CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: marquez

Apakah teknologi itu neutral?

[Copy link]
Post time 18-11-2003 12:50 AM | Show all posts

salam ..

yg menjadi focus ini bukan manusia yg menyangka tenaga elektrik tu apa -apa ttp focusnya tech dan principle syg hasilkan tenaga elektrik tu...salah kah electron / current itu ATAU TANGAN yg  memanipulasikannya yg of course dtg dr "otak" org tu? kan?


tapi kan cuba kita alih ke persoalan lain like
water/ air -
ia in  itself  pure and harmless ttp dlm keadaan tertentu ia juga meyebbkan kehilangan nyawa,  itu pulak mcm mana?dan ia berguna?
so cam ner?

[ Last edited by mbhcsf on 18-11-2003 at 01:26 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2003 01:07 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 2003-11-18 12:50 AM:
yg menjadi focus ini bukan manusia yg menyangka tenaga elektrik tu apa -papa ttp focusnya teck dan priciple syg hasilkan tenaga elektrik tu...salah kah electron / current iti ATAU TANGAN yg  memama ...


Oh, kalau focusnya macam tu aku tak reti nak bincang la, sebab bagi aku secara amnya teknologi tu natural dan neutral sekaligus. Kalau nak tau mana satu yang salah, serupa macam kita makan telur ayam pastu bincang pasal part mana yang salah, samada ayam jantan ke atau ayam betina ke atau orang yang bela ayam tu ke atau reban ayam tu ke yang salah... Macam tu? Ha ha ha...

Kan senang makan jer telur tu dan fikir pasal faedahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 01:28 AM | Show all posts

salam..Papa..

ini utk tuan rumah ler..si Marquez dear tu......
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 09:57 AM | Show all posts
Saya rasa persoalan pokoknya bagi Zerzan bukanlah samada teknologi itu neutral atau tidak (sebagai benda yang tak bernyawa, tentulah ia neutral, that's my take, macam juga natural resources). Persoalannya, adakah sesuatu teknologi itu bisa wujud sekiranya sesuatu fahaman itu tidak "mengizinkan" kewujudannya.

Atau, kalau dilihat dari arah lain, adakah sesuatu fahaman itu akan mewujudkan hanya teknologi yang menyokong fahamannya, dan bertindak membunuh teknologi yang bisa mengganggu-gugat fahaman tersebut.

Misal kata, kereta hidrogen. Katalah kereta hidrogen ini tidak menggunakan minyak dan mesra alam. Tapi oleh kerana ia menggugat kepentingan puak bersifat kapitalistik yang memonopoli penjualan dan pengedaran minyak, maka mungkin teknologi kereta hidrogen tidak dimajukan sepantas boleh, kerana ia bertentangan dengan kehendak beberapa orang yang berkuasa.

Manakala dalam satu persekitaran Islam, misalnya, teknologi seperti kereta hidrogen inilah yang akan diwujudkan, sebab ia memenuhi tuntutan fahaman terrsebut. Bak kata Farid Esack dalam "On Becoming a Muslim", kalau sesebuah negara itu betul-betul Islam, maka tak akan wujud McDonald's atau makanan segera lain di dalamnya.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 10:34 AM | Show all posts
Tengku Anis wrote: "Penolakan sains atas dasar sains itu merosakkan adalah sesuatu yang bodoh. Kerana yang merosakkan adalah manusia dan jika sains itu tidak ujud sekalipun manusia akan tetap merosakkan."

The problem is, the two are inter-twined. Sains itu mempunyai potensi merosakkan. Manusia mempunyai kecenderungan kearah kerosakan. Ergo, sains dalam tangan manusia tanpa pimpinan koda moral yang jelas dan tegas = bahaya besar kepada dunia.

Yang membimbangkan, berapa banyak saintis zaman ini yang tunduk kepada koda moral sebegitu, sedangkan kita lihat Tuan Besar yang mereka taat dan patuh sekarang adalah Encik Ekonomi yang buas dan selfish? Tuhan sudah mati (metaphorically speaking).

Lihat keadaan dunia setelah ledakkan intelektual Eropah kurun ke 17. Selepas manusia "menakluk" (pada pandangan mereka) undang-undang maya, dan terutamanya selepas sistem kapitalis yang tidak terbendung menjolakkan teknologi Industri beberapa kali ganda, kualiti alam terjejas secara nyata.

