarang apa yang awak nak nafikan lagi. Cakap!! Awak masih menunggu jantan tak guna tu ke? Istimewa sangat ke dia dari saya? Apa lebihnya dia dan apa kurangnya saya ni? Apa yang telah dia beri pada awak sedangkan saya juga mampu memberinya. Ke awak dah serahkan segalanya….” Pang!!!!!! Suasana senyap seketika. Ammar merasakan pipinya hangat. Egonya mula tercabar. Berani sungguh perempuan ni. Mak ayah aku pun tak pernah tampar aku.

Last edited by wipers81 on 26-6-2013 01:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 01:51 PM | Show all posts
mat_krai posted on 26-6-2013 12:33 PM
jom sambong lagi

dah sambung mat krai.....bab 6 part 2....


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 02:49 PM | Show all posts
wipers81 posted on 26-6-2013 01:51 PM
dah sambung mat krai.....bab 6 part 2....

owh cantik

tq
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:10 AM | Show all posts
wipers81 posted on 26-6-2013 01:51 PM
dah sambung mat krai.....bab 6 part 2....

As Salam

sambung la lagi
setia menunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 08:18 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia ...


            “ Mulut awak jangan celupar sangat Ammar! Jangan ingat saya semurah itu!  Walaupun saya ni takde mak ayah, saya tahu dosa dan pahala. Awak jangan nak jadi salah seorang dari manusia yang saya benci di dunia ni. Hantar saya balik sekaranggg!! Kalau tak saya jerit!!” Tiada lagi nada perlahan dariku. Ammar mula bertindak ganas…

            “ Hei…perempuan! Kau jangan nak melampau. Baik, hari ni aku akan jadikan kau milik aku selamanya. Jangan harap ada jantan lain akan dapat kau selain aku. Kau nak jerit, jeritlah! Dekat sini tiada siapa yang dapat tolong kau. Mari sini sayang…” Ammar seperti dirasuk. Bila nafsu serakah mula menguasai diri, inilah akibatnya. Ditambah pula dengan bisikan syaitan yang telah bersumpah akan menggoda keturunan Adam hingga kiamat. Ammar semakin hilang pertimbangan.

            “ Awak nak buat apa ni Ammar?!! Tolong lepaskan saya! Jangan buat saya macam ni Ammar. Saya merayu pada awak Ammar. Tolonglah, kasihanilah saya Ammar…” Aku merayu lagi. Aku cuba membuka pintu keretanya. Namun gagal. Dalam keadaan panik begini, kewarasan aku juga turut direntap pergi.

             Ammar semakin dekat denganku. Pintu keretanya dikunci dari dalam. Pergerakkanku agak terbatas di dalam kereta yang sempit ini. Ammar seorang atlet silat di sekolahku. Pastilah dia arif akan cara mengunci langkah pihak lawan. Apalah dayaku seorang wanita untuk melawan. Aku cuba meronta dengan sekuat hati bila Ammar mula menindih tubuhku. Tudung kepalaku direntap kasar. Dia cuba untuk menyelak pakaianku. Aku, dengan segala kudrat yang ada cuba menepis tangannya. Ku  kumpulkan semua kekuatan dan dengan sekuat tenaga aku meronta. Cubaannya agak terhalang akibat dari rontaan ku itu.

            “ Tolonglah Ammar, jangan macam ni. Awak dah gila ke Ammar! Lepaskanlah  saya Ammar. Kenapa awak jadi macam ni hah?!!!….Ingat Allah Ammar…Ammar jangannnnnnnnn………..!!!!!” aku menjerit sekutat hati, moga syaitan yang merasuknya bertempiaran lari. Tiba-tiba….

Last edited by wipers81 on 3-7-2013 08:49 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2013 08:21 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...



               “ Astaghfirullahala’zimmm…..apa yang korang buat siang-siang buta kat sini hah?! Keluar sekarang!!” Sergah satu suara. Kelihatan ada beberapa orang lagi bersama pakcik itu. Ammar tergamam!! Dengan pantas aku bertindak melepaskan diri sebaik dia bertindak menjauhiku.

