CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17194|Reply: 71

Berlakon ketika sarat mengandung

[Copy link]
Post time 19-4-2013 08:49 AM | Show all posts |Read mode

KETIKA diberitahu bahawa Izreen Azminda Mohd. Aznam merupakan salah seorang pelakon utama dalam telefilem Barakah, timbul persoalan kerana pelakon itu kini sedang sarat mengandung anak sulung.


Sedangkan Izreen pernah membuat kenyataan bahawa dia mahu mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia lakonan dan kembali semula setelah habis pantang.


Bagaimanapun, kesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran telefilem Barakah terbitan Unit Drama dan TV RTM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu di Melaka baru-baru ini, ternyata Izreen memang pelakon utamanya di samping Wan Raja.


Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia tetap ingin berlakon dalam keadaan yang sarat mengandung, Izreen menyatakan perasaan terlalu bosan sepanjang berehat di rumah menjadi faktor utama dia mahu meneruskan aktiviti lakonannya.


"Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi drama Ayu Tanggang pada Februari lalu dan kemudian saya ambil keputusan untuk berehat sehingga lepas habis pantang.


"Namun begitu, sepanjang berehat di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti, saya tiba-tiba rasa terlalu bosan. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon dalam telefilem Barakah dan memikirkan masih lagi mampu untuk berlakon saya terus menerimanya," ujarnya.


Berkenaan dengan penerimaan suaminya, Muhammad Riza Baharudin terhadap keinginannya yang mahu terus berlakon, Izreen mengakui suaminya itu kurang bersetuju pada mulanya.


Ujarnya, setelah diyakinkan bahawa watak yang dibawakannya itu agak ringan dan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, akhirnya dia diberi keizinan oleh suami untuk terus berlakon.


"Suami memang cukup risau apabila diberitahu yang saya bersetuju untuk berlakon dalam sebuah telefilem memandangkan usia kandungan saya yang sudah masuk tujuh bulan.


"Memandangkan saya ini jenis wanita yang keras kepala, saya tetap memujuknya kerana terlalu bosan berada di rumah. Saya juga memintanya supaya tidak terlalu risau kerana yakin dapat menjaga diri sendiri sepanjang penggambaran," ujarnya.


Selain kegigihannya untuk terus berlakon ketika sarat mengandung, Izreen turut mengambil keputusan nekad apabila berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Melaka setiap hari.


Menurut Izreen, ketika ini penggambaran telefilem tersebut sedang dilakukan di Melaka dan dia terpaksa memandu sendirian dari Kuala Lumpur ke lokasi penggambaran.


"Sebenarnya sepanjang mengandung ini saya berasa kurang selesa untuk tidur di tempat lain. Saya lebih rela memandu selama dua jam, asalkan dapat tidur di rumah sendiri.


"Tidak dinafikan cara sebegini memang cukup memenatkan kerana perlu berulang-alik setiap hari dalam keadaan sekarang, tetapi saya bersyukur kerana setakat ini tidak berasa terlalu penat," jelasnya yang menjalani penggambaran selama 10 hari.


Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan ia merupakan telefilem terakhir yang akan dilakonkan dan selepas itu barulah dia betul-betul akan berehat sementara menunggu waktu melahirkan anak yang dijangka pada bulan Julai ini.


Rahsiakan jantina


Bercerita lebih lanjut tentang kehidupan sepanjang mengandung anak sulung, Izreen memberitahu dia dan suaminya berasa cukup gembira menanti kelahiran cahaya mata mereka.


Ujarnya, untuk persiapan pula kira-kira sudah 90 peratus selesai dilakukan, terutamanya membeli barangan bayi dan kini dia sedang membuat persiapan mental dan fizikal untuk bergelar seorang ibu.


"Saya agak bernasib baik kerana sewaktu awal kehamilan dulu saya tidak mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah seperti kebanyakan wanita mengandung yang lain, kecuali berasa sedikit penat.


"Kini, saya sudah semakin selesa dalam keadaan sebegini dan masih mampu bergerak aktif termasuk berlakon. Lagipun, ramai yang kata wanita mengandung yang aktif mudah melahirkan anak," ujarnya.


Berkenaan dengan jantina anak yang dikandungnya pula, pelakon itu memberitahu melalui pemeriksaan yang dilakukan dia dan suaminya memang sudah mengetahuinya.


Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk tidak mengumumkannya lebih awal dan merahsiakannya terlebih dahulu sehinggalah dia bersalin nanti.


"Selagi saya tidak bersalin biarlah jantina anak saya dirahsiakan dahulu. Lagipun pemeriksaan yang dilakukan itu tidak semestinya tepat, namun saya tidak kisah sama ada bayi yang akan dilahirkan nanti lelaki atau perempuan," jelasnya.


Makin diterima


Mengenai perkembangan terhadap kerjaya lakonannya pula, Izreen menyatakan dia cukup gembira kerana penampilannya di kaca televisyen semakin diterima ramai.