Akibatnya, dunia menghidap sakit kronik yang, walaupun semua teknologi industri dihentikan penggunaanya dengan serta-merta, akan mengambil masa beratus (beribu?) tahun untuk dipulihkan semula. Is it too much to say that kerosakan alam yang terjadi dalam tempoh 100 tahun sejak Revolusi Industri itu melebihi kerosakkan alam selama 100,000 tahun sebelumnya?

But I take your point. In Bill Joy's case, sebagai seorang saintis (bekas chief of technology for Sun Microsystems lagi!) dia juga tidak menolak sains semata-mata kerana ia merosakkan, tetapi kerana manusia itu sendiri ada potential untuk merosakkan. Manusia yang menakluk sains selalu berasa agung seolah-olah kuasa tuhan menggapai mereka. Kata Joy, manusia melulu-lulu mencipta sains dan teknologi yang mereka sendiri mungkin tidak dapat kawal, dan ini sangat membahayakan kesihatan.

To paraphrase Joy, janganlah kita mencipta keretapi yang tidak ada brek.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 10:42 AM | Show all posts

Errata

RacerX wrote: "Manakala dalam satu persekitaran Islam, misalnya, teknologi seperti kereta hidrogen inilah yang akan diwujudkan..."

Or should I say, "SEPATUTNYA diwujudkan...", because it seems to me that today's Muslims are not interested in producing a true alternative that is in line with their moral principles, but are rather quite happy just simply aping the developments of the West, regardless of whether it supports their principles or not. (See "Mecca Cola" as an example).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2003 10:44 AM | Show all posts

Assalamua'alikum warahmatullah and greetings to all..

so nampak tak? balik -balik kita kembali kepada the " H-factor" - the human factor.Ambil cth Chernobyl kan?
adakah tenaga nuclear itu baik? yes..jawapan saya tapi ... tapi ada kesannya tapi pokoknya, adakah MANUSIA yg mengendalikannya bebetul tahu akan tanggungjwab mereka?
tapi kan dari satu segi, boleh kita perincikan  tt bidanga ap yg highy likely to be wronlgly misued? kalau perubatan ? teknology perubatan adakah ia bersifat neutral atau pun ada unsur-unsur kepentingan pihak tertentu ?

[ Last edited by mbhcsf on 18-11-2003 at 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 10:47 AM | Show all posts

salam..

Originally posted by racerX at 2003-11-18 10:42:
RacerX wrote: "Manakala dalam satu persekitaran Islam, misalnya, teknologi seperti kereta hidrogen inilah yang akan diwujudkan..."

Or should I say, "SEPATUTNYA diwujudkan..." ...

oleh kerana saya  berminat ttg konspirasi macam ini, saya mendengar akan tujuan pihak tertentu yg influential yg tidak mahu electric car diketengahkan krn impaknya pada industri petroleum . terima kasih .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 11:05 AM | Show all posts
Saya setuju, manusia adalah penentunya, bukan teknologi itu sendiri. Logik atau tidak jika kita kata, "Eeee jahatnya pisau ni!" sebab ia melukakan anak kita? Tapi kalau kita buang semua pisau dan anak-pinak pisau dalam dunia ni, kita nak makan lamb chop kat Syed macamana?

Kita ambil lagi satu contoh. Soalan: ada atau tidak teknologi yang bisa menyembuhkan ketenatan yang melata di dunia ketiga dewasa ini? Bisa atau tidak manusia mewujudkan teknologi yang dapat membantu sebanyak lejakan kuantum kemiskinan dan penderitaan yang dialami oleh manusia dalam dunia ketiga? Tentu boleh. Tapi kenapa tidak ada usaha yang besar kearah itu?

Jawapan: sebab Encik Ekonomi kata, apa pekdahnya pada aku?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 11:14 AM | Show all posts

Mintak penjelasan

Paparock wrote: "Teknologi tidak akan menjadi jika ia dibina atau dimajukan berdasarkan ilmu atau hukum yang salah."

