CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikMerah

Tajuk Cadangan: 30 Hari Bercinta

[Copy link]
 Author| Post time 23-7-2013 02:43 PM | Show all posts
suria74 posted on 23-7-2013 02:33 PM
permulaan yang menarik...teruskn hingga ending yee....

Insha Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 03:56 PM | Show all posts
uwaaaahhhh yg dtg tu pencegah maksiat ke hu hu hu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 04:47 PM | Show all posts
“Assalamualaikum.” Sekali lagi kedengaran ucapan salam. Ainul dan Zayn dengan muka kelat masing-masing tidak mampu hendak menjawab. Mereka tahu mereka sedang berdepan dengan Pegawai Pencegah Maksiat. Ainul cepat-cepat menyarung tudung ke kepala.

“Encik…sila kenakan pakaian yang sesuai.” Salah seorang pegawai memberi arahan kepada Zayn.  

Zayn terus menuju ke katil yang menempatkan begnya dan buru-buru menyarungkan pakaian yang nampak lebih ‘sopan’. Dia menarik nafas panjang dan mengeluh. Apa-apa pun bertenang Zayn. Kamu tak buat salah. Hanya kesilapan teknikal dari pihak hotel. Pihak hotel tentu boleh jelaskan hal ini. Zayn memujuk hati sendiri.

Pegawai-pegawai agama sudah duduk di sofa. Ada  lebih kurang 6 orang semuanya. Empat lelaki dan dua perempuan. Sempat Zayn mengerling ke arah Ainul. Diam saja dan tunduk ke bawah. Mereka duduk bertentangan. Ainul sudah menyarung sehelai cardigan hitam bagi nampak lebih sopan dan menutup bahagian lengannya yang telebih terdedah tadi.

“Sila bagi IC.” Arahan.

Zayn dan Ainul masing-masing mengunjukkan kad pengenalan mereka. Ainul memang sangat kelihatan gundah gelana. Semuanya jelas terpancar. Tapi di wajah Zayn ada ketenangan, cuba mengawal emosi sebaik mungkin.

“ Apa hubungan kamu berdua? Boleh kemukakan dokumen?” Arahan lagi.

Masing-masing terdiam. Ainul lebih dulu memandang ke arah Zayn, seolah-olah meminta pertolongan. Zayn pandang mata sayu Ainul seolah-olah menyatakan yang dia betul-betul tak boleh tolong.

“Encik Zayn Eskandar? Ada dokumen?”

“Puan Ainul Hayatt pula macam mana? Ada sebarang dokumen yang menyatakan hubungan kamu berdua?” Soalan demi soalan.

Zayn senyum sumbing. Oh! Ainul Hayatt nama dia.

“Encik-encik semua, ini sebenarnya kesilapan teknikal pihak hotel. Kami langsung tak kenal antara satu sama lain. Cik ni tersalah masuk bilik saya. Encik boleh check dengan reception. Kami tak buat apa-apa pun.” Zayn membela diri.

“Maaf ye Encik Zayn, jawapan-jawapan tu semua kami dah biasa dengar. Yang pasti apa kami semua nampak tadi sudah jelas. Kamu berdua-duaan di dalam bilik, yang si lelaki tanpa pakaian sopan. Semuanya mengundang dosa dan menghampiri zina.”

“Tentang dakwaan kamu yang pasangan kamu tersalah bilik tadi, kami akan siasat dengan pihak resort.”

Macam-macam hujah di kemukan oleh pegawai agama tersebut. Dekat 15 minit Zayn dan Ainul mendengar syarahan percuma.
Zayn tahu tak guna dia membela diri lebih-lebih lagi. Apa yang pasti sekarang dia sudah kena tangkap khalwat dengan perempuan yang tak pernah dia kenal seumur hidupnya.

“Buat masa sekarang kamu berdua terpaksa kami tahan dan sila ikut kami ke Pejabat Agama dan di sana nanti kamu boleh hubungi keluarga terdekat untuk datang menjamin.”

Mendengarkan ayat terakhir dari pegawai agama tersebut, airmata Ainul terus-terusan mengalir macam empangan pecah. Ayat-ayat tersebut bagai halilintar membelah bumi. Walaupun pegawai tersebut menutur ayat dengan sopan dan tenang, tapi tidak begitu kedengaran di telinga Ainul. Ainul menghela nafas panjang-panjang. Kalau berhenti terus saat ini pun tak apa.

