CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
Post time 11-9-2013 11:01 AM | Show all posts
Damia dgn Hadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2013 03:43 PM | Show all posts
Mak Mah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Pak Hassan tengah termenung sambil memandang televisyen yang tidak bersiaran itu. Perlahan-lahan Mak Mah duduk bersebelahan suaminya itu.

"Abang ni kenapa? Kesian saya tengok Zizan tu. Cuba la abg cakap baik-baik dengan dia.."

"Awak ni faham ke tak? Berapa kali saya nak bagi tahu? Saya memang tak akan restu kalau Zizan tu jadi menantu kita!"

"Ya Allah..saya bukan cakap pasal Zizan nak jadi menantu kita, saya cuma nak pesan agar abang ubah sikap abang tu cakap dengan Zizan tu baik-baik.."

"Untuk apa?!"

"Sudah-sudah la tu, abang.. Yang lepas tu, lepas la.. Dia pun manusia biasa."

Pak Hassan menjerling tajam. Terus dia bangun lalu masuk ke dalam bilik. Beberapa saat kemudian dia keluar semula lalu mendapatkan motornya itu. Mak Mah sudah mati akal!


                                                              ********************

Aaron masih terus cuba menghubungi Damia. Namun gagal! Adi yang berada di dalam bilik Aaron itu hanya duduk diam membisu.

"Kau tengok ni!! Berani dia off handphone!" jerit Aaron yang sudah berserabut itu.

Adi masih diam.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?! Ke dah pekak?" Aaron serupa tersampuk hantu.

"Jom ikut aku"

Aaron terkejut. Ikut? Pergi mana pula?

"Nak ikut aku ke tak?" tanya Adi sekali lagi.

Aaron pula diam. Adi bangun lalu keluar dari bilik itu. Aaron ikut dari belakang.


                                                             ********************

Damia mematikan enjin keretanya. Sebaik sahaj dia keluar dari kereta, terus dia mengambil beg pakaian dan masuk ke dalam rumah.

"Assalammualaikum.. mak.. Mia ni, mak.." panggil Damia dalam suara yang sebak.

Mak Mah memunculkan dirinya dari dapur. Terlepas beg pakaian yang Damia pegang setelah nampak kelibat ibunya itu. Damia terus mendapatkan Mak Mah lalu memeluknya. Damia menangis.

"Kenapa ni, Mia.." Mak Mah masih dalam keadaan tenang.

Damia memandang ibunya itu. Mak Mah perlahan-lahan mengesat airmata yang mengalir dari mata anak kesayangannya itu.

"Tolong Mia, mak.." ujar Damia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 04:07 PM | Show all posts
Aaron terkejut. Surau? Adi membuka kasutnya lalu masuk ke dalam surau yang terletak di tingkat bawah pejabat itu.

"Nanti dulu!" Aaron memaut lengan Adi.

Adi memandang Aaron.

"Buat apa datang sini?" tanya Aaron lagi.

Adi hanya tersenyum lalu masuk ke dalam surau itu. Aaron pula, entah kenapa saat itu ringan pula kakinya mengikut Adi masuk ke dalam surau itu.


                                                         ********************


Damia mengesat airmatanya yang masih berbaki itu. Kemudian dia memandang Mak Mah.

"Mia dah tak tahu nak buat macam mana lagi, mak.. Degil sangat!"

"Sabar, sayang. Allah uji kita sebab dia sayang kita. Kita tengok nanti macam mana. Mia lama ke duduk kampung ni?"

"Mia dapat cuti rehat. Pegi klinik lepas tengah hari tadi.."

"Kalau macam tu, pergi mandi pastu solat. Mak nak siapkan makanan ni. Kang ayah kau balik tak dapat makan, mengamuk pula dia.."

Damia mengangguk lalu masuk ke dalam biliknya.


