CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2749|Reply: 2

Kakak atau suami?

[Copy link]
Post time 17-9-2013 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Tahun ini masuk enam tahun usia perkahwinan saya. Selama ini saya tinggal bersama ayah dan kakak kandung.
Buat pengetahuan Dr, suami saya seorang yang baik dan tidak kisah untuk tinggal dengan sesiapa pun. Ini menyebabkan kakak kandung mengambil kesempatan terhadap saya dan keluarga dengan secara halusnya mengawal segala pergerakan kami sekeluarga.

Segala percakapan dan arahan daripadanya mesti diikuti. Jika tidak, dia akan marah dan mengungkit, malah mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan.

Ini menyebabkan suami tidak berapa suka dengan cara kakak saya itu. Suami tidak mahu lagi tinggal bersama kakak. Saya kasihankan ayah. Mana satu yang patut saya ikut, cakap kakak atau suami?

Saya sebenarnya masih keliru. Saya sedar tanggungjawab terhadap suami dan anak, tetapi mana satu yang patut saya utamakan? Saya harap Dr dapat membantu saya yang buntu dan tak sempurna ini.


Isteri buntu
Selangor


Sebagai isteri anda hendaklah mengutamakan suami dan keluarga sendiri. Memandangkan ayah sudah ada kakak yang menjaganya, anda dan suami sepatutnya tidak bermasalah untuk berpindah.

Seorang suami sepatutnya menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak sama ada rumah sendiri atau rumah sewa.

Dengan tinggal berasingan dalam rumah sendiri, kehidupan keluarga menjadi lebih bahagia kerana suami dan anda yang akan mencorakkannya sendiri.

Bagaimanapun, hubungan silaturahim antara keluarga hendaklah dijaga agar tidak putus. Inilah tujuan Islam dalam membentuk keluarga besar dalam kehidupan bermasyarakat.Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Tahun ini masuk enam tahun usia perkahwinan saya. Selama ini saya tinggal bersama ayah dan kakak kandung.
Buat pengetahuan Dr, suami saya seorang yang baik dan tidak kisah untuk tinggal dengan sesiapa pun. Ini menyebabkan kakak kandung mengambil kesempatan terhadap saya dan keluarga dengan secara halusnya mengawal segala pergerakan kami sekeluarga.

Segala percakapan dan arahan daripadanya mesti diikuti. Jika tidak, dia akan marah dan mengungkit, malah mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan.

Ini menyebabkan suami tidak berapa suka dengan cara kakak saya itu. Suami tidak mahu lagi tinggal bersama kakak. Saya kasihankan ayah. Mana satu yang patut saya ikut, cakap kakak atau suami?

Saya sebenarnya masih keliru. Saya sedar tanggungjawab terhadap suami dan anak, tetapi mana satu yang patut saya utamakan? Saya harap Dr dapat membantu saya yang buntu dan tak sempurna ini.


Isteri buntu
Selangor


Sebagai isteri anda hendaklah mengutamakan suami dan keluarga sendiri. Memandangkan ayah sudah ada kakak yang menjaganya, anda dan suami sepatutnya tidak bermasalah untuk berpindah.

Seorang suami sepatutnya menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak sama ada rumah sendiri atau rumah sewa.

Dengan tinggal berasingan dalam rumah sendiri, kehidupan keluarga menjadi lebih bahagia kerana suami dan anda yang akan mencorakkannya sendiri.

Bagaimanapun, hubungan silaturahim antara keluarga hendaklah dijaga agar tidak putus. Inilah tujuan Islam dalam membentuk keluarga besar dalam kehidupan bermasyarakat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 10:15 AM | Show all posts
Suami..........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 03:31 PM | Show all posts
TT motip buka thread ni nk post itu shj kah????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062752 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list