CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14737|Reply: 99

[Dunia] Laut Terbelah Dua Di Korea

[Copy link]
Post time 29-7-2013 03:24 PM | Show all posts |Read mode

siti | July 27, 2013        | 0 Comments

Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini pastinya akan mengundang suasana pelik dan menarik perhatian sesiapa jua untuk melihat dan merasainya sendiri. Hal-hal sebegini sememangnya sukar untuk dijelaskan.  Apa yang berlaku di Korea ini adalah suatu fenomena yang pelik dan tidak salah jika dikatakan antara salah satu keajaiban di dunia.

Fenomena laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan ini merupakan sebuah pulau yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Orang ramai berpusuan mengambil peluang melintasi laut terbelah

Bayangkan, dalam tempoh sejam anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Keadaan ini telah menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Perkara ini  juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
Pemandangan menarik menunjukkan laut terbahagi dua bahagian
Berpesta..orang ramai tidak melepaskan peluang berada di situ

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Mengambil peluang mengutip hasil laut

Malah, sesiapa juga tidak akan mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Tuhan yang Maha Kuasa mampu menjadikan segala-galanya. Tiada apa yang mustahil bagiNya… Fikir-fikirkan.



~kat pulau pangkoq pon terjadi gini..leh p pulau terdekat jalan kaki jah masa air surut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 03:26 PM | Show all posts
Nabi Moses A.S. kesejahteraan ke atasnya udah bangkit barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:30 PM | Show all posts
ala ni dah ade kat thread peristiwa dunia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:30 PM | Show all posts
menakjubkan!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:30 PM | Show all posts
biasanya bang tong yg bukak thread gini
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:30 PM | Show all posts
keajaiban dunia???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 03:31 PM | Show all posts
Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:36 PM | Show all posts
amazing........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 03:39 PM | Show all posts
hail to the moses!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:39 PM | Show all posts
Subhanallah. Inilah tanda akhir zaman.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:40 PM | Show all posts
worldonfire posted on 29-7-2013 03:39 PM
hail to the moses!

Hear! hear! Hail to all the holy spirits!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:42 PM | Show all posts
member kat pangkor pon cakap benda yg sama... ade satu masa air boleh surut lama... boleh jalan smpai ke pulau lain...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:44 PM | Show all posts
lobai dah abis modal nak bukak thread yg ada bau2 isle ka???
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:45 PM | Show all posts
kalau berlaku masa air surut tak pelik sgt..kalau berlaku masa air pasang memang marbeles
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 03:59 PM | Show all posts
penah tgk dlm tv. kdg2 x rmai mcm dlm pic pon org yg pegi... agknye depends on musim/cuaca kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:05 PM | Show all posts
truly posted on 29-7-2013 03:40 PM
Hear! hear! Hail to all the holy spirits!

halleluja! praise lord!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 04:15 PM | Show all posts
kat negeri chencalok  pong ada..nama nya pulau kxnxk kek melaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:18 PM | Show all posts
bluezink posted on 29-7-2013 04:15 PM
kat negeri chencalok  pong ada..nama nya pulau kxnxk kek melaka

ada jugak nama pulau kоnek ya?

Dewan Bahasa dan Pustaka: ular berlingkar di atas pagar dan program berjalan dengan lancar
Melaka: ulau berlingkau di atas pagau dan program berjalan dengan lancau
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:19 PM | Show all posts
Ala... Selat Tebrau kat JB-Singapore ni hampir2 boleh jalan kaki jah suatu masa dulu. Masa tu I tengah makan kat Senibong, restoran tepi laut. Air surut. Ternampak burung2 hinggap dan berjalan kat tengah2 laut. Terkejut gua...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:21 PM | Show all posts
jadi laut terbelah bukanlah keajaiban. Org2 zaman dahulu kala kena tipu wei..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.649624 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list