                                                         ********************

Setelah memberi salam, Aaron mengusap wajahnya dengan telapak tangan. Tenang hatinya ketika itu. Dengan tanpa dipaksa, airmatanya mengalir keluar. Perasaan sebak entah dari mana puncanya. Adi memegang bahu sahabatnya itu.

"Kau rasa tak?" tanya Adi perlahan.

"Maha Suci Allah.. Aku dah lama tak solat. Sebelum ni aku solat di surau rumah Damia pun aku tak rasa macam ni, Adi.."

"Kalau kau ikhlas, ini yang akan kau rasa.."

"Maafkan aku, Adi..maafkan aku.." Aaron terus memeluk erat Adi.

"Maaf kenapa?"

"Aku banyak buat salah dengan kau. Banyak sangat!"

Adi hanya tersenyum lalu menepuk bahu Aaron.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa mcm nak backhand je si aaron tu.kejis sgt..dgn pompuan pun nak bkasar..vote 4 sean,zizan,adi..aaron vote 4 out!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:30 AM | Show all posts
Jam hampir menunjukkan pukul 8.30 malam. Adi mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya itu lalu mengambil brifcasenya dan terus keluar dari bilik. Semasa mengunci biliknya itu, dia cuba curi-curi memandang bilik Aaron. Lampu masih terpasang!

Perlahan-lahan Adi berjalan ke arah bilik Aaron. Sebaik sahaja Adi hendak membuka pintu bilik Aaron itu, dia ternampak kelibat Anzalna di dalam bilik tersebut. Kelihatan Aaron dan Anzalna dalam keadaan berbalah. Dia membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah sahaja. Malas hendak masuk campur!

Sementara di dalam bilik Aaron, Anzalna dengan sedaya upaya memujuk Aaron untuk kembali padanya.

"Tolong lah, sayang.. U salah faham je tadi tu" pujuk Anzalna berulang kali.

"Pergi balik la!"

Anzalna memegang tangan Aaron. Aaron yang seperti terkena renjatan elektrik, terus menampar muka Anzalna.

"Kan dah kena... Kau ni faham bahasa melayu ke tak? Aku suruh kau blah kan? Blah la!!!" jerit Aaron.

Pipi Anzalna yang sudah kemerahan itu diusap perlahan-lahan. Airmata mula mengalir dan dikesat. Anzalna tanpa sebarang kata terus keluar dari bilik Aaron.

"Aarghhhh!!!!!!!!" Aaron menghentak meja dihadapannya itu.


                                                                ********************

Seusai solat isyak, Damia merebahkan punggungnya di atas tangga luar rumah. Fikirannya kosong! Namun wajah Aaron sesekali muncul diingatannya.

"Assalammualaikum.." Zizan yang tiba-tiba muncul terus memberi salam.

Terkejut Damia. Terus dia menjawab salam itu.

"Baru pulang dari masjid.." jawab Zizan sebelum Damia menanyakan soalan itu. Padahal dia sedang berbohong. Dia bukannya baru pulang dari masjid sebenarnya!

"Ooo..tak tanye pun!" kata Damia endah tak endah.

Zizan mematikan enjin motornya. Kemudian dia menanggalkan helmetnya.

"Tak takut ke kalau Pak Hassan balik jap gi?" perli Damia.

"Nak takut apanya. Kita bukannya buat apa-apa pun kan?"

Damia diam. Dia masih lagi dalam keadaan kurang sihat. Kalau boleh saat itu dia hanya mahu bersendirian.

"Mia..." panggil Zizan.

Damia hanya memandang tanpa berkata apa-apa.

"Kau dah banyak berubah kan, Mia. Kau dah tak macam dulu.."

"Aku yang berubah ke kau yang banyak berubah? Pergi balik la, Zizan. Kang ayah aku balik jadi cerita lain pulak.."

"Kau halau aku, Mia? Sedih aku.."

"Tak yah nak berdrama sangat! Aku tak ada masa."