Melihatkan Zayn menghulurkan sehelai saputangan kecil, Ainul terus merentap dan menjeling Zayn. Dari tadi sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Ainul.  Hanya mata saja yang memainkan peranan. Pandangan sangat tak puas hati di lontarkan pada Zayn.


Last edited by CikMerah on 23-7-2013 04:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 04:50 PM | Show all posts
sebelum balik umah ni..sempat sy post sikit lagi...
Selamat berbuka...

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 11:00 PM | Show all posts
selamat bersahur ye........
bsk tunggu  n3 baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 04:51 PM | Show all posts
sorylah kawan-kawan hari ni sikit je update..kat opis kebz an melanda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2013 04:54 PM | Show all posts
Ainul sudah terbayang-bayang wajah ibu bapanya di kampung. Bapanya Pak Cik Hashim ada penyakit lemah jantung. Ibunya Puan Sarah pula senang jatuh sakit akhir-akhir ini. Selalunya yang menjadi driver emak ke klinik ialah adik lelaki sulung Muhd Aisar.

Adiknya baru tamat peringkat diploma di UiTM, sedang menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah.  Ainul mempunyai lima orang adik beradik. Dia yang sulung kemudian tiga adik lelaki dan yang si bungsu paling mengada-ngada Ain Nur Haniss.

Ya Allah! Bala apa yang menimpa ni. Aku pemecah tradisi jadi orang pertama menconteng arang ke muka keluarga.

Sambil menunggu pegawai-pegawai agama tersebut mencatit-catit sesuatu di buku, wajah Zayn yang berada di depannya di amati.

Kacak! Stok-stok jejaka ‘Idaman Malaya’. Kulit nak kata putih sangat tidak juga, tapi versi putih. Agaknya banyak buat kerja luar yang menyebabkan kulit agak sedikit terbakar mentari. Hidung mancung. Mata tak nampak sangat sebab sekarang dia tengah memandang ke arah lain. Tinggi tak berapa nak ingat sebab tadi sibuk bertekak, mana ada masa nak perhati benda-benda remeh macam tu. Tapi yang pastinya cukup tinggi untuk pakej lengkap jadi jejaka idaman.

Zayn yang terasa dirinya diperhatikan mengalih pandangan ke arah Ainul. Cepat-cepat Ainul pandang atas macam ada benda yang menarik tergantung-gantung di siling.

Selesai semua urusan tulis menulis dan soal menyoal mereka di iring ke pejabat agama dengan menaiki van. Van Jabatan Agama Islam Melaka. Ada beberapa pasangan lain juga yang senasib.

Ainul tak tahu hendak hubungi siapa untuk menjamin dia. Telefon ibu bapa di kampung macam menempah tiket derita untuk mereka. Syifa jauh sangat, lagipun dia ada kerja penting perlu di selesaikan esok. Keluarga terdekat? Siapa ya?

Zayn sibuk dengan telegon bimbit di tangan. Berbalas sms dengan seseorang.

“Bro..dah tido ke?..sory kacau malam-malam”

“Oitt!..malam pe..dah pagi ni bro.” Elias, sahabat baik di hujung sana bengang kerana tidur di ganggu. Mana taknya telefon berdecit-decit sms masuk.

“Aku ada masalah ni bro.”

Lama baru SMS di reply semula.

“Hmmm…apa kes?”

“Ko kat mana ni yas? Tolong aku boleh?”

Elias bangkit duduk. Malas hendak terus-terus ber SMS. Lembap. Dia terus menalifon Zayn.

Zayn tak cakap banyak. Terus ke topik utama. Minta Elias datang ke Melaka dan menjamin dia. Elias terlopong dengar. Zayn cakap sangat laju dan hanya mengandungi isi-isi penting saja. Elias hendak bertanya lebih lanjut, Zayn cakap ‘line tak clear’ nanti saja.
Elias menggerakkan isteri di sebelah dan bergegas bersiap. Isterinya berdegil nak ikut. Malas hendak berbalah, Elias akur.

