CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: edd-mustafa

Novel The Ice Queen by Edd Mustafa

[Copy link]
 Author| Post time 15-5-2013 01:40 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-5-2013 10:22 AM
Assalamualaikum adik Edd,

Memula akak pom macm ko gak masa nak memula menulis...dahtu pernah na ...

Kak sellie003, hehehe tak sangka gak akak pun nak cuba bakat dalam bidang penulisan, ada masa saya akan baca sampai habis.. Saya pun ada hajat nak tempek novel saya kt sini..tapi segan sket la..maklumla masih baru..karang percuma je kena bantai gelak dgn forumer kat sini~ hehehe Bagus jugak ada orang komen, nanti boleh meriahkan thread ni..boleh tukar-tukar fikiran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2013 01:44 PM | Show all posts
UsuFie posted on 15-5-2013 09:41 AM
ooo...no..no..no.. bkn ahkak Usu... tapi acik Usu...

Baguih la kalu ada semangat nak menuli ...

Ok..ok.. acik UsuFie.. Saya pun sebenarnya tak minat cerita cintun cintun skola ni... tapi memang watak novel saya start waktu sekolah tinggi..tapi waktu takde cinta lagi..hehehe Nanti ada masa, saya post novel saya kat sini..minta pendapat forumer sekalian..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 03:37 PM | Show all posts
edd-mustafa posted on 15-5-2013 01:40 PM
Kak sellie003, hehehe tak sangka gak akak pun nak cuba bakat dalam bidang penulisan, ada masa saya ...

Ikukn sejak dr bangku skolh...maklumlah akak dulu aliran sastera........pernah gak belajar2 wat novel masa skool dulu...tp stop sbb malas, maklumlah pakai tulis tgn...ahaks...kalu ler zmn tu ada lappy, komputer...agak2 akak dah jd penulis kot...huhu...

Jgn risau...otai2 yg komen semua membina semgt...kekadg lawk pom ada...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 04:24 PM | Show all posts
pooh83 posted on 14-5-2013 05:31 PM
lady..citer tunjuk flasback mayat tu "geng surau" ke "tanah kubur"?

Kita refreshhh...

  contoh paling baik yg aiols suka: Geng surau. Sisi hitam watak mayat ditunjukkan sebagai flashback sikit2


ini salah satu dr contoh penulisan yg kurang jelas yg membawa kpd salah pemahaman pembaca.

maksud yg hendak disampaikan penulis ialah....

mayat tu adalah nama watak dr cerita Geng Surau.So, sepatutnya mayat ditulis sebagai Mayat.

Ok, sekian pelajaran hari ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 05:18 PM | Show all posts
Salam forumer-forumer sekalian~ Ini part 1 novel saya..

Maaf la kalau ada yang kurang dengan novel saya.. ini percubaan pertama..

THE ICE QUEEN by Edd Mustafa

   “MANAbudak sial tu?” tempik Kamil. Di tangannya ada sebatang kayu. Kelihatan dibelakangnya, beberapa orang lelaki yang setia mengekorinya. Pelajar-pelajarperempuan di dalam kelas sudah ketakutan melihat amukan lelaki yangbersenjatakan kayu itu.

   “Woi! Aku tanya ni, mana budak sial tu? Mana Ashraf?!!” Kakinya mula menendang kerusi dihadapannya. Tiba-tiba sesusuk tubuh keluar, “Kenapa dengan kau ni? Cari gaduh ke apa?”


   “Haa, keluar pun bapuk ni. Aku ingat dahhilang jantan dah. Sini kau kemari, lawan dengan aku! Kalau kau anak jantan!” tempik Kamil. Ashraf menggeleng.


   “Mil, aku rasa kau dah gila ni. Faidz cuma menjalankan tugas. Tak ada kena mengena jantan ke tak. Jangan risau, Faidz lelaki, dia masih jantan.” Sempat lagi Ashraf berloyar buruk. Orang kalau marah, jangan diambil serius sangat. Sebahagian pelajar kelas mengetap bibir,menahan geli hati. Faidz yang memerhati kelihatan takut dengan Kamil dan gengnya.