"Aku faham. Bekas penagih dadah macam aku ni siapa lah yang nak kawan kan?"

Damia diam. Malas hendak melayan.

"Aku dah berubah la, Mia. Aku dah tak macam dulu.."

Damia bangun lalu masuk ke dalam rumah langsung terus menutup pintu.

"Mia! Mia!" jerit Zizan.

Zizan mengeluh. Tiba-tiba handphonenya berdering.

"Hello!"

"Oiii ko tertinggal barang ni oiii" kata Johan kawan 'seperjuangannya' itu.

"Jap tunggu aku.." Zizan mematikan talian.

Enjin motor dihidupkan. Sebelum dia pergi, dia sempat memandang ke arah tingkap bilik Damia. Sungguh tajam pandangannya itu. Last edited by momey on 13-9-2013 09:33 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 09:49 AM | Show all posts
Adi yang masih memanaskan enjin keretanya itu ternampak kelibat Anzalna yang sedang menangis sambil berjalan menuju ke kereta. Dia menggelengkan kepalanya.

"Dah serupa laki bini dah gaduh-gaduh.." Adi menggelengkan kepalanya.

Baru sahaja dia hendak menukar gear, tingkap keretanya diketuk. Gemuruh darahnya ketika itu. Aaron rupanya! Pintu kereta dibuka. Aaron masuk lalu memandang Adi.

"Kau boleh teman aku tak?" tanya Aaron.

"Teman? Teman pegi mana?"

"Ikut aku balik ke kampung Damia.."

"Ha?"

"Please.."

"Untuk apa? Aku tak nak masuk campur.."

"Tolong lah, aku.. Aku perlu sangat-sangat kau dalam hal ni."

Adi diam. Dia serba salah sebenarnya. Sudah tentu Damia terkejut kalau tahu dia kawan baik si Aaron ni! Cewahh kononnya seperti Damia masih kenal akan dirinya. Silap-silap Damia sudah lupa akan dirinya.

"Bila?" tanya Adi.

"Awal pagi esok!"

"Ha? Esok kan keje.."

"Kita cuti esok! Aku dah applykan sekali dah cuti untuk kau.. Esok pagi datang ambil aku erk..thanks friend!" terus Aaron keluar dari kereta Adi dan pergi ke keretanya.

"Aaron..Aaron. Kenapa mesti aku terlibat sekali dalam hal kau ni? Kang tak pasal-pasal Damia jatuh ke tangan aku pulak kang.." Adi berfikiran nakal.


                                                                 ******************

Mak Mah menghidangkan air kopi lalu duduk di sebelah suaminya itu.

"Mana Mia?" tanya Pak Hassan sambil menonton TV3 itu.

"Dalam bilik.."

"Dari tadi dia tak cakap dengan saya. Masalah besar ke sampai balik kampung ni?"

"Entah la.. Saya malas nak tanya dia lebih-lebih. Tunggu dia cerita aja la nanti.."

"Awak kan ibu dia, takkan awak tak tahu apa-apa?"

Mak Mah diam.

"Pasal budak Aaron tu ke?"

Mak Mah sekali lagi diam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2013 10:38 AM | Show all posts
heheheeh nk pujuk damia sampai ke kg...x yah layan la damia...panas baran semacam jek...lom kawen tuh..kalo dh kawen...lunyai badan awak...errrkk emo sudahhhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 10:50 AM | Show all posts
suria74 posted on 13-9-2013 10:38 AM
heheheeh nk pujuk damia sampai ke kg...x yah layan la damia...panas baran semacam jek...lom kawen tu ...

phm2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2013 11:06 AM | Show all posts
stars83 posted on 11-9-2013 06:30 PM
rasa mcm nak backhand je si aaron tu.kejis sgt..dgn pompuan pun nak bkasar..vote 4 sean,zizan,adi..a ...

sabar2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 03:12 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya, selepas solat subuh Adi merebahkan punggungnya dia atas katil. Kemudian dia membuka dompetnya. Dikeluarkan sekeping gambar seorang wanita. Ya, mirip gadis yang bernama Damia. Cuma wanita dalam gambar itu ada tahi lalat di bawah bibir kanan.

