CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikMerah

Tajuk Cadangan: 30 Hari Bercinta

[Copy link]
Post time 22-8-2013 10:49 AM | Show all posts
goreng jer..janji sodap...hehehehe......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2013 01:48 PM | Show all posts
BAB 5

Orang pertama yang menentang sekeras-kerasnya berita yang khabarkan sudah tentu Puan Shima, mama Zayn. Untuk kali pertama dalam hidupnya Zayn engkar permintaan ibunya untuk di jodohkan dengan Azrella. Ya Allah! Janganlah jadikan aku anak derhaka. Ainul Hayatt punya pekerti yang baik. Semoga mama restui ikatan yang akan aku bina.

Papa Zayn tidak punya sebarang halangan. Siapa saja pilihan hati Zayn dia setuju, bila-bila masa dia boleh pinangkan katanya. Urusan memujuk hati mamanya terserah pada Zayn sendiri. Masakan boleh dia membelakangkan mamanya dalam hal-hal sebegini, Puan Shima sudah bertahun-tahun memasang angan-angan Azrella menjadi menantunya.

“Ok! Kalau betul Zayn nak sangat kahwin dengan perempuan tu…mama setuju.” Zayn lega. Setelah dua hari episod pujuk memujuk akhirnya Puan Shima setuju.

“Thanks mama…saaayang mama.” Zayn baru hendak mendekat Puan Shima untuk memeluknya  Cepat-cepat Puan Shima mengangkat jari telunjuknya ke atas.

“Ops! Bukan semudah itu, ada syaratnya Zayn.” Jari telunjuk Puan shima di goyang-goyangkan di depan muka Zayn. Senyuman Zayn terus pudar.

“Syarat apa pulak ni ma?” Zayn tak puas hati, mukanya keruh kembali.

“Senang je…Zayn kahwin dengan pilihan Zayn, tapi Zayn kena ingat Rell pilihan mama. Rell will become your second wife after 3 months of your marriage to Ainul, otherwise mama takkan restu pilihan Zayn sampai bila-bila.” Kejamnya jawapan Puan Shima.

“Ma!...” Suara Zayn meninggi, tidak di sangka sampai begitu sekali permintaan Puan Shima. Zayn menekup mukanya dengan tangan.

“Tak susah mana pun sayang…Zayn lelaki boleh kahwin sampai empat…mama pun bermadu, bahagia je kami sampai sekarang.” Muka Puan Shima selamba saja menuturkan segala kata-kata tersebut seolah-olah Zayn hendak mendirikan perkahwinan olok-olok dengan Ainul.

“Ada beberapa lagi syarat tambahan, mama rasa perkahwinan Zayn dengan perempuan tu, tak perlu ikut adat sangat..kita skip je semua part merisik, tunang semua tu…dua minggu dari sekarang Zayn akan bernikah.”

“Majlis reception side kita rasanya tak perlu buat dan yang paling penting mama tak nak berita pernikahan Zayn tersebar meluas.”

“Oh ya! Rell tak perlu tahu tentang pernikahan Zayn dan juga Zayn tak boleh putuskan hubungan dengan Rell, sebab mama tak izinkan.” Puan Shima berkira-kira lagi takut ada yang tertinggal.

Zayn yang tidak percaya segala kata-kata yang baru di dengar itu keluar dari mulut mamanya terkedu di sofa.

“Mama….yang mama sebut perempuan tu namanya Ainul Hayatt…InshaAllah dia akan jadi mata kehidupan Zayn saat dia sah jadi isteri Zayn semoga sampai ke Luh Mahfuz, mama Syurga Zayn dunia akhirat, itu memang Zayn pegang kuat-kuat…Zayn sayang mama sangat-sangat, tapi permintaan mama…terlalu berat untuk Zayn tunaikan.”

“Ainul Hayatt ada keluarga yang baik mama...mana mungkin Zayn sanggup buat semua tu terhadap mereka.” Mata Zayn berkaca, ada air yang bertakung. Bukan dia lelaki yang lemah, tapi bila mana Syurga dunia akhiratnya bersyarat yang bukan-bukan, sebak sungguh rasanya.

Terbayang muka tua Pak Hashim, Puan Sarah dan adik-adik Ainul, begitu baik dia melayan Zayn yang entah siapa-siapa dalam hidup mereka. Bergelak tawa bersama mereka dan Pak Hashim yang ramah bercerita tentang kehidupan, Sumpah! Zayn tak sanggup.

“Ma..kenapa mama buat Zayn macam ni?” Zayn memegang tangan Puan Shima dan mengusapnya lembut. Dia merenung mata Puan Shima dalam-dalam minta pengertian.
Puan Shima menepuk-nepuk pipi Zayn perlahan. Seolah-olah hendak menyedarkan Zayn dari mimpi.

“Zayn, jangan kusutkan fikiran Zayn lagi, terlalu berat tapi bukan mustahil kan? 2 weeks from now you’ll get married to that girl as u wish. Mama akan discuss dengan papa petang ni, we’ll make it as simple as possible…and please dun’t tell ur papa all my request, semua tu we keep it to ourselves ya.” Tangan Puan Shima terus mencapai majalah di sebelahnya dan membalik-balikkan kertas-kertas di majalah tersebut. Selamba saja lagaknya macam perbualan dia dengan Zayn tadi langsung tidak terkesan di hati.

Zayn angkat kaki keluar rumah. Menghidupkan enjin kereta dan memandu ke suatu arah yang belum pasti.

***** Last edited by CikMerah on 22-8-2013 01:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:02 PM | Show all posts
ala cian zayn.. harap2 mama zayn jatuh sayang kat ainul seminggu lepas kahwin.... & rell tu dok dating ngan sapa tah.. dia kan cekci mekci
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 02:06 PM | Show all posts
redsentra posted on 22-8-2013 02:02 PM
ala cian zayn.. harap2 mama zayn jatuh sayang kat ainul seminggu lepas kahwin.... & rell tu dok dati ...

ops...senang sangat tu...bukan camtu kottt....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:30 PM | Show all posts
CikMerah posted on 22-8-2013 02:06 PM
ops...senang sangat tu...bukan camtu kottt....

apa2 pun tak pe .. yg penting zayn kahwin dgn ainul je... org lain x bleh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:55 PM | Show all posts
jgn la konflik yg teruk2..cian Ainul...
hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2013 03:05 PM | Show all posts
kawan-kawan...tajuk cadangan dah ke laut la....adehhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 03:08 PM | Show all posts
camner nak edit eek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 02:48 PM | Show all posts
lama nye senyap citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:09 PM | Show all posts
ingatkan ada sambungan tadi... ke zayn dah pi pinang nurul?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:08 PM | Show all posts
tt, bila nak sambung. dah semakn menarik. dah start ada konflik besar. i liiikkeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:04 AM | Show all posts
lamanya cerita ni takde sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 01:37 PM | Show all posts
TT, bila nak sambung balik... tak sabar nie  
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 06:48 PM | Show all posts
interseting story... sambung lg ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.346476 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list