CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
Post time 10-7-2013 03:23 PM | Show all posts
wipers81 posted on 10-7-2013 01:42 PM
Sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya….
            “ Jangan ingat aku boleh terima k ...

Jgn dayana kena rogol suami sendiri udahlah ya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 posted on 10-7-2013 03:23 PM
Jgn dayana kena rogol suami sendiri udahlah ya....

Adoi kak_ sellie ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:56 AM | Show all posts
wipers81 posted on 10-7-2013 06:03 PM
Adoi kak_ sellie ni

mukan apa wiper...merenyam semacm jek si ammar tuh... moga2 dayana selamt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 09:24 AM | Show all posts
sellie003 posted on 11-7-2013 08:56 AM
mukan apa wiper...merenyam semacm jek si ammar tuh... moga2 dayana selamt...

tulah...umo muda lg dah merenyam......ssh gak ni....nanti saya sambung lg


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 09:47 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

         
              Sampai sahaja di dapur, kelihatan dalam singki banyak bungkusan. Satu persatu aku buka. Tanganku ligat mencapai pisau dan segala besen dan mangkuk yang bersaiz kecil. Aku mula memotong sayur dan bawang. Terdapat dua ketul besar ikan pari dan beberapa ekor ikan kembung. Aku mula menyiang ikan-ikan itu. Terkial-kial juga aku pada mulanya mencari di mana letaknya garam, kunyit dan rencah-rencah lain. Mujurlah susun atur bahan-bahan itu senang kelihatan di sudut dapur emak mertuaku. Kemas dan bersih dapurnya. Aku merancang mahu memasak asam pedas ikan pari, sayur campur dan aku akan menggoreng ikan kembung itu. Kebetulan bahan-bahannya memang ada. Sambil itu, aku mencari kelibat tong beras, puas meninjau rupanya ada di bawah cabinet  dapur.Unik dan agak tradisional kerana beras berada di dalam tempayan..

            “ Ammar, buat apa kat sini? Hmm...patutlah asyik tercegat kat sini saja. Sudah!  Kau pergilah duduk kat depan sana. Biarkan dia buat kerja sorang-sorang. Mak nak tengok sampai bila dia nak bertahan. Jangan ingat dia boleh duduk senang lepas ni.” Ujar Puan Munirah, lalu berpaling meninggalkan anaknya.

            Lama juga Ammar berdiri di sebalik dinding itu. Memerhatikan bagaimana lincahnya pergerakkan isterinya di dapur. Seolah-olah tidak kekok. Bau aroma masakan isterinya benar-benar menusuk hidungnya. Perutnya terasa lapar. Dia tersenyum sendiri. Dia tahu gadis itu marahkannya. Sebenarnya dia tidak berniat begitu. Namun, dia tewas dengan hasutan syaitan. Hampir saja gadis tidak berdosa itu menjadi mangsa nafsu serakahnya.  Mujurlah niat itu terbantut.

            Dia tahu, Farizal dalang di sebalik kejadian itu. Rupa-rupanya, Farizal mengekori mereka hingga ke sana. Farizal juga yang memanggil orang kampung di situ untuk menangkap mereka. Dia mendapat tahu ketika Farizal sedang bersembang dengan rakan-rakan yang lain semasa menemani Dayana mengambil pakaiannya di asrama tadi. Niat di hati mahu saja dia bersemuka dengan Farizal, namun apabila memikirkan jika tidak kerana Farizal, sudah pasti gadis ini tidak akan dimilikinya. Akan dia pastikan yang rahsia ini akan tersimpan kemas.

             Salah dia juga kerana membawa Dayana ke tempat sunyi macam tu. Namun apakan daya, semuanya sudah terlambat untuk disesali. Malah dia gembira kerana gadis pujaannya menjadi miliknya sekarang walaupun pernikahan mereka berlangsung dalam keadaan yang agak memalukan. Dia juga sedar yang dia masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab ini. Namun, dia tidak peduli akan semua itu asalkan apa yang dia mahukan ada di depan matanya. Dia tekad mahu membahagiakan gadis itu. Dia akan berusaha perlahan-lahan untuk memujuk gadis itu supaya menerimanya. Ya, sememangnya dia teramat menyintai gadis bernama Lily Dayana…..