****************
Last edited by CikMerah on 24-7-2013 04:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:54 PM | Show all posts
Kesian kat ainul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 01:32 PM | Show all posts
aduhaiiii siannya ainul...x pasal kena tangkap khalwat bagai...dah la tersalah bilik...apapun mesti zayn tuh hensem gile, smpi ainul leh tenung3 lak..hehehehhee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 01:48 PM | Show all posts
sedang menulis sambungan..Insha Allah sebelum balik akan tepek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 04:13 PM | Show all posts
Kesemua mereka di bawa ke balai polis untuk di di laporkan. Bagi yang mempunyai penjamin mereka terus boleh balik setelah laporan lengkap di ambil. Tetapi tidak bagi Zayn dan Ainul. Masing-masing belum menyediakan penjamin, jadi mereka di bawah bidang kuasa pejabat agama dan akan menunggu di sana sehingga penjamin sampai. Syaratnya tidak lebih dari tempoh 24 jam.

Sampai di Pejabat Agama. Ainul dan Zayn masing-masing diam. Ada ruangan menunggu yang menempatkan kerusi berbaris. Zayn duduk selang dua kerusi dengan Ainul.

Akhirnya Zayn memecah tembok bisu sebentar tadi.

“OK?” Zayn menyoal Ainul sambil angkat kening.

Ainul pandang Zayn. “Encik cakap dengan saya ke?” Ainul menyoal kembali.

“Yelah! Takkan dengan orang hujung sana pulak? Kau ni siapa sebenarnya ha! Muncul dalam bilik aku malam-malam buta, buat onar sampai macam ni sekali?” Zain menyoal panjang.

“Hmm…malas nak layan boleh tak? Saya nak solat!”  Dia kata aku buat onar? Ainul bengang. Dia terus bangun dan menanyakan arah surau dengan sekumpulan pegawai agama yang sedang berbincang sesuatu.

Hish! Berlagak. Zayn membuat rumusan awal tentang Ainul.

Surau terletak di bahagian hujung ruangan menunggu tersebut. Maka Ainul terpaksa berjalan dari satu hujung ke hujung lagi satu.

Mata Zayn mengekori langkah Ainul. Berkulit kuning langsat, sederhana tinggi. Perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan Ainul ialah ‘ayu’. Tidak mempunyai kecantikan yang menyerlah, tetapi ayu. Zayn langsung tidak pernah Nampak Ainul senyum. Agaknya macam mana senyuman dia ya.

Tapi kalau nak di bandingkan dengan Azrella macam langit dengan bumi. Semua benda tentang kekasih hatinya adalah ‘outstanding’. Tapi tak penting pun aku bandingkan dia dengan Azrella. Bukan aku nak kahwin dengan dia. Semua ini hanya kesilapan teknikal. Kami berada di tempat yang tak sepatutnya dan di waktu yang salah. Itu saja.

Tersengguk-sengguk Zayn tertidur menunggu hari siang dan menunggu Elias sampai untuk menjamin dia.

Ainul pula selepas solat terlelap di surau. Sampaikan salah seorang pegawai wanita datang mengejutkannya baru dia tersedar dan terus solat subuh.

***********************
Last edited by CikMerah on 25-7-2013 04:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 04:17 PM | Show all posts
Pukul 7.30 pagi Elias sudah tercatuk di depan pejabat agama bersama isterinya Lisa. Lisa setuju menunggu di dalam kereta sementara dia masuk ke dalam untuk mencari Zayn.

Melihat Elias memunculkan dirinya, Zayn tersenyum lebar, seolah-olah Elias superheronya.

“Bro! Mana Rell?” Belum apa-apa Elias dah bertanyakan Azrella. Sangkanya Zayn kena tangkap berdua-duaan dengan Azrella.

“Rell apa? Mana ada? Tuuuuu….” Zayn menunjukkan Ainul kepada Elias dengan ekor matanya saja.

Elias terlopong.

“Biar betul? Bila masa pulak…aku tak tau pun?”  Perempuan yang di tunjuk kan oleh Zayn di lihat tertunduk saja. Kelihatan sangat sedih.

“Dahlah! Dia tak penting pun bagi aku…semuanya berlaku atas kesilapan teknikal.”

“Kesilapan teknikal pun ok jugak kan?” Elias cuba melawak.

“Tak lawak langsung boleh tak? Kan aku cakap dia tak penting langsung..” Zayn sudah malas nak bercakap tentang Ainul. Minah berlagak!

Bagi Ainul pula memang tubuh badan dia berada situ, tapi perasaan dan jiwa dia dah lama terbang. Sampai saat ini dia langsung belum menghubungi sesiapa untuk menjamin dia. Dia Nampak Zayn bercakap dengan seseorang yang baru datang tadi. Mungkin penjamin dia agaknya.

