CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25281|Reply: 26

Ekzema

  [Copy link]
Post time 16-7-2013 03:49 PM | Show all posts |Read mode


SIAPA yang tidak rasa tersisih apabila dipandang jijik gara-gara melihat kulit kemerah-merahan dan mengering kerana menghidap penyakit ekzema.


Biarpun saya kuatkan hati untuk berhadapan dengan orang lain tanpa memikirkan pandangan mereka, memang tidak berjaya kerana rasa malu dan rendah diri tetap menguasai diri apabila berada di tempat awam.


Keinginan untuk membeli pakaian yang sesuai juga begitu sukar. Apa tidaknya, ada jurujual yang memandang sinis dek melihat kesan seperti menghidap kudis atau lebih teruk lagi ada yang menganggap ia jangkitan kulat atau kurap.


Apabila ditanya pakaian yang sesuai untuk saya yang memiliki iritasi kulit, mereka terus melihat tangan saya yang sedang memegang sehelai pakaian jenama terkenal itu.




KRONIK..keadaan ekzema atopi yang teruk.


Lantas jurujual terbabit meminta diri untuk bertanya kepada rakan lain jika ada pakaian yang sesuai untuk pesakit seperti saya. Selepas lama menunggu, saya hampa apabila melihat jurujual tadi tidak mengendahkan pertanyaan sebaliknya terus melayani pelanggan lain yang memasuki butik berjenama itu.


Tidak mahu berputus asa, saya cuba bertanya soalan sama kepada jurujual lain di tempat sama bagi mengenal pasti pakaian sesuai dengan keadaan penyakit saya.


Keadaan serupa, dia meminta izin untuk bertanya kepada rakan lain dan saya masih menunggu dengan sabar. Keadaan kali ini agak berbeza, apabila saya memandang cermin di hadapan, dapat dilihat mereka sebenarnya sibuk bercerita mengenai diri saya dengan pandangan menjengkelkan.


Namun, mereka berpura-pura pula menyembunyikan reaksi apabila menyedari diperhati melalui cermin. Jurujual berkenaan kemudian menerangkan kepada saya dia tidak mahu menanggung risiko sekiranya ada kesan pada pakaian yang dicuba. Apatah lagi sebelum ini, tiada pelanggan yang bertanyakan mengenainya.


Saya hanya mampu menghulurkan ucapan terima kasih dan meneruskan perjalanan ke tempat lain. Terlihat kedai yang menjual keperluan penjagaan diri dan wajah lantas saya memasuki kedai terbabit dan bertanya mengenai jenis produk untuk wajah atau losen sesuai untuk pesakit seperti saya.


Mereka segera menunjukkan produk yang sesuai digunakan namun pada masa sama, tidak mahu menanggung risiko dengan barangan ditunjukkan lantas memberi penerangan agar mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dulu.


Benar apa yang dikatakan jurujual terbabit. Sekurang-kurangnya saya gembira kerana masih ada insan yang sudi mengambil sedikit masa melayani pesakit seperti saya biarpun sekadar bertanya.


Kemudian, aktiviti santai diteruskan di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota dengan memasuki pameran berkaitan barangan teknologi bagi melihat reaksi pengunjung.


Apabila soalan diajukan mengenai harga barangan yang digemari dengan jari menunjuk ke arah produk terbabit, reaksi jurujual itu sedikit terperanjat apabila terpandang kulit yang mengelupas dan kemerah-merahan.


Apabila pertanyaan diajukan sekali lagi, dia seolah-olah tidak selesa dengan kehadiran saya dan sekali lagi, saya dirundung sedih. Akhirnya, saya melangkah keluar saja dari pusat beli-belah terkemuka itu sambil membawa seribu pertanyaan mengenai kesedaran masyarakat terhadap pesakit ekzema. Nyata sekali, tahap kesedaran yang sangat kurang itu memberi kesan yang besar kepada penghidap penyakit berkenaan.


Kisah di atas adalah pengalaman diri sendiri apabila diberi kesempatan untuk menempuh pengalaman sebagai pesakit ekzema ketika berada di khalayak ramai.