Last edited by wipers81 on 11-7-2013 09:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 11:16 AM | Show all posts
wipers81 posted on 11-7-2013 09:47 AM
Sampai sahaja di dapur, kelihatan dalam singki banyak bungkusan. Satu persa ...

Huhu...suweet....kalu nak bahagiakn isteri jgnlah main sergah2...saling berlembut & bersantun kan ke bagus....cair jugk yana tuh nnt...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2013 11:25 AM | Show all posts
sellie003 posted on 11-7-2013 11:16 AM
Huhu...suweet....kalu nak bahagiakn isteri jgnlah main sergah2...saling berlembut & bersantun kan  ...

betul tu kak sellie


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 12:35 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

     
             “Makanan semua dah siap. Kalau nak makan, saya nak hidangkan.” Kataku ringkas. Sabar sahaja aku dengan anak beranak ni. Senang-senang diorang tengok televesiyen kat ruang tamu, aku pula dijadikan macam orang gaji tak bergaji. Eh…boleh ke macam tu? Sampai bila aku harus begini? Bagaimana pula nasib aku di masa hadapan??? Semuanya kelihatan masih kabur….

            “ Tunggu apa lagi, hidanglah! Terhegeh-hegeh, macam mana kau nak uruskan rumah tangga ni, nanti. Abang, yang kau pula Ammar cepatlah. Tunggu apa lagi.”  Terus sahaja emak Ammar bangun melintasiku menuju ke dapur.

            Aku menyendukkan nasi ke dalam pinggan mereka. Semua telah aku sediakan. Aku hanya berdiri di sisi meja. Takkanlah aku nak duduk kalau orang tak pelawa aku. Perut pun terasa lapar. Aku kena banyak bersabar. Perut...kau sabarya. Aduh…sudahlah semua lauk pauk tu merupakan kegemaran aku.

            “ Dayana, apa yang kamu tercegat lagi, mari duduk sebelah suami kamu tu. Pertama kali kita makan bersama ni. Sedap lauk yang kamu masak ni. Kalau macam ni punya sedap, alamat anak ayah esok-esok ni, bertambah gemuklah dia nanti. Kalau Dayana nak tahu, inilah lauk kegemaran Ammar. Memang sedap ni. Mari makan bersama.” Ajak ayah mertuaku. Tak sangka yang Ammar ni hantu asam pedas rupanya. Teragak-agak aku menarik kerusi di sebelah Ammar. Perlahan aku mengambil pinggan, lalu aku sendukkan sedikit nasi ke dalamnya.

            Puan Munirah hanya menjeling menantunya. Memang dia kurang suka akan menantunya itu tapi masakan dia memang sedap. Nampaknya anak aku tak salah pilih wanita untuk dijadikan isteri. Dia memerhati sekeliling dapurnya. Kemas seperti selalu. Memang menantunya ini boleh diharap. Bukan dia tidak mahu menerima gadis ini, tetapi dia masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarganya. Mana nak disorokkan mukanya, bila satu kampung heboh dengan peristiwa tempoh hari. Sudah beberapa hari dia tidak keluar rumah kerana malu.

            “ Ammar ada beritahu ayah, Dayana pandai buat karipap pusing. Nanti bolehlah Dayana buatkan untuk ayah ya?” Nasib baik tak tersembur air yang sedang ku minum. Pandai-pandai saja si Ammar ni. Entah apa lagi dia nak beritahu pada ayah dia agaknya.  Aku hanya mengangguk perlahan. Takkan nak bantah kot. Nampaknya aku dah bergelar tukang masaklah bagi keluarga ini.

            “ Kalau kau nak buat, tengok kat dapur tu apa yang tak cukup. Sekejap lagi mak dengan Ammar nak keluar ke pekan sebentar, beli barang. Tak kuasa dah aku nak beli barang dalam kampung ni. Sakit telinga aku ni asyik kena sindir dengan orang-orang kampung. Dah…cepat sikit makan Ammar, sekarang dah nak dekat pukul satu! Pukul berapa nak balik rumah kalau lewat sangat kita keluar, takkan nak biar bini kau duduk rumah sorang-sorang nanti. Yang kau Dayana, jangan pula nak goyang kaki saja, tengok apa yang patut untuk kau buat kalau aku keluar nanti. Faham!!!”  Mak aii..arahan…tapi awal-awal tadi dia gelarkan diri dia maklah…adakah dia boleh terima aku??? Hanya tinggal persoalan yang mana jawapannya ada pada emak mertuaku.

