CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116864|Reply: 399

Kisah Sebenar Kes Rogol Anak Tiri Oleh Ex- Ruffedge

   Close [Copy link]
Post time 11-9-2013 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Episod Kes Rogol seorang artis Hip Hop Ruffedge membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya. Setelah diteliti ramai membuat andaian artis tersebut ialah Iwan Ruffedge atau dikenali sebagai Cikgu Jebat.

Walaubagaimanapun, melalui sebuah blog, kisah sebenar yang berlaku telah dibongkar demi menuntut bela atas segala fitnah yang dilemparkan kepada Iwan/Jebat Ruffedge.

Berdasarkan blog itu, kisahnya bermula apabila Iwan Ruffedge telah mendalami ilmu agama Islam dan menginsafi diri dari dunia maksiat. Iwan dikatakan telah cuba mengajak isteri dan anaknya itu sekali mendalami ilmu agama.

Namun isteri dan anak dikatakan terus mahu hanyut didalam dunia moden dan tidak mahu berubah. Disebabkan dendam dan mual dengan perubahan Iwan, isteri dan anak tirinya itu berpakat menFITNAH Iwan agar jatuh tersungkur. Ini dikuatkan lagi dengan penipuan anak buah isterinya itu sebagai saksi untuk menguatkan cerita.

sumber: http://hotlips-yuya.blogspot.com ... -ahli-ruffedge.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2013 12:39 PM | Show all posts
Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.

Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini…

Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Demi ALLAH (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) aku PERCAYA apabila datang kebenaran (Dari Tuhan), maka HANCURlah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu menghancurkan. Itu maksud ayat AlQuran yang terngiang di telinga penulis sewaktu mula-mula mendengar kisah pergolakan hidup mangsa fitnah yang terpilih hidayah ALLAH untuk memperbetulkan arah hidup.

Konflik BERMULA disaat mangsa masih sebagai seorang Suami dan ayah tiri kepada anak perempuan isterinya hasil perkahwinan terdahulu. Ketika mula beralih arah mahukan kehidupan beragama, setelah sekian lama bergelumang dalam kehidupan bebas berselut noda kotaraya, si suami yang merupakan seorang artis nyanyian tanahair yang agak popular sekitar permulaan abad ke-21, mula dibenci si isteri dan anak tiri sendiri.

Kebencian yang bermula akibat keengganan si isteri menurut ajakan suami agar meninggalkan kehidupan lama bernoda menuju kehidupan beragama yang lebih mulia, kemudian bertukar tentangan yang disertai si anak tiri gadis sunti yang sudah lama tiada berperawan lagi. Memandangkan usia si anak tiri masih hingusan sekolah menengah, pasti ramai yang takkan percaya betapa besarnya NAFSU serakah anak ini yang ketagihan disetubuhi mana-mana lelaki. ASTAGHFIRULLAH AL’AZIM. [Penulis rasa malu terpaksa menulis kebenaran sebogel ini].

Nafsu Ammarah si isteri yang mahu kekal ranggi dan seksi ditambah kebodohan si anak tiri yang termakan hasutan ibu sendiri untuk berganding bahu demi melampiaskan rasa benci mereka kepada si suami / ayah tiri, yang makin jauh terpesona dengan keindahan hidup beragama, kemudian berkembang menjadi FITNAH. Sememangnya sumpah Iblis Laknatullah untuk tidak putus asa membisikkan kesesatan dalam api kemarahan agar anak Adam a.s kufur bersamanya dalam apa jua cara adalah BENAR sebagaimana direkodkan oleh ALLAH s.w.t dalam AlQur’an.

Hanya kerana pada asalnya sekadar benci diajak beragama, si isteri ranggi pemabuk abadi bersama si anak gadis kepingin setubuh tak mau berlaki ini berpakat mengenakan si Suami / Ayah Tiri. Maka bermulalah episod pertuduhan yang mengekori penceraian pasangan bekas penyanyi RnB ini dengan si isteri. Dengan nasihat perundangan yang secukupnya, si ibu dan si anak memulakan episod laporan polis berkenaan tuduhan FITNAH terhadap si Suami / Ayah tiri. Segalanya mereka gagahi demi mau melihat bekas suami / ayah tiri tersungkur dibenci, dihina, dicaci dan dikeji.