              “ Pakcik..to..tolong saya pakcik….” Terus sahaja aku melompat keluar dari kereta bila Ammar mengalihkan badannya dariku dan membuka kunci pintu kereta itu. Aku sudah duduk berteleku di atas tanah kebun getah itu. Tangisan aku semakin kuat.

            “ Er...maaf pakcik. Saya…saya….”Lidahnya kelu. Ammar meraup mukanya. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Dia beristighfar dalam hati. Kenapa dia boleh bertindak sampai begini. Ammar memandang ke arah gadis itu yang terduduk di tanah sambil menangis teresak-esak. Maafkan saya……katanya hanya di dalam hati.

            “ Sudah, jangan nak banyak cakap!! Mari ikut pakcik. Memalukan sungguh perbuatan kamu ni. Cepat, hish…apalah nak jadi dengan  kamu berdua ni hah!  Kalau dah kemaruk sangat, suruh saja mak dan ayahkamu kahwinkan kamu. Kamu, tak silap kamu ni budak asrama kan? Dan kamu, di mana kamu tinggal? Anak siapa kamu ni? Pakcik kena maklumkan padaorang tua kamu.” Bagai nak luruh jantung aku ni. Mana aku nak letak muka, pakcik itu kenal aku. Bukan salah saya pakcik. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku teraniaya Ya Allah…

*********************


            Sejam kemudian, beberapa orang kampung mula memenuhi suarau. Aku tak mampu bertentang mata dengan Ayah Abu, cikgu Wahid, Ibu Sarah, Kak Ngah dan Liana. Aku menangis di pelukan Kak Ngah. Sebentar lagi, Pak Uda akan sampai begitu juga dengan Maklong. Musibah apakah ini? Ya Allah kuatkanlah semangatku dalam mengharungi semua ini. Mereka yang berada disitu memerhatikanku dengan pandangan sinis. Melihat sahaja pakaianku ketika ini...ah…memalukan. Mujur aku sempat mencapai tudungku dalam kereta Ammar.  Mujurlah tak koyak tudung itu.


            “ Macam mana boleh jadi macam ni Ammar? Saya pesan suruh kamu hantar Dayana balik tadikan?! Patutlah dua tiga hari ni, saya rasa tak sedap hati. Rupanya ini yang akan terjadi. Tak baik awak buat Dayana macam ni Ammar….”

            “ Cikgu jangan nak menuduh anak saya macam tu. Anak saya ni orang yang baik. Entah-entah, betina yang tak tahu dari keturunan mana ni yang dah goda anak saya. Yang duduk asrama anak yatim tu, ingat baik sangat ke perangai mereka? Macam-macam saya dengar tentang diorang selama ni…” Hebatnya kata-kata nista yang keluar dari mulut wanita yang merangkap emak Ammar. Ayah Ammar hanya duduk berdiam diri.

            “ Makcik...sumpah demi Allah, bukan saya yang....”

            “ Lily Dayana, cukup-cukuplah! Sudah-sudahlah awak malukan kami, sekarang nama baik asrama juga dah tercemar dengan insiden ini. Lebih baik awak diam saja. Tak guna menegakkan benang yang basah. Empat saksi telah menyaksikan perbuatan kamu. Apa yang kamu nak nafikan lagi?” Kata-kata Ayah Abu benar-benar menusuk jantungku.

             Mengapa mereka enggan menerima penjelasanku? Di mata mereka semua, aku yang bersalah. Sudah penat aku merayu, melutut pada mereka. Namun, semuanya hampa. Jalan yang terbaik untukku sekarang adalah mendiamkan diri sahaja. Ammar lagilah tak guna, sejak dari tadi lagi hanya mendiamkan dirinya. Mentang-mentanglah ayah dan emaknya ada di sisi dia sejak dari tadi lagi. Aku rasa sungguh terasing berada di sini. Terasa diri keseorangan dalam menghadapi situasi sebegini. Air mataku sedari tadi tidak berhenti mengalir. Ingatan terhadap emak semakin kuat. Mak…..tolong adik mak. Adik tak bersalah……….adik minta ampun mak sebab mencemarkan nama mak.Tapi, adik teraniaya mak…..