            “Baiklah Puan. Nanti saya akan laksanakan.” Ammar tergelak mendengar jawapanku. Aku sempat menjeling padanya. Aku buat lawak ke???

            “ Ish…Dayana ni, janganlah panggil puan. Panggilah dengan panggilan mak kan lagi manis. Alah…mak mertua kamu ni garang di luar sahaja tapi sebenarnya hati dia baik. Ayah tak nak dengar kamu panggil puan lagi. Mulai hari ni ayah nak kamu panggil mak, ya nak” arah ayah metuaku. Janggal bunyinya bila menantu sendiri memanggil isterinya puan. Dah macam orang gaji pula. Puan Munirah hanya mencebik mulutnya.  

            “ Saya bangun dululah ayah, mak. Saya nak ke dapur, tengok bahan-bahan nak buat karipap cukup atau tak.” Ujarku meminta diri. Sebenarnya aku malas nak duduk lama di situ. Lemas dengan kaki Ammar yang gatal merayap ke kakiku. Nasib baik aku dah tak melatah macam dulu.  Kalau tidak...habislah.

            Aku melangkah ke dapur, melihat barang-barang dapur yang ada. Setelah diperiksa, hanya kentang dan marjerin sahaja yang perlu di beli. Setelah memberi senarai barang yang perlu dibeli itu, aku mengemas meja makan. Emak mertuaku dan Ammar telah keluar ke pekan, manakala ayah mertuaku keluar melihat kebunnya di hujung kampung. Ayah mertuaku bertugas sebagai Pegawai Penerangan Daerah di Segamat.  

           Hari-hari cuti begini, dia akan pergi melihat kebunnya. Selalunya dia dan Ammar akan pergi bersama, memandangkan sekarang Ammar sudah boleh memandu kereta dan hari ini emak mengajaknya ke pekan, jadi ayah hanya pergi seorang diri. Itu pun ayah yang menceritakan pada aku sedikit sebanyak tentang keluarga baru ku ini sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya pagi tadi. Setelah selesai membuat kerja rumah, aku berlalu ke bilik Ammar. Dari tadi barang-barangku tidak berkemas. Rasa aman pula bila tinggal seorang. Tapi aku kena sedar diri yang aku hanya menumpang di sini.

Last edited by wipers81 on 11-7-2013 12:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 12:59 PM | Show all posts
wipers81 posted on 11-7-2013 12:35 PM
“Makanan semua dah siap. Kalau nak makan, saya nak hidangkan.” Kataku ringkas. ...

Huhu...munger2 akak baca, hilang sikit rasa ngantuk ni...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 01:05 PM | Show all posts
sellie003 posted on 11-7-2013 12:59 PM
Huhu...munger2 akak baca, hilang sikit rasa ngantuk ni...

tula pasal...kenapa ngantuk sngat ni...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 01:23 PM | Show all posts
wipers81 posted on 11-7-2013 01:05 PM
tula pasal...kenapa ngantuk sngat ni...

sambunglah lagi wiper....ilang ngantuk...akak pon tgh karg story akak bg kurg sikit rasa ngantuk ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 03:06 PM | Show all posts
akak balik kul baper???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 03:39 PM | Show all posts
wipers81 posted on 11-7-2013 03:06 PM
akak balik kul baper???

Akak balik 4.30 ptang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 09:49 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

BAB 18

              Masuk sahaja ke bilik tidur Ammar, aku memandang sekeliling. Biliknya luas juga. Di sudut kanan biliknya terletak katil bersaiz Queen. Di sebelah kiri katilnya pula, terletak meja belajarnya. Di sudut yang lain terdapat dua almari. Duduk sorang, tapi almari sampai dua. Anak tunggallah katakan. Kemas juga susun atur biliknya ini.  Memang dia seorang yang kemas. Dari segi penampilan dia pun aku dapat agak bagaimana orangnya Ammar ini. Orang yang menitik beratkan kesempurnaan. Niat di hati nak menyusun pakaian terbantut, apa pun kenalah minta izin tuan punya bilik dahulu. Beg pakaianku hanya ku letakkan di tepi dinding.
  