Kesan kulit mengelupas kemerah-merahan kelihatan jelas setelah mendapat sentuhan daripada pakar jurusolek, menambahkan lagi keyakinan orang ramai yang melihat iritasi kulit yang cuba ditunjukkan.


Program pendidikan secara kreatif diberi nama Mirror, Mirror on the Wall yang dianjurkan oleh Leo Pharma itu adalah bagi memberi peluang kepada media untuk melihat sendiri tahap kesedaran orang ramai terhadap ekzema.


Ini kerana sokongan dan kesedaran mengenai penyakit ekzema dapat meningkatkan keyakinan dan semangat pesakit ekzema untuk berhadapan dengan masyarakat.


Turut hadir pada program itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), Dr Mohd Noh Idris dan Pengurus Leo Pharma, Tan Keng Aun.


Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Suganthi Thevarajah berkata, kesan emosi kepada pesakit dewasa menunjukkan lebih satu pertiga daripada pesakit berasa malu dan mengalami kesukaran dalam mengawal ekzema.


Berdasarkan kajian dilakukan kepada pesakit di Malaysia, ia menunjukkan 37 peratus daripadanya berasa malu dengan keadaan kulit mereka manakala 35 peratus pula mengatakan letih berurusan dengan ekzema dan tugas sukar untuk mengawalnya.


Selain itu, kesan emosi juga dihadapi penjaga pesakit ekzema yang menunjukkan lebih satu pertiga berasa anak yang menghidap ekzema atopi memerlukan perhatian lebih kerana mereka berasa berbeza daripada kanak-kanak lain.


“Tidak hanya memberi kesan kepada emosi, malah pesakit yang mengalami ekzema turut merasai impak ke atas tahap produktiviti harian dalam hidup mereka.


“Bagi pesakit dewasa, 38 peratus menyatakan mereka perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan diri daripada menjadi pencetus kepada ekzema yang dihidapi.


“Pesakit ekzema dewasa juga menghadapi kesan kurang penghargaan diri yang menunjukkan sebanyak 32 peratus mengalami masalah terbabit.


“Ramai orang tidak tahu apa itu ekzema atau bagaimana rupa sebenarnya. Tanpa pengetahuan dan kesedaran, terdapat kecenderungan untuk tidak mahu mengambil tahu mengenainya dan lewat berjumpa doktor sehingga menyebabkan kesakitan serta ketidakselesaan terpaksa ditanggung,” jelasnya mengenai impak dihadapi pesakit apabila tidak sedar mengenainya.


Ini kerana lebih separuh daripada pesakit dan penjaga yakin bahawa peningkatan kesedaran awam dan pemahaman mereka terhadap ekzema dapat membantu mereka menghadapinya.


Di Malaysia, ekzema tersebar luas di kalangan penduduk. Kajian terhadap jumlah bilangan pesakit menunjukkan ia semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak dan laporan mencatatkan sebanyak 12.6 peratus penghidap berumur tujuh tahun.


Tahun lalu, Leo Pharma menjalankan kajian di kalangan pesakit ekzema dan penjaga di Malaysia yang menunjukkan 75 peratus daripada mereka pernah mendengar mengenainya, tetapi tidak mengetahui lebih lanjut manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak pernah tahu sebelum berjumpa pakar.


Di samping itu, lebih separuh daripada pesakit dan penjaga berasa perlu ada lebih banyak aktiviti atau kempen untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman orang ramai mengenai ekzema.


Sementara itu, menurut Dr Suganthi, pesakit ekzema dihidapi dua dalam setiap 10 orang di Malaysia manakala 10 hingga 20 peratus daripada pesakit kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus bagi dewasa di seluruh dunia.


“Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Bagi mengelakkan ia menjadi teruk, pastikan kawasan kulit kering sentiasa dalam keadaan lembap dengan sapuan losen atau krim khas agar tidak mengalami kegatalan mahupun mengelupas yang berpanjangan.


“Ia salah satu penyakit kulit yang biasa dikaitkan dengan alahan dan disebabkan oleh faktor dalaman contohnya mewarisi genetik serta alam sekitar. Ia tidak berjangkit melalui sentuhan.