Selesai urusan ikat jamin dan selepas kertas pertuduhan di serahkan pada Zayn. Akhirnya dia bebas untuk hari itu.
Sebelum keluar dari pejabat agama dengan otomatik kaki Zayn melangkah ke arah Ainul yang duduk sebaris dengannya tapi di bangku paling hujung.

Walaupun bagi dia Ainul berlagak dan langsung tidak bekerjasama tapi sekurang-kurangnya dia sebagai lelaki masih ada sifat timbang rasa dan tanggung jawab. ‘Namecard’ di hulur.

Ainul yang masih menunduk terus mendongak. Terkejut tiba-tiba Zayn terpacul di depannya sambil menghulur ‘namecard’.

Zayn terpana Dia rasa semua darah di badannya naik ke muka. Pandangan mata Ainul memang sangat indah dan Ainul memang sangat ‘extraordinary’ ayu.  Pandangan mata Ainul memang terus meresap ke jiwa Zayn.

Elias yang memandang tersenyum senget. Kata tak penting, tapi tengok gaya Zayn macam tak pernah tengok perempuan.

‘Namecard’ di sambut.

“Ada phone number?..senang nak contact nanti pasal kes ni.” Zayn menyoal.

Tanpa banyak bicara Ainul membuka begnya dan mengambil sekeping ‘namecard’ lantas di hulur kepada Zayn. Kali ini Ainul melemparkan senyuman nipis kepada Zayn.

Sekali lagi Zayn rasa darah dia penuh di muka. Demi Allah! Ainul memang sangat ayu jelita dan senyuman tadi walaupun nipis seolah-olah penuh dengan sebaldi gula.

*************************
Last edited by CikMerah on 25-7-2013 04:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:36 PM | Show all posts
sian ainul...cpt sbg ...apa jadi pada ainul klu x ada org jamin
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 12:59 AM | Show all posts
nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 09:52 AM | Show all posts
TT mana menghilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 11:55 AM | Show all posts
saya ada lagi...tengah mengarang...esok saya post banyak sikit...sory kawan2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 03:13 PM | Show all posts
laaa igtkan dh sambong...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 03:28 PM | Show all posts
best...best...sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 01:50 PM | Show all posts
Jam menginjak ke pukul 9 pagi, Ainul masih tercatuk di situ. Akhirnya dia mengalah dan menghubungi seseorang di talian.

“Assalamualaikum Angah, boleh tolong akak tak?”  Bila mendengar adiknya Aisar menjawab panggilan lega hati Ainul.

“Akak kat mana ni?”

“Air Keroh...Pejabat Agama.” Perlahan saja Ainul menjawab.

“Haaa? Buat apa kat sana?” Aisar terkejut.

“Tolong datang dulu..nanti akak cerita semuanya. Tapi jangan bagitau sesiapa. Cakap je dengan mak ayah kereta akak rosak dekat sini.” Ainul mengajar adiknya berbohong.

“Hmm..yelah pandai-pandai nanti Angah cakap kalau mak tanya. Kat rumah pun takde orang. Adik-adik ada sekolah ganti, Mak ngan Ayah rewang kerja kahwin anak Pokde Amid, sejam lagi angah sampai, akak tunggu je.”
Syukur ada adik yang sangat tenang dan memahami. Ainul boleh menarik nafas lega.

Tak sampai sejam Aisar sudah sampai di Pejabat Agama tersebut. Mula-mula jumpa dengan kakaknya dia terkejut. Nampak sangat letih dengan lingkaran hitam di bawah mata. Ainul menjelaskan kepada Aisar serba sedikit. Aisar hanya diam dan mengangguk-angguk mendengar penjelasan Ainul. Dia memang yakin dan sangat percaya yang Ainul tidak bersalah.

Selesai urusan ikat jamin Ainul meminta adiknya menghantar dia ke resort untuk mengambil barang-barang dan kereta yang di tinggalkan di situ. Mereka kemudian bertolak balik ke kampung Ainul di Muar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 01:52 PM | Show all posts
BAB 2

Kedengaran riuh-rendah suasana di luar rumah Ainul. Dia yang sudah lama terjaga hanya terperap dalam bilik. Sudah puas rasanya berulit dengan air mata. Mula-mula hanya terdengar suara adik-adiknya bermain badminton bersama anak-anak jiran di halaman rumah, tetapi kemudian Ainul terdengar motor ayahnya masuk. Maknanya emaknya ada sekali. Semestinya majlis kerja kahwin rumah Pokde Amid sudah selesai.