    Pernah Ramesh ceritakan padaku bahawa Ammar sukakan benda yang baharu, dia tidak sukakan barangan terpakai. Dahsyat juga taste si Ammar ni. Di mana harus aku susun pakaianku? Aku menggaru kepalaku yang sudah tidak berlapik itu. Aku menanggalkan kaca mataku lalu meletakkanya di atas meja. Sejak sampai dari pagi tadi, tudungku tidak pernah lekang dari kepalaku. Badanku terasa sangat letih. Dari pagi tadi hingga sekarang aku langsung tak berhenti rehat dari membuat kerja dalam rumah ini. Aku merebahkan badan ke katil Ammar, alah dia balik lewat agaknya, sempatlah aku baring dahulu. Entah bagaimana, akhirnya aku terlena.

*******************

                “ Ammar, kau letak barang-barang ni kat dapur.  Nanti mak suruh bini kau susun semuanya. Eh…mana pula bini kau Ammar?Mak tengok kasut dia ada di luar. Pergi tengok kat mana bini kau tu? Jangan pula dia lari dari rumah, teruk mak nak kena menjawab dengan ayah kau nanti.” Seriau juga Puan Munirah bila mengenangkan jika itu yang terjadi. Bukan dia tidak tahu jika suami dia tu naik angin. Dia melihat ke  sekeliling rumah, boleh tahan juga menantu dia. Rajin juga budak ni. Dia akan menguji sejauh mana ketabahan gadis yang bergelar yatim piatu ini. Dia sememangnya memuji tahap kesabaran menantunya itu. Tidak melawan walau sepatah. Namun, egonya tetap tinggi untuk mengakui bahawa hatinya sedikit demi sedikit mula tertawan dengan menantunya itu. Masih terlalu awal kerana banyak lagi ujian yang di atur untuk gadis itu.
         
             “ Mak, Dayana ada dalam bilik mak. Dia tertidur agaknya. Mak nak Ammar kejutkankan dia ke?” beritahu Ammar. Dia ternampak susuk tubuh isterinya sedang beradu di atas katilnya. Lena sungguh tidurnya.
         
              “ Biarkanlah dia Ammar. Bila dia bangun nanti, banyak kerja menanti dia. Mak nak masuk bilik dulu.” Puan Munirah melangkah masuk ke bilik.

               Biarlah menantunya berehat sebentar. Lagipun prestasi gadis itu dalam melakukan kerja rumah agak baik hari ini. Dia tidak mahu menjadi seperti ibu tiri zaman dahulu yang zalim dan kejam. Dia akan cuba mengikut nasihat suaminya supaya lebih berhemah dalam situasi ini. Dia akan cuba untuk bertoleransi dengan menantunya. Dia perlu lebih mengenali gadis itu.

Last edited by wipers81 on 16-7-2013 10:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2013 02:37 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            
                     Ammar terpana dengan keindahan di hadapannya. Dia menelan air liur. Debaran di dadanya sangat kencang. Nafsu lelakinya benar-benar rasa tercabar. Ikutkan hati, mahu saja dia menerkam ke arah isterinya yang sedang lena itu. Namun dia harus waras, tidak mahu menambahkan lagi kebencian gadis itu terhadapnya. Isterinya memiliki rambut ikal mayang yang panjang hampir mencecah pinggang dengan warnanya hitam berkilat. Kulit isterinya sememangnya cerah, mungkin kerana banyak bertudung di luar, mukanya berbelang.

                     Ammarmeneliti sepuasnya wajah gadis yang sedang lena itu. Dia memiliki mata yang cantik berbentuk biji badam kerana selalunya mata itu terlindung dengan kacamata yang dipakainya, alis matanya juga cantik, bulu matanya lebat dan lentik dan hidungnya yang mancung cantik terletak dan bibir gadis itu kecil dan mungil. Dia benar-benar tergoda apatah lagi melihat isterinya sedang terlena. Kain baju kurung isterinya yang terselak sedikit hingga menampakkan betisnya yang cerah. Dia sedikit hairan kerana muka dantangan isterinya agak gelap tidak pula di bahagian betisnya. Ada ke orang berkulit seperti ini? Jadi, isterinya ini sememangnya berkulit cerah.