   Kamil mendengus. “Kau jangan nak buat loyar buruk la sial!” Kerusi yang ditendangnya tadi, ditendangnya sekali lagi sehingga terpelanting. Pelajar perempuan mula menjerit. Pelajar lelaki hanya mendiamkan diri, malas masuk campur. Hal lelaki, mereka sudah faham.


   “Mil, jangan buat gila. Sini kelas. Kalau cikgu lain nampak macam mana?” Ashraf masih beriak tenang walaupun jantung berdebar bagai nak gila. Hai, baru nak buat lawak, dah kena ‘sembur’ kaw kaw punya.


   “Sial! Kau punya pasal la aku kena hukum dengan Madame Yoe tadi! Sial!” Telunjuknya dihalakan kearah Faidz. Selepas itu,tangannya mencengkam kolar baju Faidz.


   “Jangan sebab kau pengawas, kau boleh  adu macam macam kat madame!” Dush! Satu tumbukan dituju kearah perut Faidz. Faidz memejamkan mata dan mengerutkan wajah menahan senak akibat ditumbuk Kamil.


   “Woi! Sudah la tu! Kau gila ke?” jerit Ashraf. Namun tangannya dipegang oleh kawan-kawan Kamil. Kamil semakin bertalu-talu membelasah Faidz tanpa belas ihsan. Faidz masih berdiri, bertahan menerima tumbukan Kamil. Tak cukup dengan tangan, Kamil juga menggunakan kaki untuk menyepak batang tubuh Faidz. Faidz masih setia berdiri di sudut kelas, menahan tumbukan dan sepakan daripada Kamil.


   Kamil mula melayangkan satu lagi tumbukan kearah Faidz yang entah kali keberapa. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Suasana dalam kelas mula sepi. Hanya kipas angin yang masih berpusing. Semua pelajar menanti dengan penuh debaran.


   “Woi perempuan! Tepi la!” Kamil mendengus kasar. Namun, perempuan itu masih tak beriak, masih tak berganjak, malah sibuk menyusun buku-bukunya di dalam loker!


   “Woi! Aku cakap tepi, tepi la! Kau tak paham bahasa ke? Dengan kau sekali aku tumbuk! Tepi lah woi!” Kamil menjerit tak berlapik. Yura merenung dingin wajah Kamil. Dia masih tak beriak dan masih tak menunjukkan tanda-tanda nak bergerak.


   “Kau, kalau nak gaduh, pergi keluar. Jangan buat kecoh kat sini.” Renungannya masih dingin dan beku, bersama nada suaranya yang mendatar.


   Yura memusing ke arah loker bukunya,menyusun kembali buku. Sebab utama Kamil berhenti menumbuk Faidz kerana kedudukan Yura yang berada di tengah-tengah antara mereka, sibuk menyusun buku!


   “Sial la betina ni!” Serentak itu, Yura merenung Kamil. Pandangannya masih dingin, air mukanya nampak keras membatu. Ashraf menelan air liurnya. Terasa kesat di kerongkong.


   ‘Minah ni berani betul. Kena libas baru tau.’ Ashraf makin resah. Sebenarnya dia pun takut dengan Kamil. Jumlah Kamil dan rakan-rakannya lebih ramai daripada mereka yang terbabit disini ; Yura, Ashraf dan Faidz.


   Yura mengalihkan tumpuannya semula. Kamil mendengus. “Oh, kau tunjuk berani dengan aku ya? Bodoh punya betina! Kau pikir anak pelacur macam kau boleh lawan aku?” Kamil ketawa berdekah-dekah. Rakan-rakannya turut ketawa berdekah-dekah. Belum sempat Kamil memusingkan kepalanya kearah Yura, tiba-tiba..


   Kamil terlentang jatuh. Faidz dan Ashraf terpaku. Rakan-rakan Kamil ternganga. Seisi kelas terdiam ketakutan. Yura masih memandang dingin. Rasanya seluruh kelas menjadi beku dengan pandangan Yura. Yura memandang rakan-rakan Kamil. Renungan Yura yang keras membeku memakukan lagi kaki-kaki mereka. Rasanya, tak pernah lagi jumpa perempuan yang berani menumbuk lelaki. Bukan sembarangan tumbuk. Tepat di muka, tertolak jatuh terlentang ke belakang agak jauh. Sesiapa sahaja yang tengok pasti tahu tumbukan Yura itu bukan tumbukan biasa.