"Abang rindu sangat kat sayang. Sudah hampir 2 tahun sayang tinggalkan abang tapi sikit pun abang tak pernah lupakan sayang. Rindu sangat.." Adi mencium gambar wanita itu.

Adi pernah kahwin sebelum ini dengan wanita yang bernama Nora. Cantik! Namun dia terlebih dahulu dipanggil oleh Ilahi kerana sakit barah hati. Sedang kusyuk Adi mengelamun, handphonenya tiba-tiba berdering. Aaron! Adi menjawab panggilan itu.

"Cepat la!" arah Aaron tanpa memberi salam.

Adi menggelengkan kepalanya. Begitulah sikap Aaron yang tak pernah berubah.

"Sabar boleh? Aku dah on the way ni.."

"Ok.. Cepat tau!"

Panggilan dimatikan. Adi melepaskan nafasnya. Dia menyimpan kembali gambar arwah isterinya itu di dalam dompet. Kemudian dia tersenyum sendirian.



                                                                 *******************


Damia keluar dari biliknya lalu menuju ke dapur. Kelihatan Mak Mah tengah menggoreng nasi. Damia menarik kerusi lalu duduk. Pucat wajahnya.

"Mia dah ok ke?" tanya Mak Mah yang sedar akan kehadiran anaknya itu.

"Ok la sikit. Mak.."

"Ya.."

"Mak rasa apa yang patut Mia buat?"

"Buat apa?" tanya Pak Hassan yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Terkejut Damia dan Mak Mah. Damia dan Mak Mah saling berpandangan. Pak Hassan menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Damia.

"Apa yang Mia sembunyikan dari ayah?" tanya Pak Hassan lalu menuang air kopi di dalam cawan.

Damia memandang ibunya.

"Nape pandang mak? Pandang ayah ni. Cerita kat ayah siapa yang buat Mia sampai jadi macam ni.."

"Mia..ermmm.."

Pak Hassan masih menunggu kata-kata dari anak sulungnya itu.

"Ayah setuju tak kalau Mia cakap Mia pilih Aaron jadi suami Mia?"

Kata-kata Damia itu mengejutkan Pak Hassan. Mak Mah mematikan gas. Dia memandang Damia dan Pak Hassan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 03:49 PM | Show all posts
Pak Hassan mengeluh. Dia memandang Damia.

"Mia dah fikir habis-habis ke ni?" tanya Pak Hassan serius.

Damia diam sambil memandang ibunya.

"Bukan ke Mia baru je kenal Aaron tu? Ayah rasa Mia masih ada banyak masa untuk kenal Aaron tu.."

Damia bangun.

"Mia nak ke mana?"

"Mia dah dapat agak itu jawapan dari ayah. Ayah, Mia tak boleh bohong diri Mia. Mia rasa Mia sudah sayangkan dia.."

"Kahwin ni bukan boleh buat main-main, Mia. Ayah dah lama hidup dari Mia.."

Damia menahan airmatanya dari menitis. Dia berlalu pergi masuk ke dalam bilik. Pak Hassan memandang Mak Mah.

"Kena rasuk ke anak awak tu? Tiba-tiba je angau lebih dengan jantan tu."

"Bang, kalau itu pilihan anak kita apa salah kita restukan aje.."

"Banyak masa lagi. Tak perlu nak tergesa-gesa sangat!" kata Pak Hassan lalu pergi menuju ke ruang tamu.



                                                                   *******************


Damia tersandar di pintu. Dia menangis.

"Apa kena dengan aku ni? Kenapa susah sangat aku nak lupakan Aaron? Setiap saat asyik terbayang muka dia je. Aarghhhh!!!" Damia menarik selimut dan cadarnya lalu dilempar ke lantai.