                   “Kau memang cantik Dayana. Tak sia-sia aku memiliki kau sayang.” Dia berbisik ke telinga isterinya yang sedang lena itu. Bagai dipukau, Ammar terus memeluk isterinya. Dia mencium pipi isterinya kemudian beralih ke bibir mungil itu. Tiba-tiba…

                  “ Apa yang kau nak buat pada aku ni hah! Lepaskan aku!!” Aku tersedar bila terasa bibirku hangat. Sebaik membuka mata, aku terkejut melihat Ammar sedang menyentuh aku. Terus sahaja aku menolak sedikit tubuhnuya. Laju tanganku mencapai tudung yang ku sangkut di birai katil dengan tujuan menyarung kembali ke kepalaku tetapi aku dihalang oleh tangan Ammar.

                 “ Awak dah halal untuk saya Dayana. Kalau saya nak lebih dari itu pun awak tak boleh halang.” Aku memejamkan mata. Berani sungguh dia mengambil kesempatan ketika aku terlena tadi. Bila pula si Ammar ni balik? Kerana keletihan, aku terlena dan langsung tak sedar akan kepulangannya. Aku jadi tak keruan apabila dia kembali merapati aku. Jantung berdebar kencang. Aku mengambil kaca mataku lalu memakainya.

            “ Saya lepaskan awak kali ni. Lain kali, saya tidak tahu bagaimana dengan nasib awak. Saya takkan tuntut hak saya sekarang kerana belum masanya lagi. Saya tidak mahu menambah lagi api kebencian dalam hati awak terhadap saya. Saya minta maaf atas apa yang terjadi sebelum ini. Saya tahu sukar untuk awak maafkan saya. Namun percayalah bahawa saya tidak menyesal dengan perkahwinan ini. Saya berjanji akan menjaga awak, saya berjanji tidak akan membuat awak menangis lagi. Selagi hayat dikandung badan, awak hanya untuk saya dan saya hanya untuk awak. Awaklah kebahagiaan saya Dayana.  Percayalah.” Mudahnya dia melafazkan kata-kata itu selepas apa yang cuba dia lakukan pada ku sebelum ini. Ingat senang aku nak terima.

            “Jangan mudah menabur janji dan membuat ikrar sedangkan awak tahu hubungan ini masih tiada hala tujunya. Kita masih muda, banyak yang saya perlu buat.  Saya terima semua ini sebagai satu takdir yang sudah tertulis untuk saya. Tapi saya sesekali tidak akan mengalah!! Saya punya cita-cita untuk saya kejar. Tidak salah kalau saya katakan yang saya akan cuba mengubah takdir saya dan tidak mahu berterusan menyalahkan takdir. Saya harap awak jangan sesekali menjadi penghalang saya kerana saya tidak mahu kebencian saya terhadap awak akan terus sebati dalam diri saya untuk selamanya. Saya harap awak faham.” Terus sahaja aku turun dari katilnya. Aku kembali menyarung tudungku dan melangkah keluar dari bilik itu. Aku perlukan ruang untuk bernafas dengan tenang.
Last edited by wipers81 on 16-7-2013 02:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 09:19 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            Akumelangkah ke dapur. Banyak bungkusan plastik terletak di satu sudut di dapur.Pasti itu adalah barang yang di beli oleh emak mertuaku. Tanpa membuang masa,aku menyusun semuanya mengikut aturan seperti yang di atur oleh mertuakusebelum ini.  Kemudian aku terus sahajamenyiapkan barang-barang untuk membuat karipap pusingku.  Sempat rasanya sementara ayah mertuaku pulangdari kebun. Tidak kelihatan kelibat emak mertuaku, sedang berehat agaknya. Lantaklah,aku lagi senang memasak seorang diri.