Sewaktu masih berkahwin, mereka berhasil dengan dua orang anak. Di saat si Suami mulai cenderung menuju jalan ukhrawi mencari ketenangan diri, kedua anak ini selamat dalam jagaannya. Walau tidak semewah mana, Alhamdulillah makan dan pakainya masih terjaga. Kasih si Ayah tak pernah berbeza kepada mereka walau ibu mereka sudah tak mau ambil tau. Demi mahu jalan mudah menuntut nafkah, si isteri kemudiannya memperjuangkan haknya mau memelihara kedua anak mereka. Tewas lagi si bapa yang dihalang memelihara anak-anaknya menurut kerangka sistem perundangan kita.

Kedua anak-anak itu kemudiannya diletakkan di rumah saudara si ibu seksi ranggi dalam keadaan yang tak terurus makan pakai meraka lantaran saudara si ibu juga punya anak sendiri. Makin terhiris hati si bapa bila mengetahui anak-anak yang dikasihi diperlakukan sebegini hanya kerana dendam kesumat antara kedua ibubapanya masih berbaki dan terus berapi. Episod DENGKI ini berterusan lagi dengan permainan halus orang melayu; sihir. Hampir segenap sudut kehidupan Sahabat teraniaya ini diuji… Subhanallah.

Satu persatu hamburan FITNAH dari bekas isteri melanda hidup Sahabat ini setelah hatinya dibuka untuk mencari keredhaan Ilahi. Dek kerana keampuhan semangat dan keikhlasan Sahabat ini yang mahu terus berpegang kepada agama meskipun bertalu diuji kanan dan kiri, semakin meluap kemarahan bekas isterinya. Pada pandangan perempuan ini, orang yang mengada-ngada nak tunjuk baik dengan Tuhan sesudah bersama-sama dengannya menempuh keseronokan kemaksiatan adalah POYO.

Diringkaskan cerita, akibat susunan FITNAH ini, Sahabat yang tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dengan 10 sebatan. Inilah hasil PENGAKUAN si ibu seksi ranggi + si anak gadis tiri bernafsu tinggi + seorang doktor yang mengesahkan ada kesan persetubuhan pada kemaluan TERPAKAI si anak tiri + persaksian MUNAFIQ sepupu si anak tiri yang juga anak saudara si ibu seksi ranggi. Mahkamah dunia kita BERJAYA menjadi kaunter FITNAH paling efisien, apabila lengkap bukti bersandar PERSAKSIAN & PENGAKUAN kesemua watak yang disebutkan tadi. Semudah itu FITNAH membeli sistem perundangan ini…

Agak pelik dan membingungkan jika difikirkan apakah benar sampai begitu sekali cerita ini… Bunyinya memang sesuai dibuat telemovie samarinda. Namun pengalaman mendengar penceritaan kisah ini secara langsung dari sekumpulan manusia beragama Islam dan mengamalkan kehidupan agama mereka secara bersederhana pasti akan membuatkan kita SUKAR untuk mengatakan ini cuma cerita rekaan… Inilah yang penulis rasa sepanjang diberitahu pergolakan kisah ini seawal beberapa tahun lepas sehinggalah berita terkini Sahabat yang diFITNAH dianggap oleh mahkamah sebagai bersalah minggu lepas.

Secara ideal SUDAH TENTU jika perundangan ISLAM yang dijadikan sandaran PENGHAKIMAN, persaksian yang disebutkan tadi masih tidak mencukupi syarat pertuduhan. Namun demokrasi di sini sudah tentulah dikembari undang-undang sivil berpaksi penjajah British. Ruang bersumpah dengan nama ALLAH di Negara ini cuma dipakai untuk kes liwat paksarela. Di kesempitan ruang hukum sebegini adakah hak sebagai seorang Muslim yang mahu diadili secara ISLAM di sini benar-benar dilindungi? Haruskan sistem perundangan sedia ada diperbodohkan dengan format semasa yang sudah boleh dibaca untuk dimanipulasi tukang FITNAH dengan selamba? Jangan biarkan Mahkamah jadi Kaunter FITNAH.