Last edited by wipers81 on 3-7-2013 08:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 08:22 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...



             “ Cakap banyak pun dah tak guna! Sekarang apa kita nak buat dengan budak berdua ni?” Soal pakcik yang ‘menangkap’ kami tadi. Rupanya dia adalah Tok Imam di kampung itu. Patutlah dia kenal denganku, kerana dia pernah mengajar kami mengaji sebelum pihak asrama mengupah seorang ustazah mengajar kami pula.

            “ Nak buat apa lagi!!! Saya nak mereka dinikahkan malam ini juga!!!”

            Aku tergamam! Pak Uda yang muncul secara tiba-tiba terus sahaja menuturkan ayat itu. Tidak mahukah dia menyoalku terlebih dahulu, memeriksa duduk sebenar perkara ini. Saat ini aku sangat rindukan emak. Mengapa aku dibiarkan sendirian begini? Ya Allah, apa yang perluaku lakukan? Berilah petunjuk kepadaku Ya Allah. Kemudian, aku rasakan tubuh aku dipeluk dari belakang. Aku menoleh..

           “Sabar adik. Maklong ada kat sini. Maklong tahu, anak Maklong ni tak buat perkara tak senonoh tu.” Aku menangis dalam pelukannya. Alhamdulillah, masih ada insan yang memahami aku saat ini walaupun dia membenci aku dulu. Sungguh hebat kuasaMu Ya Allah. Engkaulah Tuhan Yang Maha Adil dan Penyanyang.

            “ Terima kasih atas kepercayaan Maklong. Tapi semua itu tiada gunanya Maklong. Mereka yang lain bukannya percayapada adik. Sangka mereka, adik yang gatal…yang miang…Maklong, demi Allah adik tak buat semua tu. Jantan tak guna tu Maklong…dia Maklong….”  tak sanggup aku nak teruskannya. Aku menangisl agi. Mata aku dah mula bengkak jadinya.

            “ Sudah, kau jangan nak meraung macam orang hilang akal! Aku tak kira, korang akan dinikahkan malam ni juga. Aku tak nak tanggung malu. Sampai hati kau adik buat kami macam ni. Tunggu apa lagi, semua Tok Imam dah selesaikan. Cepat, diorang tengah tunggu kau. Jangan kau nak cari pasal sekarang. Kalau kau tak nak kasihankan aku, tolonglah kesiankan arwah mak kau dengan kakak kau tu.” Sudah tiada panggilan namaku di bibir PakUda. Hanya kau dan aku sahaja yang terkeluar dari mulut Pak Uda.

             Sampai hati Pak Uda menghukum aku begini. Kau memang dasar lelaki pengecut Ammar. Dia hanya diam menikus sahaja, melihat aku dicaci, dihina….aku yang dipersalahkan atas apa yang kau buat Ammar. Hinanya rasa diri ini. Apa yang telah  keluarganya cerita pada Pak Uda aku, tak tahulah. Kau memang dasar lelaki tak guna Ammar. Kerana kau, porak peranda keluarga aku jadinya.

Last edited by wipers81 on 3-7-2013 08:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2013 08:24 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             “ Zakaria, kau janganlah terburu-buru membuat keputusan. Kau jangan jadi macam aku Zakaria. Sampai sekarang, aku masih tak boleh maafkan apa yang aku buat pada Yah dulu kerana cemburu buta aku tu. Kau siasatlah perkara ni dulu Zakaria. Janganlah ikut sangat perasaan kau tu. Aku tak nak budak ni jadi mangsa. Kesianlah kat dia. Dia masih muda lagi. Setakat denda, aku mampu bayar. Janganlah kau rosakkan masa depan dia Zakaria.” Rayu Maklong. Sungguh aku terharu. Aku tak sangka Maklong memang sudah benar-benar berubah. Kenapa harus dia yang memahami aku sekarang? Kenapa tidak Pak Uda yang memang rapat dengan aku sejak kecil. Kenapa????