Ainul terus tegak duduk. Macam patung cendana.

Alamak! Ayah dengan mak dah balik. Macam mana ni? Baik aku bertapa dan cari idea dalam bilik air sekejap. Ainul cepat-cepat mengambil sehelai tuala di dalam almari dan berlari masuk ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah.

“Adik…kakak mana? Selalu kalau dah balik sini, mesti temankan adik main kat luar ni.” Terdengar suara Puan Sarah menanyakan Ainul dengan adik bungsunya. Itu pun sebab dia nampak kereta Suzuki Swift Ainul elok di parkir di bawah pokok manggis di tepi halaman.

“Entah.” Senang saja jawapan Haniss sambil menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Dia menyambung kembali aktivi yang tergendala beberapa saat tadi.

“Hish! budak ni..kalau dah main tu, mak tanya sepuluh patah senang je jawapan kamu ye.” Puan Sarah mengambil lauk-pauk yang di bungkus di tempat kerja kahwin tadi dan membawanya naik ke rumah. Sempat dia menjengah bilik Ainul. Tetapi kosong. Puan Sarah terus turun ke dapur.

Seperti kebanyakan rumah kampung lain, rumah ayah Ainul mempunyai dua bahagian. Satu rumah atas dan satu rumah bawah. Bahagian atas semua dari kayu, manakala bahagian dapur sahaja yang telah di ubahsuai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sengaja Encik Encik Hashim hendak mengekalkan bahagian atasa rumah kayu pusaka tersebut.  Lagipun kayu sekarang mahal di pasaran. Dan kualiti kayu di pasaran sekarang jauh berbeza dengan kayu lama.

Mendengar paip di buka di dalam bilik air, tahulah Puan Sarah yang Ainul sedang mandi.

“Kakak! Apa buat lama sangat dalam tu?” Puan Sarah menjerit memanggil Ainul apabila sudah hampir setengah jam dia balik Ainul masih tidak keluar-keluar dari bilik air tadi.

“Ya mak! Nak keluarlah ni....” Ainul menyahut. Tidak sampai 2 minit Ainul sudah tercatuk di belakang Puan Sarah.

“Salam mak...” Ainul mencuit bahu Puan Sarah dan mengunjukkan tangan untuk bersalaman. Puan Sarah yang sedang memanaskan lauk di periuk, menoleh ke belakang dan menyambut huluran tangan Ainul.

“Haa..mak ingat kakak nak bertapa dalam bilik air tu..tak reti-reti nak keluar dah.”

Ainul senyum kelat mendengar kata-kata Puan Sarah. Dia cuba berlagak selamba, cuba menahan rasa hati yang bergelodak.

“Ayah mana mak?” Ainul menanyakan ayahnya.

“Mana lagi...ayah kamu tu kalau petang-petang macam ni, berkawan dengan ayam dekat belakanglah tu.”  Mulut Puan Sarah di muncungkan menunjuk kearah belakang rumah, kawasan reban-reban ayam.

Ainul baru hendak angkat kaki ke biliknya bila tiba-tiba Puan Sarah menahan.

“Eh nanti! “ Puan Sarah memerhati muka Ainul.

“Kenapa kakak lain sangat mak tengok ni, muka pucat je..tak sihat ke?”  Langkah Ainul terhenti sekejap.

“Hmmm....tak ada apa-apalah mak. Letih sikit je ni, banyak sangat kerja dekat ofis minggu ni, Ain naik kejap mak..lom solat lagi ni.”

“Ha..yelah.”

Ainul terus melangkah laju takut banyak lagi soalan Puan Sarah.

Usai solat, Ainul membelek-belek mukanya di cermin. Kalau boleh tidak mahu Puan Sarah perasan yang matanya bengkak. Bedak di tepek-tepek ke muka, biar tebal sikit. Kemudian, Ainul turun ke dapur membantu apa yang patut. Kalau boleh Ainul mahu berterus terang dengan ibu bapanya sebelum mereka mendengar dari mulut orang lain.

Last edited by CikMerah on 1-8-2013 01:55 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062197 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list