CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2150|Reply: 0

Isu Allah - Hentikan Tuduhan Melulu: CFM

[Copy link]
Post time 9-9-2013 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Respons badan bergabung umat Kristian Malaysia terhadap krisis rekaan yang diwar-warkan sejak beberapa tahun ini:



PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA
26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel/Fax: +60379571457



9hb September 2013

KENYATAAN MEDIA

HENTIKAN TUDUHAN YANG TAK BERASAS DAN TUNTUTAN UNTUK "TINDAKAN" ATAS PENGGUNAAN PERKATAAN "ALLAH"

Memandangkan tarikh pendengaran 10hb September 2013 untuk rayuan oleh Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya untuk membenarkan akhbar The Herald menggunakan perkataan "Allah" kian mendekati, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyatakan kebimbangan atas panggilan oleh pelbagai kumpulan untuk 'mempertahankan' Islam daripada dihina dan diancam.

Secara khusus, kami merujuk kepada satu program televisyen di mana tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam itu, adalah tidak benar dan tidak berasas, dan kepada khutbah Jumaat rasmi yang ditulis oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan disampaikan pada 6 September 2013, yang memanggil untuk "tindakan" untuk mempertahankan Islam oleh orang Islam ke atas penggunaan perkataan "Allah" merujuk kepada Tuhan oleh orang Kristian, dan bahawa pertahanan sebegitu adalah "perjuangan suci ".

Isunya ialah samada panggilan sedemikian boleh menjadi penyebab dan mencetuskan hasutan tindakbalas yang menyebabkan gangguan awam. Pemerhatian sepintas lalu keatas tuduhan-tuduhan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mereka bertindak mengikut perasaan tanpa berlandaskan fakta.

Walau bagaimanapun, seruan untuk "tindakan" oleh sesetengah umat Islam memperlihatkan sebagai satu tindakan yang membahayakan membimbangkan kepada rakyat umum Malaysia. Lebih membimbangkan, seolah-olah tiada tindakan atau kenyataan dari mana-mana jua pihak berkuasa kerajaan untuk menyeru semua pihak bertenang atau menghentikan tindakan yang boleh menyemarakkan kemarahan dan emosi.

Dijelaskan sekali lagi bahawa:

  • Perkataan "Allah" yang merujuk kepada Tuhan yang digunakan oleh kira-kira 60% daripada 2.6 juta orang Kristian di Malaysia. Kristian Bumiputera, yang berBahasa Malaysia sebagai bahasa utama yang digunakan untuk beribadah dan berdoa, telah lama menggunakan Alkitab Bahasa Malaysia yang mengandungi perkataan "Allah" merujuk keapda Tuhan tanpa sebarang kekecohan, halangan atau bantahan.
  • Perkataan "Allah" yang merujuk kepada Tuhan telah digunakan selama beratus-ratus tahun dalam pelbagai terjemahan dan dari Alkitab (sila rujuk kepada Lembaran Fakta CFM yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013).
  • Hanya di Malaysia penggunaan perkataan "Allah" yang merujuk kepada Tuhan oleh orang Kristian menjadi isu bagi orang Islam. Kristian di Timur Tengah bebas menggunakan perkataan "Allah". Tanpa sebarang kekeliruan.
  • Tuduhan yang berulang kali mengatakan penggunaan perkataan "Allah" merupakan sebahagian daripada alat konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam tidak pernah dibuktikan. Tuduhan yang sedemikian diperlihatkan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tuduhan sedemikan harus dihentikan. Ini adalah bertujuan menyemaikan perasaan ketakutan dan mencetuskan ketegangan antara agama.

CFM menyeru teman-teman kita dari pihak Islam untuk merenung, memahami dan menghargai konteks bagaimana, bila dan mengapa orang Kristian menggunakan perkataan "Allah". Sudah berabad-abad penggunaan perkataan “Allah” digunakan berlanjutan melalui sejarah kita bersama tanpa sebarang masalah, dan kita telah menikmati keamanan dan keharmonian relatif selama bertahun-tahun ketika penggunaan ini telah berterusan.

Dalam menangani isu penggunaan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan, dan isu-isu yang lain berkenaan dengan agama, kita perlu kebenaran, iaitu fakta dan bukti untuk diperiksakan, bukan rayuan kepada sekadar retorik emosi atau asas untuk menghina, atau percakapan komplot dan dakwaan penukaran agama.

CFM bersungguh-sungguh menyeru kepada Kerajaan Malaysia, yang mewakili SEMUA rakyat Malaysia, untuk memastikan, menegakkan dan memelihara kebebasan beragama di Malaysia. Jangan biarkan JAKIM menjadi suara rasmi bagi pihak kerajaan yang telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah kerajaan yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

CFM menyeru semua orang Kristian untuk terus berdoa untuk keamanan dan keadilan. Semoga Allah memberkati dan melindungi negara kita yang tercinta, dan memberikan keamanan kepada semua rakyat Malaysia.

Rev. Dr. Eu Hong Seng,
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif,
Persekutuan Kristian Malaysia

Last edited by bobkee on 9-9-2013 03:46 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.067385 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list