|
Lisdawati pun dah berhijab uolss..alhamdulilah..(stetment pg2)
[Copy link]
|
|
macam maca fesyen tudung sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 19-5-2013 08:18 PM
Lisdawati 'buka tudung' demi lakonan
NOR ATIEYAH YUSOFF
diorg ni masih tak pecaya pd rezeki kot..
kalau buka tudung semata2 nak blakon lg baik tak pyh pakai lgsg...
pakai bila btl2 dh bersedia...ni mcm main2..
ni pndpt aku jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
bertudung pun bole cuba2 ke? erm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis Mei 23, 2013
'Terima Perubahan Saya Secara Perlahan-Lahan' - Lisdawati
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Lisdawati memberitahu memakai tudung adalah salah satu proses dalam menjadi seorang insan yang baik.
KUALA LUMPUR: Aktres Lisdawati berharap peminat tidak terlalu mengharap dia akan terus menjadi seorang muslimah yang sejati selepas mengambil keputusan untuk memakai tudung kira-kira tiga minggu lalu.
Lisdawati berkata, sebagai manusia biasa masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya dan menutup aurat adalah salah satu proses peralihan dalam hidupnya.
"Tidak bererti apabila saya sudah memakai tudung saya seorang yang baik dalam semua perkara tetapi ini adalah satu proses penghijrahan yang mempunyai perjalanan yang masih panjang.
"Terimalah perubahan yang saya lakukan ini dengan perlahan-lahan dan jangan terus menghukum saya sekiranya saya ada melakukan kesalahan kerana perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna itu bukan mudah dan masih panjang," katanya.
Lisdawati ditemui pada majlis Amazing Red di The Weld di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Lisdawati berkata, dia sudah berhasrat untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu apabila pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah.
Bagaimanapun kata Lisdawati, hasrat itu dipendam kerana tidak mahu terburu-buru tetapi mula melakukan perubahan dengan lebih berhati-hati memilih pakaian yang lebih tertutup dan berlengan panjang.
"Saya sudah merancang untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu selepas pulang daripada mengerjakan Umrah tetapi hasrat itu dipendamkan dan tidak mahu terburu-buru melakukan perubahan.
"Bagaimanapun sejak itu saya mula berubah secara perlahan-lahan dengan memilih baju berlengan panjang selain memilih fesyen yang lebih sesuai.
"Alhamdulillah pada 1 Rejab lalu saya terus terbuka hati untuk bertudung namun saya tidak dapat berkongsi apakah sebabnya saya berbuat demikian pada tarikh berkenaan kerana ia adalah rahsia Allah," jelasnya.
Tambah Lisda, walaupun suaminya, pelakon Fauzi Nawawi agak terkejut dengan keputusan itu namun tetap gembira dan memberi sokongan dalam perubahannya itu.
Sementara itu, Lisdawati berkata, dia akan terus berlakon seperti biasa dan bersyukur kerana dia masih mendapat tawaran daripada syarikat produksi.
"Saya tidak percaya dengan menutup aurat rezeki berlakon akan hilang kerana percaya rezeki itu ditangan Allah. Selagi kita berusaha Insya Allah ia pasti milik kita," katanya.
Dia memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Dari Asar Ke Maghrib lakonan bersama Maimun Mutalib.
-mstar-
Print this story
|
|
|
|
|
|
|
|
Berhijab kepala dah bagus...tapi mulut x hijab dari
Buruk2 kan org... |
|
|
|
|
|
|
|
kucim posted on 5-3-2014 12:28 AM
Berhijab kepala dah bagus...tapi mulut x hijab dari
Buruk2 kan org...
betul tu!
sapa duduk sebelah rumah dia tahulah hikhikhik
|
|
|
|
|
|
|
|
ayjay posted on 5-3-2014 02:14 PM
betul tu!
sapa duduk sebelah rumah dia tahulah hikhikhik
uiks...ko jiran dia ke hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ayjay posted on 5-3-2014 02:14 PM
betul tu!
sapa duduk sebelah rumah dia tahulah hikhikhik
U ni mesti jiran dia kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang replied at 13-5-2013 08:03 AM
lepas ni mesti makin berkurang dia punya job
Kena tengok dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
aikee04 replied at 13-5-2013 08:05 AM
Alhamdullillah.....
Tgk cerekarama Taksub....tv3
Itulah best kan cerita nyerr. |
|
|
|
|
|
|
|
kak_sue replied at 13-5-2013 08:14 AM
Dr Sri Asmah pun dah bertudong....tapi jambul rambut pelesu nya masih nampak sikit.... tak tau nak t ...
Doakan baik baik sahaja. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Mizlyn replied at 13-5-2013 08:23 AM
Alhamdulilah...emmmm tapi fesen tudung tu tak berkenan lak i tgk...
Nampak lain kan. |
|
|
|
|
|
|
|
mea replied at 13-5-2013 08:29 AM
slow..slow noks....
Lama lama oklah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mizlyn replied at 13-5-2013 08:33 AM
hehe... i tak kisah she nak bertudung ..benda baik kan... tudung she pakai tu yg tak berapa cun..y ...
Nampak tak kemas kan. |
|
|
|
|
|
|
|
chinatsu replied at 13-5-2013 08:37 AM
buruk nau pesennya..kan banyak pilihan tudung yang comei2 kat pasaran skang nih
Nampak pelik tapi perlahan ok kot. |
|
|
|
|
|
|
|
mea replied at 13-5-2013 08:41 AM
maksud mak, slow2 tu mebi lom biasa lagi perbetulkan apa yg senget benget tu..baru lagi kan....
Lom biasa tunggu lama-lama of course ok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|