CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3035|Reply: 7

KISAH KITA

[Copy link]
Post time 9-4-2013 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Ini Kenangan kita
"Hoi gemokkk… kau ni kalau jalan cepat sikit bolehtak. Kau ingat kau sorang aje nak guna jalan ni?" Suara garang lelaki ygaku kenali dan paling aku benci di muka bumi Allah menjerit tiba-tiba. Langkah yang sudah semakin perlahan terpaksa aku percepatkan. Gara-gara tidak mahu sindiran yang lebih menusuk jiwa, aku gagahi juga langkah yg bersimpang siur ini.

“Sial, monyet sekor nih” jeritan itu hanya dlm hati aku. Tak pernah aku membalas balik kata-kata hamburan yang sememangnya setiap hari akan aku dengar dari si dia. Hanya hati aku sendiri yang mendengar segala maki hamun yg aku lontarkan khas untuk dia. Setakat berani memaki dia di dalam hati.

Sedap benar agaknya menghina orang gemuk macam aku nih. Setiap kali terjumpa atau terserempak di mana-mana pun ada sahaja kejian yang dia lemparkan. Hati busuk si dia ini memang sudah di limpah najis agaknya. Tidak pernah dalam sehari bila bertembung, akan ada rasa bersalah, kasihan, simpati atau apa-apaperkataan yang boleh di kaitkan bersama untuk menggambarkan dia itu seorangmanusia. Hatiku menggumam lagi. Bibirku terketap kemas, tapi suara di dalam hati bergema-gema seolah-olah lelaki itu mendengar segala biji butir.

“Terkengkang-kengkang, nafas dah macam kuda dah aku dengar. kurangkanlah sikit makan minum tu. Kau ni tak takut ke hidup dengan penyakit?" Haikal memekik lagi. Kali ini suaranya di kuatkan lebih dari biasa. Biar semua murid yangsedang beratur di kantin terdengar.

Misya berhenti menapak. Badannya di pusingkan ke belakang. Matanya menatap Haikal yg sedang bergayut dengan dua sahabat taik kucingnya. Sahabat yg kerap menjadi suara latar untuk Haikal bila mendera perasaannya. Tukang gelak. Samseng taik kucing.

Aku pandang mata Haikal yg menbuntang melawan pandangan tajamku. Dia mememekkan muka, menjulingkan biji matanya serta mengembangkan hidung macam kerbau. Aku masih bersabar membulatkan mata, aku tahu mataku sudah berair, hidungku sudahmerah, dada ku sebak menahan amarah. Tetapi Haikal tetap meneruskan aksi lawak bangangnya. Kali ini dia meleraikan aksi bergayut di bahu rakannya lalu beraksi seperti ruku’ dihadapanku. Aku yg separas bahunya, memandang pelik, sebenarnya sedikit rasa gembira mungkin Haikal ingin meminta maaf dari ku. Aku mengecilkan sedikit
biji mataku yg mula pedih. Mau tak pedih, kalau tak berkedip langsung biji mataini. Baru 2 saat aku berperasaan ingin memaafkan si rambut Karen ini, Haikalmendongak kepada ku, dengan aksi muka tadi. Betul-betul di hadapanku. Aku hanya mampu menapak ke belakang dengan tambahan perasan yg carca marba. Terkejut,kelakar, malu dan sebagainya. Hampeh betul.

"Kantin sekolah tiba-tiba riuh dengan ketawa. Haikal masih meneruskan aksitadi dengan selamba tanpa rasa malu.

“Tengoflah haku…. Tengoflah laghii” Kepalanya di teleng-teleng mcm penari kudakepang, menyua-nyua muka dekat kepadaku. Giginya yang di letakkan di atas bibirbawah seolah-olah jongang membuatkan perkataan yang keluar dari mulutnyabercampur angin.

“Airmata yang dari tadi ku tahan, terhambur akhirnya. Niat hendak ke kantin aku matikan. Dengan sisa tenaga yg aku ada, aku deraskan langkah kaki dengan tujuan balik semula ke kelas. Seperti biasa aku akan mengongoi keseorangan mengenang nasib diri yang selalu sangat di permain-mainkan orang. Haikal memang kejam.

