CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

Lisdawati pun dah berhijab uolss..alhamdulilah..(stetment pg2)

[Copy link]
Post time 13-5-2013 12:28 PM | Show all posts
ALHAMDULILAH..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 12:56 PM | Show all posts
alhamdulillah...dia memang natural beauty...pakai tudung lagi lawo sehhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 12:57 PM | Show all posts
alhamdulilah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 01:07 PM | Show all posts
opie5662 posted on 13-5-2013 11:28 AM
aku tgk tudung yg die pakai aku terbayang kan ini
  
dan ini

aku plak nampak cam sesumpah...haha

tp, ok la tu dah makin ramai artis pakai tudung wlupun tak berapa nak cukup syarat...inshaallah 1 day
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 01:15 PM | Show all posts
mea posted on 13-5-2013 08:19 AM
tgk cerekarama malam tuh smpai abis..lama dah xtgk sampai larut mlm....

sama laaaaa...tp kte xpuas ati apasal kak long nan inesen pun mati di dera tgh preggy pulok tu...kejamm sungguhh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 01:25 PM | Show all posts
...make up pun makin kurang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2013 01:53 PM | Show all posts
Alhamdulillah.... baguslaa berubah ke arah kebaikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 02:21 PM | Show all posts
Lisdawati Tidak Mahu Dihukum Kerana Imej Terbarunya



Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 12 MEI 2013: Sebagai seorang insan biasa yang telah ditakdirkan ruang kerja serta rezekinya dalam dunia seni atau lebih tepat lagi sebagai pelakon, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 34, akur dengan ketetapan Allah SWT kepadanya.

Niatnya hanya untuk mencari rezeki dan membesarkan anak dengan kerjaya utamanya kini sebagai seorang pelakon. Dalam masa yang sama terbersit di hatinya untuk mencari keredhaan yang Maha Esa atas kurniaan rezeki yang diberi dengan sedikit demi sedikit mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perkara ini dikongsi sendiri Lisdawati yang ditemui petang tadi di acara pelancaran farmasi milik Serina Redzuawan dengan penampilan yang lebih sopan daripada selalu. Namun begitu dia tidak mahu dianggap sudah berhijrah sepenuhnya kerana ini adalah imej Lisdawati kini, tetapi dalam dunia lakonan yang menjadi sumber mata pencariannya itu, dia tidak mahu masyarakat menghukumnya jika dia tampil berlakon namun tidak berhijab.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat.

"Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan.

"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

"Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.

"Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata.

"Kerana saya tiada sumber mata pencarian lain, cuma baru sekarang saya sedang berusaha untuk membuka perniagaan supaya saya tidak terlalu berharapkan daripada sumber sebagai pelakon. Semua itu masih dalam perancangan.

"Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

"Ini adalah niat saya dan untuk diri saya sendiri, itu sahaja,"jelas Lisdawati panjang lebar walaupun pada awalnya mengelak daripada memperkatakan imej terbarunya itu.

Dramatis yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi ini juga menjelaskan bahawa transformasi dalam dirinya itu telah lama difikirkannya. Bermula daripada awal tahun lagi sikit demi sedikit dia sudah memulakan langkahnya kearah kebaikan. Cuma imej sopan terbarunya ini digayakannya bermula 1 Rejab iaitu semalam.

"Bagi peminat atau kenalan yang mengikuti perkembangan saya di Twitter mahupun Instagram, saya banyak meletakkan foto saya berimej seperti ini. Sedikit demi sedikitlah saya buat, jadi bila dah rasa selesa baru saya keluar dengan imej seperti sekarang.
"Saya bukan tidak mahu terima kritikan tetapi jalan saya pilih kearah kebaikan ini saya mahu lalui dengan tenang. Bukannya secara drastik kerana orang sekarang lebih suka menghukum daripada memberikan reaksi positif kepada perubahan kita.

"ada saya, semua orang mahukan perubahan yang lebih baik dalam hidup. Cepat atau lambat sahaja dan saya baru sahaja hendak bermula,"tambahnya lagi.

Pelakon ini ditemui pada majlis pelancaran farmasi selebriti Cosway yang pertama di negara milik Serina Redzuawan di Kota Damansara. Lisdawati juga baru menjinakkan diri dalam bidang perniagaan ini sebagai sumber mata pencariannya yang baru selain daripada berlakon.

-murai-

laaa...baru prasan jah..harap2 tutopla terus Lisda..rezki tu ada di mana2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 02:22 PM | Show all posts
mea posted on 13-5-2013 02:21 PM
Lisdawati Tidak Mahu Dihukum Kerana Imej Terbarunya

lagi takut hukuman manusia dari hukuman Allah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 03:18 PM | Show all posts
"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.


bagusla camtu....ingat ketetapan hukum ni boleh nego2
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 03:35 PM | Show all posts
opie5662 posted on 13-5-2013 11:28 AM
aku tgk tudung yg die pakai aku terbayang kan ini
  
dan ini


aku lak terbayangkan singa jantan......



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lisdawati...nisdawati..lydiawati...keliru ok!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 03:55 PM | Show all posts
macam sunflower..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:06 PM | Show all posts
hukum ape? dia ade wat salah ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:08 PM | Show all posts
tapi katenye x sepenuhnye lagi pakai tudung.. kalau ade lagi belakon kene bukak tudung,,, masih consider lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:09 PM | Show all posts
mea posted on 13-5-2013 08:23 AM
-murai-

Orang lawo, bertudung pun lawo. Tudung fesyen apa ni.........?
Macam fesyen bunga sedng berkembangan........................................

               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 04:16 PM | Show all posts
biozipstar posted on 13-5-2013 04:08 PM
tapi katenye x sepenuhnye lagi pakai tudung.. kalau ade lagi belakon kene bukak tudung,,, masih cons ...

mana yang selesa...lama2 melekat la tudung nak keluar rumah mesti rasa togel je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:28 PM | Show all posts
aseela posted on 13-5-2013 04:16 PM
mana yang selesa...lama2 melekat la tudung nak keluar rumah mesti rasa togel je

hehee.. tu la hopfuli teros pakai.. tadi bace kt butifulnarok.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:36 PM | Show all posts
Apakah?. Ngok ngek..dpt wtk x pkai tudung pon amik adoii
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:37 PM | Show all posts
"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.


owh statement cam penah ku dgr dr anne ngasari dulo
anne tu dulo ibu tunggal aku faham le

yg ni ada laki yg bole tlg cari sama rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.147760 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list