Damia terduduk di lantai. Dia mengesat airmatanya.

"Jika Aaron adalah jodoh untukku yang terbaik, insyaallah Allah akan tunjukkan jalan buatku.." bisik hati Damia.

Damia..Damia.. Butakah dia?



                                                         *******************


Semasa dalam perjalanan ke kampung Damia, Aaron kelihatan agak resah sedikit. Adi sesekali cuba memandang Aaron yang duduk disisinya itu.

"Diam je.."tegur Adi memecah kesunyian.

"Inikah yang dinamakan cinta?" tanya Aaron lalu memandang Adi.

Adi tersenyum. Dia pernah merasai perasaan cinta itu suatu ketika dahulu.

"Aku sayang..cinta sangat kat Damia. Perasaan ni tak pernah aku rasa sebelum dengan perempuan-perempuan yang aku kenal." Aaron berterus terang.

"Aaron, kau kena berubah."

"Berubah?"

"Sikap kau tu! Belajar bersabar, tenang.."

"Yang tu aku susah nak.."

"Kau boleh!"

Aaron diam.

"Bila dah pandai ambil hati Damia, kau kena pandai ambil hati mak ayah dia pula.. Silap-silap dia anak kesayangan. Lagi susah kau dibuatnya!"

Aaron masih lagi diam.

"Tak susah pun nak berubah. Yakin dengan diri.. AKu pun dulu macam kau juga. Tapi sampai bila kan nak marah-marah, tengking-tengking.. Kita pun makin hari makin tua.."

Aaron terus diam.

"Kau ni baik orangnya. Memang aku tak nafi tapi yang membuatkan orang benci dekat kau kerana sikap baran kau tu. Dah berapa orang dah yang kau sepak, terajang, maki..? Itu ja yang aku minta..berubahlah.."

Aaron hanya mengukir senyuman.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Kau aje yang sabar dengan aku kan?"

Adi ketawa kecil diikuti Aaron.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 03:49 PM | Show all posts
momey posted on 13-9-2013 03:12 PM
Pada keesokkan paginya, selepas solat subuh Adi merebahkan punggungnya dia atas katil. Kemudian dia  ...

domam ko miaaa oooiiii...akakaakk pilih aaron baran tuh buat laki....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 03:51 PM | Show all posts
suria74 posted on 13-9-2013 03:49 PM
domam ko miaaa oooiiii...akakaakk pilih aaron baran tuh buat laki....

damia nk kene tampar skali lg kot br dia sedar kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 04:07 PM | Show all posts
Damia mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumah. Kelihatan Mak Mah tengah mengampai baju yang baru dibasuhnya pagi tadi.

"Mak, Mia nak gi kedai depan jalan besar tu jap. Mak nak pesan ape-ape tak?" tanya Damia sambil menghidupkan enjin kereta.

"Pukul brape skarang Mia?"

"Ermm, 11 mak.." jawab Damia sambil melihat jam di tangannya.

"Mak rasa tak ada apa-apa kot nak pesan.."

"Kalau macam tu, Mia pergi dulu ya.."

"Hati-hati, sayang.."

"Baik, mak." Damia masuk ke dalam kereta lalu pergi dari situ.



                                                         ******************

Zizan menenyeh kedua-dua biji matanya. Kelihatan Johan dan seorang lagi rakannya, Bob sedang tertidur nyenyak setelah 'selamat' berkongsi jarum semalam di pondok usang tengah hutan itu. Zizan yang sebenarnya masih belum insaf dari dadah itu telah memperdayakan orang ramai bahaya dia sudah pun suci dari najis itu. Padahal boleh dikatakan setiap malam pasti dia akan dapatkan stok untuk puaskan nafsunya itu.

"Aku nak balik ni oiii.." Zizan tepuk-tepuk manja pipi Johan.