“Ekzema adalah masalah utama yang biasa dihadapi negara maju dan membangun. Terdapat beberapa jenis ekzema yang dihidapi seperti ekzema atopi, dermatitis sentuh, kulit kepala, tangan atau kaki,” katanya.


Namun, jenis ekzema yang biasa dihidapi adalah ekzema atopi yang dikaitkan dengan penyakit lain seperti asma dan rinitis alergi iaitu simptom hidung berhingus, bersin teruk yang berulang serta gatal.


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala manakala pada orang dewasa lebih ketara di belakang lutut serta pelipat siku.


Ia menunjukkan keadaan kulit sangat gatal yang boleh dicirikan sebagai kecacatan dalam fungsi halangan kulit dan sistem imun tidak normal.


Menggaru akan merosakkan kulit, menyebarkan jangkitan ruam dan bakteria yang akan membuatkan pesakit berasa lebih gatal serta bertambah teruk.


Fakta:


Ekzema boleh dirawat menggunakan beberapa pilihan:


Krim topikal steroid. Ia digunakan bagi membantu mengurangkan radang dan memulihkan kulit. Steroid boleh didapati dalam bentuk ubat sapu dan krim gel yang mempunyai kandungan steroid berbeza sama ada sedikit, sederhana atau kuat. Ia biasa digunakan apabila perlu saja.
Krim topikal steroid dan kombinasi antibiotik. Apabila ekzema menjangkiti kawasan lain, doktor mungkin mencadangkan untuk mengambil antibiotik yang digabung bersama steroid jika penggunaannya tidak lagi berkesan. Ia boleh disapu pada kulit mengelupas bagi menentang kemunculan kudis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 10:36 AM | Show all posts

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin?&#160rostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah



FAEDAH

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Manfaat lain GLA
Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
Membantu dalam menangani menopus
Menguatkan kuku dan rambut
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf
Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Pm saya utk dapatkan gla. Wassap/ sms 019-7775895
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 11:01 AM | Show all posts
NurulAzwani posted on 17-7-2013 10:36 AM
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan bina ...

terbaik kak! klu saya perlu sy cr akak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:18 AM | Show all posts
Penyakit ini boleh dirawat hingga sembuh dengan kaedah rawatan Luqman Ayurveda di LUQMAN HERBS CENTRE.
Bagaimana rawatan Luqman Ayurveda boleh menyembuhkan penyakit ini?


KONSEP KESIHATAN DAN RAWATAN AYURVEDA LUQMAN
June 16, 2012 at 2:12pm

Ayurveda yang telah mempunyai sejarah bertulis selama 3000 tahun mempunyai konsep dan methologi rawatan yang unik dan tersendiri. Sains dan teknologi menggunakan teori-teori sains barat dalam menerangkan sesuatu fenomena tentang kesihatan atau rawatan begitu juga pada zaman  sebelum wujudnya sains barat terdapat satu sistem yang berdasarkan kepada elemen alam  semulajadi iaitu api, air, angin, tanah dan ruang digunakan secara meluas untuk menerangkan kenapa penyakit terjadi serta menerangkan teknik-teknik untuk membaikpulihkannya.

Konsep 5 Unsur Alam (PANCHA BOOTHA)

Konsep ini menyatakan bahawa manusia ini adalah satu unit kecil (microcosm) dan merupakan salah satu komponen alam semesta (makrocosm) justeru itu, perubahan pada macrocosm mempengaruhi unit kecil microcosm kerana keduanya terhasil dari lima komponen yang sama iaitu api, air, angin, tanah dan ruang.


Konsep 3 Dosha (THRIDOSHAM)

Konsep ini menyatakan dalam badan manusia terdapat 3 jenis gerakan tenaga hayat (vital force) yang tidak boleh dilihat tapi boleh dirasai. Tenaga-tenaga ini memainkan peranan penting dalam memastikan semua organ badan berfungsi dengan baik. Kalau berlakunya perubahan atau kepincangan dalam pengaliran tenaga hayat ini maka badan akan mula merasa tanda-tandanya. Ini berlaku supaya manusia dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengubah kembali aliran tenaga hayat itu ke keadaan asalnya dan melindungi badan manusia itu dari ancaman penyakit. Penyakit dikatakan terjadi hanya apabila tenaga hayat itu telah dirosakkan atau aliran tenaga hayat itu tidak lagi dapat dipulihkan dengan sendiri oleh badan seseorang.