Salah dari segi undang-undang alam, atau salah dari segi undang-undang Tuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 12:18 PM | Show all posts

hmm..

saya rasa ini lebih menjurus kepada  istilah tech pada kamus iaitu penggunaan scientific principles to create something .jadi kalau ia tersalah guna principeatau principe itu salah kerna flaws tertentu maka tak der lah technology yg dihasilkan .saya rasalah ini merujuk pada istilah technology itu sendiri.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 12:46 PM | Show all posts
oo ye ke... tapi kalau salah guna principle maka teknologi tu tak terhasil, maka teknologi tu taklah wujud. kalau teknologi tu tak wujud maka tak perlulah di define kan. *puzzled* sudah salah baca ka saya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 18-11-2003 11:14 AM:
Paparock wrote: "Teknologi tidak akan menjadi jika ia dibina atau dimajukan berdasarkan ilmu atau hukum yang salah."

Salah dari segi undang-undang alam, atau salah dari segi undang-und ...


Undang2 alam (universe) atau hukum Tuhan adalah perkara yang sama. Maknanya kalau kita cuba membangunkan teknologi keluar dari fitrah tersebut maka ia tidak akan berjaya. Misalnya technologi wireless seperti handphone tidak mungkin akan terlaksana jika kita menggunakan gelombang ombak air. Sebab ia memerlukan kita mengunakan gelombang radio atau gelombang mikrovave untuk tujuan itu...
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 18-11-2003 02:43 PM | Show all posts
Undang-undang alam = undang-undang Tuhan, I agree. Tapi dimana limitnya? Setakat mana manusia boleh akses "bahan mentah" (resources) yang boleh digunakan untuk mewujudkan sesuatu teknologi?

Misalnya, wireless perlukan gelombang mikro. Must it be so? Or is it just so because it is merely convenient since we have air around us? Kalaulah manusia hidup dalam laut macam ikan, makanya teknologi wireless yang menggunakan air sebagai pengantara tak mungkin tercipta? Or is it really a question of using what is available to us?

So once again we come to the question, will we ever find where the limit is?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by paparock at 18-11-2003 02:19 PM:
Undang2 alam (universe) atau hukum Tuhan adalah perkara yang sama. Maknanya kalau kita cuba membangunkan teknologi keluar dari fitrah tersebut maka ia tidak akan berjaya. Misalnya technologi wirele ...


Hai Papa lama tak nampak.Baru balik dari Mekkah ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-11-18 02:43 PM:
Undang-undang alam = undang-undang Tuhan, I agree. Tapi dimana limitnya? Setakat mana manusia boleh akses "bahan mentah" (resources) yang boleh digunakan untuk mewujudkan sesuatu teknolog ...


Sudah tentu sesuatu itu ada alternatif. Misalnya kalau kita tak nak pakai baju bulu biri-biri kita bleh pakai kain kapas atau rayon atau apa saja yang boleh digunakan. Kesesuaian tentang yang mana satu pilihan yang terbaik adalah bergantung kepada banyak aspek2 lain yang mempunyai pengaruh. Misalnya radar boleh digunakan sebagai kaedah pengesanan, infra red jugak boleh, sonar jugak boleh, radio jugak boleh, x-ray jugak boleh... Tapi yang mana satu paling sesuai dalam keadaan tertentu? Itulah cabaran di hadapan kita. Untuk mempelajari sesuatu dan mendapatkan manfaat yang paling optimum dari ilmu yang kita pelajari itu.

Limitation yang datang bersama sesuatu perkara sentiasa boleh diperlengkapkan dengan memanfaatkan alternatif yang sesuai. Tengok sistem pandu arah peluru berpandu misalnya, ada yang guna heat seeker, ada yang guna visual camera, ada yang guna laser, ada yang guna satelit etc. Setiap sistem mempunyai kelemahan dan kelebihan tertentu dalam situasi tertentu. Jadi supaya sistem persenjataan peluru berpandu kita benar-benar berkesan kita perlu memilki semua jenis sistem panduarah yang ada...

Apa yang penting adalah kita mesti mendapatkan ilmu-ilmu yang berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2003 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by Tengku Anis at 2003-11-18 02:46 PM:
Hai Papa lama tak nampak.Baru balik dari Mekkah ke


Ha ha ha.. timakasih AN sebab notis kewujudan papa... :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 01:19 PM | Show all posts

salam..

okay, perbincangan yg menarik ttg hukum alam - Sunnatullah yer tak..
jadi bagaimana hukum alam ini akan dikaitkan dgn  perkara pokok yg dibincangkan?
bless you all..
sesungguhnya manisfestasi ilmu dan iman itu adalah akhlak - siapa yg cakap ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060077 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list