   “Kenapa? Kau orang nak panggil aku betinajugak ke?” Dengan kata-kata itu, mereka semakin kaku berdiri dan semakin takut menahan debaran hati.


P/s : Sape rasa malas sangat nak baca serabut-serabut macam ni..or malas nak tunggu lama-lama.. boleh visit blog saya, http://eddmustafa.blogspot.com/ kat sana clear sket nak baca.. Last edited by edd-mustafa on 17-5-2013 07:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 05:23 PM | Show all posts
Part 2 THE ICE QUEEN by Edd Mustafa

   
   “BAGAIMANA Puan Sri?” soal Cikgu Hasrizal. Dia mengiringi langkah Puan Sri, menemaninya melihat keadaan di sekolah ini. Puan Sri tersenyum berpuas hati. Sudah 3 bulandia meninggalkan sekolah ini atas dasar urusan penting di Melbourne.


   “Terima kasih Rizal. Dah 3 bulan saya tinggalkan sekolah ini, awak dan Fatih memang boleh diharapkan. Saya harap kamu berdua kekalkan prestasi kamu. Impian saya agar sekolah ini boleh menjadi sebaris dengan sekolah-sekolah terbaik yang lain.”


   “Insya Allah Puan Sri. Kami semua akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meperbaiki ranking sekolah ini. Tapi biasalah Puan Sri, budak budak kat sini..”


   Dumm! Bunyi kuat seperti dihentak keras mengalihkan tumpuan Sir Hasrizal dan Puan Sri Aisha. Mata mereka mencari-cari punca bunyi yang kuat itu. Kelihatan satu papan pintu sudah menyembah lantaidan satu lagi papan pintu sudah berlubang. Bukan itu sahaja, ada 3 pelajar lelaki yang sudah terbaring menahan kesakitan diatas lantai. Malah ada seorang pelajar lelaki turut dicampak keluar dari kelas. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan keluar dari kelas merenung 4 orang pelajar lelaki yang sudah terbaring terguling diatas lantai.


   “Kau kena ingat dalam sekolah ni bukan kau sorang yang gangster. Ada yang lagi gangster daripada kau.” Tenang tidak beriak perempuan itu bersuara. Pelajar itu mengalihkan wajahnya ke kanan apabila berasa dirinya ditenung.


   “Yura?” Mereka berdua bersuara serentak.




   “MAAFKAN saya Puan. Saya akan membaiki kos pintu Bilik Bahasa tu dan saya akan menerima hukumannya sekali.” Tenang Yura bersuara. Puan Sri Aisha hanya tenang memandang Yura. Wajah Cikgu Hasrizal pula sudah meluap-luap menahan kemarahan.


   “Awak sedar tak apa awak buat? Pertama, awak belasah semua budak-budak lelaki tu. Kedua, awak rosakkan harta benda sekolah! Sini sekolah, bukan tempat tunjuk samseng!”tempik Cikgu Hasrizal.


   Puan Sri Aisha memandang Cikgu Hasrizal.“Rizal, sudah la tu. Yura dah mengaku kesalahannya.” Wajah Cikgu Hasrizal masih menunjukkan rasa tidak puas hati.


   Puan Sri Aisha memandang Yura kembali.“Kenapa awak pukul mereka?”soal Puan Sri Aisha lembut.


   “Kamil pukul Faidz sebab tak puas hati Faidz laporkan kesalahannya pada Madame Yoe tadi. Saya tak pasti apa kesalahannya tapi saya takkan berdiam diri melihat orang lain dipukul.” Wajah Yura masih tidak beriak namun ada ketegasan pada suaranya. Sir Hasrizal mendengus kuat.


   “Jadi sebab awak tak sanggup melihat orang lain kena pukul, awak pukul mereka balik? Apa bezanya awak dengan mereka?” Tajam Cikgu Hasrizal membidas.