************************

“Amboi sedapnya bau. Dari luar lagi ayah dah boleh bau wangi karipap yang kamu gorengtu. Kalau bau pun dah sedap, rasanya apatah lagikan? Boleh ayah rasa satu?”Terus sahaja ayah mertuaku mengambil sebiji karipap, lalu di masukkan ke dalammulutnya. Aku tak sedar bila ayah mertuaku muncul di dapur sebenarnya. Akuhanya tersenyum melihat telatah ayah mertuaku.

“Hah, kanmanis kalau menantu ayah ni selalu senyum. Sejuk saja mata ayah tengok, taksangka kamu ada lesung pipit kat pipi sebelah kiri. Patutlah Ammar gila bayangkat kamu selama ini.” Kata-kata ayah mertuaku membuatkan aku sedikit terkejut.

“Apa maksud ayah? Mana ayah tahu yang Ammar memang sukakan saya?” Tertanya jugahati aku dengan apa yang dikatakan oleh mertuaku ini.

“Sebenarnya kalau kamu nak tahu Dayana, Ammar pernah cerita pada ayah mengenaikamu selepas ayah ternampak buku diarinya yang penuh dengan gambar kamu. Semuadia luah dalam diari itu. Masa tu secara tak sengaja ayah terbaca bukunya. Sebabitulah masa kejadian malam tu, ayah izinkan dia berkahwin dengan kamu. Ayahtahu, Ammar sangat cintakan kamu. Ayah juga tahu,kamu anak yang baik Dayana. Pak Uda kamu sudah ceritakan segala-galanya padaayah tentang kamu. Ammar juga dah ceritakan segala-galanya tentang kejadianyang memalukan itu dan dia mengaku, sememangnya dia yang bersalah dan kamu tidaktahu apa-apa mengenainya.

          “ Dayana,ayah harap kamu dapat menerima Ammar dan keluarga ini sebagai keluarga barukamu. Izinkan kami mencurahkan kasih kami kepada kamu nak. Ayah tidak mahu kamumerasa kekurangan kasih sayang lagi. Jangan ingat semua ini ayah lakukan keranarasa kasihan atau simpati dengan nasib kamu. Ayah tahu, Ammar akan bahagiadengan kamu. Ayah akan menaja perbelanjaan kamu dan Ammar jika kamu berpeluangmelanjutkan pelajaran nanti dan ayah tahu kamu pelajar cemerlang di sekolah. Berilahpeluang kepada anak ayah itu Dayana.” Ya Allah, betapa tulusnya hati lelaki inikerana sanggup menerimaku, Benarkah Ammar sangat mencintaiku?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 12:46 PM | Show all posts
sambung jgn tk sambung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2013 09:05 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

              “Jadi, memang anak kitalah yang bersalah dalam hal ini!! Kenapa abang tak ceritakan pada saya tentang hal ini dari awal lagi? Sampai hati abang membiarkan saya menyalahkan menantu saya ini. Saya ingatkan, dia yang menggoda Ammar sehingga mereka hampir terlanjur. Tak sangka, Ammar sanggup buat saya begini abang. Kita didik dia cukup dengan didikan agama, ini balasannya pada kita. Dayana, mak minta maaf padakamu. Mujurlah Allah S.W.T dah buka mata mak untuk menilai mana kaca dan permata. Mak akan ajar Ammar nanti. Biar dia melutut minta ampun pun mak takkan ampunkan dia.”  

             Aku terkedu. Moga emak mertuaku dapat menarik kembali kata-katanya. Takut aku sekiranya dia benar-benar mengotakannya. Tak nak aku jika suamiku menjadi anak derhaka. Nau’zubillah….

            “ Mak, ampunkan Ammar mak. Ammar tahu banyak salah Ammar pada Dayana mak. Mak, berilah peluang pada Ammar untuk menebusnya kembali mak. Mak tolonglah ampunkan Ammar mak. Ammar tak nak mati tanpa dapat keampunan dari mak. Ammar takut seksaan terhadap anak yang derhaka seperti Ammar ni mak. Tolonglah mak!!” Rayu Ammar yang tiba-tiba muncul.

             Terus sahaja dia melutut dan memeluk kaki emaknya. Puan Munirah hanya diam terkaku. Langsung tidak dipandang muka anak tunggalnya itu. Hatinya luluh apabila mendapat tahu kebenaran.

