CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9176|Reply: 114

[Tempatan] Bersalin atas jalan

[Copy link]
Post time 29-5-2013 07:35 AM | Show all posts |Read mode

Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.
Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.


Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 07:41 AM | Show all posts
kasihannya ....

semuga keluarga mangsa tidak akan membuang mangsa selepas nie
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 07:50 AM | Show all posts
aduhhh kesiannya....ngilu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 07:53 AM | Show all posts
Aduhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 07:55 AM | Show all posts
first time lak dengar kandungan songsang.. sallunya senang jer bersalin... kasihan takde saper2 masa tu.. malu kut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 07:55 AM | Show all posts
sian bb tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2013 07:58 AM | Show all posts
klu dia pengkid spe plak yg buat dia mengandung??
takan laa gefren dia yg buat kot..
ntah2 dia kne rogol....sian baby dia meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:03 AM | Show all posts
kesian, pondan itu merogolkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 08:03 AM | Show all posts
kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:04 AM | Show all posts
sian nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:22 AM | Show all posts
berani nyer...beranak sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:25 AM | Show all posts
.....ngeri, kecut perut baca...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:38 AM | Show all posts
aduhhhhhh mcm sakit jer..huuhhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:39 AM | Show all posts
ngeri btl........
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:46 AM | Show all posts
aku beranak normal pun sakit, apa tah lagi beranak songsang, sorang2 plak tu..!! dgn takde pengalamannya.. kesiannya beliau. semoga beliau dapat berpantang dgn tenang
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:50 AM | Show all posts
dia nie leh truma gak laa..bukan sikit sakit bersalin nie..anak sulong lak tu..pulak tu bb xdpt dselamatkan lak..
hope dia bersabar n tabah laa.
pasni nk kena soal selidik ngn family lak apesal leh ngandung???
hurm.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 08:50 AM | Show all posts
Seram aje aku membaca rasa sampai kecut perut
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:59 AM | Show all posts
seksanya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:00 AM | Show all posts
kesiannyer mesti sakit & trauma bersalin sorang belakang lorong
songsang plak tuh

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 09:02 AM | Show all posts
i didnt know i was pregnant .... teringat plak kat satu program di astro.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.414470 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list