   “Saya mempertahankan diri saya. Kamilpanggil ibu saya pelacur dan kawan-kawannya mentertawakan saya. Bukan sahaja saya, Faidz juga dihina. Saya tidak kisah dihina atau diejek, tapi saya pantang kalau ada orang menghina ibu saya. Ibu saya perempuan mulia.” Wajah Yura masih sama namun ada getar pada suaranya.


   Yura menyambung, “Lagipun ini bukan kali pertama Kamil dan kawan-kawannya begitu. Suka hati dia orang nak hina mak bapak siapa. Saya tak peduli dia anak Datuk ke, anak raja ke, atau anak perdanamenteri sekalipun. Saya mempertahankan maruah ibu saya dan yang salah tetapsalah. Saya tak akan lari daripada tanggungjawab saya, saya bersedia dihukum.” CikguHasrizal menggeleng. Puan Sri Aisha tersenyum.


   “Yura, awak menyesal apa yang awak buat padamereka?”


   “No. I don’t felt any regret at all. Tapi saya akui apa yang saya buat salah cuma saya tak menyesal.”


   “Ok la. Kami sudah dengar alasan awak dankami maafkan awak untuk kali ini. But next time, I won’t. Lagipun budak-budak itu dah dihukum. But still, awak kena ganti balik bayaran untuk pintu Bilik Bahasa tu.”


   “Understood.”



Last edited by edd-mustafa on 17-5-2013 08:01 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2013 05:26 PM | Show all posts

oohh....dah ada tepekan...

silalah edit tajuk yek...

nnt free, acik baca..skrg nak balik masak...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 05:29 PM | Show all posts
UsuFie posted on 15-5-2013 05:26 PM
oohh....dah ada tepekan...

silalah edit tajuk yek...

Hehe tak pe.. Acik gi la masak.. Saya pun nak 'melahap' jemput-jemput pisang ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 09:28 AM | Show all posts
Okay....blm baca habis...juz scrol2 dulu...

tp mcm perenggan/spacing tu padat sgt kot..
pening mata nak baca...





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:12 AM | Show all posts
UsuFie posted on 16-5-2013 09:28 AM
Okay....blm baca habis...juz scrol2 dulu...

tp mcm perenggan/spacing tu padat sgt kot..

Ye betul! Same here. Aiolss akan turn off nak baca bila disumbatkan satu bab dlm satu post.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 07:19 PM | Show all posts
Sorry akak akak forumer sekalian.. saya terus copy dari microsoft word.. nanti saya cuba edit.. kalau masih tak ok lagi.. boleh visit blog saya.. lg senang.. [amek kesempatan promote blog] eddmustafa.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 08:10 PM | Show all posts
Part 3 The Ice Queen by Edd Mustafa

   
   “PUAN SRI AISHA ada bagitau saya pasal kes pintu tu.” Tenang nada suara Sir Michael. Ekor matanya melihat tubuh Yura yang masih kaku berdiri. Hari ini dia datang kerumah Yura. Hajatnya ingin berbicara dengan gadis itu.
   
   “I’m sorry sir.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Yura.
   
   “Saya faham tapi tindakan awak salah. Tak patut buat macam tu. Ada cara lain lagi nak ajar orang.” Sir Michael perasan Yura mula merenungnya dingin. Dia faham pandangan itu, pandangan yang tidak mahu kalah. Pandangan Ice Queen.
   
   “Cara apa? Ada cara lain? Maafkan saya kalau saya biadap tapi budak budak empat ekor tu rasanya lah, tak boleh nasihat pakai mulut lagi. Adakalanya cara kekerasan patut digunakan untuk mengajar empat ekor tak guna tu, bagi sedar maruah orang jangan dikotak katikkan.” Suara Yura bernada tegas. Sir Michael mengeluh.
   
   “Semua point yang awak sebut semuanya betul. Tapi awak seorang pelajar. Seorang pelajar tugasnya belajar, belajar dan belajar. Awak tak perlu nak hukum budak-budak lelaki tu. Biar pihak sekolah uruskannya.”
   