            “ Irah, janganlah macam ni. Ammar dah pun mengaku salahnya. Kita kena terima segalanya. Anggaplah ianya adalah takdir. Tengok sekarang, Allah S.W.T kurniakan seorang anak perempuan yang baik seperti Dayana untuk kita dalam keadaan yang kita tidak jangkakan ini. Abang tahu, apa yang Ammar buat itu memang salah, tapi Allah S.W.T masih memelihara mereka. Tentang umpatan orang, biarlah. Lama-lama nanti diamlah mereka itu. Maafkanlah anak kita Irah.” Pujuk ayah mertuaku.

            Hati aku terusik dengan tingkah laku Ammar. Sememangnya, dia anak yang sangat kasihkan ayah dan emaknya. Dia masih lagi memeluk kaki emaknya.

           “Susah untuk saya memaafkan perbuatan Ammar ni abang. Dia betul-betul dah menconteng arang ke muka kita. Sampai hati dia buat kita macam ni bang.” Dia melangkah pergi dan serentak dengan itu terungkailah pautan Ammar pada kakinya.

            “ Mak...ampunkanlah Ammar mak. Jangan buat Ammar macam ni mak. Ammar yang bersalah mak. Ammar janji, akan ikut apa saja yang mak nak. Ammar sayangkan emak. Mak….”

            Pertama kali aku melihat air mata lelakinya gugur. Kasihan pula aku melihatnya. Aku sudah tiada emak dan mana mungkin aku mahu membiarkan saja Ammar begitu. Aku harus berbuat sesuatu supaya hubungan keluarga ini kembali jernih. Terasa bersalah pula kerana aku yang menjadi puncanya. Aku tidak mahu memecah-belahkan keluaraga mertuaku ini. Ya, aku perlu lakukan sesuatu!!

           “ Ammar, ayah! Biar saya yang cuba pujuk emak. Insya Allah, saya akan cuba.  Ammar saya nak awak bertenang. Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya. Mungkin mak sedang dalam keadaan marah. Saya minta diri dulu ya ayah.”

           Terus sahaja aku melangkah menuju ke bilik emak mertuaku. Aku mengetuk pintu biliknya perlahan. Aku perlu memujuknya dengan berhemah.


Last edited by wipers81 on 22-7-2013 09:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 10:45 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Assalamua’laikum mak. Boleh saya masuk mak?” soalku sebaik sahaja membuka pintu biliknya sedikit.

             Kelihatan dia sedang duduk di birai katilnya sambil menangis. Luluh hatiku melihatkan keadaannya.

            “Masuklah.” Balasnya pendek.

             Aku melangkah masuk dan duduk di sisinya. Aku menarik nafas perlahan. Aku meraih tangannya lalu ku genggam. Seolah-olah cuba menyalurkan sedikit kekuatan padanya. Dia memandangku. Sayunya ku lihat pandanganya itu.

            “Mak, terlebih dahulu saya minta ampun dan maaf sekiranya apa yang saya katakan nanti akan mengguris hati emak. Mak, janganlah hukum Ammar mak. Ya, saya akui memang saya sangat marahkannya bila dia hanya mendiamkan diri di saat mereka dan juga orang-orang yang saya sayangi menunding jari kepada saya pada malam keramat itu. Semua mengatakan yang saya bersalah. Saya hanyalah orang luar dan anak yatim piatu mak. Emak dan ayah pula telah lama menetap di sini maka sudah pastilah mereka lebih mempercayai emak dari saya yang hanya menumpang. Saya pujuk hati saya untuk menelan semua ini.”

            “Mak, kata-kata ayah tadi telah membuka mata saya mak. Saya tidak mahu menjadi seorang yang pendendam dan saya akan cuba menerima keluarga ini seperti keluarga saya sendiri. Saya tahu peritnya hidup tanpa ayah dan ibu. Saya tidak mahu Ammar juga merasakan begitu walaupun orang tuanya masih hidup. Saya merayu pada emak, maafkanlah Ammar mak. Saya sanggup menggantikan tempatnya untuk menerima hukuman itu. Saya tidak kisah mak. Orang-orang yang saya sayang, semua telah membuang saya. Saya dah tiada sesiapa lagi mak. Saya tidak mahu menjadi penyebab keluarga ini berpecah. Maafkanlah Ammar, ya mak.”