“Woii perlahan sikit jalan tu, bergegar sekolah ni” Haikal menambah sakithatiku lagi. Semakin galak dia mengusik jika apa yang dia lakukan menjadi perhatian ramai. Aku… aku hanya meneruskan langkah yang payah supaya kelibat ku hilang cepat dari pandangan mata dia.


Kisah Misha dan Haikal hanya kenangan, Heronya bernama orang lain sebenarnya. Selamat Membaca semua.

Last edited by Shanor on 9-4-2013 01:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 02:00 PM | Show all posts
panjangnyer citer.. kuikuikui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 05:28 PM | Show all posts
Novel ni ada sambungan, sabar yer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:38 AM | Show all posts
Lagi2. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 05:33 PM | Show all posts
“Anak ibu dah makan? “ Aku hanya mengangkat bahu. Malas menjawab soalan yang sama itu setiap hari. Dalam hati ini, aku menyalahkan ibu kerana aku mempunyai tubuh badan yang sangat besar begini. Ibu terlalu menjaga makan minumku. Ibu selalu masak yang sedap-sedap untuk aku makan. Kalau Ibu menjaga bentuk tubuhku dari kecil, tidaklah aku hidup dalam keadaan yang sangat tertekan begini. Mungkin aku tidak di ejek setiap hari kerana bentuk badanku yang sangat montel begini. Jari jemari ini, di hujung dan di tengah semua bulat belaka. Pipiku yg montel, seolah menekan-nekan mencari ruang untuk lebih membesar. Sehingga bibirku yg kecil molek ini menjadi sempit dihimpit pipi. Mukaku yang kerap berpeluh di antara T Zone dan di bawah mata membuatkan tuala kecil tidak boleh lekang dari aku walau sesaat.

Aku masih ingat lagi, si Haikal bodoh itu  memalukan aku untuk ke berapa kali entah. Hari itu aku tertinggal tuala kecil yang sepatutnya wajib aku bawa setiap hari. Keadaan panas di dalam kelas membuatkan aku kerap berpeluh. Nasib baiklah aku jenis manusia yang kerap berpeluh tetapi tidak mempunyai bau badan. Kalau tidak mungkin rasa bersalah semakin kuat kerana gangguan bau dan mereka semua terpaksa menutup hidung setiap hari. Hidung, muka, pipi dan sekitar mulutku sudah terbit peluh-peluh kecil. Aku tak tahulah sudah berapa kali, lengan baju aku gunakan untuk mengesat peluh yg semakin di kesat semakin banyak timbulnya dari ruang rongga kulitku. Hingga satu ketika aku yg sedang sibuk menyiapkan kerja dari Cikgu Saleha, dan satu penyakitku, bila rasa seronok melakukan sesuatu aku akan lupa ketidakselesaan yg ada pada wajahku.

“Hei.. pengotor gila perempuan nih. Menjejeh-jejeh peluh tu, kau pergi mandi sana.” Haikal meneriak galak serentak itu kelas yang hangar bingar menjadi sunyi sepi. Dia dengan muka selamba meneruskan hujah makiannya tanpa sedikitpun mahu mengira-ngira apa yang aku rasa.

“Berair satu muka, dengan ketiak basah, baju belakang kau tu, dah lencun dah. Pergilah bilik air sana, bersihkan diri kau tu. Pantang betullah aku kalau gemuk tapi tak reti jaga kebersihan diri nih.” Haikal menambah lagi jumlah jarum yang sedang berlumba-lumba mencucuk di jantung serta hati aku.

Aku hanya diam, bangun bergerak ke tandas dengan langkah yang longlai, selonglai hati yang sedang menahan perasaan. Haikal memang kejam. Hatinya memang di simen. Lahirnya memang berorgankan batu kerikil agaknya. Dia tidak pernah simpati dengan aku. Dia akan cakap apa yang dia mahu, dia akan memerli, mengusik tanpa belas ikhsan. Dan aku? Aku hanya diam, membatu, menangis. Mulut ini sukar benar untuk melawan apa yang dia buat pada aku. Sukar benar aku mahu melawan. Berat benar aku mahu mengeluarkan segala maki hamun yang selalu aku lemparkan padanya di dalam hati. Entah bila tangan aku yang molek-molek ini akan singgah di pipinya itu. Macam best je dapat tampar Haikal yang sungguh-sungguh tiada perasaan sebagai manusia itu.