   “Saya akui semua yang sir cakapkan memang betul. Tapi, dimana logiknya kalau saya kena berdiam diri sedangkan maruah ibu saya dihina? Kamil panggil ibu saya pelacur. Kalau biar sekolah yang uruskan, apa yang mereka mampu buat? Bagi nasihat? Setakat nasihat pakai mulut, pakai lidah, memang tak jalan apa-apa. Lagipun ini bukan kali pertama. Saya cuma nak bagi peringatan, maruah orang tidak boleh diinjak sesuka hati. Sama ada sir setuju atau tidak, saya tak akan menyesal apa yang saya buat. Maaf sekali lagi kalau sir rasa saya agak biadap.”
   
   “Ok Yura. Saya faham. Tapi kalau boleh, elakkan benda-benda begini. Awak masih seorang pelajar.”
   
   “Saya faham sir. Terima kasih kerana menasihati saya.” Terdengar bunyi ketukan dipintu.
   
   “Yura, ibu masuk ya?” Suara ibunya di luar pintu.
   
   “Masuklah ibu.” Puan Alina masuk menatang dulang. Ada teko teh dan dua cawan serta biskut Marie.
   
   “Maaf ya Tuan Michael. Air biasa-biasa yang kami mampu hidangkan.”
   
   “Tak apa Alina. Saya datang ni pun tak lama. Ingat nak jenguk Yura sekejap.”  Sir Michael tersenyum.
   
   “Terima kasihlah sebab tolong kami selama ni. Tolong tengok-tengokkan anak-anak saya.” balas Puan Alina merendah diri.
   
   “Tak apa. Tanggungjawab kita sesama manusia. Yura dan Yuka pun saya dah anggap macam anak perempuan saya sendiri.” Sir Michael mengambil sedikit biskut marie dan dicicah ke dalam teh.
   
   “Tak apa ibu. Yura tau jaga diri. Jangan risau.” Wajahnya menunjukkan riak serius.
   
   “Ibu tau, tapi kan Yura perempuan? Ada Tuan Michael ni pun Alhamdulillah Yura. Dia banyak tolong kita.” Yura hanya diam membisu. Rambutnya diusap perlahan oleh ibunya.
   
   “Maafkanlah anak saya ni Tuan. Adakalanya dia ni degil sikit. Tapi dia baik sebenarnya. Ajarlah dia apa-apa yang patut. Apa salah silapnya, harap perbetulkan.” Puan Alina tersenyum. Ibu mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anaknya?
   
   “Saya faham Alina. Yura perlukan masa. Dia masih budak lagi, tak mudah untuk dia lupakan apa yang terjadi.” Yura menggengam tangannya, dikepal. Wajahnya bertukar keruh dan kembali dingin. Sir Michael hanya memandang raut wajah gadis itu sekilas. Dia faham gelojak hati gadis itu. Yura melangkah keluar dari bilik bacaan rumah mereka. Tanpa menoleh sedikit pun.
   
   Puan Alina hanya tersenyum lesu. “Maaf sekali lagi Tuan. Dia emosi agaknya. Dia masih tak boleh terima kenyataan.” Sir Michael hanya memandang simpati.
   
   “Alina, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu. Yura perlukan bimbingan dan peluang. Yuka perlukan rawatan yang sempurna untuk memulihkan kembali psikologinya. Ekonomi keluarga awak perlu dipulihkan.” Puan Alina menahan rasa, sebaknya bertimpa-timpa. Tubir matanya mula bergenang.
   
   “Entahla Tuan. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat. Saya sayang anak-anak saya. Tapi saya sendiri pun, tak mampu nak jaga diri saya sendiri. Saya dah  letih dengan semua ni.” Puan Alina mula menangis. Hatinya bagai diremuk dan dihempas berulang-ulang kali. Pahit rasanya membuka cerita duka lama. Pahit lagi apabila cerita itu berkaitan dengan orang yang kita sayang dan kasihi selama ini.
   
   Sir Michael menghulurkan sapu tangannya. Dia juga sedih dengan apa yang menimpa keluarga ini. “Alina, menangislah. Kita kena lepaskan apa yang terbuku dalam hati. Jangan simpan, jadi racun nanti.”pujuk Sir Michael. Puan Alina makin galak menitiskan air mata, menangis perlahan.
   