Ketiga-tiga aliran tenaga hayat itu dinamakan VATHA, PITHA dan KAPHA

Contoh kepincangan aliran VATHA: sakit sendiri (rhumatism), kebas (numbness) dan kerap kentut (flatus).

Contoh kepincangan aliran PITHA: kurang hadam makanan (indigestion), susah tidur (insomnia), panas badan (body heatiness), ruam badan tanpa sebab (rashes) dan lain-lain.

Contoh kepincangan aliran KAPHA: berat badan bertambah (weight gain), malas (lazy), tangguh kerja (delay work), resdung (sinus), bau badan (body odour) dan lain-lain.

Rawatan memulihkan aliran tenaga hayat pada tahap awal, adalah jauh lebih mudah berbanding sebelum ianya menjadi kronik dan memerlukan rawatan untuk jangkamasa yang lama. Seseorang pengamal perubatan Ayurveda (VAIDYA) boleh mengenalpasti kepincangan tersebut dan memberikan rawatan untuk memulihkan pengaliran tenaga hayat tersebut agar seseorang itu dapat menghindari penyakit yang bakal dihidapi.



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
elakkan guna bhn kimia sgt...ade krim bdn organic brand moogoo kt caring pharmacy..so far tgk ramai kwn yg ade anak with eczema guna ni..my doter x de eczema pn mg iols guna moogoo shower cream n losyen organic bud...berjaga2 kut ade eczema ke..x ke kesian..haritu iols ade bli olivenol kt caring gk..bli sbb nk jaga kulit..anti oksida la katakan..then akak pharmacy tu tanye..iols ade eczema ke..rupanya olivenol tu pn alernatif utk merawat eczema gk...

pastu kene jaga makan la..ikan2 gatal tu kalu blh jgn makan..high histamine food mcm canned salmon ke..bayam ke..pun elakkan...

ils kesian tgk org kene eczema hi..huhu mesti pedih kulit
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Akk slh sorangbpesakit eczema.tp hanya dibahagian jari tgn,dah mcm ubt akk try,dr lotion,krim,minyak.jumpa pakar kulit beriban2 habis.tahun lepas akk tergerak hati nk try sne capsule,alhamdulillah walaupun masih ada (sedikit),tp mmg nmpak bezanya.Lagi 1 produk yg hot meletops AURAWHITE pun berkesan,lg pulak estrak kolagennya dr ikan talapia bkn dr sea marin.saudara akk jari kaki,tgn dia pun sama eczema mcm akk,dia minum aurawhite 3 btl,smpai skrg lgsung xder lg bekas eczema.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2013 03:50 PM | Show all posts
Baru tahu, kalau nak tahu apa pakaian sesuai dengan penyakit eczema ni kena tanya jurujual bukannya tanya doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 06:43 PM | Show all posts
teringat dulu adik iols mase kecik2 ade masalah nie. pastu pkai cream n da bear dia baik sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 11:52 PM | Show all posts
[quote]Turut hadir pada program itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), Dr Mohd Noh Idris dan Pengurus Leo Pharma, Tan Keng Aun.
Dr Mohd Noh tu ada klinik kat Jalan TAR..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:03 AM | Show all posts
mamamanis posted on 19-7-2013 06:40 AM
Akk slh sorangbpesakit eczema.tp hanya dibahagian jari tgn,dah mcm ubt akk try,dr lotion,krim,minyak ...

Kawan saya cuba product skincerity pun bagus juga untuk repair kulit yg dah kena eczema....