Johan masih tidur tidak sedarkan diri. Zizan menggelengkan kepalanya. Begitu merah matanya. Zizan bangun lalu menghidupkan enjin motornya.

"Tataaa my friends!!!" kata Zizan yang masih lagi mamai dengan dadah itu.

Perlahan-lahan dia membawa motor sehingga keluar dari hutan itu. Setibanya dia di jalan kecil kampung itu, dia ternampak akan kelibat kereta Damia. Nafsunya tiba-tiba terpacak naik apabila terbayangkan wajah dan badan Damia yang molek dan mungil itu.

"Jaga kau, Mia.."

Zizan terus mengikuti kereta Damia dari belakang. Tiba-tiba dengan sengaja Zizan melanggar kereta Damia. Damia terkejut. Dia memandang cermin pandang belakang.

"Alamak! Apa hal ni?" Damia memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Keadaan jalan kecil itu agak sunyi pada ketika itu. Damia keluar dari kereta. Dengan pantas dia menuju ke arah lelaki dan motosikal yang langgarnya itu. Pada ketika itu kelihatan Zizan tengah berlakon baru bangun dan mengangkat motornya.

"Kau ok ke, Zizan?" tanya Damia sambil melihat Zizan atas bawah.

"Aku ok je.. kereta kau la rosak tak?"

Baru sahaja Damia memalingkan kepalanya melihat keretanya di belakang, terus mulutnya dipekup kuat oleh Zizan. Damia meronta minta dilepaskan. Kebetulan Johan dan Bob lalu di situ.

"Ooiiii" jerit Johan.

Zizan menoleh memandang kawannya itu.

"Makan besar oii!!! Jom!" panggil Zizan.

Johan dan Bob bersilih ganti ketawa besar. Damia menangis mohon dilepaskan namun tidak diendahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cilake punya zizan..padanlah pak hassan larang sekeras kerasnyd damia bgaul dgn zizan..vote sean dgn adi je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 08:56 AM | Show all posts
siapakah yg akan selamatkan Damia?bb
ATAU
damia telah selamat di kekahkan oleh zizan & friend ???

menunggu sambungan..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2013 03:48 AM | Show all posts
suria74 posted on 13-9-2013 07:49 AM
domam ko miaaa oooiiii...akakaakk pilih aaron baran tuh buat laki....

tak hingin den aaron tu jadi laki
maun bighat bdn dek sepak terajang
lom kawen dah kono pelompang
ngeriiiii


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 03:52 AM | Show all posts
momey posted on 13-9-2013 08:07 AM
Damia mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumah. Kelihatan Mak Mah tengah mengampai baju yang ...

alamak !!!
time nie la aaron diperlukan..huarghhh
kuang hajooo ko zizan
hope aaron ngan adi nmpk n tlg mia
pastu kasi lunyai zizan & de geng


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 10:57 AM | Show all posts
Sebaik sahaja Adi memasuki lorong kecil ke rumah Damia itu, dia terperasaan kereta Damia. Ya, dia pasti itu kereta Damia!

"Eh, itu kereta Damia kan? Buat apa dia kat lorong sunyi ni?" tanya Aaron yang turut perasaan kereta Damia yang tersadai di bahu jalan itu.

"Kita berhenti kejap la tengok. Aku pula yang tak sedap hati ni.." kata Adi lalu memberhentikan keretanya di belakang kereta Damia.



                                                                  ********************

Johan memegang kedua belah tangan Damia manakala Bob pula genggam erat kedua belah pergelangan kaki Damia. Kesian Damia! Puas dirayunya namun tidak dilayan. Zizan sudah membuka zip seluarnya. Kemudian habis direntap baju kurung yang dipakai Damia. Sehingga menampakkan pakaian dalam Damia.

"Tolong, Zizan.. Jangan buat aku macam ni.." rayu Damia lagi.