   “Alina, hey, look at me.” Sir Michael tunduk, memegang lembut dagu Puan Alina dan menatap mata Puan Alina yang sudah merah. Sendu tangisan sudah kedengaran. Sir Michael menyapu lembut air mata yang mengalir di pipi wanita itu.
   
   “I promise ok. I’m promise I will help you. You don’t have to worry about Yura. saya boleh handle dia. Saya yakin, one day dia akan faham.” Puan Alina mengangguk.
  
    “So, don’t cry. Apa pulak kata Yura kalau tengok awak asyik sedih? Smile please? Hmm?”  Puan Alina tersenyum. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Puan Alina mengalihkan tangan Sir Michael yang masih memegang lembut dagu dan pipinya.
   
   Sir Michael tersedar akan ketelanjurannya. “I’.m sorry Alina. Never thought..”
  
Puan Alina bingkas memotong. “It’s ok. Saya dah tak apa-apa sekarang. Terima kasih.” Sir Michael melihat jam ditangan kirinya, cuba menutup rasa gelabahnya.
   
   “I’ve got to go Alina. Ada masa, saya akan singgah sini.” Sir Michael bingkas bangun dan mengambil briefcasenya yang berada disebelah.
  
    “Terima kasih. Tuan banyak membantu keluarga kami. Mari, saya hantarkan Tuan ke pintu.”
  
    “Sama-sama.”


YURA menghela nafasnya yang entah keberapa kali. Hatinya sebal bercampur baur perasaan yang tidak pasti. Tiada niat dia hendak biadap di hadapan Sir Michael dan ibunya. Dia tidak mahu perasaannya terganggu dengan kata-kata Sir Michael. Dia juga sedar, Sir Michael tidak berniat untuk meyinggung perasaannya. Sudah beberapa tahun peristiwa itu berlalu namun fikirannya masih kosong, sepi seakan tidak mempunyai apa-apa.
   
   Bukan dia tidak dengar akan tangisan ibunya di balik pintu. Dia memahami. Malah lebih memahami daripada semua orang yang berada disini. Tapi dia juga letih, ikutkan hatinya mahu dibakar semuanya, mahu dibunuh orang-orang yang menjahanamkan hidup mereka namun dia masih bertahan. Dia tidak mahu terburu-buru. Rancangannya mesti berjalan lancar. Pertolongan Sir Michael seakan membawa tuah kepadanya untuk menjalankan misi. Dia tidak boleh gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 01:52 PM | Show all posts
Saya pun ada minat nak menulis. Tapi macam biasa la, ada je yang menghalang (padahal memang malas).
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 03:37 PM | Show all posts
Dah jengah kat blog. Cantik blog! Cerita ni cerita penyiasatan ek? Baca kat blog secara bullet train dulu.  

Ok, teruskan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 07:22 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 18-5-2013 03:37 PM
Dah jengah kat blog. Cantik blog! Cerita ni cerita penyiasatan ek? Baca kat blog secara bullet train ...

Kak ladyFinger12, terima kasih banyak2 sbb sudi jenguk blog saya yang tak seberapa. Novel ni bukan pasal penyiasatan. Bukan macam Sherlock Holmes ye! Cerita ini berkenaan watak heroin itu sendiri. Tengok tajuk novel saya, The Ice Queen pun dah tahu, cerita ni berkenaan pasal watak utama.   Atau lebih tepat lagi, perjalanan hidup watak utama itu sendiri. Novel ini tulisan saya yang pertama secara serius, dan cubaan saya dalam menonjolkan sedikit kelainan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 07:25 PM | Show all posts
LyzX posted on 18-5-2013 01:52 PM
Saya pun ada minat nak menulis. Tapi macam biasa la, ada je yang menghalang (padahal memang malas).

LyzX, kalau ada minat dan serius, apa salahnya cuba menulis? Mana tahu berbakat? Biasala kalau bab malas tu, hehehe saya dulu pun gitu jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058887 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list