Berbalik kepada kisah FITNAH akhir zaman yang melanda Sahabat bekas penyanyi ini… sehingga setakat ini iringan doa ikhlas kami terus mengiringi ketidakpuasan hati apabila perundangan kita menghukum sebegini. Tanpa rasa ingin berputus asa, akan kami teruskan usaha membongkar FITNAH ini selain mencabar keputusan mahkamah setakat ini menerusi apa jua saluran yang termampu kami ikhtiarkan… In sha ALLAH.

Justice for Jebat Ruffedge. ALLAH knows best bro… We stand with TRUTH. Allah’s Truth will prevail. ALLAH Maha Besar… Lebih BESAR dari segalanya…
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:39 PM | Show all posts
takkanlah jabatan forensik pon di tipoo nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:40 PM | Show all posts
x kshla difitnah ke ape. persoalan aku yg dia nk rogol anak tiri dia tu knp?

apepun yg terjadi, ALLAH lbh mengetahui.. pening kepala aku bc blog yg tulis psl ni. ayat dia mcm org dulu kala.
Last edited by ikaizraa on 11-9-2013 12:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 12:41 PM | Show all posts
"seorang doktor yang mengesahkan ada kesan persetubuhan pada kemaluan TERPAKAI si anak tiri"
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:42 PM | Show all posts
bini dia bayar porensik ke untuk buat report tipu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2013 12:42 PM | Show all posts
hmmmmmmmm
x kn x de pembelaan sdirik atas fitnah itu
moskil
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:42 PM | Show all posts
orang lain pakai kot
yang dituduh orang lain


itu laa mungkin dorang nak sampaikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 12:42 PM | Show all posts
hok aloh la.... apa yg nak gabra sgt nih... kalo dah tak bersalah, mahkamah lepas la pasni...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:43 PM | Show all posts
nape dia x nak bela diri jika ni semua fitnah?
sila jawab soalan saya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:43 PM | Show all posts
miawpink posted on 11-9-2013 12:43 PM
nape dia x nak bela diri jika ni semua fitnah?
sila jawab soalan saya

mungkin ada bergilir-gilir pakai kot

tu yang zahir tak terucap



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:44 PM | Show all posts
macam2 citer pulak dah keluar
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:45 PM | Show all posts
Syd posted on 11-9-2013 12:43 PM
mungkin ada bergilir-gilir pakai kot

tu yang zahir tak terucap

ohw macam tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:46 PM | Show all posts
kalo ikut blog tu si iwan ni dah insaf & nak bebaskan diri dr dunia maksiat...  kalo dah cenggitu maknanya ada kemungkinan besar masa dia blom insaf & bergelumang ngan maksiat dedulu, ngan anak tiri pun dia ligo sekali....

case closed...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:46 PM | Show all posts
Syd posted on 11-9-2013 12:43 PM
mungkin ada bergilir-gilir pakai kot

tu yang zahir tak terucap

erkk baru 14taun tp dah bolos ke
dasat anak tiri dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu btl maknya mcm tu,kenapa bkn mak yg pegi buat report polis menuduh iwan rogol anak die??
Kan bdk ni sendiri yg pergi buat report kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 12:47 PM | Show all posts
miawpink posted on 11-9-2013 12:45 PM
ohw macam tu ke

takkan laaa kemain ramai saksi
doktor punye hasil penyelidikan
lawyer
pendakwa raya
tuan hakim yang bijak sana

boleh sesenang percaya drama ciptaan dorang

dorang ingat dorang tu VVIP mcm semahnajib ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:48 PM | Show all posts
ikaizraa posted on 11-9-2013 12:46 PM
erkk baru 14taun tp dah bolos ke
dasat anak tiri dia ni.

kan tulis kot kat situ

mcm2 ada

kalau dorang boleh wat drama skrip bagai segala

bod gosip neh pung ramai gak yang mampu wat


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:49 PM | Show all posts
Syd posted on 11-9-2013 12:42 PM
orang lain pakai kot
yang dituduh orang lain

takkan la forensik tak cek DNA tu sepadan ke tak dgn perogol so called teraniaya ni

ingat senang2 ke nak charge org atas kesalahan merogol








Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa relevan xnk ikut pilihan iwan utk berubah dgn menuduh iwan rogol dia?kan ke memalukan diri namanya tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.601056 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list