CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19581|Reply: 8

Halba

[Copy link]
Post time 1-7-2013 10:48 PM | Show all posts |Read mode



Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.


Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah ,Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda : ' Gunakanlah Halba sebagai ubat'

( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)



Halba:

Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:

>Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba ini menambahkan pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja.
>Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merihatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
>Membesarkan payudara, kesan dari penambahan hormon estrogen.
>Melegakan simtom-simtom menopos.
>Mempermudahkan proses bersalin.
>Di dalam kaum lelaki pula, hormon testosterone bertambah dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
>Merawat masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
>Kajian terkini mendapati halba juga menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.



Halba boleh ditelan bijinya kemudian minum air-


Sesiapa ada pengalaman memakan halba,tolong berikan testimoninya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2013 10:55 PM | Show all posts
Antara Kelebihan & Khasiat Teh Halba :-

Mencuci perut.
Mencuci darah kotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
Menguatkan fungsi jantung.
Merawat masalah sembelit & buasir.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
Mengetatkan & meremajakan rahim.. kembali perawan la maknanya.. adus! tapi memang betul..
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
meningkatkan tenaga seksual.
Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.

Cara Penyediaan Teh Halba :-

Masukkan 2 gelas air ke dlm periuk.
Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dlm periuk tadi.
Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
Setelah suam, tapis & tuang ke dlm gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima.
Kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).
Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan anda!!!)
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 11:07 AM | Show all posts
hari ni bru mula minum air halba.. susahnya nk telan... sgt x sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 05:41 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 1-7-2013 10:55 PM
Antara Kelebihan & Khasiat Teh Halba :-

Mencuci perut.

banyak nya khasiat halba ni...tq for d info ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 1-7-2013 10:55 PM
Antara Kelebihan & Khasiat Teh Halba :-

Mencuci perut.

Banyaknya cuka.. tak luka ke perut?
Iols cuba minom pomegrate je pun perut dah kruk kruk kruk 1 hari.. then iols stop
Tak sesuai utk org gastrik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 11:23 AM | Show all posts
saya buat kapsul, telan 2 biji sebelum tdo....... aim nak besarkan breast hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ade sorg doctor dr iran pernah gtau i halba/fenugreek ni mmg bnyk khasiat esp utk wanita. die bg cdgn utk minum air halba ni utk balance kan hormones, and kalau lebih air tu, boleh sembur kat kepala utk elakkan hairfall. i pernah cube yg sembur tu, it actually works cume xtahan bau die je, so i buat tu only weekends.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 10-10-2017 08:29 AM
ade sorg doctor dr iran pernah gtau i halba/fenugreek ni mmg bnyk khasiat esp utk wanita. die bg cdg ...

Thanks bg info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 06:49 PM | Show all posts
I rebus halba lepas tu tapis. Minum sesudu tiap pagi. Buang angin dengan jaya, panas satu badan, period lancar.

Boleh buat untuk rambut gugur ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.104303 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list