“Sya, Ibu tanya ni sayang. Sya dah makan belum? Berangan pulak dia.” Ibu sudahpun duduk di birai katil. Matanya redup seperti biasa. Masih berpakaian lengkap seperti pagi tadi. Berseluar panjang hitam, berbaju blaus singkat bewarna ungu cair dan ikatan tudungnya masih kemas melilit di kepala.

“Ibu baru pulang ke? “ Aku membuka bicara dengan soalan yang boleh di kategorikan soalan bodoh.  Sudah tentulah baju itu yang tersarung di badan ibu pagi tadi.

“Ye lah… Ibu baru sampai lah ni. Sya dah makan belum? Sekolah macammana hari ni, Ok ke?” Ibu masih menanti jawapan dari ku. Wajahnya nampak tenang. Ibu memang ibu yang baik. Aku sahaja mencipta dosa, mengomel di dalam hati menyalahkan Ibu kerana menyediakan makanan untukku. Aku memang tidak adil. Ini semua Haikal punya fasal. Dia yang buat aku tidak senang hati sehingga Ibu menjadi mangsa.

“Sya dah makan dah, tapi sikit je, Sya nak dietlah bu. Badan Sya ni berat sangat. Naik tangga sekolah pun susah sangat. Selalu letih.” Aku menundukkan kepala. Bukan itu bu alasannya, Sya nak diet sebab Haikal selalu buat Sya malu bu. Haikal jahat bu.

Ibu hanya tersenyum. Aku masih menundukkan kepala, jemariku menguis-nguis helaian buku yang sedang berada di pehaku. Tapi aku yakin Ibu sedang memandangku. Ibu mugkin sudah lali dengan alas an ini. Aku tak mahu menarik Ibu ke dalam masalahku kerana dia sudah cukup derita dengan masalahnya sendiri jadi tak  mengapalah kalau masalah ini aku yang selesaikan sendri.

“Kenapa Sya nak berahsia lagi? Sya tak nak beritahu Ibu apa-apa ke? Atau Ibu tidak ada hak nak campur masalah yang sedang Sya hadapi? Sya boleh handle sorang-sorang ker? Ibu mengorek rahsiaku lagi tanpa jemu.

“Ibu nampak Sya sedang ada masalah. Cakaplah Sya, kita sama-sama selesaikan. Kalau Ibu boleh tolong, Ibu tolong. Syakan anak Ibu, Ibu kena pastikan Sya hidup gembira dan hak Sya tidak terabai. Beritahulah sayang. Ibu penatlah tanya hari-hari. Tapi Sya susah sangat nak beritahu Ibu.”

Aku pandang Ibu. Mata kami bertentang, Aku dengan bibir yang ketar-ketar manakala Ibu dengan senyuman yang aku agak bermaksud menanti. Bibir aku seperti biasa, berat mahu menyenaraikan apa yang ada di hati. Tidak tahu aku mahu mulakan dari mana. Aku tidak pasti perkataan apa yang aku harus guna untuk menggambarkan Haikal itu seperti virus dalam hidup aku. Apa sebenarnay ayat pertama yang mesti mendahului keluar dari bibir comelku ini.

Akhirnya aku hanya mampu mengalah. Menarik diri dari bercerita apa yang tidak menyedapkan hatiku setiap hari. Kasihan Ibu. Kalau akulah yang menjadi Ibu tatkala ini mungkin aku sudah gantung diriku di atas kipas. Biar padan muka. Menjuih bibir setiap hari, monyok memerap di bilik tapi bila suruh berkongsi cerita masih tergedik-gedik berahsia. Akukah itu? Akukah yang mengata diriku sendiri? Sengih ku muncul tiba-tiba. Ibu yang pelik dengan sengihan yang tiba-tiba segera berdiri menggalas beg bersedia untuk ke biliknya.