            “ Sebab saya tak nak dia terus rosaklah kak Ida, saya nak dia kahwin malam ni juga. Esok-esok ni, entah apalagi yang dia akan buat. Kenapa kau jadi macam ni, Lily Dayana? Sanggup kau menconteng arang ke muka Pak Uda.” Jangan hukum adik begini Pak Uda. Adik tak bersalah. Kata-kata itu hanya tersekat di tekakku.

           “Sabar Encik Zakaria. Saya takut ada sikit salah faham di sini. Saya kenal pelajar saya ni. Dia seorang yang baik. Sentiasa menjaga tingkah laku dia. Saya takut dia hanya jadi mangsa keadaan.” Pujuk cikgu Wahid sambil menjeling ke arah Ammar.

             Hairan Wahid, Ammar adalah pelajarnya yang baik juga, mengapa dia boleh jadi begini? Selama ini dia tahu Ammar memang ada menyimpan perasaan pada Dayana, tapi takkanlah sejauh ini dia bertindak untuk memiliki gadis itu. Apa yang sebenarnya berlaku antara mereka berdua ni? Kalaulah dia tahu akan jadi begini, pasti dia yang menghantar Dayana pulang tadi.

            “ Saya tak kira cikgu, saya adalah waris dan wali dia yang mutlak, saya tetap dengan keputusan saya. Mereka tetap akan dikahwinkan malam ini juga!!” Tegas Pak Uda lagi.

            “ Kalau dah itu keputusannya, saya juga turutkan. Saya juga malu dengan perbuatan anak saya ini.” Tiba-tiba Encik Shukri ayah kepada Ammar bersuara setelah dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja. Shukri yakin, gadis inilah yang digilai oleh anaknya selama dua tahun ini.

Last edited by wipers81 on 3-7-2013 08:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 08:25 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              “ Saya tak setuju abang! Takkan abang nak ambil perempuan yang entah dari mana asalnya ni jadi menantu kita. Awak dah gila ke bang? Anak kita tu muda lagi. Saya tak setuju! Saya sanggup kalau kita turun naik mahkamah bang. Hesy…tak kuasalah saya nak bermenantukan budak ni. Ei…cubalah awak tengok bang, mana padan dengan anak kita…” terasa hinanya aku di mata Puan Munirah, ibu Ammar. Ayat anak dia muda lagi tu yang buat aku terfikir….aku ni tua sangat ke? Bukan sebaya juga dengan anak dia?

            “ Kak, jangan begitu. Anak saudara saya ni, ada keluarga. Sayalah keluarga dia, kak. Ya, mungkin didikan saya tidak sehebat didikan yang akak dan abang beri pada anak akak ni. Kami pun ada maruah juga kak. Apa yang terjadi, sudah suratan takdir. Saya pun kalau boleh tak mahu ianya berakhir begini. Tetapi, demi menjaga nama baik banyak pihak, saya terpaksa kak. Saya harap, akak akan faham nanti.” Terang Pak Uda lagi.

            “ Ya, betul kata Zakaria tu Munirah. Biarlah kita selesaikan dengan cara elok. Awak nak kalau perkara ni terpampang di suratkhabar nanti. Dari sekampung, terus saja satu Malaysia tahu pasal ni. Awak sanggup??” Kata Shukri.

            “ Suka hati awaklah! Apa pun, saya takkan terima perempuan ni jadi menantu saya.” Kata putus telah diberi.

