CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14741|Reply: 99

[Dunia] Laut Terbelah Dua Di Korea

[Copy link]
Post time 29-7-2013 03:24 PM | Show all posts |Read mode

siti | July 27, 2013        | 0 Comments

Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini pastinya akan mengundang suasana pelik dan menarik perhatian sesiapa jua untuk melihat dan merasainya sendiri. Hal-hal sebegini sememangnya sukar untuk dijelaskan.  Apa yang berlaku di Korea ini adalah suatu fenomena yang pelik dan tidak salah jika dikatakan antara salah satu keajaiban di dunia.

Fenomena laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan ini merupakan sebuah pulau yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Orang ramai berpusuan mengambil peluang melintasi laut terbelah

Bayangkan, dalam tempoh sejam anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Keadaan ini telah menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Perkara ini  juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
Pemandangan menarik menunjukkan laut terbahagi dua bahagian
Berpesta..orang ramai tidak melepaskan peluang berada di situ

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Mengambil peluang mengutip hasil laut

Malah, sesiapa juga tidak akan mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Tuhan yang Maha Kuasa mampu menjadikan segala-galanya. Tiada apa yang mustahil bagiNya… Fikir-fikirkan.



~kat pulau pangkoq pon terjadi gini..leh p pulau terdekat jalan kaki jah masa air surut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 11:04 AM | Show all posts
fenomena alam dengan kuasa allah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 06:07 PM | Show all posts
Wauw.Porem cari mejang porem yang majmuk.macam2 jenis bangsa dan agama dan pendapat ada .
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 03:05 PM | Show all posts
worldonfire posted on 1-8-2013 03:00 AM
lovely words.... amik dari mana tu my lil sis?

akak suka amik bait2 dr psalm... by ...

Itu bf yang tulis kak hehe. Tak pasti dia ambil di mana. My bf, he is a good christian. Disamping pegi church, he also does daily prayer. Itu la, mak true nak sangat menantu alim. Nanti dia dapat lah, cuma alim kristian! hehehe.

Letak la baits dari psalm kak. Mesti sangat indah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:00 AM | Show all posts
truly posted on 31-7-2013 09:29 PM
Shalom to you too sis

May the Lord bless you and keep you.

lovely words.... amik dari mana tu my lil sis?

akak suka amik bait2 dr psalm... byk kata2 indah dlm kitab tu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 09:29 PM | Show all posts
worldonfire posted on 29-7-2013 05:14 PM
shalom aleikhem my lil' sis....

"God bless you and keep you,

Shalom to you too sis

May the Lord bless you and keep you.
May the Lord make his face to shine upon you,
and be gracious to you.
May the Lord lift up his countenance upon you,
and give you peace.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2013 04:31 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 30-7-2013 01:14 AM
Mesti set set tak penah bukak buku sains, buku fizik, geografi dan tak penah tengok siaran dokumen ...

bebenaw bodoh sbb pasang surut dgn LAUT TERBELAH pun leh terkeliru......wat 2 du wat 2 du

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:26 PM | Show all posts
cak! posted on 30-7-2013 01:16 PM
ni tanjung rhu..cantekk gilerr

TQ ..tolong tempek gambar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 02:24 PM | Show all posts
hzln posted on 30-7-2013 02:09 PM
itu bukan masa ketuk mata air ka? terbelah jadi 12 ka brp ka

A'AH 12 KOT...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:17 PM | Show all posts
worldonfire posted on 30-7-2013 12:30 PM
moses  = musa...... samer jer dik...

kak, umat Islam dlm CI tidak akan menyamakan Nabi dlm Kitab Injil dgn al-Quran.

Contoh paling jelas adalah Nabi Isa bukan Jesus Christ.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:17 PM | Show all posts
aks_berhad posted on 30-7-2013 12:59 PM
tahnyer...bile aku tgk gambar tadi teringat pasal tanjung rhu. takder plak masuk blog bgai.

kalau aku ada masa nak aku tempek gambar2 laut terbelah 2 tu...tapi sbb hotel ni very the private hanya certain people yg jln2 kat situ. Cumanya tak boleh berlama2 sgt sbb bila air pasang mmg cepat naik. Ada aja mat saleh yg tersangkut kat pulau cememeh depan tu, tapi rescue Tg Rhu sentiasa bersiap sedia untuk tunda tourist balik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:15 PM | Show all posts
klu kat tgh2 lautan dalam tu tiba2 terbelah baru la jaib.. ni kat pesisir pantai.. kat pangkor aku penah tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:09 PM | Show all posts
lukmanhakim posted on 30-7-2013 01:15 PM
setau cek, masa nabi musa ketuk tongkat kat laut, laut terbelah jadi 9 lorong..
ksemua 9 jenis bang ...

itu bukan masa ketuk mata air ka? terbelah jadi 12 ka brp ka

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:06 PM | Show all posts
wa..amazing..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:52 PM | Show all posts
pyropura posted on 29-7-2013 05:45 PM
...kalau Nabi dipilih dari bangsa Korea, dah lama Iselam jadi top...tapi apa kan daya, arob lehn ...

Tak kelakarlah beb! maksud ko apa? Tuhan sudah buat silap? Kurang ajar betul org.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:39 PM | Show all posts
pangkor plak leh jln kaki ke pulau giam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2013 01:16 PM | Show all posts
aks_berhad posted on 30-7-2013 12:59 PM
tahnyer...bile aku tgk gambar tadi teringat pasal tanjung rhu. takder plak masuk blog bgai.

ni tanjung rhu..cantekk gilerr






Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:15 PM | Show all posts
setau cek, masa nabi musa ketuk tongkat kat laut, laut terbelah jadi 9 lorong..
ksemua 9 jenis bangsa yahudi melalui lorong-lorong serba 1 mengekiut kaum mereka
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:09 PM | Show all posts
subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:59 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 29-7-2013 09:32 PM
alahai di Langkawipun berlaku, kat depan Tg Rhu Resort tu...

tahnyer...bile aku tgk gambar tadi teringat pasal tanjung rhu. takder plak masuk blog bgai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.097272 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list