Zizan, Johan dan Bob hanya mentertawakannya sahaja. Nafsu menguasai diri. Damia ternoda! Bergilir-gilir Zizan dan Bob 'mengerjakan' si Damia. Kejam! Namun, sesampai sahaja giliran Johan, tanpa diduga Johan ditendang dari belakang. Adi membuka langkah. Dilawannya Zizan, Bob dan Johan. Manakala Aaron diam berdiri dari jauh memandang Damia. Damia lemah. Puas Adi membelasah tiga sahabat baik itu!

"Lari weii!! Lari!!!!" jerit Zizan pada rakan-rakannya sambil mengambil bajunya di tanah lalu berlari meninggalkan tempat tersebut.

Adi tercungap-cungap. Dia memandang Damia yang terbaring lemah. Auratnya terdedah. Dengan cepat Adi membuka jaket bajunya lalu menutup tubuh Damia. Kemudian dia memandang Aaron yang dari tadi diam tercegat hanya memandang sahaja.

"Aaron!" jerit Adi.

Aaron tanpa sebarang kata terus jalan berpatah balik masuk ke dalam kereta Adi meninggalkan Adi bersama Damia. Adi menggelengkan kepalanya.

"Damia.." Adi menepuk manja pipi Damia.

Damia diam. Masih lemah! Adi dengan sedaya upaya mengangkat tubuh kecil molek Damia itu lalu berjalan ke keretanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 11:22 AM | Show all posts
Adi membawa Damia terus ke hospital berhampiran. Sesekali dia memandang Damia yang terbaring di kerusi belakang. Kemudian dia memandang Aaron yang seperti dipukau itu.

"Kau ni dah kenapa, Aaron? Kau nampak tak apa yang dah jadi kat Damia tu?" tegur Adi kasar.

"Aku dah tak nak masuk campur!"

"Ha? Apa kau cakap ni?!! Kau nampak tak apa yang jadi kat Damia tu?!!" Adi mengulangi ayatnya.

"Damia tak boleh buat aku macam ni.." Aaron seperti berada di dunianya sendiri.

Adi sekali lagi hairan dengan sikap Aaron.


                                                              ******************


Sebaik sahaja Adi mendapatkan nombor telefon rumah Damia dari hasil membelek sendiri handphone Damia, tanpa membuang masa dia terus hubungi ibu dan ayah Damia. Terkejut bukan kepalang ibu dan ayah Damia itu. Terus mereka bersiap dan datang ke hospital berkenaan.

Damia masih di dalam wad kecemasan. Adi dan Aaron duduk menunggu di luar.

"Aku nak balik!" Aaron bersuara.

"Kau boleh tolong faham tak?!! Damia dirogol. Kita kena tolong dia!"

"Dirogol? Atau dia yang sengaja cari pasal?"

"Astaghfirullah.. Dah kena sampuk hantu apa kau ni, Aaron? Nak aku penampar kau ke?!"

Aaron terus bangun lalu keluar dari situ. Adi mengeluh.



                                                             ********************

Mak Mah dan Pak Hassan berjalan menuju ke wad kecemasan. Adi yakin kedua orang tua yang seakan gelisah itu adalah ibu dan ayah Damia.

"Mak cik dan pak cik ni mak dan ayah Damia ke?" tanya Adi dengan penuh sopan.

"Ya. Saya ayahnya.."

"Saya Adi. Kawan si Aaron." Adi bersalaman dengan Pak Hassan.

"Kawan Aaron? Aaron mana?" tanya Pak Hassan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Err..dia gi tandas jap."

"Damia macam mana?" tanya Mak Mah yang gelisah itu.

"Damia masih dirawat. Mak cik dan pak cik rehat dulu. Sekejap lagi polis akan datang. Dan saya akan selesaikan semuanya.."

"Siapa yang rogol anak pak cik?" Pak Hassan masih boleh mengawal nada marahnya.

Adi diam. Bergilir dia memandang Mak Mah dan Pak Hassan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061223 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list