             Hati aku menjadi sangat sayu. Aku adalah mangsa keadaan. Kenapalah susah sangat mereka nak faham?! Aku hanya menurut sahaja kehendak Pak Uda. Aku buat begini demi menjaga nama baik arwah emak. Biarlah mereka mencaci, menghina aku. Jangan sesekali melibatkan keluargaku. Biarlah, aku sanggup berkorban segalanya. Moga satu hari nanti kebenaran akan terbukti. Masa itu, aku tak akan berpaling lagi. Aku telah selamat dinikahkan malam itu juga. Nikah koboi gelaran diberi. Logik atau tidak, itulah yang terjadi pada aku. Kau jangan ingat yang kau terlepas jantan tak guna…..



Last edited by wipers81 on 3-7-2013 08:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 09:19 PM | Show all posts
mat_krai posted on 3-7-2013 11:10 AM
As Salam

sambung la lagi

ws mat krai....bab 16 saya dah selesaikan.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:58 AM | Show all posts
wipers81 posted on 3-7-2013 09:19 PM
ws mat krai....bab 16 saya dah selesaikan.....

alhamdulillah

tq TT

jgn lupa teruskan menyambung bab2 seterusnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 02:45 PM | Show all posts
mat_krai posted on 4-7-2013 10:58 AM
alhamdulillah

tq TT

Insya Allah....tq sebab sudi support mat krai


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 11:08 PM | Show all posts
akan kembali dengan bab 17
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2013 08:48 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

BAB 17



                Aku kini, telah sah menjadi isteri kepada Ammar dalam usia yang begitu muda ini. Selesai sahaja majlis pernikahan, aku minta pulang ke rumah Kak Ngah. Encik Shukri mempelawa aku ke rumahnya. Mana mungkin aku nak hadap muka jantan tak guna tu. Lagipun bukan dia tak tahu yang isteri dia tu bencikan aku. Aku perlukan ketenangan. Pak Uda telah membawa pulang Liana. Sempat Liana memberitahuku bahawa barang-barangku masih ada dalam asrama. Kepalaku sesak jadinya. Aku bersyukur kerana Kak Ngah sudi menerima aku. Dia tahu aku tidak bersalah. Dia tahu bahawa aku bukan seperti yang dikatakan mereka yang lain. Aku bermalam di rumahnya. Yang pasti hari esok, tidak jelas lagi bagaimana untuk aku hadapi.


***************************


            “ Dayana, ayah mertua kau datang tu. Dia ajak kau tinggal kat rumah dia. Tak baik Yana, Kak Ngah tengok dia baik orangnya. Ala, bini dia tubiarlah, lama-lama nanti dia terima kau juga. Pergilah, kesian kat ayahmertua kau tu. Pagi-pagi lagi dia dah datang. Nampak dia ikhlas terima kau Yana” Aku tersentak. Biar betul Kak Ngah ni? Masuk hari ni, tiga hari aku bermalam di rumah emak angkatku itu.

            “ Yana tak naklah Kak Ngah. Biarlah Yana duduk kat sini. Nak balik kampung pun, orang tak suka. Kak Ngah pun nak halau Yana ke? Sampai hati Kak Ngah.” Laju saja air mata aku turun.

            “ Bukan macam tu Yana. Kau sekarang dah jadi isteri orang. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami, Yana. Berdosa kalau kau engkar dengan suami kau. Kau kan dah belajar bab munakahat masa kat sekolah agama dulu. Kau mesti tahukan tanggungjawab seorang isteri macam mana? Ni, Kak Ngah pun dah kongsi saham dosa dengan kau tau.” Kata Jamilah, cuba memujuk anak angkatnya itu. Ikutkan hati, mahu saja dia menyuruh gadis itu terus tinggal bersamanya. Tetapi bila difikirkan kembali, dia dah jadi isteri orang. Lebih baik dia memujuk gadis ini.

              Kenapalah Kak Ngah ni? Kalau buka bab-bab agama, ni yang buat aku lemah. Memanglah aku belajar semua tu. Kalau tak, masakan aku selalu mendapat tempat pertama di sekolah agama tu dulu. Betul juga apa yang dikata oleh Kak Ngah. Sejahat manapun dia, dia adalah suamiku yang sah. Rela atau tidak….itulah kenyataannya sekarang. Walaupun pahit, aku terpaksa juga menelannya.