“Okeylah… takpe Ibu tunggu Sya cerita. Satu hari nanti mesti Sya cerita juga. Dengan Ibu pun nak malu. Sudahlah, Ibu nak mandi, sembahyang Asar, Sya tolong panaskan lauk boleh? Ibu belum makan lagi nih. Laparlah” Ibu menampar-nampar perut slimnya. Aku hanya menambah senyum sambil memerhati bangga mempunyai Ibu yang cantik dan masih menarik penampilannya. Mengalahkan anak dara bentuk badannya. Cuma aku pelik kenapa aku tidak seperti Ibu? Entahlah…

Aku singkap gebar yang berada di atas pehaku, memberi ruang untuk aku bergerak bangun.  Buku Geografi Tingkatan 4 aku letak di atas kabinet. Kedua tangan aku lekap di atas katil seperti posisi sedang merangkak. Kaki kanan aku turunkan ke lantai, mencari tapak supaya bila aku berdiri keadaan ku stabil dan seimbang untuk menampung berat badanku. Setelah kesukaran itu aku berjaya atasi, aku melurut tangan berdiri sambil memegang belakang pinggang ku. Berdiri sebentar untuk memberi ruang aliran darah yang berdesup-desup laju bergerak setelah lama mungkin terpempan dengan lemak-lemak di sekitar badanku. Perghhh lega… aku memang rasa tidak selesa bila terlalu lama duduk dan mula untuk berdiri semula. Berat badan ini memang sangat menganggu emosi ku setiap hari.

“Pergghhhh macam bapak gajah baru bangun tidur” Suara Adik mengusik. Aku hanya sengih. Usikan adik tak pernah masuk dalam hati aku. Bahkan bukan adik  sahaja, ramai sebenarnya mengusik, aku tak kisah. Sebab usikan mereka berpada-pada. Masih sopan kalau nak di bandingkan dengan Haikal. Samseng najis tu. Hisyyyy…

“Kak Sya, adik laparlah.” Aiman merengek di pintu bilik aku yang terbuka luas.

“Akak nak sediakanlah ni, Ibu pun nak makan. Jom tolong akak susun pinggan. Aku segerakan langkahku. Melayan karenah Aiman adik kesayangan yang merupakan terapi emosi buat aku yang selalu di ganggu.

“Ibu dah balik ke?” Bulat mata Adik sambil memanjangkan leher ke bilik Ibu yang bertutup. “Aiman tak nampak pun Ibu” Mukanya di kelatkan seolah merajuk.

“Macammana nak nampak, Suka sangat tidur waktu petang. Tak elok tau. Ibu tak nak ganggu Adik le tu.” Aku menapak ke dapur sambil menyindir adik. “Dah besar panjang pun nak merajuk kalau Ibu tak jumpa dia dulu. “ Aku menyambung celoteh. Aiman hanya diam menbuntutiku ke dapur.


Jam sudah pun pukul 6:00 petang. Ibu masih di bilik mungkin bersiap. Aku dan Aiman sudah bersedia dengan hidangan di atas meja. Lauk Asam pedas pekat Ikan Sembilang masih banyak berbaki. Sayur baru yang masih berasap menggamit-gamit nafsu makan yang kutahan-tahan sejak tengahari tadi. Cendawan, lobak merah yg ku ukir bunga, pucuk jagung serta bunga kobis aku tumis bersama bwg besar yg dihiris bersama lada cili. Aku campurkan sos tiram dan aku campak sedikit sotong yang berbaki di peti ais. Sekejapan itu api aku matikan dan nah.. sekarang ia sedang mengocak-ngocak imanku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 05:35 PM | Show all posts
Kejap Sha, Kejap Sya.. hahaha. Lupa pulak.
Takper, ada masa nanti saya edit balik yer.

Terima Kasih, Selamat membaca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2013 03:46 PM | Show all posts
mahu lagi dong ceritanya.. ehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 12:42 PM | Show all posts
Shanor..... where are youuu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.609325 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list