CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5372|Reply: 56

[Jenayah] Untukmu Nyawaku

[Copy link]
Post time 3-6-2013 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Demi mempertahankan adik angkatnya daripada dirogol, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Sri Rampai, Setapak, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Selasa lalu itu, lelaki berkenaan bersama adik angkatnya yang berusia 21 tahun berada di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di kawasan kejadian sebelum dihampiri tiga lelaki berusia 20-an.

Tindakan ketiga-tiga lelaki itu menyebabkan mangsa cuba meninggalkan kawasan berkenaan namun keretanya ditahan lelaki terbabit sebelum dia dan adik angkatnya diarah keluar.


Sumber berkata, dua daripada lelaki berkenaan menarik keluar wanita itu daripada kereta sebaik dia enggan berbuat seperti diarahkan.

“Sebaik diheret keluar, ketiga-tiga lelaki terbabit cuba memperkosa wanita itu,” katanya.

Katanya, melihat kejadian berkenaan, mangsa cuba menghalang hingga berlaku pergaduhan.

“Tiga lelaki terbabit kemudian bertindak membelasah mangsa hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Wanita terbabit menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu berikutan kawasan kejadian sunyi dan gelap,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, melihat mangsa tidak sedarkan diri, tiga lelaki itu melarikan diri.

Katanya, adik angkat mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Doktor yang merawat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala,” katanya.

Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu sudah ditahan sehari selepas kejadian.

“Semua mereka kini direman. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 07:46 AM | Show all posts
kol 5 pagi ditempat yang sunyik.. jauh dari org ramai???
nampak sangat nak menempahbala...

apa apa pun, salam takzah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 07:48 AM | Show all posts
ini baru namanya membela nasib wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 07:49 AM | Show all posts
so,

mendiang/aruah abang angkat sheols ini berstatus bujang, duda or suami orang beranak pinak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 07:50 AM | Show all posts
chazey posted on 3-6-2013 07:49 AM
so,

mendiang/aruah abang angkat sheols ini berstatus bujang, duda or suami orang beranak pinak?

uols tak titow keer....
td jengok bod PP ... nampak posting uols around kol 3am...
ni dah bangun???
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 07:53 AM | Show all posts
MissNigga posted on 3-6-2013 07:46 AM
kol 5 pagi ditempat yang sunyik.. jauh dari org ramai???
nampak sangat nak menempahbala...

aku dalam dilema nak kata padan muka atau sebaliknya.

mahu tahu dulu apa status marital si mati. kalau bujang or duda dan tada gilpren or tunang lansung selain adek angkatnya, baru aku buleh simpati.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 07:55 AM | Show all posts
MissNigga posted on 3-6-2013 07:50 AM
uols tak titow keer....
td jengok bod PP ... nampak posting uols around kol 3am...
ni dah bangun ...

jap lagi titow la neyh.

cuti skola tinggal sikit hari saja lagi so ijinkan iols menikmati sepenuhnya hari2 bahagia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 08:37 AM | Show all posts
adik angkat sangatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 08:43 AM | Show all posts
i nak ketepi kan soal lelaki dgn perempuan duk dalam keta tempat sunyi....


geram gila dgn jenayah kat negara kita yang makin menjadi2...sial sangat dgn perogol2 ni...harap penjenayah2 ni dapat ditangkap dan dihukum mati...

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 08:50 AM | Show all posts
adik angkat apa duduk dlm keta kat tempat sunyi.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 08:54 AM | Show all posts
Baguslah. Kalau masa dahulu, pasangan zina ini akan direjam batu sampai mati. Ini wanita zina masih hidup lagi. Lelaki zina sahaja yg mati.

I rasa tiga lelaki yg belasah pezina adalah dari Jabatan tertentu yg tangkap khalwat. Bagus kerja jabatan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:13 AM | Show all posts
hai la nape la 5 pagi duduk kat tmpt mcm tu..kira maut mempertahankan maruah seorang "gadis??" emm maybe wanita la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:19 AM | Show all posts
berembun kul 5 pagi, sunyi2 dlm keta, adik angkat ka apa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:24 AM | Show all posts
adik angkat? pkl 5 pagi? bau2 ikan ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:25 AM | Show all posts
amboi.. terangkat sangat duduk kat tempat sunyi sepi subuh sepie'
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:36 AM | Show all posts
Sebab tu kena ikut balik nasihat orang dulu2. Balik rumah sebelum maghrib
Angkat mende kui 5 pagi???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 09:40 AM | Show all posts
mati sudohh..pekena duk tmpt sunyi sepi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:15 AM | Show all posts
adik angkat la sgt berdua-duaan di tempat sunyi kul 5 pagi... jgn2 3 org tu pun nak tumpang sekaki..mana leh makan sorang jer..
apa2 pun, takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:28 AM | Show all posts
noor2 posted on 3-6-2013 08:43 AM
i nak ketepi kan soal lelaki dgn perempuan duk dalam keta tempat sunyi....

tak boleh ketepikan begitu saja........seorang lelaki seorang perempuan muda berduaan pada pukul 5 pagi di tempat sunyi.....spt saja menempah bala jer....apa derang buat kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:30 AM | Show all posts
Mcm2 hal..pukul sampai mati..ape nak jd malaysia ni..sedis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062896 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list