Pinjamkan aku busarmu Teja biar kubidik panah itu tepat ke sasaran mengenai jantung hatinya
Biar punah dan berkecai seperti mana dia menggenggam mematah riuk lentuk hatiku
biar hati kita sama-sama berderai
biar hati kita sama-sama tidak memiliki
namun
untuk sekejam itu aku takkan sanggup
maka Teja
berikan aku sirih pelupa hulurkan aku sirih pembenci pemberian Laksamana Hang Tuah padamu itu agar bisa aku melupa dan membenci
kerana aku tidak akan tega
untuk menyakiti.
13.1.2014, Isnin
aylanins
*dikarang ketika sedang mencari-cari kelas memanah berdekatan rumah ~sigh~ , konon hendak belajar memanah cehhh ... Last edited by aylanins on 3-3-2014 12:56 AM
|