             Aku memperkemaskan lagi genggaman tanganku, mengharapkan keampunan darinya untuk suamiku. Ya, dia telah menjadi suamiku sekarang.

            “Dayana, mak bangga memiliki kamu sebagai menantu. Benar seperti yang ayah mertua kamu katakan. Kamu memang seorang yang baik. Dia suruh mak buka pintu hati untuk menerima kamu. Syukur padaMu Ya Allah, kerana mengurniakan padaku seorang anak perempuan semulia ini. Syukur kerana masih belum terlambat untuk mak menyedarinya.”

             Terus sahaja dia meraihku dalam dakapannya. Air mataku mengalir. Subhanallah, sesungguhhnya Maha Suci Mu Ya Allah. Terasa damai dalam pelukan itu. Terasa seperti dalam pelukan emak. Emak…adik sangat rindukan mak. Aku menangis sepuas-puasnya dalam pelukan mertuaku.

            Perlahanku lihat Ammar mendekati kami.

           “Ingat Ammar, jika kau lukakan lagi hati menantu mak ni, jangan kau harap keampunan dari mak lagi. Kau beruntung memilikinya sebagai isteri. Jangan sesekali kau sia-siakan hidup dia.”

            Luluh hati tuanya mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut menantunya itu. Walaupun masih muda, pemikirannya sangat matang. Mungkin kehidupan perit yang dilalui menantunya itu banyak membantu kematangannya.

            “Mak, ampunkanlah Ammar. Ammar janji akan menurut apa sahaja yang mak suruh. Ammar janji mak walaupun nyawa Ammar menjadi galang gantinya.”

            Dia meluru masuk lalu menyembamkan mukanya ke riba emak. Aku menginjak ke tepi untuk memberi ruang padanya. Sempat lagi tangan kanannya mencapai tanganku. Terbantut pergerakkanku untuk beredar dari situ. Aku hanya membiarkan sahaja demi menjaga air mukanya. Takkan aku nak rentap tanganku kembali.

           “Dengar sini Ammar, mak ampunkan kau dengan seikhlas hati emak. Berterima kasihlah pada menantu emak ni. Kata-kata dia buat mak sedar yang manusia seperti kita tiada yang sempurna. Jika kamu membuat salah, mengapa harus emak menghukum kamu dengan kejam? Mengapa tidak diberi peluang kepada kamu untuk belajar dari kesilapan itu? Mak sedar, sebagai orang yang lebih dewasa, kami sepatutnya membimbingkamu, bukanlah menghukum kamu. Berjanjilah Ammar bahawa kamu akan membahagiakan menantu emak ni. Dayana, maafkan emak ya sayang. Anggaplah emak seperti ibu kandung kamu Yana. Berilah mak peluang untuk itu.”

             Aku memeluknya sebaik dia habis menuturkan permintaan yang lahir ikhlas dari hatinya. Hatiku terusik.

            “Sudahlah tu. Mari kita pergi minum. Sejuk dah air kopi dan karipap yang menantu awak buat tadi. Rugi siapa yang tak rasa karipap yang menantu saya buat ni.”

            Ayah mertuaku berlalu meninggalkan kami di dalam biliknya itu. Lega hatinya melihat isterinya sudah boleh menerima menantunya dan semoga anaknya Ammar mampu membahagiakan memantunya.

             “Mari mak, kita minum. Hari pun dah nak masuk Maghrib.” Aku menarik tangannya sambil tersenyum pada emak mertuaku.

            “Patutlah Ammar sukakan kamu, cantik menantu emak bila kamu senyum. Marilah Ammar. Lepas makan nanti, kita jemaah solat Maghrib bersama.”

             Tidak disangka, menantunya memiliki senyuman yang sangat manis ditambah pula dengan lesung pipit di pipi kirinya.


Last edited by wipers81 on 23-7-2013 11:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 12:00 PM | Show all posts
wipers81 posted on 23-7-2013 10:45 AM
“Assalamua’laikum mak. Boleh saya masuk mak?” soalku sebaik sahaja membuka pintu bi ...

terharunyaaa.... karipap pusing sedap sagt...hmmm...lama tak makan...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.193827 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list