CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17173|Reply: 95

Lisdawati pun dah berhijab uolss..alhamdulilah..(stetment pg2)

[Copy link]
Post time 13-5-2013 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM


LISDAWATI mengakui dia mengubah penampilan dirinya secara perlahan-lahan tetapi sepenuhnya berhijab bermula Sabtu kelmarin.

SETIAP manusia boleh berubah, sama ada seseorang itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Ramai dalam kalangan selebriti wanita berubah ke arah kebaikan, khususnya dengan berhijab.

Terbaharu, tidak ketinggalan aktres dan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati.

Pada satu majlis pelancaran produk Selebriti Cosway di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam, Lisdawati kelihatan anggun mengenakan hijab berwarna jingga.

Kosmo! segera mendapatkan pelakon filem KL Menjerit ini. Ikuti temu bual bersama Lisdawati yang bercerita tentang perubahan penampilan dirinya ini.

Kosmo!: Sejak bilakah Lisdawati berubah (dengan berhijab)?

LISDAWATI: Sebenarnya niat untuk berubah sudah lama. Jadi, saya lakukan ia secara perlahan-lahan dan tidak mahu ia (dilakukan) dengan tergesa-gesa.

Apa kata Fauzi Nawawi apabila Lisdawati kini berubah penampilan?

Dia terkejut dan tak sangka bahawa saya akan berubah (penampilan ) secepat ini. Bagaimanapun, dia sentiasa beri saya semangat dan dorongan untuk berubah menjadi lebih baik.

Kenapakah Lisdawati tiba-tiba ingin berubah penampilan?

Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah. Saya tidak mahu masyarakat pandang serong dengan perubahan yang dilakukan oleh saya sendiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi, saya berubah dengan pelahan-lahan. Pada mulanya, saya ubah dari segi pemakaian. Saya tidak lagi pakai pakaian yang seksi dengan semua pakaian saya bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain.

Bagaimanakah pula dengan karier Lisdawati sebagai seorang pelakon selepas sudah mula berubah penampilan ini?

Saya tetap berlakon kerana ia adalah punca rezeki saya selama ini untuk saya sekeluarga. Jadi, tidak menjadi satu masalah apabila berubah penampilan dan meneruskan karier lakonan. Malah, kebanyakan watak-watak yang saya raih adalah watak ibu dan yang seumpama dengannya. Saya hanya fikir positif, saya cari rezeki untuk anak-anak dan nawaitu saya adalah untuk mencari rezeki. Jadi, saya tak kisah sebab itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada saya.

Apakah perancangan Lisdawati selepas ini?

Saya teringin sangat mahu buka perniagaan sendiri.

Perkembangan terbaharu Lisdawati?

Saya sudah berehat daripada aktiviti seni selama dua bulan dan mulai minggu hadapan saya akan mula sibuk dengan penggambaran sebuah telemovie. Selama dua bulan ini, saya sibuk jaga anak-anak, suami dan uruskan rumah.

-Kosmo-



cantik....







-rotikaya- Last edited by mea on 13-5-2013 02:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 08:03 AM | Show all posts
lepas ni mesti makin berkurang dia punya job


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:05 AM | Show all posts
Alhamdullillah.....
Tgk cerekarama Taksub....tv3
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:14 AM | Show all posts
Dr Sri Asmah pun dah bertudong....tapi jambul rambut pelesu nya masih nampak sikit.... tak tau nak tepek gambar la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 08:19 AM | Show all posts
tgk cerekarama malam tuh smpai abis..lama dah xtgk sampai larut mlm....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:23 AM | Show all posts
Alhamdulilah...emmmm tapi fesen tudung tu tak berkenan lak i tgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-5-2013 08:23 AM | Show all posts

-murai-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 08:29 AM | Show all posts
Mizlyn posted on 13-5-2013 08:23 AM
Alhamdulilah...emmmm tapi fesen tudung tu tak berkenan lak i tgk...

slow..slow noks....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 08:33 AM | Show all posts
mea posted on 13-5-2013 08:29 AM
slow..slow noks....

hehe... i tak kisah she nak bertudung ..benda baik kan... tudung she pakai tu yg tak berapa cun..yg kelepek kat atas tu.. x kemas noks
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:34 AM | Show all posts
ni boleh jadi fesyen tudung bunga matahari
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:37 AM | Show all posts
buruk nau pesennya..kan banyak pilihan tudung yang comei2 kat pasaran skang nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:37 AM | Show all posts
kak_sue posted on 13-5-2013 08:14 AM
Dr Sri Asmah pun dah bertudong....tapi jambul rambut pelesu nya masih nampak sikit.... tak tau nak t ...

dr sri asmah tu sape uols?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 08:41 AM | Show all posts
Mizlyn posted on 13-5-2013 08:33 AM
hehe... i tak kisah she nak bertudung ..benda baik kan... tudung she pakai tu yg tak berapa cun..y ...

maksud mak, slow2 tu mebi lom biasa lagi perbetulkan apa yg senget benget tu..baru lagi kan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:43 AM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 08:43 AM | Show all posts
Pailang posted on 13-5-2013 08:03 AM
lepas ni mesti makin berkurang dia punya job

kita sapa nak tau job dia kurang ke tak noks..semua tu yg kat atas tu punya keja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:46 AM | Show all posts
mea posted on 13-5-2013 08:41 AM
maksud mak, slow2 tu mebi lom biasa lagi perbetulkan apa yg senget benget tu..baru lagi kan....

ok mak... no problem..kasi chance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 08:46 AM | Show all posts
Alhamdulillah.... baguslaa berubah ke arah kebaikan, semoga istiqomah.... cantik jer dia menutup aurat rambutnya.... cuma pesen tu slow2 laa...dia kan artis, aura2 glamor tetap ada..... dia pun ckp slow2 tadi kan, biarlah mula2 dia berfesyen2 cam tu, lepas tu maybe bertudung labuh who knows??? semua tu kerja Allah, bukan kita manusia nak tentukan semua....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:49 AM | Show all posts
alhamdulillah....moga terus istiqamah...
suka tgk dia ni berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:54 AM | Show all posts
aku pulak suke tgok kalu pompuan pakai tudung bawal...manis je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 08:59 AM | Show all posts
bagusnye.. skrg retis muda2 lg dh berhijrah ke arah kebaikan.. baguss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.083118 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list