Ujarnya, sepanjang bergelar pelakon selama lapan tahun, kini sudah ramai penerbit dan pengarah telah memberikan kepercayaan buat dirinya untuk melakonkan watak-watak utama.


"Kerjaya lakonan saya bermula dari bawah iaitu sebagai pelakon tambahan sahaja. Kemudian kemunculan saya dalam drama bersiri Juvana pada tahun lalu menyebabkan nama saya mula menjadi sebutan ramai.


"Selepas itu saya semakin dilimpahi dengan tawaran lakonan, terutamanya drama popular seperti Tentang Dhia, Julia dan Sehangat Asmara. Menerusi drama-drama tersebut peminat sudah mula nampak kebolehan saya dalam dunia lakonan," jelasnya.


Ketika ditanya sama ada dia berasa kesal kerana mendirikan rumah tangga dan bakal memiliki anak ketika kariernya sedang memuncak, Izreen menegaskan tidak ada apa yang perlu dikesalkan kerana menganggap ia merupakan satu rezeki yang tidak ternilai.


Ujarnya, dia sendiri seorang wanita yang begitu suka kepada kanak-kanak, malah dia dan suami tidak pernah merancang untuk memiliki cahaya mata dalam tempoh-tempoh tertentu.


"Tidak dinafikan ramai yang beranggapan pelakon yang sudah berkahwin dan memiliki anak, maka rezeki dalam lakonan semakin berkurangan. Bagi saya, peminat sekarang sudah semakin bijak menilai.


"Jadi, status seseorang itu sebenarnya bukanlah penghalang utama untuk meneruskan karier lakonan. Saya juga sangat berterima kasih kepada penerbit dan pengarah yang terus memberikan tawaran lakonan, meskipun kini saya sedang sarat mengandung," ujarnya mengakhiri bicara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2013 08:50 AM | Show all posts


IZREEN sudah hampir sepenuhnya membuat persiapan untuk menyambut kelahiran zuriat sulungnya ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 08:51 AM | Show all posts


IZREEN mengakui tetap berlakon biarpun usia kandungannya kini mencecah tujuh bulan kerana dia bosan berehat di rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 08:57 AM | Show all posts
dia ni makin manis dan berseri tengok..
semoga mummy and baby sihat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:01 AM | Show all posts
rezeki ank...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:05 AM | Show all posts
muka dia nie best... bley jadik org benci tgk tapi at the same time dpt watak sedih sedih org pun bley sedih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2013 09:09 AM | Show all posts
lawa betul izreen...org tue2 kate kalau lawa ank pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:09 AM | Show all posts
ohh mengandung rupanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 09:18 AM | Show all posts
melly! melly! mwlly! hahaa...teringat citer Tentang Dhia.. menjadik btol watak dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:22 AM | Show all posts
tak bahaya ke kak draib jejauh hari2..
aku dulu kan masa blm kawen aku takut tgk org peknen ke hulu ke hilir
aku pikir kalo aku peknen aku nk dok dlm bilik je tak kuar2 dah..kalo nk kuar pastikan ade org teman kekdahnya mcm bahaya sangat gitu
tp bila aku peknen dah sarat pun gigih aku nak pi  bazaar ramadhan dlm keadaan hujan lebat dan licin hahahaha
sehari sblm beranak aku sempat lg teman laki menyoping baju raya walhal perut dah mcm dan terkeluar time tu gak kebawah sgt dah..sampai budak yg meniaga tudung tu suruh aku balik umah sbb seram tgk perut aku yg besar sgt dan semacam nak terkeluar dah kandungannya hahahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:40 AM | Show all posts
dia ni jenis kuat kerja mmg bkn jenis manja2 ni
sb tu borink dok rumah

tp drive 2 jam tu bahaya sgt
aku yg preggy dulo 1 jam perjalanan dr opis ke rumah pn dh penat melayan jln jem
aku akan pergi kerja selagi xda tanda nk beranak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:41 AM | Show all posts
muka dia ada macam elyana sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:46 AM | Show all posts
dia dari watak pembantu je dulu...ingat lagi dlm rona roni makaroni jd kazen gia
sekarang dah jadi heroin...baguslah...memang naik pelan2 sbb bakat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:53 AM | Show all posts
pregnant pon still lawa dia ni... berbakat besar plak tu... cuma tu lah, kurang popular berbanding retis2 baru yang selalu buat kontroversi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:55 AM | Show all posts
baru tahu dia masuk dewi remaja sama sgn scha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 10:00 AM | Show all posts
makin cantik la plak dia ni dulu ms lum kawin x de lawa cam ni...skrg cantik dan berseri2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 10:03 AM | Show all posts
gambar yg separuh tu tak nampak macam pregnant pown...maintain je muka dia ...beserii..suka tgk lakonan dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 10:03 AM | Show all posts
berseri je muka dia nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 10:41 AM | Show all posts
gambar nampak perut tu dah iras izara.. cantik
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 10:42 AM | Show all posts
peot DD bini si parid kamil jugak yang tak 'nampak-nampak'

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.079106 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list