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:05 AM | Show all posts
mmg sangat simpati kepada sesiapa yg ada eczema nie terutama yg kena kat tgn n muka..tpt yg org boleh lihat..susah nak cari penyembuhnya...dan kos ubat2 n lotion juga agak mahal....tapi dgn skincerity boleh kembalikan kulit yg asal..ada kawan dah cuba...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 04:08 PM | Show all posts
saya juga ada masalah dengan kulit terutama di tangan. saya amalkan makan maixara tapi ada masa kalau terasa gatal lebih dr biasa saya terpaksa sapukan krim steroid. mcm mana la nak hilangkan terus alergik ni. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 11:47 PM | Show all posts
i pun ade ekzema.. last time gi jumpe doc bg tropical lotion (btl ke?) then ubt cream sapu..mula2 elok la ubt dah abis buat hal blk..yg plg x best tu kena panas je mst gatal..dats y i x kuar tghari or time cuaca panas tp ade gak org kata i ngada2 xleh kena matahari..so now i avoid mkn seafood (tp kdg2 curi2 mkn), kucing (im cats lover) tempat2 yg berabuk.. sb kena sikit effectnya smpi berbulan2 nk reda.. anyway, any one can give suggestion x ade x  ubat or  lotion yg nak hilangkan scars/ parut ekzema?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 01:38 AM | Show all posts
ekzema ni sebab trigger. kalau body sihat, immune system up. ekzema ni insyaAllah tak keluar.

1. makan probiotik (capsule) - beli di farmasi (kenapa capsule sila lihat alasan kedua)
2. jangan makan produk tenusu - susu, yogurt (ada probiotik), mentega, cheese dan seangkatan
3. jangan makan night shade plants - tomato, capsicum, terung, bendi, kacang panjang, peria, kacang botol dan seangkatan/satu family
4. Wheat product (tepung, pasta etc) - depends pada orang yang alah pada wheat.

Bila dah reda ekzema makan gamat zanitol. Cubalah step di atas insyaAllah. saya dah cuba satu persatu makan di atas untuk test yang mana trigger ekzema. bila elakkan makanan di atas, ekzema reda dan pulih. Seafood tak terbukti sebabkan ekzema melainkan ada yang clinically proven allergic pada seafood.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 02:32 PM | Show all posts
PANTANG PEMAKANAN KEPADA PENGIDAP EKZEMA:-

1. Udang
2. Sotong
3. Terung

PANTANG PEMAKANAN KEPADA PENGIDAP PSORIASIS:-

1. Ayam - apa juga jenis masakan
2. Ikan kering - termasuk ikan bilis
3. Terung
4. Kacang bendi

Sumber dari: https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre?ref=hl
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:34 PM | Show all posts
Salam, anak saudara ada eczima sejak lahir..tiap2 bula wajib pi hospital ambik ubat coz badan dia akan jadi lemah2 bila kehabisan ubat..sehingga kulit kepala dia menggerutu..then kasi try produk 4life iaitu Transfer Factor Advanced..dalam masa 1 minggu eczima boleh hilang..alhamdulillah...

boleh tngk produk tu dekat sini..sesiapa berminat boleh wassap:013-2709275
https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=3&theater
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 11:37 PM | Show all posts
bukan kalau eczema doc selalu bagi betnovate ke???selalu g clinic dpt betnovate x pun mcm betnovate tapi ade campur benda lain jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:21 PM | Show all posts
aku pun eczema jugak... macam2 dah cuba tapi still ada gak kadang-kadang... yang penting jaga makan sebab certain food boleh trigger eczema ni macam munchkin cakap... your punya clothing pun kena pakai yang cotton sebab dia serap peluh... my doctor suggest wat ozone theraphy ... baru wat minggu lepas... tak boleh nak bagi feedback lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 06:19 AM | Show all posts

Set Ekzema lengkap dari Shaklee.
WhatsApp saya 019 4951082 utk free consultation.
Pakar Perunding Kesihatan Anda. Last edited by Mummy_Shaklee on 6-9-2013 06:20 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 11:05 PM | Show all posts
Sesiapa yg kena eczema.. mula2 sekali,, buang semua ubat2 yg beli dekat farmasi.. ubat2 steriod?? ubat2 tu sebenarnya bukan ye ubat pun.. sekadar pelindung sementara je..

aku dah hampir setahun dah tak guna Steriod.. atau nama lain ye. TSW (topical Steriod Withdrawal) ..

Dan dekat Fb,, ada closed Group Natural Healing for Asthma Allergies Eczema ...
Bagus perbincangan2 dekat situ..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.100238 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list