            “ Baiklah Kak Ngah, kalau dah itu yang Kak Ngah mahu. Beritahu pada Encik Shukri, sekejap. Yana nak bersiap.” Terus sahaja aku melangkah masuk ke bilik. Setelah selesai mengemas pakaianku, aku mencapai tudung kepalaku lalu berlalu keluar dari bilik. Mujurlah anak-anak Kak Ngah ada di kampung sebelah suaminya di Kluang. Menghabiskan baki cuti sekolah mereka di sana.

             Selepas selesai bersalaman dengan Kak Ngah, aku melangkah keluar menuju ke arah Encik Shukri. Rupanya, Ammar juga ada bersama. Tidak kelihatan bayang emaknya, Puan Munirah.

            “Hah….dah siap pun menantu ayah ni. Mari, kita balik ke rumah ya Yana. Ammar! Kamu tunggu  apa  lagi,  pergi ambil  beg  isteri kamu tu.” Arahnya. Aku menghulurkan beg pakaianku kepadanya. Nasib baik ayah kau ada, kalau tak maunya aku campak saja beg tu. Geram aku tengok muka selamba dia tu. Ei……

            “ Dayana, kamu jangan ambil hati dengan perangai mak mertua kamu tu. Dia seorang yang baik hati sebenarnya. Cuma, dia masih terkejut dengan kejadian yang tak disangka ini. Ayah harap kamu maafkanlah Ammar. Ayah tahu dia yang bersalah pada kamu. Tentang mak kamu tu, ayah akan cuba pujuk dia perlahan-lahan, ya nak.” Terasa sejuk hatiku mendengar pertuturan ayah mertuaku itu. Kalaulah emak mertuaku boleh menerima aku seperti dirinya alangkah bahagianya hidup aku. Bukan aku pinta untuk hadir dalam keluarga mereka dalam keadaan seperti ini.

            “ Insya Allah Encik Shukri. Saya akan cubamenjadi menantu yang baik.”  Ringkas balasanku. Menantu…ah…seksanya memegang gelaran itu dalam usia muda seperti ini.


            “ Eh, apa pula berencik-encik ni, panggil ayahkan lagi manis. Kita singgah ke asrama dulu, ambil barang-barang Yana. Dua minggu lagi, Yana dan Ammar akan balik ke Muar ya nak. Pak Uda kamu kata ada kenduri doa selamat di sana.” Alahai, rasa janggal pula nak sebut perkataan ayah tu. Aku hanya menundukkan wajah. Hanya mampu melayani perasaan yang bercampur baur. Memang aku nak sangat pulang ke kampungku. Bagaimana dengan keadaan atuk lebih-lebih lagi kakakku, Hasliana? Sihatkah mereka?


Last edited by wipers81 on 7-7-2013 08:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 09:47 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Setelah selesai aku mengambil barang-barangku dari asrama, perjalanan diteruskan menuju ke rumah Ammar. Ibu Sarah menangis dan lantas memelukku sebaik sahaja aku tiba tadi. Ayah Abu pula menasihati aku supaya menjaga diri dengan baik selepas ini. Apa yang terjadi sudah tertulis untukku sejak azali lagi dan dia mahu aku redha dengan ketentuan Illahi ini. Nasihat yang sama juga turut diberikan kepada Ammar.  Dia hanya mengangguk lemah. Dari tadi lagi dia hanya mendiamkan diri. Dah bisu agaknya si Ammar ni? Lagi lama aku mengadap muka dia, lagi bertambah sakit hatiku ini. Tapi kenapa, dias emakin kacak di mata ku. Hesy….baik aku buang jauh-jauh perasaan ini, lebih-lebih lagi pada lelaki yang telah memporak-perandakan hidup aku sekarang.


            Kini, kelibat rumah Ammar semakin kelihatan, semakin sesak dadaku jadinya. Debaran di hati kian kencang. Sesak kepala memikirkan bagaimana dengan penerimaan emak Ammar? Macam-macam kata hina dilemparkan padaku tempoh hari. Masih terngiang-ngiang di telingaku dengan sumpah seranahnya itu. Aku memejamkan mata, menarik nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar dalam hati. Cuba meredakan gundah di hati. Sedang di mata, air mata mula tebit di tubir mataku. Dengan pantas aku menyekanya. Kereta ayah Ammar diparkir di halaman rumah mereka. Lambat-lambat aku melangkah turun darinya. Sempat lagi tak kalau aku lari sekarang….


            “ Hah…dah sampai pun. Nak kena tunggu orang datang jemput baru nak datang? Tunggu apa lagi, ambil beg tu bawak masuk. Nak suruh aku angkatkan juga ke?” Amboi baru sahaja aku sampai dah kena sergah macam tu.

            Ingat aku pun nak sangat ke datang ke sini? Sabar Dayana.…ingat pesan ayah mertua kau tadi. Ingat pesan arwah mak kau. Hormatkan orang yang lebih dewasa. Aku menghulurkan tangan mahu bersalam, cepat sungguh dia menarik kembali tangannya. Jijik ke dia dengan aku? Meluat sangatkah emak Ammar padaku? Entahlah, biarlah masa yang menentukan. Apa yang terjadi, hidup mesti diteruskan.

            “ Awak ni Irah, budak tu baru saja sampai dah awak sergah dia macam tu. Kan saya dah beritahu awak, cuba-cubalah awak terima semua ni. Dia dah jadi menantu awak sekarang. Kita kena redha dengan apa yang terjadi sekarang ni. Sampai bila awak nak macam ni? Mungkin ada rahmat di sebalik semua ni. Lagipun, Dayana tu anak yatim piatu. Sekurang-kurangnya, terbela juga nasib dia. Saya juga marah pada mulanya dengan perbuatan mereka berdua tu, tapi bila saya renung balik perkara ni tak salah kalau kita mulakan hidup baru. Yang lepas tu biarlah berlalu. Kita ada tanggungjawab lebih besar selepas ini.” Panjang syarahan ayah mertuaku pada isterinya.

            “ Saya bukan apa bang, lagi saya ingat perkara tu, lagi sakit hati saya. Bukan saya tak kesian dengan budak tu, entahlah!! Buat sementara ni, biarkan saya dulu bang. Saya malas nak fikir lagi. Saya bagi dia tinggal di sini pun, dah kira baik abang.” Terus sahaja dia berlalu masuk ke dalam.

            “ Ammar, pergilah bawa isteri kamu berehat kat dalam. Ayah nak keluar sekejap.” Kata ayah mertuaku.

             Aku masih lagi termanggu di beranda rumah mereka. Ammar kemudiannya merapatiku dan menarik tanganku. Aku hanya menurutinya. Ingat, aku suka ke dia pegang tangan aku? Oleh kerana depan ayah kau dan ini rumah kaulah terpaksa aku relakan, kalau tak jangan haraplah. Silap-silap makan penampar aku lagi.

            “ Sayang, mari abang bawa sayang ke bilik kita. Mari, abang bawakan beg sayang tu.” Uwek…nak termuntah aku dengan ungkapan sayang dia tu. Geli-geleman aku dengan sayang dia. Boleh jalanlah dengan kau punya sayang. Kalaulah ada gam UHU, dah lama aku gam kat mulut dia ni.

Last edited by wipers81 on 9-7-2013 09:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 12:36 PM | Show all posts
wipers81 posted on 9-7-2013 09:47 PM
Setelah selesai aku mengambil barang-barangku dari asrama, perjalanan diteruskan men ...

Nasiblah dayana ....sian dia, x pasal2 jek...mmg sengaja mamat ni nak perangkp dayana cara camtu...diam tu tandanya suka ok....

Huhu...teruskan dik wiper...akak ngantuk ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 01:15 PM | Show all posts
sellie003 posted on 10-7-2013 12:36 PM
Nasiblah dayana ....sian dia, x pasal2 jek...mmg sengaja mamat ni nak perangkp dayana cara camtu.. ...

HUH...ingatkan saya sorang yg ngantuk ada lagi....modd hari ni...sangatlah mengantuk kak sellie.....
apa2 pun tqvm kak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 01:42 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia ...

            Sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya….

            “ Jangan ingat aku boleh terima kau dengan senang lepas apa yang kau dah buat pada aku. Kau ingat ya, aku bukan kemaruk sangat nak datang sini tau. Sebab aku hormatkan ayah dan mak kau saja. Kau, jangan sesekali nak panggil aku sayang. Aku jijik dengan perkataan yang keluar dari mulut kau tu.” Aku merentap kasar tanganku dari pegangannya. Namun,sebaik aku mahu berpaling, terasa tubuhku melayang ditolak sedikit kasar dari belakang. Aku tersandar di dinding biliknya. Mujur kepalaku tidak terhantuk. Dia mengalihkan badanku. Pandangan kami bersatu. Aku tergamam!!! Apa yang dia nak buat pula ni????

            “ Oooo….kalau aku panggil kau sayang, jijik!! Kalau jantan tu panggil kau sayang, kau seronoklah. Kau ingat Dayana!! Kau dah jadi hak aku. Aku boleh buat apa saja yang aku nak pada kau. Dengar sini perempuan, kalau aku tahu kau masih ingat pada lelaki tu, siap kau aku kerjakan. Faham!!!” Aku rasa sangat sesak. Desahan nafasnya agak menganggu perasaanku.

             Masakan tidak, wajahnya terlalu hampir dengan wajahku. Aku memejamkan mata. Tidak mahu lagi bertentang mata dengannya. Tiba-tiba terasa bibirku hangat!! Aku membuka mata. Terkejut aku!! Argh…nampaknya dia dah berani menyentuh  aku. Sekarang dia sudah berani mecium aku pula. Aku menolak dengan kasar badannya.  Tubuhnya terdorong ke belakang. Tubuhku dipeluk dari belakang tika aku cuba melarikan diri.

            “Jangan ingat kau dapat lari dari aku Dayana. Ingat, segala yang ada pada kau, adalah milik aku. Bila-bila masa aku akan minta segalanya pada kau. Aku akan buat kau serah semuanya pada aku nanti. Kau tunggulah Lily Dayana. Masa itu akan tiba sayang.”  

             Walaupunaku masih bertudung, dapat aku rasakan desahan lembut nafasnya ke cuping telingaku. Hatiku berdebar-debar. Aku meleraikan tangannya yang memelukku dengan sepenuh tenagaku lalu berlari menuju ke pintu biliknya. Aku perlu keluar dari bilik ini.  Aku perlukan ruang untuk bernafas. Pantas aku mengesat air mata yang mula gugur. Ya Allah, kuatkan imanku untuk menempuh semua ini…..



            “ Hah, apa lagi yang kau tercegat kat situ! Dah aku bagi duduk kat rumah aku, jangan ingat nak senang lenang pula.Tu kat dapur tu, pergi tengok apa yang patut di buat. Mulai sekarang, kerja dalam rumah ni aku nak kau yang buat. Faham!!!!” Aku terkejut. Sedikit hairan aku, mengapa aku dah tak melatah?  Kalau dulu, pantang disergah sebegitu, melatahlah aku. Bagus juga dengan perubahan ini. Tanpa banyak bicara, aku melangkah ke dapur. Terasa macam dalam drama melayu pula…menantu kena jadi orang suruhan.

Last edited by wipers81 on 10-7-2013 01:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:08 PM | Show all posts
wipers81 posted on 10-7-2013 01:15 PM
HUH...ingatkan saya sorang yg ngantuk ada lagi....modd hari ni...sangatlah mengantuk kak sellie... ...

Itulah dugaan bulan puasa...huhu...ngantuknya lain macm...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064120 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list